• Tidak ada hasil yang ditemukan

ranjau sepanjang jalan.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ranjau sepanjang jalan.pdf"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PPG-PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

KRB 3063:PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU TAJUK ESEI ILMIAH

Sejarah Melayu dan Ranjau Sepanjang Jalan adalah dua buah karya agung yang masing- masing mewakili zaman sastera klasik dan zaman sastera moden.

Pilih salah satu karya tersebut dan bincangkan kekuatan karya berkenaan sebagai Karya Agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Pemikiran (mesej dan isi) b) Estetika dan Kepengarangan c) Nilai Budaya dan Pandangan Hidup

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK KUMPULAN

HAMDAN BIN YACOB D20102045447 EL T-02

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SERI LANANG JATA BIN HAJI ROHANI TARIKH SERAHAN: 24 NOVEMBER 2013

PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM

(2)

~ 2 ~

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 3

PEMIKIRAN (ISI DAN MESEJ) 4

ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN 6

NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

8

RUMUSAN 11

(3)

~ 3 ~

1. PENGENALAN

Nama Shahnon Ahmad tidak perlu lagi diperkenalkan di dalam dunia sastera. Hasil nukilan yang diluahkan melalui mata penanya memberikan banyak pengajaran dan kiasan di dalam memartabatkan isu-isu kemasyarakatan. Beliau merupakan penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober 1982 bagi menghargai sumbangannya di dalam menghasilkan karya-karya kreatifnya. Beliau juga telah dilebalkan sebagai “Anak Kreatif Malaysia Merdeka” semasa menerima anugerah tersebut. Antara novel-novel yang pernah beliau hasilkan adalah seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Patriach, Srengenge, Kemelut, Tunggul-tunggul Gerimis, Detik-detik Diri di Daerah Daif dan banyak lagi. Kebanyakkan hasil karya yang dihasilkan oleh beliau banyak mengangkat isu-isu kemiskinan di dalam masyarakat dan ini termasuklah di dalam novelnya yang bertajuk “Ranjau Sepanjang Jalan”.

Menurut Mohd. Yusuf Hasan (1990 : 1), Sasterawan Negara yang ke-2 ini dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik, Kedah. Kehidupan beliau dari kampung dan persekitaran yang miskin banyak mempengaruhi hasil karyanya.Oleh kerana itulah kebanyakkan daripada hasil karya kreatifnya berkaitan dengan isu kemiskinan dalam masyarakat desa khususnya.

Novel “Ranjau Sepanjang Jalan” merupakan salah sebuah karya agung pada zaman sastera moden. Dimana, novel ini memaparkan isu kemiskinan dan kepayahan keluarga tani. Ini kerana, tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon sendiri kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, dan orang disekeliling beliau adalah miskin ketika itu.

Maka dengan itu, novel yang dipertengahkan pada kali ini membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam sekelompok masyarakat tani di desa. Shahnon melihat nilai kemiskinannya melalui konsep kesederhanaan, ketakwaan, kesabaran, keikhlasan, kejujuran, dan kekudusan seseorang. Hampir setiap karya kreatif yang dihasilkannya diperingkat awal mengandungi nilai kemiskinan.

(4)

~ 4 ~

1. PEMIKIRAN (ISI DAN MESEJ)

Novel Ranjau Sepanjang Zaman,hasil nukilan Dato’ Prof Shahnon Ahmad dilihat cuba untuk mengenengahkan isu kemiskinan yang berlaku di dalam sebuah keluarga yang menjalankan aktiviti tani dimana ianya berlatar belakangkan kampungnya sendiri iaitu Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah. Dalam novel ini Shahnon cuba untuk membawa kita menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa dahulu agar generasi sekarang sedar dan insaf bagaimana susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini, Shahnon juga berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dengan permainan emosi dimana ianya berjaya menyentak akal fikiran kelompok masyarakat sekarang, yang mana beliau berjaya memaparkan kehidupan petani dahulu yang sanggup berjuang mencari sesuap nasi untuk diri sendiri malahan perjuangan seluruh lapisan masyarakat setempat pada masa itu untuk mendapatkan sesuap nasi.

Sebagai contoh, dalam menggambarkan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya yang bergantung kepada tanaman padi, mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Plot novel “Ranjau Sepanjang Jalan” sangat menarik dimana ianya menggambarkan keadaan padi yang sedang menanti masak dan secara tiba-tiba diserang oleh ketam yang banyak. Serangan ketam yang banyak itu telah memusnahkan sawah padi dan ditambah pula Lahuma telah menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Keadaan ini menyebabkan Lahuma tidak mampu lagi untuk bekerja mengerjakan sawah untuk menyara keluarganya akibat dari luka tercucuk duri nibung tersebut. Ini menyebabkan isterinya Jeha terpaksa menjadi pengganti kepada Lahuma untuk menyara keluarga. Cukup signifikan jalan cerita yang diolah oleh Shahnon Ahmad sehingga cerita yang disampaikan dapat menyentuh hati pembaca.

Selain itu, Shahnon Ahmad juga cuba mengetengahkan permasalahan penduduk Kampung Banggul Derdap yang menghadapi masalah bencana alam yang mana berjuta-juta ketam cuba untuk merosakkan hasil tanaman padi mereka. Ini dapat dilihat apabila Lahuma yang ditimpa musibah menyebabkan Jeha terpaksa membesarkan anak-anaknya yang seramai 7 orang untuk menghadapi dugaan serangan ketam. Peristiwa ini menyebabkan betapa peritnya azab yang ditanggung oleh Jeha, malahan begitu juga kepada penduduk kampung yang lain. Kerana itulah, bagi penduduk kampung tersebut

(5)

~ 5 ~

menganggap ketam ini adalah satu kesialan yang terpaksa mereka tanggung di dalam kesedihan.

Di dalam novel ini juga, Shahnon Ahmad telah menceritakan betapa padi merupakan salah satu elemen penting di dalam novelnya. Ini dapat dilihat dimana tanpa padi, penduduk akan mendapat satu kecelakaan ini dapat membunuh mereka akibat kebuluran. Ini menyebabkan apabila serangan ketam melanda, Lahuma dan Jeha terpaksa bertungkus lumus mengutip dan memusnahkan ketam tanpa mengira waktu siang dan malam, pagi dan petang. Sekiranya tidak dibentung, pasti ketam ini akan menyusahkan Lahuma sekeluarga dengan mematahkan batang padi yang mereka tanam. Ini akan menyebabkan Lahuma sekeluarga akan hilang sumber pendapatan.

“Padi mesti ditanam. Mesti dijaga”. “…anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita

sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup

kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu hingga sekarang”.

(Shahnon Ahmad. 1995:185)

Berdasarkan kepada petikan yang diambil dari naskah Shahnon Ahmad, jelas menunjukkan bahawa padi adalah sumber utama kepada keluarga Lahuma dan penduduk kampung Banggul Derdap. Ini kerana, tanpa padi pasti mereka semua akan mati kebuluran. Untuk itu, mereka perlu berusaha mempertahankan tanaman padi mereka dari apa jua yang melanda dan menyerang. Dari ayat itu jugalah Shahnon memperlihatkan bahawa padi adalah satu-satunya sumber mata pencarian mereka. Walaubagaimanapun, apa sahaja yang dilakukan oleh Lahuma dan penduduk kampung dalam menghadapi serangan tersebut, mereka masih tidak upaya untuk membenterasnya. Untuk itu, Shahnon menggambarkan simpatinya dengan amat mendalam dan ikhlas serta berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya dan keganasan dan kekejaman alam ini.

(6)

~ 6 ~

Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat menggambarkan kesusahan hidup golongan miskin diseluruh negeri di Malaysia dengan begitu terkesannya kepada pembaca.

2. ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

Sesebuah karya sastera haruslah mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Nilai estetika dan kepengarangan ini boleh terdiri daripada tahap rendah dan tinggi. Nilai estetika ini seharusnya dapat dinikmati sebagai nikmat ketika membaca, menghayati dan memahami setiap hasil karya. Jesteru, sentuhan rasa dan fikir dapat dirasakan oleh pembaca dengan melihat kecerdasan dan jalinan keindahan bahasa seseorang pengarang. Luahan hati dan getar jiwa seni pengarang melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupan masyarakat adalah amat penting dalam menghasilkan sesuatu karya. Nilai seni ini akan dapat dirasakan oleh pembaca yang cekap menangkap dengan mata akal dan mata fikir terhadap hasil seni sesuatu sastera. Istilah “keindahan” (indah) merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya melayu menurut V.I. Braginsky (1994 : 16). Beliau merumuskan terdapat tiga aspek yang dengan terang dinyatakan dalam karya-karya sastera menerusi penggantian perkataan “indah” dengan kata-kata yang seerti. Aspek pertama adalah bersangkut paut dengan asasl usul keindahan, atau sumbernya. Aspek kedua, estetika islam membezakan keindahan mutlak daripada keindahan fenomena dan aspek ketiga pula ialah estetika atau keindahan tersembunyi tetapi “bentuk” iaitu susunan kata yang baik, makna yang berlapis-lapis akan menyerlahkan lagi keindahannya sehingga dapat dihayati oleh pembaca.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini merupakan sebuah novel yang mengandungi nilai estetika atau nilai keindahan yang tinggi. Lakaran sebuah kisah hidup masyarakat yang tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran begitu indah digambarkan dalam novel in. Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini turut memaparkan keindahan kepada alam dan kehidupan manusia dengan nilai kehidupan masyarakat, yang sarat dengan metafora dan gaya bahasa yang menarik serta indah. Keindahan yang terdapat dalam novel ini terletak pada tema, persoalan, watak dan perwatakan yang hidup dan lincah, serta latar masyarakat, nilai dan pengajaran yang

(7)

~ 7 ~

disampaikan. Tema keluarga yang digarapkan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan adalah satu tema yang relevan sepanjang zaman dan merupakan salah satu daripada aspek keindahan yang terdapat di dalam karya ini dimana ia, ianya mampu untuk bertahan lama dan mendatangkan impak kepada pembaca.

Kehadiran alam sekitar semulajadi dari kehijauan alam flora juga mendominasi karya Shahnon Ahmad. Ini bersesuaian dengan plot novel yang menggambarkan kehidupan di tepi rimba atau berdekatan rimba. Alam sekitar semulajadi dalam Ranjau Sepanjang Jalan dihadirkan sebagai satu bentuk bencana yang mewujudkan persaingan sengit antara spesis, sama ada tumbuhan sama tumbuhan, tumbuhan dengan manusia, haiwan dengan haiwan dan haiwan dengan manusia yang menimbulkan konflik. Dalam novel ini, Shahnon Ahmad hanya mengangkat tanaman padi sebagai aktiviti pertanian yang utama, manakala flora semulajadi terdiri daripada rumput dan menerung. Kedua-dua flora ini telah diangkat secara menyeluruh dalam novel ini dan diulang hampir setiap halaman yang turut memaparkan persaingan ruang antara tumbuhan-tumbuhan. Secara tidak langsung ianya telah menyerlahkan kepentingan nilai padi dalam kehidupan watak dan memaparkan kesungguhan watak menentang musuhnya, iaitu rumput dan menerung seperti di kemukakan dalam ayat,

“..menerung dan rumput bulu landak ditentang bagaikan musuh yang paling ganas”. (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 72)

Ranjau Sepanjang Jalan juga menggunakan elemen banjir sebagai satu bentuk bencana

alam. Ini dinyatakan melalui ayat di halaman 258.

“Balak dari hulu akan mengalir bersama air keruh itu. Balak bersama sampah dahan-dahan kayu mati, ranting-ranting, daun-daun kayu kering, tong-tong sampah, tin-tin yang berlonggok di sebelah hulu belakang, kedai-kedai Cina, kertas yang kembang dan berkecai, tahi lembu, tahi kerbau, tahi kambing, tahi manusia…semuanya diheret oleh aliran air yang keruh itu” (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 258)

Selain itu, Shahnon Ahmad juga menitik beratkan juga penggunaan bahasa di dalam novelnya serta mempunyai identitinya yang tersendiri. Misalnya novel Ranjau Sepanjang Jalan. Perkataan "ranjau" bagi Ranjau Sepanjang Jalan bermaksud benda tajam (daripada

(8)

~ 8 ~

buluh) yang biasanya tercacak di atas tanah. Dapatlah dirumuskan betapa besar ertinya penggunaan bahasa daerah bagi Shahnon Ahmad dalam novelnya.

Tidak syak lagi bahawa Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang terbilang. Dimana beliau begitu lincah menggunakan gayanya, sehingga apa yang hendak disampaikannya tersembunyi tidur dalam selimut gayanya. Corak penulisan dan gaya bahasanya yang mantap dan penuh maksud tersurat dan tersirat itu terutamanya dalam memaparkan permasalahan hidup masyarakat desa begitu memberi impak yang mendalam kepada pembaca. Shahnon Ahmad sendiri sememangnya sedar tentang peranan gaya atau bahasa pengarangan sesebuah novel. Jadi, tidak menghairankan kesedaran itu membawa pengarang ini membina dan memanipulasi segala kemungkinan bahasa untuk memperkuatkan novelnya.

3. NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur, berterus terang dan tegas serta berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan yang tegas dan ada kalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (universal). Beliau merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis.

Melalui karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad, terserlah gambaran jelas tentang budaya dan pandangan hidup penduduk kampung asalnya yang hidup di dalam kemiskinan. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangkan ke kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang jauh terpencil. Selain itu, sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesusahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani ini sedar akan hasil karya yang dihasilkan akan membangkitkan dan merubah pendirian mereka (penduduk kampung) yang kolot dan jumut ini.

Antara nilai budaya yang diterapkan dalam novel ini ialah nilai kasih sayang.dalam keperitan hidup sebagai keluarga sebagai keluarga petani, kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga Lahuma tidak pernah pudar dan berbelah bahagi. Lahuma begitu menyayangi isterinya Jeha dan anak-anak perempuannya yang seramai tujuh orang itu.ini

(9)

~ 9 ~

dapat dilihat apabila Lahuma tidak membenarkan Jeha dan anak-anaknya menolongnya dibendang. Malah, ketika Jeha diserang ular, Lahumalah yang menghapuskan binatang itu. Begitu juga, ketika Lahuma tidak bolah bekerja kerana kakinya terpijak duri nibung, Jeha dan dua orang anak mereka yang membanting tulang mengerjakan sawah menggantikan tempat Lahuma. Kerana sifat kasih sayang jugalah mereka sanggup menempuh liku-liku hidup menghapuskan musuh-musuh padi.

Selain itu sikap hidup saling bantu-membantu serta bekerjasama turut dipaparkan dalam novel ini. Dimana sewaktu Lahuma terpijak duri nibung, orang kampung telah bersama-sama mengangkatnya ke pengusung dan membawanya ke permatang dan seterusnya menghantarnya pulang ke rumah. Sifat ziarah menziarahi turut diselitkan oleh Shahnon Ahmad di dalam novelnya ini dimana orang kampung datang melawat Lahuma dikala malam hari selepas kejadian tersusuk duri nibung berlaku.

“Biar aku hantar traktor ke sawah kau selama dua tiga hari. Semuanya tentu habis.” (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm 52)

Keprihatinan dan kewibawaan sikap tuk penghulu di dalam melihat permasalahan Lahuma sekeluarga diperlihatkan dengan cara memberi bantuan dalam bentuk peralatan pertanian. Disamping itu, budaya sepakat di dalam penduduk kampung Banggul Derdap ketika kematian Lahuma bersama-sama menguruskan majlis pengebumiannya amatlah menyentuh jiwa takkala Jeha dan anak-anaknya mengenangkan nasib yang akan menyusul tiba.

Shahnon Ahmad juga turut menyelitkan pandangan hidup di dalam nukilan yang dihasilkan. Ini dapat sedikit sebanyak memperlihatkan penduduk Kampung Banggul Derdap sentiasa mengutamakan Allah swt di dalam pegangan hidup mereka.

“Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah swt” (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 1)

Itulah prinsip hidup Lahuma iaitu watak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan sejak dari datuknya lagi iaitu Haji Debasa. Lahuma dan keluarganya merupakan manusia miskin dengan harta tetapi kaya dengan keimanan. Mereka bukanlah golongan cendiakawan atau

(10)

~ 10 ~

masyarakat yang pernah menerima sebarang pengajaran formal tentang agama, tetapi pandangan hidup yang diamalkan sejak turun temurun yang menguatkan jalan penceritaan. Islam yang sinonim dengan bangsa melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Orang-orang melayu ketika itu terutamanya dari golongan kebanyakkan menerima dan tunduk kepada segala falsafah dan hokum yang ditetapkan oleh islam dengan penuh syahdu. Inilah perwatakan Lahuma. Dia tidak pernah sangsi akan kekuasaan Allah. Kewujudannya ditentukan oleh Allah. Dia yakin bahawa setiap langkahnya diawasi Allah. Dia merupakan antara mukmin yang memastikan setiap pergerakan hidupnya tidak terkeluar daripada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Lahuma tidak mahu melangkah turun tangga besok pagi-pagi tanpa keizinan Yang Maha Esa. Kedua belah tangannya ditadah. Dan sudut hatinya melupakan segala kerumitan

hanya tertumpu kepada Tuhan. (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 9)

Keyakinan bahawa segala-galanya datang daripada Allah membolehkan Lahuma menjalani kehidupan yang harmoni dengan alam. Dia sedar segala sesuatu yang wujud di muka bumi ini, sama ada makhluk yang bernyawa atau unsur yang tidak bernyawa semuanya dicipta oleh Allah. Dia tidak memusuhi sesiapa atau suatu apa pun kecuali jika ia mengancam periuk nasinya.

Ketam dan tiak itu insan seperti kita juga. Tuhan menguasai segala-galanya. Kalau mereka datang kita hanya membiar sahaja. Hanya Allah Azzawajalla yang sanggup

menegah mereka. (Ranjau Sepanjang Jalan, hlm. 11-12)

Dia yakin segala senang dan susahnya ditentukan oleh Allah. Dia hanya merupakan insan yang diberikan hak untuk berusaha dan penentuannya masih datang daripada-Nya. Inilah yang membolehkan Lahuma terpaksa berhempas pulas untuk menyuap lapan mulut yang ternganga saban hari dan masih dapat melayari kehidupannya dengan penuh ketenangan dengan izin Allah.

(11)

~ 11 ~

4. RUMUSAN

Kelebihan Shahnon Ahmad dalam menghasilkan novel “Ranjau Sepanjang Jalan” ialah kepada penggunaan bahasanya yang ringkas dan padat. Walaupun beliau menggunakan perkataan-perkataan yang biasanya digunakan oleh penulis lain, namun perkataan-perkataan itu dapat melengkapkan apa yang mahu disampaikan. Justeru itu, kita seolah-olah diberi gambaran yang jelas tentang peristiwa dalam novel tersebut. Shahnon Ahmad juga gemar menggunakan dialek Kedah dan bahasa daerah dalam setiap penulisannya tetapi penggunaannya tidaklah keterlaluan.

Beliau juga bijak dalam teknik penggunaan watak, dimana watak yang dipaparkan begitu jelas dan berkesan. Keadaan ini secara tidak langsung, membuatkan pembaca akan dapat merasa peristiwa itu seolah-olah benar-benar berlaku dan bukannya daripada cetusan idea pengarang. Watak yang digambarkan seolah-olah memaparkan perwatakan manusia sebenar dalam sesebuah masyarakat.

Melalui novel ini Shahnon Ahmad juga membawa pengajaran tentang kegigihan hidup kaum petani di daerah pedalaman Sik. Watak Jeha merupakan salah satu watak yang patut dicontohi oleh kaum wanita di kampung. Selain itu, novel ini juga memberi pengajaran kepada pihak yang berkuasa bahawa kerendahan teknologi pertanian menjadi punca kemiskinan rakyat terutamanya para petani.

Jelaslah disini bahawa novel “Ranjau Sepanjang Jalan” karya Shahnon Ahmad merupakan novel yang bermutu. Novel ini mempunyai kekuatannya tersendiri walaupun isu kemiskinan kurang sesuai dengan zaman pembangunan negara.

(12)

~ 12 ~

5. RUJUKAN

1. Dr.Seri Lanang Jaya Bin Hj.Rohani, Prof. Madya Dr.Abd.Rahman Bin Napiah, Dr. Hj.Mohd.Rashid Bin Md.Idris & Dr.Hj.Naffi Bin Mat .(2013). Penghayatan Karya

Agung.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Shahnon Ahmad. (2006). Ranjau Sepanjang Jalan.Shah Alam: Alaf Dua Puluh Satu Sdn.Bhd. 3. www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1108&pub=Utusan Muat turun ; 13.11.2013 4. www.budaksedih.multiply.com/journal Muat turun ; 13.11.2013 5. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lumpur&d=5 Muat turun: 14.11.2013 6. http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-alam.html Muat turun; 14.11.2013 7. http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=719 Muat turun;14.11.2013

(13)

~ 13 ~

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN

-Definisi Karya Agung -Ciri-ciri Karya Agung

AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA AKTIVITI PENERAPAN KEDUA RUMUSAN

(14)

~ 14 ~

A. PENGENALAN

Di dalam menghasilkan pengajaran yang produktif, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi memastikan objektif yang ingin disampaikan akan terus diterima oleh murid-murid. Ada banyak kaedah mahupun aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menjadikan pengajaran seseorang guru itu menarik, berkesan dan sebagainya. Antara cara yang boleh guru-guru jalankan adalah seperti aktiviti diskusi, main peranan, simulasi, permainan bahasa, sosio-drama, bercerita dan aktiviti-aktiviti lain yang dianggap bersesuaian. Di dalam membicarakan tugasan soalan yang berkaitan dengan karya agung, guru perlu memilih salah satu aktiviti yang bersesuaian agar murid dapat memahami isi kandungan mahupun nilai-nilai yang terdapat di dalam karya tersebut. Sebagai contoh hasil karya nukilan Profesor Datuk Shahnon Ahmad yang berjudul Ranjau Sepanjang Jalan. Memandangkan karya ini mempunyai tahap pemikiran yang tinggi, pastinya sukar bagi guru untuk menyampaikan ciri-ciri yang terdapat di dalam karya agung ini. Untuk itu, para guru semestinya bijak di dalam memilih aktiviti yang sesuai bagi menerapkan ciri tersebut ke dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.

1. Definisi Karya Agung

“Karya” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membaa maksud buatan atau ciptaan sesuatu. Manakala “Agung” pula membawa maksud paling besar, terutama, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Maka dengan ini Karya Agung boleh diertikan sebagai ciptaan atau buatan yang terutama, tinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang.

Karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Karya agung merupakan karya yang melambangkan keunggulan daya cipta atau hasil kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam menggambarkan idealisme, nilai pandangan hidup, adat, budi, kesedaran dari segi agama dan moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melaui bentuk-bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam kehidupan bangsa Melayu.

(15)

~ 15 ~

2. Ciri-ciri Karya Agung

Penelitian ciri-ciri karya agung melayu dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek yang berikut;

1. Pemikiran dalam karya agung

2. Estetika dan kepengarangan karya agung.

3. Nilai budaya dan pandangan hidup dalam karya agung melayu.

4. Nilai ilmu dalam karya agung.

5. Falsafah dalam karya agung klasik dan moden.

B. AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA

Antara aktiviti yang dianggap sesuai digunakan dalam menerapkan ciri pemikiran

(mesej dan isi) dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 4 adalah aktiviti bercerita. Ini

kerana, aktiviti bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu aktiviti yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Melalui aktiviti bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat disampaikan. Menurut E. Greene (1976), bercerita dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku. Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau frosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang dihadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.

Berdasarkan kepada karya agung Ranjau Sepanjang Jalan dan ciri pemikiran karya agung, guru boleh menggunakan rancangan pengajaran seperti berikut mengikut langkah-langkah yang telah dirancang.

(16)

~ 16 ~

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Langkah 1 Teks cerita Ranjau Sepanjang Jalan

1. Guru mengedarkan teks cerita Ranjau Sepanjang Jalan kepada murid.

2. Guru meminta murid membaca teks dengan kuat yang dan jelas.

BBB : Petikan teks

Langkah 2 1. Guru bertanya kepada murid mengenai cerita yang terdapat dalam teks.

2. Guru meminta seorang murid untuk bangun dan menceritakan kembali cerita yang terdapat dalam teks mengikut pemahaman.

Teknik : Bercerita

Nilai : Berani

Langkah 3 Melakonkan kembali cerita Ranjau Sepanjang Jalan yang telah dibaca.

Watak dalam cerita: 1. Lahuma

2. Jeha

3. Tuk Penghulu 4. Sanah

5. Pelakon tambahan (anak Lahuma dan penduduk kampung) 6. Pencerita

1. Guru meminta murid melakonkan kembali cerita yang terdapat dalam teks Ranjau Sepanjang Jalan.

2. Guru memilih beberapa murid untuk memegang watak yang terdapat di dalam teks.

3. Guru memilih seorang murid untuk menjadi pencerita bagi cerita tersebut. 4. Guru memberikan masa kepada murid

untuk membuat persediaan.

5. Setelah aktiviti lakonan berakhir, guru membuat kesimpulan.

6. Guru menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam cerita tersebut.

BBB : Petikan teks

Teknik : Bercerita dan Sosio-Drama

Nilai : Yakin

Di dalam rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh guru dengan merujuk kepada rancangan di atas, guru boleh memulakan aktiviti dengan mengagihkan salinan teks cerita dari petikan novel Ranjau Sepanjang Jalan. Petikan novel perlulah diringkaskan mengikut tahap murid dengan sesuai. Setelah murid menerima salinan teks yang diedarkan, guru boleh meminta murid untuk membaca terlebih dahulu petikan tersebut dengan bacaan yang kuat dan jelas serta dengan intonasi yang sesuai. Semasa pembacaan teks dilakukan, murid perlulah memahami akan isi cerita dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang novel sebenar.

(17)

~ 17 ~

Langkah berikutnya, guru akan bersoal jawab dengan murid untuk memastikan kefahaman murid tentang petikan. Guru boleh bertanyakan sama ada watak di dalam cerita, mesej penyampaian, serta nilai yang terdapat di dalam petikan tersebut. Setelah dapat memastikan kefahamn murid tercapai, guru boleh meminta salah seorang murid yang dipilih secara rawak untuk menceritakan kembali cerita yang dibaca mengikut kefahaman masing-masing.

Seterusnya, untuk memastikan murid memahami isi dan mesej yang ingin disampaikan, guru boleh menambah aktiviti bercerita dengan tambahan aktiviti sosio-drama untuk memastikan pengajaran lebih menarik dan seterusnya murid lebih memahami mesej yang ingin disampaikan. Di dalam aktiviti ini, guru akan memilih beberapa orang murid untuk memainkan watak seperti di dalam cerita Ranjau Sepanjang Jalan. Sepanjang aktiviti sosio-drama ini dijalankan, guru boleh menjadi sebagai pengantara bagi memastikan cerita yang disampaikan adalah betul dan tepat. Pada pengakhiran cerita, guru boleh menambah tokok dengan memberikan pengajaran dan seterunya rumusan kepada cerita tersebut dimana isi dan mesej yang sebenar yang ingin pengarang cerita Ranjau Sepanjang Jalan ingin sampaikan

C. AKTIVITI PENERAPAN KEDUA

Untuk penerapan yang kedua pula, aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam menerapkan ciri nilai budaya dan pandangan hidup karya agung di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga. Aktiviti perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan, 1990 : 85). Selain itu, aktiviti perbincangan juga melibatkan interaksi dua hala antara murid dengan murid atau murid dengan guru dalam proses pembelajaran. Aktiviti ini lebih berpusatkan kepada murid iaitu murid berbincangan antara satu dengan lain, berkongsi maklumat dan memberi serta menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Tambahan lagi, aktiviti perbincangan juga adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan murid di bawah penyelian dan kawalan seorang guru.

(18)

~ 18 ~

Aktiviti ini dapat dijalankan dengan melihat kepada rancangan pengajaran yang telah dirancangan beberapa langkah yang sesuai.

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Langkah 1 Teks cerita Ranjau Sepanjang Jalan

1. Berdasarkan kepada teks, guru menyoal murid tentang budaya dan pandangan hidup yang terdapat dalam teks.

2. Murid membuat penyenaraian nilai yang dijumpai.

3. Murid menyebut nilai yang dijumpai di dalam teks secara kuat.

BBB : Petikan teks

Nilai : Berusaha

Teknik : Perbincangan (antara guru dan murid) Langkah 2 Nilai : 1. Bekerjasama 2. Kasih sayang 3. Kepercayaan kepada tuhan. 4. Berusaha.

1. Guru menerangkan nialai-nilai yang telah dijumpai secara ringkas.

2. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dengan setiap kumpulan mewakili nilai yang telah disenaraikan.

3. Murid berbincang tentang nilai yang telah diberikan oleh guru sesama ahli kumpulan.

BBB : Petikan teks

Nilai : Bekerjasama

Teknik : Perbincangan (antara ahli kumpulan)

Langkah 3 1. Guru meminta setiap kumpulan untuk ke hadapan kelas.

2. Setiap kumpulan akan membincangkan kekuatan nilai yang mereka wakili berdasarkan teks Ranjau Sepanjang Jalan. 3. Di setiap akhir perbincangan

kumpulan, guru akan membuat kesimpulan dan rumusan.

BBB : Petikan teks

Nilai : Berani

Teknik : Perbincangan (antara murid dengan murid)

Di dalam pengajaran ini, guru boleh memulakan langkah dengan aktiviti bersoal jawab dengan murid setelah mengedarkan salinan petikan kepada setiap murid. Soal jawab yang dijalankan perlulah berdasarkan kepada petikan yang menyentuh tentang ciri-ciri budaya dan pandangan hidup di dalam petikan. Setelah itu, guru dan murid akan berbincang

(19)

~ 19 ~

tentang nilai yang diperolehi dan meminta murid menyenaraikan seberapa banyak lagi nilai yang ada di dalam petikan dan menyebutnya dengan kuat di dalam kelas.

Setelah itu, guru boleh mengambil langkah yang kedua dengan menerangkan serba sedikit nilai utama yang telah guru pilih. Seterusnya, guru akan membahagikan murid kepada empat kumpulan untuk membincangkan nilai budaya dan pandangan hidup yang telah guru pilih dengan lebih jelas lagi. Setiap kumpulan akan diberi satu nilai untuk dibincangkan kekuatannya di dalam petikan yang diberi. Guru akan memberi masa dalam 10 sehingga 15 minit untuk murid berbincangan dengan ahli kumpulan di bawah kawalan dan panduan guru.

Langkah seterusnya, setiap kumpulan akan diminta ke hadapan kelas untuk membincangankan nilai yang telah diberi dengan kumpulan lain. Setiap kumpulan akan membincangankan nilai tersebut serta kekuatannya berbanding dengan nilai yang diperolehi kumpulan yang lain. Di dalam aktiviti ini, guru membenarkan murid lain untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat kelemahan ataupun kekuatan di dalam nilai yang dibincangkan. Dan pada akhir setiap kumpulan membincangankan nilai yang telah diberi, guru akan bertindak untuk membuat rumusan serta memberikan kesimpulan yang sesuai dengan nilai yang telah dipilih.

(20)

~ 20 ~

D. RUMUSAN

Jelas sekali di sini, dapat kita lihat bahawa dengan menerapkan mana-mana ciri yang terdapat di dalam karya agung melalui aktiviti-aktiviti yang dipilih, sedikit sebanyak dapat mendedahkan kepada murid-murid akan kekuatan karya yang pilih oleh guru seperti dari novel Ranjau Sepanjang Jalan. Ini membolehkan murid berfikir secara matang dan bijak mencari isi-isi yang tersurat dan tersirat di dalam petikan yang diberikan. selain daripada itu, dengan aktiviti yang dipilih dan bersesuaian dapat menambah lagi keseronokan murid di dalam pengajaran yang disampaikan. Tambahan pula, untuk mengharapkan murid menghayati kesuluruhan isi cerita adalah satu perkara yang mustahil memandangkan novel

Ranjau Sepanjang Jalan mempunyai aras yang tinggi bagi tahap pemikiran murid sekolah

rendah. Tetapi melalui aktiviti yang dijalankan, ia mampu untuk memberi pemahaman yang baik kepada murid walaupun guru hanya memberi petikan daripada novel tersebut

(21)

~ 21 ~

RUJUKAN

1. Dr.Seri Lanang Jaya Bin Hj.Rohani, Prof. Madya Dr.Abd.Rahman Bin Napiah, Dr. Hj.Mohd.Rashid Bin Md.Idris & Dr.Hj.Naffi Bin Mat .(2013). Penghayatan Karya

Agung.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

2.Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

4. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa

Melayu.Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd

Ezani Yusoff (Bob), “Teknik Pengajaran dan Pembelajaran” 5. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

Muat turun;15.11.2013

6. www.slideshare.net/strategipendekatan-kaedah-dan-teknik Muat turun; 15.11.2013

Referensi

Dokumen terkait

Rancangan website Kemanakita merupakan rancangan web yang dirancang untuk memudahkan masyarakat khususnya orang-orang yang berkunjung ke Medan atau bahkan orang Medan sendiri,

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1. Membaca dengan sebutan yang betul: iii) suku kata.. Aktiviti Sehari di Putrajaya (Buku

Merujuk kepada permintaan STIKes ‘Aisyiyah Bandung bahwa sistem informasi akademik yang dirancang harus mengacu kepada teknologi berbasis internet atau website ,

Seorang guru ingin menggerakkan muridnya mencapai tahap penyempurnaan kendiri semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagaimanapun sering

Pengetua atau Guru Besar boleh merujuk SKPMg2 berkaitan Standard 4: Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

*Dokumen sokongan merujuk kepada Buku Persediaan Mengajar Guru, sijil penghargaan / penyertaan, laporan aktiviti kurikulum / kokurikulum dan dokumen lain yang berkaitan

Guru minta murid merujuk dan membaca rangkai kata yang terdapat dalam buku teks. Guru menanyakan jenis

*Dokumen sokongan merujuk kepada Buku Persediaan Mengajar Guru, sijil penghargaan / penyertaan, laporan aktiviti kurikulum / kokurikulum dan dokumen lain yang