OBJEKTIF AM
Memahami dan mengetahui prinsip-prinsip asas taking off.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Menerangkan penggunaan singkatan perkataan.
Menerangkan kegunaan SMM2 dalam merangka
keterangan kerja.
Menerangkan peraturan penggunaan ‘ditto’ dan ‘as
before described’ serta kegunaan kurungan dan kaedah membetulkan kesalahan.
Menjelaskan peraturan bagi kurungan bersama
4.0 PENGENALAN
Dalam unit 4 anda akan mempelajari berkaitan dengan aturcara asas menulis
keterangan kerja yang meliputi penggunaan singkatan perkataan,
penggunaan SMM2 dan peraturan-peraturan di dalam penulisan keterangan
kerja. Ia bertujuan memberi panduan di dalam merangka keterangan kerja
yang betul semasa penyediaan Senarai Kuantiti.
Setelah mempelajari unit ini pelajar akan mengetahui secara terperinci
4.1 ATURCARA ASAS MENULIS KETERANGAN KERJA
4.1.1 Penggunaan singkatan perkataan
Di dalam penulisan keterangan, singkatan perkataan digunakan untuk
menjimatkan ruangan keterangan dan juga masa menulis keterangan
tersebut. Contoh singkatan perkataan yang biasa digunakan ialah :-
Exc. - Excavation a.b.d. - as before described
n.e - not exceeding a.v - average
conc. - concrete reinf. - reinforcement
bkwl - brick wall dan lain-lain lagi.
4.1.2 Kegunaan SMM di dalam merangka keterangan kerja dan
perkaitannya sebagaimana dinyatakan dalam Section A,
General Rules, A.2 Bills of Quantities (SMM2).
Penulisan keterangan untuk kerja-kerja pengukuran biasanya ditulis
pada ruangan keterangan bersebelahan atau berada di atas sedikit
daripada ukuran pertama yang dicatit. Ianya ditulis semasa
3 1.20 Vib. Reinf. Conc. Grade 20
Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam SMM, keterangan perlu ditulis
dengan lengkap. Di dalam menulis keterangan kerja, beberapa fasal yang
berkaitan dengan kerja tersebut perlu dirujuk.
Contoh bagi membina keterangan kerja untuk kerja pengorekan tanah,
fasal-fasal berikut perlu dibaca :-
Section D – Excavation & Earthwork
D.9 Volume To Be Measured
D.10 Depth Classification
D.11 Starting Level
D.12 Types Of Excavation
hasilnya ialah :-
Excavate pit for pad foundation maximum depth not exceeding
0.25m commencing from formation level, get out, part return, fill in and
ram, deposited, spread and making up levels where directed within the site
nd remainder load and cart away including all necessary plunking and
Contoh bagi membina keterangan kerja untuk kerja konkrit, fasal-fasal
berikut perlu dibaca :-
Section F – Concrete Work
F.1 Generally
F.2 Classification Of Size
F.3 Concrete Categories
hasilnya :-
Vibrated Reinforced Concrete in grade 20 as specified in 150mm - 300mm
thick in ground slab, spread and leveled on hardcore.
Amalan yang biasa digunakan oleh para Jurukur Bahan untuk menulis
keterangan ialah :-
1. Nama kerja binaan yang diukur
2. Saiz benda binaan tersebut (Saiz perlu dinyatakan di dalam keterangan
jika unit pengukuran adalah di dalam unit bilangan, panjang atau
persegi).
3. Jenis, kualiti dan saiz (jika ada)
4. Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap kerja atau
bahan binaan tersebut.
5. Cara benda binaan itu diletakkan, disambungkan dan
dipasangkan ketempatnya.
Kesemua maklumat-maklumat tersebut boleh diperolehi dari SMM mengikut
Manakala di dalam Section A, General Rules A.1 telah dihuraikan dengan
teliti tentang penggunaan SMM 2.
SMM adalah merupakan panduan kepada para Juru Ukur Bahan untuk
membuat kerja-kerja pengukuran dan juga di dalam membentuk keterangan
kerja.
Bagi keadaan yang luar biasa, pihak juru ukur hendaklah menggunakan budi
bicaranya dan menggunakan kepakarannya untuk menggunakan kaedah
yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Kaedah tersebut hendaklah
jelas dan mudah difahami oleh orang-orang yang berkaitan seperti
kontraktor, Arkitek dan Jurutera.
Kaedah baru yang digunakan itu hendaklah terikat dengan prinsip-prinsip
kerja sebagaimana yang dinyatakan di dalam SMM 2.
Jika ianya bertujuan untuk ketepatan dan membuat anggaran secara lebih
praktikal maka juruukur boleh memberikan keterangan yang melebihi
daripada syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam SMM 2.
4.1.3 Kerja-kerja buruh yang terlibat di dalam keterangan kerja.
Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam SMM, buruh-buruh yang
terlibat didalam sesuatu kerja perlu diambil kira sama ada dari segi kos
ataupun kerjanya.
i. Kerja Konkrit - Section F (Concrete Work), F.6, F.30, F.44
ii. Kerja Bata Dan Blok - Section G (Brick And Blockwork), G.2
iii. Kerja Lepaan - Section J (Masonry), J.1.7, J.1.10, J.1.13,
iv. Kerja Asphalt & Kalis Air- Section K (Waterproofing And Asphalt Work),
vii.Kerja Logam - Section P (Metalwork), P.5.3 & P.7.3
viii.Kerja Kaca - Section T (Glazing), T.5, T.16
Di dalam fasal-fasal di atas kebanyakan kerja yang melibatkan
kerja-kerja buruh perlu dinyatakan di dalam ruangan PREAMBLE.
Preamble perlu diambil kira oleh pihak Kontraktor semasa menghargakan
sesuatu kadar harga untuk sesuatu bahan atau kerja.
4.1.4 Kepentingan Penjelasan Dan Ketepatan Di Dalam Merangka
Keterangan Kerja.
Bagi mendapatkan Senarai Kuantiti yang baik, semua kerja dan bahan binaan
yang diukur mestilah dihuraikan dengan jelas supaya pengguna-penggunanya
seperti Kontraktor, Arkitek dan Jurutera akan mendapat gambaran yang
jelas tentang sebanyak mana kerja-kerja yang terlibat.
Kadar harga-kadar harga yang akan dimasukkan ke dalam Senarai Kuantiti
oleh pihak Kontraktor bergantung kepada seberapa lengkap butiran-butiran
Di dalam keterangan kerja yang dibina, biasanya ia boleh dibahagikan kepada
tiga jenis :-
1. Keterangan kerja melibatkan kerja buruh sahaja.
2. Keterangan kerja melibatkan kerja buruh dan bahan sahaja.
3. Keterangan kerja melibatkan bahan dan peralatan sahaja.
4.1.5 Peraturan penggunaan Ditto dan as before described (a.b.d)
Ditto digunakan apabila huraian bagi sesuatu bahan atau kerja sama dengan
huraian yang sebelumnya. Ianya digunakan bertujuan untuk menjimatkan
masa di dalam kerja-kerja penulisan huraian bagi kerja-kerja yang sama.
Perkataan ditto bermaksud sama seperti diatas.
Berikut ialah contoh penggunaan ditto bagi kerja-kerja penolakan bagi
bukaan pada dinding bata yang telah dihuraikan sebelumnya.
Half brickwall in comm. brick in cmt mortar (1:6) with an approved plasticizer as specified in external wall.
Bagi menjimatkan masa dan ruang untuk menulis semula suatu huraian yang
penuh, perkataan ditto boleh digunakan jika sebahagian dari huraian itu
sama dengan huraian sebelumnya.
Berikut ialah contoh penggunaan ditto bagi kerja-kerja korekan tanah.
Exc. for strip fdn. max. depth exceeding 0.25m but n.e. 1.00m, comm. frm formation lev. get out, part return, fill in & ram, deposit & spread & making up levels where directed, reminder
9.00 load and cart away 0.60
1.00
Exc. for strip fdn max. depth 9.00 exceeding 1.00m
0.60 deep but n.e 2.00m deep ditto.
0.50
Perkataan ditto hanya boleh digunakan, jika huraian yang sama ditulis pada
ruang yang sama pada satu muka surat.Perkataan ditto tidak boleh
digunakan, jika huraian tersebut dituliskan pada ruangan sebelah tetapi
Jika keadaan di atas berlaku, perkataan ditto tadi boleh digantikan dengan
perkataan a.b.d.
Tiap-tiap muka surat yang baru mestilah dimulakan dengan penulisan
huraian-huraian yang penuh. Perkataan ditto dan a.b.d tidak boleh
digunakan. Ini disebabkan di dalam muka surat yang baru, belum ada lagi
huraian yang boleh dibuat sebagai rujukan.
4.1.6 TANDA KURUNGAN DAN KAEDAH PEMBETULAN KESALAHAN
4.1.6.1 Peraturan membuat kurungan
Tanda kurungan
Biasanya di dalam mengambil ukuran, beberapa set ukuran perlu
diambil bagi tiap-tiap satu bahan atau kerja. Kadang-kadang bilangan
ukuran yang diambil adalah banyak.
Apabila ianya dicatatkan pada kertas ukuran, akan terdapat sebaris
ukuran-ukuran di bawah satu huraian.
Bagi menunjukkan yang sesuatu baris ukuran itu untuk satu
kerja/bahan atau keterangan sahaja, maka satu garis kurungan
menegak dilukiskan dari atas baris pertama keterangan hingga ke
Selain dari itu, garis kurungan tersebut boleh membezakan suatu
keterangan kerja dengan keterangan kerja yang lain. Ini sangat
berguna, jika terdapat lebih dari satu keterangan kerja di dalam satu
muka surat.
3 1.50 Vibrated reinf. conc. In grade 20 in pad 1.20 fdn. exceeding. 300mm
0.35 depth as specified in pad foundation
Width Length
F1) 1500 1200
Height 350
F2)
Width
Length
3 1.50
1500
1500
1.50
0.35
Jarak antara catitan dan kurungan
Di dalam mengambil ukuran-ukuran, adalah baik jika tiap-tiap perkara
dan tiap-tiap set ukuran itu dicatatkan pada jarak yang lebih sedikit di
antara satu sama lain, supaya ianya nampak kemas dan mudah
dibaca.
Ruangan-ruangan yang berjarak di antara satu set ukuran atau tanda
kandungan boleh digunakan bagi mencatat ukuran-ukuran yang
mungkin tertinggal.
4.1..6.2 Tanda kurungan bagi ukuran yang sama tetapi
keterangan berlainan. (Ampers And/ Anding On)
Ampers And / Anding On Merupakan kesinambungan bagi dua atau
lebih keterangan kerja di dalam satu kurungan yang mana mempunyai
kuantiti yang sama.
Contoh keterangan kerja yang mempunyai kuantiti yang sama ialah
bagi pengukuran kuantiti lapisan asas (hardcore), lapisan lantai
konkrit, lapisan kalis lembap (D.P.M) dengan lapisan besi tetulang
B.R.C untuk lantai tersebut.
Di dalam keadaan begini, keterangan kerja tersebut akan ditulis
Bagi menunjukkan yang beberapa set ukuran didalam ruangan ukuran itu adalah
untuk semua keterangan kerja yang dihuraikan, lukiskan satu garis kurungan
menegak bermula dari baris pertama hingga ke baris akhir keterangan kerja.
150mm thick bed of hardcore as specified under
conc. Slab&
Layer of polythene or other approved equivalent d.p.m well lapped at joints laid sandwich between conc. slab.
&
Layer of steel fabric reinf. No. 10 well lapped at joints and embedded in conc. bed.
(Measured nett-no allowance made for laps)
Area A) 3.94
3.98
Area B) 1 1.94
4.1.6.3 Peraturan pembetulan @ pembatalan ukuran,
keterangan kerja dan kerja tidak terpakai
Jika berlaku kesilapan di dalam membuat catatan ukuran-ukuran yang
diambil dan ini perlu dipadamkan atau dibatalkan. Catatan yang silap
tersebut tidak boleh sekali-kali dipadamkan dengan menggunakan
pemadam, cecair pemadam atau memotong terus ukuran tersebut
dengan pen.
Biasanya catatan tadi akan dibatalkan dengan menulis perkataan NIL
ditepi catitan yang silap tersebut, dengan menggunakan pen
berdakwat merah.
Catitan di sebelah menunjukkan ukuran-ukuran yang pertama iaitu 1.50 x
1.20 x 0.30 telah dibatalkan dan digantikan dengan ukuran yang baru iaitu
1.50 x 1.50 x 0.35.
Prinsip yang sama juga digunakan jika ukuran tersebut perlu dibatalkan.
Bagi keterangan kerja pula, cara pembatalannya adalah sama iaitu dengan
menulis NIL dan garis tegak dengan menggunakan pen merah pada ruangan
keterangan.
Begitu juga dengan kerja tidak terpakai, cara pembatalannya adalah seperti
di atas. Tetapi tanda NIL tersebut perlu ditulis pada semua ukuran dan
semua ukuran yang tidak terpakai.
Contoh pembatalan ukuran :
Ukuran pada tapak asas F1 di atas telah dibatalkan.
Vibrated reinf. conc. In grade 20 in pad fdn. exceeding. 300mm
depth as specified in pad foundation
3 / F1 )
Contoh pembetulan keterangan :
3 1.20 Vibrated reinf. conc. In grade 25 in pad
2. 1.55 fdn. exceeding. 100mm
0.35 depth as specified in pad foundation
NIL
Vibrated reinf. conc. In grade 20 in pad fdn. exceeding. 300mm
depth as specified in pad foundation
(Garisan dan abjad NIL ditulis dgn pen merah )
Keterangan pada bahagian atas dibatalkan kerana kesilapan menulis
keterangan iaitu jenis asas dan keterangan yang baru ditulis pada bahagian
ARAHAN
PASTIKAN ANDA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH
DENGAN TEPAT TANPA MERUJUK KEPADA TEKS YANG DISEDIAKAN DI
BAHAGIAN INPUT SEBELUM TERUS KE BAHAGIAN PENILAIAN
KENDIRI……… SEKIRANYA ANDA GAGAL BER
BUAT DEMIKIAN, ANDA
DIKEHENDAKI MENGULANGI BAHAGIAN INPUT.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
Aktiviti 4 A
4.1 Senaraikan amalan yang biasa digunakan oleh para Jurukur untuk menulis
keterangan kerja.
4.2 Jelaskan definisi dan penggunaan ditto dan as before described.
4.3 Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam SMM 2, buruh-buruh yang
terlibat di dalam sesuatu kerja perlu di ambil kira sama ada dari segi kos
ataupun kerjanya. Nyatakan lima fasal di dalam SMM2 yang terlibat di
dalam kerja buruh.
4.5 Berikan 7 contoh singkatan perkataan yang biasa digunakan dalam
menulis keterangan kerja.
4.6 Di dalam keterangan kerja yang dibina, biasanya ia boleh dibahagikan
kepada 3 jenis. Nyatakan.
4.7 Buatkan satu contoh pembatalan ukuran dan pembetulan keterangan
Jawapan kepada aktiviti 4A
Jawapan Anda mestilah mengandungi elemen-elemen berikut:
4.1 Amalan yang biasa digunakan oleh para jurukur untuk menulis keterangan kerja
:
1. Nama kerja binaan yang diukur
2. Saiz benda binaan tersebut (Saiz perlu dinyatakan didalam keterangan jika
unit pengukuran adalah di dalam unit bilangan, panjang atau persegi).
3. Jenis, kualiti dan saiz (jika ada)
4. Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap kerja atau bahan binaan
tersebut.
5. Cara benda binaan itu diletakkan, disambungkan dan dipasangkan
4.2 Definisi dan penggunaan Ditto dan as before described/a.b.d ialah :-
Definisi Ditto ialah sama seperti di atas dan digunakan apabila huraian bagi
sesuatu bahan atau kerja sama dengan huraian yang sebelumnya. Ianya juga
bertujuan untuk menjimatkan masa di dalam kerja-kerja penulisan huraian
bagi kerja-kerja yang sama.
Definisi as before described atau a.b.d ialah sama seperti muka surat
sebelah dan digunakan apabila huraian yang sama ditulis pada ruang di muka
surat sebelah yang sama dalam satu mukasurat dan tujuannya adalah sama
dengan penggunaan ditto.
4.3 Fasal-fasal yang terlibat :
I. Kerja Konkrit - Section F (Concrete Work), F.6, F.30, F.44
II. Kerja Bata Dan Blok - Section G (Brick And Blockwork), G.2
III. Kerja Lepaan - Section J (Masonry), J.1.7, J.1.10, J.1.13,
J.1.14, J.2.2 & J.11
IV. Kerja Asphalt & Kalis Air- Section K (Waterproofing And Asphalt Work),
K.3
V. Kerja Bumbung - Section L (Roofing), L.5, L.18, L.29, L.33 &
L.40
4.4 Definisi Ampers and / Anding On ialah kesinambungan bagi dua atau lebih
keterangan kerja di dalam satu kurungan yang mana mempunyai kuantiti
yang sama.
Contoh keterangan kerja yang mempunyai kuantiti yang sama ialah bagi
pengukuran kuantiti lapisan asas (hardcore), lapisan kalis lembap (D.P.M)
dengan lapisan besi tetulang B.R.C untuk lantai tersebut.
Di dalam keadaan begini, keterangan kerja tersebut akan ditulis berturutan
dan di antaranya diletakkan tanda &.
Bagi menunjukkan yang beberapa set ukuran di dalam ruangan ukuran itu
adalah untuk semua keterangan kerja yang dihuraikan, lukiskan satu garis
kurungan menegak bermula dari baris pertama hingga ke baris akhir
keterangan kerja.
4.5 7 contoh singkatan perkataan yang biasa digunakan dalam menulis
keterangan kerja.
Exc. - Excavation a.b.d. - as before described
n.e - not exceeding a.v - average
conc. - concrete reinf. - reinforcement
4.6 Di dalam keterangan kerja yang dibina, biasanya ia boleh dibahagikan
kepada 3 jenis. Nyatakan.
1. Keterangan kerja melibatkan kerja buruh sahaja.
2. Keterangan kerja melibatkan kerja buruh dan bahan sahaja.
3. Keterangan kerja melibatkan bahan dan peralatan sahaja.
4.7 Contoh pembatalan ukuran dan pembetulan keterangan dalam membuat
kerja-kerja taking off.
Contoh pembatalan ukuran :
Ukuran pada tapak asas F1 di atas telah dibatalkan.
Contoh pembetulan keterangan :
Vibrated reinf. conc. In grade 20 in pad fdn. exceeding. 300mm
depth as specified in pad foundation
3 / F1 )
3 1.20 Vibrated reinf. conc. In grade 25 in pad
2. 1.55 fdn. exceeding. 100mm
0.35 depth as specified in pad foundation
NIL
Vibrated reinf. conc. In grade 20 in pad fdn. exceeding. 300mm
depth as specified in pad foundation
(Garisan dan abjad NIL ditulis dgn pen merah )
Keterangan pada bahagian atas dibatalkan kerana kesilapan menulis
keterangan iaitu jenis asas dan keterangan yang baru ditulis pada bahagian
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya…
SOALAN 4.1
a) Terangkan dan berikan contoh penggunaan kaedah Ampers and dan Anding
On.
b) Jelaskan contoh-contoh penulisan huraian/keterangan kerja berdasarkan
kepada fasal-fasal yang terdapat di dalam SMM2 bagi kerja penggalian dan
kerja konkrit.
SOALAN 4.2
a) Terangkan berkenaan dengan ‘Penggunaan singkatan perkataan’.
b) Dengan bantuan gambarajah terangkan cara-cara pembetulan atau
SOALAN 4.3
a) Terangkan perbezaan di antara peraturan penggunaan ditto ‘dengan as
before described.
b) Jelaskan berserta dengan contoh mengenai ampers and / anding on .
SOALAN 4.4
a) Senarai enam singkatan perkataan yang sering digunakan di dalam penulisan
keterangan kerja semasa pengukuran kuantiti.
b) Senaraikan amalan yang biasa digunakan oleh para Juru Ukur Bahan semasa
menulis keterangan kerja.
SOALAN 4.5
Jelaskan secara terperinci berserta contoh yang sesuai berkaitan dengan kegunaan
SMM di dalam merangka keterangan kerja dan perkaitannya sebagaimana
dinyatakan dalam section A, General Rules, A.2 Bills of Quantities (SMM 2)
SOALAN 4.6
Berdasarkan kenyataan yang diberi di bawah, buatkan satu contoh keterangan
berpandukan SMM 2.
Section F – Concrete Work
F.1 – Generally
F.2 – Classification of Size
SOALAN 4.7
Jelaskan kepentingan penjelasan dan ketepatan di dalam merangka keterangan
kerja.
Adakah anda telah mencuba dahulu ?
Jika `YA’ , sila semak jawapan anda.
JAWAPAN 4.1
a) Merupakan kesinambungan bagi dua atau lebih keterangan kerja di dalam
satu kurungan yang mana mempunyai kuantiti yang sama.
Contoh keterangan kerja yang mempunyai kuantiti yang sama ialah bagi
pengukuran kuantiti lapisan asas (hardcore), lapisan kalis lembap (D.P.M)
dengan lapisan besi tetulang B.R.C untuk lantai tersebut.
Di dalam keadaan begini, keterangan kerja tersebut akan ditulis berturutan
dan di antaranya diletakkan tanda &.
Bagi menunjukkan yang beberapa set ukuran di dalam ruangan ukuran itu
adalah untuk semua keterangan kerja yang dihuraikan, lukiskan satu garis
kurungan menegak bermula dari baris pertama hingga ke baris akhir
SAMB. JAWAPAN 4.1 a
150mm thick bed of hardcore as specified under
conc. Slab&
Layer of polythene or other approved equivalent d.p.m well lapped at joints laid sandwich between conc. slab.
&
Layer of steel fabric reinf. No. 10 well lapped at joints and embedded in conc. bed.
(Measured nett-no allowance made for laps)
Area A) 3.94
3.98
Area B) 1 1.94
b) Pembinaan keterangan kerja untuk kerja pengorekan tanah, fasal-fasal
berikut perlu dirujuk pada SMM2 :-
Section D – Excavation & Earthwork
D.9 Volume To Be Measured
D.10 Depth Classification
D.11 Starting Level
D.12 Types Of Excavation
hasilnya ialah :-
Excavate pit for pad foundation maximum depth not exceeding
0.25m commencing from formation level, get out, part return, fill in and
ram, deposited, spread and making up levels where directed within the site
and remainder load and cart away including all necessary plunking and
strutting.
Pembinaan keterangan kerja untuk kerja konkrit, fasal-fasal berikut perlu
dirujuk pada SMM2 :-
Section F – Concrete Work
F.1 Generally
F.2 Classification Of Size
F.3 Concrete Categories
hasilnya :-
Vibrated Reinforced Concrete in grade 20 as specified in 150mm - 300mm
JAWAPAN 4.2
a) Singkatan perkataan :
Di dalam penulisan keterangan, singkatan perkataan biasanya digunakan
untuk menjimatkan ruangan keterangan dan juga masa menulis keterangan
tersebut. Contoh singkatan perkataan yang biasa digunakan ialah :-
Exc. - Excavation a.b.d. - as before described
n.e - not exceeding a.v - average
conc. - concrete reinf. - reinforcement
bkwl - brick wall dan lain-lain lagi.
b) Cara-cara pembetulan atau membatalkan keterangan kerja adalah seperti
berikut :
Jika berlaku kesilapan di dalam membuat catatan ukuran-ukuran yang di
ambil dan ini perlu dipadamkan atau dibatalkan. Catatan yang silap tersebut
tidak boleh sekali-kali dipadamkan dengan menggunakan pemadam, cecair
pemadam atau memotong terus ukuran tersebut dengan pen.
Biasanya catatan tadi akan dibatalkan dengan menulis perkataan NIL ditepi
catitan yang silap tersebut, dengan menggunakan pen berdakwat merah.
SAMB. JAWAPAN 4.2 b
Prinsip yang sama juga digunakan jika ukuran tersebut perlu dibatalkan.
Bagi keterangan kerja pula, cara pembatalannya adalah sama iaitu dengan
menulis NIL dan garis tegak dengan menggunakan pen merah pada ruangan
keterangan.
SAMB. JAWAPAN 4.2 b
Begitu juga dengan kerja tidak terpakai, cara pembatalannya adalah seperti
di atas. Tetapi tanda NIL tersebut perlu ditulis pada semua ukuran dan
semua ukuran yang tidak terpakai.
Contoh pembatalan ukuran :
Ukuran pada tapak asas F1 di atas telah dibatalkan.
Vibrated reinf. conc. In grade 20 in pad fdn. exceeding. 300mm
depth as specified in pad foundation
3 / F1 )
JAWAPAN 4.3
a) Penggunaan ditto
Ditto digunakan apabila huraian bagi sesuatu bahan atau kerja sama dengan
huraian yang sebelumnya. Ianya digunakan bertujuan untuk menjimatkan
masa di dalam kerja-kerja penulisan huraian bagi kerja-kerja yang sama.
Perkataan ditto bermaksud sama seperti di atas.
Perkataan ditto hanya boleh digunakan, jika huraian yang sama ditulis pada
ruang yang sama pada satu muka surat.Perkataan ditto tidak boleh
digunakan, jika huraian tersebut dituliskan pada ruangan sebelah tetapi
masih pada muka surat yang sama.
Penggunaan as before described
Jika keadaan seperti di sebelah berlaku, perkataan ditto tadi boleh digantikan
dengan perkataan a.b.d.
Tiap-tiap mukasurat yang baru mestilah dimulakan dengan penulisan
huraian-huraian yang penuh. Perkataan ditto dan a.b.d tidak boleh digunakan. Ini
disebabkan di dalam muka surat yang baru, belum ada lagi huraian yang
b) Ampers and/ anding on
Merupakan kesinambungan bagi dua atau lebih keterangan kerja di dalam
satu kurungan yang mana mempunyai kuantiti yang sama.
Contoh keterangan kerja yang mempunyai kuantiti yang sama ialah bagi
pengukuran kuantiti lapisan asas (hardcore), lapisan kalis lembap (D.P.M)
dengan lapisan besi tetulang B.R.C untuk lantai tersebut.
Didalam keadaan begini, keterangan kerja tersebut akan ditulis berturutan
dan diantaranya diletakkan tanda &.
Bagi menunjukkan yang beberapa set ukuran didalam ruangan ukuran itu
adalah untuk semua keterangan kerja yang dihuraikan, lukiskan satu garis
kurungan menegak bermula dari baris pertama hingga ke baris akhir
SAMB. JAWAPAN 4.3 b
150mm thick bed of hardcore as specified under conc. Slab
&
Layer of polythene or other approved equivalent d.p.m well lapped at joints laid sandwich between conc. slab.
&
Layer of steel fabric reinf. No. 10 well lapped at joints and embedded in conc. bed.
(Measured nett-no allowance made for laps)
Area A) 3.94
3.98
Area B) 1 1.94
JAWAPAN 4.4
a) Enam singkatan perkataan yang biasa digunakan ialah :-
Exc. - Excavation a.b.d. - as before described
n.e - not exceeding a.v - average
conc. - concrete reinf. - reinforcement
b) Amalan yang biasa digunakan oleh para Jurukur Bahan untuk menulis
keterangan ialah :-
1. Nama kerja binaan yang diukur
2. Saiz benda binaan tersebut (Saiz perlu dinyatakan di dalam keterangan
jika unit pengukuran adalah di dalam unit bilangan, panjang atau
persegi).
3. Jenis, kualiti dan saiz (jika ada)
4. Sebarang perlakuan atau perbuatan terhadap kerja atau
bahan binaan tersebut.
5. Cara benda binaan itu diletakkan, disambungkan dan
JAWAPAN 4.5
Penulisan keterangan untuk kerja-kerja pengukuran biasanya ditulis pada ruangan
keterangan bersebelahan atau berada di atas sedikit daripada ukuran pertama yang
dicatit. Ianya ditulis semasa pengukuran bahan-binaan ataupun kerja diambil.
3 1.20 Vib. Reinf. Conc. Grade 20
Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam SMM, keterangan perlu ditulis
dengan lengkap. Di dalam menulis keterangan kerja, beberapa fasal yang
berkaitan dengan kerja tersebut perlu dirujuk.
Contoh bagi membina keterangan kerja untuk kerja pengorekan tanah,
fasal-fasal berikut perlu dibaca :-
Section D – Excavation & Earthwork
D.9 Volume To Be Measured
D.10 Depth Classification
D.11 Starting Level
SAMB. JAWAPAN 4.5
hasilnya ialah :-
Excavate pit for pad foundation maximum depth not exceeding
0.25m commencing from formation level, get out, part return, fill in and
ram, deposited, spread and making up levels where directed within the site
and remainder load and cart away including all necessary plunking and
strutting.
JAWAPAN 4.6
contoh keterangan berpandukan SMM 2.
Section F – Concrete Work
F.1 – Generally
F.2 – Classification of Size
F.3 – Concrete Categories
hasilnya :-
Vibrated Reinforced Concrete in grade 20 as specified in 150mm - 300mm
JAWAPAN 4.7
Kepentingan penjelasan dan ketepatan di dalam merangka keterangan kerja.
Bagi mendapatkan Senarai Kuantiti yang baik, semua kerja dan bahan binaan
yang diukur mestilah dihuraikan dengan jelas supaya pengguna-penggunanya
seperti Kontraktor, Arkitek dan Jurutera akan mendapat gambaran yang
jelas tentang sebanyak mana kerja-kerja yang terlibat.
Kadar harga-kadar harga yang akan dimasukkan ke dalam Senarai Kuantiti
oleh pihak Kontraktor bergantung kepada seberapa lengkap butiran-butiran
yang telah dihuraikan di dalam keterangan kerja tersebut.