• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia

Kamarulnizam Sani

Pengenalan

Ilmu pengajian Tasawuf adalah salah satu dari cabang pengajian Islam yang mempunyai falsafah-falsafah yang abstrak, mendalam dan berhikmah. Qadhi Syaikhul Islam Zakaria Al-Anshari rahi berkata: “Tasawuf ilmu yang menyucikan hati dan akhlak untuk kebahagiaan yang abadi. (Abdul Qadir Isa 2008). Konsep ilmu Tasawuf perlu di fahami secara teori bagaimana asas-asas dan isi kandungan pengajaran dan ilmunya bermatlamatkan kepada pembersihan hati, melahirkan akhlak yang terpuji dan seterusnya menuju kepada “taqarrub” seseorang hamba kepada Sang Pencipta-Nya. Sudah tentu ilmu ini asasnya bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Menjadikan Rasulullah S.A.W

uswatun hasanah” yang merangkumi aspek kehidupan yang holistik. Peringkat demi

peringkat dan maqam demi maqam perlu ditempuhi oleh setiap “akhawan” di dalam dunia Tasawuf ini.

Oleh itu, objektif tugasan ini akan membincangkan konsep Tasawuf dengan lebih mendalam, menurut pendapat ulamak yang terdahulu seperti Imam Al-Ghazali dan juga pendapat ulamak kontemporari seperti Hamka. Tugasan ini juga akan membincangkan peringkat pengajian Tasawuf yang dipelajari sehingga membentuk akhlak yang terpuji. Sejarah perkembangan ilmu Tasawuf juga dikaji bermula sejak zaman yang paling baik iaitu zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke zaman tabi’ tabi’in.

(2)

Konsep Ilmu Tasawuf

Pelbagai istilah dan makna yang digunakan didalam memberi makna perkataan tasawuf. Diantaranya berasal dari perkataan “Shuf” yang bermaksud bulu binatang, apabila kebiasaannya ahli tasawuf mengenakan pakaian yang diperbuat dari bulu binatang kerana bencinya mereka kepada pakaian yang indah-indah. Ada juga yang mendefinasikan ianya dari perkataan “Shuffah” disandarkan kepada sahabat nabi yang mengambil keputusan memencilkan diri ditempat yang terpencil berdekatan masjid Nabawi. Ada juga pendapat yang menyatakan Tasawuf berasal dari perkataan “Shufanah” mengambil nama kayu keras yang tumbuh di padang pasir tanah Arab. Lebih mendefinasikan Tasawuf ke hadapan, ada pendapat menyatakan asal perkataan “Shufi” bukan berasal dari perkataan Arab, tetapi dari perkataan Yunani lama yang telah diserapkan ke dalam bahasa Arab maka berubah menjadi sebutan Tasawuf. (Hamka 2007).

Istilah ini juga ditambah oleh Syeikh Abdul Qadir Isa Rahimullah (2008), kalimah Tasawuf itu berasal dari perkataan “as-Sifah” yang bermaksud sifat yang terpuji dan meninggalkan sifat yang keji. Manakala asal dari perkataan “as-Sofah” pula adalah bermaksud bersih dan jernih sesuai dan sejajar dengan matlamat ahli sufi membersih hati dan jiwa mereka. Disamping itu ada pendapat yang menyatakan asal perkataan “

as-Sofwah” yang hanya memilih hanya yang bersih dan suci dan akhirnya Tasawuf berasal

dari perkataan “as-Sof” bermaksud ketika dahulu para ahli sufi ini mempunyai barisan ke hadapan didalam amalan ketaatan mereka.

Manusia terawal di dalam menggunakan perkataan “sufi” semasa zaman pra Tasawuf adalah Abu Hasyim al-Kufi (w.150) manakala menurut ‘Abd al-Qasim ‘Abd al-Karim bin Hawazin bin ‘Abd al-Malik bin Talha bin Muhammad al-Qusyairi. (Ismail Mamat 2011).

(3)

tasawuf dengan berpandukan syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W seterusnya melahirkan ramai manusia yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. (Abdul Aziz Ismail 2001).

Kesimpulan dari itu, Tasawuf bukanlah setakat istilah sahaja, tetapi ianya dilihat didalam konteks yang lebih mendalam didalam memperbaiki akhlak, menyucikan hati dan sampai ke martabat yang tertentu. Tunjang ilmu ini adalah berkaitan pembersihan hati atau ‘Qalb’ dari pelbagai perkara yang membahayakan terutamanya dari kebendaan duniawi dan peraturan-peraturan diantara insan dan pencipta-Nya. Oleh itu Tasawuf sebagai memperkenalkan ilmu kerohanian bukan ilmu lahiriah.

Peringkat Pengajian Ilmu Tasawuf.

Sebelum ini perbincangan definasi Tasawuf lebih banyak mempertikaikan permasalahan dan memperbaiki hati dari kotoran serta menghiasi dengan kemulian. Akhlak juga menjadi pokok utama didalam mentarbiah individu agar menjadi insan yang dipandang tinggi. Ini kerana Tasawuf juga adalah suatu ilmu yang menjurus ke arah pembersihan akhlak dan penyucian jiwa serta memastikan keadaan zahir dan batin mencapai kebahagian yang abadi. (Abdul Qadir Isa 2008).

Peringkat pengajian ilmu Tasawuf bagi pembentukan akhlak adalah penting kerana Tasawuf itu juga dibina dari akhlak yang sempurna. Pada peringkat pembentukan akhlak, ahli Tasawuf perlu menempuh perjalanan maqam-maqam dan ahwal bagi menyucikan (tazkiyah) hati. Hal ini diperjelaskan dengan amalan yang berterusan (istiqamah) maka kaum sufi itu akan beralih kepada peringkat perjalanan Tasawuf terhadap yang lebih tinggi. Para ulama sufi telah berpendapat al-Maqamat ditempuhi dengan usaha, sementara ahwal diperoleh dengan kurnia. (al-maqāmat makāsib wal al-ahwāl mawāhib). (Yusri Abd. Karim 1965).

Akhlak terpuji yang wajib diamalkan oleh setiap orang yang beriman dinamakan sifat

(4)

perlu dijauhi oleh setiap insan. Imam al-Ghazali telah menggariskan diantara sifat-sifat Mahmudah adalah Taubat (membersihkan hati), Khauf (takut kepada Allah), Mahabbah (kasih sayang sentiasa ingat kepada Allah), Zuhud (menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu), sabar (menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah), Syukur (memuji setiap nikmat daripada Allah), Ikhlas (setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah ), Tawakal (menyerah diri sepenuhnya kepada Allah), Redha (tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah) dan Zikr al-maut (sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya).

Manakala golongan sifat Mazmumah adalah banyak makan, banyak bercakap, marah, hasad, bakhil, cintakan kemegahan, cinta dunia, bangga diri, ujub (hairan diri) dan riya'

(menunjuk-nunjuk).

Seterusnya ilmu Tasawuf ini berkembang kepada pengajian yang menyentuh tentang apakah yang dinamakan Ihsan. Ihsan itu ialah menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak (dapat) melihat-Nya, maka kamu merasa sentiasa diperhatikan oleh-Nya. Kesimpulannya ihsan ini adalah al-Murāqabah iaitu kesedaran seseorang akan kehadiran Allah yang sentiasa dirasai dari segi amalan yang dilakukan seperti amalan lahir mahu pun batin. Jadi peringkatan penghayatan Islam dalam maqam Ihsan adalah peringkat yang paling tinggi dan paling istimewa.

Sejarah Perkembangan Dan Kepentingan Ilmu Tasawuf

Zuhud – Awal perkembangan Tasawuf

Peredaran masakini telah menyaksikan perkembangan aktiviti dakwah secara kontemporari menarik minat individu seterusnya memperkenalkan Islam ke serata dunia. Pada peringkat awal perkembangan ilmu Tasawuf, dakwah bukanlah satu visi dan misi yang utama bagi ahli sufi. Mereka hanya menjalankan ibadah secara individual, terasing serta mengamalkan perkara apa yang menambahkan ketaqwaan dan wara’ mereka.(Abdul Qadir Isa 2008). Hal ini ditegaskan oleh Mustafa Hilmi di dalam bukunya hāyah

al-ruhiyyah fi al-islām kerohanian dimulakan dengan kehidupan secara ‘takhashsuf’, wara’,

(5)

menjadi contoh kepada orang-orang Islam generasi awal yang menjadikan Rasulullah S.A.W dan para sahabat sebagai ikutan yang utama.

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada diri Rasul Allah itu contoh teladan yang baik bagi orang-orang yang mengharap kepada Allah dan mengharapkan balasan yang baik di akhirat.”

(al-Ahzab:21) Fenomena zuhud di zaman Rasulullah S.A.W telah memberikan inspirasi kepada para sahabat yang dapat menyaksikan akhlak baginda secara ‘role model’. Rasulullah S.A.W telah mendidik para sahabat tentang erti zuhud dalam kehidupan dunia dan bermatlamatkan akhirat. Sehinggakan gambaran sifat-sifat zuhud sahabat telah di nyatakan oleh Abu ‘Utbah al-Hiwani seperti perasaan para sahabat untuk menemui Allah S.W.T lebih kasih kepada mereka daripada hidup. Selain itu para sahabat tidak pernah merasa gentar menghadapi musuh yang banyak dan para sahabat tidak pernah merasa bimbang akan terlepas kesenangan dunia kerana mereka yakin dengan rezeki Allah S.W.T. Bukti ini dapat dilihat dengan para sahabat itu sendiri seperti kehidupan Sayyidina Umar al-Khattab yang paling zahid sehinggakan pernah memakai pakaian yang mempunyai dua belas tampalan sedangkan beliau ketika itu adalah seorang Khalifah. Saidina Uthman pula membelanjakan hartanya untuk keperluan jihad disamping menghabiskan banyak waktu laparnya daripada kenyang, manakala saidina Ali pula diriwayatkan menampal bajunya sendiri dan apabila ditanya beliau menjelaskan dengan tenang iaitu, “untuk mengkhusyukkan hati dan diikuti oleh orang-orang mukmin.”

Akhlak – Perkembangan Ilmu Tasawuf Abad Ketiga Dan Keempat Hijrah

Pada abad ini, perkembangan ilmu Tasawuf telah berubah kondisinya beralih dari sifat zuhud kepada penekanan akhlak. Ini dinamakan peringkat al-akhlaqiyah sepertimana yang telah dinyatakan oleh Ibn

Qayyim al-Jawziyah (w.76) dengan katanya; “orang-orang yang mengkaji tentang ilmu

ini bersepakat mengumpulkan bahawa Tasawuf ialah akhlak.” Antara tokoh-tokoh yang

(6)

pelbagai kumpulan Tarekat yang menyebarkan jalan atau pun cara mereka didalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Kesimpulannya Tasawuf di zaman Rasulullah S.A, para sahabat, para tabien serta tabi’ tabien merupakan zaman yang paling baik dari segala aspek kerohanian. Rasulullah S.A.W tengah mengakui didalam sabdanya yang bermaksud:

“Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata: Saya tidak ingat

sama ada (Nabi shallallahu `alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.”

(Riwayat Ahmad).

Bentuk Penyelewengan Dalam Pengamalan Ajaran Tasawuf

Ilmu tasawuf adalah ilmu cabang Islam yang dilahirkan dari kalangan ahli-ahli falsafah yang sukar difahami oleh orang awam. (Siti Norbaya Binti Abd. Kadir 2002). Justeru, ianya adalah ilmu yang suci dan murni tetapi apabila ianya diletakkan pada bukan tempatnya, maka kepincangan ilmu ini akan timbul. Sedangkan ahli falsafah Tasawuf itu sendiri mempunyai perbezaan kefahaman malahan ada yang digelar kufur, maka permasalahan ini akan menjadi lebih rumit malah menjadi sesat apabila orang awam melibatkan diri dalam permasalahan falsafah.

Bentuk Hakikat Membatalkan Syariat

Mohammad Nidzam Abdul Kadir telah menyatakan di dalam 40 Ciri Ajaran Sesat, bentuk penyelewengan dalam pengajaran ajaran tasawuf boleh dilihat dari segi pengamalan membatalkan hukum syariat yang mana ianya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya. Ini kerana hukum yang qath‘i ats-tsubut dan qath‘i

addilalah adalah wajib dilaksanakan tanpa pelbagai alasan. Sebagai contoh ada fahaman

(7)

didalam ibadat wajib dituruti segala hukum-hukum yang telah ditetapkan. Hakikat dan makrifat adalah suatu angerah oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang khusyuk dalam ibadah serta ikhlas dalam beramal. Allah S.W.T telah berfirma yang bermaksud:

“Kemudian kami jadian kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”

Lafaz-lafaz Zikir yang pelik.

Islam menggalakkan umat-Nya memperbanyakkan berzikir kepada Allah S.W.T untuk mendekatkan diri kepada-Nya, disamping dapat membersihkan hati dan memperingkatkan darjat seseorang. Tetapi, ada diantara amalan di dalam fahaman Tasawuf atau kumpulan tarekat yang mengamalkan zikir secara pelik atau luarbiasa bagi masyarakat di luar. Contohnya apabila zikir yang menterbalikkan ayat al-Quran. Amalan membaca al-Quran adalah dituntut dan ganjaran pahala yang besar disamping menjadi syafaat kepada si pembacanya. Ada ajaran tarekat yang mengamalkan surah al-Ikhlas tetapi dimulakan dengan lafaz yang terakhir sebagai permulaan surah. Perkara ini jelas telah menyalahi hukum al-Quran kerana al-Quran dibaca tidak menurut urutannya. Selain itu ada amalan bacaan al-Quran yang telah ditambah dengan perkataan lain yang mana hukum menambah atau mengurangi ayat-ayat al-Quran adalah perbuatan haram. Sebagai contoh didalam surah al-Fatihah. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin telah ditambah

Alhamdulillahi Khaliqil ‘Alamin. (Mohammad Nidzam Abdul Kadir 2012).

Keistimewaan dan Kelebihan Seseorang Guru

(8)

pengikutnya, maka guru tersebut sewenang-wenang melanggar syariat berdasarkan status hukum yang telah dikecualikan terhadap beliau. Jelas disini perkara ini ternyata telah terpesong dan tergelincirkan dari konsep Nabi Muhammad S.A.W adalah insan yang paling maksum dan tiada setaraf dengan manusia lain. (Mohammad Nidzam Abdul Kadir 2012).

Kunci Syurga.

Syurga adalah milik Allah S.W.T dan Allah sahajalah yang berhak memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya. Syurga juga bukan tertakluk milik individu atau pun mengikut pangkat atau darjat, tetapi Allah S.W.T menjelaskan dua syarat utama ganjaran syurga didalam firman Allah yang bermaksud:

“Sesiapa yang beramal daripada amalan-amalan soleh sama ada lelaki atau wanita dalam keadaan ia beriman, maka mereka akan masuk Syurga, dan mereka tidak akan dizalimi walaupun sedikit.”

(Surah an-Nisa’ 4:124) Oleh itu, jaminan syurga tidak dapat ditetapkan dengan individu yang mengikuti sesuatu jemaah sudah di kira sebagai ahli syurga. Penghayatan dari segi amalan soleh dan ikhlas adalah batu loncatan tetapi yang utama menuju ke syurga adalah keampunan dan rahmat Allah S.W.T. (Mohammad Nidzam Abdul Kadir 2012).

Faktor Yang Menyumbang Berlakunya Penyelewengan Dalam Pengamalan Ajaran Tasawuf.

Seseorang yang mengamalkan ilmu Tasawuf, tidak dapat lari dari pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda jika tanpa mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T. Malahan ia akan menjadi satu bentuk dan pengamalan yang menyeleweng jika tersasar dari syariat Islam. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007 telah menerangkan beberapa faktor berlakunya penyelewengan ajaran sesat:

(9)

Apabila dilihat senario di Malaysia, penguatkuasaan undang-undang dan enakmen tentang berlakukanya sebarang penyelewengan ajaran Tasawuf amat lemah. Buktinya dapat dilihat dengan kuasa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah kepada pesalah penyelewengan ajaran Tasawuf dibataskan bidang kuasa oleh Perlembagaan Malaysia. Sebagai contoh kesalahan jenayah akidah iaitu kes Ayah Pin yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah Besut atas tuduhan menghina Islam, sedangkan beliau bukan sahaja mendakwa dirinya sebagai nabi, malah sebagai Tuhan. Akhirnya, beliau mengaku bersalah dan hanya dijatuhi hukuman denda RM2,900 dan 11 bulan penjara di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Cabaran Sistem Pendidikan Islam

Pengajian pendidikan Islam adalah satu pengajian yang penting bagi mendidik individu Islam meliputi bidang yang utama iaitu al-Quran, fardhu ain, hadis, feqah, akhlak dan juga Bahasa Arab. Secara peringkat awal, pendidikan ini menjadi teras utama bagi masyarakat Islam sehingga menjadi merosot dalam campur tangan pihak penjajah barat. Maka situasi ini menjadikan sistem pendidikan liberal telah diagung-agungkan oleh masyarakat dan akhirnya menjadi dua sistem yang berbesa seperti sistem pendidikan agama dan sekular. Oleh itu pelajaran agama menjadi terhad dan guru agama pula tidak mampu menghubungkan akidah tauhid dan teknologi. Natijah dari itu, falsafah ilmu tauhid tidak berkembang secara menyeluruh dan tidak mampu menjadi benteng diri kepada masyarakat.

Kesilapan Memilih Guru

Memilih guru amat penting dalam kehidupan ahli Tasawuf kerana tanpa guru kita tidak dapat melihat amali-amali ilmu ini. Tetapi, ramai yang mengambil peluang ini sebagai satu batu loncatan untuk memenuhi hawa nafsu kebendaan, tamakkan kedudukan dan ingin dipandang mulia. Baginda Nabi S.A.W amat takuti dengan ancaman ini sehinggkan baginda menjelaskan didalam sabdanya yang bermaksud:

(10)

Apabila aku khuatir Baginda akan masuk ke rumah (tanpa memberitahu siapakah golongan itu) aku berkata, “Ya Rasulullah! Apakah yang engkau lebih takut ke atas umatmu daripada Dajal? Sabda Baginda, “Para Imam yang menyesatkan”.

(Riwayat Ahmad) Sebagai contoh, bagi pengikut Tariqat Samaniah (Ibrahim Bonjol) mempercayai kononnya guru tariqat mereka mempunyai ‘mukjizat’ iaitu dengan mengeluarkan air daripada tangannya.(Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007).

Kepentingan Peribadi dan Seks

Penyelewengan Tasawuf Tariqat itu dapat di lihat dari segi kepentingan peribadi penyebar atau seseorang guru. Kepentingan ini juga meliputi kedudukan yang tinggi, pangkat, dipandang mulia, inginkan habuan wang tunai dan yang paling berat adalah seks bebas dengan mengamalkan Nikah Batin. Nikah Batin ini adalah perkahwinan yang melanggar syariat Islam dengan diamalkan secara rahsia diantara guru atas muridnya atau murid dengan murid itu sendiri.

(http://naqsabandiah.blogspot.my, 21.2.2016)

Tariqat Tasawuf Yang Diisytiharkan Sesat Di Malaysia

Apabila penguatkuasaan undang-undang mendapati unsur-unsur penyelewengan didalam sesebuah amalan tariqat dikenalpasti, maka penyiasatan akan dijalankan dan seterusnya penghadapan ke muka pengadilan. Pihak Jabatan Agama seterusnya mewartakan kumpulan terbabit untuk hebahan kepada masyarakat agar berhati-hati dan tidak tersebar luas. Engku Ahmad Zaki Engku Awi (2007) telah menyenaraikan kumpulan yang telah diwartakan sesat di Malaysia.

Tariqat Samaniah (Ibrahim Bonjol)

(11)

12.1998. Warta : No:Sel.P.U.8. Tarikh Warta: 24.9.1998. Buku panduan yang bertajuk

Thabitul Qulub oleh ajaran ini juga telah diharamkan.

Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana

Kumpulan ini telah berkembang Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian sehingga ke negeri Selangor dan telah muncul pada tahun 1985 yang telah diasaskan oleh Haji Ahmad Laksamana bin Omar, yang berasal dari Gual Periuk, Pasir Mas Kelantan. Guru ini telah mengarang kitab Hakikat Insan, Rahsia Mengenal diri dan Tajalli. Di antara isi ajaran ini ialah diri manusia itu sendiri adalah Tuhan. Matlamat mengaji ilmu Hakikat adalah bagi menjadi Allah dan menggunakan hadis maudu’ atau palsu. Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Selangor telah menfatwakan ajaran ini sesat pada 30.9.1995. No. Warta : 23.11.1995. No. Warta:P.U.44.Orang-orang Islam yang belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan segera bertaubat kepada Allah S.W.T.

Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya

Kumpulan ini telah berkembang di Rawang, Selangor pada tahun 1970-an dan telah diasaskan oleh Profesor Kadirun Yahya. Antara isi ajaran tariqat ini adalah kononnya ia diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W sebelum baginda menjadi rasul. Allah telah menurunkan nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad seterusnya cahaya ini diturunkan kepada salsilah-salsilah hingga ke Profesor Kadirun Yahya sendiri. Selain itu, jika pengikut ajaran ini tidak mampu mengerjakan haji ke Mekah, cukuplah mereka datang bersuluk di Pancabudi di Medan. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia pada 15-16 November 1981 di Bilik Gerakan Terengganu telah memutuskan bahawa tariqat ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya dan mengamalkan ajaran ini adalah sesat maka hendaklah diharamkan.

Tariqat Mufarridiah

(12)

Syeikh Makmun bin Yahya. Antara isi ajaran tariqat ini adalah Syeikh Makmun mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi bagi Islam, sebagai Nabi Isa bagi orang Kristian dan bapa segala manusi bagi orang tiada agama. Selain itu Syeikh Makmun tidak pernah sembahyang Jumaat dan jemaah kerana belum sembahyang di Masjidil Haram. Mufti kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan fatwa pada 15.9.1995. Tarikh warta: 23.11.1995. No. Warta: P.U.49 ajaran ini bertentangan dengan ajaran Islam dan orang-orang yang terlibat dengan ajaran ini hendaklah bertaubat.

Kesimpulannya, kebanyakan penyelewengan didalam ajaran tasawuf dan tariqat ini menyentuh isu aqidah, keserabutan didalam pengamalan ilmu syariat dan menurut hawa nafsu yang tidak dikawal oleh penyebar sesuatu ajaran tariqat.

Kaedah Untuk Membendung Perkembangan Tariqat Tasawuf Yang Sesat.

Kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Agama Islam peringkat Kebangsaan mahu pun peringkat negeri telah menyusun beberapa kaedah bagi membendung seterusnya menghapus segala bentuk penyebaran Tasawuf dan Tariqat sesat. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007 telah memberi pandangan di dalam penulisan beliau diantaranya:

Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Ajaran Sesat

(13)

Debat dan Hujah

Pemahaman pengamal tasawuf dan tariqat yang menyeleweng mudah dibendung dengan kaedah berhikmah, nasihat yang baik dan perdebatan yang baik. (Mohammad Nidzam Abdul Kadir, 2012). Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat pentunjuk.

(Surah an-Nahli16:125)

Justeru itu, menjadi tugas dan kewajipan para ulamak dan pemimpin-pemimpin agar membanteras kegiatan ajaran penyelewengan tasawuf tariqat di kalangan masyarakat dengan cara berdiskusi dan berdebat dengan cara yang baik. Ini kerana, jika dilihat ada dikalangan pengikut ajaran sesat ini begitu jahil dalam agama dan kefahaman mereka yang dangkal menyebabkan mereka terjebak.

Sistem Tauliah Mengajar

Sistem memberi tauliah kepada tenaga pengajar mahu pun penceramah disetiap negeri adalah satu usaha yang baik bagi membanteras gejala penyebaran yang menyeleweng. Jika pendakwah menjalankan dakwahnya tanpa tauliah dari jabatan agama, maka tindakan undang-undang boleh diambil. Jabatan agama boleh memantau setiap pendakwah yang mendapat tauliah berdakwah disamping mengawal fahaman yang boleh memecah belahkan masyarakat.

Pendaftaran Kumpulan Tariqat

(14)

Naqsyabandiyyah Kholidiyyah, Tarekat Qodiriyyah Naqsyabandiyyah, Tarekat Syazuliyah Darqawiyah, Tarekat Dusuqiyyah Muhammadiah dan Tarekat Al-Ja‘Fariyah Al-Ahmadiah Al-Muhammadiah. (http://www.muftins.gov.my. 21.2.2016).

Kesimpulan

Kesimpulan daripada topik yang telah diperbahaskan, ilmu Tasawuf amat penting bagi diamalkan pada masyarakat Islam akhir zaman ini. Segala perhambaan kepada nafsu dan hati yang keji telah banyak dilakukan oleh manusia yang jauh dari mengingati Allah. Tasawuf ini mendidik hati agar sentiasa mengamalkan sikap ihsan untuk mencapai darjat dan maqam yang tinggi. Ia juga perlu seiring dengan harmoni dengan syarikat. Jika seseorang yang hanya memegang kepada syariat dan tidak mengamalkan Tasawuf, maka jelas perbezaan tingkah laku dan sifat hati akan menuju ke arah sifat yang mazmumah.

Segala bentuk penyelewengan yang berlaku didalam kumpulan Tarekat adalah berpunca dari kelemahan iman dan ilmu serta pengamalan dari sumber Al-Quran dan Sunnah. Sebagai insan biasa, sebelum seseorang itu menceburkan diri didalam Tasawuf dan Tarekat, perlulah mendalami dan mengkaji beberapa faktor terutama sekali didalam pemilihan guru tasawuf agar akidah tidak terpesong.

(15)

RUJUKAN / REFERENSI

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007, Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong, PTK Islamika: Selangor

Hilmi, Muhammad Mustafa. 1970. Al-Hayah Ruhiyyah fi Islam. Al-Hay‘an al-Misriyyah: Mesir

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2012. 40 Ciri Ajaran Sesat. Telaga Biru Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Hamka.2007.Tasawuf Moden.Pustaka Dini:Kuala Lumpur

Ismail Mamat. 2011. Kaedah Pengajian Usuluddin. Open University Malaysia: Kuala Lumpur

Siti Norbaya Abd. Kadir. 2002. Ajaran Sesat Sejarah Kemunculan dan Ciri-cirinya. Al-Hidayah Publishers: Kuala Lumpur

Abdul Qadir Isa.2008. Haqaiq Tasawuf. Universiti Kebangsaan Malaysia

Yusri Abd. Karim. 1965. Indahnya Tasawuf dan hidup sufi. Yamani Angle:Selangor.

http://www.muftins.gov.my (21.2.2016)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan tabel 5.1 dapat diketahui bahwa variabel kemimpinan, motivasi usaha, dan pemanfaatan informasi, secara bersama- sama memberikan pengaruh sebesar 17,1% terhadap

Hasil pengujian mutu fisik sediaan gel ekstrak umbi singkong secara organoleptis yang bertujuan untuk melihat warna, bau dan bentuk sediaan terhadap masing – masing

BAB IV HASIL DAN PEMBAHASAN A. Pengaruh Paparan Bunyi terhadap Pembukaan Stomata Daun ... Pengaruh Paparan Bunyi terhadap Pertumbuhan Tanaman ... Pengaruh Paparan Bunyi

Mutu pendidikan dapat optimal jika di dukung dengan kedisiplinan yang dibentuk atau dibangun sejak usia sekolah dasar karena dengan perilaku disiplin, anak

Dengan demikian dapat diberikan penilaian dengan menggunakan kriteria kinerja keuangan maka tingkat efisiensi pengelolaan keuangan daerah Badan Pengelola Keuangan

Kedua komponen tersebut adalah (1) komponen fisik padi yang terdiri atas faktor umur tanaman, tinggi tanaman, rasa padi, bobot bulir, potensi hasil, dan (2)

suatu model estimasi biaya konstruksi pembangunan kantor pelayanan masyarakat di Kota Surabaya dengan mengambil sampel atau data sekunder dari 5 tahun kebelakang mulai

Kuripan pantas dijadikan model kerukunan umat beragama untuk kabupaten dan kota lain di Indonesia. Karena kerukunan umat beragama di desa Kuripan dibentuk