KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN EMPAT
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
SENARAI KANDUNGAN
BIL.
KANDUNGAN
MUKA
SURAT
1
PENDAHULUAN
1
2
MATLAMAT
1
3
OBJEKTIF
1
4
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
2
5
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
3
6
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
3
7
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
4
8
FOKUS MATA PELAJARAN
6
9
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6
10
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
7
1
PENDAHULUANKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi
memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik
dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang
menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan
hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah
pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,
berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan
membimbing murid agar berupaya;
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
2
iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARDKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
4
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai
dalam situasi berlainan untuk melaksanakan
sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil
untuk memahami dengan lebih mendalam serta
hubung kait antara bahagian berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum
mata pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan
aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan
murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran
mereka.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang
diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam
menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu
5
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai
matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan
elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan
sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan
kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan
kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan;
dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
6
Belajar melalui TMKBelajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran
dan As-Sunnah, ke arah melahirkan murid yang beriman, berilmu,
berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh. Mata pelajaran
Pendidikan Islam memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu
pengetahuan, kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek
keimanan, kemanusiaan dan ketatanegaraan. Mata pelajaran ini
disusun di bawah lima tajuk utama iaitu Asuhan Tilawah al-Quran,
Jawi, Asas Ulum Syariah, Asas Akhlak Islamiah dan Sirah
Nabawiyah.
Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Modul Pengajaran Pendidikan Islam
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada mata pelajaran di
aliran perdana dan bertujuan untuk membantu guru menjalankan
pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau
membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.
Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian
prestasi murid.
Modul Pembelajaran Pendidikan Islam
Modul Pembelajaran Pendidikan Islam disediakan untuk kegunaan
murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji dan
mengukuhkan kefahaman murid untuk mencapai atau menguasai
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:
Kaedah Hafazan
Kaedah Amali
Pelbagai Unsur Terapi
Pembelajaran Masteri
7
Kaedah Perbincangan Pembelajaran Kolaborasi
Pendekatan Permainan
Belajar Melalui Bermain
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Pengalamian
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas, 2000)
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai
disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid
pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang
disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan
dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
8
PENTAKSIRAN SEKOLAHPentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran
murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu
memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan
atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak
sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan
item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan
aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala
tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS
mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan
standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
9
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan
masing-masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam.
Tafsiran Umum
TAHAP
PENGUASAAN
MAKSUD TAFSIRAN UMUM
1 Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.
6 Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
10
Beradab
Mithali
pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Mengetahui asas membaca Al- Quran,
mengetahui asas akidah, ibadah, adab,
sirah Rasulullah SAW dan mengenal huruf
jawi.
2
Memahami asas membaca Al-Quran,
memahami asas akidah, ibadah, adab,
sirah Rasulullah SAW dan mengecam huruf
jawi.
3 Mempamerkan kebolehan asas membaca
Al-Quran, melakukan asas ibadah, adab,
memahami asas akidah, sirah Rasulullah SAW
serta boleh membaca dan menulis jawi
4 Mempamerkan kemahiran membaca Al-Quran,
menghayati asas akidah, sirah Rasulullah
SAW, melaksanakan ibadah, adab tertentu
serta mampu membaca dan menulis jawi
5 Mengaplikasi kemahiran membaca Al-Quran,
menghayati asas akidah, sirah Rasulullah
SAW, mengaplikasi ibadah dan adab serta
mampu membaca dan menulis jawi dengan
baik
6 Mahir membaca Al-Quran, menghayati akidah
dan sirah Rasulullah SAW, mengamalkan
ibadah dan adab dalam kehidupan harian
serta mahir membaca dan menulis jawi
Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah
dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang
dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada
11
keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah
disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard
pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap
muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik
dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
penguasaan kemahiran, kebolehan dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai kefahaman murid dan bukan
hanya sekadar mengingat.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji adalah
pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
TILAWAH AL-QURAN
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
1.1 Menyebut dan membaca
kalimah berbaris satu di
atas dengan bacaan
panjang dan pendek
1.1.1 Membunyikan kalimah berbaris
satu di atas dengan bacaan
panjang dan pendek
1 Membunyikan huruf berbaris satu di atas dalam kalimah
2 Membunyikan huruf berbaris satu di atas dalam kalimah dengan bacaan panjang dan
pendek.
3
Menyebut dan membaca kalimah berbaris satu di atas dengan bacaan panjang dan pendek dengan panduan
4
Membaca kalimah berbaris satu di atas dengan bacaan panjang dan pendek dengan bertajwid
5
Membaca kalimah berbaris satu di atas dengan bacaan panjang dan pendek dengan bertajwid dan makhraj huruf yang betul
6
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
1.2 Menyebut dan membaca kalimah berbaris satu di bawah dengan bacaan panjang dan pendek
1.2.1 Membunyikan kalimah berbaris satu di bawah dengan bacaan
panjang dan pendek 1
Membunyikan huruf berbaris satu di bawah dalam kalimah
2 Membunyikan huruf berbaris satu di bawah dalam kalimah dengan bacaan panjang dan pendek.
3 Menyebut dan membaca kalimah berbaris satu di bawah dengan bacaan panjang dan
pendek dengan panduan
4
Membaca kalimah berbaris satu di bawah dengan bacaan panjang dan pendek dengan bertajwid
5
Membaca kalimah berbaris satu di bawah dengan bacaan panjang dan pendek dengan bertajwid dan makhraj huruf yang betul
6
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
1.3 Menyebut dan membaca
kalimah berbaris satu di
hadapan dengan bacaan
panjang dan pendek
1.3.1 Membunyikan kalimah berbaris
satu di hadapan dengan bacaan
panjang dan pendek
1 Membunyikan huruf berbaris satu di hadapan dalam kalimah
2
Membunyikan huruf berbaris satu di hadapan dalam kalimah dengan bacaan panjang dan pendek.
3
Menyebut dan membaca kalimah berbaris satu di hadapan dengan bacaan panjang dan pendek dengan panduan
4
Membaca kalimah berbaris satu di hadapan dengan bacaan panjang dan pendek dengan bertajwid
5
Membaca kalimah berbaris satu di hadapan dengan bacaan panjang dan pendek dengan bertajwid dan makhraj huruf yang betul
6
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
2.1 Membaca Surah
Al-Kafirun
2.1.1 Membaca ayat satu dan ayat
dua dengan betul
2.1.2 Membaca ayat tiga dan ayat
empat dengan betul
2.1.3 Membaca ayat lima dan ayat
enam dengan betul
2.1.4 Membaca keseluruhan Surah
Al-Kafirun dengan betul
1
Menyebut kalimah tertentu daripada surah Al- Kafirun
2 Menyebut kalimah demi kalimah mengikut turutan ayat yang betul
3 Membaca Surah Al- Kafirun secara talaqi musyafahah
4 Membaca Surah Al- Kafirun dengan betul
5 Membaca Surah Al- Kafirun secara tartil
6
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
2.2 Menghafaz Surah Al-Kafirun
2.2.1 Menghafaz ayat satu dan dua dengan betul
2.2.2 Menghafaz ayat tiga dan empat dengan betul
2.2.3 Menghafaz ayat lima dan enam dengan betul
2.2.4 Menghafaz keseluruhan Surah Al- Kafirun dengan lancar
1 Menghafaz ayat satu dan dua daripada Surah Al-Kafirun
2 Menghafaz ayat tiga dan empat daripada Surah Al-Kafirun
3 Menghafaz surah Al-Kafirun dari ayat satu hingga enam dengan bimbingan guru
4 Menghafaz Surah Al –Kafirun dengan betul
5 Menghafaz surah Al- Kafirun dengan lancar dan bertajwid
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
2.3 Membaca Surah Al- Kauthar
2.3.1 Membaca ayat satu Surah Al-Kauthar dengan betul
2.3.2 Membaca ayat dua Surah Al-Kauthar dengan betul
2.3.3 Membaca ayat tiga Surah Al-Kauthar dengan betul
2.3.4 Membaca keseluruhan Surah Al-Kauthar dengan betul
1 Menyebut kalimah tertentu daripada surah Al- Kauthar
2 Menyebut kalimah demi kalimah mengikut turutan ayat dengan betul
3 Membaca Surah Al- Kauthar dengan bimbingan guru
4 Membaca Surah Al- Kauthar dengan betul
5 Membaca Surah Al-Kauthar secara tartil
6 Membaca Surah Al- Kauthar secara tartil
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
2.4 Menghafaz Surah Al-Kautsar
2.4.1 Menghafaz ayat satu Surah Al-Kauthar dengan betul
2.4.2 Menghafaz ayat dua SurahAl-Kauthar dengan betul
2.4.3 Menghafaz ayat tiga SurahAl-Kauthar dengan betul
2.4.4 Menghafaz keseluruhan Surah Al- Kauthar dengan lancar
1 Menghafaz ayat satu daripada Surah Al- Kauthar
2 Menghafaz ayat satu dan dua surah surah Al- Kauthar
3 Menghafaz ayat satu hingga tiga Surah Al- Kauthar dengan bimbingan guru
4 Menghafaz Surah Surah Al- Kauthar dengan betul
5 Menghafaz surah Surah Al- Kauthar dengan lancar dan bertajwid
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
JAWI
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
3.1 Mengenal dan membaca perkataan mudah daripada suku kata terbuka
3.1.1 Mengenalpasti perkataan mudah daripada suku kata terbuka
3.1.2 Membaca perkataan mudah daripada suku kata terbuka dengan betul
1 Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka
2 Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka yang membentuk perkataan
3 Membatangkan perkataan mudah daripada suku kata terbuka dengan betul
4 Membaca perkataan mudah daripada suku kata terbuka dengan betul
5 Membaca perkataan mudah daripada suku kata terbuka dengan betul dan lancar
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
3.2 Mengenal dan membina perkataan mudah daripada suku kata terbuka dengan betul
3.2.1 Mengenalpasti perkataan mudah daripada suku kata terbuka
3.2.2 Membina perkataan mudah daripada suku kata terbuka dengan betul
1 Menyebut huruf yang membentuk ejaan perkataan daripada suku kata terbuka
2 Memadankan perkataan daripada suku kata terbuka dengan gambar
3 Menyusun suku kata terbuka membentuk perkataan bermakna berpandukan gambar
4 Memilih dan menyusun suku kata terbuka membentuk perkataan bermakna
5
Membina dan mengeja perkataan bermakna daripada suku kata terbuka dengan betul
6
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
4.1 Memahami konsep beriman kepada rasul
4.1.1 Menyatakan pengertian rasul
4.1.2 Menyatakan nama-nama rasul
4.1.3 Menyatakan tugas-tugas rasul
1 Menyatakan pengertian rasul
2 Menyebut pengertian dan nama-nama rasul
3 Menyatakan pengertian rasul, nama-nama dan tugasnya dengan panduan
4 Menyatakan pengertian rasul, nama-nama dan tugasnya tanpa panduan
5 Menyatakan pengertian rasul, nama dan tugasnya mengikut tertib
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
IBADAH
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
5.1 Memahami konsep beristinjak
5.1.1 Menyatakan pengertian istinjak
5.1.2 Menyatakan cara beristinjak
5.1.3 Menyatakan alat-alat beristinjak
5.1.4 Menyatakan kepentingan beristinjak
1 Menyebut pengertian beristinjak
2 Menyatakan alat-alat yang digunakan untuk beristinjak
3
Menyatakan pengertian beristinjak, alat-alat, cara melakukan dan kepentingannya
dengan panduan
4
Menyatakan pengertian beristinjak, alat-alat, cara melakukan dan kepentingannya tanpa panduan
5
Menyatakan pengertian beristinjak, alat-alat, cara melakukan mengikut tertib dan
kepentingannya dengan jelas
6
Menyatakan pengertian beristinjak, alat-alat, cara melakukan mengikut tertib dan
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
5.2 Memahami konsep bersuci daripada hadas kecil
5.2.1 Menyatakan pengertian hadas kecil
5.2.2 Menyatakan cara-cara
menyucikan diri daripada hadas kecil
5.2.3 Menyatakan faedah bersuci daripada hadas kecil
5.2.4 Menyatakan keburukan dan akibat tidak sempurna hadas kecil
1 Menyatakan pengertian hadas kecil
2 Menyatakan cara-cara menyucikan diri daripada hadas kecil
3
Menyatakan pengertian hadas kecil, cara-cara bersuci daripada hadas kecil, faedah bersuci dan akibat tidak sempurna bersuci daripada hadas kecil dengan bimbingan
4
Menyatakan cara-cara berwuduk dengan betul
Menyatakan faedah bersuci daripada hadas kecil yang sempurna dengan keburukan bersuci daripada hadas kecil yang tidak sempurna dengan betul
5
Menyatakan cara-cara bersuci daripada hadas kecil dengan sempurna
Membezakan antara faedah bersuci daripada hadas kecil dan keburukan tidak sempurna bersuci daripada hadas kecil
6
Menyatakan cara-cara bersuci daripada hadas kecil dengan sempurna dan istiqomah dalam kehidupan seharian Menceritakan faedah bersuci daripada
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
5.3 Memahami konsep bersuci daripada hadas besar
5.3.1 Menyatakan pengertian hadas besar
5.3.2 Menyatakan perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar
5.3.3 Menyatakan cara menyucikan diri daripada hadas besar
5.3.4 Menyatakan faedah bersuci daripada hadas besar
1 Menyatakan pengertian hadas besar
2 Menyatakan perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar
3
Menyatakan pengertian dan sebab hadas besar, cara menyucikan diri daripada hadas besar dan faedah bersuci daripada hadas besar dengan bimbingan
4
Menyatakanpengertian, sebab hadas besar dan cara-cara bersuci daripada hadas besar serta faedah bersuci daripada hadas besar tanpa bimbingan
5
Menyatakan pengertian, sebab hadas besar dan cara-cara bersuci daripada hadas besar serta faedah bersuci daripada hadas besar dengan betul
6
Menyatakan pengertian, sebab hadas besar dan cara-cara bersuci daripada hadas besar dengan sempurna dan istiqomah dalam kehidupan seharian Menerangkan faedah bersuci daripada
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
5.4 Memahami rukun solat 5.4.1 Menyatakan 13 rukun solat Berdiri betul bagi yang berupaya Niat
Takbiratul ihram
Membaca surah Al-Fatihah Rukuk
I’tidal Sujud
Duduk antara dua sujud Duduk tahiyyat akhir Membaca tahiyyat akhir
Membaca selawat ke atas nabi Memberi salam yang pertama Tertib
1 Menyebut 13 rukun solat dengan bimbingan guru
2 Menyebut 13 rukun solat tanpa bimbingan
3 Menyatakan 13 rukun solat dengan berpandu
4 Menyatakan 13 rukun solat dengan betul
5 Menyatakan 13 rukun solat dengan tertib
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYYAH
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
6.1 Memahami dan mengamalkan adab masuk dan keluar tandas
6.1.1 Menyatakan adab-adab masuk tandas
6.1.2 Menyatakan adab-adab keluar tandas
6.1.3 Menyatakan kelebihan beramal dengan adab masuk dan keluar tandas
6.1.4 Membaca doa masuk dan keluar tandas
1 Menyatakan hukum mengamalkan adab masuk dan keluar tandas
2 Menyatakan adab-adab masuk dan keluar tandas
3 Menyatakan adab-adab masuk dan keluar tandas serta kelebihan beramal dengannya
4
Menyatakan adab-adab masuk dan keluar tandas, kelebihan beramal dengannya serta membaca doa masuk dan keluar tandas dengan betul
5
Menyatakan adab-adab masuk dan keluar tandas, kelebihan beramal dengannya serta membaca doa masuk dan keluar tandas dengan betul dan istiqamah
6
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
6.2 Memahami dan mengamalkan adab masuk dan keluar rumah
6.2.1 Menyatakan adab-adab masuk rumah
6.2.2 Menyatakan adab-adab keluar rumah
6.2.3 Menyatakan kelebihan beramal dengan adab masuk dan keluar rumah
6.2.4 Membaca doa masuk dan keluar rumah
1 Menyatakan hukum mengamalkan adab masuk dan keluar rumah
2 Menyatakan adab-adab semasa masuk dan keluar rumah
3 Menyatakan adab-adab masuk dan keluar rumah serta kelebihan beramal dengannya
4
Menyatakan adab-adab masuk dan keluar rumah, kelebihan beramal dengannya serta membaca doa masuk dan keluar rumah dengan betul
5
Menyatakan adab-adab masuk dan keluar rumah, kelebihan beramal dengannya serta membaca doa masuk dan keluar rumah dengan betul dan istiqamah
6
SAW
Muhammad Menyatakan keturunan Nabi
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SIRAH AN-NABAWIYYAH
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
7.1 Mengetahui salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW
7.1.1 Mengetahui salasilah
keturunan Nabi Muhammad SAW
Abdullah Aminah Abu Talib Abdul Muttalib
7.1.2 Menyatakan keistimewaan keturunan Nabi Muhammad SAW
1 Menyatakan nama ibu dan bapa Nabi Muhammad SAW
2
3
Menyatakan hubungan nabi Muhammmad s.a.w dengan:
Menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW dan keistimewaan keturunan baginda dengan panduan
5
Menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad serta keistimewaan keturunan baginda secara ringkas
6
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….. PENGUASAAN TAHAP
TAFSIRAN
Murid boleh…..
7.2 Mengetahui peristiwa kelahiran Nabi
Muhammad SAW
7.2.1 Menyatakan peristiwa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW
7.2.3 Mengetahui sejarah kelahiran
1 Menyatakan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW (Rabiul Awal)
2 Menyatakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW
3 Menyatakan peristiwa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Rasulullah SAW
4
Menyatakan peristiwa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW serta sejarah kelahiran baginda dengan panduan guru
5
Menyatakan peristiwa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW serta sejarah kelahiran baginda secara ringkas
6
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA