Teori Pembelajaran Sosial
Menurut Mok Soon Sang (2009) mazhab social atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif yang telah dihuraikan diatas. Tokoh mazhab social, seperti Bandura yang berasal dari Kanada , menegaskan pembelajaran melalui proses pemodelan, iaitu
pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan. Mereka berpendapat bahawa teori pembelajaran sesungguhnya meliputi aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.
Teori pembelajaran Albert Bandura juga dikenali sebagai teori peniruan. Terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran Bandura melalui pemerhatian atau permodelan, iaitu perhatian (attention) bermakna pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian , mengingat (retention) bermakna pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan, reproduksi (reproduction) bermakna pemerhati harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya, dan peneguhan (reinforcement)/motivasi (motivation) bermakna pemerhati mungkin tidak akan melakukan semula tingkah laku sekiranya didenda atau ditegur .
Implikasi Teori-Teori Pembelajaran Pembelajaran Sosialis terhadap Pengajaran dan Pembelajaran bagi matapelajaran.
Murid akan dapat menguasai sepenuhnya pembelajaran melalui teori sosial oleh Bandura. Guru haruslah mengguna kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai. Selain itu, guru haruslah menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Guru haruslah menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelajar dengan motivasi yang sesuai. Mengekalkan ingatan pelajar dengan