• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anakronisme.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Anakronisme."

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1.0

1.0 PENGENALANPENGENALAN

Pada dasarnya, penggunaan konsep pensejarahan yang lebih saintifik dan terperinci Pada dasarnya, penggunaan konsep pensejarahan yang lebih saintifik dan terperinci dapat dilihat apabila bermulanya hasil cetusan idea yang diilhamkan oleh Bapa dapat dilihat apabila bermulanya hasil cetusan idea yang diilhamkan oleh Bapa Pensejarahan Moden iaitu Leopold Von Ranke pada abad ke-19. Dalam konsep yang Pensejarahan Moden iaitu Leopold Von Ranke pada abad ke-19. Dalam konsep yang diterapkan oleh Ranke, beliau memberikan pendekatan yang

diterapkan oleh Ranke, beliau memberikan pendekatan yang agak sinonim dengan diriagak sinonim dengan diri beliau dalam dunia pensejarahan iaitu menurut beliau

beliau dalam dunia pensejarahan iaitu menurut beliau “Saya hanyalah berhajat “Saya hanyalah berhajat  semata-mata un 

semata-mata un tuk memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenar”.tuk memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenar”.

Namunperkaraatauciri yang paling

Namunperkaraatauciri yang paling

selaludibimbangiolehparasejarawandanparailmuanialahterdapatnyaunsuranakronistikiai selaludibimbangiolehparasejarawandanparailmuanialahterdapatnyaunsuranakronistikiai tukesilapanataupercanggahanuntukmenempatkansesuatuperistiwa,

tukesilapanataupercanggahanuntukmenempatkansesuatuperistiwa,

tokohdantempatpadazaman yang sebenarnya.Disampingitujuga,

tokohdantempatpadazaman yang sebenarnya.Disampingitujuga,

terdapatnyaunsurmitos, lagenda, dongeng yang terdapatnyaunsurmitos, lagenda, dongeng yang

manamerupakanunsurmewarnaikarya-karyapensejarahantradisional yang

akhirnyamenyebabkankarya-karyapensejarahantradisional yang

akhirnyamenyebabkankarya-karyainidilandapelbagaikontroversiseandainyanilaisejarahitudilihatdaripadasudutpenseja karyainidilandapelbagaikontroversiseandainyanilaisejarahitudilihatdaripadasudutpenseja rahanmoden.

rahanmoden.11

Oleh yang demikian, dalam perbincangan ini, pengkajian akan memfokuskan Oleh yang demikian, dalam perbincangan ini, pengkajian akan memfokuskan kepada unsur anakronisme yang terdapat dalam tradisi pensejarahan Melayu dengan kepada unsur anakronisme yang terdapat dalam tradisi pensejarahan Melayu dengan meniliti beberapa aspek seperti definisi anakronisme, faktor-faktor, kesan-kesan dan meniliti beberapa aspek seperti definisi anakronisme, faktor-faktor, kesan-kesan dan beberapa bentuk dan contoh yang sesuai untuk memperlihatkan unsur ini terdapat beberapa bentuk dan contoh yang sesuai untuk memperlihatkan unsur ini terdapat pada naskah-naskah Melayu lama.

pada naskah-naskah Melayu lama.

2.0

2.0 DEFINISI ANAKRONISMEDEFINISI ANAKRONISME

Tidak dapat dinafikan bahawa unsur anakronisme ini sangat banyak ditemui dalam Tidak dapat dinafikan bahawa unsur anakronisme ini sangat banyak ditemui dalam naskah pensejarahan Melayu lama. Secara umumnya, anakronisme dalam naskah pensejarahan Melayu lama. Secara umumnya, anakronisme dalam

1 1

 Abu Hassan Sham,

 Abu Hassan Sham,BeberapaaspekdariSejarahMelayBeberapaaspekdariSejarahMelayu (Sulalatus-Salatin u (Sulalatus-Salatin ),), Kuala Lumpur:UtusanKuala Lumpur:Utusan Publications

(2)

pensejarahan Melayu dapat dihubungkaitkan dengan tempoh masa berlakunya sesuatu peristiwa serta penukaran kepada peristiwa itu sendiri.

Pada dasarnya, perkataan anakronisme diambil daripada bahasa Yunani. Istilah itu sendiri dapat dibahagik an kepada dua iaitu “ana” yang bermaksud melawan atau kembali manakala “chromos” bermaksud waktu atau masa. Oleh itu, anakronisme pada dasarnya merupakan sebuah kesalahan dalam kronologi atau waktu karya seni atau sastera. Menurut Ahmad Baso, 1999, menyatakan bahawa anakronisme juga merujuk  kepada istilah yang sering digunakan untuk menjelaskan terdapatnya kesalahan logik  atau realiti dalam memahami suatu atau peristiwa atau berfikir yang tidak sesuai dengan zaman ketika sebuah fenomena atau peristiwa terjadi. Dengan erti kata yang lain anakronisme juga dapat dirujuk sebagai sebuah pemikiran yang ditafsir dengan tafsiran-tafsiran yang berada di luar konteks pensejarahannya. 2

Secara ringkasnya anakronisme sebagai kesalahan menggunakan tarikh dan tempat peristiwa yang berlaku sesuai dengan masa dan tarikh sebenarnya. Selain itu  juga, anakronisme adalah sebuah ketidaksesuaian penempatan tokoh atau watak 

dalam sebuah cerita atau ketidaksesuaian latar yang terjadi terhadap tokoh atau watak yang dikisahkan. Hal ini dapat dibuktikan, misalnya peminangan Puteri Gunung Ledang dicatatkan dalam kitab Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh R. O. Winstedt dan kitab Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh Shellabear menampakkan unsur anakronisme.

Oleh itu unsur-unsur seperti ini dijadikan sebagai pewarna atau pemanis dalam naskhah Melayu agar tampil indah, unik dan menarik. Oleh disebabkan semua karya dibentuk dan dimurnikan oleh masyarakat setempat maka segala rangka kajian terhadap persoalan ini patut dirujuk dan dikembalikan kepada masyarakat tersebut dalam menilai naskhah Melayu. Hal ini bermaksud perlunya mendalami atau melihat masyarakat terdahulu dari perspektif  "space and time"  atau ruang dan masa

2Muhammad Yusoff Hasim, Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu , Kuala Lumpur: Teks Publising Sdn. Bhd, 1998, hlm. 36- 39.

(3)

masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, secara hakikatnya hal seumpama ini agak  sukar untuk dilakukan.

2.0 FAKTOR-FAKTOR ANAKRONISME

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi berlakunya unsur anakronisme dalam naskah-naskah Melayu lama. Semua faktor ini dilihat sebagai punca berlakunya penerapan unsure anakronisme dalam sesebuah karya atau naskah Melayu lama.

2.1 Sikap Pengarang Naskah

Faktor yang pertama ialah melihat kepada sikap seseorang pengaran yang mengarang sesebuah naskah pensejarahan Melayu tradisional. Naskah Sejarah Melayu adalah naskah Kesusasteraan Melayu yang disalin daripada satu generasi ke satu generasi kemudiannya. Menurut Yusuf Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh, 1983, Sejarah Melayu asalnya hanya berupa senarai raja-raja Melayu yang memerintah Melaka. Catatan tersebut lengkap dengan tarikh perlantikan seseorang raja, kemangkatan dan tempoh masa pemerintah seseorang raja tersebut. Senarai raja-raja itu menjadi intipati kepada penulisan karya sejarah Melayu. Oleh yang demikan, salinan-salinan tersebut dibuat daripada naskah induk dan salinan itu pula berbeza mengikut keadaan, zaman dan tempatnya.3

Kekerapan terhadap penyalinan semula naskah ini adalah berpunca daripada pengarang asal tidak meletakkan nama sebenar mereka pada naskah tersebut. Hal ini disebabkan pada ketika itu sesebuah karya atau penulisan diistilahkan sebagai bukan milik sesiapa tetapi adalah hak masyarakat tersebut. Disamping itu  juga, pada ketika itu belum terdapatnya lagi satu undang-undang hakcipta yang dapat memelihara keaslian sesuatu karya. Oleh yang demikian, pada waktu tersebut penyalin

3 Abd. Rahman Kaeh dan Zahir Ahmad, Sejarah Melayu: Analisis isi dan fungsi, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd, 1993, hlm. 29-34.

(4)

boleh membuat tokok tambah isi dengan sesuka hati untuk memperindahkan dan mencantikkan lagi karya mereka. 4

Manakala edisi Shellabear yang lebih terkemudian menulis dalam ceritera 2. Dalam ceritera ini Sri Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba telah berkahwin dengan Wan Sendari. Hasil perkahwinan in mereka memperolehi dua orang putera dan dua orang puteri yang bernama Sang Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi dan semua mereka dilahirkan di Palembang. Hal ini dapat jelas dilihat berlaku perbezaan dalam penceritaan Sejarah Melayu bagi edisi yang berlainan. Perbezaan yang sebeginilah munculnya pelbagai versi bagi naskah Sejarah Melayu. Disamping itu juga, sikap penyalin suka untuk menokok tambah dan mengurangkan perkataan-perkataan dalam teks cerita asal Sejarah Melayu. Hal ini berkemungkinan untuk memperbaiki mutu bahasa atau mengindahkan lagi bahasa dalam penceritaan Sejarah Melayu. Penelitian boleh dilihat pada petikan berikut:

"… gilang-gemilang seperti cahaya matahari dan bulan, dan amat bijaksana …” (W.G. Shellabear, 1977).

" …gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan terlalu amat bijaksana …" (R.O. Winstedt, 1938).

Dalam sudut ini, pengarang cuba untuk membuat perubahan dalam penulisan mereka. Perkara yang dilakukan seperti mengubah peristiwa-peristiwa tertentu dalam Sejarah Melayu sehingga menampakkan berlakunya anakronisme pada sesebuah karya yang sama. Hal ini dapat dibuktikan dengan satu peristiwa yang masyhur terdapat pada

4Muhammad Yusoff Hasim, Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu , Kuala Lumpur: Teks Publising Sdn. Bhd, 1998, hlm. 40- 42.

(5)

kedua-dua edisi Winstedt dan Shellabear ialah tentang peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Terdapat perbezaan yang jelas di antara kedua-dua edisi ini tentang siapakah yang memerintahkan peminangan itu. Dalam edisi Winstedt dikatakan yang berhasrat meminang ialah Sultan Mansur Syah manakala dalam edisi Shellabear ialah Sultan Mahmud Syah. 5

3.2 Anjakan Paradigma Penyalin Terkemudian

Sememangnya ramai ahli sarjana yang maklum bahawa terdapat banyak perbezaan antara pengarang asal dengan pengarang terkemudian dalam menyalin sesebuah karya. Hal ini adalah berkaitan rapat dengan kehidupan masyarakat, pemerintahan dan gaya hidup zaman pengarang asal dengan zaman pengarang terkemudian. Pengarang terkemudian mungkin merasai banyak perkara dalam cerita asal tidak bersesuaian dengan keadaan waktu. Oleh yang demikian, hal ini mendorong pengarang terkemudian memasukkan sesuatu yang dianggap baik dan sesuai dengan nukilan karya mereka.

Menurut Winstedt dan Shellabear telah menampakkan kelainan pandangan. Winstedt menamatkan kisah dalam tahun 1535 Manakala edisi Shellabear diakhiri tahun 1612. Hal ini jelas menunjukkan edisi Shellabear lebih terkemudian. Shellabear cuba membina versi baru dengan menukar legenda peminangan Puteri Gunung Ledang. Dalam kebanyakan edisi seperti edisi Winstedt peminangan berlaku dalam zaman Sultan Mansur Syah. Shellabear cuba berusaha untuk menukar peristiwa peminangan itu daripada zaman Sultan Mansor Syah ke zaman Sultan Mahmud Syah. Tujuannya agar zaman Sultan Mahmud Syah juga akan masyhur sekiranya terdapat peristiwa luar biasa setanding dengan kemasyuran zaman Sultan Mansur Syah.6

5Jelani Harun dan Abd Rahman Abd.Rahsid, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd. 2005, hlm. 58-62.

(6)

3.3 Percanggahan Tafsiran

Semasa proses penyalinan dan penerbitan, masalah salah tafsiran ataupun kesilapan pembacaan oleh penyalin atau penterjemah sering sahaja timbul. Keadaan seumpama ini berlaku disebabkan penyalin yang menyalin naskah asal tidak faham isi kandungan naskah asal. Antara permasalahannya ialah naskah asal menggunakan tulisan jawi dan rata-rata penyalin bukan semua mempunyai kemahiran dalam membaca dan menulis dalam tulisan jawi. Seandainya boleh membaca pun mungkin mereka tidak dapat membunyikannya dengan betul dan mereka menulis mengikut kefahaman mereka sendiri. Sememangnya membaca naskah jawi adalah lebih sukar, Winstedt juga turut membuat kesilapan. Beberapa perkataan jawi dalam Sejarah Melayu yang disalin oleh Winstedt diterjemahkan dalam Bahasa Melayu tetapi ejaan jawinya masih dikekalkan dengan apa yang ditulis oleh beliau.7

3.4 Pengaruh Istana

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu mempunyai sistem tulisan yang tersendiri. Namun pada hakikatnya kegiatan menulis ini hanya tertumpu di istana sahaja. Oleh disebabkan itu, tidak menjadi hairan bagi golongan atau masyarakat istana dikategorikan sebagai masyarakat yang awal mahir dalam menulis. Pada saat itu, kegiatan penulisan adalah tertakluk kepada perintah raja sahaja. Segala hasil cerita adalah bergantung kepada kehendak raja yang memerintah. Hal ini boleh dikatakan pihak istana menjadi penerbit naskah tersebut. Hal ini dapat dilihat ungkapan kata dalam Sejarah Melayu Edisi Winstedt yang menunjukkan bahawa pihak istana berperanan penting dalam menulis sesebuah naskah iaitu:

7Muhd Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm. 70-72.

(7)

 “Maka fakir karangkan hikayat ini Kama Sami 'tu min jaddi w'abi, dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tua-tua dahulu kala, supaya menyukai duli hadhrat baginda” .

Berdasarkan penjelasan di atas jelaslah bahawa golongan raja atau pemerintah sangat berpengaruh dalam penulisan sesebuah naskah Melayu. Hal ini memberikan kesempatan kepada golongan pemerintah untuk mempengaruhi penulis agar memasukkan cerita untuk menaikkan martabat kerajaannya. Hal ini menyebabkan timbulnya berbagai versi dan berbeza daripada naskah yang asalnya.8

4.0 Bentuk-bentuk Anakronisme dan Contoh

 Anakronisme merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam penulisan Sejarah Melayu terutamanya. Anakronisme ini wujud dalam naskah-naskah Melayu lama yang selalunya berkaitan dengan Sejarah Melayu, Bustan al-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Sultan Acheh. Ekoran dari anakronisme yang berlaku telah menyebabkan ramai pengkaji terutamanya pihak barat yang menolak naskah-naskah Melayu sebagai bahan sejarah.

Mereka dilihat sukar untuk memahami teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang dilihat sukar difahami kerana teks-teks tersebut tidak memberikan makna sejarah seperti yang mereka kehendaki. Mereka juga menganggap maklumat-maklumat yang terdapat dalam manuskrip juga kurang saintifik, tidak masuk akal, penuh dengan cerita fantasi, lagenda dan mitos yang mereka tidak fahami. Oleh itu, mereka telah memperlekehkan manuskrip Melayu terutama Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah kerana unsur anakronisme yang wujud, namun mereka menutup mata kepada anakronisme yang terdapat dalam drama William Shakespeare.9

8 A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, 2003, hlm. 33-35.

(8)

8

4.1 Anakronisme Pada Sebuah Karya Yang Sama

 Anakronisme dalam sebuah karya yang sama ialah sesuatu peristiwa atau episod yang terdapat dalam sesebuah karya yang sama tetapi berbeza edisi. Perbezaan ini jelas dapat dilihat melalui perbezaan watak yang wujud dalam sesebuah peristiwa yang sama. Percanggahan dapat dilihat melalui watak-watak dalam perisitiwa peminangan Puteri Gunung Ledang menerusi dua versi yang berbeza.10

Maka Sultan Mansur Syah memberi titah pada segala orang besar-besar… „bahawa kita hendak beristeri terlebih dari segala raja-raja dalam dunia ini‟… Maka titah baginda, „Kita hendak  meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan.‟ Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, „Baiklah Tuanku.

(R.O. Winstedt , 1938: 129) 

Maka titah Sultan Mahmud, „Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja-raja-raja lain pun demikian juga…Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia kita titahkan.‟ Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, „Baiklah Tuanku‟.11

(W.G.Shellabear,1977: 215)

Berdasarkan dua versi yang berbeza jelas memperlihat dua watak yang berbeza dalam satu peristiwa yang sama yang akhirnya jelas membawa kepada berlakunya anakronisme dalam sebuah karya yang sama.

Disamping itu, Sejarah Melayu dalam versi R.O Winstedt dan Shellabear dilihat terdapat perbezaan isi cerita berdasarkan watak dan tempat. Sejarah Melayu versi R.O Winstedt dilihat lebih tua jika dibandingkan dengan versi Shellabear. Melalui dua versi

10R.O Winstedt, The Malay Annals ( Sejarah Melayu ) , London: School of Oriental, 1938, hlm. 129.

(9)

ini terdapat perbezaan watak dalam peristiwa perkahwinan Sri Tri Buana. Melalui versi R.O Winstedt Sri Tri Buana dikahwin dengan anak Demang Lebar Daun iaitu Wan Sendari. Hasil dari perkahwinan tersebut Sri Tri Buana telah dikurniakan dua orang putera yang dilahirkan di Temasik iaitu negeri yang baru dibuka oleh Sri Tri Buana.12

Namun, berbeza pula menerusi versi Shellabear, dalam versi ini Sri Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba yang berkahwin dengan Wan Sendari dan dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu Sang Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi yang dilahirkan di Palembang.

4.2 Anakronisme Dengan Membandingkan Dua Buah Teks Sejarah Yang Berlainan Terhadap Peristiwa Yang Sama

 Anakronisme yang diletakkan pada masa terdahulu boleh dilihat melalui peristiwa penghantaran Sultan Acheh ke Barat. Melalui Bustan‟us Salatin diceritakan peristiwa Sultan Acheh menghantar “Duta” ke Turki bagi mendapatkan bantuan ketenteraan dan senjata bagi menentang Portugis.

 “Kemudian dari itu maka kerajaan Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan Ali Mughayat Syah, pada hari isnin... menyuruh utusan kepada Raja Rom daripada jenis utas dan pandai yang tahu menuang bedil... Dan ialah yang pertama-tama berbuat kota negari Acheh Darus-Salam, ... Dan itulah disebut orang akan di Marhum Kahar.” 

Namun wujud anakronisme apabila Hikayat Sultan Acheh turut mengandungi peristiwa yang sama. Hikayat ini menerangkan bahawa penghantar utusan bukan Sultan  Alauddin tetapi Sultan Muda Mahkota Alam sedangkan jarak jangka masa kedua-dua pemerintahan adalah jauh. Jarak masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah ialah

12Penilaian sejarah dalam sejarah melayu dalam

 „rupanx.tripod.com/aj1132/05_penilaian_sejarah_dalam_sejarah_melayu.htm‟  diakses pada 04.04.2013

(10)

dari 1539 sehingga 1567 manakala Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pula dari tahun 1606 sehingga 1636.

Begitu juga dalam peristiwa pembunuhan Hang Jebat yang berlainan versi. Menurut Hikayat Hang Tuah, pertarungan yang berlaku melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat. Sejarah Melayu Tun Seri Lanang juga turut menyebut mengenai peristiwa yang sama. Namun, berbeza pula dengan Sejarah Melayu versi Shellabear. Menurut versi tersebut, pembunuhan yang berlaku adalah melibatkan Hang Tuah dengan Hang Kasturi.

...“Jadi Hang Tuah lah yang akan naik ke istana itu. Hang Tuahlah yang akan membunuh Hang Kasturi,” kata Bendahara.13...

...“Hai, Kasturi, berilah aku peluang naik. Biar kita bertikam secara pahlawan,” kata Hang Jebat...

... Hang Tuah menikam, Hang Kasturi menepis. Hang Kasturi menikam dan Hang Tuah menepis. “Oh, aduh! Aduh! Aduh!” Hang Kasturi menekap perutnya. “Maafkan aku Kasturi,” kata Hang Tuah sambil menyapu darah dari hujung kerisnya.14...

Selain itu, Hikayat Hang Tuah mempunyai unsur anakronisme melalui pertentangan masa atau zaman. Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah satu abad oleh orang yang sama dan karya ini juga menyebut mengenai pemerintahan kerajaan Majapahit yang diperintah oleh Hayan Wuruk pada tahun 1334 sehingga 1389 yang memerintah pada masa kegemilangan yang sama dengan masa kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Berlaku anakronisme apabila Kerajaan Melayu Melaka bermula pada tahun 1400 dan runtuh pada 1511 dengan kedatangan Portugis di Melaka.

Disamping itu, dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga dilihat berlaku anakronisme. Dalam hikayat ini dikatakan, setelah rajanya yang pertama, Pra Ong

13 Ajikik, Cerita-cerita Sejarah Melayu II , Bentong: PTS ONE SDN.BHD, 2005, hlm. 89

(11)

Mahawangsa, memeluk Islam, ia telah digelar sebagai Sultan Muzaffar Syah. Sedangkan, sultan Kedah yang pertama sekali memeluk Islam hanya pada tahun 1474, iaitu setelah bertemu dengan sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah.

 “Arakian maka Raja Kedah pun datang menghadap k e Melaka, hendak memohonkan nobat; telah datang ke Melaka didudukkan oleh Sultan Mahmud raja Kedah itu di atas cetera yang banyak, dianugerahi Sultan Mahmud...” 15

4.3 Anakronisme Dengan Membandingkan Antara Sebuah Hasil Sejarah Dengan Sumber Atau Fakta Sejarah Yang Lain.

 Anakronisme selama seratus tahun juga berlaku dalam Hikayat Merong Mahawangsa apabila kitab-kitab Silatul-Mustaqim dan Babul-Nikah yang merupakan karya Sheikh Nuruddin al-Raniri dikatakan dibawa ke Kedah setelah sultannya memeluk agama Islam. Namun menurut sejarah, Sultan Kedah telah memeluk agama Islam pada tahun 1474 M, sedangkan Sheikh Nuruddin al- Raniri telah menamatkan penulisan buku-buku beliau pada tahun 1644 M. Mungkin nama-nama kitab dan pengarang yang amat terkemuka pada zaman Hikayat Merong Mahawangsa ditulis, jadi pengarang mengaitkan kitab-kitab tersebut dengan Sultan Kedah walaupun berlaku pertentangan zaman.16

Seterusnya ialah peristiwa perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Galuh Cendera Kirana dari Majapahi anak kepada Perdana Menteri Majapahit iaitu Patih Gajah Mada. Wujud pertentangan apabila tempoh pemerintahan Sultan Mansur Syah dengan Patih Gajah Mada adalah sangat berbeza. Sultan Mansur Syah memerintah Melaka antara tahun 1459 sehingga 1477 namun Patih Gajah Mada pula telah meninggal pada tahun 1365. Peristiwa ini jelas menunjukkan perbezaan kewujudan zaman yang mengambil masa seratus tahun.

15Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahahan Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 87.

16Rahman Shaari, Bimbingan Istilah Sastera , Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd, 2002,hlm. 6

(12)

Sejarah Melayu misalnya dilihat zaman kegemilangan Majapahit dalam abad ke-14 dilihat sama zaman kegemilangannya dengan zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka, tapi hakikatnya zaman kegemilangan Melaka adalah setahun selepasnya.

5.0 Kesan-kesan Anakronisme

5.1 Sukar diterima Sebagai Sumber

Kesan penting anakronisme dalam penulisan sejarah Melayu adalah kesukaran untuk  menerima karya tersebut sebagai sumber sejarah yang utama. Keadaan ini akan menambahkan kelemahan bagi hasil karya tersebut. Oleh itu, hal ini akan dijadikan alasan oleh sesetengah sarjana untuk tidak menerima karya sejarah Melayu sebagi sumber sejarah penting melainkan hanyalah mitos atau lagenda. Contohnya, R. O Winstedt yang menolak sumber pensejarahan Melayu disebabkan oleh kelemahan ini. Kekeliruan dalam menentukan penulis sebenar Hikayat Hang Tuah dan penyalin Bustan as-Salatin juga menyumbang kepada kurangnya nilai sejarah dalam penulisan karya ini.17

5.2 Fakta yang mengelirukan

Disamping itu, anakronisme yang berlaku dalam penulisan ini juga telah menyebabkan timbul kekeliruan dalam menentukan peristiwa yang betul dan tepat. Contohnya, perbezaan yang wujud antara pelaku sejarah bagi peristiwa yang sama misalnya peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang.18 Terdapat perbezaan yang berlaku dalam penulisan bagi edisi R. O. Winsted dan W. G. Shellabear.

17Hendrik M. J. Maier, „Raja Ali Haji dan Hang Tuah: Arloji dan Mufassar‟  , Jurnal Sari,2001, 19  , hlm. 5, 159-178,

(13)

5.4 Tidak diiktiraf Sebagai Tulisan Ilmiah

Kewujudan anakronisme dalam pensejarahan Melayu menyebabkan karya tersebut tidak dianggap sebagai tulisan yang berbentuk ilmiah. Contoh yang boleh dilihat adalah dalam penghasilan karya tempatan iaitu Riwayat Kinta yang ditulis oleh Abdul Talib Haji Ahmad.19 Walaupun karya ini masih boleh dianggap sebagai salah satu sumber sejarah disebabkan oleh kekurangan sumber yang lain namun jika dilihat dari aspek  penggunaan sumber ternyata tidak begitu memuaskan.20

6.0 Analisis

Sebagai analisisnya, fenomena anakronisme sememangnya wujud dalam penulisan sejarah Melayu. Berlaku keadaan tertentu yang membawa kepada terjadinya anakronisme dalam menghasilkan sesuatu karya sejarah. Misalnya, penyalinan semula yang menyebabkan wujud perbezaan dalam pentafsiran atau penterjemahan bagi setiap penyalin. Hal ini berlaku kerana pemahaman yang tidak sama bagi setiap penyalin. Perbezaan ini akan mengurangkan sifat penulisan ilmiah itu sendiri. Wujudnya pelbagai edisi yang bercanggah antara satu sama lain. Menurut Cowan, masalah penyalin ini dikatakan sebagai:

“The Malays copylist, unlike his Balisnese counterpart, is at  liberty to make corrections, to add materials here and there or  to omit words and sentences. A Malay copylist is not a mere  copylist; he is an author himself…” 21 

Faktor zaman dan masyarakat turut mempengaruhi anakronisme. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai tradisi penyimpanan bahan-bahan sejarah seperti penulisan, catatan mahupun dokumentasi. Hanya tradisi lisan yang

19Mohd. Yusoff Ibrahim, Pensejarahan Melayu: 1800-1960 , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm.26.

20Ibid.,hlm. 27,

21Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 90.

(14)

menjadi warisan sejak turun temurun. Oleh itu, dalam penceritaan berlaku tokok  tambah bagi menyedapkan cerita yang sebenar. Apabila berlaku, keadaan ini akan menghilangkan sifat sejarah yang asli.

Selain daripada itu, hubungan penulis dengan pihak istana juga mempengaruhi. Setiap penulisan yang dihasilkan mestilah mengikut kehendak pemerintah istana. Oleh itu, penulis terikat dengan kehendak pemerintah dan akan mengagung-agungkan kelebihan atau kebijaksanaan para pemerintah. Hal ini juga dilakukan bagi menutup kelemahan golongan atasan. Disamping itu, kurangnya penekanan dalam aspek  pentarikhan oleh penulis yang akan menyebabkan timbul pelbagai spekulasi mengenai tarikh apabila karya asal diterjemahkan oleh penulis terkemudian.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kewujudan anakronisme ini dalam penulisan sejarah Melayu tidak  dapat dinafian lagi. Disebabkan ini, pensejarahan Melayu dianggap tidak relevan dan tidak dianggap sebagai sumber sejarah yang betul oleh sesetengah sarjana terutamanya sarjana Barat. Percanggahan pendapat, pentarikhan yang bertentangan dan pelaku sejarah yang berbeza menimbulkan keraguan dan kesukaran untuk  mengakui pensejarahan ini sebagai sumber sejarah. Namun sebagai pewaris, kita hendaklah berusaha ubtuk memartabatkan dan menjaga warisan ini agar tidak pupus ditelan zaman. Penulis sejarah hendaklah bijak dalam merujuk sumber-sumber sejarah agar tidak berlaku kesilapan yang boleh dipersoalkan. Penulisan sejarah mempunyai kaedah dan kriteria tertentu yang perlu diikuti.

(15)

RUJUKAN

 Ajikik. 2005. Cerita-cerita Sejarah Melayu II . Bentong: PTS ONE SDN. BHD.  A. Samad Ahmad.2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu . Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa danPustaka.

 Abd. Rahman Kaeh dan Zahir Ahmad. 1993. Sejarah Melayu: Analisis isi dan fungsi. Kuala Lumpur: Berita PublishingSdn. Bhd.

 Abu Hassan Sham. 1997.BeberapaaspekdariSejarahMelayu (Sulalatus-Salatin ). Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors.

Ding Choo Ming. 2009.Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu . Aswara. 195-225. Jelani Harun dan Abd Rahman Abd.Rahsid. 2005. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu.

Selangor: Pearson Malaysia. Sdn. Bhd.

Mohd. Yusoff Ibrahim. 1994. Pensejarahan Melayu: 1800-1960 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Muhammad Yusoff Hasim. 1998. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian  Mengenai Sumber Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah  Terpilih Sejarah Melayu . Kuala Lumpur: Teks Publising Sdn. Bhd.

Muhammad Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya. 1998. Sejarawan 

dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. 2002. Bimbingan Istilah Sastera . Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

R.O Winstedt. 1938. The Malay Annals ( Sejarah Melayu ) . London: School of Oriental.

(16)

JURNAL

Hendrik M. J. Maier. „Raja Ali Haji dan Hang Tuah: Arloji dan Mufassar‟ . Jurnal Sari. 2001. 19 . 159-178.

INTERNET

Penilaian sejarah dalam sejarah melayu dalam

 „rupanx.tripod.com/aj1132/05_penilaian_sejarah_dalam_sejarah_melayu.htm‟  diaksespada 04.04.2013.

Referensi

Dokumen terkait

Tesis ini memfokuskan kepada kajian dan perbincangan tentang ciri-ciri aliran bendalir di sekeliling objek-objek tumpul dimana simulasi telah dijalankan dengan

Kajian ini memfokuskan tiga tahap perbincangan mengenai penggunaan leksikal ganti nama diri yang terdapat dalam subdialek Ulu Berang iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama

233 Rajah 1: Proses menganalisis unsur-unsur Islam dalam filem seram berunsurkan Islam DAPATAN DAN PERBINCANGAN Berdasarkan beberapa filem-filem seram berunsurkan Islam yang telah

Nah B yang diajak berbincang oleh A & C secara bersamaan akan memfokuskan diri (memberi atensi) secara bergantian terhadap topik perbincangan yang dikemukakan

Namun begitu dalam kajian ini akan memfokuskan kepada perbincangan faktor norma subjektif (pengaruh sekeliling) iaitu rakan, ahli keluarga, masyarakat dan pemimpin agama

Perbincangan di dalam kertas kerja ini memfokuskan kepada kajian kes yang dilaksanakan ke atas empat orang pelajar yang juga guru pelatih Fakultas Pendidikan

Kesimpulan daripada perbincangan ini, Masadir memainkan peranan penting dalam bidang pengkajian sejarah Islam. Sumber sebagai nadi kepada ilmu sejarah, tanpa

Memandangkan skop federalisme adalah luas meliputi bidang politik, ekonomi, pentadbiran dan perundangan, maka perbincangan dalam kajian ini hanya memfokuskan kepada dimensi