• Tidak ada hasil yang ditemukan

teknik penulisan menurut surah yusuf dal (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "teknik penulisan menurut surah yusuf dal (1)"

Copied!
76
0
0

Teks penuh

(1)

BAB I

PENDAHULUAN

Penulisan novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia pada masa kini mula mendapat perhatian pembaca dan juga peminat novel umumnya. Penulisan novel fiksyen sejarah Islam juga khususnya mula mendapat tempat di pasaran dan setanding dengan novel-novel yang bukan bertemakan penulisan sejarah. Penulisan novel-novel fiksyen sejarah Islam tidak boleh dipandang remeh kerana novel ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu mempengaruhi pemikiran pembaca sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sehubungan dengan itu, dengan penulisan novel fiksyen sejarah Islam dapat memberi satu nafas atau usaha yang baru dalam bidang penulisan dan menjadi salah satu medium dalam menanamkan sifat suka membaca bahan-bahan ilmiah dan boleh menambah sedikit pengetahuan tentang sejarah Islam melalui pembacaan novel.

Hal ini demikian kerana, penulisan novel sejarah fiksyen Islam berbeza dengan penulisan artikel ilmiah. Seperti yang dinyatakan dalam Berita Harian Online, antara novel paling laris di pasaran kini ialah yang berunsur sejarah. Bukan sahaja diulang cetak berkali-kali, imbuhan menulis novel sejarah juga mencecah nilai ratusan ribu ringgit. Fenomena itu bagaimanapun terhad kepada novel sejarah Islam, manakala novel sejarah Melayu tidak endapat sambutan sehebat itu dan tidak ramai

pengarang yang menangani novel sejarah Melayu

(2)

Islam yang terkenal ialah Abdul Latip Talib, Zahirudin Zabidi, Al-Ghazali Sulaiman dan lain-lain. Novel-novel yang telah dikarang oleh para novelis ini juga telah diulang cetak beberapa kali oleh pihak percetakan bagi memenuhi kehendak pasaran.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Novel adalah satu genre sastera yang muncul selepas daripada kemunculan puisi, epik dan mengalami transformasi makna. Jika maksud novel itu dibuat tanpa memperhitungkan perubahan dan pemantapan teorinya, pasti akan timbul kekeliruan kerana novel mempunyai pelbagai istilah. Novel berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang merujuk maksud kata sifat iaitu baru, baru diperkenalkan, luar biasa atau jenis yang dahulunya tidak diketahui. Dalam bidang sastera novel dikenali sebagai cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. Menurut Hollman dan Harmon, istilah novel dalam bahasa (sastera) Inggeris adalah setara dengan istilah novella, satu genre sastera Itali yang berupa cerita-cerita realistic yang pendek dan padat pada zaman pertengahan (Mohammad Saleeh 2005: 2). Unsur novel yang disepakati ialah realisme. Dunianya mestilah alam yang nyata, dapat dilihat dengan mata kasar, latar waktu juga jelas. Watak-wataknya ialah manusia biasa yang menjalani kehidupan biasa dengan segala keragaman sikap. Peristiwanya boleh jadi yang pernah berlaku tetapi munasabah atau menurut tabii. Kisahnya boleh berlaku pada sahabat ataupun diri sendiri (Mohammad Saleeh 2005:8).

(3)

peristiwa sejarah. Dengan ini, jelaslah bahawa novel sejarah bukan seperti novel imaginasi biasa yang dicipta tanpa merujuk kepada sejarah. Kehadiran perkataan “sejarah” itu menentukan bahawa pembuktian fakta mesti dilakukan dan “novel” memberi ruang untuk imaginasi atau rekaan. Ada pendapat mengatakan novel sejarah ialah narrative yang membentangkan berkaitan dengan sesuatu zaman atau geerasi secara jujur (Mohammad Saleeh 2005:28-29).

Mutakhir ini, novel fiksyen sejarah semakin mendapat tempat dalam kalangan pembaca di Malaysia. Novel fiksyen sejarah Islam mula berkembang di Malaysia pada tahun 2007. Kemunculan novel fiksyen sejarah Islam telah menarik minat pembaca sama ada dari golongan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah, pelajar institut pengajian tinggi dan lain-lain. Antara novelis sejarah Islam popular yang mempelopori bidang ini Abdul Latip Talib. Hasil penulisan beliau semakin diminati oleh semua golongan. Dilaporkan beliau telah banyak menghasilkan novel sejarah Islam sehingga diulang cetak beberapa kali untuk memenuhi kehendak pembaca. Novel hasil penulisan beliau yang telah diulang cetak ialah Salahudin Penakluk Jerusalem. Menurut Abdul Latip sendiri, novel ini telah diulang cetak sebanyak 16 kali, beliau menulis novel ini pada tahun 2005 dan diterbitkan pada tahun 2007. Novel ini berjaya menarik minat pembaca kerana tokoh yang dipilih oleh Abdul Latip iaitu Salahudin Al-Ayubi dikenali ramai dengan penaklukan beliau terhadap Jerusalem ketika berlakunya perang salib (Abdul Latip Talib 2012). Novelis sejarah Islam selain daripada Abdul Latip ialah Zahiruddin Zabidi, karya beliau Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi diterbitkan pada tahun 2010. Selain itu Al Ghazali Sulaiman dan karya beliau Abu Zhar Al-Ghifari : Pembela Golongan Miskin yang diterbitkan pada tahun 2011.

(4)

Tulang Ikan), dapat dirumuskan teknik penulisan tulang ikan ini mempunyai empat langkah bagi menimbulkan permasalahan. Pertama, menentukan persoalan atau permasalahan bagi sesebuah situasi. Contoh persoalan yang ditimbulkan ialah minuman kopi yang tidak enak. Kedua, mencari faktor utama yang mempengaruhi kepada persoalan tersebut. Contohnya, minuman kopi yang tidak enak itu disebabkan oleh apa? Adakah cara pembuatan? Bahan? Tempat? Orang? Ataupun linkungan (suasana)?. Ketiga, mencari dan memperinci lagi faktor yang berkaitan dengan faktor utama yang telah diberi. Misalnya, faktor tempat. Adakah ukuran dan ruang sesuatu tempat itu mempengaruhi minuman kopi yang tidak enak? Ataupun kebersihan tempat yang menyediakan minuman kopi tersebut? Keempat, faktor utama akan ditemui melalui perbincangan ataupun undian. (http://www.google.com.my/url? sa=t&rct=j&q=teknikpenulisantulangikan&source=web&cd=6&ved=0CFQQFjAF&u rl=http%3A%2F%2Fsrikumalaningsih.files). Oleh itu, teknik penulisan tulang ikan dimulakan dengan menentukan prioriti masalah. Bila timbul banyak masalah, maka perlu diteliti masalah yang paling penting untuk dikaji. Dapat disimpulkan melalui teknik ini, novelis perlu mewujudkan sesuatu persoalan yang utama sebagai pencetus idea bagi memulakan penulisan novel.

(5)

penulisan surah Yusuf tidak mempunyai babak percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Rumus terkahir, ragam bahasa yang digunakan adalah bahasa yang tinggi kerana ayat al-Quran disampaikan menggunakan Bahasa Arab Tinggi dan tidak bercampur dengan bahasa asing (Ainon Mohd 2011: 13-17).

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik penulisan surah Yusuf? Teknik penulisan surah Yusuf ialah satu teknik yang diaplikasi dari surah Yusuf iaitu surah yang ke-12 dalam al-Quran. Kitab al-Quran penuh dengan pelbagai cerita, daripada cerita yang ringkas kepada cerita yang panjang. Hal ini menunjukkan cerita menjadi alat penting bagi menyampaikan sesuatu mesej (http://sasteraislami.blogspot.com/). Teknik penulisan surah Yusuf ini telah dimulakan oleh Puan Ainon Mohd iaitu pengasas PTS (Professional Training Centre) dan dibantu dengan Encik Faris Abdullah. Mereka telah membuat kajian ke atas surah Yusuf ini dan telah mendapati terdapat banyak keistimewaan dalam surah ini. Antara penemuan mereka ialah jumlah ayat surah Yusuf adalah 111 ayat dan nabi yang paling banyak ayat berkenaan dengan kisah hidupnya. Kisah Nabi Yusuf kisah yang paling lengkap berkenaan sejarah hidupnya bermula dari beliau kecil sehinggalah dewasa. Berbeza dengan ayat-ayat berkenaan kisah nabi lain yang tidak terkumpul dalam surah yang dinamakan dengan nama masing-masing. Selain itu, cerita berkenaan Nabi Yusuf dimulakan dengan ayat prolog yang bermaksud, “ Kami sampaikan kepadamu, wahai Muhammad, sebuah kisah yang paling indah”. Ayat ini telah membayangkan bahawa sebuah cerita indah itu mempunyai ciri-ciri yang terdapat jalan cerita, perwatakan, gaya penceritaan dan gaya bahasa yang digunakan dalam surah Yusuf (http://sasteraislami.blogspot.com/).

(6)

membezakan karya sastera Islam dan bukan Islam, maka unsur itu perlu digali daripada al-Quran. Hal ini yang cuba dilakukan dengan mengemukakan gagasan awal yang dinamakan teori dan teknik surah Yusuf (Ainon Mohd 2011: 5).

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Kemunculan novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia merupakan satu fenomena yang berlaku di luar jangkaan kerana selalunya novel yang bergenre sejarah kurang mendapat perhatian daripada golongan pembaca. Tetapi, seperti yang sedia maklum, pada tahun 2007 Kemunculan sebuah karya iaitu novel fiksyen sejarah Islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talib telah mula menarik minat pembaca terhadap genre fiksyen sejarah Islam ini dan novel yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Salahudin Penakluk Jerusalem. Dapat dilihat di sini, kemunculan novel yang ditulis oleh Abdul Latip ini telah menjadi satu penanda aras wujudnya novel-novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia dan mula mendapat perhatian daripada kalangan pembaca.

Permasalahan yang cuba ditimbulkan dalam kajian ini ialah bagaimana para novelis fiksyen sejarah Islam boleh menghasilkan karya-karya yang berunsurkan sejarah sehingga penggemar novel fiksyen sejarah Islam semakin meningkat? Hal ini mungkin disebabkan teknik penulisan yang diaplikasi dalam penghasilan karya para

novelis fiksyen sejarah Islam di Malaysia

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm).. Buktinya, dalam Utusan Malaysia, artikel yang ditulis oleh Dr.Talib Samat menyebut,

“kekreatifan dan kelajuan Abdul Latip Talib menghasilkan karya novel fiksyen sejarah Islam ada kaitannya dengan penggunaan teknik penulisan surah Yusuf yang terdapat dalam al-Quran dan teknik penulisan tulang ikan yang digunakan oleh penulis-penulis PTS (Professional Training Centre)”

(7)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam membuat kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai dalam kajian. Antaranya

1 memperihalkan gagasan konsep teknik surah Yusuf dalam penulisan novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia

2 menilai metode aplikasi teknik surah Yusuf dalam penulisan beberapa karya novel fiksyen sejarah Islam yang terpilih

1.4 METODE KAJIAN

Dalam penulisan ini, pengkaji menggunakan beberapa jenis metode kajian seperti :

1 menganalisis beberapa dokumen yang berupa, buku-buku, jurnal berkaitan dengan tajuk kajian

2 kajian sejarah iaitu penulisan secara kronologi daripada umum kepada yang khusus

3 sejarah lisan atau lebih diketahui sebagai wawancara, temubual yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada tokoh-tokoh sejarah

1.5 KAJIAN LITERATUR

Terdapat pelbagai rujukan yang boleh digunakan setelah pengkaji membuat tinjauan kajian kepustakaan. Di sini akan disertakan beberapa buah rujukan yang boleh digunakan dalam latihan ilmiah ini

(8)

menganalisa aspek-aspek keindahan tersebut untuk dijadikan panduan penulisan prosa kreatif iaitu novel, novelet dan cerpen yang berjiwa Islam. Selain itu, dalam artikel ini juga cuba mengetengahkan konsep penulisan kreatif tersebut dalam arus pasca modenisme yang sedang mencari nilai kebenaran alternative bagi mengganti ketidaktentuan nilai yang terdapat dalam arus penulisan modenisme. Menurut artikel ini, surah Yusuf wajar dijadikan model bagi karyawan Islam semasa dan juga sesuai dikembangkan dalam arus pasca modenisme. Antara persoalan yang ditimbulkan dalam artikel ini ialah keindahan balaghah, komposisi, mesej, perbandingan cerita Yusuf dalam al-Quran dengan yang terdapat dalam Bible dan kesan cerita Yusuf terhadap karya sasterawan Muslim (Zulkarnain Mohamed 2003 3-4).

Rujukan kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah buku Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf yang telah ditulis oleh Puan Ainon Mohd. Beliau adalah Pengerusi Syarikat Kumpulan PTS (Professional Training Centre). Beliau banyak mengendalikan bengkel-bengkel penulisan bagi mendorong dan melatih kumpulan penulis PTS serta berjayaaa melahirkan ramai penulis bestseller dengan menggunakan teknik surah Yusuf. Terdapat pendekatan mudah bagi menghasilkan novel-novel yang bermutu tinggi dalam buku ini dan menjadi kegemaran pembaca. Teori dan teknik penulisan novel yang dikemukan dalam buku ini telah digali dan dikaji daripada ayat-ayat yang terdapat dalam surah Yusuf dan teori yang terdapat dalam surah Yusuf dijadikan model bagi penghasilan novel yang indah dan tahan lama di pasaran. Buku ini juga memuatkan tiga fungsi sastera yang terdapat dalam surah Yusuf iaitu mengajak pembaca berfikir, menyampaikan peringatan Tuhan kepada pembaca dan menyampaikan pelajaran. Terdapat dua aspek yang perlu diambil kira dalam teori surah Yusuf iaitu aspek halal haram dalam karya serta faktor-faktor dan ciri-ciri keindahan dalam karya (Ainon Mohd 2011:8-12).

(9)

menggunakan teknik dialog dalam menghasilkan novel. Hal ini kerana, novel yang menggunakan banyak dialog lebih mudah dan laju dibaca berbanding novel yang banyak menggunakan ayat naratif (Ainon Mohd 2011:156).

Di samping itu, pengkaji juga menggunakan lima buah novel fiksyen sejarah Islam untuk dikaji sejauh mana penggunaan teknik surah Yusuf dalam penulisan novel fiksyen sejarah Islam tersebut. Pengkaji memilih dua buah novel hasil penulisan Abdul Latip iaitu Perang Uhud Catatan Duka Tentera Islam dan Hijrah Permulaan Sebuah Kegemilangan. Berdasarkan kedua-dua novel ini, boleh dikatakan novelis tidak menggunakan keseluruhan teknik surah Yusuf dalam novel beliau. Menurut Abdul Latip Talib, beliau hanya menggunakan teknik surah Yusuf dalam penulisan novelnya dengan kadar 70 peratus dan tidak mengikuti keseluruhan teknik penulisan tersebut (Abdul Latip 2012). Jika dilihat kembali pada rumus teknik surah Yusuf antara rumus yang diketengahkan ialah kisah benar. Kedua-dua novel ini seperti yang sedia maklum, terdapat kisahnya dalam sejarah Islam. Contohnya novel Hijrah, novelis memulakan penceritaan dengan tahun gajah yang mana tahun Nabi Muhammad saw dilahirkan serta berlakunya peristiwa kota Mekah diserang oleh tentera Abrahah yang mencemburui Kaabah pada ketika itu telah menjadi tumpuan kepada para pengunjung berbanding dengan al-Qalisy yang dibinanya di kota Sana’a. Kemudian diteruskan lagi dengan penceritaan berkaitan kelahiran Nabi Muhammad saw dan kehidupan baginda sebelum dan selepas menjadi Rasul. Selepas itu, berlakulah penghijrahan Nabi Muhammad saw ke kota Madinah dan baginda telah berjaya menjadikan Madinah sebagai sebuah Negara maju.

(10)

perbualan antara Abu Sufyan bin Harb dan Ubaid tentang kekalahan yang dialami oleh pihak Quraisy dalam perang Badar (Abdul Latip 2010:2). Mereka juga berbual tentang pengumpulan semula tentera supaya dapat menebus kekalahan di pertempuran Badar. Seterusnya, dilanjutkan dengan persiapan peperangan yang dilakukan oleh kedua pihak sehinggalah berlakunya peperangan di Uhud yang dimenangi oleh pihak tentera Quraisy.

Novel yang seterusnya yang dipilih oleh pengkaji ialah novel hasil novelis Zahiruddin Zabidi iaitu Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi yang diterbitkan pada tahun 2010. Bagi pendapat pengkaji novel ini hampir 90 peratus menggunakan teknik surah Yusuf. Keseluruhannya, jika dilihat secara kasar hampir semua rumus teknik surah Yusuf terdapat dalam novel beliau. Contohnya, dalam menghasilkan sesebuah karya yang indah itu memerlukan satu tempoh atau jalan cerita yang panjang seperti kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran yang bermula dari beliau masih kecil sehingga menjadi pemerintah Mesir. Begitu juga dengan kisah Rabiatul Adawiyah yang telah dinukilkan oleh novelis. Ceritanya bermula ketika Rabiatul Adawiyah masih lagi berada dalam kandungan ibunya. Ayah Rabiatul Adawiyah iaitu Ismail Adawiy menenangkan isterinya yang berasa sedih dengan kemiskinan yang dialami oleh mereka. Tambahan lagi dengan bakal kelahiran anak mereka. Tetapi Ismail sentiasa bersabar dan beranggapan setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

(11)

Bin Abi Syawal (Zahiruddin 2010:267). Tempoh cerita yang panjang dalam novel ini telah menarik minat para pembaca untuk mengetahui dan membuatkan para pembaca tertanya-tanya perkara apa yang berlaku terhadap Rabiatul Adawiyah.

Novel keempat yang dipilih ialah Hamzah Bin Abdul Mutalib Penghulu Para Syuhada hasil penulisan Al-Ghazali yang diterbitkan pada tahun 2012. Pengkaji berpendapat dalam novel ini juga terdapat penggunaan teknik surah Yusuf. Contohnya, pemilihan watak utama ialah lelaki. Novelis memilih watak saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara kepada Nabi Muhammad saw. Hamzah Bin Abdul Mutalib dilahirkan hasil perkahwinan antara Abdul Mutalib dan Halah Binti Uhaib (Al-Ghazali 2012:24). Hamzah Bin Abdul Mutalib dilahirkan dua tahun lebih awal daripada peristiwa angkatan tentera Abrahah menyerang Mekah. Beliau sering dianggap sebaya seperti Nabi Muhammad saw (Al-Ghazali 2012:37). Hamzah Bin Abdul Mutalib juga dikira saudara sesusuan Nabi Muhammad saw kerana beliau juga pernah disusukan oleh Tsuaibah (Al-Ghazali 2012: 40). Hamzah Bin Abdul Mutalib memeluk agama Islam di rumah Arqam Bin Abi Arqam dalam bulan Muharam dan telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi Muhammad saw. Berita pegislaman beliau tersebar luas ke seluruh pelosok kota Mekah dan kemasukan Hamzah menguatkan lagi semangat orang Islam mempertahankan keimanan mereka.

(12)

Beliau diserang dengan tombak dan telah mengalami kecedaraan parah di perut sehingga menyebabkan beliau meninggal dunia pada ketika itu juga. Hamzah Bin Abdul Mutalib meninggal pada 11 Syawal tahun ketiga Hijrah ketika berusia 56 tahun.

Novel terakhir yang dipilih untuk kajian ini ialah novel Tok Kenali Pembangun Pemikiran Umat Islam hasil penulisan Hayati Ridhwan dan diterbitkan pada 2011. Pada pendapat pengkaji, novel ini juga sama seperti beberapa buah novel di atas hampir keseluruhannya menggunakan teknik surah Yusuf. Bermula daripada kisah yang diceritakan adalah kisah benar yang memang terdapat dalam sejarah. Nama sebenar Tok Kenali ialah Muhammad Yusuf Bin Ahmad dan beliau adalah antara ulama yang terkenal dalam membangunkan pemikiran umat Islam. Tempoh penceritaan dalam novel ini memakan masa yang begitu lama iaitu bermula cerita sebelum Tok Kenali dilahirkan lagi. Ibunya, Fatimah dikahwinkan dengan seorang pemuda kampung pilihan ayahnya iaitu Ahmad. Perwatakan Ahmad yang rajin dan selalu berjamaah di surau telah menarik minat Tok Leh untuk dijadikan menantu. Penceritaan dalam novel diteuskan dengan kelahiran Awang Kenali yang membesar menjadi budak yang luar biasa dan apabila meningkat dewasa melanjutkan pengajian ke Mekah kemudian kembali ke kampung untuk mendidik para penduduk di situ. Selain daripada itu, jumlah watak yang diwujudkan dalam novel ini melebihi 20 orang. Watak yang ramai akan menghidupkan lagi sesebuah kisah itu menjadi lebih menarik. Antara watak yang terdapat dalam novel ini Tok Leh, Tok Mek Ngah, Fatimah, Ahmad, Awang Kenali, Salim dan Faizal iaitu pemuda-pemuda Kampung Paya, jemaah-jemaah surau, tok penghulu yang mengupah Awang kenali untuk dijadikan kerani, sahabat Awang Kenali iaitu Deraman, guru Awang Kenali iaitu Tuan Guru Wan Ahmad al-Fathani dan ramai lagi.

(13)

“Pak Amat, seperti biasa”. Harun, seorang lelaki pertenngahan umur memesan air the kegemarannya. Dia memerhati sekeliling, di hadapan, di belakang, dan di sebelah kanan tempat duduknya. Lega.

Selang beberapa minit, Pak Amat datang dengan membawa segelas air the. “Apa yang kamu cari Harun? Berpusing-pusing kepala kamu aku tengok,” kata Pak Amat kepada Harun.

Melihat daripada sedikit petikan yang diberi oleh pengkaji di atas dapat dibuktikan novelis tetap menjaga penggunaan laras bahasa walaupun ayat yang digunakan dalam dialog.

Seterusnya, pengkaji menggunakan buku Takmilah dalam novel Melayu yang ditulis oleh Kamariah Kamarudin yang diterbitkan pada 2011. Buku ini adalah hasil tesis Ijazah Doktor Falsafah beliau dan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Penerbitan Sastera. Buku ini memuatkan 6 bab utama iaitu konsep sastera Islam dan fenomena sastera Islam di Malaysia, Teori Takmilah, pemikira dalam karya : konsep akidah dan ibadah, pemikiran dalam karya : konsep khalifah, dakwah dan jihad, teknik dan keindahan dalam karya serta kesimpulan. Pengkaji menggunakan buku ini hanya untuk merujuk tentang teknik dan keindahan dalam karya. Pelbagai teknik penceritaan digarap oleh pengarang bagi menggerakkan plot dalam karya masing-masing. Antara kepelbagaian teknik penceritaan yang dikemukakan ialah teknik dialog, teknik plot, teknik sudut pandangan dan teknik menyampaikan tema; yang kesemuanya mempunyai fungsi bagi memperlihatkan penggaluran keindahan dalam karya dan penjelasan kepada khalayak pembaca tentang mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang (Kamariah 2011:455

1.6 KESIMPULAN

(14)

semakin mendapat nama di persada penulisan kreatif di Malaysia antaranya tidak lain tidak bukan Abdul Latip Talib iaitu penulis novel sejarah Islam nombor satu di Malaysia seterusnya rakan-rakan seperjuangan penulis beliau yang lain seperti Zahiruddin Zabidi dan al-Ghazali. Kemunculan mereka dalam bidang penulisan novel fiksyen sejarah Islam mendatangkan satu fenomena luar biasa terhadap perkembangan novel fiksyen sejarah Islam. Perkembangan novel fiksyen sejarah Islam yang semakin berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan telah menimbulkan pertanyaan pada pengkaji bagaimana situasi tesebut boleh berlaku. Pengkaji berpendapat kemungkinan teknik atau metode penulisan yang digunakan oleh para novelis fiksyen sejarah Islam menjadi faktor utama berlakunya perkembangan novel dengan begitu pesat. Pemilihan teknik penulisan yang betul akan menghasilkan sebuah novel yang indah, menarik, bertahan lama di pasaran dan tidak jemu dibaca oleh para penggemar novel fiksyen sejarah Islam di Malaysia. Malah kisah-kisah perjuangan atau tokoh yang terdapat dalam novel fiksyen sejarah Islam dijadikan sebagai contoh dan tauladan bagi pembaca.

(15)

BAB II

NOVEL FIKSYEN SEJARAH ISLAM DI MALAYSIA

2.1 PENDAHULUAN

Novel adalah sebagai satu genre sastera yang muncul kemudian daripada puisi, epik, dan mengalami transformasi makna. Jika maksud novel itu sendiri dibuat tanpa memperhitungkan perubahan dan pemantapan teorinya, pasti akan timbul kekeliruan kerana perkataan “novel” itu sendiri mempunyai pelbagai istilah. Seperti yang sedia maklum, istilah novel berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang merujuk maksud kata sifat iaitu baru, baru diperkenalkan, luar biasa atau jenis yang dahulunya tidak diketahui. Dalam bidang sastera pula, novel dikenali sebagai cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. Novel merupakan karya fiksyen yang mengungkapkan aspek-aspek kemanusiaan dengan lebih mendalam.

(16)

Oleh itu, dalam bab dua ini penulis mengkaji tentang konsep penulisan novel fiksyen sejarah Islam, perkembangan penulisan, metode atau teknik penulisan yang digunakan dalam penulisan novel fiksyen sejarah Islam dan gagasan surah Yusuf.

2.2 KONSEP NOVEL FIKSYEN SEJARAH ISLAM

Novel Fiksyen

Novel adalah satu bentuk penafsiran rencaman hidup manusia menerusi satu bentuk sastera iaitu cereka. Ia adalah rangkuman tiga faktor utama yang timbal-menimbal antara satu sama lain iaitu dengan pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup dan imaginasi. Ketiga-tiga faktor ini mencetuskan idea asal kemudiannya dirombak dan selepas itu disirat kembali menjadi sebuah karya dengan ciri-ciri novel yang diterima umum. Idea yang tercetus dari ketiga-tiga faktor ini berpusat pada satu tahap sahaja iaitu kehidupan manusia dalam segala liku-liku, keserabutan dan rencamannya. Kehidupan manusia itu dirangkai menerusi satu siri situasi atau babak kehidupan yang nyata dan digubah, diolah menerusi pelbagai penerokaan dengan urutan plot, perwatakan, latar, dan ciri-ciri lain dalam proses penciptaan novel.

(17)

non-fiksyen, iaitu yang ditulis dengan fakta atau dengan cara penerangan, pemerhatian dan lain-lain seperti biografi, sejarah atau pengalaman (ms.wikipedia.org/wiki/cerita_rekaan). Secara umumnya buku fiksyen berkait rapat dengan novel. Tetapi sebuah novel tidak bermakana hanya sesuai untuk golongan wanita sahaja mahupun seorang lelaki yang gagah luaran tetapi dalam hati ada taman. Novel fiksyen sesuai dengan sesiapa sahaja dan ia mengekalkan mesej yang sama tetapi penyampaian lebih santai (afiqazizan.com/berfiki-fikir-untuk-menulis-genre-fiksyen).

Sejarah Islam

Dari sudut etimologi, istilah sejarah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu syajarah. Penyerapan perkataan ini ke dalam bahasa Melayu bermula sejak berlaku proses akulturasi kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Islam semenjak abad ke-13. Dalam bahasa Arab, sejarah memberikan erti yang pelbagai seperti pohon, keturunan, asal usul dan juga digunakan pada makna salasilah, riwayat dan tarikh. Secara terminologi, sejarah membawa maksud peristiwa yang benar-benar terjadi masa lampau yang dihadapi oleh individu mahupun masyarakat. Persoalan sejarah selalunya akan berhubungan dengan pengalaman penting yang berkaitan dengan perkembangan masyarakat. Untuk itu, Sayyid Quthub mengatakan sejarah bukanlah peristiwa melainkan tafsiran daripada peristiwa berlaku, dan pengertian mengenai hubungan nyata dan tidak nyata serta memberikan dinamisme dalam waktu dan tempat. Oleh itu, sejarah Islam membawa maksud peristiwa-peristiwa atau kejadian-kejadian yang terjadi pada masa lampau yang berkaitan dengan dunia Islam. Agama Islam mempunyai bidang yang luas, begitu juga dengan sejarah Islam. Antaranya berkaitan dengan sejarah perkembangan, penyebaran Islam, sejarah kemajuan dan kemunduran yang dicapai oleh umat Islam dalam pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan agama dan umum, kebudayaan, politik, pemerintahan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

(18)

kedua keturunan (al-Nasab). Al-Ayyam ialah sekumpulan cerita yang berbentuk lisan merujuk kepada soal-soal yang berkaitan dengan kegiatan masyarakat Arab pada zaman jahiliah. Manakala, al-Nasab banyak mempersoalkan tentang salasilah sesuatu kaum. Sumber keturunan ini boleh dijadikan sebagai petanda wujudnya pemikiran mengenai sejarah pada zaman pra-Islam. Berdasarkan huraian tentang novel dan sejarah jelaslah bahawa antara kedua-duanya ada pertalian atau titik persamaannya walaupundari sudut pandangan umum. Antara persamaan yang ditemukan ialah kedua-duanya mengungkapkan kisah manusia di dunia yang nyata. Menurut Collingwood :

Kedua-dua novel dan sejarah itu mestilah munasabah; tidak ada apa-apa yang boleh dimasukkan ke dalam salah satunya kecualilah yang diperlukan sahaja, dan di dalam hal kedua-duanya hakim bagi apa yang perlu itu ialah khayalan (imaginasi penulis)

(19)

Konsep novel fiksyen sejarah Islam berdasarkan usaha penulis novel sejarah membuat penyelidikan sesuatu fakta tentang sejarah tersebut sebelum memulakan penulisan mereka. Penulis hendaklah membuat analisis dan menyusun bahan yang didapati dengan sempurna dan mesti menyampaikan kandungan sejarah yang penuh erti dan drama kepada pembaca. Oleh itu, seorang penulis hendaklah mempunyai kemampuan untuk berimaginasi. Walaupun penulis dibenarkan untuk berimaginasi, namun dalam penghasilan novel fiksyen sejarah, daya imaginasi tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Pemilihan dan penyusunan fakta memerlukan imaginasi hanya untuk melengkapkan karya sejarah sebagai sebuah wacana. Sebagaimana yang telah digariskan, sejarah itu memerlukan penyelidikan. Tugas penyelidikan ini hanya dapat dilakukan setelah peristiwa tersebut tidak berubah dan sejarah tersebut mestilah sudah berlalu dan mantap. Kelainan pengertian dalam pensejarahan hanya boleh berlaku akibat pentafsiran daripada ahli sejarah, bukan disebabkan sesuatu kejadian atau fakta yang mengalami perubahan. Meskipun fakta sejarah perlu ada, penulis boleh memasukkan fakta berdasarkan imaginasi bagi tujuan mengindahkan lagi cerita dan menimbulkan kesan reality dalam novel sejarah tersebut. Hal ini disebabkan sekiranya tidak terdapat kebebasan berimaginasi, karya tersebut sama seperti sebuah laporan sejarah tulen.

(20)

“ mungkin ada orang yang berpendapat novel sejarah dan fiksyen sejarah itu sama, tapi baginya novel sejarah itu berdiri di atas fakta dan watak utamanya dalam tokoh sejarah. Bagaimanapun, ada orang melihat novel sejarah dan watak utama sejarah boleh dinovelkan dengan disorot watak lain. Misalnya, watak yang direka sebagai narrator dan kita kenal sejarah yang ingin diceritakan”

2.3 PERKEMBANGAN PENULISAN

Kemunculan novel sejarah Islam banyak membantu anak-anak muda terutama pelajar dan mereka lebih berminat untuk memahami sejarah. Golongan pembaca terdiri daripada golongan pelajar sekolah rendah sehingga pelajar universiti. Malah dibaca juga oleh ahli-ahli akademik. Ada yang berkata dulu tidak minat sejarah tetapi setelah membaca novel sejarah pahlawan Islam mereka menjadi semakin baik, jika sebelumnya malas solat, setelah minat membaca kisah pahlawan menjadi rajin untuk solat. Ada pula pembaca mengatakan perasaan cinta terhadap Islam, dan para sahabat itu semakin mendalam (abdullatip.blogspot.com/2011/05/benarkah.html).

Perkembangan novel Melayu sejak awal sampai sekarang amat luas jarak masanya. Perkembangannya bermula dari tahun 1925 sehinngalah sekarang. Oleh sebab tempoh perkembangan amat panjang, maka terdapat pelbagai ragam perkembangan khususnya mengenai unsur dalaman dan luaran, yang dapat membezakan bentuk cerita penglipurlara dan hikayat. Walau bagaimanapun, dalam tahap permulaan, terutama sebelum Perang Dunia kedua, genre novel itu sendiri masih dikenali sebagai hikayat. Perkara yang membezakan antara novel dan hikayat ialah adanya ciri-ciri reality dalam novel dan ciri-ciri mitos, lagenda, dongeng dalam hikayat (S.Othman t.th:66). S. Othman telah membahagikan perkembangan novel Melayu kepada tiga iaitu :

Pertama : Novel Melayu sebelum Perang Dunia Kedua 1 Novel Zaman Perintis (1920-an)

(21)

Kedua : Novel Melayu selepas Perang Dunia Kedua 1 Novel sebelum Asas 50 (1945-1950) 2 Novel semasa Asas 50 (1951-1957)

Ketiga : Novel Melayu setelah Merdeka (1958-kini) 1 Novel Peraduan

2 Novel bukan Peraduan

Novel pada tahap pertama ini ditulis oleh pengarang-pengarang daripada tiga golongan iaitu golongan agama sebagai perintis kepada genre novel dalam kesusasteraan Melayu, kemudian golongan guru yang dianggap sebagai golongan yang intelek Melayu terutama yang berlulusan Maktab Perguruan Sultan Idris dan akhir sekali golongan wartawan yang menghabiskan sepenuh masanya dalam bidang kewartawanan. Manakala, novel pada tahap kedua tidak banyak bezanya daripada novel yang dihasilkan sebelumya. Tetapi pada tahun 1951 hingga 1957, penulisan novel telah melihatkan perubahan dari aspek perwatakan, tema dan latar. Seterusnya, novel pada tahap ketiga iaitu selepas merdeka. Kelahiran novel pada waktu ini bukan sahaja timbul kesedaran para penulis tetapi juga didorong dengan galakan hadiah yang lumayan (S. Othman t.th 68-80). Antara penulis-penulis yang terkenal pada zaman tersebut ialah Syeikh al-Hadi dengan karya beliau Faridah Hanum (1925), Ahmad bin Muhammad Rashid karya beliau Kawan Benar (1927) dan Iakah Salmah (1928), Abdul Samad Ahmad dengan karya beliau Setia Itu Jaya (1937) dan Dosaku (1946), Ishak Haji Muhammad karya beliau Putera Gunung Tahan (1937), A. Samad Said dengan karyanya Salina (1961), Arena Wati karyanya Lingkaran (1965).

(22)

di Malaysia. Keunggulan serta kehebatan beliau dalam penulisan novel sejarah Islam mahupun novel sejarah tokoh tanah air memang tidak boleh dinafikan begitu sahaja (www.utusan.com.my/utusan/info.asp/y=2009). Hal ini demikian kerana, kehebatan beliau dalam menghasilkan novel sejarah Islam, telah memberi kesan yang tersendiri terhadap perkembangan penulisan novel sejarah Islam yang selama ini lesu dan kurang diperhatikan oleh penerbit. Novel-novel sejarah hasil penulisan beliau seperti novel Salahuddin Penakluk Jerusalem, Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel dan sebagainya telah tergolong dalam novel best-seller dan telah diulang cetak beberapa kali dalam masa setahun untuk memenuhi pasaran dan permintaan pembaca yang semakin bertambah. Contohnya, novel Salahuddin Penakluk Jerusalem sahaja telah diulang cetak sebanyak 16 kali kerana jalan penceritaan yang menarik dan tokoh tersebut dikenali ramai (www.utusan.com.my/utusan/info.asp/y=2009).

(23)

Berikut adalah perkembangan novel sejarah Islam dari tahun 2007-2012 :

Perkembangan Novel Sejarah Islam di Malaysia

TAHUN JUDUL NOVEL

2007  Salahudin Penakluk Jerusalem

Khalid Memburu Syahid

Ikramah Penentang jadi Pembela

Tariq Menang atau Syahid

Si Bongkok Tanjung Puteri

Setelah Roboh Kota Melaka 2008  Abu Zhar al-Ghifari

Abu Bakar Sahabat Sejati

Sultan Muhammad al-Fateh

Abu Ubaidah al-Jarrah

Umar al-Khattab

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Hikayat Amir Hamzah I, II, III

Randau Ruai

Pengintip Kota Syam

2009  Bilal Bin Rabah Pengumandang Seruan Langit

Khalifah Uthman Affan

Ali bin Abi Talib

Hulagu Khan

Lembing Awang Pulang ke Dayang

Dol Said Pahlawan Naning

Mat Kilau Pahlawan Pahang

2010  Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Aminah : Cinta Puteri Quraisy

(24)

Imam Hanafi Pendebat Kebenaran

Imam Malik Pengarang Kebenaran

Imam Hanbal Pejuang Kebenaran

Khalifah Umar Abdul Aziz

Perang Badar Perang Penentuan

Perang Uhud

Hijrah Permulaan Sebuah Kegemilangan

Istana Menanti (KOMSAS)

Tok Janggut Pahlawan Kelantan

Pendekar Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan

2011  Perang Khaibar : Penakluk Kota Khaibar

Perang Khandaq

Mustafa Kemal Atarturk

Saad bin Abi Waqqas : Kesatria Islam

Fatimah : Kisah Puteri Nabi

Srikandi-srikandi yang Benar

Abu Zhar al-Ghifari : Pembela Golongan Miskin

Shamsiah Fakeh

Tok Kenali : Pembangunan Pemikiran Umat Islam

Nusantara

Siti Hajar : Citra Cinta dan Pengorbanan

Perang Kelang : Sengketa Anak-Anak Raja

Muhammad s.a.w Putera Lembah Bakkah

Laksamana Cheng Ho

2012  Abu Ayub al-Ansari : Syahid Kota Konstantinopel

Badiuzzaman Said Nursi : Tokoh Pembaharu Islam

Perjanjian Hudaibiyah

Kiyai Salleh

Hassan al-Banna

(25)

Talhah bin Ubaidillah : Syahid yang Hidup

Amru al-As : Pembuka Mesir

Hamzah bin Abdul Mutalib

Perang Arab Israel 1973

Putera Lembah Bakkah 3

Berdasarkan data perkembangan novel di atas, jelaslah bahawa dari tahun ke tahun penghasilan novel sejarah Islam semakin bertambah. Hal ini demikian kerana, penulis-penulis novel sejarah Islam begitu komited terhadap penghasilan novel sejarah Islam. Ppenulis-penulis novel sejarah berdisiplin dan dedikasi dalam menghasilkan karya mereka sehingga mampu menulis atau menghasilkan beberapa buah novel. Peningkatan keluaran novel sejarah Islam adalah disebabkan penambahan golongan pembaca di Malaysia khususnya golongan remaja yang mula tertarik dengan kisah-kisah novel sejarah Islam yang pelbagai. Pengeluaran mahupun penghasilan novel sejarah Islam yang meningkat setiap tahun dapat membuktikan bahawa bukan sahaja novel remaja atau novel romantik dan sebagainya sahaja mendapat tempat di pasaran, novel sejarah Islam juga semakin berkembang dan mula menarik perhatian kepada semua generasi pembaca.

2.4 METODE PENULISAN

(26)

Seorang penulis novel kreatif terpaksa menganggap dirinya sebagai seorang tukang cerita, jurucerita atau pakar cerita. Perkara utama yang perlu difikirkan terlebih dahulu ialah bagaimana cara hendak menurunkan bahan, idea, ilham dan inspirasi itu ke dalam sebuah karya. Cara ini biasanya dikatakan sebagai kaedah atau metode. Metode penulisan akan menjadi ukuran sejauh mana keupayaan dan kebolehan seseorang penulis itu menjana bahan idea dan ilham serta inspirasi. Hal ini demikian kerana, menerusi kaedah-kaedah ini secara tidak langsung tertampil pelbagai konsep kepengarangan yang mempunyai empat konsep utama iaitu :

1) Sublimiti (sublimity) : iaitu konsep yang bertunjangkan kepada daya keintelektualan yang menerapkan nilai pemikiran yang tinggi. Konsep ini juga menampilkan gaya penciptaan sendiri

2) Simplisiti (simplicity) : iaitu corak penulisan yang sederhana tapi menarik dan unik. Walaupun konsep ini tidak menekankan kepada daya keintelektualan yang mengundang daya pemikiran yang tinggi, namun penampilannya dalam serba kesederhanaan ini kelihatan anggun dan bersahaja serta memperlihatkan nilai estetik

3) Metafizik (metaphysic) : iaitu konsep yang mewujudkan persoalan yang menjurus kepada kompleksiti. Walaupun pada umumnya istilah metafizik hanya terdapat dalam penciptaan puisi, tetapi dengan kelahiran fiksyen yang menjurus kepada persoalan yang kompleks khususnya konsep teologi dan falsafah, menjadikan istilah ini sesuai digunakan dalam karya fiksyen

4) Stilistik (stylistic) : iaitu penerapan satu gaya bahasa moden yang mementingkan tatabahasa, penggunaan perkataan yang pelbagai yang menampilkan pelbagai aspek seperti fonologi, sintaksis, morfologi dan prosodi

(27)

(masa, tempat, suasana), nada, gaya dan teknik. Manakala kajian ekstrinsik meliputi riwayat hidup atau latar belakang kehidupan pengarang dan penulis, elemen-elemen dan implikasi, keadaan persekitaran seperti kehidupan sosial, latar peristiwa seperti sejarah, politik dan wawasan atau visi pengarang

.

Lazimnya, ciri-ciri intrinsik yang memerlukan teknik penulisan khas ialah watak perwatakan, plot, latar (masa, tempat, suasana). Sementara teknik penulisan secara keseluruhan meliputi teknik-teknik seperti teknik dialog, monolog dalaman, simbol, metafora, personifikasi dan sebagainya. Kesemua teknik penulisan ini mempunyai fungsi tertentu seperti alat penyambung dan pelengkap peristiwa. Bagi menghasilkan novel yang menarik, satu ciri lain yang amat peting untuk diberi perhatian, gaya bahasa. Aspek gaya bahasa inilah yang akan menentukan sama ada novel tersebut berjaya atau tidak dihasilkan. Menurut Shahnon Ahmad, aspek gaya bahasa amat penting dalam komposisi sebuah novel. Walaupun pengarang mempunyai idea, kemudian menyusun idea tersebut menjadi sebuah cerita sambil memberikan plot dan watak perwatakan serta latar yang sesuai, pengarang perlu mengetahui cara penyampaian idea yang diolah tadi dalam bentuk yang baik dan berkesan. Oleh itu, pemilihan kata, penyusunan kata, pengulangan kata, pembinaan kata, kata kiasan dan sebagainya dalam penggunaan bahasa amat penting

.

(28)

jauh semata-mata kerana ilmu patut dijadikan contoh kepada generasi muda pada hari ini.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, terdapat teknik penulisan khas dalam ciri-ciri intrinsic iaitu salah satu daripadanya ialah latar. Latar ini merangkumi latar masa, suasana dan tempat. Latar adalah latar belakang dalam sebuah karya novel fiksyen. Walaupun ada sesetengah karya fiksyen tidak mempunyai latar seperti drama pentas, namun latar masih tetap relevan dalam karya terutamanya karya-arya yang memakan ruang yang luas dan masa yang panjang. Idea penulis akan menjadi lebih hidup dan berkesan sekiranya berada dalam pelbagai latar. Latar memberi nafas kepada idea, meletakkan perwatakan menjadi sesuatu yang lebih realiti. Malah para watak yang dikemukakan oleh penulis akan menjadi real sekiranya diletakkan pada latar yang sesuai. Pertama, latar tempat. Latar tempat ialah latar yang menjadi tempat berlakunya sesuatu peristiwa pilihan dalam sesebuah karya. Ia tidak dikhaskan untuk satu tempat sahaja. Latar tempat dalam karya juga tidak terhad pada tempat-tempat yang wujud dalam alam reality sahaja, tetapi diwujudkan dalam alam lain. Akan tetapi, bagi penulisan novel fiksyen sejarah, perkara ini tidak akan berlaku. Latar yang dikemukakan mestilah wujud dalam realiti kehidupan. Kedua, latar suasana. Latar suasana pula terbentuk oleh beberapa faktor yang ada kaitan dengan peristiwa dalam karya. Faktor-faktor tersebut ialah :

1) Perasaan : berkaitan dengan apa yang dialami seperti perasaan sedih, muram, ceria, murung, tegang

2) Udara/cuaca : cuaca akibat fenomena alam juga boleh mempengaruhi udara yang menyebabkan terjadinya pelbagai suasana seperti cuaca panas dan mendung, udara yang nyaman, cuaca panas suasana udara menjadi rimas 3) Peredaran waktu : dipengaruhi oleh waktu-waktu yang berubah dalam sehari

semalam seperti waktu pagi suasana nyaman, tengah hari cuaca panas. Semua faktor ini akan menyumbang suasana tertentu yang dipengaruhi oleh perubahan fenomena alam

(29)

5) Aktiviti manusia : segala aktiviti manusia juga akan mempengaruhi latar suasana. Umpamanya kalau di tempat yang berlaku kebakaran suasana akan menjadi kelam kabut, tidak tentu arah dan cemas

Ketiga, latar masa. Masa meliputi zaman ceita tersebut berlaku, seperti masa lampau, masa kini dan masa depan. Masa amat penting dalam kehidupan seharian, malah hidup manusia juga dicorakkan oleh masa. Untuk lebih efektif, gambaran tempat dan masa perlu ditulis dengan terperinci, menimbulkan perkara-perkara kecil yang difikirkan ada kaitan dengan pemikiran, dan perasaan watak supaya kesannya tercapai. Latar masa dalam karya fiksyen terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :

1) Menunjukkan waktu : setiap peristiwa pilihan dalam karya mempunyai latar masa yang tertentu seperti waktu pagi, tengahari, malam dan dinihari. Latar waktu juga boleh dipanjangkan hingga waktu-waktu lain seperti dari pagi hingga ke petang

2) Berkaitan dengan peristiwa sejarah : keseluruhan peristiwa dalam karya berkenaan menggunakan satu latar masa yang khusus seperti latar masa Perang Dunia Kedua, latar sebelum Perang Dunia Kedua dan seterusnya

3) Mengikut kalendar : hari-hari ataupun bulan tertentu yang berulang pada setiap tahun seperti bulan Ramadhan, Maulidurasul, musim haji, musim tengkujuh, musim cuti sekolah

4) Mengikut bencana alam : latar masa yang dikenang oleh setiap orang dan dianggap sudah diketahui umum sebahagian peristiwa sejarah

(30)

2.5 GAGASAN SURAH YUSUF

Gagasan surah Yusuf diambil daripada surah Yusuf yang terdapat dalam al-Quran. Oleh itu, pengkaji akan menceritakan serba sedikit tentang ringkasan kisah Nabi Yusuf yang termaktub dalam al-Quran. Dalam al-Quran, kisah Nabi Yusuf bermula apabila pada suatu hari Nabi Yusuf bermimpi. Dalam mimpinya itu, beliau melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sujud dan memberi hormat kepadanya. Pada ketika itu, beliau yang tidak tahu makna mimpinya itu, lalu bertanya kepada ayahnya Nabi Yaakub makna mimpi tersebut. Nabi Yaakub tidak menerangkan makna mimpi tersebut tetapi beliau memberitahu Nabi Yusuf supaya tidak menceritakan hal tersebut kepada abang-abangnya. Hal ini kerana, Nabi Yaakub khuatir abang-abang Nabi Yusuf melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Nabi Yusuf. Nabi Yaakub memberitahu kepada anaknya Nabi Yusuf bahawa Tuhan telah memilih anaknya itu dan akan mengajarkan kepada Nabi Yusuf ilmu mentakwil mimpi.

(31)

Akan tetapi, Nabi Yusuf difitnah cuba menggoda Zulaikha sehinnga dipenjarakan. Ketika dalam penjara, Nabi Yusuf mengambil peluang untuk berdakwah kepada dua orang banduan yang menganut agama nenek moyang mereka. Pada satu ketika Nabi Yusuf telah mentakwil mimpi yang dialami oleh dua orang banduan tersebut. Banduan pertama bermimpi memerah anggur dan Nabi Yusuf menerangkan kepadanya, bahawa dia akan memberikan tuannya minum arak. Bagi banduan kedua yang bermimpi melihat dirinya menjunjung roti kemudian datang burung memakan roti tersebut, Nabi Yusuf menerangkan kepadanya dia akan dijatuhi hukuman mati dengan cara disalib. Nabi Yusuf meminta kepada banduan pertama, apabila dia dibebaskan, ceritakanlah keadaan sebenarnya kepada Raja Mesir. Pada suatu hari, Raja Mesir memberitahu yang beliau bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai bijian hijau dan tujuh lagi kering. Pada saat itu, banduan pertama teringat pesan Nabi Yusuf dan meminta raja supaya membenarkannya berjumpa Nabi Yusuf yang berada dalam pejara untuk mentafsir mimpi tersebut.

(32)

Teori dan teknik surah Yusuf adalah suatu usaha bagi mengemukakan suatu model ideal karya yang indah. Menurut Puan Ainon dalam laman blog beliau (http://sasteraislami.blogspot.com/), surah Yusuf menjadi keperluan bagi model sastera Islam. Banyak perbincangan yang telah beliau tulis berkenaan konsep sastera Islam. Selain definisi, perkembangan teori sastera Islam memerlukan supaya ahli-ahli teorinya mengemukakan model-model ideal bagi setiap genre yang dapat dianggap sebagai model Islam yang ideal. Model Islam yang ideal itu diperlukan oleh :

1 para penulis yang mahu menghasilkan karya Islami

2 para penerbit sastera Islam bagi memastikan mereka tidak tersalah memilih manuskrip

3 para anggota panel hakim dalam pelbagai pertandingan, hadiah dan anugerah supaya mereka mempunyai garis panduan penilaian yang konseptual dan juga teknikal tentang unsur-unsur yang perlu dinilai dengan menggunakan kayu ukur yang betul

Selain itu, para penerbit dan penulis sastera Islam memerlukan model-model genre kreatif Islami disebabkan faktor-faktor berikut :

1 bagi memastikan tidak menyebarkan unsur-unsur yang tidak selaras dengan Islam yang mungkin terdapat dalam buku-buku yang diterbitkan

2 syarikat penerbitan perlu mempunyai dasar editorial dan manual menapis manuskrip yang diterima dari penulis-penulis

3 para editor mempunyai manual editing yang menyenaraikan secara teknikal unsur-unsur yang memerlukan pembetulan sebelum sesuatu manuskrip itu layak diterbitkan

4 penulis-penulis perlu mengetahui secara teknikal unsur-unsur yang boleh menyebabkan manuskrip mereka ditolak oleh penerbit

(33)

2.6 KESIMPULAN

Konklusinya, novel fiksyen itu membawa maksud cerita rekaan panjang yang ditulis oleh pengarang berdasarkan imaginasi mereka masing-masing. Tetapi penambahan novel fiksyen sejarah Islam membawa sedikit kelainan pada makna tersebut. Sememangnya ia cerita rekaan semata-mata, tetapi dengan penambahan sejarah, pengarang tidak boleh sewenang-wenangnya mereka-reka cerita berlebih-lebihan kerana melibatkan fakta sejarah. Penggunaan daya imaginasi juga dihadkan apabila ia melibatkan fakta sejarah dalam penulisan novel. Walau bagaimanapun, novel fiksyen sejarah Islam bukanlah kejadian sebenar yang berlaku dalam sejarah kerana penceritaan dalam novel tersebut telah ditokok tambah dengan teknik-teknik penulisan seperti wujudnya dialog, teknik plot, latar serta ditambah dengan watak perwatakan yang tidak ada kena mengena dengan fakta sejarah sebenar. Penambahan dalam penulisan novel fiksyen sejarah Islam adalah bertujuan untuk menghidupkan cerita tersebut supaya kelihatan real dan pembaca seolah-olah akan berasa mereka berada dalam zaman tersebut. Novel fiksyen sejarah Islam yang begitu popular mutakhir ini bukanlah fakta sejarah yang sebenar, ia hanya sebagai gambaran awal sahaja bagi memudahkan dan memberi kefahaman terhadap pembaca.

(34)

Zabidi, Al-Ghazali, Hayati Ridhwan dan ramai lagi. Pengkaji mempercayai bahawa para novelis ini menggunakan dan memilih teknik penulisan yang betul sehingga berjaya menghasilkan sebuah novel yang menarik serta menjadi novel bestseller di Malaysia.

(35)

BAB III

GAGASAN TEKNIK SURAH YUSUF

3.1 PENDAHULUAN

Seperti di akhir bab dua, pengkaji telah menyatakan tentang gagasan surah Yusuf secara ringkas. Gagasan surah Yusuf diambil daripada surah Yusuf yang terdapat dalam Al-Quran sebagai salah satu garis panduan bagi kesusasteraan Islam. Perkara ini terbukti sekiranya dilihat kembali kepada tafsiran surah tersebut berkaitan dengan dengan firman Allah dalam surah Yusuf ayat ke-3 yang bermaksud :

Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) adalah termasuk orang yang tidak megetahui

Dari sudut deskripsi berkenaan kisah Nabi Yusuf, Allah sendiri memperakukan kisah Nabi Yusuf sebuah kisah yang indah, penggunaan frasa ‘kisah yang paling indah’ adalah deskripsi unik bagi kisah Nabi Yusuf. Jika dilihat semula frasa tersebut, seperti Allah telah memberi syarat kepada manusia khususnya kepada penulis-penulis novel apabila mereka mahu mengetahui ciri-ciri cerita yang indah, baik dari sudut tema, jalan cerita, plot, perwatakan dan sebagainya, semua ciri tersebut terdapat dalam surah Yusuf (Ainon Mohd 2011:7).

(36)

para penerbit dan penulis memerlukan satu garis panduan untuk menghasilkan karya Islami supaya tidak menyebarkan unsur-unsur yang tidak selaras dengan Islam yang mungkin terdapat dalam buku yag diterbitkan. Selain itu, dengan mempunyai model tersendiri penulis mahupun penerbit dapat menerbitkan karya-karya kreatif yang mempunyai keunikan tersendiri yang dapat membezakan buku-buku yang mereka hasilkan lain daripada yang lain. Di samping itu, model atau panduan karya kreatif Islami juga amat diperlukan bagi penulis menghasilkan karya Islami dan sebagai panduan juga kepada para panel hakim untuk membuat penilaian terhadap unsur-unsur yang terdapat dalam manuskrip sama ada bertepatan dengan ciri karya Islami atau tidak. Maka dalam bab ini, pengkaji cuba membincang tentang gagasan surah Yusuf sebagai teori mahupun teknik penulisan.

3.2 GENESIS IDEA

(37)

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa Melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa Melayu di serata dunia. Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal adalah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa Melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru sekolah. Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa Melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa Melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan Melayu. Kini, selain daripada menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultasi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu. Selain menjadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang terjemahan, komunikasi, motivasi, kerja-kerja sosial dan kaunseling yang mana rumah beliau sendiri dijadikan pusat latihan dan program latihan fasilitator untuk program-program motivasi dan kerja-kerja sosial, beliau juga sering dipanggil untuk memberi ceramah dan bimbingan motivasi di pelbagai jabatan kerjaan dan swasta. Beliau juga terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan terutamanya dalam menjaga kebajikan kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang. Rumah beliau kini dijadikan pusat pengumpulan pelbagai sumbangan untuk kaum orang asli di Janda Baik (http://zamrimohamad.com/blog/universiti-terbuka-pts-berwajah-baru/).

(38)

“fokus kajian saya adalah surah Yusuf. Bekerja dengan mempunyai fokus yang spesifik adalah amat penting kepada produktiviti. Masih banyak lagi unsur-unsur sastera pada surah Yusuf yang belum dapat saya kaji disebabkan keterbatasan pengetahuan saya dalam ilmu-ilmu Al-Quran. Jadi saya tidak berupaya mengkai seluruh Al-Quran Say berpegang kepada prinsip seperti yang dikatakan oleh Imam Syafie : “Kalau tidak dapat buat semua, jangan dibuat semua.”

Surah Yusuf mempunyai plot mahupun rentetan cerita yang menarik mengenai kisah nabi Yusuf bermula dari beliau masih kecil sehinggalah dewasa. Apabila cerita tersebut berula dari kisah beliau masih kecil, akan membuatkan pembaca ternanti-nanti kisah selanjutnya apabila beliau telah meningkat dewasa dan tidak sabar mengetahui apakah penghujung cerita nabi Yusuf. Dengan ini pembaca tidak akan mudah bosan dengan cerita yang disampaikan. Di dalam Al-Quran, terdapat dua kisah yang panjang dari sudut permulaan sehingga tamat penceritaan. Dua cerita itu adalah kisah nabi Musa dan nabi Yusuf. Antara dua kisah tersebut, yang menjadi pilihan adalah surah Yusuf. Berdasarkan beberapa faktor yang menjadikan kisah beliau unik dibandingkan dengan kisah nabi-nabi lain yang terdapat dalam Al-Quran. Dari sudut deskripsi, berkenaan dengan kisah nabi Yusuf, yang terdapat dalam ayat keempat yang bermaksud, “ Kami sampaikan kepadamu sebuah kisah yang paling indah…” Allah sendiri memperakukan kisah nabi Yusuf adalah sebuah kisah yang paling indah ataupun sebaik-baik kisah menurut penterjemahan lain.

(39)

timbul isu memilih cerita mana yang wajar dijadikan asas model dalam penghasilan karya novel yang dapat dijadikan contoh atau panduan kepada para penulis novel hasanah.

Antara semua nabi yang disebut dalam Al-Quran, nabi Yusuf adalah nabi yang paling banyak diberikan ayat iaitu sebanyak 111 ayat. Semua ayat berkenaan kisah nabi Yusuf terkumpul dalam satu surah sahaja, iaitu surah Yusuf. Hal ini menjadikan ia sebagai sesuatu yang unik kerana ayat-ayat berkenaan kisah nabi lain, sebagaimana kisah nabi Musa tidak terkumpul dalam satu surah yang khusus. Dan dalam surah Yusuf tidak terdapat kisah nabi-nabi lain kecuali kisah ayah beliau iaitu nabi Yaaqub dan kisah saudaranya nabi Bunyamin. Menurut Puan Ainon iaitu pengasas teknik penulisan surah Yusuf, beliau mendapati terdapat rumus-rumus formal yang dapat diaplikasi dalam proses penghasilan novel yang indah setelah surah Yusuf dianalisis. Contohnya, mereka dapat menganalisis bagaimana urutan peristiwa disusun dalam surah Yusuf, yakni peristiwa mana yang diletakkan pada awal cerita, dan susunan serta urutan seterusnya sehingga akhir cerita dan didapati susunan itu adalah berdasarkan kronologi waktu sehingga tidak dapat unsur flashback. Begitu juga didapati plot kisah nabi Yusuf adalah dalam bentuk sirkular. Analisis formal struktur sedemikian tidak dapat dilakukan ke atas data teks cerita nabi-nabi lain kerana ayat-ayat cerita mereka tidak terkumpul dalam satu surah yang khusus.

Berdasarkan data dalam surah Yusuf dapat dirumuskan sebuah kisah yang indah menjalankan tiga fungsi sastera iaitu mengajak pembaca berfikir, menyampaikan peringatan Tuhan kepada pembaca dan menyampaikan pelajaran.

Mengajak pembaca berfikir

(40)

Menyampaikan peringatan Tuhan kepada pembaca

Ayat ke-104 yang bermaksud, “…sedangkan AL-Quran itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah peringatan kepada semua manusia”. Manakala ayat ke-109 bermaksud, “… sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi sesiapa yang bertakwa. Tidakkah kamu memikirkannya?”. Selain itu ayat ke-110 yang bermaksud, “…ingatlah, tiada kaum yang berdosa yang berdaya menolak balasan azab kami”

Menyampaikan pelajaran

Ayat ke-111 yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam kisah nabi-nabi itu terkandung pelajaran bagi orang-orang berfikir…”

Al-Quran penuh dengan pelbagai cerita, ibarat dan anologi. Salah satu fungsi cerita dalam Al-quran adalah teladan yang baik yang boleh dijadikan ikutan dan contoh. Misalnya, dengan membaca kisah nabi Yusuf, pembaca akan mencontohi tingkah laku beliau yang sabar dan tawakal serta tidak membalas dendam apabila dizalimi oleh perempuan yang pernah berbudi kepada dirinya. Membaca cerita bukan suatu psikologi yang innocent. Pada realitinya, cerita tidak dibaca semata-mata sebagai cerita, selepas dibaca ia akan dilupakan seperti air hujan yang jatuh ke daun keladi yang tidak membasahi daun. Cerita-cerita yang dibaca meresap ke dalam otak pembaca seperti air hujan yang jatuh ke pasir.

3.3 TEKNIK SURAH YUSUF ATAU PENDEKATAN AL-QURAN DALAM PENCEREKAAN

(41)

membuat analisis tentang surah Yusuf, dan mendapati terdapat beberapa keistimewaan yang terdapat dalam surah tersebut, beliau telah menerbitkan satu buku hasil daripada kajian beliau bersama Encik Faris Abdullah iaitu Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf dan menjadikannya sebagai satu teknik rasmi bagi penulis-penulis PTS.

Gaya persembahan penceritaan dalam surah Yusuf memenuhi ciri-ciri plot prosa semasa iaitu novel, novelet dan cerpen. Cerita tersebut mengandungi unsur flashback atau imbas kembali dan dialog di samping gambaran tentang watak dan perwatakan, menguatkan lagi aspek estetikanya sebagai model penceritaan yang unggul. Selain daripada itu, terdapat latar tempat dan masa yang mendasari penceritaan tersebut. Kisah Nabi Yusuf ini dimulakan dengan ayat yang berbentuk dialog iaitu pertanyaan Nabi Yusuf kepada bapanya Nabi Yaakub tentang mimpi beliau. Kemudian dialog diteruskan oleh bapa beliau yang menasihatinya supaya menyembunyikan mimpinya berkaitan dengan sebelas bintang, matahari dan bulan yag sujud kepada Nabi Yusuf daripada pengetahuan saudara-saudaranya. Hal ini disebabkan perasaan bimbang Nabi Yaakub tentang anaknya lantaran perasaan dengki saudara-saudaranya terhadap Nabi Yusuf. beberapa peristiwa atau babak yang menyusuli ayat tentang mimpi tersebut tersusun mengikut kronologi, menggambarkan satu plot cerita yang baik. Ia bermula dengan perancangan saudara-saudara Nabi Yusuf yang ingin membunuhnya, kemudian babak cerita berturutan sehingga kepada klimaks yang mana Nabi Yusuf dipenjarakan kerana tuduhan palsu iaitu percubaan untuk menceroboh maruah isteri pembesar. Plot cerita berakhir dengan kesudahan realisasi mimpinya iaitu sebelas bintang sebagai perlambangan terhadap jumlah saudara Nabi Yusuf, matahari dan bulan adalah perlambangan bagi bapa dan ibunya. Mereka datang ke Mesir untuk berjumpa dengan Nabi Yusuf yang pada ketika itu menjawat jawatan yang hampir setaraf dengan raja (Zulkarnain 2003: 7).

(42)

dibanding dengan cerita yang terdapat dalam surah-surah lain, plot atau gambaran daam surah tersebut mengandungi pengulangan dan idea yang bertaburan tentang sesuatu cerita. Kisah Nabi Yusuf dalam surah tersebut lengkap dan menyeluruh, sesuai dengan salah satu sebab penurunannya yang bertolak daripada permintaan sahabat untuk mendengar cerita yang indah daripada Al-Quran. Terdapat banyak latar tempat dalam kisah ini yang boleh menjelaskan kedudukannya sebagai model cerita islami yang ideal. Latar tempat menyeluruh dan mewarnai setiap perkembangan cerita. Contohnya latar tempat pertama di mana Nabi Yusuf dibesarkan. Latar tempat kedua, padang rumput, telaga iaitu tempat Nabi Yusuf dibuang dan dipungut sebelum dijual sebagai hamba. Latar ketiga padang pasir, ketika Nabi Yusuf bersama-sama dengan kafilah sebelum sampai di istana. Seterusnya pejara di istana berjumpa dengan dua orang banduan kemudian Nabi Yusuf dibebaskan selepas diperakui kesuciannya oleh isteri tuannya (Zulkarnain 2003: 8).

(43)

wafat ketika menjadi pembesar Mesir ketika berusia 140 tahun. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa latar masa berkisar lima puluh hingga seratus tahun lebih berdasarkan bermimpi dan sehingga sampai ajal (Zulkarnain 2003: 8).

Berdasarkan ciri prosa kreatif, sama ada berbentuk novel, novelet, atau cerpen, sesuatu cerita tersebut berkisar pada satu atau dua watak utama. Begitu halnya dengan cerita Nabi Yusuf dalam surah ini. Walau bagaimanapun, cerita tersebut agak berbeza kerana kebergantungannya terhadap watak utama Nabi Yusuf begitu ketara. Kehadiran watak-watak lain bersifat sampingan, hanya menjelaskan perkembangan setiap babak yang dialami oleh watak utama, Nabi Yusuf. kehadiran mereka menampakkan bahawa Allah ingin mengetengahkan secara tidak langsung sifat-sifat mulia pesuruh-Nya itu. Misalnya pertembungan Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya ketika beliau menjadi pembesar menjelaskan sifat baik dan pemurah beliau. Tuduhan isteri pembesar iaitu Zulaikha terhadap Nabi Yusuf dan tindakan raja memenjarakannya, serta kerelaannya membuktikan sifat sabar dan tabahnya ketika berdepan dengan ujian. Kesanggupan beliau untuk memegang jawatan penting iaitu bendahara Negara ketika musim kemarau tujuh tahun yang melanda Mesir, menunjukkan ketekunan kerja dan kecekapan beliau. Sikap suka memberi kemaafan kepada saudara-saudaranya yang telah mengkhianatinya suatu ketika dahulu atau pada isteri pembesar yang mengakui kesalahan lantaran memfitnah Nabi Yusuf, membuktikan sikap sabar dan rendah diri atau tidak bongkak. Kehadiran watak lain yang bersifat sementara, tidak dipanjangkan, menguatkan lagi keunikan perkisaran cerita pada watak yang satu. Kurniaan Allah kepada Nabi Yusuf dalam kebolehannya mentakwil mimpi serta bersifat tidak menunjuk-nunjuk, menjelaskan lagi perwatakan Nabi Yusuf seorang yang bertakwa (Zulkarnain 2003: 9).

(44)

lain, cerita ini berpusat pada seorang watak iaitu Nabi Yusuf. oleh itu, tanggapan mesej dari cerita ini kompleks berbanding dengan cerita-cerita lain dalam Al-Quran, umpamanya cerita Nabi Musa dan Khaidir. Ketiga-tiga peristiwa yang disebutkan dalam cerita Nabi Musa dan Khaidir adalah untuk mengajar Nabi Musa bahawa ada manusia yang lebih baik daripada baginda dari segi ilmu pengetahuan. Merujuk kepada cerita Nabi Yusuf, terdapat dua pihak yang patut dipersalahkan kerana menyebabkan beliau terpaksa berpisah dengan keluarga dan dipenjarakan. Pihak petama, ialah saudara-saudaranya dan pihak kedua ialah Zulaikha isteri pembesar tetapi mereka bukannya antagonis kerana kesalahan mereka tidak disertai dengan hukuman. Mereka tidak diambil tindakan oleh watak utama Nabi Yusuf dan tidak menerima hukum alam. Watak-watak tersebut bertindak ke arah kesempurnaan sifat keperibadian Nabi Yusuf. Oleh hal yang demikian, mesej tertumpu kepada perkembangan watak Nabi Yusuf dan mesej ini dapat dikategorikan kepada dua lapisan. Lapisan pertama, ditujukan kepada Nabi Muhamad dan para sahabat dan ia menjadi salah satu asbab nuzul. Dengan penurunan surah Yusuf ini juga, Allah Taala ingin memberitahu kejayaan dalam menyebarkan agama Islam akan tiba selepas melalui pelbagai ujian di Mekah. Lapisan kedua, untuk semua lapisan pembaca kerana perkembangan watak Nabi Yusuf agak menyeluruh dan menggambarkan semua lapisan masyarakat. Nabi Yusuf melalui pelbagai peringkat kehidupan bermula sebagai seorang biasa, kemudian menjadi suruhan dan anak angkat pembesar, seterusnya menjalani kehidupan sebagai banduan dan kemudian menjadi pembesar yang hampir menyamai taraf raja (Zulkarnain 2003: 12).

(45)

kedudukan kewangan, pangkat atau rupa paras kerana Nabi Yusuf mengatasi segenap aspek. Pemerintah atau raja perlu bijak merancang dan mentadbir Negara serta memerintah dengan adil (Zulkarnain 2003: 12).

Pengkaji berpendapat, sekiranya dilihat artikel yang ditulis oleh Dr. Zulkarnain Mohammed, surah Yusuf itu mempunyai unsur-unsur atau pun komponen sastera yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada penulis sehingga boleh menjadikan satu karya yang menarik dibaca oleh masyarakat umum. Menurut Puan Ainon, antara keistimewaan surah Yusuf ialah kisah Nabi Yusuf adalah kisah paling lengkap berkenaan sejarah hidup seorang Nabi dalam Al-Quran, yang mana bermula semenjak Nabi Yusuf kecil sehinggalah beliau meningkat dewasa. Semua ayat berkenaan kisah Nabi Yusuf terkumpul dalam satu surah khas, yakni surah Yusuf, berbeza dengan ayat-ayat berkenaan kisah nabi-nabi lain yang tidak terkumpul dalam surah yang dinamai nama masing-masing. Selain itu, cerita berkenaan Nabi Yusuf dimulai dengan ayat prolog yang bermaksud, “Kami sampaikan kepadamu, wahai Muhammad, sebuah kisah yang paling indah.” Ayat ini membayangkan sebuah kisah indah itu perlu ada jalan cerita, perwatakan, gaya bahasa dan gaya penceritaan. Ayat ini juga memberi bayangan apa yang ditunjukkan dalam surah Yusuf adalah dibenarkan dalam teori sastera Islami.

(46)

dalam karya penulis. Selain itu, mempromosi idea-idea yang selaras dengan ajaran Al-Quran dan hadith. Seterusnya, tidak memberi kemenangan kepada watak yang melakukan kesalahan seperti cerita seorang peniaga yang melakukan rasuah dapat hidup dalam keadaan makmur dan kaya raya. Akhir sekali, tidak memberikan status rendah kepada agama Islam.

Dalam teori sastera aliran konvensional, karya sastera berfungsi menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam dunia realiti. Berdasarkan prinsip ini, karya sastera boleh mendedahkan semua bentuk perkara yang baik dan yang tidak baik seadanya. Manakala dalam teori sastera Islami iaitu teori surah Yusuf, segala maklumat yang disampaikan dalam surah itu adalah kisah benar yakni realiti. Oleh itu, surah Yusuf hanya menceritakan tentang kisah benar sahaja, justeru peristiwa abang-abang yang sanggup membunuh adik sendiri disebabkan berebut kasih sayang semata-mata, dan peristiwa perempuan-perempuan Mesir yang terpesona apabila memandang Nabi Yusuf sehingga mereka tidak sedar telah melukai jari (http://sasteraislami.blogspot.com). Surah Yusuf hanya menceritakan apa yang benar, maka di manakah perbezaan antara teori realism konvensional dengan teori realism sastera Islami?

Dalam teori sastera konvensional, segala yang berlaku dalam reality dibenarkan dipaparkan dalam karya, dan pengarang diberi kebebasan mutlak memilih mana realiti yang ingin dipaparkan dan yang mana tidak. Pengarang juga diberikan kebebasan menulis realiti tersebut dengan apa juga teknik yang dipilihnya. Dalam teori konvensional pengarang diberikan kebebasan mutlak dalam 4 perkara (http://sasteraislami.blogspot.com) :

1 kebebasan memilih tema

(47)

melakukannya. Berdasarkan surah Yusuf terdapat juga tema perbuatan mungkar seperti anak derhaka, godaan perempuan, isteri curang, suami dayus dan pembunuhan.

2 kebebasan memilih peristiwa

Pengarang konvensional diberi kebebasan memilih apa sahaja peristiwa bagi dipaparkan dalam karyanya, tetapi bagi sastera Islami perkara tersebut terbatas. Contohnya dalam surah Yusuf, bagi tema pembunuhan, tidak ada papran teknikal bagaimana perbuatan abang-abang Nabi Yusuf cuba membunuh beliau. Hal ini menunjukkan pengarang Islami tidak dibenarkan untuk memberi penerangan terhadap peristiwa tersebut secara terperinci.

3 kebebasan memilih objek

pengarang konvensional diberi juga kebebasan dalam memilih sebarang objek yang mahu digambarkan secara terperinci, tetapi bagi pengarang Islami ia terbatas. Contoh, pengarang konvensional dibenarkan menggambarkan dengan terperinci bentuk tubuh badan semua watak-wataknya apa lagi bentuk tubuh badan perempuan yang cantik-cantik. Perkara ini sangat berbeza dengan pengarang Islammi. Dalam surah Yusuf tidak ada sama sekali maklumat tentang ciri-ciri fizikal ketampanan Nabi Yusuf dan kejelitaan Zulaikha. Hal ini menunjukkan pengarang Islami tidak dibenarkan menerangkan rupa bentuk tubuh badan dan pakaian yang dipakai oleh watak-watak yang terlibat dalam karya mereka.

4 kebebasan memilih kosa kata

(48)

yang dianggap bahasa kotor, bahasa lucah, bahasa kasar dan nista. Pengarang Islami tidak dibenarkan menggunakan kosa kata sedemikian dalam menghasilkan karya.

3.4 ANALISIS BUKU PANDUAN MENULIS TEKNIK SURAH YUSUF

Buku Panduan Menulis Teknik Surah Yusuf telah ditulis oleh Puan Ainon Mohd iaitu hasil kajian beliau. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2011 oleh PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Buku ini mengandungi beberapa subtopik tentang komponen-komponen atau unsur-unsur sastera yang terdapat dalam surah Yusuf serta boleh digunakan sebagai asas penulisan bagi individu yang ingin menjinakkan diri dalam penulisan. Buku ini menawarkan pendekatan yang mudah bagi menghasilkan novel yang bermutu dan menjadi kegemaran pembaca serta dapat dipasarkan dengan baik di pasaran semasa. Teori dan teknik penulisan novel yang dikemukakan dalam buku ini disebut sebagai teknik surah Yusuf kerana ia digali daripada ayat-ayat yang terdapat dalam surah Yusuf. Penulis memerlukan teknik yang mudah digunakan supaya dapat menghasilkan karya yang banyak serta boleh memenuhi kehendak pembaca dan pada masa yang sama karya tersebut mempunyai kualiti yang baik serta boleh tahan lama di pasaran.

Referensi

Dokumen terkait

Potensi produksi yang rendah dari keseluruhan spesies pada cahaya yang rendah jadi pembatas utama terhadap produksi hijauan di perkebunan, dimana penutupan kanopi yang terbuka

 Menjelaskan amalan yang di sunnah waktu berpuasa  Menjelaskan hal-hal yang makruh pada waktu berpuasa  Menjelaskan hal-hal yang mrmbatalkan puasa..  Melafalkan do`a

(6) Mahkamah Agung dalam melaksanakan kewenangannya sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dapat mendelegasikan kepada Pengadilan Tinggi untuk memutus sengketa hasil

Untuk warna yang berkesan natural bisa Anda pilih warna – warna bumi semisal coklat tanah, hijau daun, abu – abu pasir atau batu, juga merah bata. Anda bisa mengkombinasikan warna

Dalam hal saya ditetapkan sebagai tersangka, terdakwa, dan terpidana, maka sesuai dengan kode etik Partai Demokrat yang telah disahkan pada tanggal 24 Juli 2011 maka saya

Sesuai dengan Peraturan Presiden (Perpres) nomor 54 tahun 2010 tentang pengadaan barang/jasa pemerintah pada Pasal 83 ayat 1 ULP/Panitia Pengadaan Barang/Jasa dalam

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa hipotesis keenam yang menyatakan bahwa PPAP secara parsial memiliki pengaruh negatif yang signifikan terhadap efisiensi pada

Pengelantangan dikerjakan terhadap bahan tekstil bertujuan menghilangkan warna alami yang disebabkan oleh adanya pigmen-pigmen alam atau zat-zat lain, sehingga diperoleh bahan