• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 39-54)

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif secara inferensi-korelasi dengan menggunakan pendekatan tinjauan (survey) untuk mengkaji hubungan antara pengaruh kecerdasan emosi (pemboleh ubah bebas) terhadap efikasi kendiri guru (pemboleh ubah bersandar) di sekolah menengah Negeri Sembilan. Rekabentuk kuantitatif dipilih untuk kajian ini kerana menurut Creswell (2014) kaedah kuantitatif adalah sesuai untuk menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian dan bagaimana sesuatu pemboleh ubah itu mempengaruhi pemboleh ubah yang lain (Gay, Mills & Airasian, 2012).

Populasi Kajian

Populasi kajian ini adalah guru sekolah menengah kebangsaan di Negeri Sembilan. Kajian ini melibatkan persepsi guru terhadap kecerdasan emosi pengetua dan efikasi kendiri guru sekolah terlibat. Pemilihan sampel dalam kajian ini adalah berdasarkan persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Teknik persampelan ini didapati sesuai untuk memperoleh sampel dari jumlah populasi yang besar dan luas (Babbie, 2014). Daripada 500 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 396 orang guru terlibat sebagai sampel dalam kajian ini.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A ialah soal selidik yang berkaitan dengan demografi responden seperti umur, jantina dan pengalaman bekerja, Bahagian B adalah soal selidik kecerdasan emosi pengetua dan Bahagian C adalah soal selidik efikasi kendiri guru. Instrumen soal selidik kajian ini telah diubahsuai dari instrumen asal dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Instrumen yang digunakan bagi mengukur kecerdasan emosi pengetua telah diubahsuai dari instrumen ‘Emotional Competencies Inventory’ (ECI-V2) – Hay Group oleh Boyatzis, Goleman dan Hay Group, (2001) yang mengandungi 51 item dan nilai Cronbach Alpha ialah .98. Manakala

Soal selidik efikasi kendiri guru mengandungi 24 item dan diubahsuai dari ‘Teacher Sense of

Efficacy Scale’ (Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy, 2001) yang menunjukkan nilai Cronbach Alpha .96.

Analisis Data

Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi

menggunakan ‘Statistical Package For The Sosial Sciences’ (SPSS). Ujian Korelasi Pearson

(Pearson Product-moment) digunakan untuk menganalisis hubungan antara kecerdasan emosi pengetua dan efikasi kendiri guru. Seterusnya ujian regresi pelbagai (stepwise) adalah untuk menganalisis dimensi dalam komponen kecerdasan emosi pengetua yang merupakan peramal kepada efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian mengikut soalan kajian. Soalan Kajian 1 :

Apakah tahap kecerdasan emosi yang dipraktikkan oleh pengetua sekolah menengah Negeri Sembilan?

Statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi dari responden kajian. Jadual 1: Min, Sisihan Piawai dan Tahap Kecerdasan Emosi Pengetua (N=396)

Dimensi dan Sub-dimensi Kecerdasan Emosi Pengetua

Min (M) Sisihan Piawai (S.P)

Tahap

Kesedaran Kendiri 6.77 1.309 Tinggi

Pengurusan Kendiri 7.01 1.322 Tinggi

Pengurusan Perhubungan 7.20 1.273 Tinggi

Kesedaran Sosial 6.82 1.398 Tinggi

Min Keseluruhan 7.00 1.271 Tinggi

Berdasarkan Jadual 1, didapati min keseluruhan kecerdasan emosi pengetua menurut persepsi guru adalah 7.00. Ini menunjukkan tahap kecerdasan emosi pengetua sekolah menengah di Negeri Sembilan berada pada tahap tinggi (M=7.00, SP=1.271). Terdapat dua dimensi iaitu dimensi pengurusan kendiri (M=7.01, SP=1.322) dan pengurusan perhubungan (M=7.20, SP=1.273) yang mempunyai nilai min yang lebih tinggi daripada min keseluruhan (M=7.00). Dua dimensi yang mempunyai min yang lebih rendah daripada min keseluruhan ialah dimensi kesedaran kendiri (M=6.77, SP=1.309) dan dimensi kesedaran sosial (M=6.82, SP=1.398). Ini menunjukkan bahawa pengetua sekolah menengah di Negeri Sembilan menurut persepsi guru mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dimana setiap dimensi yang mewakili kecerdasan emosi pengetua turut berada pada tahap yang tinggi.

Soalan Kajian 2:

Apakah tahap efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan?

Jadual 2: Min, Sisihan Piawai dan Tahap Efikasi Kendiri Guru (N=396) Dimensi Efikasi Kendiri Guru Min (M) Sisihan

Piawai (SP)

Tahap Amalan

Strategi Pengajaran 7.76 1.097 Tinggi

Pengurusan Bilik Darjah 7.79 1.077 Tinggi

Penglibatan Pelajar 7.61 1.132 Tinggi

Min keseluruhan 7.72 1.047 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2, didapati min keseluruhan efikasi kendiri guru adalah M= 7.72. Ini menunjukkan tahap efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan berada pada tahap tinggi (M=7.72, SP=1.047). Terdapat dua dimensi iaitu dimensi strategi pengajaran (M=7.76, SP=1.097) dan pengurusan bilik darjah (M=7.79, SP=1.077) mempunyai nilai min yang lebih tinggi daripada min keseluruhan (M=7.72). Dimensi yang mempunyai min yang lebih rendah daripada min keseluruhan ialah dimensi penglibatan pelajar (M=7.61, SP=1.132). Dari analisis juga menunjukkan guru sekolah menengah di Negeri Sembilan mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi bagi ketiga-tiga dimensi yang diukur.

Soalan Kajian 3:

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi efikasi kendiri guru berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar?

Analisis yang digunakan bagi menjawab soalan kajian ini adalah kaedah Ujian-t dan ANOVA.

a. Perbezaan efikasi kendiri guru berdasarkan jantina. Jadual 3: Ujian-t Efikasi Kendiri Guru berdasarkan Jantina

Pembolehubah Jantina Min S.P t df Sig

Efikasi Kendiri Lelaki 7.94 .978 2.235 394 .026 Perempuan 7.66 1.058

Nota: *signifikan pada p< .05

Berdasarkan Jadual 3, terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi efikasi kendiri guru berdasarkan faktor jantina guru (t = 2.235, df = 394, p< .05). Nilai min guru lelaki (M=7.94) yang lebih tinggi berbanding min guru perempuan (M=7.66) menunjukkan bahawa guru lelaki mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi dari guru perempuan.

Jadual 4: Ujian ANOVA bagi Efikasi Kendiri Guru berdasarkan Umur Efikasi Kendiri Guru

berdasarkan Umur Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan (df) Min Kuasa Dua Nilai F Sig Antara Kumpulan 20.501 3 6.834 6.495 .000 Dalam Kumpulan 412.424 392 1.052 Jumlah 432.925 395

Nota: *signifikan pada p< .05

Berdasarkan Jadual 4 di atas, terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi efikasi kendiri guru berdasarkan empat kategori umur [F(3,302)= 6.495; p<.05]. Nilai min umur guru 51 tahun ke atas (M=8.06, S.P=1.075) adalah yang tertinggi berbanding kategori umur guru yang lain. Ini menunjukkan bahawa guru yang berumur lebih dari 51 tahun mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding guru berumur bawah dari 51 tahun. Kumpulan guru yang berumur kurang dari 30 tahun mempunyai nilai yang terendah (M=7.19, S.P=.988). Kesimpulan bagi ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan bahawa faktor umur guru mempunyai pengaruh ke atas efikasi kendiri mereka.

c. Perbezaan efikasi kendiri guru berdasarkan pengalaman mengajar. Jadual 5: Ujian ANOVA bagi Efikasi Kendiri Guru berdasarkan Pengalaman

Mengajar Efikasi Kendiri Guru berdasarkan pengalaman mengajar Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan (df) Min Kuasa Dua Nilai F Sig Antara Kumpulan 6.773 4 1.693 1.554 .186 Dalam Kumpulan 426.152 391 1.090 Jumlah 432.925 395

Nota: *signifikan pada p< .05

Berdasarkan hasil ujian ANOVA (Jadual 5) yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik terhadap efikasi kendiri guru berdasarkan pengalaman mengajar. Ini bermakna bahawa faktor pengalaman mengajar guru tidak mempunyai pengaruh ke atas efikasi kendiri mereka. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama tidak mempunyai efikasi kendiri yang berbeza dengan guru yang baru mengajar.

Soalan Kajian 4:

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri Sembilan?

Ujian korelasi Pearson digunakan bagi menganalisis hubungan antara dua pemboleh ubah kajian iaitu untuk mengetahui hubungan antara kecerdasan emosi pengetua dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan. Hasil analisis adalah seperti dalam Jadual 6 di bawah.

Jadual 6: Korelasi antara Kecerdasan Emosi Pengetua dan Efikasi Kendiri Guru

Dimensi Efikasi Kendiri

r Sig٭٭ Kesedaran Kendiri .519 .269 .000 Pengurusan Kendiri .562 .316 .000 Pengurusan Perhubungan .529 .279 .000 Kesedaran Sosial .543 .295 .000 Kecerdasan Emosi .560 .314 .000

Hasil analisis mendapati bahawa hubungan antara kecerdasan emosi pengetua dan efikasi kendiri guru adalah signifikan secara statistik dan positif (r = .560, p< .01). Walau bagaimanapun, hubungan yang ditunjukkan adalah pada tahap sederhana kuat. Nilai varian (r² = .314) menunjukkan bahawa 31.4% daripada perubahan keseluruhan efikasi kendiri guru adalah disebabkan oleh faktor kecerdasan emosi pengetua. Manakala 68.6% perubahan lagi dalam efikasi kendiri guru mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain. Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan.

Soalan Kajian 5:

Dimensi yang manakah dalam konstruk kecerdasan emosi pengetua merupakan peramal yang dominan dalam menggalakkan efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri Sembilan?

Hasil dari ujian regresi pelbagai yang telah dijalankan ditunjukkan dalam Jadual 7 dibawah. Jadual 7: Analisis Regresi Pelbagai (Stepwise): Penyumbang terhadap perubahan dalam

efikasi kendiri guru. Dimensi Kecerdasan Emosi B Beta (ᵦ) t Sig. Sumbangan (%) Pengurusan Kendiri .305 .384 4.027 .000 .316 31.6

Kesedaran Sosial .148 .197 2.063 .040 .323 0.7

Pemalar (Constant) 4.581 19.527 .000

Hasil dari analisis regresi pelbagai (stepwise) dari Jadual 7 menunjukkan bahawa daripada empat dimensi kecerdasan emosi pengetua hanya dua dimensi iaitu dimensi pengurusan kendiri dan dimensi kesedaran sosial pengetua yang mempunyai korelasi dan memberikan sumbangan (32.3%) yang signifikan secara statistik (p< .05) kepada efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan.

Peramal utama dan tertinggi kepada efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri

Sembilan ialah dimensi pengurusan kendiri (β = .384, t = 4.027 dan p = .000). Ujian-t yang

signifikan pada p < .05 dan nilai R kuasa dua (R² = .316) menunjukkan sumbangan dimensi pengurusan kendiri sebanyak 31.6% terhadap efikasi kendiri guru. Keadaan ini menunjukkan apabila skor kecerdasan emosi pengetua bagi dimensi pengurusan kendiri bertambah sebanyak satu unit, tahap efikasi kendiri guru bertambah sebanyak .384 unit. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi pengetua bagi dimensi pengurusan kendiri adalah faktor peramal utama yang menyumbang sebanyak 31.6% kepada efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan.

Jadual 8: Analisis Regresi Pelbagai (Stepwise): Analisis Varians Sumber Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan Min Kuasa Dua Nilai F Tahap Signifikan (p) Regresi 139.850 2 69.925 93.766 .000 Residul 293.075 393 .746 Jumlah 432.925 395 Nota: *signifikan pada p< .05

Keputusan ujian-F pada Jadual 8 menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kedua- dua pemboleh ubah bebas dengan efikasi kendiri guru F (2,393) = 93.766 pada aras kesignifikanan p< .05. Keputusan analisis regresi pelbagai yang dijalankan memberikan nilai R Kuasa Dua (R² = .323) menunjukkan perubahan dalam kombinasi dua dimensi kecerdasan emosi pengetua iaitu dimensi pengurusan kendiri dan kesedaran sosial menyumbang sebanyak 32.3% terhadap perubahan dalam efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan. Ini bermakna terdapat 67.7% perubahan dalam efikasi kendiri guru yang tidak dapat diramalkan mungkin disebabkan oleh pemboleh ubah- pemboleh ubah yang lain (faktor lain) yang tidak dikaji dalam kajian ini.

PERBINCANGAN

Kebolehan untuk memimpin orang lain di persekitaran tempat kerja bermula dengan tahap kecerdasan emosi pemimpin yang tinggi (Bradberry & Greaves, 2003; Goleman et al., 2002). Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi merupakan seorang pemimpin yang berkesan berbanding pemimpin yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah (Cherniss & Goleman, 2005, Goleman, 2000). Kecerdasan emosi amat penting kerana sebagai pemimpin di sekolah, pengetua perlu pemahaman yang mendalam berkaitan psikologi manusia bagi memimpin dan mengetuai kepelbagaian personaliti warga sekolah (Dinham, 2005).

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pengetua sekolah menengah di Negeri Sembilan menurut persepsi guru mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Kajian terdahulu turut membuktikan bahawa individu yang memperlihatkan tahap kecerdasan emosi yang tinggi berjaya memimpin organisasi dengan berkesan (Abdul Ghani, 2007; Bhatti & Thaabbasum, 2014; Yulk, 2013). Ini adalah kerana pemimpin perlu mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dalam usaha melakukan perubahan bagi meningkatkan pencapaian organisasi dan melakukan proses transformasi dalam kepimpinan (Goleman, 2001). Selain itu, Shahril dan Yahya (2007) menyatakan bahawa pemimpin pendidikan yang berjaya membentuk sekolah berkesan adalah pemimpin yang mempunyai kemampuan dalam menguasai kecerdasan emosinya. Personaliti, nilai, sikap dan kebolehan setiap individu dalam organisasi perlu difahami oleh pengetua kerana individu yang berjaya dimotivasikan akan menggunakan sepenuh potensi dalam menjalankan tugas seiring dengan kehendak organisasi. Seterusnya, gelagat individu akan mencorakkan kumpulan individu dan mempengaruhi gelagat organisasi. Interaksi dan kerjasama antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas adalah petunjuk kepada kecemerlangan organisasi tersebut. Kenyataan ini selari dengan pendapat oleh Kouzes dan Posner (2007) serta Owens dan Valesky (2007) iaitu seseorang pemimpin perlu mempunyai kebolehan untuk memimpin kerana hubungan yang berkesan antara pemimpin dan pengikut akan menghasilkan organisasi yang cemerlang. Yulk (2013) mengatakan secara tidak langsung faktor kecerdasan emosi merupakan antara ciri tret yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin untuk menjadi pemimpin yang berkesan.

Pengetua sebagai pemimpin instruksional perlu memastikan guru sentiasa mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan menggalakkan iklim sekolah agar kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkesan. Kebolehan pengetua untuk meningkatkan efikasi kendiri guru akan membuatkan guru lebih bermotivasi dan mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Ini adalah kerana menurut Gu (2014), hubungan antara pengetua dan guru secara personal berdasarkan kerja mempunyai kesan pengaruh yang besar dalam memastikan kepercayaan guru tentang kebolehan yang mereka miliki. Kajian ini mendapati guru di Negeri Sembilan menunjukkan tahap efikasi kendiri yang tinggi dan membuktikan bahawa guru mempunyai keyakinan yang tinggi dalam pengajaran walaupun dikelilingi oleh pelajar yang pelbagai latar belakang. Guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi mendorong serta menggalakkan guru untuk berusaha lebih cemerlang dalam aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah melalui kepelbagaian variasi dan teknik mengajar (Tschannen-Moran & Hoy, 2001). Menurut Nurahimah dan Rafisah (2010) guru yang berefikasi kendiri tinggi mampu menyampaikan isi

pelajaran dengan baik dan berkesan. Efikasi kendiri guru yang dipamerkan melalui strategi pengajaran yang dilaksanakan secara berkesan, pengurusan bilik darjah yang cemerlang dan penglibatan pelajar yang maksimum semasa proses pengajaran dan pembelajaran mampu menghasilkan pelajar yang menghargai kepentingan pelajaran.

Selain itu, aspek demografi telah dikenalpasti mempunyai pengaruh terhadap efikasi guru melalui kajian terdahulu yang telah dilakukan antaranya oleh Munaim (2013), Shafinaz (2009) dan Wan Noraini (2011). Bandura (1986) menyatakan bahawa efikasi kendiri melibatkan kebolehan generatif di mana kemahiran sosial, kognitif dan tingkah laku perlu saling berhubung kait untuk mencapai sesuatu tujuan. Ini juga disebabkan oleh faktor personal dan persekitaran lain yang saling berinteraksi dengan faktor tingkah laku guru dalam membentuk keperibadian guru berkenaan (Bandura, 1977). Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi efikasi kendiri guru lelaki dan perempuan. Oleh itu, jantina mempengaruhi efikasi kendiri guru sekolah menengah kebangsaan di Negeri Sembilan di mana guru lelaki mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi berbanding guru perempuan. Dapatan juga menunjukkan bahawa faktor umur guru mempengaruhi efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri Sembilan di mana efikasi kendiri guru akan meningkat selari dengan peningkatan umur guru. Walau bagaimanapun, pengalaman mengajar guru tidak mempengaruhi efikasi kendiri guru.

Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan secara statistik dan positif antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru, namun kekuatan korelasi adalah pada tahap yang sederhana. Keputusan dapatan di atas memberikan implikasi bahawa seseorang pengetua yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi turut meningkatkan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Negeri Sembilan. Dapatan kajian ini selari dengan Abdul Ghani (2007) yang mendapati bahawa kecerdasan emosi adalah alat kompetensi yang utama bagi menilai keberhasilan kepimpinan kepala sekolah dan profesionalisme guru. Didapati kefahaman dan kebolehan mengawal emosi pemimpin berkolerasi secara positif dengan kepuasan kerja dan komitmen guru. Menurut Yulk (2013) pemimpin boleh mempengaruhi orang bawahannya melalui emosi yang dipamerkan sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain, jika pengetua sekolah mempunyai kebolehan untuk mengenal pasti emosi guru, memahami sebab dan akibat dari emosi yang berbeza dan pada masa yang sama mampu mengawal emosinya sendiri, menyebabkan guru lebih berpuas hati dan lebih komited dalam tugasan. Siti Faezah dan Mohd Zuri (2013) dalam kajian mereka mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi pengetua dan motivasi kerja guru. Pengetua yang mempunyai kebolehan untuk mengawal dan mengurus emosi dengan berkesan akan memotivasikan guru untuk lebih cemerlang dalam pengajarannya.

RUMUSAN

Akhirnya sebagai kesimpulan, pemimpin yang berkesan mempunyai kawalan kecerdasan emosi yang tinggi secara peribadi atau sosial dalam memimpin organisasi kerana kehendak akibat dari kepelbagaian personaliti yang wujud dalam setiap ahli organisasi perlu dipenuhi. Seterusnya, apabila kecerdasan emosi telah berjaya diuruskan dengan berkesan oleh pemimpin, maka keberkesanan peranan pengetua sebagai pemimpin instruksional akan meningkatkan efikasi guru dalam tugasan pengajaran bagi melahirkan sekolah yang

berkesan. Guru yang selesa dengan persekitaran kerja, memperoleh sokongan dan kerjasama dari pengetua cenderung mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Secara khususnya, pengetua mempengaruhi efikasi kendiri guru melalui peranan sebagai pemimpin instruksional. Ini adalah kerana efikasi guru merupakan kunci kepada peningkatan kualiti pengajaran.

RUJUKAN

Abdul Ghani, A. (2007). Emotional Intelligence and Leadership Effectiveness of School Managers in Malaysia. Educationist, 2(Julai ), 75-81.

Ahearn, E. M. (2000). Educational accountability: A synthesis of the literature and review of a balanced model of accountability. Final Report. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 439573).

Ahmad Johari & Zaitun. (2007). Konsep Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah. Prosiding Simposium Pengajaran & Pembelajaran, 135-149.

Babbie, E. (2014). The Basics of Social Research (6th ed). USA: Wadsworth.

Bandura, A. (1986). Social Foundations of thought and action: A Social Cognitive Theory. Prentice Hall, Englewood Cliffs.

Bandura, A. (1997). Self-Efficacy, The Exercise of Control. New York:W.H Freeman Company.

Bhatti, A. G., & Tabbasum, N. (2014). The relationship between emotional intelligence and job satisfaction in college teachers of district Hyderabad. Ma’arif Research Journal, 11- 30.

Boyatzis, R. E., Goleman, D., & HayGroup (2001). The Emotional Competence Inventory(ECI). Boston: HayGroup.

Bradberry, T., & Greaves, J. (2003). Emotional intelligence appraisal: There is more than IQ. San Diego,CA:Talent Smart.

Bush, T. (2007). Educational Leadership and Management: Theory, Policy and Practice. South African Journal of Education, 27(3), 391-406.

Cagle, K., & Hopkins, P. (2009).Teacher Self Efficacy and The Supervision of Marginal Teachers. Journal of Cross-Disciplinary Perspectives in Education, 2(1), 25-31.

Calik, T., Sezgin, F., Kavgaci, H., & Kilinc, A. C. (2012). Examination of Relationship between Instructional Leadership of School Principals and Self-Efficacy of Teachers and Collective Teacher Efficacy. Educational Sciences: Theory & Practice, 12(4), 2498-2504.

Catano, N. & Stronge J. H. (2007). What do we expect of school principals? Congruence between principal evaluation and performance standards. International Journal of Leadership in Education: Theory and Practice, 10(4), 379-399.

Catano, N., Richard, B. H & Stronge, J. H. (2008). Qualities of Efffective Principals. USA: ASCD Publications. Retrieved from

http://books.google.com.my/books?id=MMWDYpIpl_QC&pg=PA16&source=gb s_toc_r&cad=3#v=onepage&q&f=false

Cherniss, C., & Goleman, D. (2005). The emotionally intelligent workplace. New York: Bantam.

Coladarci, T. (1992). Teacher efficacy, supervision and the special education resource room teacher. Paper Presented at The Annual Meeting of The American Educational Research Association. Chicago.

Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (4th Ed). USA: Pearson.

Dibapile, W. T. S. (2012). A Literature Review on Teacher Efficacy Classroom Management. Proceedings of The 2011 New Orleons International Academic Conference, 211-220. Dinham, S. (2005). Principal leadership for outstanding educational outcomes. Journal of

Educational Administration, 43(4), 338-356.

Esmaeil, H., Rozita, Z., & Amir, H. M. (2013). The relationship between emotional intelligence and personality features with job satisfaction status of male junior high school teachers in Islamshahr city. Journal of Educational and Management Studies, 3(3), 205-214.

Friedman, I. A. & Kass, E. (2002). Teacher self-efficacy: a classroom-organization Conceptualization. Teaching and Teacher Education, 18,675-686.

Fullan, M. (2007). The New Meaning of Educational Change. (3rd Ed). London: Teachers

College Press.

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2012). Educational Research: Competencies For Analysis And Applications (10th Ed.). Boston: Pearson.

Goleman, D. (1998b). Working with emotional intelligence. New York.

Goleman, D. (2000). Leadership That Get Results. Harvard Business Review, March/Apr 2000, 78(12),78.

Goleman, D. (2001). The emotionally intelligent workplace. New York: Bantam

Goleman, D., Boyatzis, R., & McKee, A. (2002). Primal Leadership: Realizing The Power of Emotional Intelligence. Boston: Harvard Business School Press.

Gu, Saw Lan.(2014). The Relationship Between Instructional Leadership Behavior, School Climate and Teacher Efficacy in Secondary Schools in Kedah. (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). UUM.

Hallinger, P. & Heck, R. H. (1996). Reassessing The Principal Role in School Effectiveness: A Review of Empirical Research, 1980-1995. Educational Administration Quarterly, 32(1), 5-44.

Hallinger, P. & Heck, R. H (1998). Exploring The Principal’s Contribution to School Effectiveness: 1980-1995. School Effectiveness & School Improvement, 9(2),157-191 Hallinger, P. (2008). Methodologies for studying school leadership. A review of 25 years of

research using the principal instructional management rating scale. Paper prepared for presentation at Annual Meeting of the American Educational Research Association. Hallinger, P. (2012). Assessing and developing instructional leadership in schools. In Shen,

J. (Ed). Tools for improving the principalship. Oxford, UK: Peter Lang.

Harvey, I. P. (2009). The Relationship between teacher efficacy and reading program type in West Virginia Elementary Schools. (Doctoral Dissertation). Marshall University Graduate College, Hutington, West Virginia. Eric.ed.gov/?id=ED516047

Hashim Fauzy Yaakob & Ishak Md. Shah. (2007). Efikasi diri dan pencapaian akademik: Kajian ke atas pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM 2007,11-19.

Hipp, K. A. (1996). Teacher Efficacy: Influence of principal leadership behavior. Paper presented at the Annual Meeting of The American Educational Research Association, 8-12 April, 1996, New York.

Hussein Ahmad. (2007). Towards World Class Leadership Model of Principals for School in The Future. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke-14, Institut Aminuddin Baki, 25-27 Jun.

Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan sekolah. (2nd Ed). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Izani Ibrahim. (2013). Pengaruh Kecerdasan Emosi Pemimpin Terhadap Pengurusan Perubahan di Sekolah. Paper presented in Seminar Nasional Pengurusan dan Pendidikan Ke 20. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Karen, H. L. (2005). A study of the relationship of teachers’ self efficacy and the impact of leadership and professional development. (Doctorial Dissertation) Indiana University of Pennsylvania. Dissertation Abstract International.

Kouzes, J. M., & Posner, B. Z. (2007). The Leadership Challenge (4th Ed.). USA: Jossey-

Bass.

Magno, C. & Sembrano, J. (2008). The role of teacher efficacy and characteristics on teaching effectiveness, performance and the use of learner-centered practices. The Asia-Pacific Educator Researcher,16(1),73-87

Masaong Abd. Kadim. (2012). Hubungan Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 39-54)