• Tidak ada hasil yang ditemukan

SATU KAJIAN DI DAERAH HULU PERAK Lokman Ramdan Mohamed

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 129-131)

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

SATU KAJIAN DI DAERAH HULU PERAK Lokman Ramdan Mohamed

man_kpc84@yahoo.com Mohammad Affendi Mohd Noor

jhndavid97@gmail.com

SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak Noraini Zainudin

annezainudin@gmail.com

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak ABSTRAK

Kepemimpinan yang baik mestilah berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran melebihi aspek pengurusan dan pentadbiran. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan elemen dan cabaran penting di dalam pembelajaran abad ke-21. Bagi memastikan pembangunan KBAT berlaku di sekolah, pengetua sebagai pemimpin instruksional memainkan peranan yang amat penting. Pengetua sebagai pemimpin instruksional perlu memahami dengan sejelasnya apa itu KBAT dalam usaha mereka untuk membangunkan KBAT di sekolah dan semestinya tahu bagaimana untuk membantu guru- guru meningkatkan amalan pengajaran mereka berasaskan KBAT. Justeru, kajian kualitatif ini dijalankan bagi mengenal pasti dan menentukan praktik atau pengamalan pengetua sebagai pemimpin instruksional utama di sekolah berdasarkan dimensi-dimensi yang terdapat di dalam Model Kepemimpinan Instruksional ke arah pembangunan KBAT yang mapan di sekolah. Responden bagi kajian ini melibatkan tujuh orang pengetua sekolah- sekolah menengah di daerah Hulu Perak. Sumber utama bagi mendapatkan data bagi kajian ini melibatkan temu bual berstruktur, analisis artikel jurnalserta prosiding yang berkaitan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pengetua sekolah yang dikaji mempraktikkan kepemimpinan instruksional berdasarkan dimensi yang dikaji walaupun terdapat amalan dalam dimensi yang tertentu tidak dipraktikkan secara menyeluruh oleh mereka dalam usaha untuk membangunkan KBAT yang mapan di sekolah masing-masing.Beberapa cadangan turut dikemukakan pengkaji kepada pengetua sebagai pemimpin instruksional demi memastikan pembangunan KBAT terus berlaku di sekolah dan seterusnya dapat memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 disempurnakan dengan cekap dan berkesan.

PENGENALAN

Pengetua sememangnya adalah seorang pemimpin instruksional atau pengajaran. Peranan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dilihat lebih kompleks terutamanya dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21 ini bagi melahirkan murid yang mampu menunjukkan kemampuan berfikir yang baik dan mampu bersaing di peringkat global. Pemimpin pengajaran semestinya menjadikan kualiti pengajaran sebagai satu keutamaan kepada sekolah dan cuba sebaik mungkin untuk membawa visi tersebut menjadi satu realiti.

Dalam kerancakan sistem pendidikan negara dan global yang berkembang dan berubah, peranan yang dijangka daripada pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional telah menjadi semakin kompleks. Ini termasuklah pembangunan dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pengetua sekolah perlu sedar bahawa mereka perlu berubah terlebih dahulu bagi melaksanakan transformasi di sekolah dan menunjukkan sokongan terhadap perubahan ini kerana ianya mempunyai kesan yang ketara. Oleh itu, pengetua sebagai pemimpin instruksional utama sekolah perlu bertindak sebagai agen perubahan dengan menguasai kemahiran dan keupayaan baru yang diperlukan bagi mendepani perubahan tersebut. Proses ini melibatkan amalan penguasaan amalan-amalan baru dengan mengenepikan amalan-amalan lama yang sudah tidak diperlukan lagi. (Azni, Foo, Soaib, & Aminuddin, 2014)

Wallace (2002) mendapati bahawa kepemimpinan memberikan kesan penting terhadap keberkesanan penambahbaikan sekolah manakala Leithwood & Jantzi (2000) bersetuju bahawa walaupun kesan ini adalah secara tidak langsung, ia memberi pengaruh yang besar ke atas keberkesanan sekolah serta pencapaian pelajar.

Mohd Ibrahim, Mohammaed Sani & Rosemawati (2015) berpendapat jika dalam penilaian yang dibuat terhadap sesebuah organisasi, pengurus mempunyai akauntabiliti dan bertanggungjawab bagi memastikan segala operasi organisasi yang berkesan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan berjaya dicapai. Kejayaan seseorang mengurus organisasi adalah bergantung kepada keupayaan dan kemahirannya mempraktikkan amalan pengurusan dengan efisien dan efektif.

Ini menunjukkan bahawa untuk mencapai taraf akademik yang maju dalam sesebuah sekolah, gabungan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran serta kurikulum, tenaga pengajar, jurulatih instruksional dan pemimpin sekolah adalah sangat perlu supaya semua elemen atau input tersebut dapat digembleng secara bersama.

PERNYATAAN MASALAH

Pemimpin akan mencapai tahap yang paling baik apabila mereka dapat mencabar proses, mencetuskan visi yang dikongsi bersama, berupaya menggerakkan orang lain untuk bertindak, menjadi pakar rujuk serta mampu menggerakkan orang bawahan mereka untuk melaksanakan tugas. Mereka juga perlu meletakkan peranan secara seimbang iaitu tidak hanya mengurus dan terlibat dalam aktiviti pentadbiran semata-mata tetapi perlu meluangkan masa yang adil untuk menggerakkan diri mereka sebagai pemimpin instruksional. (Kounzes dan Posner, 1998)

Padmanabhan (2014) menyatakan secara umumnya, pengetua tidak melihat diri mereka sebagai pemimpin pengajaran dan ramai yang percaya bahawa apa-apa yang mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada guru semata- matadan ianya sering dilihat merupakan langkah yang terbaik dalam pandangan mereka. Dalam beberapa kes, pengetua berasa tidak perlu bagi mereka untuk memulakan dan membangunkan program-program pengajaran mengikut mata pelajaran tertentu menggunakan pedagogi yang tertentu. Sebagai contoh, mengajar membaca adalah berbeza daripada mengajar sains dan ia akan menimbulkan satu persoalan adakah berlaku adil untuk mengharapkan pengetua mempunyai pengetahuan yang baik tentang kaedah dan strategi pengajaran bagi kedua-daua mata pelajaran tersebut. Inilah yang menjadi satu fenomena yang membimbangkan. Jika itu menjadi sesuatu kes yang agak serius pada masa kini, pengetua perlu sentiasa mempunyai pengetahuan yang terkini terhadap tiga bidang utama pendidikan iaitu kurikulum, pengajaran dan penilaian.

Fullan (2007) mengemukakan tiga faktor utama kegagalam pemimpin dalam organisasi pendidikan dalam pelaksanaan sesuatu agenda perubahan iaitu beban tugas pengurusan dan pentadbiran yang semakin bertambah dan tersasar dari aspek kepemimpinan, pemantauan pelaksanaan sesuatu program yang tidak berfokus dan strategi pelaksanaan yang tidak strategik dengan iklim persekitaran organisasi.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KBATdilihat sebagai satu agenda perubahan yang positif dan terkini di mana ia diberi penekanan untuk melahirkan murid yang berdaya saing menjelang abad ke-21. Justeru itu, pengetua sebagai pemimpin instruksional utama di sekolah semestinya perlu untuk mempraktikkan amalan

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 129-131)