• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN: KAJIAN KES TENTANG PENGETAHUAN GURU BESAR DAN PENGETUA DALAM ASPEK KECUAIAN DI SEKOLAH

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 119-122)

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN: KAJIAN KES TENTANG PENGETAHUAN GURU BESAR DAN PENGETUA DALAM ASPEK KECUAIAN DI SEKOLAH

Mohanaraju Annmalai Ph.D mohanarajua@gmail.com

Nordin Sadali nordin.sadali@ipgm.edu.my

Joyce Ong Choon Kim joyceongck@yahoo.com Puspagaram Maniam

bishma@hotmail.com Unit Kokurikulum

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ABSTRAK

Perundangan merupakan satu elemen yang amat penting dalam pentadbiran sesebuah sekolah kerana operasi sebuah sekolah itu kerap melibatkan aspek perundangan. Sekolah kini tidak boleh mengelak dari membicarakan persoalan undang-undang kerana segala urusan murid seperti disiplin dan segala prosedur pengelolaan aktiviti sekolah adalah berkaitan dengan undang-undang. Seorang guru besar atau pengetua mempunyai tanggungjawab menjaga murid-muridnya dengan selamat (duty of care). Sebagai ketua pentadbir sekolah, sering kali berlaku di mana beberapa orang guru besar dan pengetua telah menjadi sasaran utama untuk dibawa ke mahkamah oleh ibu bapa atas dakwaan kecuaian. Antara dakwaan kecuaian tersebut adalah seperti kegagalan mereka untuk mengambil tindakan berjaga-jaga dalam aspek keselamatan murid-murid seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Kekurangan penguasaan atau pengetahuan dalam kalangan pengetua dan guru besar dalam perundangan pendidikan adalah faktor yang dikenalpasti sebagai sebab mereka sering didakwa oleh ibu bapa. Kajian ini merupakan kajian kes untuk mengetahui pengetahuan perundangan guru besar dan pengetua dalam aspek kecuaian di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temuduga untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang tahap pengetahuan guru besar dan pengetua dalam aspek-aspek berikut: (i) pengetahuan dalam aspek kecuaian di sekolah; (ii) pengetahuan dalam aspek hak-hak undang-undang individu; dan (iii) pengetahuan tentang peraturan dan prosedur berkaitan disiplin sekolah. Sampel kajian terdiri daripada dua orang guru besar dan dua orang pengetua dari Negeri Kedah Darul Aman.

PENDAHULUAN

Profesion keguruan sebagai satu jawatan profesional membawa bersama akauntabiliti, tanggungjawab dan integriti terhadap masyarakat. Status profesional ini diberikan kepada sektor keguruan kerana ia adalah suatu pekerjaan khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, sistematik dan komprehensif. Namun begitu, sebagai manusia biasa, golongan profesional tersebut, yang terdiri daripada pengarah, pengetua, guru besar, guru, pensyarah dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain, tidak kebal dari segi undang-undang. Peningkatan kesedaran masyarakat dalam perundangan ini adalah pengaruh daripada peningkatan ilmu pengetahuan, kemajuan sosioekonomi, kepesatan bidang teknologi maklumat dan komputer seperti media elektronik dan internet. Di samping itu juga, ibu bapa dan para pelajar kini semakin jelas terhadap limitasi, peranan dan tanggungjawab guru serta pentadbir di sekolah. Oleh itu, pentadbir sekolah kini tidak boleh mengelak dalam membicarakan persoalan undang-undang kerana segala urusan disiplin pelajar, prosedur dan pengelolaan aktiviti di sekolah amat berkait dengan undang-undang seperti kontrak antara guru dengan pelajar, keselamatan pelajar, undang-undang tort dan isu undang-undang yang lain yang memberi impak kepada operasi sekolah secara keseluruhan (Lunenburg & Irby, 2006 ). Latar Belakang Masalah

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Malaysia, Lok Yim Pheng, pihak KPPK Malaysia sentiasa menerima tekanan serta terdedah kepada saman kerana kebanyakan ibu bapa zaman sekarang, tidak melihat sekolah sebagai institusi yang membentuk akhlak dan kelakuan pelajar. Sebaliknya ia lebih terarah kepada pencapaian akademik semata-mata (akhbar Utusan Malaysia, 28 Februari 2007 dalam Guru Malaysia, Mac 2007). Apa sahaja yang kurang menyenangkan berlaku dalam masyarakat, sekolah, mereka pula sentiasa dipersalahkan. Mereka juga sentiasa terdedah kepada situasi yang boleh menyebabkan mereka melanggar undang-undang, pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam berkaitan tatatertib dan sebagainya. Mungkin mereka tidak faham, atau tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan atau, mereka terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-undang pendidikan. Akibatnya, mereka tidak dapat mengelak daripada litigasi yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

KPPK Malaysia pernah melaporkan berita tentang seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang telah mendenda seorang pelajar dengan niat baik, kerana ingin mendidik serta mengajar pelajar berkenaan, supaya jangan suka mengambil barang murid- murid yang lain, dengan mengikat tangan pelajar tersebut (Buletin Guru Malaysia, Oktober 2015). Guru Penolong Kanan tersebut diheret ke mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman 10 tahun penjara. Budaya menyaman guru berlaku dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan guru tidak berani mendisiplinkan pelajar terutamanya kumpulan yang terlalu nakal (hardcore).

Seorang guru wanita yang mengajar penuh dedikasi di sebuah sekolah di Selangor, mengalami trauma apabila disaman oleh ibu bapa seorang murid yang beliau denda, atas dakwaan kegagalan menetapkan tugasan sekolah (Buletin Guru Malaysia, Mac 2007).

Masyarakat sekeliling mencemuh dan melabel guru itu dengan gelaran yang kurang enak hingga beliau malu keluar dari rumah. Walaupun akhirnya menang dalam perbicaraan, beliau menghadapi tekanan dan tidak dapat memberi tumpuan yang wajar dalam tugasan dan tanggungjawab harian.

Pada umumnya, guru perlu berhati-hati dalam melaksanakan kerja dan tidak boleh menganggap apabila berniat baik saja, maka mereka terlepas daripada tindakan saman atau litigasi ibu bapa pelajar. Guru mempunyai amanah besar menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar serta bekerja mengikut peraturan. Kecuaian adalah salah satu aspek bagaimana undang-undang mempunyai kesan terhadap amalan guru-guru serta tanggungjawab kepada murid-murid mereka. Pengetahuan tentang elemen-elemen kecuaian adalah tidak mencukupi dalam masyarakat yang semakin sedar tentang bidang litigasi. Malah pemahaman tentang aplikasi prinsip-prinsip dalam kes-kes tertentu, adalah amat penting dan wajar.

Menurut Newnham (2000), bidang perundangan selalu berubah dan berkembang. Ahli-ahli professional yang tidak arif dengan perkembangan terkini mungkin mendedahkan diri mereka kepada pelbagai ancaman. Isu-isu perundangan harus dijadikan unit teras dalam program-program ijazah sarjana muda dan juga sebagai komponen wajib dalam kursus- kursus perkembangan profesionalime semasa. Para pentadbir sekolah dan guru-guru perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tahap penjagaan yang tersurat dalam undang- undang. Mereka juga perlu dimaklumkan perkembangan undang-undang am dan statutory yang mempengaruhi amalan dalam pendidikan. Namun begitu, satu keseimbangan harus dikenalpasti

Penyataan Masalah

Perundangan semakin mempengaruhi amalan dalam dunia pendidikan. Seseorang guru atau sekolah mempunyai kebarangkalian tinggi dikenakan tindakan undang-undang apabila seseorang pelajar tercedera semasa di bawah jagaan sekolah. Ini mungkin berlaku dalam pelbagai situasi. Untuk memenuhi elemen-elemen `tort of negligence’, pelajar tersebut yang

menjadi `mangsa’ (plantiff) mengikut undang-undang perlu membuktikan bahawa

tanggungjawab untuk melindung telah diabaikan dan sehubungan itu telah membawa kecederaan. Seseorang guru boleh hadapi dakwaan jenayah jika ia cuai bertindak atau mempunyai niat untuk mencedera.

Hasil kes-kes litigasi yang semakin meningkat dalam bidang pendidikan dan juga masyarakat amnya, para pentadbir sekolah dan guru bukan sahaja, harus lebih peka terhadap ancaman-ancaman yang boleh membahayakan murid-murid, malah wajib faham bagaimana undang-undang kecuaian beroperasi.

Objektif Kajian

Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah :

(i) mengkaji tahap pengetahuan pentadbir sekolah dalam aspek kecuaian di sekolah.

(ii) mengkaji tahap pengetahuan pentadbir sekolah dalam aspek hak-hak undang-undang individu.

(iii) mengkaji tahap pengetahuan pentadbir sekolah tentang peraturan dan prosedur berkaitan disiplin sekolah.

Limitasi Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada dua orang guru besar dan dua orang pengetua dari negeri Kedah Darul Aman.

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 119-122)