• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERANGKA KONSEPTUAL

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 133-150)

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka bagi kajian ini adalah menggunakan teori Model Kepemimpinan Instruksional Hallinger (2000) dan Murphy (1990). Hallinger telah mentakrifkan kepemimpinan instruksional dengan mengkategorikan kepemimpinan pengetua kepada tiga dimensi utama iaitu:

i) mentakrif dan menentukan matlamat sekolah ii) mengurus program intruksional sekolah

iii) menggalakkan dan menyokong iklim pembelajaran di sekolah

Ketiga-tiga dimensi tersebut terdiri daripada sepuluh fungsi. Dimensi mentakrif dan menentukan matlamat diwakili dua fungsi iaitu (i) merangka matlamat sekolah, dan (ii) menjelaskan matlamat sekolah. Dimensi kedua pula mengurus program instruksional sekolah diwakili oleh tiga fungsi iaitu (i) menyelia dan membuat penilaian pengajaran, (ii) menyelaras kurikulum, dan (iii) memantau perkembangan dan potensi murid. Dimensi ketiga iaitu menggalakkan dan menyokong iklim pembelajaran sekolah pula meliputi fungsi-fungsi instruksional iaitu (i) menjaga masa pengajaran, (ii) mempamerkan ketampakan, (iii) menyediakan insentif untuk guru, (iv) menggalakkan pembangunan profesionalisme guru dan (v) menyediakan insentif untuk pembelajaran murid.

Kepemimpinan instruksional berdasarkan Model Kepemimpinan Instruksional Murphy pula terdiri daripada empat dimensi instruksional iaitu:

i) membentuk misi dan matlamat sekolah ii) mengurus aktiviti pendidikan

iv) membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong

Keempat-empat dimensi tersebut terdiri daripada enam belas fungsi instruksional. Dimensi membentuk misi dan matlamat sekolah terdiri dari dua fungsi iaitu (i) merangka matlamat sekolah, dan (ii) menyampaikan matlamat sekolah. Dimensi kedua iaitu mengurus aktiviti pendidikan pula meliputi fungsi-fungsi instruksional iaitu (i) menggalakkan pengajaran berkualiti, (ii) menyelia dan menilai pembelajaran, (iii) memperuntukkan dan melindungi masa instruksional, (iv) menyelaras kurikulum, dan (v) memantau kemajuan murid. Dimensi ketiga pula iaitu mempromosi iklim pembelajaran akademik terdiri dari fungsi-fungsi instruksional seperti (i) membentuk standard dan harapan positif, (ii) mengekalkan ketampakan yang tinggi, (iii) menyediakan insentif kepada guru dan murid, dan (iv) menggalakkan pembangunan profesional. Manakala dimensi keempat iaitu membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong mempunyai fungsi-fungsi instruksional berikut (i) mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan teratur, (ii) menyediakan peluang penglibatan murid yang bermakna, (iii) memupuk kerjasama dalam kalangan warga sekolah, (iv) mendapatkan sumber luar untuk menyokong matlamat sekolah, dan (v) menjalin hubungan baik antara ibu bapa dan warga sekolah.

Justeru itu, kajian ini akan menggunakan dimensi (i) mentakrif dan menentukan misi sekolah, (ii) mengurus program instruksional sekolah, (iii) mempromosi iklim pembelajaran akademik dan (iv) membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong untuk meneroka praktik atau amalan pengetua sebagai pemimpin instruksional bagi membangunkan KBAT di sekolah mereka seperti yang terdapat dalam Rajah 1.

Rajah 1: Model Kepemimpinan Instruksional Hallinger (2000) dan Murphy (1990) Pembangunan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Mentakrif dan menentukan

misi sekolah  Merangka matlamat  Menyampai matlamat Mengurus Program Instruksional sekolah  Menggalak pengajaran berkualiti  Menyelia pengajaran dan pembelajaran  Melindungi masa instruksional  Menyelaras kurikulum  Memantau kemajuan dan perkembangan murid Mempromosi iklim pembelajaran akademik  Membentuk standard positif  Mengekalkan ketampakan  Menyediakan insentif kepada guru dan murid  Menggalakkan

pembangunan profesionalisme

Membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong  Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat  Menyediakan peluang penglibatan murid  Memupuk kerjasama

dalam kalangan warga sekolah

 Mendapatkan sokongan dan sumber luar

 Menjalin hubungan baik antara ibu bapa dan warga sekolah

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menentukan praktik atau pengamalan pengetua sebagai pemimpin instruksional utama di sekolah berdasarkan dimensi-dimensi yang terdapat di dalam model kepemimpinan instruksional ke arah pembangunan KBAT yang mapan di sekolah. Kajian ini terbatas kepada tujuh orang pengetua sekolah menengah harian terpilih sahaja di daerah Hulu Perak yang bertindak sebagai sampel baji kajian ini. Ini bermakna, kajian kualitatif ini tidak memberi gambaran yang tepat secara holistik untuk digeneralisasikan hasil dapatan kajian kepada semua pengetua di daerah Hulu Perak.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kualitatif ini adalah berbentuk penerokaan. Creswell (2005) menyatakan bahawa kajian kualitatif dapat memberi kefahaman terperinci tentang fenomena atau peristiwa yang dikaji. Ia juga digunakan untuk meneroka proses dan bentuk pengamalan atau praktik, menyediakan perspektif yang pelbagai dan terperinci serta membantu penyelidik memahami lebih mendalam tentang proses dan bentuk-bentuk sesuatu amalan.

Penyelidikan kualitatif dapat memberi tumpuan dan dapat memahami secara mendalam sesuatu fenomena, membolehkan penyelidik untuk menyelidik, memerhati dan meneliti sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku dalam persekitaran sebenar. (Merriam, 1998)

Data utama yang diperoleh dalam kajian ini adalah menerusi kaedah temu bual di mana pengkaji menemu bual pengetua-pengetua yang dipilih sebagai sampel bagi kajian ini di mana temu bual dibuat dalam bentuk formal dan berstruktur. Selain itu, analisis artikel jurnal dan prosiding yang berkaitan juga turut digunakan sebagai sokongan dalam kajian ini. Seterusnya data temu bual dianalisis dan dilaporkan dalam penulisan ini secara deskriptif dalam bentuk huraian, pemerihalan, pernyataan dan penerangan dengan jelas dan terperinci.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian kualitatif ini adalah berdasarkan temu bual dengan tujuh orang pengetua sekolah-sekolah menengah harian daerah Hulu Perak. Hasil kajian menunjukkan pengetua- pengetua sekolah tersebut mempraktikkan kepemimpinan instruksional dalam membangunkan KBAT yang mapan di sekolah berdasarkan dimensi-dimensi kepemimpinan instruksional yang dikaji. Namun, terdapat dimensi-dimensi yang tidak dipraktikkan dengan sepenuhnya dalam membangunkan KBAT di sekolah.

Mentakrif dan Menentukan Misi Sekolah

Berdasarkan Jadual 1, pengetua-pengetua sekolah yang dikaji telah dapat mempraktikkan kepemimpinan instruksional berdasarkan amalan mentakrif dan menentukan misi sekolah walaupun terdapat beberapa amalan dalam dimensi tersebut yang tidak dipraktikkandengan

sepenuhnyaoleh mereka. Dalam dimensi mentakrif dan menentukan misi sekolah, Pengetua A, B, C, D, E, F dan G mengakui mempunyai pemahaman yang jelas berkaitan dengan KBAT. Ini kerana mereka dapat menyatakan kefahaman terhadap elemen KBAT seperti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, teknik penyoalan, pentaksiran dan Peta Pemikiran i-Think.

Dari aspek mewujudkan Jawatankuasa dan Pemandu KBAT, hanya pengetua B, C, D, E, F dan G sahaja yang berjaya mewujudkan organisasi tersebut. Mereka telah menyatakan beberapa fungsi jawatankuasa yang diwujudkan itu seperti memastikan pelaksanaan KBAT dapat berfungsi dengan berkesan, menyediakan khidmat nasihat berkaitan KBAT di sekolah dan sebagai mentor yang bertanggungjawab membudayakan aktiviti KBAT di sekolah. Mewujudkan matlamat juga penting bagi merealisasikan matlamat tersebut tercapai iaitu mempraktikkan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, hasil kajian mendapati pengetua A, B, C, D, E, F dan G iaitu semua pengetua sekolah telah dapat menetapkan matlamat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan turut memasukkan elemen KBAT bagi mencapai pengajaran yang berkesan dan berkualiti.

Mereka berpendapat bahawa matlamat utama aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT adalah ke arahkeberhasilan murid dan kesediaan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan keperluan masa kini, masa hadapan, berfikiran lebih global dan merapatkan jurang antara satu sama lain bagi melahirkan modal insan dangenerasi yang maju. Bagi merealisasikan hasrat ini, amat penting pendedahan diberikan secukupnya kepada warga sekolah. Didapati semua pengetua A, B, C, D, E, F dan G telah mendapat maklumat yang mencukupi dalam memahami konsep KBAT. Kebanyakan mereka menyatakan ada mengikuti seminar dan bengkel yang dihadiri bertempat di Institut Aminuddin Baki, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pegawai SIP+ daerah dan Unit Penyampaian dan Prestasi Pendidikan (PADU). Di samping itu, tidak semua pengetua sekolah yang dikaji mempraktikkan KBAT dalam semua bidang iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Namun begitu, terdapat hanya seorang pengetua sahaja dikesan mempraktikkan KBAT dalam bidang tersebut iaitu pengetua C yang juga lengkap dari sudut pendokumentasian KBAT dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Selain itu, pengetua B, D, E, F dan G telah menyatakan dapat menyediakan pelan tindakan dan perancangan dalam aktiviti berasaskan KBAT untuk dilaksanakan di sekolah mereka. Didapati juga semua pengetua A, B, C, D, E, F dan G menyebarkan dan mempamerkan matlamat pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT di sekolah masing-masing seperti di papan kenyataan sekolah.

Jadual 1 : Analisis temu bual berdasarkan dimensi mentakrif dan menentukan misi sekolah Dimensi : Mentakrif dan menentukan misi sekolah

Praktik Pengetua

Merangka matlamat

 Pemahaman tentang KBAT A, B, C, D, E, F dan G  Jawatankuasa dan pemandu

KBAT

B, C, D, E, F, dan G  Matlamat diwujudkan dengan

mengambil kira matlamat PdP berasaskan KBAT

A, B, C, D, E, F dan G  Maklumat yang mencukupi

berkaitan KBAT

A, B, C, D, E, F dan G  Praktikkan KBAT dalam kurikulum,

HEM dan kokurikulum

C

Menyampai matlamat

 Penyediaan dokumentasi yang sistematik

C dan F  Penyediaan pelan tindakan dan

perancangan aktiviti KBAT

B, D, E, F dan G  Matlamat disebarkan pada semua

warga sekolah

A, B, C, D, E, F dan G  Matlamat dipamerkan di tempat

yang strategik

A, B, C, D, E, F dan G

Mengurus Program Instruksional Sekolah

Berdasarkan Jadual 2, pengetua-pengetua sekolah yang dikaji telah dapat mempraktikkan dengan baik amalan kepemimpinan instruksional berdasarkan dimensi mengurus program instruksional walaupun terdapat beberapa amalan dalam dimensi tersebut yang tidak dipraktikkan sepenuhnya dalam kalangan mereka. Bagi dimensi mengurus program instruksional sekolah, semua sekolah mempraktikkan penggunaan alat berfikir KBAT dalam pelbagai bentuk. Antara alat berfikir yang digunakan ialah carta alir, peta minda serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Namun begitu, hanya pengetua A, B, E, F dan G sahaja yang menyediakan sumber pelaksanaan KBAT secukupnya di sekolah mereka. Selain itu juga, teknik penyoalan yang berkesan hanya dipraktikkan di sekolah pengetua B, C dan G sahaja untuk merangsang KBAT dalam kalangan murid.

Penggunaan sumber dan bahan digital berasaskan KBAT dilaksanakan di semua sekolah pengetua A, B, C, E, F dan G kecuali pengetua sekolah D yang tidak menggunakan secara maksimum sumber dan bahan digital untuk membangunkan KBAT dalam kalangan murid sekolahnya. Semua pengetua turut menyatakan mereka menggalakkan guru dan murid untuk menggunakan bahan tidak berstruktur seperti penggunaan Frog-VLE. Penggunaan Frog-VLE ditekankan oleh semua pengetua dengan cara memastikan talian internet dalam keadaan baik bagi mengakses Frog-VLE. Hanya pengetua E yang dapat

memastikan guru dan murid di sekolahnya mempraktikkan secara maksimum penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa pengetua iaitu pengetua A, B, C, D, E dan G yang sentiasa melakukan pemantauan terhadap proses pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah dengan memberi penekanan terhadap penggunaan KBAT di dalam bilik darjah sebagai sebahagian dalam aspek pemantauan mereka. Mereka berpendapat bahawa ia adalah elemen yang penting dalam pelaksanaan untuk memastikan guru membangunkanKBAT sebagai agenda penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, melihat pengesanan pelaksanaan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, melihat sejauh manakahKBAT dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan memastikan guru sentiasa menggunakan kaedah dan teknik pengajaran terkini yang mampu membangunkan KBAT dalam kalangan murid. Namun begitu, hanya pengetua A, B, D, E, F dan G yang melakukan analisis terhadap hasil pemantauan pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah.

Penambahbaikan dalam penggunaan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat perlu dilakukan dengan cara melaksanakan perbincangan bersemuka dengan guru selepas pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya pengetua B, D, E, F dan G sahaja yang melakukan perbincangan secara bersama dengan guru. Ia amat penting untuk mempertingkatkan kemahiran mempelbagaikan kaedah pengajaran dan teknik pengajaran berkualiti. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT yang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar dipastikan oleh pengetua B, D, E dan G untuk dilaksanakan guru-guru mereka. Proses pemantauan penghasilan item ujian dan peperiksaan dengan memasukkansoalan KBAT dipantau oleh semua pengetua di sekolah yang dikaji dalam kajian ini.

Pengetua A, B, C, E, dan G sahaja yang mengakui bahawa pihak panitia di sekolah mereka melaksanakan mesyuarat dan perbincangan berkaitan KBAT bagi menyelaras aktiviti untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran masing-masing. Kebanyakan mereka merekodkan di dalam minit mesyuarat panitia. Bagi memastikan pendedahan, pemahaman dan pembangunan KBAT dalam kalangan murid, pencerapan buku latihan murid bagi memastikan pelaksanaanelemen dan unsur KBAT dilakukan dengan kerap. Pengkaji mendapati bahawa semua pengetua iaitu A, B, C, D, E, F dan G menjalankan pencerapan terhadap buku latihan murid di sekolah.

Jadual 2 : Analisis temu bual berdasarkan dimensi mengurus program instruksional sekolah Dimensi : Mengurus Program Instruksional Sekolah

Praktik Pengetua

Menggalak pengajaran berkualiti

 Penggunaan alat berfikir KBAT A, B, C, D, E, F dan G  Penyediaan sumber pelaksanaan

KBAT

A, B, E, F dan G  Teknik penyoalan bagi

merangsang KBAT

B, C dan G  Penggunaan sumber dan bahan

digital berasakan KBAT

A, B, C, E, F dan G

Menyelia pengajaran dan pembelajaran

 Penggunaan secara maksimum peta pemikiran i-Think

E  Pemantauan PdP guru mengambil

kira penggunaan KBAT

A, B, C, D, E dan G  Melaksanakan analisis hasil

pemantauan pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah

A, B, D, E, F dan G  Melaksanakan perbincangan

bersemuka dengan guru selepas pemantauan PdP

B, D, E, F dan G

Melindungi masa instruksional

 Penggunaan KBAT direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar

B, D, E dan G  Memastikan talian internet dalam

keadaan baik bagi mengakses Frog-VLE

A, B, D, E, F dan G

Menyelaras kurikulum

 Pemantauan penghasilan item ujian / peperiksaan berasaskan KBAT

A, B, C, D, E, F dan G  Panitia melaksanakan mesyuarat /

perbincangan berkaitan KBAT bagi menyelaras aktiviti dalam PdP

A, B, C, E, dan G

Memantau kemajuan dan perkembangan murid

 Pencerapan buku latihan murid mengandungi elemen KBAT

A, B, C, D, E, F dan G

Mempromosi Iklim Pembelajaran Akademik

Berdasarkan Jadual 3, pengetua-pengetua sekolah yang dikaji telah dapat mempraktikkan dengan baik amalan kepemimpinan instruksional berdasarkan dimensi mempromosi iklim pembelajaran akademik walaupun terdapat beberapa amalan dalam dimensi tersebut yang

tidak dipraktikkan secara konsisten dalam kalangan pengetua sekolah yang dikaji. Murid- murid di sekolah A, B, C, D, E, F dan G mendapat pendedahan maklumat yang cukup berkaitan dengan KBAT. Ia dilakukan melalui memperbanyakkan soalan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mengadakan mural i-Think di dinding bangunan sekolah, mencetak peta pemikiran i-Think di luar kulit buku latihan dan di papan kenyataan KBAT sekolah.

Semua pengetua sekolah yang dikaji juga menyediakan sumber dan prasarana yang baik dan kondusif dalam melaksanakan KBAT. Pengetua A, B, C, D, E, F dan G mengakui aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT dijalankan dalam keadaan terkawal tanpa sebarang gangguan dan berjaya mewujudkan jaringan komunikasi dua hala yang positif. Selain itu, mereka bersifat terbuka memberi dan menerima idea dan pendapat dari semua lapisan warga sekolah.

Ganjaran dan penghargaan diberikan kepada murid dalam pelaksanaan KBAT yang diakui oleh pengetua E dan F sahaja. Ganjaran diberikan dalam bentuk penarafan bintang dan sijil penghargaan. Ganjaran dan penghargaan kepada guru juga hanya diberikan oleh pengetua sekolah B, E, F dan G sahaja. Bagi melaksanakan dan mempraktikkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran, semua pengetua A, B, C, D, E, F dan G memberi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) sama ada berbentuk taklimat, bengkel, ceramah dan seminar serta mereka menggalakkan perkongsian dan pertukaran idea bersama guru-guru di sekolah. Di samping itu, pengetua sekolah B, E, F dan G memberi galakan kepada guru untuk menghasilkan inovasi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah.

Jadual 3 : Analisis temu bual berdasarkan dimensi mempromosi iklim pembelajaran akademik

Dimensi : Mempromosi iklim pembelajaran akademik

Praktik Pengetua

Membentuk standard positif

 Pendedahan maklumat yang mencukupi mengenai KBAT kepada murid

A, B, C, D, E, F dan G  Penyediaan sumber dan

prasarana yang baik dan kondusif

A, B, C, D, E, F dan G

Mengekalkan ketampakan

 Kawal gangguan semasa aktiviti PdP

A, B, C, D, E, F dan G  Mewujudkan jaringan komunikasi

dua hala yang positif

A, B, C, D, E, F dan G  Terbuka memberi dan menerima

idea / pendapat

A, B, C, D, E, F dan G

Menyediakan insentif kepada guru dan murid

 Ganjaran dan penghargaan kepada murid

E dan F  Ganjaran dan penghargaan

kepada guru

B, E, F dan G

Menggalakkan pembangunan profesionalisme

 Memberi latihan dalam perkhidmatan (LADAP)

A, B, C, D, E, F dan G  Perkongsian dan pertukaran idea A, B, C, D, E, F dan G  Galakan guru menghasilkan

inovasi dalam PdP

B, E, F dan G

Membentuk Iklim Sekolah Yang Mesra Dan Saling Menyokong

Berdasarkan Jadual 4, pengetua-pengetua sekolah yang dikaji telah dapat mempraktikkan dengan baik amalan kepemimpinan instruksional berdasarkan dimensi membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong walaupun terdapat beberapa amalan dalam dimensi tersebut yang tidak dipraktikkan secara menyeluruh dalam kalangan pengetua sekolah yang dikaji.

Berdasarkan kepada dimensi membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong, semua pengetua A, B, C, D, E, F dan G menyatakan bahawa mereka membina iklim pembelajaran yang selamat dari sebarang ancaman dan gangguan. Pertandingan berasaskan KBAT dijalankan dengan memberikan peluang kepada murid untuk mempamerkan kreativiti mereka. Ini dilaksanakan oleh pengetua sekolah E, F dan G sahaja. Namun begitu, hanya pengetua B, C, D, E, F dan G yang berjaya mempamerkan hasil kerja murid berasaskan KBAT.

Kerjasama yang erat amat penting dalam merealisasikan KBAT di sekolah dengan cara mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dalam kalangan warga sekolah, melakukan

perbincangan dan pembuatan keputusan secara bersama, menjemput penceramah atau jurulatih luar dan menggunakan khidmat bantu Guru Cemerlang, Pegawai SISC+ dan Pegawai SIP+. Hal ini diakui oleh semua pengetua sekolah yang dikaji. Hanya pengetua sekolah A, C, D, E, F dan G sahaja yang menghebahkan dan menyalurkan maklumat berkaitan KBAT kepada ibu bapa murid. Hal ini membolehkan pihak sekolah memperoleh idea-idea baru melalui perbincangan bersama dengan ibu bapa demi pembangunan KBAT yang mapan di sekolah.

Jadual 4 : Analisis temu bual berdasarkan dimensi membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong

Dimensi : Membentuk iklim sekolah yang mesra dan saling menyokong

Praktik Pengetua

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat

 Iklim pembelajaran yang selamat dari sebarang ancaman dan gangguan

A, B, C, D, E, F dan G

Menyediakan peluang penglibatan murid

 Pertandingan berasaskan KBAT E, F dan G

 Hasil kerja murid dipamerkan B, C, D, E, F dan G Memupuk kerjasama

dalam kalangan warga sekolah

 Mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dalam kalangan warga sekolah

A, B, C, D, E, F dan G  Perbincangan dan pembuatan

keputusan secara bersama

A, B, C, D, E, F dan G Mendapatkan

sokongan dan sumber luar

 Jemputan penceramah atau jurulatih luar

A, B, C, D, E, F dan G  Khidmat bantu Guru Cemerlang,

Pegawai SISC+ dan Pegawai SIP+

A, B, C, D, E, F dan G Menjalin hubungan

antara ibu bapa dan warga sekolah

 Penyaluran maklumat berkaitan KBAT kepada ibu bapa murid

A, C, D, E, F dan G

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa kesemua iaitu tujuh orang pengetua sekolah menengah di daerah Hulu Perak yang dikaji telah mengamalkan dan mempraktikkan kepemimpinan instruksional berdasarkan keempat-empat dimensi kepemimpinan instruksional walaupun terdapat beberapa pengetua yang tidak mengamalkan secara sepenuhnya dan konsisten dalam setiap dimensi kepemimpinan yang dikaji untuk membangunkan KBAT di sekolah masing-masing.

Bagi dimensi mentakrif dan menentukan misi sekolah, secara keseluruhannya semua pengetua telah dapat merangka matlamat dan menyampaikan matlamat yang ingin

dicapai dalam pembangunan KBAT di sekolah mereka. Namun, elemen KBAT tidak dipraktikkan di dalam semua bidang iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum bagi kebanyakan pengetua yang dikaji. Hal ini demikian kerana, persepsi warga sekolah lebih menekankan penggunaan dan aplikasi KBAT dalam bidang kurikulum sahaja di samping tumpuan bagi mengangkat prestasi pelajar dalam bidang akademik tetapi telah mengabaikan misi pelaksanaan KBAT dalam bidang hal ehwal murid dan kokurikulum. Aspek dokumentasi juga tidak dititikberatkan oleh pengetua sekolah yang dikaji. Berdasarkan kajian, sekolah terbabit ada antaranya yang menekankan satu bidang sahaja untuk dilakukan dokumentasi dan bidang lain seperti Kokurikulum dan HEM diabaikan. Hasil kajian juga mendapati, hampir semua pengetua yang dikaji tidak menyediakan pelan tindakan dan perancangan aktiviti KBAT untuk dilaksanakan di sekolah mereka. Situasi ini boleh menjejaskan proses pembangunan KBAT yang mapan di sekolah. (Azni, Foo, Soaib, & Aminuddin, 2014) menyatakan bahawa pengetua perlu menyediakan suatu pelan tindakan berdasarkan kepada penyelidikan di sekolah tentang perubahan yang perlu dilaksanakan serta bersedia untuk mengubah suai pelan tindakan mengikut keperluan perubahan seperti pelaksanaan KBAT di sekolah.

Bagi dimensi mengurus program instruksional sekolah, secara keseluruhannya semua pengetua telah dapat menggalakkan pengajaran yang berkualiti, melindungi masa instruksional, menyelaras kurikulum dan memantau kemajuan serta kemajuan murid. Namun, bagi amalan menyelia pengajaran dan pembelajaran, pengetua-pengetua sekolah yang dikaji tidak mempraktikkan dengan baik amalan tersebut. Bagi amalan menggalak pengajaran berkualiti, kebanyakan pengetua telah dapat memastikan guru-guru mereka menghasilkan pengajaran yang berkualiti dalam bilik darjah dengan memasukkan menerapkan unsur KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2010), melalui dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), di dalam standard 1 menetapkan bahawa guru perlu merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Dalam Standard 4 SKPM, menyatakan bahawa kepemimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng serta menggerakkan semua warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Bagi dimensi mempromosi iklim pembelajaran akademik pula, pengetua-pengetua sekolah yang dikaji telah mempraktikkan amalan kepemimpinan instruksional dalam usaha membangunkan KBAT di sekolah termasuklah membentuk standard positif, mengekalkan ketampakan dan menggalakkan pembangunan profesional. Namun, mereka kurang menekankan aspek menyediakan insentif kepada guru dan murid. Soal ganjaran dan penghargaan kepada guru merupakan dorongan penting untuk meningkatkan motivasi kepada guru dan murid supaya dapat berprestasi lebih baik pada masa akan datang. Ganjaran boleh berbentuk memberi peneguhan ke atas prestasi cemerlang guru yang membangunkan KBAT dalam kalangan murid dan guru yang menghasilkan inovasi serta boleh memberikan kata pujian dan penganugerahan sijil penghargaan kepada guru dan murid.Kajian Abas & Abdullah (2007) mendapati bahawa kewujudan dan kecemerlangan sesebuah sekolah berkait rapat dengan pemantapan budaya ilmu dan kerancakan iklim akademiknya. Budaya ilmu serta iklim akademik ini dipengaruhi oleh kematangan dan

keutuhan seluruh warga sekolah serta gandingan kerjasama dari ibu bapa. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan prasarana intelektual dengan pelbagai insentif yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini dilakukan bagi mewujudkan komuniti akademik yang mantap dari

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 133-150)