• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf"

Copied!
1184
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PROSIDING

(3)

PROSIDING

KONFERENS KEBANGSAAN

PENDIDIKAN ABAD KE-21

6

7 OGOS 2016

(4)

Diterbitkan oleh:

Pejabat Pendidikan Daerah

Larut Matang dan Selama

Jalan Taming Sari

34000 Taiping

Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-808 4119

Faks: 05-808 0660

All right reserved © 2016 PPD Larut Matang dan Selama

No parts of this book may be reproduced in any form

by any electronic or mechanical means (including recording

or information storage and retrieval) without permission

in writing from the Director of Pejabat Pendidikan Daerah

Larut Matang dan Selama.

All papers in this proceedings were presented in

Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21

on 6 August

7 August 2016

at Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak.

National Library of Malaysia

Cataloguing Data-In-Publication

ISBN 978-967-14309-0-3

First Printing 2016 (e-Book)

Printed by:

(5)

JAWATANKUASA PENERBITAN PROSIDING

KONFERENS KEBANGSAAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

Penaung

Haji Aminudin Bin Mhd Nor, AMP., PPT Pegawai Pendidikan Daerah

Larut Matang dan Selama

Haji Mohd Sabri Bin Haji Md. Daud Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

Larut Matang dan Selama

Penasihat

Dr. Thiyagarajan a/l Annamalai

Pegawai School Improvement Partners ( SIPartner +)

Pasukan Editor

Encik Auzan Syauqi Bin Abdul Lateh Encik Amir Sayuti Bin Abdul Hanip

Cik Masitah Binti Khalid Cik Noor Mahaza Binti Mahmood

Pn. Latifah Hanam Bt. Ibrahim Dr. Thiyagarajan Annamalai

En. Razuan B. Majid Pn. Haton Bt. Idris Pn. Ruslinda Bt. Shari Pn. Marsitah Bt. Abu Bakar En. Mutharasan A/l S.Sellaya @Sellaiah

En. Thesok Kumar A/l Nagaratennam Pn. Vemala A/p Ganapathy En. Khairul Anuar B. Yang Ahmad

En. Ahmad B. Awang Long En. Veera Vijayan A/l Saminathan En. Mad Zahudi B. Mohamad Nor

Pn. Nur Hamidah Bt. Radzali Pn. Zarina Bt. Mohamed Yusuf

En. Raman B. Nusi Pn. Aida Bt. Abdul Hj. Zainal Arifin B. Mat Rejab

En. Maniappan A/l Kandan

Grafik dan Rekaan

Encik Auzan Syauqi Bin Abdul Lateh Encik Mohd Hafiz Bin Jamaluddin

Pengurus Penerbitan

(6)

DARI MEJA EDITOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

“Mendepani Cabaran Abad Ke

-21

merupakan tema yang dipilih bagi konferens yang

julung-julung kalinya diadakan. Tujuan utama konferens ini adalah untuk berkongsi

dan membincangkan tentang isu-isu dan cabaran semasa bagi menghadapi bentuk

dan corak pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21. Penerbitan buku

prosiding ini mengumpulkan hasil-hasil penulisan dan perkongsian ilmu secara ilmiah

untuk dijadikan bahan rujukan serta panduan bagi keperluan masa kini.

Pembentangan kertas kerja ini dikelaskan kepada tujuh sub-tema yang utama

berkaitan dengan pendidikan abad ke-21.

Kami mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Tuan Haji Aminudin Bin Mhd

Nor, Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama kerana memberi

kepercayaan sepenuhnya kepada pasukan kami yang merupakan salah satu tenaga

bagi menjayakan konferens ini. Penghargaan juga diberikan kepada penganjur

bersama konferens ini iaitu Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat

(MAYANG) Parlimen Taiping serta Institut Darul Ridzuan Perak. Kami juga

merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli

jawatankuasa utama yang terlibat serta para peserta dan pembentang yang

memberikan kerjasama jitu bagi menerbitkan buku prosiding ini.

Akhir kata, kami daripada jawatankuasa prosiding Konferens Kebangsaan Pendidikan

Abad ke-21 memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan

semasa buku prosiding ini dihasilkan. Segala kekurangan yang berlaku akan dijadikan

iktibar serta pengalaman yang bermakna untuk penambahbaikan pada masa

hadapan.

Auzan Syauqi Abdul Lateh

Pengurus Penerbitan

(7)

KANDUNGAN

Kata Pengantar

- Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

xvii

Ucapan Konferens

- Menteri Pendidikan Malaysia

xviii

- Pengarah Pendidikan Negeri Perak

xix

- Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat

xx

( MAYANG ) Negeri Perak

- Ketua Pegawai Eksekutif

xxi

Institut Darul Ridzuan Perak

BAHAGIAN 1

KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 1: Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

Kertas 1

1

Amalan Kepimpinan Instruksional Maya Dalam Kalangan Pengetua

Di Malaysia

Kertas 2

10

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Pengetua Dan Efikasi Kendiri

Guru Sekolah Menengah Di Malaysia

Kertas 3

31

Hubungan Antara Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dengan

Komitmen Guru Pendidikan Khas Integrasi Model Tingkah Laku

Kertas 4

50

Mengurus Perubahan: Kepimpinan Intruskional Pengetua Dalam

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sebuah

Sekolah Menengah Daerah Larut Matang Dan Selama:

(8)

Kertas 5

71

Pengaruh Kapasiti Kepimpinan Guru Terhadap Komitmen Kualiti

Pengajaran Guru-Guru Sekolah Berautonomi Di Malaysia

Kertas 6

83

Pengaruh Kepimpinan Lestari Terhadap Tingkah Laku Inovatif

Pengajaran Guru

Kertas 7

96

Perundangan Dalam Pendidikan: Kajian Kes Tentang Pengetahuan

Guru Besar Dan Pengetua Dalam Aspek Kecuaian Di Sekolah

Kertas 8

106

Pengaruh Kepemimpinan Instruksional Ke Atas Pembangunan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) : Satu Kajian Di Daerah

Hulu Perak

Kertas 9

127

Tanggapan Politik Organisasi Dan Impaknya Terhadap Sikap

Kerja Guru

BAHAGIAN 2

KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 2: Pembelajaran Abad Ke-21

Kertas 1

140

Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan

Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Berdasarkan Pengajaran

Dan Pembelajaran Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas 2

157

Aplikasi Teknik Flipped Classroom Sebagai Pemangkin Pembelajaran

Abad Ke-21

Kertas 3

172

(9)

Kertas 4

180

Design Thinking: Innovating For 21

st

Century Learning In Malaysia

Kertas 5

195

Jigsaw Dalam Pengurusan Kelas

Kertas 6

203

Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif

Untuk Meningkatkan Kecerdasan Pelbagai Murid Dalam

Pembelajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kertas 7

214

Learning English In 21

st

Century: Cubing Technique Enhancing

Pupils’ 4cs Skill

Kertas 8

225

Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek

Untuk Mengajar Kemahiran Abad Ke-21

Kertas 9

243

Penggunaan Flipped Classroom Untuk Meningkatkan Prestasi

Pelajar Melalui Professional Learning Community (PLC) Dengan

Kerjasama School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+)

Bagi Mata Pelajaran Matematik Sekolah Menengah

Kertas 10

251

Pembangunan Modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Dalam

Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah: Analisis Keperluan

Guru

Kertas 11

267

Pembudayaan Plc Di Smk Sungai Ara: Perkongsian Strategi Dan

Petua Pengurusan Program Oleh Penyelaras Plc

Kertas 12

279

(10)

Kertas 13

315

Sorotan Kajian Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Mata

Pelajaran Sejarah Di Abad Ke-21

Kertas 14

326

Tahap Keprihatinan Guru Dalam Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21,

Menggunakan CBAM

Kertas 15

350

Teknik 12 Secrets Of Creativity Dan Scamper: Ke Arah Inovasi

Media Pengajaran Dan Interaksi Dalam Bilik Darjah Abad Ke-21

BAHAGIAN 3

KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 3: Polisi Pendidikan

Kertas 1

367

Persepsi Pelajar Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Dalam Program Dwisijil (SPMRSM IGCSE)

BAHAGIAN 4

KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 4: Kurikulum

Kertas 1

382

Analisis Makna Leksis “Bagaton” Menggunakan Pendekatan

Semantik Ranah Bersumberkan Data Korpus Bahasa Melayu

Kertas 2

398

Effects Of E-Signnet On Learning Malaysian Sign Language

Among Hearing Impaired Students

Kertas 3

411

(11)

Kertas 4

426

Faktor Yang Mempengaruhi Peningkatan Prestasi Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Ekonomi Asas

Kertas 5

435

From Pixar Shorts To Writing: Taking A Shot At Motivating The

Struggling Writers

Kertas 6

448

Hands On Visual" And 4cs To Increase The Proficiency Level On

Prepositions

Kertas 7

460

Kadbifir : Inovasi Sifir Dan Aplikasi Pendaraban

Kertas 8

467

Kaedah Kad Sifir Jawi Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca

Perkataan Yang Mengandungi Suku Kata KVK Dalam Kalangan

Murid Pemulihan Jawi

Kertas 9

476

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Berintegrasikan

Pendekatan Model Stad Terhadap Pencapaian Murid Dalam

Pepejal Geometri

Kertas 10

488

Keberkesanan Penggunaan Maths Drawing Kit (MDK) Dalam

Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Dalam Kalangan

Murid Tingkatan 3

Kertas 11

508

(12)

Kertas 12

521

Kesan Pengajaran Berbantukan Origami Dalam Pencapaian

Geometri Dan Sikap Terhadap Pembelajaran Topik Ruang

Murid-Murid Tahun 3

Kertas 13

542

Learning Trigonometry Using GeoGebra Learning Module: Are

Under Achiever Pupils Motivated?

Kertas 14

551

Masalah Penyesuaian Tingkah Laku Murid Prasekolah

Kertas 15

567

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Berjadual Dalam

Pengajian Am STPM Melalui Kaedah “Pecah Ikut Perintah”

Bagi Pelajar 6 Atas Batutta

Kertas 16

581

Meningkatkan Kemahiran Menolak Pecahan Wajar Yang

Berbeza Penyebutnya Sehingga 10 Melalui Kaedah

Geolight

Kertas 17

596

Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf-Huruf Jawi Dalam

Kalangan Murid Tahun 4 Bestari SK Taman Desaminium

Menggunakan Kad

‘Jawi

-

Senang Ingat’ (J

-Si)

Kertas 18

613

Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Bacaan Tahiyyat Akhir

Kertas 19

631

Pembangunan Modal Insan Melalui Pelaksanaan Sistem

Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Permainan

Kertas 20

640

(13)

Kertas 21

660

Pendidikan Informal Dalam Kemahiran Melukis ‘Seni Kolam’

Mempengaruhi Perilaku Murid

Kertas 22

678

Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Matematik Berbantukan

Program Persekitaran Pengajaran Maya Frog (Frog Vle)

Kertas 23

697

Pengajaran Nyanyian Lagu Bertemakan Kebersihan Tahap 1

Mata Pelajaran Dunia Muzik

Kertas 24

717

Pengajaran Puisi Tradisional Dalam Pendidikan Abad 21

Kertas 25

738

Pengaruh Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran

Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah

Kertas 26

752

Pengaruh Kebudayaan Dalam Pembentukan Karya Seni Murid

Penan Di Sarawak

Kertas 27

759

Pengaruh Persepsi Diri Dan Sokongan Sosial Terhadap

Determinasi Kendiri Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Vokasional (MPV)

Kertas 28

776

Penggunaan Bahan Manipulatif Magic Math Bagi

Meningkatkan Kemahiran Penambahan Dengan Mengumpul

Semula Dalam Kalangan Murid Tahun 2

Kertas 29

792

(14)

Kertas 30

808

Penilaian Pelaksanaan Program I-Think Oleh Guru-Guru Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Satu Tinjauan

Awal

Kertas 31

816

Peningkatan Dalam Penglibatan Murid Semasa Pembelajaran

Dan Pengajaran Matematik Memberi Impak Positif Kepada

Kemahiran Berfikir Murid

Kertas 32

827

Program Quantum Learning

Tiga Bulan Dapat Membaca

Kertas 33

860

Proses Reka Bentuk Model Pentaksiran Pembelajaran bagi

Permainan Kategori Serangan Dalam Pendidikan Jasmani

Tahun 4

Kertas 34

875

Strategi Pembentukan Simpulan Bahasa Besar Kepala Mengikut

Acuan Teori Blending

Kertas 35

886

The Effectiveness Of Using Illustration In Enhancing The

Understanding Of Poems Among Year 5 Pupils

Kertas 36

903

Variasi Aliran Tematik Dalam Unit Pendahuluan Penulisan

Karangan

Kertas 37

919

(15)

BAHAGIAN 5

KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 5: Pentaksiran

Kertas 1

939

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Keberhasilan Program

Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Kertas 2

953

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Pembinaan Kerangka

Model Kesediaan Guru Pendidikan Kesihatan-Seksualiti Pendidikan

Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran Sekolah

Rendah Di Malaysia

Kertas 3

973

Penilaian Pelaksanaan KSSR Modul Teras Tema Dunia

Sains & Teknologi (DST) Tahun 2

BAHAGIAN 6

KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 6: Pendidikan Guru

Kertas 1

995

Kajian Keberkesanan Kursus Unit Berunifom Di Salah Sebuah

Institut Pendidikan Guru Zon Utara: Tinjauan Dari Perspektif

Guru Permulaan

Kertas 2

1010

Kompetensi Pengajaran Guru Di Sebuah Sekolah Di Negeri Perak

Kertas 3

1017

(16)

Kertas 4

1032

Peluang Dan Kesediaan Terhadap Penggunaan Persekitaran

Pembelajaran Maya (Edmodo) Dalam Kalangan Pensyarah

IPG: Satu Analisis Fuzzy Delphi

Kertas 5

1048

Pendidikan Abad Ke-21: Peranan Bina Insan Guru (BIG) Dalam

Menyediakan Guru Beraras Tinggi

BAHAGIAN 7

KERTAS PEMBENTANGAN

Sub-Tema 7: Coaching Dan Mentoring

Kertas 1

1067

Amalan Dan Pendekatan Bimbingan Mentoring Dalam Program

Bina Insan Guru Serta Impaknya Terhadap Kualiti Siswa Guru

Kertas 2

1081

Bimbingan Sipartner Terhadap Kepimpinan Pengetua Di Negeri

Sabah

Kertas 3

1097

Persepsi Guru Dibimbing (Gdb) Terhadap ‘Coaching & Mentoring’

Oleh School Improvement Specialist Coaches+ (Sisc+)

Kertas 4

1114

Refleksi Guru Terhadap Bimbingan Sisc+ Dalam Usaha

Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Dan Pengajaran

Kertas 5

1126

(17)

Kertas 6

1139

Tinjauan Tanggapan Pemimpin Sekolah Terhadap Coaching

Kepimpinan Dan Impaknya Oleh Sipartner+ Ppd Tampin,

Negeri Sembilan

BAHAGIAN 8

RUJUKAN

Jawatankuasa Induk

1155

(18)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Terlebih dahulu marilah kita merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w,t kerana

dengan izinnya Konferens Kebangsaan Pendidikan abad 21 dapat dijalankan dengan

baik dan seterusnya memberi laluan kepada saya untuk menyampaikan intipati

Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke 21 .

Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke 21 ini adalah anjuran bersama MAYANG

dan Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Tema konferens iaitu Mendepani Pendidikan

Abad ke-21 dipilih kerana perkembangan pendidikan masa kini menuntut para

pemimpin dan pendidik bertindak lebih imaginatif, proaktif dan kreatif dalam memimpin

dan mendidik anak murid dalam abad ke-21.

Penganjuran konferens ini akan membolehkan para pemimpin dan pendidik dari

seluruh Malaysia membentangkan kajian dan amalan terbaik mereka dalam

memimpin dan mendidik anak murid dalam abad ke 21. Dengan cara ini, mereka boleh

berkongsi hasil kajian dan amalan terbaik mereka dengan rakan sekerja dari sekolah

lain dan seterusnya meningkatkan kepimpinan dan pembelajaran murid di semua

sekolah terutamanya di daerah LMS. Melalui konferens seperti ini juga diharapkan

peserta akan memperoleh ilmu terkini yang relevan dengan tugas dan tanggungjawab

mereka. Tema yang dipilih untuk konferens ini ialah Mendepani Cabaran Pendidikan

Abad ke-21. Konferens ini diharapkan menjadi medan perkongsian dan percambahan

ilmu, maklumat, pengalaman dan amalan terbaik antara pendidik dan penyelidik dari

Malaysia.

Di harapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan kerjasama yang jitu bagi

menjayakan konferens ini. Lakukan yang terbaik agar ia membawa impak yang

bermakna kepada usaha murni ini.

Selamat Maju Jaya

HJ. AMINUDIN BIN MHD NOR

Pegawai Pendidikan Daerah

Larut Matang dan Selama

Ka

ta Pe

nga

(19)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini memasuki

Gelombang Kedua (2016-2020) dengan memberi penekanan kepada memacu

peningkatan sistem. Bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi

pendidikan ini, inisiatif yang diambil oleh Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang

dan Selama (PPD LMS) untuk mengadakan konferens ini adalah satu usaha yang

tepat dan patut dipuji. Melalui persidangan ini diharap dapat menerbitkan

amalan-amalan terbaik yang boleh dikongsi bersama setelah terungkainya isu-isu yang

menghalang kelicinan dan keberkesanan atau keberhasilan dalam usaha

melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Sejajar dengan tema konferens pendidikan iaitu

Mendepani Cabaran Pendidikan

Abad Ke-

21”,

semua warga pendidik baik dalam kalangan pentadbir maupun

guru-guru amat dituntut supaya dapat berkolaborasi dalam menangani sebarang isu

pendidikan dan sentiasa membudayakan amalan terbaik dalam kepimpinan dan juga

pembelajaran. Untuk melahirkan `

A Great School’,

pemimpin sekolah perlu

mengamalkan strategi dan gaya kepimpinan terbaik dalam mengurus sekolah di

samping mampu menjalin hubungan yang baik dengan subordinat, murid, ibu bapa

dan masyarakat. Saya yakin apabila semua pihak faham dan melaksanakan peranan

dan tanggungjawab masing-masing dengan baik, usaha menyediakan generasi muda

secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21 akan menjadi kenyataan.

Akhir kata, bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, setinggi-tinggi syabas dan

tahniah saya ucapkan kepada PPD LMS dan juga kepada semua pihak yang telah

menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menzahirkan Konferens Kebangsaan

Pendidikan Abad 21 ini.

Selamat Maju Jaya.

YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID

Menteri Pendidikan Malaysia

Ucapa

n Ko

nfer

(20)

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya tujukan kepada Jawatankuasa

Pengelola Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21 atas penganjuran

konferens ini. Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang

telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan penganjuran konferens

ini.

Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 dibentuk supaya relevan dan koheran dengan

keadaan pada masa ini dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan

berdasarkan senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan

teknologi dunia.

Pengisian Pendidikan Abad Ke-21 adalah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik

supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa warganegara

Malaysia. Modal insan abad ke-21 yang kita lahirkan mestilah dapat menangani

cabaran yang akan dibawa oleh arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta

berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak

dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan semua warga pendidik untuk terus

merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 di

Malaysia.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA

HAJI ROZI BIN PUTEH ISMAIL

Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Ucapa

n Ko

nfer

(21)

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Jawatankuasa Pelaksana Majlis Konferens Pendidikan Abad 21 kerana memberikan

ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini.

Sesuai dengan objektif konferens, iaitu untuk menggalakkan perkongsian idea atau

amalan baru dalam dunia pendidikan di abad ke 21 dalam kalangan warga pendidik,

pihak kerajaan amat berkeyakinan tinggi bahawa usaha murni ini amat penting dalam

membantu kerajaan ke arah pembangunan masyarakat berilmu dalam menjayakan

transformasi pendidikan negara kita.

Pada hari ini, peranan guru dalam masyarakat maju begitu mencabar dan sentiasa

terbuka kepada pelbagai kritikan. Peranan guru tradisional yang tertumpu kepada

menyampaikan maklumat atau pengetahuan dilihat kurang sesuai dalam mendepani

arus globalisasi Negara Malaysia yang bercita-cita menjadi negara berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan modal insan yang benar-benar berkualiti

dan kompeten.

Oleh itu, peranan guru amat vital dan penting dalam mengembleng tenaga untuk

membentuk masyarakat yang berilmu, progresif, saintifik, berakhlak dan berdaya

saing. Bidang pendidikan sebagai satu rangka dalam membentuk sebuah negara

madani amat perlu dititkberatkan. Di sini, golongan guru perlu meningkatkan karisma

masing-masing melalui pengetahuan dan keilmuannya yang berkembang pesat, di

samping mengangkat martabat dirinya sebagai golongan intelek yang dihormati dalam

masyarakat.

Akhir kata, bagi pihak kerajaan Malaysia saya mengharapkan barisan pendidik di

negara kita akan sentiasa meneruskan azam, tekad dan iltizam yang jitu dalam

mendidik anak bangsa kita. Kualiti anak didik pada hari ini menjadi penentu kepada

corak pentadbiran negara pada masa hadapan.

Selamat Maju Jaya.

DATO’ HAJI AHMAD SHALIMIN BIN AHMAD SHAFFIE

Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat ( MAYANG )

Parlimen Taiping

Ucapa

n Ko

nfer

(22)

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Perkembangan pendidikan masa kini menuntut para pendidik bertindak lebih

imaginatif, proaktif dan kreatif berasaskan murid menerusi pembelajaran kolaboratif

terarah perkongsian idea atau amalan baru. Guru merupakan sasaran utama dalam

usaha meningkatkan kualiti instruksional melalui kaedah pembangunan Professional

Learning Community (PLC) dan profesionalime guru yang lebih kontekstual.

Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan atau PPPM 2013-2025 merupakan

pernyataan jelas tekad kerajaan ke arah matlamat Malaysia pada alaf baru. Melalui

transformasi pendidikan, kita harap dapat melahirkan generasi muda modal insan

yang utuh pegangan agama beretika,mahir dan cekap dalam pelbagai kerjaya,

pengamal IT dalam segala urusan kerja dan komunikasi,berfikiran kreatif dan

inovatif,tegas dan efektif dalam kepimpinan dan membuat keputusan serta bersifat

patriotik terhadap negara kita Malaysia.

Dalam konteks ini, Persidangan Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad ke-21 yang

bertemakan Mendepani Cabaran Pendidikan Abad ke-21 amat bertepatan dengan

hasrat kerajaan dan menjadi platfom terbaik para pendidik membedah dan memeriksa

PPPM tersebut supaya dapat memperkemas dan memastikan pelaksanaannya lebih

berkesan.

Harapan saya agar semua kertas kerja yang dibentangkan kelak akan menghasilkan

dapatan dan idea baru yang mampu membantu secara efisyen melonjak transformasi

pendidikan negara sebagaimana termaktub dalam PPPM tersebut.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur persidangan

ini dan selamat bersidang kepada pembentang kertas kerja serta para peserta

sekalian.

Terima Kasih.

DR MAZALAN BIN KAMIS

Ketua Pegawai Eksekutif

Institut Darul Ridzuan Perak

Ucapa

n Ko

nfer

(23)

BAHAGIAN 1

KERTAS PEMBENTANGAN

SUB-TEMA 1

(24)

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL MAYA DALAM KALANGAN PENGETUA DI MALAYSIA

Mat Rahimi Yusof

matrahimiy@gmail.com

Zahari Ahmad

zahari.ahmad65@gmail.com

SMK Penarek, Setiu, Terengganu Mohd Yusri Ibrahim

yusri@umt.edu.my

Pusat Pendidikan Asas dan Liberal Universiti Malaysia Terengganu ABSTRAK

Aspirasi kerajaan dalam PPPM (2013-2025) antaranya adalah menempatkan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pengintegrasian ICT dan teknologi mudah alih dalam menjalankan fungsi kepimpinan di sekolah menjadikan tugas dan tanggungjawab pengetua abad ke-21 semakin mencabar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap amalan kepimpinan instruksional maya dalam kalangan pengetua di Malaysia. Kajian tinjauan secara rentasan ini melibatkan 352 responden dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Data kajian dikumpul menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian AMOS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan persepsi guru menunjukkan amalan kepimpinan instruksional maya berada pada tahap yang tinggi (min=3.78, sp=0.06). Dapatan juga menunjukkan semua fungsi kepimpinan instruksional maya yang dicadangkan boleh diterima dengan nilai outer loading iaitu (OL = 0.67 hingga 0.85, CR = 0.92, AVE = 0.60).

(25)

PENDAHULUAN

Kerajaan telah meletakkan hala tuju yang jelas agar sistem pendidikan negara kita bertaraf dunia 2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013a) di samping berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Unit Perancang Ekonomi, 2012). Hasrat ini berjaya sekiranya negara berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti. Bagi merealisasikannya, sekolah, pemimpin sekolah dan guru berperanan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyiddin, 2013). Oleh itu, pengetua berperanan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan di sekolah (P. Hallinger, 2011; Rome & Hallinger, 2012). Ini adalah kerana banyak kajian berkaitan kepimpinan mendapati pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi termasuk organisasi sekolah (Stogdil, 1974, Edmond, 1979, Glickman, Gordon, Rose Gordon, Christie, 2004 ; Marzeno, Water, Mc Nulty, 2005; Suhaimi, Zaidatol ,2007; Bitty, Ahmad, Ramlee, Mohammad Sani, 2008; Nor Asikin, 2009;Glickman, Gordon, Rose Gordon, 2009; Hollinger, 2008, 2011, Yusri 2012; Yusri, 2014b). Kini, dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) peranan pemimpin instruksional menjadi semakin mudah. Teknologi membolehkan pengetua dapat mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam menjalankan fungsi kepimpinan instruksional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap amalan kepimpinan instruksional secara maya dalam kalangan pengetua di Malaysia.

Definisi Kepimpinan Instruksional Maya

Perbahasan mengenai kepimpinan instruksional sejak tahun 1970-an hingga kini masih tidak berkesudahan sama ada dalam kalangan penyelidik barat (Glasman , 1984; Hollinger, 1985; Murphy, 1985; Hollinger dan Murphy, 1985; Bas, 2012) atau penyelidik tempatan (Yusri,2012,2013,2014; James dan Balasandran, 2009; Nor Azni, 2013;2014). Namun dapat dirumuskan, kepimpinan instruksional boleh didefinisikan sebagai tingkah laku atau perbuatan pengetua yang bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP), meningkatkan kompetensi pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian akademik.

Kini, perkembangan pesat teknologi ICT telah mempengaruhi para sarjana dalam mendefinisikan kepimpinan instruksional. Kepimpinan instruksional bukan sahaja menetapkan matlamat sekolah, menyediakan sumber untuk pembelajaran, mengurus kurikulum, mengawal rancangan pengajaran serta membuat penilaian guru. Bahkan kepimpinan instruksional perlu diaplikasikan dengan menggunakan teknologi terkini dalam tingkah laku kepimpinan instruksional mereka (Lashway, 2002). Berasaskan definisi kepimpinan instruksional abad ini, kepimpinan instruksional maya dalam kajian ini bermaksud tingkah laku pengetua yang mengintegrasikan teknologi mudah alih dalam menjalankan fungsi kepimpinan instruksional.

Isu-isu Dalam Kepimpinan Instruksional

(26)

(1985,1987), model Murphy (1990) dan model Weber (1996). Impaknya pengetua menghadapi kekangan dalam mempraktikkan sepenuhnya fungsi kepimpinan instruksional (James & Balasandran, 2013; Rahimi & Yusri, 2014;Yusri & Aziz, 2015; Yusri, 2014b). Selain itu, isu berkaitan lambakan tugas pentadbiran yang berlarutan sehingga kini juga menjadi kekangan dalam menjalankan fungsi kepimpinan instruksional sepenuhnya. Dengan pelbagai komitmen terhadap tugas pentadbiran (Bity, Ahmad, Ramle, &Sani Ibrahim, 2010; Jamelaa& Jainabee, 2011; Yusri & Aziz, 2013; Yusri, 2012; Suhaimi & Mazlan, 2013) menyebabkan pengetua kekurangan masa untuk menjalankan fungsi kepimpinan instruksional, meluangkan sedikit masa untuk mengajar, menyelia dan mencerap pengajaran (Abdul Ghani, Abd. Rahman , & Ngang, 2008; Aniza & Zaidatol, 2013; Azlin et al., 2013; Yusri, Aziz, & Shaladin, 2012; Yusri , 2014a,Shahril & Faizal, 2010).

Kajian penyelidik era ini menunjukkan 60 hingga 68 peratus masa pengetua digunakan untuk tugas-tugas pentadbiran (Azlin, Jamalullail, Izham, & Norhayati, 2011;2013; Hamzah, Wei, Ahmad, & Mansor, 2013) seperti menghadiri mesyuarat, seminar, melayan tetamu dan tugas pentadbiran lain (Bity, Ahmad, Ramle, &Sani Ibrahim, 2010; Jamelaa& Jainabee, 2011; Yusri & Aziz, 2013; Yusri, 2012; Suhaimi & Mazlan, 2013). kesibukan ini menjejaskan komunikasi yang efektif pengetua dan guru yang boleh meningkatkan kompetensi pengajaran guru (Ariffin & Robiah, 2002; Mohd Sani, Zabidi Abdul, 2013; Sathiamoorthy, 2012; Supyan, 2014; T.Teviana, 2011). Pengetua jarang berbincang dan memberi bimbingan kepada guru berkaitan pengajaran (Arsaythamby & Komuji, 2013). Pengetua perlu dengan memberi bimbingan, nasihat, bantuan, sokongan dan dorongan kepada guru (Bas, 2012; Norashikin, Ramli, 2013).

Kajian juga menunjukkan pengetua atau guru besar yang lebih menumpukan kepimpinan instruksional berbanding pentadbiran dapat meningkatkan pencapaian murid sehingga 20 peratus (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013b). Oleh sebab itu pengetua dicadangkan agar menjalankan fungsi kepimpinan instruksional secara maya terutamanya ketika mereka tidak berada di sekolah.

TUJUAN KAJIAN

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap amalan kepimpinan instruksional maya dalam kalangan pengetua di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara rentasan. Populasi kajian ini adalah guru-guru sekolah menengah harian biasa, sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah menegah teknik (SM TEKNIK) dan sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada. Dengan menggunakan soal selidik

(27)

Data dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan program AMOS 22. Bagi mengesahkan faktor yang dicadangkan, Comfirmatory Factor Analysis (CFA) dilakukan. Faktor yang dicadangkan boleh diterima sekiranya nilai outer loading > 0.708 (Hair,2012). Namun begitu, nilai outer loading≥ 0.4 boleh diterima sekiranya

nilai AVE mencapai nilai yang dicadangkan iaitu > 0.5 (Hair, 2012). Nilai composite realibility

> 0.708 adalah diterima (Hair et. al, 2012), nilai Average Variance Extracted (AVE) yang diterima dalam kesahan menumpu (convergent validity) pula adalah > 0.5 (Hair et. al, 2012; Zainuddin, 2014). Apabila nilai CR ±1.96 dan nilai signifikan p < 0.5, ia menunjukkan faktor yang dicadangkan menyumbang secara signifikan.

DAPATAN KAJIAN

Responden terdiri daripada 110 orang atau 31.3% adalah guru lelaki dan 242 orang atau 68% adalah guru perempuan sekolah menengah di Malaysia. Daripada segi kelayakan akademik pula, majoriti responden adalah pegang ijazah sarjana muda iaitu seramai 292 orang atau 83% diikuti ijazah sarjana seramai 47 orang atau 13.4%.Selebihnya adalah pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan sijil atau diploma. Manakala dalam aspek amalan komunikasi maya di sekolah, semua sekolah yang dikaji mempunyai akaun rasmi kumpulan WhatsApp dan Telegram. Berbeza dengan penggunaan facebook, laman web atau portal hanya 96.3% penggunaannya di sekolah.

Bagi mengesahkan fungsi atau dimensi yang disumbangkan oleh item-item seperti yang dicadangkan analisis pengesahan faktor (CFA) dilakukan. Dapatan menunjukkan semua fungsi kepimpinan instruksional maya yang dicadangkan boleh diterima dengan nilai

factor loading iaitu (FL = 0.67 hingga 0.85, CR = 0.92, AVE = 0.60). Begitu juga dengan dimensi yang dicadangkan boleh diterima dengan nilai factor loading (0.80-0.91).Fungsi mengintegrasikan teknologi mudah alih diterima sebagai fungsi baharu dalam kepimpinan instruksional maya. Dapatan juga menunjukkan pengetua mengamalkan 41tingkah laku kepimpinan instruksional maya .

Dalam konteks amalan kepimpinan instruksional maya pula, secara keseluruhannya persepsi guru menunjukkan pengetua mengamalkan kepimpinan instruksional maya pada tahap yang tinggi dengan nilai (min=3.78, sp=0.06). Jadual 1berikut memaparkan tahap amalan kepimpinan instruksional maya pengetua di Malaysia.

Jadual 1: Tahap amalan kepimpinan instruksional maya

Fungsi N Min SP Tahap

Menetapkan Matlamat Sekolah 352 3.64 0.05 Sederhana

Menjelaskan Matlamat Sekolah 352 3.68 0.06 Tinggi

Menyelia dan Menilai Pengajaran 352 3.62 0.06 Sederhana

Memantau Kemajuan Murid 352 3.76 0.05 Tinggi

Mengintegrasikan Penggunaan Teknologi Mudah Alih 352 3.97 0.06 Tinggi

Memberi Insentif Kepada Guru 352 3.93 0.06 Tinggi

Memberi Insentif Kepada Murid 352 3.99 0.05 Tinggi

Melibatkan Sokongan Komuniti 352 3.64 0.06 Sederhana

(28)

Petunjuk penetapan tahap: min 1.00 - 2.33rendah, min 2.34 - 3.67 sederhana, min 3.68 - 5.00 tinggi.

Sumber: Modifikasi daripada Bahagian perancangan pendidikan dan dasar pendidikan, 2006. Berdasarkan jadual 3 di atas, persepsi guru juga menunjukkan fungsi memberi insentif kepada murid (min=3.99, sp=0.06) mencatat min tertinggi diikuti oleh fungsi mengintegrasikan penggunaan teknologi mudah alih (min=3.97, sp=0.06),memberi insentif kepada guru (min=3.95, sp=0.06), memantau kemajuan murid (min = 3.71, sp = 0.05) dan menjelaskan matlamat sekolah (min = 3.68, sp = 0.06). Manakala fungsi-fungsi, menetapkan matlamat sekolah (min=3.64, sp=0.05), melibatkan sokongan komuniti (min=3.64, sp=0.06) serta menyelia dan menilai pengajaran (min=3.62, sp=0.06) berada pada tahap yang sederhana.

Perbincangan

Secara keseluruhannya dapatan menunjukkan pengetua mengamalkan lapan fungsi dan 41 tingkah laku kepimpinan instruksional maya .pada tahap yang tinggi. Dapatan ini bermaksud pengetua melaksanakan fungsi kepimpinan instruksional maya secara kerap dan sangat kerap. Kesibukan pengetua dengan tugas pentadbiran bukan lagi isu yang menghalang mereka daripada menjalankan fungsi sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Penerimaan fungsi mengintegrasikan teknologi mudah alih (MiTM) yang turut mendapat min tertinggi memberi isyarat yang jelas bahawa amalan kepimpinan instruksional sudah pun diaplikasikan secara maya.

Dalam konteks kajian ini, fungsi MiTM bermaksud pengetua menekankan amalan komunikasi maya seperti whatsApp dan telegram, penggunaan portal dan laman web sekolah, menggalakkan guru-guru berkongsi maklumat secara atas talian seperti menggunakan google drive atau dropbox, menggalakkan guru-guru menggunakan telefon pintar untuk mengakses bahan pengejaran, menggalakkan guru-guru menggunakan perisian interaktif untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan melengkapkan teknologi internet dan teknologi tanpa wayar di sekolah. Dapatan ini sekali gus membenarkan dapatan penyelidik sebelum ini yang mendapati pengetua mengintegrasikan ICT dalam pengurasan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (Mohd Yusri 2012), mengamalkan kepimpinan teknologi (Jamil, 2011, Leong, 2010; Nordin & Norazah, 2011) dan menggunakan komunikasi digital seperti e-mel, mms dan sms antara warga sekolah dan pihak luar pada tahap yang tinggi(Zaiton & Hamidon, 2014)

Bagi dimensi membentuk iklim sekolah yang positif, persepsi guru menunjukkan pengetua mengamalkannya pada tahap yang lebih tinggi berbanding dengan dimensi dan mengurus program instruksional dan mendefinisikan matlamat sekolah Dapatan ini menunjukkan bahawa pengetua mementingkan iklim sekolah yang kondusif dan mengurus program instruksional secara berkesan di samping memperkasakan matlamat sekolah. Fungsi memberi insentif kepada murid mencatat min tertinggi berbanding memberi insentif kepada guru dan melibatkan sokongan komuniti. Dapatan ini memberi isyarat yang jelas kepada kita, walaupun pengetua sibuk dengan pelbagai komitmen namun dengan komunikasi maya pengetua masih dapat melaksanakan fungsi kepimpinan instruksional.

(29)

penjaga, menggalakkan guru-guru memberi sumbangan kepada murid atas sumbangan dan pencapaian mereka dan menghebahkan kecemerlangan murid. Pengetua juga tidak melupakan guru dalam tindak-tanduk kepimpinan instruksional maya. Ini dibuktikan apabila guru memberi isyarat positif apabila fungsi memberi insentif kepada guru juga berada pada tahap amalan yang tinggi. Melalui fungsi ini, amalan kepimpinan instruksional maya pengetua dapat dilihat dengan jelas apabila tingkah laku memberi pujian kepada guru atas usaha dan prestasi mereka melalui sistem pesanan ringkas, whatsApp dan telegram

mendapat min paling tinggi.

Seterusnya bagi fungsi menyelia dan menilai pengajaran, persepsi guru menunjukkan pengetua mengamalkannya pada tahap yang sederhana. Dapatan ini membuktikan dalam kesibukan dengan tugas pentadbiran (Bitty Salwana, Ahmad Basri, Ramlee, & Mohammed Sani, 2010; James & Balasandran, 2013; Mohd Yusri, 2012) fungsi menyelia dan menilai pengajaran dapat dilakukan dengan kepimpinan instruksional maya. Berbeza dengan kepimpinan instruksional tradisional, kebiasaannya tugas menyelia dan menilai pengajaran didelegasikan kepada penolong kanan dan ketua bidang (Hallinger, 2005; Nor Azni, 2015). Walaupun penyeliaan secara maya melalui aplikasi seperti whatsApp

atau telegram namun pengetua masih berkemampuan untuk membimbing, memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada guru dalam meningkatkan kompetensi pengajaran mereka. Ini selaras dengan dapatan kajian Nor Azni (2015) yang mendapati tugas penyeliaan pengajaran dilaksanakan oleh pengetua yang mengamalkan kepimpinan instruksional. Selain itu, amalan ini menggalakkan komunikasi yang efektif antara pengetua dan guru setiap masa dan ketika

RUMUSAN

Berasaskan kepada perbincangan di atas, selain menyokong dapatan kajian penyelidik-penyelidik sebelum ini, dapatan kajian ini secara jelas menunjukkan pengetua di Malaysia telah mengamalkan kepimpinan instruksional secara maya. Amalan ini dapat dibuktikan apabila dapatan kajian menunjukkan semua sekolah yang dikaji mempunyai kumpulan

whatsApp atau telegram dan facebook rasmi sekolah.

Selain itu dapatan ini juga menunjukkan berlaku penambahbaikan terhadap teori kepimpinan instruksional yang sedia ada. Persepsi guru yang mengiktiraf fungsi kepimpinan instruksional maya adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam PPPM 2013-2025 untuk menempatkan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi di setiap sekolah dapat direalisasikan. Penerimaan amalan MiTM juga selari dengan anjakan ketujuh PPPM 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

(30)

RUJUKAN

Abdul Gani, A., Abd. Rahman, A. A., & Ngang, T. K. (2008). Pincang Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan (UKM), 33, 47– 60. Retrieved from http://www.ukm.my/jurfpend

Aniza, B., & Zaidatol Akmaliah, L. P. (2013). Amalan kepimpinan pengajaran mengikut kumpulan prestasi sekolah. In Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013) (pp. 346–353).

Ariffin Baa’da, & Robiah Sidin. (2002). Komunikasi Pengetua -Guru :Satu Analisis. Jurnal Teknologi, 37(E), 71 – 79.

Arsaythamby Veloo, & Komuji, M. M. A. (2013). Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 81–102.

Azlin Norhaini, M., Jamalullail, A. W., Hamzah, M. I. M., & Norhayati, Y. (2013). Aktiviti

Kepimpinan di Rantau Asia : Analisis Data Kajian TIMSS 2011. In Seminar Nasional Pengurusan danKepimpinan Pendidikan ke- 20. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Azlin Norhaini, M., Jamalullail, A. W., Mohd Izham, M., & Norhayati, Y. (2011). Aktiviti

Kepimpinan Pengetua di Asia Tenggara : Analisis Data Kajian TIMSS 2011. Bangi:

Fakulti Pendidikan UKM.

Bas, G. (2012). Correlation between School Principals’ Instructional Leadership Behaviours

and Teachers’ Organisational Trust Perceptions. Middle Eastern & African Journal of Educational Research, (1).

Bitty Salwana, A., Ahmad Basri, M. Y., Ramlee, M., & Mohammed Sani, I. (2010). Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan qamalan pengurusan sekolah menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 31 – 41.

Hallinger, P. (1985). Pricipal Instructional Magement Rating Scale, 0–6.

Hallinger, P. (2011). A Review of Three Decades of Doctoral Studies Using the Principal Instructional Management Rating Scale: A Lens on Methodological Progress in Educational Leadership. Educational Administration Quarterly, 47(2), 271–306.

Hamzah, M. I. M., Wei, Y., Ahmad, J., Hamid, A. H. A., & Mansor, A. N. (2013). Supervision

Practices and Teachers’ Satisfaction in Public Secondary Schools: Malaysia and China.

International Education Studies, 6. Retrieved from

http://pitt.summon.serialssolutions.com

Jamelaa Bibi, A., & Jainabee, M. K. (2011). Amalan Kepimpinan Instruksional dalam

(31)

Kannan, S., Sharma, S., & Zuraidah, A. (2012). Principal’s Strategies for Leading ICT Integration: The Malaysian Perspective. Creative Education, 3(December), 111–115. doi:10.4236/ce.2012.38b023

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013a). Pelan Pembangunan Pendidikan Malayisia 2013 - 2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013b). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 ( Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Sani, I., & Ahmad Zabidi, Abdul Razak, Husaina Banu, K. (2013). Smart Principals and Smart School. 13th International Educational Technology Conference, 103 (826-836).

Mohd Yusri, I. (2012). Model KepimpinanPengajaran Pengetua Efikasi dan Kompetensi Pengajaran. Universiti Malaysia Terengganu.

Mohd Yusri, I. (2014). Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11 – 25.

Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2014). Model Kepimpinan Maya Dan Prestasi Kerja Pemimpin Sekolah Malaysia: Perantaraan Oleh Komunikasi Dalam Kumpulan. In 2ND International Seminar Teaching Excellence And Innovation (Vol. 2, pp. 1–10). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Yusri, I., Aziz, A., & Mohd Shaladin, M. (2012). Kepemimpinan Pengajaran dan Kompetensi Pengajaran: Perantaraan Efikasi Pengajaran Guru. Journal of Tehnology. Mohd Yusri, I., & Wan Abdul Aziz, W. M. A. (2013). Membangunkan model modifikasi

kepimpinan pengajaranpPengetua. Trend of Busines and Social, 2, 94–109.

Muhamad, S. T., & Mazlan, M. (2013). Pengaruh dimensi kepimpinan instruksional pengetua terhadap komitmen kerja guru di sabah. In Seminar Kebangsaan Kali ke IV Majlis Dekan IPTA 2013 (pp. 449–457). Gombak: Universiti Islam Antarabangsa.

Muhyiddin, M. Y. (2013). Teks ucapan sambutan hari guru kali ke 42. Retrieved from http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002966.pdf Norashikin, A. B., Ramli, B., & Nurnazahiah, A. (2013). Kepimpinan pengajaran pengetua

dan kepimpinan guru. In Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013)

(pp. 419 – 430).

Rome, E., & Hallinger, P. (2012). Lessons from 30 Years of International Research Ministry of Education Asia Pacific Centre for Leadership and Change Leadership for 21st

(32)

Supyan, H. (2014). Kelestarian Insan Dan Bahasa Dalam Arus Telekomunikasi Global. Batu Pahat. Retrieved from http://supyanhussin.files.wordpress.com/2014/04/kelestarian insan-dan-bahasa-supyan2.pdf

T.Teviana. (2011). Pengaruh Gaya Kepemimpinan Dan Komunikasi Intern Terhadap Efektivitas Kerja Pegawai Pada RS. Estomihi Medan. Jurnal Keuangan & Bisnis, 3(3), 200–2011.

Zainuddin, A. (2014). A Handbook on SEM For Academicians and Practioners. Bandar Baru Bangi: MPWS Rich Resources.

Zaiton, I., & Hamidon, A. R. (2014). Amalan Kepimpinan Teknologi dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Pentadbir Sekolah. In

(33)

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI PENGETUA DAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Shafinaz A. Maulod

finazmaulod@gmail.com

Chua Yan Piaw Hussein Ahmad

Shahrin Alias

Institut Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya ABSTRAK

Pengetua merupakan penggerak utama dalam menjamin mutu kecemerlangan sekolah. Keupayaan pengetua mempengaruhi guru melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang bagi mencapai matlamat sekolah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan kecerdasan emosi pengetua dalam mempengaruhi efikasi kendiri guru. Kecerdasan emosi pemimpin sekolah pada masa kini sangat diperlukan memandangkan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan yang memerlukan sekolah dipimpin oleh pengetua yang mampu mengawal dan mengurus emosi dengan berkesan. Selain itu, pengetua perlu berperanan sebagai pemimpin instruksional untuk memotivasikan guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dilaksanakan dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 396 orang guru sekolah menengah kebangsaan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data kajian. Seterusnya, data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan efikasi kendiri guru berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhan serta bagi setiap dimensi yang diukur. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi efikasi kendiri guru berdasarkan faktor jantina dan umur manakala bagi faktor pengalaman mengajar guru tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik diperolehi. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara statistik, positif dan sederhana antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru. Peramal utama yang menggalakkan peningkatan efikasi kendiri guru adalah dimensi pengurusan kendiri pengetua (kecerdasan emosi pengetua). Pada keseluruhannya, implikasi kajian ini adalah penting bagi membantu melengkapkan guru serta pemimpin sekolah dengan pengetahuan berkaitan aspek psikologi, personaliti, kemahiran dan membina perhubungan positif bersama ahli dalam organisasi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang serta membentuk budaya sekolah berkesan dan terbilang.

(34)

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang paling penting dalam memainkan peranan ke arah melahirkan generasi akan datang bagi mendukung dan mentadbir negara dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang stabil. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa hadapan negara. Ini telah dijelaskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara di mana asas kepada titik permulaan dalam proses ini bermula dari sekolah dan untuk merealisasikan hasrat murni ini, kesemua ahli dalam organisasi sekolah merupakan sumber tenaga yang amat penting. Apabila bidang pendidikan dilihat sebagai salah satu faktor yang menentukan kejayaan bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara. Penambahbaikan yang telah dilakukan termasuklah pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP, 2006-2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta mutu pendidikan Malaysia agar seiring dengan kehendak pendidikan global bagi melahirkan sumber manusia yang berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi disamping berjaya menghadapi cabaran abad ke 21.

Sekolah dipimpin oleh seorang pengetua dan mempunyai ahli yang terdiri daripada guru serta pelajar. Guru memerlukan seorang pemimpin yang mampu menyuntik semangat dan motivasi untuk lebih efektif dalam pengajaran. Pelajar pula amat bergantung kepada guru bagi memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Sebelum seseorang guru itu komited dan bertindak beliau seharusnya mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Melalui kajian empirikal (Dibapile, 2012; Magno & Sembrano, 2008; Mohd Yusri dan Aziz, 2014; Richardson, 2011; You, Kim, & Lim, 2015; Yu-Liang, 2009;) telah berjaya membuktikan yang efikasi kendiri mempunyai hubungan yang positif dengan komitmen dan kejayaan guru di dalam mendidik pelajar dan seterusnya menghasilkan pencapaian sekolah cemerlang yang menjurus kepada keberkesanan sekolah.

Selain guru, pengetua juga merupakan pemimpin yang memainkan peranan penting dalam pencapaian kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah (Fullan, 2007; Hallinger, 2009). Kepimpinan selalunya berkaitan dengan kemahiran dan gaya kepimpinan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Di antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mengawal serta mengurus emosi yang membolehkan seseorang pengetua itu mempengaruhi guru melaksanakan tugasan pengajaran dengan berkesan disamping mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Sehubungan itu, kecerdasan emosi pengetua dan gaya kepimpinan pengetua yang berkesan sangat penting dalam menentukan tahap efikasi kendiri guru (Cagle & Hopkins, 2009). Keberkesanan sesebuah sekolah amat bergantung kepada guru yang dipimpin oleh pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan (Hussein Ahmad, 2007; Hussein Mahmood. 2008; Mazlan, 2000; Zaidatol Aklamiah, 2007) kerana sikap mereka adalah penentu kepada keberkesanan pelaksanaan sesuatu program.

PERNYATAAN MASALAH

(35)

melahirkan modal insan minda kelas pertama turut terjejas (PPPM 2013-2025). Ekoran dari pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan negara melalui reformasi dan transformasi pendidikan telah mengakibatkan tugas serta beban kerja mereka berbeza dari sebelumnya (PPPM 2013-2025). Perubahan peranan ini menyebabkan guru berfungsi bukan hanya sebagai tenaga pengajar dalam bilik darjah sahaja tetapi turut berperanan dalam hal berkaitan sekolah secara menyeluruh. Justeru itu guru perlu lebih cekap mengimbangi masa untuk mengajar dan melaksanakan tugasan tersebut selari dengan kehendak sistem pendidikan negara. Di sinilah perlunya seseorang guru itu untuk melengkapkan diri mereka dari segi mental dan fizikal agar akur dengan tuntutan tugasan mereka. Didapati juga, hanya 12% pengajaran guru disampaikan pada standard yang tinggi, manakala 38% lagi berada pada standard memuaskan dan 50% pengajaran guru disampaikan pada tahap tidak memuaskan (PPPM 2013-2025). Apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku? Atas keperluan dan permasalahan inilah pengkaji ingin mengetahui apakah yang mempengaruhi tahap efikasi kendiri guru dalam melaksanakan tugasan mereka agar dapat memenuhi kehendak dan harapan bagi menghasilkan mutu pengajaran yang berkualiti. Menurut Ahearn (2000) dan Karen (2005) kebanyakkan guru merasakan mereka perlu bertindak balas terhadap usaha serta gaya mereka mengajar, pengetahuan dan pedagogi untuk memenuhi keperluan pelajar dengan lebih berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Bandura (1997) pelopor dalam bidang efikasi kendiri, menyatakan tugas untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah bergantung kepada bakat dan efikasi kendiri guru. Tambahan pula efikasi kendiri seperti yang ditakrifkan oleh beliau adalah kepercayaan seseorang tentang kebolehannya untuk menjalankan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan keputusan yang diharapkan kerana kejayaan seseorang guru merupakan petunjuk kepada tahap efikasi kendirinya. Menurut Colladarci (1992); Friedman A (2002); Hashim Fauzy Yaakob dan Ishak Md. Shah (2007); Hipp (1996); Mohd Munaim Mahmud(2013); Norita Ismail (2012); Polardy dan Rumberger (2008) dan Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi kendiri guru akan memberi kesan secara langsung kepada keberkesanan pengajaran dan kejayaan pelajar. Hasil kajian mereka telah menunjukkan yang terdapat perkaitan antara efikasi kendiri guru untuk membentuk usaha memperbaiki pengajaran dengan lebih berkesan (Harvey , 2009 dan Hipp 1996).

(36)

dengan tingkah laku pemimpin iaitu memperlihatkan cara pemimpin bertindak, berinteraksi, mengawal emosi dan berkomunikasi dengan kakitangan di dalam organisasi (Yulk, 2013).

Seseorang pengetua perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan guru supaya lebih berkesan dalam pengajaran mereka. Sehubungan itu, pemimpin yang berkesan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang ilmu psikologi kemanusiaan untuk membolehkan mereka memahami dan memimpin kepelbagaian personaliti yang terdapat dalam organisasi (Dinham, 2005 dan Esmaeil, Rozita & Amir, 2013). Seseorang pemimpin sekolah bertanggungjawab terhadap peningkatan pencapaian pelajar (Bush, 2007) dan peranan pemimpin sekolah bukan hanya tertumpu kepada pengurusan semata-mata tetapi sepatutnya lebih sebagai pemimpin instruksional (Hallinger, 2012). Sehubungan itu, dalam abad ke 21 ini, pemimpin instruksional perlu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dengan menggalakkan guru meneroka, bertanya dan berbincang tentang amalan pengajaran yang terbaik bagi menjamin kecemerlangan pelajar dan sekolah. Pengurusan sekolah yang baik dapat melahirkan guru yang berkualiti dan mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama. Selain dari itu, tugas seorang pengetua didapati terlalu banyak dan memerlukan jangka masa kerja yang panjang menyebabkan tekanan hasil dari keperluan mereka untuk menjawab kepada kehendak pelbagai pihak yang ada kalanya mewujudkan konflik. Keperluan untuk menghasilkan sekolah yang dinamik yang menjurus kepada tekanan terhadap pengetua seperti dijelaskan oleh Catano dan Stronge (2007) dan Catano, Richard dan Stronge (2008) mengatakan pengetua dan guru besar yang kontemporari mendapati mereka berhempas pulas untuk melengkapkan setiap tugasan harian yang diberikan. Usaha mereka ini adalah untuk memuaskan hati pihak-pihak yang berkepentingan seperti komuniti sekolah, pihak atasan, guru, ibu bapa dan pelajar yang mahu melihat sekolah memperoleh kecemerlangan. Ini adalah kesinambungan kehendak dalam perubahan sistem pendidikan negara.

Setiap perubahan yang berlaku memerlukan kekuatan dan pengawalan emosi bagi mengelakkan kekecewaan dan tekanan kepada warga sekolah teutamanya pengetua dan guru. Pengetua sebagai pemimpin di sekolah perlu mampu mengenal pasti emosi diri sendiri dan guru bagi mewujudkan budaya saling percaya mempercayai dan keterbukaan dalam hubungan. Pemahaman emosi yang jelas membolehkan pengetua bekerjasama bersama guru untuk mencapai matlamat sekolah yang dibina. Lantaran itu, kepelbagaian tugas ini memerlukan seseorang pengetua mempunyai kecerdasan emosi yang terkawal dan seimbang. Bagaimanakah pengetua sebagai pemimpin tertinggi dalam meneraju sekolah mengimbangi kecerdasan emosinya dalam mengetuai kemajuan dan kecemerlangan sekolah?

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan kajian seperti berikut:-

1. Apakah tahap kecerdasan emosi yang dipraktikkan oleh pengetua sekolah menengah Negeri Sembilan?

2. Apakah tahap efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan?

(37)

4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri Sembilan?

5. Dimensi yang manakah dalam konstruk kecerdasan emosi pengetua merupakan peramal yang dominan dalam menggalakkan efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri Sembilan?

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar

Rajah 1 : Kerangka konseptual Kajian SOROTAN LITERATUR

Kecerdasan Emosi

Kepentingan kecerdasan emosi terbahagi kepada kepentingan dari aspek sosial, pendidikan dan kepimpinan. Kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan untuk memotivasikan diri sendiri dan kemampuan untuk mengelola emosi diri sendiri dan orang lain dengan baik (Goleman, 2001). Kecerdasan emosi boleh membawa kepada kejayaan sama ada di rumah, sekolah atau pun di tempat kerja (Goleman, 1998). Jika dilihat dari sudut sosial, kecerdasan emosi sangat penting bagi membolehkan hubungan antara individu berlaku dengan baik. Memiliki kecerdasan emosi yang tinggi boleh membantu individu untuk mengawal emosinya serta membantu mengurus perasaan negatif yang menghalangnya daripada menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Teori dan Model kecerdasan emosi yang menjadi rujukan utama dalam kajian ini adalah Model kecerdasan emosi oleh Goleman (2001). Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi adalah kebolehan seseorang untuk memahami perasaan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupan mereka. Kecerdasan emosi membantu seseorang mengawal perasaan sedih, kecewa, tekanan dan perasaan negatif lain dengan baik disamping berkebolehan mengawal dorongan. Penilaian seseorang individu bukan sahaja berasaskan kepada kecerdasan intelek (IQ) tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang terdapat dalam dirinya. Goleman (1998) menyatakan kecerdasan intelek (IQ) hanya menyumbang sebanyak 20 peratus dalam kejayaan hidup seseorang dan selebihnya iaitu sebanyak 80 peratus adalah datangnya dari kecerdasan emosi (EQ).

Kecerdasan emosi adalah faktor yang membezakan antara seorang pemimpin yang cemerlang dan tidak cemerlang. Apabila seseorang pemimpin itu dilengkapi dengan kestabilan kecerdasan emosi, maka beliau mampu mengawal emosi dan tingkah lakunya di

(38)

samping lebih memahami dan mempunyai hubungan yang baik dengan pengikutnya bagi menjadikan organisasi yang dipimpinnya lebih cemerlang. Goleman (2000) mendapati kecerdasan emosi pemimpin seperti keyakinan diri, orientasi diri, berinisiatif, empati, kerja berpasukan dan bekerjasama memberikan impak yang positif terhadap iklim dan prestasi organisasi. Bukan sahaja konstruk yang terdapat dalam kecerdasan emosi berkaitan dengan keadaan kerja seseorang, malah turut menyediakan kefahaman konsep tentang organisasi secara keseluruhannya. Goleman (2001) telah menggabungkan beberapa komponen kecekapan peribadi dan sosial bagi menghasilkan empat dimensi utama berdasarkan kompetensi iaitu kompetensi kesedaran kendiri (self-awareness), kompetensi pengurusan kendiri (self-management), kompetensi kesedaran sosial (social-awareness) dan kompetensi pengurusan perhubungan (relationship management). Kajian lepas yang dijalankan oleh beberapa pengkaji telah membuktikan kepentingan kecerdasan emosi pemimpin dalam mempengaruhi keberkesanan kepimpinan (Syarif Hidayat, 2014; Yahya Don, 2009). Pemimpin yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi memperlihatkan tingkah laku kepimpinan yang berkesan dan mempengaruhi pengikut untuk lebih cemerlang. Kajian oleh Izani Ibrahim (2013); Masaong Abd. Kadim (2012); Munroe

(2009); Siti Faezah Hashim dan Mohd Zuri Ghani (2013); Nurul Hudani Md Nawi, Ma’arof

Redzuan, Hanina Hamsan dan Ibrani Adam Asim (2013) dan Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff, Yahya Don dan Siti Noor Ismail (2014) membuktikan bahawa tahap kecerdasan emosi pemimpin mempengaruhi tingkah laku dan keberkesanan kepimpinan.

Oleh itu, kebolehan seseorang pengetua untuk mengenal pasti dan mengurus emosi warga sekolah adalah perlu agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pemimpin yang mampu mengurus emosinya sendiri dan emosi pengikutnya dengan baik adalah pemimpin yang berkesan dan menjadikan sekolah dibawah pimpinannya cemerlang.

Efikasi Kendiri Guru

Gambar

gambar sama ada potongan gambar dan slaid gambar yang ditunjukkan dalam BBM terakhir yang digunakan oleh kebanyakan GCPI S1-S8 adalah penggunaan power point
gambar. Bagi dapatan pola kertas edaran dan modul, kekerapan penggunaannya menjadi
gambar. Keenam-enam jenis BBM itu didapati kerap digunakan oleh GCPI daripada 16 jenis
Figure 1: Design Thinking Process. Source:  Standford.School
+7

Referensi

Dokumen terkait