• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIMB Bank Kempen Live Your Dream Terma-terma dan Syarat-syarat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CIMB Bank Kempen Live Your Dream Terma-terma dan Syarat-syarat"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

CIMB Bank – Kempen “Live Your Dream” Terma-terma dan Syarat-syarat

1. Kempen CIMB Bank – “Live Your Dream” (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”).

2. Kempen ini dianjurkan bersempena dengan Kempen CIMB Islamic – “Live Your Dream” yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic”). Dalam menganjurkan Kempen ini bersempena CIMB Islamic, hadiah di bawah Kempen ini akan datang dari kolam Hadiah-hadiah yang sama yang bertujuan untuk kempen yang dianjurkan oleh CIMB Islamic

Tempoh Kempen

3. Kempen ini akan berlangsung dari 1 June 2017 sehingga 31 August 2017, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

4. CIMB Bank menyimpan hak dengan memberi notis mencukupi empat (14) belas hari kalendar terdahulu untuk menukar tempoh dan/atau tarikh mula dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen. Kelayakan dan Kriteria Kelayakan

5. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang-pemegang kad kredit utama (kecuali “Platinum Business Card” dan Kad “Fuel Tanker” CIMB Bank) yang dikeluarkan oleh CIMB Bank di Malaysia, yang merupakan warganegara Malaysia dan nombor-nombor telefon bimbit mereka didaftarkan dengan pemberi-pemberi perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan dikekalkan di dalam rekod CIMB Bank (“Peserta Yang Layak”). Peserta Yang Layak yang menghantar pesanan mesej singkat (SMS) dari nombor telefon bimbit yang tidak dikekalkan di dalam rekod-rekod CIMB Bank adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini. Akaun-akaun kad kredit CIMB Bank untuk Perserta Yang Layak seterusnya dirujuk secara kolektif sebagai “Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian”.

6. Kategori-kategori orang yang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:-

i) Kakitangan tetap, kontrak dan/atau sambilan atau pekerja-pekerja *Kumpulan Syarikat-syarikat CIMB (termasuk subsidiari-subsidiari dan Syarikat-syarikat-Syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan, anak, ibu bapa dan adik beradik); dan/atau

ii) Wakil-wakil dan/atau agen-agen (termasuk agen-agen pengiklanan dan promosi) Kumpulan Syarikat CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, dan beralamat di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan Mastercard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, Amerika Syarikat (“Mastercard”) (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkaitannya).

(2)

* Kumpulan Syarikat CIMB bermaksud kumpulan-kumpulan syarikat-syarikat/entiti-entiti undang-undang CIMB Group Holdings Berhad, sebagai syarikat induk muktamad CIMB Bank yang mempunyai kepentingan kawalan, secara langsung atau tidak langsung, sama ada secara sendiri atau melalui subsidiari-subsidiarinya.

7. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta-peserta Yang Layak harus terlebih dahulu mendaftar penyertaan mereka di dalam Kempen ini sama ada secara:-

(a) membalas kepada pesanan mesej singkat CIMB Bank (“SMS”) yang dihantar kepada nombor telefon bimbit mereka yang dikekalkan di dalam rekod CIMB Bank dan taipkan A2 dan hantar kepada 62666 semasa Tempoh Kempen; atau

(b) menghantar SMS dengan menaip A3 atau A4 atau A5 atau A6 atau A7 atau A8 atau A9 <selang> 6 digit terakhir numbor kad penganalan Peserta Yang Layak dan hantar SMS tersebut ke 62666 semasa Tempoh Kempen menggunakan nombor telefon bimbit yang dikekalkan di dalam rekod-rekod CIMB; atau

(c) mendaftar atas talian (“online”) di www.cimbbank.com.my/lyd.

8. Peserta-peserta Yang Layak harus membayar caj-caj telekomunikasi yang biasanya dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar.

9. Selepas pendaftaran berjaya untuk penyertaan Peserta-peserta Yang Layak menurut Klausa 7 di atas, Peserta-perserta Yang Layak akan menerima suatu pengesahan daripada CIMB Bank secara SMS.

10. Sekiranya pendaftaran SMS tidak sempurna, suatu SMS akan dikantar kepada nombor telefon bimbit Peserta Yang Layak yang dikekalkan di dalam rekod CIMB Bank tanpa kos memberi notis kepada beliau untuk mendaftar semula melalui SMS. Peserta Yang Layak harus memastikan bahawa beliau menaip dengan betul 6 digit terakhir nombor kad pengenalan beliau di dalam SMS.

11. Selepas pendaftaran berjaya untuk penyertaan Peserta Yang Layak, semua Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian beliau akan dikesan secara automatik untuk menjadualkan bilangan penyertaan-penyertaan untuk Kempen. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, sekiranya Peserta Yang Layak merupakan pemegang kad utama dikeluarkan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic dan layak untuk menyertai Kempen ini dan juga Kempen CIMB Islamic – “Live Your Dream”, perbelanjaan runcit Peserta Yang Layak menggunakan kad-kad kredit yang mengambil bahagian dikeluarkan oleh CIMB Bank dan CIMB Islamic akan dikumpulkan dan tidak akan diagggap secara berasingan untuk tujuan mendapat penyertaan-penyertaan untuk memenangi Hadiah-hadiah di dalam Kempen ini.

Kriteria Penyertaan & Hadiah-hadiah

12. Selepas pendaftaran berjaya menurut Klausa 7 di atas, Peserta-peserta Yang Layak harus membuat transaksi-transaksi perbelanjaan runcit (seperti yang ditakrif di dalam Klausa 18 di sini) menggunakan Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian mereka dalam cara yang dijelaskan di bawah untuk mendapat penyertaan-penyertaan semasa Tempoh Kempen untuk mendapat peluang memenangi Hadiah-Hadiah Harian dan/atau Hadiah Utama (seperti yang dijelaskan di dalam Klausa 13 sehingga 17 di sini):-

(3)

Hari-hari Transaksi-transaksi Diluluskan

Transaksi-transaksi Layak Diluluskan oleh CIMB Semasa Tempoh Kempen

Bilangan Penyertaan Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat Setiap RM50 perbelanjaan runcit di

dalam satu resit 1 penyertaan Sabtu, Ahad Setiap RM50 perbelanjaan runcit di

dalam satu resit 3 penyertaan Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit dalam mata wang asing akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) untuk tujuan pengiraan perbelanjaan runcit dan adalah berdasarkan kepada kadar pertukaran semasa CIMB Bank.

Hadiah-haidah Harian

13. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak adalah layak untuk memenangi maksimum tiga (3) Hadiah Harian semasa Tempoh Kempen. Butir-butir Hadiah Harian adalah seperti berikut:-

Tempoh Kempen Bilangan Pemenang Hadiah Harian Sehari Jumlah Bilangan Hari Semasa Tempoh Kempen Jumlah Bilangan Hadiah Harian Yang Akan Diberikan Semasa Tempoh Kempen Hadiah Harian Bagi Setiap Pemenang Jumlah Hadiah Harian Yang Akan Diberikan Semasa Tempoh Kempen 1 Jun 2017 – 31 Aug 2017 10 92 920 RM100 Pulangan Tunai RM92,000 Pulangan Tunai 14. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak akan mendapat dan

mengumpul penyertaan-penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk mendapat kelayakan untuk memenangi salah satu (1) daripada sepuluh (10) Hadiah Harian yang diberikan setiap hari (“Hari Kempen”) semasa Tempoh Kempen. Sila rujuk kepada contoh di bawah. Contoh:

Peserta Yang Layak A telah membuat beberapa transaksi runcit menggunakan Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian beliau sejak 1 Jun 2017. Akan tetapi, Peserta Layak A hanya berjaya mendaftar untuk Kempen ini pada 1 Julai 2017. Tidak kira tarikh pendaftaran, semua transaksi-transaksi runcit Peserta yang Layak A dari 1 Jun 2017 - 31 Ogos 2017 yang memenuhi kriteria perbelanjaan runcit masih akan dikumpul untuk mengira penyertaan-penyertaan untuk layak untuk memenangi Hadiah-Hadiah Harian semasa Tempoh Kempen selagi Peserta Yang Layak A telah berjaya mendaftar untuk Kempen ini dalam Tempoh Kempen.

15. Untuk mendapat peluang untuk memenangi Hadiah Harian, Peserta Yang Layak hendaklah mendapat dan mengumpul penyertaan-penyertaan harian beliau, iaitu pada setiap Hari Kempen, di mana masa Malaysia 0000 jam hingga 2359 jam (24 jam) akan dianggap sebagai satu (1) hari.

(4)

Hadiah-hadiah Utama

16. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak akan mendapat dan mengumpul penyertaan-penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk mendapat kelayakan memenangi salah satu (1) daripada tiga (3) Hadiah Utama yang diberikan semasa Tempoh Kempen dalam cara berikut:-

Kategori Hadiah Bilangan Hadiah

Hadiah Utama 1

Satu (1) unit pangsapuri suite (“apartment suite”) di Sentul, Kuala Lumpur bernilai lebih kurang *RM544,300.

*Nilai yang dinyatakan di atas adalah anggaran dan tidak konklusif dan tidak berdasarkan kepada sebarang penilaian rasmi dilakukan oleh CIMB Bank.

**Butir-butir untuk Hadiah Utama 1 di atas adalah seperti berikut:

 Saiz Pembangunan Kasar: Lebih kurang 850 kaki persegi

 Projek oleh: Infinite Accomplishment Sdn. Bhd. (Dimiliki sepenuhnya oleh UOA Development Berhad)

 Nama Projek: Sentul Point Suite Apartments

** Saiz yang dinyatakan di atas adalah anggaran sahaja dan berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Pemaju dan tidak dijamin oleh CIMB Bank sebagai tepat.

1

Hadiah Utama 2 Satu (1) unit Audi A3 Sedan 1.4 TFSI 1 Hadiah Utama 3 Satu (1) unit Audi A3 Sedan 1.4 TFSI 1

Total 3

17. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Peserta Yang Layak akan mendapat dan mengumpul penyertaan-penyertaan bermula dari hari pertama Kempen untuk mendapat kelayakan memenangi satu (1) daripada tiga (3) Hadiah Utama tidak kira tarikh pendaftaran dengan syarat bahawa pendaftaran tersebut dibuat semasa Tempoh Kempen. Sila rujuk kepada contoh di bawah.

Contoh:

Peserta Yang Layak B telah membuat beberapa transaksi runcit menggunakan Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian beliau sejak 1 Jun 2017. Akan tetapi, Peserta Yang Layak B hanya berjaya mendaftar untuk Kempen ini pada 1 Julai 2017. Tidak kira tarikh pendaftaran, semua transaksi-transaksi runcit Peserta Yang Layak B dari 1 Jun 2017 - 31 Ogos 2017 yang memenuhi kriteria perbelanjaan runcit akan dikumpul untuk mengira penyertaan-penyertaan untuk layak

(5)

untuk memenangi satu (1) daripada Hadiah-hadiah Utama semasa Tempoh Kempen selagi Peserta Yang Layak B telah mendaftar dengan berjayanya untuk Kempen ini semasa Tempoh Kempen.

18. Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit untuk Kempen ialah perbelanjaan runcit dalam negara, luar negara dan/atau atas talian (“online”) yang dicajkan ke atas mana-mana Akaun-akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian Peserta Yang Layak semasa Tempoh Kempen.

Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit bermaksud transaksi-transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan ditanggung untuk kegunaan peribadi menggunakan Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian dan tidak termasuk transaksi-transaksi berikut: (i) Transaksi-transaksi yang dibuat atas “Platinum Business Card” dan Kad “Fuel Tanker”

CIMB Bank;

(ii) Transaksi-transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); (iii) Ansuran-ansuran bulanan di bawah apa-apa kemudahan pembayaran ansuran yang

disediakan oleh CIMB Bank;

(iv) Perkhidmatan arahan-arahan tetap /auto-pembayaran;

(v) Pembayaran yuran-yuran tahunan atau caj-caj perkhidmatan, caj-caj penghantaran, pembayaran-pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj-caj pertikaian, caj-caj-caj-caj fraud atau yuran-yuran, caj-caj-caj-caj atau penalti-penalti yang lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya;

(vi) Transaksi-transaksi untuk bayaran-bayaran yang dibuat terhadap premium-premium insurans dan / atau sumbangan-sumbangan takaful dalam apa jua sekalipun;

(vii) Transaksi-transaksi pendahuluan wang/pengeluaran/deposit; dan

(viii) Transaksi-transaksi perbelanjaan runcit yang kemudiannya dibatalkan, dipulangkan, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan.

Sebarang penentuan oleh CIMB Bank berkenaan apa yang merupakan transaksi perbelanjaan runcit adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana cara sekalipun kecuali yang sama dilihat sebagai terlalu tidak adil.

19. Transaksi perbelanjaan runcit untuk tujuan Kempen ini akan dikira berdasarkan kepada jumlah kesuluruhan gabungan perbelanjaan kad kredit (utama dan tambahan) Peserta Yang Layak. Sekiranya Peserta Yang Layak mempunyai akaun-akaun kad kredit berganda, transaksi-transaksi perbelanjaan runcit dibuat ke atas semua Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian beliau termasuk akaun-akaun kad kredit utama dan tambahan akan digabungkan dan tidak akan dilihat secara individu. Sila rujuk kepada contoh di bawah.

Contoh:

Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian Peserta Yang Layak C mempunyai 1 kad kredit utama CIMB dan 2 kad kredit tambahan CIMB. Semua transaksi ke atas mana-mana satu kad kredit ini yang memenuhi kriteria perbelanjaan runcit akan dikumpul untuk menjadualkan jumlah penyertaan-penyertaan yang layak untuk Kempen.

20. Pengesanan transaksi-transaksi perbelanjaan runcit adalah berdasarkan kepada tarikh-tarikh transaksi dan/atau masa (waktu Malaysia) sepertimana yang ditangkap oleh rekod-rekod transaksi CIMB Bank semasa Tempoh Kempen.

(6)

21. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan dan/atau kelewatan di dalam penghantaran bukti transaksi-transaksi penjualan oleh VISA, Mastercard, saudagar-saudagar atau sebarang pihak lain.

Proses Pemilihan Pemenang

22. Pada tamat Tempoh Kempen, Peserta-peserta Yang Layak akan dipilih secara rawak melalui suatu system pemilihan automatik berdasarkan kepada penyertaan-penyertaan yang diperolehi oleh Peserta-peserta Yang Layak semasa Tempoh Kempen, untuk Hadiah-hadiah berikut:-

i) Hadiah-hadiah Harian

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik Bank akan menjana sepuluh (10) pemenang berpotensi pada setiap Hari Kempen yang dirujuk dalam Klausa 13 di atas (jumlah 92 hari) berdasarkan kepada penyertaan-penyertaan harian yang diperolehi (“Pemenang Hadiah Harian Berpotensi”). Satu notifikasi SMS akan dihantar satu kali sahaja kepada setiap Pemenang Hadiah Harian Berpotensi dan beliau dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan menjawab kepada SMS dengan jawapan yang betul dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh SMS dihantar kepada Pemenang Hadiah Harian Berpotensi tersebut. Tarikh akhir (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan di dalam SMS. Pemenang Hadiah Harian Berpotensi yang menjawab dengan betul akan diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Harian. Sekiranya Pemenang Hadiah Harian Berpotensi gagal memberi jawapan yang betul atau tidak menjawab dalam masa tarikh akhir yang diberi, beliau akan hilang kelayakan untuk memenangi Hadiah Harian dan Hadiah Harian akan dilucuthak. Hadiah yang dilucuthak tidak akan diberi kepada pemenang hadiah berpotensi yang seterusnya. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, caj-caj telekomunikasi untuk SMS jawapan adalah terpakai dan dibayar oleh Pemenang Hadiah Harian Berpotensi.

ii) Hadiah-hadiah Utama

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, sistem automatik Bank akan menjana satu senarai pemenang berpotensi (“Senarai”) yang akan dicabut dalam susunan berikut; Pemenang Hadiah Utama 1, diikuti Pemenang Hadiah Utama 2, dan diikuti Pemenang Hadiah Utama 3 (“Pemenang Hadiah Utama Berpotensi”). Pemenang-pemenang Hadiah Utama Berpotensi akan dihubungi melalui telefon di nombor telefon bimbit yang dikekalkan di dalam rekod-rekod CIMB Bank dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen dan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan betul sebelum diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama. Sekiranya cubaan pertama untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Berpotensi gagal, oleh kerana sebab-sebab seperti tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau sebab-sebab lain, dua (2) lagi cubaan akan dibuat untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tersebut. Sekiranya cubaan untuk kali ketiga tidak berjaya, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi tersebut akan dilucuthak dan tidak berhak

(7)

memenangi Hadiah Utama tersebut. Pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang seterusnya yang dipilih berdasarkan kepada senerai akan dinaikkan pangkat untuk memenangi Hadiah Utama di peringkat seterusnya. Sila rujuk kepada contoh di bawah:- Contoh:

Oleh Kerana Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 1 tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali cubaan, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 1 akan dilucuthak dan tidak berhak memenangi Hadiah Utama 1. Hasilnya, Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 2 akan dinaik pangkat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 1, dan Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 3 akan dinaik pangkat kepada Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 2. Pemenang Hadiah Utama Berpotensi 3 baru akan dipilih semula.

23. CIMB Bank mempunyai hak mutlak untuk menetapkan hari bekerja (Isnin – Jumaat) dan masa (9am-6pm) untuk membuat panggilan-panggilan telefon kepada Pemenang-pemenang Hadiah Utama Berpotensi. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk panggilan-panggilan yang dibuat kepada Pemenang-pemenang Hadiah Utama Berpotensi yang (i) tidak lengkap atau terputus kerana apa-apa sebab; (ii) tidak dijawab atau diteruskan kerana ketiadaan Pemenang Hadiah Utama Berpotensi pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau kerana apa-apa sebab lain. Ia merupakan tanggungjawab Peserta Yang Layak untuk memastikan bahawa nombor-nombor telefon yang diberikan oleh mereka adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB Bank sekiranya terdapat sebarang perubahan yang dibuat oleh Peserta Yang Layak. CIMB Bank menyimpan hak untuk merekod percakapan-percakapan telefon ini.

24. Semasa memilih pemenang-pemenang Kempen, Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian untuk Peserta Yang Layak yang terpilih HARUS dalam keadaan baik dan TIDAK melanggar sebarang terma-terma dan syarat-syarat kad kredit CIMB Bank atau tertunggak, dan/atau tidak sah atau dibatalkan sekiranya tidak, mereka akan dilucuthak dari menyertai atau dipilih sebagai pemenang Kempen.

25. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pilihan pemenang-pemenang untuk Hadiah-hadiah Harian dan Hadiah-hadiah Utama [dinyatakan di dalam Klausa 22(i) dan (ii)] akan dilakukan secara serentak.

26. Satu Peserta Yang Layak layak memenangi maksima tiga (3) Hadiah Harian dan satu (1) Hadiah Utama sahaja semasa Tempoh Kempen (“Hadiah-hadiah Maksima”). Untuk mengelakkan sebarang keraguan, satu Peserta Yang Layak hanya boleh memenangi satu (1) kali Hadiah-hadiah Maksima di bawah Kempen ini dan Kempen CIMB Islamic – “Live Your Dream”.

27. Hadiah-hadiah Harian akan dikreditkan ke dalam Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian Peserta-peserta Yang Layak dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen. 28. Pemenang-pemenang Hadiah Utama akan menerima surat notifikasi daripada CIMB Bank dalam

masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

(8)

(a) pemenang harus menandatangani dan memulangkan kepada pemaju perjanjian jual beli pemaju yang biasa, surat perjanjian bersama (‘deed of mutual covenants’) pemaju yang biasa dan semua dokumen yang berkaitan sepertimana yang dikehendaki oleh pemaju pada atau sebelum 30 November 2017 atau mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh CIMB Bank dan diberitahu oleh CIMB Bank kepada pemenang dan mematuhi terma-terma dokumen-dokumen itu;

(b) pemenang harus menandatangani satu surat perjanjian bersama di dalam format yang diterima oleh Bank untuk memberikan hak bayaran balik harga belian atau mana-mana bahagiannya di bawah perjanjian jual beli untuk Hadiah Utama 1 termasuk semua faedah, pampasan atau ganti rugi yang dibayar oleh pemaju (jika ada) (“Hak Bayaran Balik”) kepada Bank dan pemenang tidak berhak kepada Hak Bayaran Balik ataupun sebarang tuntutan ataupun pampasan dalam apa jua cara berbangkit dari Hak Bayaran Balik tersebut;

(c) pemenang harus mempunyai kapasiti undang-undang penuh untuk memiliki Hadiah Utama 1 dan tidak dilarang oleh sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan untuk memiliki Hadiah Utama 1;

(d) Hadiah Utama 1 adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan ketegori kegunaan tanah yang nyata atau tersirat atau dikenakan ke atas Hadiah Utama 1. Pemenang bertanggungjawab, dalam kos-kos dan perbelanjaannya yang sendiri, untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan (jika berkenaan) daripada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan untuk pindahmilik Hadiah Utama 1 kepada pemenang. CIMB Bank tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara sekiranya pemenang tidak mendapat kelulusan-kelulusan yang diperlukan untuk pindahmilik Hadiah Utama 1 kepada beliau atau Hadiah Utama 1 tidak boleh dipindahmilik kepada pemenang atas apa jua sebab; (e) saiz Hadiah Utama 1 yang dinyatakan di atas adalah anggaran sahaja dan tidak dijamin

sebagai tepat. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk sebarang percanggahan saiz Hadiah Utama 1;

(f) melainkan dari harga belian Hadiah Utama 1 yang akan ditanggung oleh CIMB Bank, semua duti setem, yuran guaman, yuran pembayaran, yuran pendaftaran, yuran pemprosesan, caj-caj perkhidmatan, caj-caj penyelengaraan dan semua kos dan caj sampingan yang ditanggung untuk memiliki Hadiah Utama 1 atau kos-kos untuk penyediaan dokumen-dokumen sampingan lain yang berkaitan, akan ditanggung oleh pemenang, jika ada. Hak kepada Hadiah Utama 1 akan terlucut sekiranya pemenang gagal membayar yuran-yuran dan caj-caj dalam masa yang ditetapkan atau gagal memenuhi terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan untuk Hadiah Utama 1 (termasuk tetapi tidak terhad kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pemaju);

(g) semua cukai hartanah semasa dan masa depan (seperti cukai tanah dan cukai pintu), insurans, dan semua cukai lain, kos-kos pengubahsuaian, utility-utiliti, wang-wang keluar, kos-kos, yuran-yuran dan perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan dengan penyelengaraan Hadiah Utama 1 adalah tanggungjawab penuh pemenang bermula dari tarikh Pemenang menerima Hadiah Utama 1 dari CIMB Bank;

(h) sekiranya harga pasaran Hadiah Utama 1 atas apa jua sebab adalah lebih rendah daripada harga/nilai belian yang dinyatakan di dalam Klausa 16 di atas, CIMB Bank tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk perbezaan antara harga pasaran dan harga / nilai belian dan pemenang tidak layak membuat sebarang tuntutan untuk perbezaan tersebut;

(9)

(i) Hadiah Utama 1 sedang dalam pembangunan dan akan disiapkan dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam perjanjian jual beli; dan

(j) pemenang Hadiah Utama 1 TIDAK dibenarkan untuk mencalon orang/entiti lain untuk menerima Hadiah Utama 1.

(k) sekiranya pemenang Hadiah Utama 1 gagal mematuhi secara tegas terma-terma dan syarat-syarat di sini, CIMB Bank menyimpan hak untuk membatalkan Hadiah Utama 1 terhadap pemenang tersebut dan memilih Pemenang Hadiah Utama 1 lain. Dalam peristiwa seperti ini, CIMB Bank tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan untuk sebarang kos atau kehilangan yang ditanggung oleh pemenang tersebut.

30. Melainkan harga pembelian Hadiah Utama 2 dan Hadiah Utama 3 yang akan ditanggung oleh CIMB Bank, pembayaran semua cukai, insurans dan/atau semua caj sampingan berkaitan Hadiah Utama 2 dan Hadiah Utama 3 hendaklah ditanggung oleh Pemenang Hadiah Utama 2 dan Pemenang Hadiah Utama 3 masing-masingnya, jika ada. CIMB Bank TIDAK bertanggungjawab untuk membayar kos cukai jalan, insurans kenderaan, kos mengangkut kenderaan kepada Pemenang Hadiah Utama 2 dan/atau Pemenang Hadiah Utama 3 yang berkaitan dan/atau sebarang kos sampingan yang lain.

31. Pemenang-pemenang Kempen bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan maklumat-maklumat mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor NRIC, nombor telephone dan alamat) kepada pengedar/ejen yang akan menghubungi pemenang-pemenang berkenaan penghantaran atau penebusan Hadiah-hadiah Utama. Pemenang-pemenang bertanggungjawab untuk membuat susunan yang perlu dengan CIMB Bank dan/atau pemaju/pengedar/ejen untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk membayar kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang dibayar atau harus dibayar oleh pemenang-pemenang semasa menebus atau menggunakan Hadiah-hadiah Utama.

32. Pemenang-pemenang Kempen dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau acara-acara publisiti lain sebagaimana dan apabila dikehendaki atas kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan sendiri. Sekiranya pemenang-pemenang gagal menghadiri majlis dan/atau acara-acara publisiti tanpa sebab-sebab yang sah, CIMB Bank menyimpan hak untuk melucuthak Hadiah pemenang-pemenang dan memilih pemenang lain.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

33. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat kepada Terma-terma dan Syarat-syarat di sini dan keputusan-peputusan CIMB Bank. Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim-hakim CIMB Bank berkenaan Kempen ini adalah muktamad, terikat dan konklusif. CIMB Bank menyimpan hak dan budi bicara mutlaknya untuk melucuthak dan/atau menolak Peserta Yang Layak yang ditentukannya atau disyaki secara munasabah mengganggu proses atau operasi Kempen atau bertindak melanggar Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

34. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta-perserta Yang Layak membenarkan dan bersetuju bahawa CIMB Bank berhak untuk menerbitkan dan/atau memaparkan bahan-bahan dan/atau

(10)

maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama-nama dan gambar-gambar foto Peserta Yang Layak yang memenangi Hadiah-hadiah Utama dan/atau Hadiah-Hadiah Harian untuk Kempen ini ("Pemenang") untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa-apa cara yang difikirkannya sesuai. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan pemenang alternatif dipilih.

35. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk Hadiah-hadiah, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Hadiah-hadiah, produk dan/atau perkhidmatan ditawarkan dan/atau diberi semata-mata oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal yang berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual-penjual dan pembekal-pembekal tersebut, dan CIMB Bank tidak menerima sebarang liabiliti (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, barbangkit, teladan, punitif atau gantirugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walaubagaimana timbul sama ada secara kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berkaitan dengan Kempen ini dan semua ganti rugi adalah dengan nyata dikecualikan.

36. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Yang Layak bersetuju untuk tidak memegang CIMB Bank bertanggungjawab sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana obligasinya di dalam ini, secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kegagalan mana-mana alat mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrikal, pertikaian perindustrian, apa-apa tindakan di luar kawalan CIMB Bank atau disebabkan oleh sebarang faktor dalam bentuk force majeure. Sebarang ketidakmampuan untuk menyediakan hadiah-hadiah kerana tidak lengkapnya dan / atau ketidaksediaan produk masing-masing oleh pihak pemaju / pengedar / penjual akan dianggap sebagai peristiwa force majeure dan CIMB Bank berhak menggantikan hadiah-hadiah dengan hadiah- hadiah kos sama atau setara.

37. CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan berkenaan Hadiah-hadiah. Hadiah-Hadiah tidak disahkan oleh CIMB Bank dan tidak dalam sebarang situasi kemasukan hadiah-hadiah di dalam Kempen ini dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan hadiah-hadiah oleh CIMB Bank. Liabiliti CIMB Bank berkenaan Hadiah-hadiah Utama adalah hanya untuk membayar harga pembelian kepada pemaju / pembekal / ejen sahaja.

38. Dengan persetujuan atau penerimaan sesuatu Hadiah, pemenang Hadiah bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen masing-masing terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen masing-masing berhubungan dengan penyertaan pemenang Hadiah tersebut dalam Kempen ini atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak untuk sebarang kehilangan atau kerugian dalam apa jua bentuk yang dialami oleh Peserta Yang Layak atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, turutan, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walau dalam apa cara jua timbul, berhubung dengan penyertaan atau bukan penyertaan dalam Kempen ini melainkan ianya adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran CIMB Bank.

(11)

39. CIMB Bank menyimpan hak untuk menggantikan Hadiah yang ditawarkan di dalam Kempen ini dengan hadiah-hadiah kos sama atau setara dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak.

40. CIMB Bank berhak meminda, mengubahsuai, menggugurkan, menambah atau mengubah (“Pindaan”) sebarang Terma-terma dan Syarat-syarat ini atau mana-mana bahagiannya dengan memberi notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Yang Layak. Tiada pampasan wang tunai mahupun dalam sebarang bentuk akan diberi kepada Peserta Yang Layak untuk sebarang kehilangan atau gantirugi yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Yang Layak secara langsung atau tidak langsung daripada pindaan, ubahsuaian, pengguguran, penambahan atau pengubahan Terma-terma dan Syarat-syarat ini kecuali yang sama disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran CIMB Bank.

41. Notifikasi kepada Peserta Yang Layak berkenaan Pindaan adalah mengikut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, khususnya, dengan menghantar notis tersebut melalui pos biasa ke alamat terakhir Peserta Yang Layak yang diketahui atau dengan mempamerkan notis Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank di mana butiran berkenaan Pindaan tersebut mungkin diberi di dalam notis itu sendiri atau mungkin diberi kepada Peserta Yang Layak atas permintaan atau dengan mengiklankan Pindaan di dalam satu surat khabar pilihan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui mel elektronik atau melalui apa-apa cara notifikasi lain pilihan CIMB Bank dan Pindaan sedemikian dianggap terikat atas Peserta Yang Layak pada tarikh notifikasi Pindaan tersebut atau pada tarikh-tarikh lain sepertimana yang dinyatakan secara khusus oleh CIMB Bank di dalam notifikasi tersebut.

42. Terma-terma dan Syarat-syarat di sini (sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa di bawah Klausa 40 harus dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat kad CIMB Bank dan/atau perjanjian akaun dan/atau produk-produk yang berkaitan dan akan mengatasi semua terma-terma, syarat-syarat, peruntukan-peruntukan atau representasi-representasi yang tidak konsisten yang terkandung di dalam mana-mana bahan-bahan promosi dan/atau pengiklanan berkaitan dengan Kempen ini.

43. Imej-imej Hadiah-hadiah, prop-prop dan reka bentuk yang dipaparkan di dalam mana-mana bahan-bahan pengiklanan termasuk laman web dan semua bahan bercetak berhubungan Kempen ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Model sebenar / produk-produk / warna mungkin berbeza.

44. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, percanggahan, kesamaran atau kepincangan di antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris atau versi bahasa lain Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, di mana permintaan dibuat oleh Peserta Yang Layak dan dicatatkan dan diakui oleh CIMB Bank di dalam rekod-rekodnya bahawa versi Bahasa Malaysia untuk terma-terma dan syarat-syarat ini harus mengawal operasi Akaun Kad Kredit Yang Mengambil Bahagian, versi Bahasa Malaysia terma-terma dan tyarat-syarat ini akan digunapakai.

45. Untuk sebarang maklumbalas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Yang Layak boleh menghubungi bahagian resolusi pelanggan CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan

(12)

nombor faks berikut (ataupun di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks sepertimana yang boleh dipinda oleh CIMB Bank secara notifikasi kepada Peserta Yang Layak): Customer Resolution Unit, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788 / Fax: 603 2691 3248 / cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

Telah dilakukan pelapisan elektroles Nikel-Posfor (Ni-P) pada baja tahan karat martensitik SS 420 dengan berbagai variasi suhu dan waktu perlakuan panas.. Karakteristik

Implikasi dari penelitian ini adalah : 1) Berangkat dari judul skripsi yang memilki arti yang sangat luas, maka itulah yang terjadi pada hasil penelitian penulis. Penelitian

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam

Data yang di gunakan dalam penelitian ini adalah dimensi tubuh yang di butuhkan untuk perhitungan dalam perancangan kompor ekonomis dengan bahan bakar oli bekas ini1. Data sekunder

Berusia serendah-rendahnya 18 (delapan belas) tahun dan setinggi-tingginya 35 (tiga puluh lima) tahun pada tanggal 1 Januari 2009 dan atau yang memenuhi ketentuan Peraturan

Kesejahteraan dan Sosial Provinsi Sumatera Utara, serta proses pengadaan peralatan-peralatan kebutuhan Dinas Kesejahteraan dan Sosial Provinsi Sumatera Utara dan

BAB III PERBANDINGAN TEORI DENGAN PELAKSANAAN PENGANGKATAN ANAK SAAT INI DI MASYARAKAT Bab ini menguraikan tentang, dalam rangka pelaksanaan perlindungan anak dalam