• Tidak ada hasil yang ditemukan

RUKUN NEGARA (1) negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "RUKUN NEGARA (1) negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang

berikut:-Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang

(2)

Latar Belakang

Penubuhan Kementerian

 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

 Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.

 Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

Fungsi KPDNKK

KPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.

Bidang Tugas Kementerian:

Perdagangan Dalam Negeri

 Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu.  Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu.

 Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia.  Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri

petroleum, petrokimia dan gas.

 Melesenkan urusniaga jualan langsung.  Melaksanakan peraturan timbang dan sukat.

 Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan.

 Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik.

 Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.  Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui koperasi.  Mengembangkan peluang perniagaan baru berasaskan konsep francais.  Membangunkan penjaja dan peniaga kecil.

Koperasi

 Mengubal dasar-dasar sektor koperasi.

(3)

 Melaksanakan projek dan program pembangunan.  Melaksana latihan sektor koperasi.

Kepenggunaan

 Melaksanakan program pendidikan pengguna.

 Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna.  Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.

Definisi Logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan

Kepenggunaan

GAMBAR Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan mempunyai 3 lambang iaitu : K, P(besar) dan P(kecil)

EMPAT SEGI Membawa simbol pembangunan

WARNA BIRU Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan simbol harmoni

WARNA PUTIH Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan Jabatan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah

HURUF 'P' P besar melambangkan perdagangan

HURUF 'P' P kecil melambangkan pengguna

Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai.

(4)

Dalam mencapai status negara maju menjelang 2020, Malaysia perlu mewujudkan keadaan ekonomi domestik yang rancak serta perlunya ia disokong oleh komuniti pengguna yang perkasa. Keadaan ini dijangka dapat dilihat daripada kerjasama 3 pihak yang akan melangkaui segala sempadan.

Berdasarkan ini, Visi Kementerian telah dirangka semula bagi memastikan Kementerian berada tepat diantara para pelabur, peniaga serta pengguna. Kementerian akan menjadi penggerak kepada perdagangan dalam negeri dan sebagai jagoan pengguna.

Visi Kementerian

Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Misi Kementerian

 Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan

mampan

 Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif

 Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan

pengguna

Motto Kementerian

Perdagangan Sihat Pengguna Berkat

Nilai Teras Kementerian

 Bekerjasama

 Amanah

 Komited

 Adil

5 Teras Strategik KPDNKK

(5)

2. Mewujudkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan amalan perniagaan yang beretika.

3. Memupuk ekonomi berteraskan inovasi melalui sistem perundangan efektif.

4. Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

5. Kecemerlangan organisasi.

5 Teras Strategik Kementerian

TERAS STRATEGIK 1

Meningkatkan sumbangan perdagangan dalam negeri kepada PNK

TERAS STRATEGIK 2

Mewujudkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan amalan perniagaan yang beretika

TERAS STRATEGIK 3

Memupuk ekonomi berteraskan inovasi melalui sistem perundangan efektif

TERAS STRATEGIK 4

Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat

TERAS STRATEGIK 5

(6)

Senarai Barang - Barang Kawalan

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

1. Gula

2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair

3. Garam

4. Simen dan klinker

5. Tepung gandum

6. Minyak masak

7. Baja

8. Racun serangga

9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah

10. Bar bulat keluli lembut

11. Minyak tanah

12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara

13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)

14. Padi (Sabah sahaja)

15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred

16. Bahan api diesel

17. Gas petroleum cecair (LPG)

18. Semua jenis roti

(7)

20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)

21. Kayu Getah

22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)

Barang-Barang Kawalan Berjadual

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta

Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan berjadual memerlukan suatu lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan

Bil Barang-Barang Kawalan Berjadual

1. Gula

2. Tepung gandum

3. Minyak Masak

4. Baja Kimia

5. Minyak Tanah

6. Petrol, spirit motor dari semua gred

7. Bahan Api Disel

8. Bar bulat keluli lembut

9. Simen

10. Gas Petroleum cecair

11. Roti

12. Ayam

Barang - Barang Kawalan yang diberikan subsidi oleh Kerajaan:

1. Tepung gandum kegunaan am.

2. Minyak masak.

3. Petrol RON95. 4. Bahanapi diesel.

(8)

Akta Kawalan Bekalan 1961 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian telah mewartakan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang berkuatkuasa pada 15 Mac 2011. Di bawah

peraturan ini, mana-mana orang tidak bolehmengeksport apa-apa barang kawalan seperti berikut:

BIL. BARANG KAWALAN

1. Tepung gandum 2. Bahan api diesel 3. Petrol RON 95

4. Gas Cecair Petroleum

Larangan eksport ini tidak terpakai kepada pengilang barang kawalan yang mendapat kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.

Mulai tarikh ini, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2006 adalah TERBATAL.

Secara Kuatkuasa Undang-Undang

Kawalan harga melalui undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (menggantikan Akta Kawalan Harga 1946). Harga kawalan yang dikuatkuasakan melalui Akta ini adalah:

1. gula putih bertapis kasar dan halus

(9)

Apakah Hak-Hak Pengguna?

Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.

Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

Hak untuk membuat pilihan

Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

Hak untuk mendapat ganti rugi

Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.

Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?

 Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan tanda perniagaan.

 Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput

 Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.

 Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya

(10)

 Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).

 Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.

 Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

Aduan Pengguna

 Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).

 Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan.

Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya.

Pengguna sering ditipu menerusi:

 Penipuan Perkhidmatan Bengkel Kenderaan Bermotor  Penipuan Harga Perkhidmatan Telekomunikasi  Penipuan Transaksi Internet Penipuan Gores Dan Menang

 Jualan Bahan Petroleum Penipuan Perjanjian Sewa Dan Beli  Tiada Tanda Harga Penyelewengan Jualan Langsung

Bahagian Penguatkuasa

LATAR BELAKANG

Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan pada 17 April 1972 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dengan objektif untuk membantu kerajaan membendung infasi pada masa itu. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian ini distrukturkan semula untuk membentuk dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah KPDNHEP yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

MISI

Membanteras Penyelewengan Perdagangan Dalam Negeri.

MOTO

Setia Berkhidmat.

BIDANG UTAMA PENGUATKUASAAN

1. Melindungi hak harta intelek.

2. Membanteras penyelewengan barang-barang kawalan bersubsidi. 3. Melindungi hak pengguna.

4. Mengawalselia bekalan dan harga barangan.

berdasarkan kepada undang-undang serta perundangan subsidiari berikut: 1. Akta Kawalan Bekalan 1961.

2. Akta Sewa Beli 1967.

3. Akta Timbang dan Sukat 1972. 4. Akta Hakcipta 1987.

5. Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993. 6. Akta Pelindungan Pengguna 1999.

7. Akta Cakera Optik 2000.

8. Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. 9. Akta Perihal Dagangan 2011.

10. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

(11)

1. Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk aktiviti jualan murah, jualan pintu ke pintu, perjanjian sewa beli, penentusahan alat timbang dan sukat serta penggunaan perbahasaan halal.

2. Menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.

3. Melindungi hak harta intelek melalui tindakan pembanterasan kegiatan cetak rompak di bawah Akta Hakcipta 1987 dan pembanterasan kegiatan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang tiruan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

4. Mengawalselia pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000 dan pengeluaran label cakera optik serta penguatkuasaannya di bawah Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010.

5. Membanteras penyelewengan barangan kawalan bersubsidi serta menstabilkan bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. 6. Mengeluarkan Surat Kuasa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

7. Menstabilkan harga barang-barang perlu di pasaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Referensi

Dokumen terkait

16 Desmita, Op.Cit, hlm. Santrock, Op.Cit ,hlm.. Attachment adalah suatau hubungan yang psikologis yang diskriminatif dan spesifik serta mengikat seseorang dengan

Gangguan mobilitas sendi, fungsi motor, kinerja otot dan ROM yang berkaitan dengan.. Cedera

ini, pekerjaan pengelolaan data dengan cara manual dapat digantikan dengan suatu sistem informasi dengan menggunakan komputer. Selain lebih cepat dan mudah,

Propinat setelah masuk peredaran darah dan masuk ke hepar dapat menghambat kerja enzim HMG-KoA reduktase yang pada akhirnya sentesis kolesterol menjadi berkurang

Evaluasi penerapan protokol routing OSPF dan BGP pada jaringan VoIP berbasis MPLS VPN dilakukan dengan mengukur Quality of Service yang terdiri dari throughput, delay,

Dari hasil analisis deskriptif tersebut dapat diamati dan disimpulkan bahwa metode rest memiliki kinerja lebih baik dari metode lainnya, sedangkan konfigurasi yang

Pelaksanaan layanan Bimbingan dan Konseling SMA Negeri 12 Semarang yang telah dilakukan praktikan adalah permasalahan dalam bimbingan dan konseling yang mencakup

Pelaksanaan PPL Bimbingan dan Konseling di SMP N 1 Tengaran Kab semarang berjalan dengan lancar tanpa adanya halangan yang berarti. Praktikan dapat melaksanakan program yang