• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kognitif dan Muzik dan gerakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kognitif dan Muzik dan gerakan"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Kognitif dan Muzik

Kognitif merupakan semua proses dan produk fikiran untuk mencapai pengetahuan yang berupa aktiviti mental seperti mengingat, mensimbolkan, mengkategorikan, menyelesaikan masalah, mencipta dan berfantasi.

Kajian menunjukkan bahawa muzik dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang kaya untuk segala aspek perkembangan secara kognitif dan kecerdasan emosi (emotional intelligent). Roger Sperry (1992) dalam Siegel (1999) penemu teori Neuron mengatakan bahawa neuron baru akan menjadi litar jika ada rangsangan muzik sehingga neuron yang terpisah-pisah itu bertautan dan mengintegrasikan diri dalam litar otak, sehingga terjadi perpautan antara neuron otak kanan dan otak kiri itu .

Merujuk pada perkembangan kognitif dari Piaget (1969) dalam teori belajar yang didasari oleh

perkembangan motorik, maka salah satu yang penting yang perlu distimulasi adalah kemahiran bergerak. Melalui kemahiran motorik anak mengenal dunianya secara konkrit. Dengan bergerak ini juga

meningkatkan kepekaan deria, dan dengan kepekaan deria ini juga meningkatkan anggaran yang tepat terhadap ruang (spatial), arah dan masa. Perkembangan dari struktur ini merupakan dasar dari berfungsi dengan kecekapan pada kawasan lain. Kesedaran anak akan tempo boleh bertambah melalui aktiviti bergerak dan bermain yang menekankan sinkronis, irama dan urutan dari pergerakan. Kemampuan-kemampuan visual, auditif dan sentuhan juga diperkukuhkan melalui aktiviti gerak.

Gallahue, (1998) berkata, keupayaan-keupayaan seperti ini makin dioptimumkan melalui rangsangan dengan memperdengarkan muzik klasik. Rithme, melodi, dan harmoni dari muzik klasik boleh

merupakan rangsangan untuk meningkatkan kemampuan belajar anak. Melalui muzik klasik anak mudah menangkap hubungan antara masa, jarak dan urutan (rangkaian) yang merupakan kemahiran yang diperlukan untuk kelayakan dalam logik berfikir, matematik dan penyelesaian masalah.

Hasil penelitian Herry Chunagi (1996) Siegel (1999), yang didasarkan atas teori neuron (sel kondiktor pada sistem saraf), menjelaskan bahawa neuron akan menjadi litar jika ada rangsangan muzik,

rangsangan yang berupa gerakan, elusan, suara mengakibatkan neuron yang berasingan bertautan dan mengintegrasikan diri dalam litar otak. Semakin banyak rangsangan muzik diberikan akan semakin kompleks jalinan antarneuron itu. Itulah sebenarnya dasar adanya kemampuan matematik, logik, bahasa, muzik, dan emosi pada anak.

(2)

membahagikan 2 kumpulan iaitu kelas kawalan dan kelas eksperimen melalui pendidikan muzik sehingga litar pengatur keupayaan matematik mengukuh.

Muzik berjaya merangsang minda dan menjadi jambatan bagi pemikiran-pemikiran yang lebih kompleks. Disokong pula oleh Martin Gardiner (1996) dalam Goleman (1995) dari hasil kajian beliau berkata seni dan muzik boleh membuat para pelajar lebih pintar, muzik dapat membantu otak memberi tumpuan pada perkara lain yang dipelajari. Jadi, ada hubungan logik antara muzik dan matematik, kerana kedua-duanya melibatkan skala yang naik turun, iaitu rentak dalam muzik dan angka dalam matematik.

Daryono Sutoyo, Guru Besar Biologi UNS Solo, melakukan kajian (1981) tentang sumbangan muzik iaitu merangsang otak, mengatakan bawha pendidikan kesenian penting diajar bermula dari peringkat Sekolah Dasar (SD) agar peserta didik sejak awal memperoleh rangsangan yang seimbang antara belahan otak kiri dan belahan otak kanannya. Bila mereka mampu menggunakan fungsi kedua-dua belahan otaknya secara seimbang, maka apabila mereka dewasa akan menjadi manusia yang berfikir secara logik dan intutif, sekaligus bijak, kreatif, jujur, dan tajam perasaannya.

Implementasi dari kajian tersebut, pendidikan kesenian sewaktu di SD mempengaruhi kejayaan kajian pada pendidikan seterusnya iaitu di SMP, dan begitu juga dengan pendidikan kesenian di SMP kan mempengaruhi kejayaan kajian pada masa di SMA. Dan kesenian di SMA, mau tidak mau menjadii factor penentu dalam peningkatan kualiti sumber daya manusia yang baik.

Muzik dan Kecerdasan Emosi

Sternberg dan Salovery (1997) mengemukakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan mengenali emosi diri, yang merupakan kemampuan seseorang dalam mengenali perasaannya sendiri sewaktu perasaan atau emosi itu muncul, dan ia mampu mengenali emosi beliau sendiri apabila ia mempunyai kepekaan yang tinggi atas perasaan mereka yang sesungguhnya dan kemudian mengambil keputusan-keputusan secara mantap.

(3)

Kepekaan akan rasa indah timbul melalui pengalaman yang dapat diperoleh dari menghayati muzik. Kepekaan adalah unsur yang penting guna mengerahkan keperibadian dan meningkatkan kualiti hidup. Seseorang mempunyai kepekaan yang tinggi atas perasaan mereka maka ia akan dapat mengambil keputusan-keputusan secara mantap dan membentuk keperibadian yang tangguh.

Kemampuan motivasi adalah kemampuan untuk memberikan semangat kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Dalam hal ini terkandung adanya unsur harapan dan keyakinan yang tinggi, sehingga mempunyai kekuatan semangat untuk melakukan suatu aktiviti tertentu, misalnya dalam hal belajar. Seperti apa yang kita cita-citakan dapat diraih dan mengisyaratkan adanya suatu perjalanan yang harus ditempuh dari suatu kedudukan di mana kita berada ke titik pencapaian kita dalam kurun waktu tertentu.

Kemampuan membina hubungan bersosial sama artinya dengan kemampuan mengendalikan emosi orang lain. Evelyn Pitcer dalam Kartini (1982) mengatakan muzik membantu remaja untuk memahami orang lain dan memberikan kesempatan dalam pergaulan sosial dan perkembangan terhadap emosi mereka.

Remaja, merupakan peribadi sosial yang memerlukan hubungan dan komunikasi dengan orang lain untuk memanusiakan dirinya. Remaja ingin dicintai, ingin diakui, dan dihargai. Berkeinginan pula untuk dihitung dan mendapat tempat dalam kelompoknya. Jelas bahawa keperibadian dan sosialitas

merupakan unsur-unsur yang pelengkap, saling mengisi dan melengkapi dalam kewujudan remaja.

Kecerdasan emosi perlu dibangunkan kerana hal inilah yang mendasari kemahiran seseorang di tengah masyarakat kelak, sehingga akan membuat seluruh potensi anak dapat berkembang secara lebih optimum.

Sebaik-baiknya seseorang dapat menguasai kemahiran kognitif sekaligus kemahiran sosial emosional. Daniel Goleman (1995) melalui bukunya yang terkenal "Emotional Intelligences (EQ)", memberikan gambaran spectrum kecerdasan, dengan demikian anak akan cakap dalam bidang masing-masing tetapi juga menjadi amat ahli. Sebagaimana dikatakan oleh para ahli, perkembangan kecerdasan emosional sangat dipengaruhi oleh rangsangan muzik seperti yang dikatakan Gordon Shaw (1996).

(4)

oleh kerana adanya cross-over dari kanan ke kiri dan sebaliknya yang sangat kompleks dari jaras-jaras neuron di otak.

Kesan atau suasana perasaan dan emosi baik persepsi, ekspresi, maupun kesedaran pengalaman

emosional, secara predominan diperantarai oleh kemisfera otak kanan. Artinya, kemisfera ini memainkan peranan besar dalam proses perkembangan emosi, yang sangat penting bagi perkembangan sifat-sifat manusia yang berperikemanusiaan.

Kehalusan dan kepekaan seseorang untuk dapat ikut merasakan perasaan orang lain, menghayati pengalaman kehidupan dengan "perasaan", adalah fungsi otak kanan, sedang kemampuan memahami perasaan orang lain, memahami pengalaman dengan nisbah adalah fungsi otak kiri. Kemampuan seseorang untuk dapat berkomunikasi dengan baik dan berperikemanusiaan dengan orang lain merupakan percampuran (blending antara otak kanan dan kiri itu).

Proses mendengar muzik merupakan salah satu bentuk komunikasi afektif dan memberikan pengalaman emosional. Emosi yang merupakan suatu pengalaman subjektif yang inherent terdapat pada setiap manusia. Untuk dapat merasakan dan menghayati serta menilai makna dari interaksi dengan

persekitaran, ternyata dapat dirangsang dan dioptimumkan perkembangannya melalui muzik sejak masa awal.

Campbell 2001 dalam bukunya kesan Mozart mengatakan muzik romantik (Schubert, Schuman, Chopin, dan Tchaikovsky) boleh digunakan untuk meningkatkan kasih sayang dan simpati.

Muzik digambarkan sebagai salah satu "bentuk murni" ekspresi emosi. Muzik mengandungi pelbagai contour, spacing, variasi intensiti dan modulasi bunyi yang luas, sesuai dengan komponen-komponen emosi manusia.

Referensi

Dokumen terkait

Pada pasien sindrom nefrotik yang resisten steroid dijumpai kadar NAG urin yang meningkat dibandingkan pada yang sensitive steroiddan tergantung terhadap steroid, eksresi NAG

Setelah mendapatkan pelayanan Paspor di Kantor Imigrasi Kelas I Polonia, seberapa puaskah Bapak/ Ibu/ saudara/ i tentang kualitas pelayanan yang diberikan Kantor

ingin mendapat pujian. Nilai yang tinggi, atau hadiah. Bila seseorang telah memiliki motivasi intrinsik dalam dirinya, maka ia secara sadar akan melakukan suatu kegiatan

Skripsi Analisis penerimaan PBB dan BPHTB untuk .... Dian

Salah satu tempat pendaratan ikan yang ada di Sulawesi Selatan adalah di Kota Pare-pare yang mengalami peningkatan, perkembangan dari tahun 2000-2004 yang cukup pesat baik dari

Tujuh mutan sensitif asam-Al diperoleh dari hasil seleksi koloni transkonjugan galur BJ11, BJ38, dan KDR15 yang telah mengalami insersi transposon pada kromosomnya.. O’Hara

Deskripsi yang tergambar dari hasil penelitian ini bahwa pemahaman mahasiswa tentang himpunan dan operasi biner mempengaruhi pemahaman mahasiswa tentang grup. Mahasiswa yang