• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKNIK PENULISAN SURAH YUSUF

APLIKASI TEKNIK SURAH YUSUF

4.3 TEKNIK PENULISAN SURAH YUSUF

Salah satu teknik yang dimuatkan dalam buku Panduan Menulis Novel: Teknik Surah Yusuf adalah penggunaan dialog. Apa keistimewaannya penggunaan dialog dalam sebuah karya penulisan berbanding dengan ayat naratif? Mengapa ayat dialog lebih digunakan dalam penulisan sebuah novel? Sekiranya dilihat dalam surah Yusuf sendiri, lebih kurang 80 peratus kisah trsebut disampaikan melalui ayat dialog. Ayat dialog lebih mudah, ringkas dan senang difahami oleh pembaca. Pembaca tidak akan berasa mengantuk apabila membaca ayat dialog berbanding membaca ayat naratif. Lebih-lebih lagi apabila penulis menggunakan ayat dialog yang pendek. Ayat dialog yang pendek akan lebih laju dibaca oleh pembaca dan lebih memudahkan pemahaman si pembaca.

Ada dua jenis dialog falsafah dalam surah Yusuf:

1. Dialog yang dengan jelas mengandungi mesej falsafah Islam (Ainon 2011:159).

“ Dosa yang kamu lakukan itu daripada jenis yang pertama, dosa yang melibatkan hati. Pertama, kamu menyekutukan sesuatu dengan Allah kerana kamu percaya dengan helah dan sihir bomoh itu, dan kedua, kamu berasa aman dan tidak takut dengan seksa Allah dengan kesalahan yang kamu lakukan selama ini.” Tok Leh berkata dengan nada yang tegas tetapi perlahan. Sesekali Tok Leh memerhati wajah suami isteri itu (Hayati Ridhwani 2011:6).

Manakala, contoh dalam novel Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi:

Yusra kemudian berkata, “ Memang Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mereka yang dekat dengan Allah walaupun pada mata kasar kita melihat mereka susah, namun sebenarnya mereka hanya perlu bersabar sedikit bagi mendapatkan kekayaan, kesenangan dan kenikmatan yang hakiki di akhirat” (Zahiruddin 2010:45).

Contoh lain dalam novel Abu Ubaidah Penakluk Parsi:

“ Jangan bersedih sahabatku. Ini semua ujian Allah kepada umat-Nya. Dia mahu menguji sekuat mana iman kita menghadapi dugaan ini serta seteguh mana iman kita kepada-Nya. Hanya kepada Allah kita berdoa, semoga hati mereka terbuka memeluk Islam,” pujuk Abu Bakar (Abdul Latip 2009:49).

2. Dialog yang tidak secara jelas menyatakan ajaran Islam (Ainon 2011:159).

Sebagai contohnya ayat ke-35: peristiwa isteri al-Aziz mengancam nabi Yusuf, sekiranya dia tetap enggan membalas cintanya, maka dia akan pastikan supaya nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. Dijawab oleh nabi Yusuf, lebih kurang begini maksudnya, “ …saya lebih cintakan penjara daripada cinta yang puan tawarkan kepada saya..”.

Dalam novel sejarah Islam Talhah bin Ubaidillah Syahid yang Hidup pula, penulis menggunakan ayat dialog seperti beikut:

Talhah memegang bahu Abdullah lantas berkata, “ Harta itu bukanlah milik saya secara mutlak.” “Jadi harta itu milik siapa?” Jawab Talhah dengan diiringi senyuman di bibirnya, “ Harta itu adalah harta Allah. Allah meminjamkan harta itu kepada saya sementara waktu sahaja. Sekarang tuan adalah pemilik harta itu (al-Ghazali 2012: 121).

Selain itu, dalam novel Abu Ubaidah Penakluk Parsi, contohnya:

“ Sekiranya dibunuh, saya rela mati dalam agama Islam. Saya juga berseru kepada kamu, marilah beriman kepada Allah kerana Dia Tuhan paling Agung. “ Saya tidak mahu menjadi pengikut Muhammad. Kamu dan Abu Bakar bukan lagi sahabat saya tetapi musuh ketat! Saya akan bunuh kalian,” jerkah Abu Jahal marah (Abdul Latip 2009: 48).

Di samping itu, contoh yang boleh dilihat dalam novel Rabiatul Adawiyah Perindu Abadi:

Ada pula yang menyoroti hujah daripada hadis dan sirah, “ Bukankah pernah berlaku apabila golongan Habsyi sedang bermain pedang dengan bunyi- bunyian daripada gendang dan sebagainya yang menjadi adat budaya mereka dalam masjid Nabawi, Saiditina Aisyah merekodkan beliau menyaksikan tarian itu di sebalik badan Rasulullah sehingga Rasulullah bertanyakan beliau sudah puas menonton atau belum, barulah mereka berhenti menonton” (Zahiruddin 2010:104).

Selain daripada teknik dialog, terdapat teknik lain lagi dalam buku Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf seperti pemilihan untuk latar tempat dan latar masa. Dalam rumus teori surah Yusuf, antaranya ialah tempoh jalan penceritaan yang panjang. Apabila jalan penceritaan sesebuah cereka itu mengambil tempoh masa yang panjang, maka akan menyebabkan pertambahan kepada latar dan latar masa. Sesetengah latar tempat dan latar masa mencipta kesan yang menarik terhadap sesebuah kisah. Dalam teknik penulisan surah Yusuf, dinyatakan lokasi-lokasi yang terdapat dalam surah Yusuf supaya dapat memberi panduan kepada peulis bagaimana

memilih unsur lokasi yang baik bagi sesebuah cereka. Dalam surah Yusuf, terdapat banyak latar tempat yang terlibat seperti kampong halaman Nabi Yusuf di Palestin, di tengah gurun, di pasar hamba, dalam rumah orang kaya sehingga ke dalam gudang makanan Negara dan dalam istana raja negeri Mesir (Ainon 2011: 49). Oleh itu, semakin banyak latar tempat yang digunakan oleh penulis, cereka yang dihasilkan semakin menarik minat pembaca. Contohnya dalam novel Tok Kenali hasil karya Hayati Ridhwan, beliau juga menggunakan latar tempat yang banyak dan tempoh penceritaan yang panjang. Antara tempat yang terlibat ialah Kampung Paya iaitu tempat Awang Kenali dibesarkan, di surau iaitu tempat Tok Leh dan para penduduk berjemaah untuk solat, kedai kopi yang dimiliki oleh Pak Amat yang sentiasa dipenuhi oleh pelanggan, Masjid Muhammadi di Kota Bharu tempat Awang Kenali dan sahabatnya Deraman menimba ilmu pengetahuan dan akhirnya Awang Kenali juga mengajar jemaah yang datang ke masjid tersebut , di pejabat daerah iaitu tempat Awang kenali bekerja sebagai kerani setelah diupah oleh Tok Kweng Ahmad merangkap penghulu kampung, kota suci Mekah tempat Awang Kenali menambah lagi ilmu pengetahuannya dan berjumpa dengan Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain Mustafa al-Fathani (Hayati 2011: 1-85).

Contoh lain, dalam novel Perang Uhud karya Abdul Latip Talib juga menggunakan latar tempat yang banyak sebagai unsur keindahan dalam karya beliau. Antaranya, daerah Najd iaitu perkampungan Bani Sulaim, Mekah tempat ketua pihak Quraisy yang baru dilantik iaitu Abu Sufian bin Harb, tempat berlakunya perang Sawiq atau perang tepung, Qarqaratul Kudr tempat dua orang perisik yang dihantar oleh Nabi Muhammad saw, pasar Qainuqa’ tempat berlakunya kekecohan apabila tiga orang lelaki Yahudi datang menganggu seorang wanita Islam daripada kabilah Aus, Azri’at yang terletak di daerah Syam tempat Bani Qainuqa’ diusir kerana tindakan mereka yang tidak menghormati orang Islam, Bahran yang terletak di kawasan Hijaz di mana tempat Nabi Muhammad saw melakukan operasi menyekat laluan kafilah Quraisy kerana Nabi Muhammad saw mendapat laporan kafilah Quraisy telah membuat laluan baru ke Syam melalui Bahran dan mereka sering mengganggu penduduk di situ dan menghasut Bani Salim supaya membenci Nabi Muhammad saw, Mekah tempat pihak Quraisy mempersiapkan diri untuk berperang dengan Nabi Muhammad saw yang berada di Madinah, Gunung Uhud tempat berlakunya

peperangan Uhud antara Nabi Muhammad saw dengan pihak Quraisy dan mereka berjaya dikalahkan oleh pihak Quraisy kerana segelintir daripada tentera Islam tidak mematuhi arahan Nabi Muhammad saw dan di sini jugalah tempat bapa saudara Nabi Muhammad saw iaitu Hamzah Bin Abdul Mutallib gugur syahid (Abdul Latip 2010: 1-148).

4.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kelima-lima novel fiksyen sejarah Islam yang dipilih oleh pengkaji menggunakan teknik penulisan surah Yusuf. Seperti yang pengkaji ketahui, teknik surah Yusuf lebih banyak menggunakan teknik dialog dalam penghasilan novel dan hal ini terbukti apabila pengkaji melihat kelima-lima novel fiksyen sejarah Islam majority dan hampir Sembilan puluh Sembilan peratus menggunakan dialog dan sedikit sahaja ayat naratif digunakan sebagai penerangan kepada sesuatu peristiwa. Sememangnya terbukti sekiranya menggunakan ayat dialog lebih banyak daripada ayat naratif, novel tersebut lebih cepat dibaca dan difahami oleh pembaca kerana pembaca seolah-olah akan dapat membayangkan diri mereka berada dalam dunia tersebut. Jadi apabila pembaca membaca ayat dialog, mereka akan lebih menghayati peranan watak yang ingin disampaikan oleh penulis. Dengan itu, tujuan sastera hasanah untuk memberi contoh dan teladan melalui karya kepada masyarakat akan tercapai.

Selain itu, teknik penulisan yang berinspirasikan surah Yusuf ini juga boleh membantu penulis yang baru mengorak langkah dalam alam penulisan. Setelah pengkaji melihat buku panduan menulis yang ditulis oleh Puan Ainon itu sendiri, ternyata segala rumus teori dan teknik yang dimuatkan dalam buku tersebut mudah, ringkas dan senang difahami oleh penulis baru sebagai panduan asas untuk menghasilkan karya. Dalam buku tersebut menyediakan beberapa rumus teori yang perlu ada dalam sesebuah karya. Rumus tersebut diambil berdasarkan ciri-ciri keindahan dalam surah Yusuf dan rumus teori inilah yang akan digunakan oleh penulis sebagai garis panduan untuk menulis dan menghasilkan karya yang boleh menarik minat pembaca. Novel yang dihasilkan bukan sahaja dapat menarik minat pembaca, malahan ia akan menjadi sebagai guideline kepada diri pembaca tersebut membentuk diri supaya berperibadi mulia berdasarkan perwatakan yang disampaikan oleh penulis.

Contohnya, apabila pembaca membaca novel Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi, pembaca boleh mengambil contoh sikap Rabiatul Adawiyah yang sentiasa zuhud, merendah diri dan hanya mengabdikan dirinya kepada Allah swt sahaja. Novel juga boleh menjadi salah satu daripada medan untuk berdakwah dan mendidik manusia supaya menjadi insan yang berguna.

BAB V

KESIMPULAN

Dokumen terkait