• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengapa anda perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak anda?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Mengapa anda perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak anda?"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Laman web ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami

kepentingan merancang dana pendidikan anak anda.

Laman web ini juga membantu anda memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kos pendidikan dan bagaimana produk insurans hayat dapat membantu anda membiayai pendidikan anak anda.

Apakah polisi pendidikan anak?

Polisi pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara

menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk

memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian

daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Selain itu, sekiranya anda memilih rider

manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau

penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk

membiayai perbelanjaan pendidikannya.

Di bawah polisi pendidikan anak, anak ialah hayat yang diinsuranskan sementara ibu bapa

/penjaga yang sah ialah empunya polisi.

Mengapa anda perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak

anda?

Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor

ekonomi lain. Kos yang kian meningkat boleh mengakibatkan ibu bapa/penjaga yang sah

menanggung beban kewangan apabila anak-anak mereka memulakan pendidikan tinggi.Oleh

itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya

bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak.

Lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan

menjadi berlipat ganda supaya dapat membiayai pendidikan tinggi anak anda dengan lebih

baik. Terdapat lebih kefleksibelan berhubung dengan amaun yang perlu anda carum secara

tetap ke dalam pelan simpanan atau pelaburan yang anda pilih, iaitu anda boleh mula

mencarum dengan amaun yang kecil dan beransur-ansur menambah amaun itu selaras

dengan peningkatan pendapatan anda. Penting bagi anda memilih polisi yang memberikan

kefleksibelan untuk meningkatkan amaun simpanan pada masa hadapan.

(2)

Berapa banyak perlindungan yang anda perlukan?

Langkah pertama dalam menentukan amaun perlindungan adalah dengan menetapkan

matlamat anda. Apakah matlamat anda berhubung dengan pendidikan anak anda? Berikut

ialah beberapa faktor yang mungkin perlu anda pertimbangkan apabila menentukan tahap

perlindungan:-

Tempat belajar – luar negeri atau tempatan? Sekiranya di luar negara, negara manakah yang dipilih dan kos sara hidup yang berkaitan?

Tahap kelayakan – diploma atau ijazah?

Universiti yang dipilih? – Kos memasuki universiti yang lebih terkemuka biasanya lebih mahal.

Bidang pengajian? – Kursus dalam bidang perubatan biasanya melibatkan kos yang lebih tinggi

berbanding dengan kursus yang lain.

Jangka masa pengajian – tempoh yang lebih panjang akan melibatkan lebih perbelanjaan.

Dengan mengkaji faktor-faktor di atas, ia boleh membantu anda membuat anggaran kos yang

dijangkakan. Sebagai panduan, anda boleh mencampurkan yuran tahunan kursus dengan

jangkaan perbelanjaan sara hidup, dan mendarab amaun tersebut dengan bilangan tahun

pengajian. Ini akan memberikan gambaran tentang jumlah kos yang ditanggung hari ini.

Memandangkan kos pendidikan akan ditanggung pada masa hadapan, anda juga perlu

mengambil kira inflasi. Setelah mengambil kira inflasi, amaun yang anda perlukan mungkin di

luar kemampuan anda.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana sekiranya anda menyimpan wang

secara bijak melalui pelan simpanan atau pelaburan, pulangan daripada pelaburan atau

simpanan itu boleh dikumpul dalam jangka masa beberapa tahun untuk membantu anda

membiayai kos pendidikan itu.

Jenis polisi pendidikan anak yang ada

Terdapat dua jenis polisi pendidikan anak yang utama, iaitu polisi endowmen dan polisi

berkaitan pelaburan. Perbezaan antara dua jenis polisi ini adalah dari segi struktur dan juga

jenis pelaburan.

Polisi endowmen

(3)

endowmen mungkin berbentuk sertaan atau tanpa sertaan . Sesuai dengan namanya, polisi tanpa sertaan tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi semua manfaat insurans dijamin sepenuhnya. Sebaliknya bagi polisi sertaan , sebahagian daripada manfaat insurans dijamin. Walau bagaimanapun, amaun manfaat yang akhirnya diperoleh pada masa polisi matang tidak dijamin kerana ia tertakluk kepada prestasi kumpulan wang insurans hayat sertaan syarikat insurans berkenaan.

Polisi berkaitan pelaburan

Polisi berkaitan pelaburan menggabungkan unsur pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku empunya polisi. Ia menawarkan kefleksibelan kerana anda boleh menambah caruman premium bulanan atau menambah simpanan anda apabila pendapatan anda meningkat. Sekiranya anda ingin lebih agresif dengan instrumen pelaburan, polisi berkaitan pelaburan juga membolehkan anda memilih jenis dana yang anda ingin laburkan. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pelaburan lain yang seumpamanya, ia melibatkan risiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminan pulangan pelaburan yang mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana dua produk ini distrukturkan, sila rujuk dua buku

kecil InfoInsurans bertajuk "Insurans Hayat" dan "Insurans Berkaitan Pelaburan".

Apakah jenis polisi yang patut anda beli?

Jenis polisi yang anda beli bergantung pada matlamat anda dan toleransi anda terhadap risiko.

Sebelum anda membeli sesuatu polisi, pastikan ejen anda menjalankan proses penilaian

berdasarkan fakta untuk membantu menentukan polisi yang paling sesuai dengan keperluan

dan kemampuan kewangan anda.

Penting bagi anda untuk memilih polisi yang membolehkan anda mendapatkan akses kepada

dana apabila diperlukan, iaitu polisi akan matang apabila anak anda memulakan pengajian

tinggi, atau polisi membolehkan anda menerima sebahagian daripada manfaat insurans

sebelum polisi matang, sekiranya perlu.

Petua-petua ketika membeli polisi pendidikan anak

Pastikan anda memilih rider manfaat pembayar

Pilih polisi yang mengecualikan bayaran premium sekiranya ibu bapa/ penjaga yang sah tidak lagi berupaya membayar premium polisi tersebut akibat berlaku peristiwa seperti kematian yang

(4)

tidak dijangka, didiagnosis berpenyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Dengan memilih rider manfaat pembayar, dana pendidikan anak anda akan terjamin sekiranya sesuatu berlaku ke atas anda sebagai ibu bapa/penjaga yang sah.

Pastikan anda mampu membayar premium

Menabung melalui insurans mendisiplinkan seseorang untuk terus memperuntukkan sejumlah wang secara tetap tahun demi tahun. Ia merupakan proses jangka panjang, dan dengan yang demikian anda perlu realistik apabila membuat anggaran jumlah premium yang anda mampu bayar berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa anda. Sekiranya anda bermula dengan amaun yang lebih besar daripada kemampuan anda, anda mungkin terpaksa menamatkan polisi lebih awal dan menanggung kerugian kewangan. Oleh itu, sekiranya anda tidak mampu membayar banyak pada masa sekarang, mulakan dengan amaun yang kecil.

Pantau dana

Setelah membeli sesuatu polisi, anda perlu memantaunya bagi memastikan anda akan dapat mencapai matlamat anda. Perlu diingat bahawa pulangan sebenar yang diisytiharkan oleh syarikat insurans mungkin berbeza daripada ilustrasi awal (terutamanya bagi polisi sertaan dan polisi berkaitan pelaburan) berikutan perubahan dalam pasaran kewangan. Anda juga mungkin mendapati bahawa kos sebenar pendidikan tinggi mungkin berbeza kerana kursus yang anak anda pilih berbeza daripada perancangan awal, atau sekiranya pendidikan di luar negara dipilih, kadar pertukaran mata wang mungkin turun atau naik. Seandainya berlaku kekurangan dana yang diperlukan, sesetengah polisi memperuntukkan manfaat tambahan dalam bentuk pinjaman pengajian.

Jangan tambah perlindungan yang tidak perlu

Banyak polisi pendidikan juga menawarkan tambahan perlindungan insurans seperti insurans perubatan hospital dan pembedahan, atau perlindungan penyakit kritikal. Berhati-hati dengan tambahan terlalu banyak perlindungan insurans kerana kos itu akan mengurangkan amaun simpanan. Tambahan lagi, harus diingat bahawa anda menginsuranskan hayat anak anda, dan beberapa perlindungan seperti penyakit kritikal mungkin tidak penting kerana kemungkinan menghidap penyakit sedemikian di kalangan kanak-kanak adalah kecil.

Semak sama ada polisi itu layak mendapat insentif cukai

Satu daripada manfaat menggunakan insurans hayat sebagai alat tabungan untuk polisi pendidikan anak ialah manfaat cukai. Manfaat kewangan insurans adalah bebas cukai dan anda juga boleh mendapat pelepasan cukai tahunan sehingga RM3,000 bagi bayaran premium insurans pendidikan, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Untuk layak mendapat pelepasan cukai, pelan pendidikan perlu dibeli oleh ibu bapa/penjaga yang sah dan mesti matang apabila anak mencapai umur antara 13 hingga 25 tahun. Juga penting bagi anda untuk memilih rider manfaat pembayar sepanjang tempoh polisi.

(5)

Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada

Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat insurans anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan tersebut dengan Unit Aduan syarikat insurans berkenaan.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau atau FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda boleh merujuk kepada pegawai di Unit Aduan syarikat insurans yang berkaitan tentang saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.

Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan kepada FMB, aduan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad syarikat insurans. FMB

mengendalikan pertikaian antara pihak menuntut dengan syarikat insuransnya sendiri atau syarikat insurans pihak ketiga.

FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna merujuk aduan atau pertikaian untuk penyelesaian sebagai alternatif kepada mahkamah.

Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk insurans dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk di mahkamah.

o

Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-

o

RM200,000 bagi polisi insurans motor dan kebakaran.

o

RM100,000 bagi polisi insurans yang lain.

o

RM5,000 bagi tuntutan kerosakan harta pihak ketiga.

Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan tersebut kepada Bank Negara Malaysia.

Maklumat terperinci tentang cara membuat aduan boleh didapati dalam buku kecil bertajuk

"Asas-asas Insurans dan Takaful" atau dengan mengakses laman web FMB di

www.fmb.org.my

.

Sebagai pilihan lain, anda boleh juga mendapatkan maklumat daripada laman web kami di

Referensi

Dokumen terkait

Komponen elektronika ini terdiri dari satu atau lebih bahan elektronika,  yang terdiri dari satu atau beberapa unsur  materi dan jika disatukan, untuk desain rangkaian

Kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang unggul pada abad ke-15.. Jelaskan faktor yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa perdagangan

Yang menjadi rumusan masalah dalam penelitian ini adalah bagaimana mengimplementasikan suatu sistem keamanan data yang mampu melakukan proses enkripsi dan dekripsi suatu data

Pada kasus yang disebut terakhir, masalahnya dapat terjadi akibat defek sel darah merah yang tidak sesuai dengan ketahanan sel darah merah normal atau

Untuk menguji hipotesis mayor yang berbunyi ”Ada pengaruh positif yang signifikan secara bersama-sama peran orang tua, persepsi siswa pada kompetensi pedagogik guru, dan

1 Grafik rasio tekanan terhadap frekuensi pada corong berlapis serbuk batok dan kayu ketika chamber terhubung dengan rongga depan dan belakang (N) ... 2 Grafik rasio

Seperti yang telah terjadi dalam contoh kasus tindak pidana di Lampung mengenai peredaran vaksin palsu Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Lampung telah melakukan

Isolasi dan identifikasi bakteri termofilik penghasil kitinase dari sumber air panas Danau Ranau Suma- tera Selatan, diperoleh 2 isolat yang mampu meng- hasilkan kitinase dengan