• Tidak ada hasil yang ditemukan

GAGASAN TEKNIK SURAH YUSUF

3.2 GENESIS IDEA

Pencetus idea bagi teknik penulisan surah Yusuf adalah Puan Ainon Mohd iaitu pengarah PTS (Professional Training Centre). Puan Ainon merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistic dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Puan Ainon memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Selain daripada itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya. Pada tahun 1988, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu PTS Consultans Sdn Bhd (‘holding company’ kepada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd) dan memulakan perkhidmatan konsultasi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell. ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira – Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi. Selain itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa Melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa Melayu di serata dunia. Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal adalah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa Melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru sekolah. Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa Melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa Melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan Melayu. Kini, selain daripada menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultasi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu. Selain menjadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang terjemahan, komunikasi, motivasi, kerja-kerja sosial dan kaunseling yang mana rumah beliau sendiri dijadikan pusat latihan dan program latihan fasilitator untuk program-program motivasi dan kerja-kerja sosial, beliau juga sering dipanggil untuk memberi ceramah dan bimbingan motivasi di pelbagai jabatan kerjaan dan swasta. Beliau juga terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan terutamanya dalam menjaga kebajikan kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang. Rumah beliau kini dijadikan pusat pengumpulan pelbagai sumbangan untuk kaum orang asli di Janda Baik (http://zamrimohamad.com/blog/universiti-terbuka-pts- berwajah-baru/).

Mengapa surah Yusuf menjadi pilihan Puan Ainon? Puan Ainon menyatakan dalam blog beliau (http://sasteraislami.blogspot.com/) :

“fokus kajian saya adalah surah Yusuf. Bekerja dengan mempunyai fokus yang spesifik adalah amat penting kepada produktiviti. Masih banyak lagi unsur-unsur sastera pada surah Yusuf yang belum dapat saya kaji disebabkan keterbatasan pengetahuan saya dalam ilmu-ilmu Al-Quran. Jadi saya tidak berupaya mengkai seluruh Al-Quran Say berpegang kepada prinsip seperti yang dikatakan oleh Imam Syafie : “Kalau tidak dapat buat semua, jangan dibuat semua.”

Surah Yusuf mempunyai plot mahupun rentetan cerita yang menarik mengenai kisah nabi Yusuf bermula dari beliau masih kecil sehinggalah dewasa. Apabila cerita tersebut berula dari kisah beliau masih kecil, akan membuatkan pembaca ternanti-nanti kisah selanjutnya apabila beliau telah meningkat dewasa dan tidak sabar mengetahui apakah penghujung cerita nabi Yusuf. Dengan ini pembaca tidak akan mudah bosan dengan cerita yang disampaikan. Di dalam Al-Quran, terdapat dua kisah yang panjang dari sudut permulaan sehingga tamat penceritaan. Dua cerita itu adalah kisah nabi Musa dan nabi Yusuf. Antara dua kisah tersebut, yang menjadi pilihan adalah surah Yusuf. Berdasarkan beberapa faktor yang menjadikan kisah beliau unik dibandingkan dengan kisah nabi-nabi lain yang terdapat dalam Al- Quran. Dari sudut deskripsi, berkenaan dengan kisah nabi Yusuf, yang terdapat dalam ayat keempat yang bermaksud, “ Kami sampaikan kepadamu sebuah kisah yang paling indah…” Allah sendiri memperakukan kisah nabi Yusuf adalah sebuah kisah yang paling indah ataupun sebaik-baik kisah menurut penterjemahan lain.

Pengaplikasian teori dan teknik surah Yusuf dalam penghasilan novel fiksyen sejarah Islam adalah amat penting bagi mengeluarkan karya yang indah dan bertahan lama di pasaran. Seperti yang sedia maklum, novel adalah cerita yang ditulis dengan panjang lebar. Di dalam Al-Quran terkandung banyak cerita, daripada cerita yang ringkas, pendek, sehingga kepada cerita yang panjang serta mengambil ruang puluhan tahun tempoh kisahnya. Dalam sejarah hidup nabi Muhammad saw beliau banyak menyampaikan cerita. Menyampaikan mesej-mesej Islam dengan menggunakan cerita Al-Quran dan dalam hadis. Aktiviti menulis novel (novel cerita yang panjang) adalah perkara yang ada sunnahnya dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran terdapat banyak cerita, panjang dan kompleks. Bagi tujuan mencipta sastera yang digali daripada Al-Quran,

timbul isu memilih cerita mana yang wajar dijadikan asas model dalam penghasilan karya novel yang dapat dijadikan contoh atau panduan kepada para penulis novel hasanah.

Antara semua nabi yang disebut dalam Al-Quran, nabi Yusuf adalah nabi yang paling banyak diberikan ayat iaitu sebanyak 111 ayat. Semua ayat berkenaan kisah nabi Yusuf terkumpul dalam satu surah sahaja, iaitu surah Yusuf. Hal ini menjadikan ia sebagai sesuatu yang unik kerana ayat-ayat berkenaan kisah nabi lain, sebagaimana kisah nabi Musa tidak terkumpul dalam satu surah yang khusus. Dan dalam surah Yusuf tidak terdapat kisah nabi-nabi lain kecuali kisah ayah beliau iaitu nabi Yaaqub dan kisah saudaranya nabi Bunyamin. Menurut Puan Ainon iaitu pengasas teknik penulisan surah Yusuf, beliau mendapati terdapat rumus-rumus formal yang dapat diaplikasi dalam proses penghasilan novel yang indah setelah surah Yusuf dianalisis. Contohnya, mereka dapat menganalisis bagaimana urutan peristiwa disusun dalam surah Yusuf, yakni peristiwa mana yang diletakkan pada awal cerita, dan susunan serta urutan seterusnya sehingga akhir cerita dan didapati susunan itu adalah berdasarkan kronologi waktu sehingga tidak dapat unsur flashback. Begitu juga didapati plot kisah nabi Yusuf adalah dalam bentuk sirkular. Analisis formal struktur sedemikian tidak dapat dilakukan ke atas data teks cerita nabi-nabi lain kerana ayat- ayat cerita mereka tidak terkumpul dalam satu surah yang khusus.

Berdasarkan data dalam surah Yusuf dapat dirumuskan sebuah kisah yang indah menjalankan tiga fungsi sastera iaitu mengajak pembaca berfikir, menyampaikan peringatan Tuhan kepada pembaca dan menyampaikan pelajaran.

Mengajak pembaca berfikir

Ayat ke-3 dalam surah Yusuf yang bermaksud “Sesungguhnya Kami turunkan Al- quran ini dalam bahasa Arab, mudah-mudahan kamu memikirkannya”. Manakala ayat ke-4 yang bermaksud, “Kami sampaikan kepadamu sebuah kisah yang paling indah, melalui Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedangkan sebelumnya kamu adalah antara orang-orang yang tidak mengetahuinya”.

Menyampaikan peringatan Tuhan kepada pembaca

Ayat ke-104 yang bermaksud, “…sedangkan AL-Quran itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah peringatan kepada semua manusia”. Manakala ayat ke-109 bermaksud, “… sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi sesiapa yang bertakwa. Tidakkah kamu memikirkannya?”. Selain itu ayat ke-110 yang bermaksud, “…ingatlah, tiada kaum yang berdosa yang berdaya menolak balasan azab kami”

Menyampaikan pelajaran

Ayat ke-111 yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam kisah nabi-nabi itu terkandung pelajaran bagi orang-orang berfikir…”

Al-Quran penuh dengan pelbagai cerita, ibarat dan anologi. Salah satu fungsi cerita dalam Al-quran adalah teladan yang baik yang boleh dijadikan ikutan dan contoh. Misalnya, dengan membaca kisah nabi Yusuf, pembaca akan mencontohi tingkah laku beliau yang sabar dan tawakal serta tidak membalas dendam apabila dizalimi oleh perempuan yang pernah berbudi kepada dirinya. Membaca cerita bukan suatu psikologi yang innocent. Pada realitinya, cerita tidak dibaca semata-mata sebagai cerita, selepas dibaca ia akan dilupakan seperti air hujan yang jatuh ke daun keladi yang tidak membasahi daun. Cerita-cerita yang dibaca meresap ke dalam otak pembaca seperti air hujan yang jatuh ke pasir.

3.3 TEKNIK SURAH YUSUF ATAU PENDEKATAN AL-QURAN DALAM

Dokumen terkait