• Tidak ada hasil yang ditemukan

GAGASAN SURAH YUSUF

Gagasan surah Yusuf diambil daripada surah Yusuf yang terdapat dalam al-Quran. Oleh itu, pengkaji akan menceritakan serba sedikit tentang ringkasan kisah Nabi Yusuf yang termaktub dalam al-Quran. Dalam al-Quran, kisah Nabi Yusuf bermula apabila pada suatu hari Nabi Yusuf bermimpi. Dalam mimpinya itu, beliau melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sujud dan memberi hormat kepadanya. Pada ketika itu, beliau yang tidak tahu makna mimpinya itu, lalu bertanya kepada ayahnya Nabi Yaakub makna mimpi tersebut. Nabi Yaakub tidak menerangkan makna mimpi tersebut tetapi beliau memberitahu Nabi Yusuf supaya tidak menceritakan hal tersebut kepada abang-abangnya. Hal ini kerana, Nabi Yaakub khuatir abang-abang Nabi Yusuf melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Nabi Yusuf. Nabi Yaakub memberitahu kepada anaknya Nabi Yusuf bahawa Tuhan telah memilih anaknya itu dan akan mengajarkan kepada Nabi Yusuf ilmu mentakwil mimpi.

Pada suatu hari, abang-abang Nabi Yusuf berbincang sesama sendiri dan salah seorang daripada mereka mengemukakan tentang perihal ayah mereka bersikap tidak adil dan melebihkan kasih saying ke atas Nabi Yusuf padahal mereka juga anak Nabi Yaakub. Mereka terfikir untuk membunuh Nabi Yusuf atau membuangya ke satu tempat yang jauh supaya kasih saying Nabi Yaakub hanya tertumpu kepada mereka sahaja. Abang-abang Nabi Yusuf pergi berjumpa Nabi Yaakub untuk meminta kebenaran supaya membenarkan mereka membawa Nabi Yusuf keluar bermain dengan abang-abangnya. Dengan rasa berat hati, Nabi Yaakub memberi kebenaran kepada abang-abang Nabi Yusuf membawanya keluar. Nabi Yaakub berasa khuatir Nabi Yusuf akan dimakan serigala akibat kelalaian abang-abangnya. Apabila sampai di tempat yang dirancang, mereka mencmpakkan Nabi Yusuf ke dalam perigi dan kembali ke rumah dengan mengkhabarkan kepada Nabi Yaakub bahawa Nabi Yusuf telah dimakan oleh serigala. Ketika berada dalam perigi, Nabi Yusuf telah ditemui oleh sekumpulan saudagar dan mereka membawa Nabi Yusuf ke Mesir untuk dijual sebagai hamba dan akhirnya telah dibeli oleh pembesar Mesir yang digelar al-Aziz ketika itu. Apabila Nabi Yusuf meningkat dewasa, isteri al-Aziz iaitu Zulaikha jatuh hati kepada Nabi Yusuf kerana ketampanan beliau tetapi cinta Zulaikha ditolak oleh Nabi Yusuf yang sentiasa takut dengan Tuhan.

Akan tetapi, Nabi Yusuf difitnah cuba menggoda Zulaikha sehinnga dipenjarakan. Ketika dalam penjara, Nabi Yusuf mengambil peluang untuk berdakwah kepada dua orang banduan yang menganut agama nenek moyang mereka. Pada satu ketika Nabi Yusuf telah mentakwil mimpi yang dialami oleh dua orang banduan tersebut. Banduan pertama bermimpi memerah anggur dan Nabi Yusuf menerangkan kepadanya, bahawa dia akan memberikan tuannya minum arak. Bagi banduan kedua yang bermimpi melihat dirinya menjunjung roti kemudian datang burung memakan roti tersebut, Nabi Yusuf menerangkan kepadanya dia akan dijatuhi hukuman mati dengan cara disalib. Nabi Yusuf meminta kepada banduan pertama, apabila dia dibebaskan, ceritakanlah keadaan sebenarnya kepada Raja Mesir. Pada suatu hari, Raja Mesir memberitahu yang beliau bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai bijian hijau dan tujuh lagi kering. Pada saat itu, banduan pertama teringat pesan Nabi Yusuf dan meminta raja supaya membenarkannya berjumpa Nabi Yusuf yang berada dalam pejara untuk mentafsir mimpi tersebut.

Nabi Yusuf menyuruh banduan tersebut mengkhabarkan kepada raja supaya bercucuk tanam selama tujuh tahun berturut-turut dan apa yang dituai dibiarkan melekat pada tangkai dan sedikit sahaja untuk dimakan kerana akan datang musim kemarau selama tujuh tahun sehingga semua makanan yang dismpan akan habis dan akan tinggal hanya sedikit sahaja. Apabila mendengar takwilan tersebut, raja pun menyuruh orang pergi penjara dan membebaskan Nabi Yusu dan membawanya datang ke hadapan baginda. Setelah mendengar segala keterangan dan perkara yang berlaku terhadap Nabi Yusuf, beliau dibebaskan dan telah melantik Nabi Yusuf menjadi penasihat raja. Sehinggalah pada suatu ketika, abang-abang Nabi Yusuf datang ke Mesir untuk tukar barangan dengan makanan dan mereka telah bertemu dengan Nabi Yusuf yang menjaga gudang simpanan makanan pada ketika itu. Mereka tidak mengenali Nabi Yusuf tetapi Nabi Yusuf mengenali mereka. Nabi Yusuf berpesan kepada mereka supaya apabila mereka datang lagi mereka perlu membawa Nabi Bunyamin, jika tidak barang makanan tidak akan dijual pada mereka. Akhirnya, abang-abang Nabi Yusuf mengaku kesalahan mereka dan meminta supaya ayah mereka meminta ampun bagi pihak mereka, lalu Nabi Yaakub memohon Allah mengampuni anak-anaknya yang sudah insaf.

Teori dan teknik surah Yusuf adalah suatu usaha bagi mengemukakan suatu model ideal karya yang indah. Menurut Puan Ainon dalam laman blog beliau (http://sasteraislami.blogspot.com/), surah Yusuf menjadi keperluan bagi model sastera Islam. Banyak perbincangan yang telah beliau tulis berkenaan konsep sastera Islam. Selain definisi, perkembangan teori sastera Islam memerlukan supaya ahli-ahli teorinya mengemukakan model-model ideal bagi setiap genre yang dapat dianggap sebagai model Islam yang ideal. Model Islam yang ideal itu diperlukan oleh :

1 para penulis yang mahu menghasilkan karya Islami

2 para penerbit sastera Islam bagi memastikan mereka tidak tersalah memilih manuskrip

3 para anggota panel hakim dalam pelbagai pertandingan, hadiah dan anugerah supaya mereka mempunyai garis panduan penilaian yang konseptual dan juga teknikal tentang unsur-unsur yang perlu dinilai dengan menggunakan kayu ukur yang betul

Selain itu, para penerbit dan penulis sastera Islam memerlukan model-model genre kreatif Islami disebabkan faktor-faktor berikut :

1 bagi memastikan tidak menyebarkan unsur-unsur yang tidak selaras dengan Islam yang mungkin terdapat dalam buku-buku yang diterbitkan

2 syarikat penerbitan perlu mempunyai dasar editorial dan manual menapis manuskrip yang diterima dari penulis-penulis

3 para editor mempunyai manual editing yang menyenaraikan secara teknikal unsur-unsur yang memerlukan pembetulan sebelum sesuatu manuskrip itu layak diterbitkan

4 penulis-penulis perlu mengetahui secara teknikal unsur-unsur yang boleh menyebabkan manuskrip mereka ditolak oleh penerbit

5 dengan mempunyai model-modelnya sendiri, penulis dan penerbit dapat menerbitkan karya-karya kreatif yang mempunyai USP (unique selling point) sendiri, yang membezakan buku-bukunya daripada buku-buku lain dalam pasaran

2.6 KESIMPULAN

Konklusinya, novel fiksyen itu membawa maksud cerita rekaan panjang yang ditulis oleh pengarang berdasarkan imaginasi mereka masing-masing. Tetapi penambahan novel fiksyen sejarah Islam membawa sedikit kelainan pada makna tersebut. Sememangnya ia cerita rekaan semata-mata, tetapi dengan penambahan sejarah, pengarang tidak boleh sewenang-wenangnya mereka-reka cerita berlebih-lebihan kerana melibatkan fakta sejarah. Penggunaan daya imaginasi juga dihadkan apabila ia melibatkan fakta sejarah dalam penulisan novel. Walau bagaimanapun, novel fiksyen sejarah Islam bukanlah kejadian sebenar yang berlaku dalam sejarah kerana penceritaan dalam novel tersebut telah ditokok tambah dengan teknik-teknik penulisan seperti wujudnya dialog, teknik plot, latar serta ditambah dengan watak perwatakan yang tidak ada kena mengena dengan fakta sejarah sebenar. Penambahan dalam penulisan novel fiksyen sejarah Islam adalah bertujuan untuk menghidupkan cerita tersebut supaya kelihatan real dan pembaca seolah-olah akan berasa mereka berada dalam zaman tersebut. Novel fiksyen sejarah Islam yang begitu popular mutakhir ini bukanlah fakta sejarah yang sebenar, ia hanya sebagai gambaran awal sahaja bagi memudahkan dan memberi kefahaman terhadap pembaca.

Namun sebelum munculnya novel fiksyen sejarah Islam, terdapat juga penulisan novel sejarah pada tahun 1920-an dengan kewujudan penulis-penulis seperti Syeikh al-Hadi dengan karya beliau Faridah Hanum, A.Samad Said novel Salina dan penulis lain. Di samping itu, perkembangan penulisan novel fiksyen sejarah Islam berlaku dengan begitu meluas di Malaysia sehingga pengeluaran novel bergenre sejarah Islam ini dapat menandingi pengeluaran novel genre lain seperti romantik, thriller dan sebagainya. Fenomena ini telah membuktikan bahawa, novel bergenre sejarah juga menjadi pilihan penggemar novel di Malaysia untuk dijadikan sebagai bahan bacaan mereka. Bukan sahaja novel yang mendapat perhatian daripada pembaca, tetapi para novelis yang menghasilkan novel fiksyen sejarah Islam juga menarik perhatian pembaca. Sekiranya novel yang bergenre romantik adanya novelis seperti Anis Ayuni, Damya Hanna, Eka Fatiha, Zura Asyfar dan bagi genre thriller Ramlee Awang Murshid, dan genre novel fiksyen sejarah Islam adanya novelis seperti Abdul Latip Talib iaitu penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia, Zahiruddin

Zabidi, Al-Ghazali, Hayati Ridhwan dan ramai lagi. Pengkaji mempercayai bahawa para novelis ini menggunakan dan memilih teknik penulisan yang betul sehingga berjaya menghasilkan sebuah novel yang menarik serta menjadi novel bestseller di Malaysia.

Pengkaji mendapati bahawa para novelis fiksyen sejarah Islam menggunakan teknik penulisan tulang ikan dan teknik penulisan surah Yusuf. Oleh itu, topik gagasan surah Yusuf diwujudkan dan dibincang secara umum dalam bab ini. Sekiranya melihat keseluruhan cerita Nabi Yusuf berdasarkan tafsiran daripada surah Yusuf, teknik penceritaan yang terdapat dalam kisah tersebut sangat cantik dan tersusun. Cerita Nabi Yusuf bermula ketika beliau masih kanak-kanak yang bermimpi 11 bintang, matahari dan bulan tunduk hormat kepada beliau. Kemudian cerita diteruskan apabila Nabi Yusuf meningkat dewasa menjadi pemuda yang tampan dan digoda oleh Zulaikha serta dipenjara kerana telah difitnah. Akhirnya Nabi Yusuf menjadi penasihat raja dan bertemu kembali dengan ayahnya Nabi Yaakub. Berdasarkan jalan cerita yang tersusun ini, diwujudkan satu teori dan teknik berpandukan cerita Nabi Yusuf sebagai model kreatif Islami dalam penulisan novel. Gagasan surah Yusuf ini akan dibincang dengan lebih lanjut oleh pengkaji dalam bab tiga.

BAB III

Dokumen terkait