Title M16
Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad
SBC - RADIO 2: RECORDING ON mpm16 (111] .PROG1Wt1E
PRODUCER : NORDIN KASSIM MESTIKA PUSAKA [M16] SCRIPTWRITER: HAJI MUHAMMAD ARIFF AHMAD PRESENTER 1 ••••••.••.•••••...••••.•. PRESENTER 2 ·: •.•••.•.••.•.•.•.••... DA TE OF BROADCAST: •
?: '..�.
-i� ... .
DATE OF REPEAT: •••• � -� •••
r. ... .
Jul 09, 1988======================================================================
GRAM : SIGNATURE TUNE [THEME SONG].. UNDER ••
ANNC Salam sejahtera dan salam ukhuwah ••
Para pendengar yang berbahagia lagi bertuah!
Syukurlah kepada Allah yang telah menganugerahi kita.sihat · dan afiat; yang dengannya membo lehkan k ita bertemu lagi dalam ·kesempatan berbeka bicara menerusi ruangan kesayang an kita: MESTIKA PUSA�A ••
Sebagai tanda kesyukuran itu, marilah kita menfaatkan saat sejahtera ini dengan mengikuti satu lagi beka bicara yang mengenai beberapa peribahasa warisan yang terpusaka •• Mudah-mudahan, menerusi beka bicara kita pada kesempatan kini, sambil menikmati peribahasa-peribahasa pusaka - itu bertambahlah pula kebijaksanaan kita, sehingga·dapat kita menfaatkan kebijaksanaan itu sebagai pembimbing kita men daki kehidupan yang penuh dengan liku dan ranjau ••
GRAM THEME SONG.. LINK MUSIC.
PRES 1 Para pendengar yang jauhari lagi bistari!
Semenjak beberapa kesempatan yang lalu, telah kita bualkan peribahasa-peribahasa yang ·membahasakan hal-hal yang agak negatif •• tentang orang yang tamak haloba •• tentang peker t i manus i a yang terce 1 a. • yang ti ada set i a dan yang se umpamanya ••
Memanglah manusia ini makhluk terbaik •• yang sentiasa ber niat baik •• dan mahu berbuat baik, namun, dalam perjalanan menuju kebaikan itu: manusia banyak kali terdorong atau terpesong ke simpang yang membawa manusia ke tempat celaka •• yang menjadikan manusia sesat •• hanyut ke timur dan ke barat •• seperti rakit putus pendarat!
Itulah yang menyebabkan kebanyakan manusia punah ranah •• [112]- PRES l contd: lain ••
PRES 1 (contd) PRES 2 PRES 1 PRES 2 mpm16 [ 112] lain yang digapai.. lain yang tercapai.. maka itulah ada peribahasa yang mengajara orang: sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan ••
Peribahasa: sesat di hujung jalan; balik ke pangkal jalan •• yang berbentuk "bidalan" itu menganjurkan seseorang: sebaik-baik mereka sedar bahawa mereka telah melakukan ke-silapan atau kesalahan, maka hendaklah segera mereka ber hentikan perbuatan salah itu, lalu berpaling semula ke ja 1 an yang benar.. memperba ik i kes i 1 apannya dengan kebe naran •• [PAUSE]
Jika kesalahan itu mengenai perkataan •• maka mintalah maaf _
daripada orang tempat dia bersalah; lepas itu, jangan ula ngi lagi berkata yang salah. Jika kesalahan itu suatu ke lakuan, sekalipun terderita pada perasaan •• maka akuilah kesalahan itu dan menebusnya dengan kebaikan •.
Demikianlah anjuran bidalan yang mengatakan: ses_at di hu
jung jalan, balik ke pangkal jalan •• ataupun yang dinasi hati bidalan: sesat surut; terlangkah kembali ••
"bidalan" ialah peribahasa yang mengajar orang dengan na sihat, anjuran atau galakan yang menggemarkan •• ·
Peribahasa berbentuk karmina: berakit-rakit ke hulu bere nang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian itu merupakan·sebuah bidalan, kerana peri bahasa i tu menas i hat a tau menganjurkan bahawa untuk men dapatkan kesenangan dan kebahagiaan, seseorang itu harus lah berani meneroka dan sanggup bersusah payah terlebih dahulu •• atau, menempuh derita jika perlu!_
Lain peribahasa yang tergolong dalam bidalan ialah seperti •• ingat sebelum kena, jimat sebelum habis •• atau variasi
nya: ingat sementara .belum kena, jimat sementar� belum
habis ••
Peribahasa bidalan ini menasihati seseorang supaya ketika. . melakukan usaha, mereka harus selalu waspada •• jangan sam pa i "terkena".. dan, da lam membe lanjakan harta, mereka harus sentiasa berkira •• jangan sampai papa kedana ••
lngat sebelum kena membawa makna: jangan sampai kena per-(113] PRES 2 contd: daya ••
PRES 2 (contd) PRES 1 PRES 2 GRAM PRES l mpm16 [113] daya •• kena fitnah atau kena aniaya •. manakala, jimat se belum habis pula membawa makna: jangan sampai jadi muflis •• segala belanja harus ditimbang bicara secara saksama ••
harus sentiasa dikira secara bijaksana! ·
Peribahasa bidalan: yang manis jangan segera ditelan, yang pahit jangan segera dihlahkan •• membawa kebijaksanaan ba hawa seseorang itu harus menerima sesuatu dengan cukup sedar dan cukup cermat. Sebe 1 um mener imanya :- kejujuran pemberi harus diduga •• kemurnian berian harus diperiksa! Dernikian-pula apabila mengogahnya: penolakan harus beralas •• dengan sebab musabab yang je las! Perk a taan yang . man is
-jangan segera dipercaya •• kerana, dalam manis banyak per daya; manakala perkataan yang pahit jangan segera dikecam •• kerana, dalam yang pahit itu penawar tersimpan ••
Peribahasa bidalan: bercakap siang pandang-pandang, ber--. cakap malilll . dengar-dengar •• satu lagi nasihat yang menga-(..'., jari seseorang supaya �entiasa berhati-hati, bercermat dan· beringat!
Jika ingat sebelum kena, jimat sebelum habis menasihati
supaya waspada dalam usaha dan berkira apabila'berbelanja
•• kalau yang manis jangan segera ditelan, yang pahit ja ngan segera diluahkan menganjurkan supaya orang bercermat memilih sesuatu berian •• maka bercakap siang pandang-pan dang, bercakap malam dengar-dengar itu mengajari seseorang
supaya cermat mengeluarkan kata-kata •• berkata h_arus me
lihat tempat dan masa •• jangan bercakap sembarangan •• ke rana apabila silap lidah jiwa mungkin hilang!
LINK MUSIC.
Para pendengar yang bahagia lagi bijaksana!
Selain daripada peribahasa bidalan itu, ada pula periba hasa "pepatah". Peribahasa pepatah ini mengajari seseorang juga, tetapi pepatah tidak menasihat, menganjur atau meng galakkan seperti bidalan •• pepatah mengajari seseorang dengan tempelak!
Setelah seseorang itu terdorong atau terlajak •• disuruh kembali ke pangkal jalan dengan memulangkan paku buah keras!
PRES 1 (contd) PRES 2 PRES l PRES 2 mpml6 [114]
Peribahasa pepatah: sudah terantuk baru tengadah atau va riasinya: sudah terantuk baru menengadah •• menempelak se seorang yang telah beroleh kesusahan kerana perbuatannya •• atau yang sudah kena .tipu kerana kepercayaannya •• barulah dia sedar dan hendak beringat •• barulah dia hendak berfi kir sebelum berbuat •• barulah dia hendak waspada dan
·bercerma t ••
Bagaimanapun, tempelakan pepatah itu membimbing seseorang menjadi baik sesudah menerima akibat daripada kesilapannya sendiri.
Peribahasa: memulangkan paku buah keras itu bermakna: mem- -berikan upah kerana khidmatnya kepada bomoh atau dukun yang mengubati penyakit seseorang setelah pesakit itu sem buh dari penyakitnya ••
Pemulangan paku buah keras itu dimaksudkan supaya penyakit itu tidak berulang lagi •• menderitai pesakit tadi. Menurut adat: adapun benda-benda yang biasa diberikan kepada bomoh sebagai paku buah keras itu ialah sedikit garam, se dikit asam jawa, sebatang paku, sebiji buah keras [kem_iri] dan sekapur sirih ••
: Peribahasa: memulangkan paku buah keras itu bermakna juga: menempelak seseorang yang telah melakukan kelakuan bersalah adat •• memulangkan kata-kata seseorang yang telah terlajak •• atau, mengungkit-ngungkit kesalahan seseorang yang hampir di lupai.. supaya seseorang itu t idak mengu-1 ang i lag i kes i la pan, kece l aan a tau kesa l ahan yang tel ah dilakukan itu.
Tujuan tempelakan itu memang mendatangkan kebajikan juga, tetapi tempelak itu selalunya menyentuh perasaan orang yang ditempelak sebelum dia insaf dan sedar diri •• Bagai manapun dalam tempelakan itu tersisip bidalan: yang pahit jangan segera diluahkan!
Peribahasa pepatah: sudah ka lah baru berkubu membawa ke bijaksanaan yang sama dengan pepatah: sudah terantuk baru tengadah tadi ••
"kalah" yang dimaksudkan pepatah itu, mungkin kalah perang, [115] PRES 2 contd: barangkali ••
PRES 2 (contd) PRES 1 PRES 2 GRAM PRES 1 · mpm16 [ 115]
barangkali pula kalah bertarung •• bertarung dalam gelang gang bola sepak atau yang sebagainya ••
Peribahasa pepatah ini menyindir seseorang yang mempersi_ap diri untuk menang setelah mengalami kekalahan!
: Ada beberapa pepatah lagi yang menempe lak ha 1 yang sama
_dengan pepetah-pepatah tadi •• umpamanya: pepatah yang·ber
kata: sudah kecurian baru mengunci pintu.. sudah lulus maka hendak melantai ••
Kekata "lulus" dalam peribahasa pepatah: sudah lulus baru hendak melantai itu bermakna: terperlus, terperosok atau termasuk ke dalam lubang •• bukan "lulus" yang digunakan _
dalam frasa "lulus peperiksaan"; "lulus ujian" atau yang sebagainya •• [PAUSE]
Dalam bentuk perumpamaan pula, ada peribahasa yang berkata •• Terperlus maka hendak menutup lubang ••
Perumpamaan ini menyindir orang yang setelah mengalami ba haya dari suatu kerosakan atupun kerana suatu kesa lahan yang dilakukan, barulah dia membaiki kerosakan atau kesa
lahan yang ·dilakukan! Perihal membaiki kerosakan atau_ ke
sa lahan itu terungkap .da lam frasa "menutup lubang" tadi. Peribahasa: barangsiapa mengga 1 i lubang dia lah yang akan
�erperosok ke :d�J��nya dulu •• menyind�r seseorang yang me rancangkan bahaya •• lumrahnya: dialah yang terlebih dahulu akan menderita celaka yang dirancangnya, sebelum orang lain terperangkap ke dalam bahaya itu!
Peribahasa ini mengingatkan kita supaya tidak berbuat se suatu perkara yang boleh menganiayai sesama manusia •• su paya ti dak menaruh hasad dengk i terhacfap ses i apa. • yang mungkin sedang menikmati bahagia!
: LINK MUSIC.
Para pendengar yang ceria lagi cendekia!
Peribahas pepatah: belum duduk sudah berlunjur •• menempe lak seseorang yang melakukan sesuatu sebelum sampai waktu nya •• atau yang melakukan sesuatu yang menyalahi kebiasa armya ••
Seseorang yang tidak membilang dari se; membaca dari alif
PRES l (contd) PRES 2 PRES l PRES 2 mpml6 [116] ditempelak juga oleh pepatah: belum duduk sudah berlunjur •• kerana, menurut adat: sesuatu pekerjaan harus dilakukan berperingkat-peringkat •• tahap demi tahap •• supaya peker jaan itu selamat.·. sempurna bagai yang dihajat!
Berlunjur sebelum duduk mendatangkan mudharat ••. bagi orang _yang berbadan berat •• apalagi mereka yang mengandung sarat!
Peribahasa: membilang • _dari se; membaca dari a lif itu me rupakan suatu bida lan, kerana peribahasa itu -menas ihat i manusia •• supaya menggarap tugas dengan tertib: yang dahu lu didahulukan •• yang kemudian dikemudiankan •• bertangga naik berjenjang turun! [PAUSE]
Membilang harus dari "se" •. satu •• dua •• tiga •• dan sete
rusnya. Membaca pula harus dari 11alif11 • • alif •• ba._. ta ••
sampai ke ya dan nya. Demikian tertib orang bekerja •• ber mula dengan tahap pertama •• beransur-ansur hingga s�mpurna •• barulah pekerjaan itu bernama kerja!
Peribahasa: bertangga naik berjenjang turun itu menganjur kan supaya �iap pekerjaan digarap menurut aturan yang di tentukan •• aturan yang telah teradat ••
Jika hendak mengajar •• mengajarlah mulai dari yang mudah [yang sudah diketahui] •• meningkat kepada yang payah [yang hendak dipelajari]. Jika hendak mernanjat •• panjatlah dari bawah •• beransur-ansur bertapak ke atas •• jangan melompat •• rnahu tiba di atas dengan cepat •• kelak jatuh patah pe lipat ••
"tangga" dalam peribahasa itu ialah tingkat tempat berta pak atau berpijak .• manakala "jenjang" i.alah tahap yang di siring bukit tempat bersawah •.
Dalam masyarakat, kedudukan manusia berjenjang turun menu rut protokol •• pengatur majlis, biasanya, menempatkan ke dudukan tetamu· pada jenjangnya. Demikianlah kehendak peri bahasa: bertangga naik berjenjang turun itu.
Peribahasa pepatah: segJ berkayuh perahu hanyut digunakan orang untuk menempelak seseorang yang malas bekerja. Ka�a orang tua yang bijaksana: orang ma las tak ada ubatnya •• orang malas susahlah p�dahnya! Maka orang yang kesusahan [117] PRES 2 contd: kerana ••
PRES 2 (contd) PRES 1 PRES 2 GRAM ·ANNC. mpml6 [ 117] kerana malasnya itulah yang ditempelak pepatah: segan ber kayuh perahu hanyut tadi.
11segan11 pada pepatah tersebut bermakna: malu dan malas:
·malas memanglah sifat terjela .. malu· yang bukan pada tempatnya demikian pula •• kedua-duanya sama belaka •• sama sama membawa celaka •• !
Adapun 11malu11 yang dikatakan orang budiman •• malu itu se
bahagian iman ••. ialah malu hendak melakukan kesalahan ••
malu kerana berdosa kepada Tu�an •• malu hendak menyusahkan rakan dan teman ••
Malu bagi orang beriman lagi budiman •• ialah malu yaryg di-
-tuntut Islam�. yang sanggup menegakkan kebenaran •• iaitu, malu bagi orang yang takut kerana salah, berani kerana benar •• !
Pepatah: takut kerana sa lah, ber�ni kerana benar ·itu me nempe lak seseorang yang telah berbuat salah tetapi takut mengadapi pengadi lan_ •• sebab, orang tahu tiap yang sa lah •• pasti kalah� Tetapi •• orang yang benar •• kebenarann"ya te tap bersinar •• maka itu dia tidak gentar •• mengadapi tu duhan yang sesamar •• kerana si benar cukup sedar •• bahawa Tuhan menyebelahi orang yang benar ••
: LINK MUSIC.
Para pendengar yang se.tia lagi terhormat!
Nampaknya, setakat inilah beka bicara peribahasa kita yang sempat kita oualkan dalam kesempatan pada kali ini. Mudah mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara �ita dengan minat_ yang penuh maka akan dapatlah pendengar mernenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA tadi •• [PAUSE] Akhirnya, bagi pihak penerbit, penyampai, penulis skrip dan sekalian yang terlibat dalam persembahan ini •• saya uca�kan salam ukhuwah diiringi doa mudah-mudahan kita sekalian sentiasa dianugerahi Allah sihat afiat .• Dengan demikian, mudah-mudahan kita akan berpeluang pula ° bertemu lagi da lam ruangan MESTIKA PUSAKA pada la in k� sempatan ••
GRAM : SIGNATURE TUNE.. FADE.. OFF.