• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Hubungan Etnik konsep (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Hubungan Etnik konsep (1)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju kearah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya, apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan? Apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara bereterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesimbungan.

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

(2)

kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Gabungan Parti-Parti Politik (Barisan Nasional), Integrasi antara wilayah (bandar denga luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha kerajaan berbentuk top-down sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk bottom-up menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik termasuk parti pembangkang. Keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza seperti pekerja, kelas menengah dan golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan. Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional dinegara kita sukar diukur namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan. Masyarakat menurut Roucek dan Warren (1979), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus dikalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan dan kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan serta mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas, status dan kasta.

(3)

Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

Konsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk rumpun bangsa contohnya dalam rumpun kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dan sebagainya. Konsep bangsa atau nasion mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa adalah rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela berkerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama. Bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Konsep Masyarakat Majmuk. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka adalah pelbagai kaum dan berganding bahu dibawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan azam sosial bersama (common social will) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.

Konsep Kelas Sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharian, segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran contohnya; masyarkat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan bourgeoisie yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Golongan proletariat yang tidak memiliki perkara diatas hanya tenaga kerja sahaja.

(4)

pola tingkahlaku yang telah menjadi kebiasaan atrau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Contohnya; Institusi sosial yang utama iaitu keluarga, institusi pilitik, institusi agama, institusi pelajaran dan sebagainya.

Konsep Jarak Sosial adalah satu perasaan pemisahan atau pemisahan sosial yang benar-benar wujud diantara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau diantara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persafahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial diantara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persafahaman antara kedua-duanya.

Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proese perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang ain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobaliti sosial jarang sekali berlaku.

(5)

dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan Austroloid.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna mata, warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang ain. Kesannya semakin mdah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

(6)

buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Konsep Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

(7)

Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya, integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks.

(8)

minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka dan ini jarang berlaku.

Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A+B+C = A+B+C. A, B dan C merujuk kepada budaya. Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan mengelak konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta mereka saling bergantung antara satu sama lain. Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadan harmoni dengan penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelsaikan maalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

(9)

imigrasi. Umumnya, kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya besar. Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan. Contohnya, di Thailand orang Melayu mengalami proses asimilasi yang mnyebabkan nama, bahasa, cara hidup kecuali agama disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba dan Nyonya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Konsep Akulturasi adalah satu penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan.

Konsep Kontrak Sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai diantara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak. Contohnya, di Malaysia kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak Kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

KESIMPULANNYA

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Berger (Denmark, 1973), seseorang yang memiliki penerimaan diri adalah seseorang yang memiliki ciri sebagai berikut 1) bersandar pada nilai dan standar internal

Neither is PT NH Korindo Sekuritas Indonesia, its affiliated companies, employees, nor agents liable for errors, omissions, misstatements, negligence, inaccuracy

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh konsentrasi ekstrak daun kelor ( Moringa Oleifera, L .) terhadap pertumbuhan bakteri Streptococcus

Penerimaan spesimen, pengambilan dan penyimpanan spesimen adalah Perlakuan terhadap spesimen yang akan dilakukan pemeriksaan dengan cara yang benar untuk menunjang analisis

UB105 memiliki keunikan pada bentuk tongkol silindris mengerucut dan warna silking merah muda, UB106 memiliki keunikan pada bentuk ujung daun pertama bulat dan

Pertama adalah bahwa dinamisasi NU ini terlihat pada sebuah fakta pergulatan pemikiran didalamnya yang mempertemukan pertarungan antara wacana keberislaman baru yang belum

Dalam konteks tersebut Kusnadi (2006) menyatakan bahwa, masyarakat nelayan merupakan pelaku utama yang menentukan dinamika ekonomi lokal dan kondisi ini merupakan merupakan

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh