• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Title M27

Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

SBC - RADIO 2: RECORDING ON •••••••••••• mpm27 [188]

PROGRAMME MESTIKA PUSAKA [M27]

PRODUCER SCRIPTWRITER PRESENTER 1

• .: NORDIN KASSIM

HAJI MUHAMMAD ARIFF AHMAD·

PRESENTER 2 : ...•.•.••....••...•

DATE OF BROADCAST: •• l

t. 9.�I. t. r... .

DATE OF REPEAT: •.•••

l�/?.�[. �� .... .

0kt 08, 1988

======================================================================

GRAM : SIGNATURE TUNE [THEME SONG] •• UNDER ••

ANNC Salam sejahtera dan salam ukhuwah ••

Para pendengar yang mulia lagi terhormat!

Syukurlah bahawa kita berada dalam keadaan sihat dan afiat.·

Maka dengan izin Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa ••

dapatlah kita bertemu semula dalam kesempatan berbeka bi­

cara menerus i ruangan kesayangan k ita.: MESTIKA PUSAKA •.

Sebagai tanda kesyukuran itu, marilah kita menfaatkan saat sejahtera ini dengan mengikuti satu lagi beka bicara yang mengenai beberapa peribahasa, warisan yang terpusaka ••

Dengan demikian, mudah-mudahan •• sambil menikmati periba­

hasa-peribahasa pusaka· -itu akan bertambah pula kebijaksa­

naan kita, sehingga dapat kita menfaatkan kebijaksanaan itu sebagai pembimbing kita mendaki kehidupan yang penuh dengan liku dan ranjau ••

GRAM : THEME SONG.. LINK MUSIC ••

PRES 1 Para pendengar yang cendekia lagi bijaksana!

Bel ajar dan mengajar ada l ah perkara bi asa yang di tun tut supaya dilakukan antara sesama manusia. Orang-orang bijak­

sana selalu berkata: sesiapa yang tiada tahu wajib belajar

•• dan yang tahu harus mengajar.

Proses belajar dan mengajar. berlaku di mana-mana •. juga pada bila-bila sahaja, kerana ilmu itu luas daerahnya; dan panjang sejarahnya .• Bagaimanapun, ilmu yang teraku ialah ilmu yang menjadi_kan manusia maju •• i lmu yang menjadikan manusia sempurna tingkah laku; yang sedar diri selalu!

Akan orang yang mengajar itu haruslah yang betul-betul ta­

hu tentang sesuatu ilmu; supaya tidak berlaku: sesuatu yang keliru •• yang disindir peribahasa dengan kata: bagai [189] PRES 1 contd: si rabun ••

: ...•.•.••....••...•

: ...•.•.••....••...•

(3)

PRES 1 (contd) PRES 2

PRES 1

PRES 2

PRES 1

PRES 2

mpm27 [189]

si rabun memimpin si buta ••

Rabun i-alah kurang nampak; sukar melihat •• manakala buta ialah tidak nampak; tidak dapat melihat.. dan daya lihat si rabuh hanya sedikit sahaja lebih baik daripada yang buta. Maka peribahasa: si rabun memimpin si buta itu me­

nyindir seseorang yang belum cukup f�ham tentang sesuatu ilmu sudah hendak metigajarkan ilmu itu kepada orang lain yang sama sekali belum tahu akan ilmu itu •• pastilah peng­

ajarannya i tu ti dak berkesan. • ma 1 ah, mungk in s i bodoh yang belajar itu menjadi lebih panasaran!

Peribahasa: si rabun memimpin si buta itu menyindir juga orang-orang yang dirinya sendiri belum terurus; sudah hen­

dak mengurus hal orang lain •• oleh kerana urusan dirinya sendiri belum sempurna •• betapakan urusan orang lain yang digarapnya itu akan terlaksana!

Niat mahu menolong orang yang kekurangan dan tidak berna­

sib baik itu memanglah cita-cita yang murni •• niat yang sesuai dipuji dan disanjung tinggi .• tetapi, supaya per­

tolongan itu merupakan bakti yang dapat dimenfaati •. diri sang pengurus harus di lengkapi.. dengan i lmu dan upaya yang memadai; kerana sesuatu pekerjaan yang dilakukan tan­

pa modal yang cukup .• hanya meninggalkan kesan yang: se­

perti embun di hujung rumput!

Embun hanya berada di hujung rumput di awal pagi .• apabila sang surya mulai meninggi •• embun pun segera terbang pergi

•. meninggalkan ru�put sendiri, dibakar matahari ••

Maka peribahasa: seperti embun di hujung rumput itu meng­

ungkap sesuatu perkara yang ti dak keka 1 adanya.. suatu sifat yang amat sementara.1 bagai dagang yang mengembara ••

yang diterjemahkan dengan·pantun selok� yang berkata:

Anak 'enggang di kayu tinggi_,

Patah ranting terbanglah dia;

Orang dagang lama di sini,

Datang musim pulanglah dia!

Bagi muda-mudi yang s�ang berkasih •• peribahasa: seperti [190] PRES 2 contd: embun ••

(4)

PRES 2 (contd)

PRES 1

PRES 2

GRAM PRES 1

mpm27 [190]

embun di hujung rumput ituikepada kasih kekasih yang tiada setia •. yang kasih sebentar sahaja: kasih yang mekar sela­

gi bertentang mata •• selagi lidah lunak berbicara: menya­

takan kasih dan cinta •• s�lagi ada belai manja •• sanjung, puji dan puja •• yang pura-pura ••

Tetapi, pabila keadaan kian menjadi nyata .• yang iseng mu­

lai serius menyala •• maka kekasih yang_ tiada sejati •• mula berundur menarik diri •• meninggalkan mangsa membilang jari

•• betapa yang sedang dimabuk kasih tidak kan lara •. beta­

pa penderita cinta tidak berasa kecewa •• berasa hampa •.

kerana: di sangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari.

Peribahasa: disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari itu mengungkap sesuatu yang tidak keka 1 juga ••

Peribahasa ini menerjemahkan kebaikan, kemuliaan atau ke­

seronokan yang tidak kekal selamanya. Seseorang yang ber­

oleh untung dalam niaga •• pasti sentiasa mengharap untung selamanya .• tetapi, rugi tiba-tiba menimpanya ••

Seseorang yang sedang bahagia dengan kebesarannya •• t iba­

tiba jatuh; atau dijatuhkan dari tahtanya •• pasti mereka hampa dan kecewa.. maka 1 ah irk an ke 1 uhan dan sesa 1 an me­

ka menerusi pantun seloka, warisan pusaka:

Buah nanas di tepi permatang, Dibawa orang k·e pekan sari;

Kusangka panas hingga ke petang, Kiranya hujan di tengah hari!

LINK MUSIC ••

Para pendengar yang jauhari lagi bistari!

Ada peribahasa yang berkata: diam ubi berisi, diam pengga­

li berkarat •• "diam penggali" dalam peribahasa itu, kadang­

kadang disebut juga "diam besi" kerana "penggali" itu, bi­

asanya, terbuat daripada besi.

Peribahasa tersebut mener jemahkan dua macam 11diam11 - diam ubi dan diam penggali atau diam besi. Dan, "diam" di situ bermakna 11senyap11 a tau "t idak bersuara". Senyapnya ubi -

[191] PRES 1 contd: ubi kentang ..

(5)

PRES 1 (contd)

PRES 2

PRES 1

PRES 2

mpm27 [ 191]

�bi kentang atau ubi kayu - semakin berisi .• semakin mem­

besar. . akh i rnya, i a berf aedah kepada ma nus i a; man aka 1 a senyapnya penggali atau besi, semakin berkarat •• semakin memakan diri •• akhirnya, menjadi bangkerah, yang tak ber­

guna sama sekali!

Peribahasa: diam ubi berisi, diam penggali berkarat itu mengungkap bahawa diam orang yang beraka 1 itu berfik ir;

dan fikirannya itu membina •• memajukan masyarakat; tetapi diam or�ng bebal ialah d�am yang sia-sia sahaja •• malah, kadang-kadang, diam itu diam yang membawa mudarat!

Orang yang bekerja dengan senyap-senyap •• diam-diam; tidak.

banyak kerinah dan lagak •• biasanya, menyudahkan kerjanya dengan sempurna. Dia'!! yang demikian, dibangsakan kepada

"diam ubi" •• diam oran� bijaksana ••

Peribahasa: diam ubi berisi, diam penggali berkarat itu disebut juga sebagai: diam ubi lagi kental; diam besi lagi berkarat. Kekata "lagi" dalam peribahara yang terakhir itu bermakna: bertambah ••

Ada semacam "di am" 1 ag i yang mener jemahkan keadaan "di am"

seseorang, iaitu diam, diam lepu ••

"lepu" ia lah sejenis ikan laut yang keci 1; mencari makan di gigi air •• Ikan lepu itu kecil sahaja, tetapi sengatnya terlalu bisa. Jika tidak tertolong segera •• orang yang tersengat lepu bergadai nyawa!

"diam lepu" itu mengungkap seseorang seteru yang kelihatan pendiam •• tetapi, sekali dia mengeluarkan perkataan •• per­

kataannya amat pedas kedengaran; sekali dia bertindak me­

nantang.. t idakannya itu bukan a lang kepa lang •• t indakan itu meninggalkan bekas yang sukar hilang!

Peribahasa: diam, diam lepu tadi memberitahu k ita bahawa orang yang pendiam itu •• jangan kita sangka bodoh atau pe­

nakut .• jangan kita sangka dia pasif •. atau tidak agresif!

Dalam makna yang begini, diam, diam lepu itu sama maknanya dengan_maksud peribahasa yang berkata: air yang tenang ja­

ngan disangka tiada buaya •• atau yang disebut oleh ling­

kungan lain sebagai: air yang tenang jangan disangka tidak berbuaya ••

[192] PRES 2 contd: Dalam pada ••

(6)

PRES 2 (contd)

PRES 1

PRES 2

mpm27 [192]

:.�alam pada: yang pandai menyamal sebagai bodoh .. yang ga­

gah menyamar sebaga f. lemah.. yang cerd ik menyembunyikan kecendekiaannya.·. ada pula manusia yang dibahasakan peri­

bahasa dengan kata: belum duduk sudah berlunjur •• belum betul membilang jari sudah hendak berkuasa sendiri •• atau­

pun belum bertaji sudah hendak berkokok ••

Peribahasa pepatah: belum duduk sudah berlunjur itu, ka­

dang-kadang disebut juga� belum duduk berlunjur dahulu ••

Peribahasa itu menegur seseorang yang me lakukan sesuatu tidak mengikut peraturan biasa •• yang mendahului masa •.

yang melakukan sesuatu sebelum waktunya.. ataupun ·yang.

menggarap tugasnya tidak bertangga naik berjenjang turun ••

Peribahasa: belum duduk sudah berlunjur itu menyindir juga yang bergirang dan berpuas hati kerana suatu kejayaan ••

padahal belum dicapai tangan .• belum diperolehi; �aru di­

angan-angani!

Peribahasa: belum bertaji sudah hendak berkokok •. hampir sama maksudnya dengan makn� peribahasa: belum bergigi sudah hendak menggigit •• perbezaan makna antara kedua pe­

ribahasa itu amatlah sedikit ..

Peribahasa: belum bertaji sudah hendak berkokok mengungkap seseorang yang belum tahu apa-apa •. sudah berlagak seperti cendekia •. ilmu di dada masih kosong •• sudah berlagak bongkak dan sombong •• jalan menegak dada dibusung!

Manakala, peribahasa: belum bergigi sudah hendak menggigit itu pula menyindir setengah-setengah_orang yang baru dicu­

ba atau dijanjikan akan 'diberi kuasa .• sudah berangan­

angan hendak memperkosa.. hendak menindas dan bertindak atas nama "kuasa".

Orang begini, sesungguhnya tiada bistari.. ka lau benar­

benar kuasa diberi •. akan digunakan kuasa tadi: untuk men­

capai kepentengan diri .• atau kepentingan golongannya sen­

diri •. orang lain dia tidak peduli!

aka peribaha�a itu mengamari manusia •. supaya bijaksana menggunakan kuasa .• jangan sewenang-wenang mengikut resa ••

jangan bersultan di hati beraja di mata!

GRAM LINK MUSIC ••

[193] PRES 1: Para pendengar ..

(7)

PRES l

PRES 2

PRES l

PRES 2

mpm27 [193]

: .Para pendengar yang ceria lagi bijaksana!

Peribahasa: belum betul membilang jari sudah hendak berku­

asa sendiri itu menyindir kanak-kanak yang hendak berlagak sebagai orang dewasa .. berkisah dan berbicara macam orang­

orang tua! Ingin benar dia mengalami pengalaman yang belum tiba masanya!

Kanak-kanak yang berangan-angan hend�k segera menjad i o­

rang dewasa itu disindir juga oleh peribahasa dengan kata:

belum pandai membuang ingus sudah hendak berjuang lidah ••

ataupun dengan kata: belum lepas tali uri sudah hendak

· bangkit berdiri ••

Kedua-dua peribahasa yang terakhir itu menasihati manusia supaya bertindak sesuai langkah dengan masa .. sesuai ke­

adaan d�ngan ketika •• ka lau dapat: jangan tercepat .. dan jangan pula terlewat •. Kita jangan ·mendahului mas_a .. ja­

ngan pula didahului ketika .. kerana waktu itu amat ber­

harga •. �mas perak bukan nilainya. Maka sesiapa yang me­

menfaatkannya akan berjaya .• dan, sesiapa yang mengabaikan -nya akan hampa dan ke�ewa!

Ada pula peribahasa· yang berkata: kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Kadang-kadang, ke­

kata "kalau" dalam peribahasa itu disebut juga "jika" .•

jika kail panjang sejengkal •.

Per ibahasa i tu mengungkap bahawa ka l au pengetahuan baru ada sedikit •• jangan cuba mencabar [apalagi melawan]

orang yang memang ahli atau pakar dalam ilmu yang diper­

bincangkan.

Perbuatan "menyangkal" demikian ialah tindakan orang yang ungkal tanpa bekal; yang cekal tanpa akal .. Perbuatan de­

mikian akan mengakibatkan kesudahan yang tidak menguntung­

kan.. kerana: mengusu l tanpa i lmu itu menjemukan. . dan, menyaran tanpa alasan itu membosankan!

Peribahasa: kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga i.tu mener jemah:can juga maksud bahawa jika ki.ta hanya mempunyai modal a.tau wang yang ·sediki.t, jangan-

1 ah cuba k i.ta menawar barang yang mah a 1 harganya. . pas.ti

· [194] PRES 2 CORtd: maksud ..

(8)

PRES 2 (contd)

PRES l

PRES 2

m;,m27 [ 194]

maksud kita tidak akan tercapai.

..

Cara yang e lok k ita lakukan . ia lah mengukur baju di badan sendiri •• iaitu apapun yang hendak kita lakukan •. termasuk membeli ·dan menawar barang yang kita perlukan •• eloklah·

kita padankan dengan kemampuan dan keupayaan kita sendiri;

yang penting: kita harus berdepan dengan kenyataan ••

Dalam hal berbelanja kita diingatkan. peribahasa: cermat masa banyak, jimat ma�a sedikit. Ini bermakna kita di­

suruh berfikir waktu berbelanja •• kita disuruh membeli apa yang kita perlu •• bukan disuruh membeli melulu •• jangan fikirkan bagaimana hendak membelanjakan yang ada •• tetapi, fikirkanlah keperluan membelinya!

Peribahasa: cermat masa banyak, jimat masa sedikit itu me­

ngajar kita jangan boros •• membazir .• dan berbuat sesuatu yang sia-sia .. mengajar kita supaya berwaspada seti�p masa . • supaya berbe l anja yang per 1 u sahaja. . cermat menyuruh kita waspada •• jimat menyuruh kita berjaga-jaga .• waspada dan berjaga-jaga itu merupakan ketelitian orang berbelan­

ja ••

GRAM • LINK MUSIC ••

ANNC : Para pendengar yang setia lagi budiman!

Nampaknya, hanya setakat ini sahaja peluang yang terbuka bagi kita berbeka bicara mengenai peribahasa dalam kesem­

patan sekarang. Mudah-mudahan, berkat kesabaran pendengar budiman mengikuti siaran ini dengan tekun dan penuh minat, akan dapat juga hendaknya para pendengar mengambil iktibar dari kebijaksanaan peribahasa-peribahasa yang kita bicara­

kan sebentar tadi. Semoga pendengar setia dapat memenfaat­

kan pula segala kebijaksanaan itu, sesuai dengan matlamat persembahan MESTIKA BAHASA •. [PAUSE]

Akhirnya, bagi pihak penerbit, penyampai dan penulis skrip, sambutlah salam ukhuwah saya _yang teriring doa se­

moga kita sentiasa sihat ·afiat, sehingga dengannya, akan berpeluang pula kita dapat bertemu lagi di lain kesempatan GRAM : SIGNATURE TUNE.. FADE.. OFF.

mpm28 insya Allah.

Referensi

Dokumen terkait

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain

a. Di-peranakan tahun A.D 1795 di-negeri Melaka zaman pemerentahan Belanda. Keturunan-nya: bapa-nya ia-itu orang Arab champor India dan emak-nya orang India. Di-pelihara oleh