• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dapatan Anova Sehala Perbezaan Kapasiti Kepimpinan Guru dan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar dan Tempoh

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 101-106)

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

Jadual 3: Dapatan Anova Sehala Perbezaan Kapasiti Kepimpinan Guru dan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar dan Tempoh

Bertugas

Varibel Pengalaman

Mengajar

Tempoh Bertugas

Nilai F Sig. Nilai F Sig. Kapasiti Kepimpinan Guru 1.67 1.56 14.42 .00** Komitmen Kualiti Pengajaran Guru 2.67 0.32 10.53 .00** Nota: *p<.01.

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kapasiti kepimpinan guru dan komitmen kualiti pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar guru. Sebaliknya dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam komitmen kualiti pengajaran guru dan kapasiti kepimpinan guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh bertugas guru di sekolah- sekolah berautonomi di Malaysia.

Seterusnya analisis lanjutan skor min perbandingan mendapati kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar serta bertugas di sekolah berautonomi melebihi 16 tahun menunjukkan komitmen kualiti serta organisasi pembelajaran yang lebih tinggi berbanding dengan rakan guru yang lebih muda.

Pengaruh Organisasi Pembelajaran terhadap Komitmen Kualiti Pengajaran Guru

Jadual 4: Dapatan Nilai Regresi Beta yang Standard (ß) untuk Organisasi Pembelajaran Terhadap Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Varibel Bebas Varibel Bersandar: Komitmen Kualiti

Pengajaran Komitmen Pengajaran KOM1(ß) Komitmen Inovasi Pengajaran KOM2(ß) Peramal

KG1- Kolaboratif dalam Kerja KG2 – Tanggungjawab Kejaya Guru KG3 – Memperoleh Maklumat Secara Inkuri Dalam Membuat Keputusan KG4- Penyertaan Meluas dalam Kerja Kumpulan

KG5- Hubungan Rakan Sekerja

. 35** .15 .04 .02 -.04 .09 .48** .09 .04 -.06 Nilai R Nilai R2 Nilai R2 Terlaras Nilai F .51 .26 .24 18.86** .63 .40 .38 35.48**

Nota: *p<.05, **p<.01

Dapatan Jadual 4 menunjukkan bahawa kapasiti kepimpinan menyumbang sebanyak 26 peratus perubahan varians dalam komitmen pengajaran dan pembelajaran guru (R2=.26, p<.01). Sementara itu, dimensi KG1 (β=.35, t=3.48, p<.01), KG2 (β=.15,

t=2.90, p>.05), KG3 (β=.0.4,t=4.03, p<.05) dan KG4 (β=.0.2,t=4.03, p<.05) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia.

Sementara itu, dimensi organisasi pembelajaran yang mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif terhadap inovasi pengajaran guru ialah KG1 (β=.09,t=1.67, p<.05), KG2 (β=.48,t=4.33, p>.01), KG3 (β=.0.9,t=4.03, p<.05) dan KG4 (β=.04,t=5.79, p<.05) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap komitmen inovasi pengajaran guru.

Secara keseluruhannya dapatan ini menjelaskan bahawa apabila dimensi KG1, KG2, KG3 dan KG4 ditingkatkan maka ia turut meningkatkan komitmen pengajaran dan

pengajaran guru serta komitmen inovasi pengajaran guru. PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan tahap kapasiti kepimpinan di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia adalah tinggi. Guru-guru terlibat dalam proses membuat keputusan dan melibatkan dii dalam kerja kolaboratif seperti dalam mesyuarat panitia. Begitu juga dengan tahap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia juga adalah tinggi. Ini menunjukkan guru-guru yang komited menghabiskan masa bersama-sama dengan murid-muridnya dan melakukan tugas-tugas yang selari dengan matlamat sekolah- sekolah berautonomi. Guru akan menjadi rakan kongsi sepenuhnya kepada tugas mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga dapat memahami matlamat sekolah, dapat menyokong sekolah dan memimpin ibu bapa untuk memberi sumbangan atau mengambil bahagian di sekolah.

Dapatan kajian juga telah menjelaskan terdapat perbezaan yang yang signifikan dalam kapasiti kepimpinan dan komitmen kualiti pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar tempoh bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. Guru yang mempunyai pengalaman melebihi 16 tahun adalah lebih komited berbanding guru yang muda yang mengajar antara 5-10 tahun. Manakala, guru yang bertugas melebihi 15 tahun di sekolah tersebut adalah lebih berkomited dan melibatkan diri dalam proses kepimpinan adalah tinggi berbanding guru baru mengajar di sekolah tersebut. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap komitmen terhadap profesion semakin tinggi prestasi kerja guru. Malah dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian Abdul Shukur Shaari, Fauziah Yaakub dan Rosna Awang Hahim (2004) yang pandangan bahawa pengalaman mengajar berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara komitmen dengan prestasi kerja mengikut pencapaian pengajaran.

Terdapat pengaruh yang signifikan kapasiti kepimpinan guru terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru. Dalam hal ini, apabila amalan kapasiti kepimpinan guru ditingkatkan, amalan ini turut meningkatkan komitmen pengajaran dan pembelajaran guru.Di sekolah-sekolah berautonomi, kepimpinan dikongsi bersama oleh pengetua dengan barisan pentadbir dan guru-guru. Hal ini adalah selaras dengan pendapat Briggs dan Wohlstetter

(2003) serta De Guzman (2006), yang menyatakan bahawa perkongsian kepimpinan mampu mengembangkan penglibatan semua guru dan staf dalam menjayakan visi dan misi sekolah, di samping mengekalkan perhatian dan menyediakan sokongan yang perlu untuk penambahbaikan pengajaran dalam kelas dan pembelajaran murid. Sekolah ini menerapkan perkongsian autoriti yang membantu sekolah mencapai matlamat dan menggunakan kemahiran dan potensi setiap individu. Bagi guru-guru kanan, kepimpinan mereka terserlah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran contohnya kurikulum, perkembangan profesional dan amalan pengajaran. Guru-guru mengenal pasti strategi-strategi pengajaran dan memimpin yang lain untuk menerapkan strategi yang sesuai bagi kelas masing-masing (Briggs & Wohlstetter, 2003).

Manakala, terdapat pengaruh yang signifikan kapasiti kepimpinan guru terhadap komitmen inovasi pengajaran guru. Dalam hal ini, apabila amalan kapasiti kepimpinan guru ditingkatkan, amalan ini turut meningkatkan komitmen inovasi pengajaran guru. Kapasiti kepimpinan juga menjadikan guru dan pentadbir sekolah sebagai pemimpin yang konstruktif. Keadaan ini bersesuaian dengan konsep sekolah berautonomi yang mengandaikan pelajar dan guru boleh mereka bentuk pembelajaran sendiri melalui penerokaan ilmu tanpa sempadan batasan dan mereka juga diharap dapat berkongsi kepimpinan serta bertingkah laku secara demokrasi. Tindakan ini akan mendorong kepada satu bentuk kepimpinan yang berjaya meningkatkan komitmen inovasi pengajaran guru dan pencapaian prestasi guru. KESIMPULAN

Kesimpulannya, tahap kapasiti kepimpinan dan komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia adalah tinggi. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang yang signifikan dalam kapasiti kepimpinan dan komitmen kualiti pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar tempoh bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. Selain itu, kapasiti kepimpinan mempunyai pengaruh terhadap komitmen kualiti pengajaran guru sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. Tahap kapasiti kepmpinan yang tinggi dapat meningkatkan komitmen kualiti pengajaran guru. Oleh itu, sekolah-sekolah berautonomi ini adalah reformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia yang mempunyai aspirasi pendidikan untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua pelajar di seluruh negara. Selain itu, sekolah ini juga dapat meningkatkan pencapaian pelajar bagi membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga kerja Malaysia sebagai negara membangun menjelang tahun 2020 dan memastikan pendidikan berkualiti dapat di kecapi oleh semua bagi menambah baik taraf kehidupan penduduk Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Para pengurus sekolah ini juga hendaklah memainkan peranan penting untuk menggalakkan dalam pembinaan kapasiti kepimpinan guru.

BIBIOGRAFI

Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Tang Keow Ngang & Abdullah Sani Yahaya. (2005). Kesan amalan pengurusan pengupayaan dalam pengajaran pembelajaran terhadap pertambahan beban dan persekitaran kerja guru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 15 (1), 9-31.

Abdul Shukor Shaari, Noran Fauziah Yaakub. & Rosna Awang Hashim. (2004). Peranan pengalaman mengajar dalam hubungan antara komitmen terhadap profesion dengan prestasi kerja.IJMS II (Special Issue), 185-196.

Caldwell, B. J. (2005). School-based managment: Internasional Academy of Education and International Institute for Educational Planning UNESCO.Retrieved

http://unesco.org/iiep

De Guzman, A. B. (2006.). Reforms in Philippine basic education vewed from key elements of successful School-Based Management (SBM) schools. Educational Research for Policy and Practice, 5: 55-57.

Hussein Mahmod. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010: Putrajaya: Kementerian pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Sekolah Berprestasi Tinggi. Retrieved berprestasi tinggi/

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Sekolah Berprestasi Tinggi. Retrieved berprestasi tinggi/

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM

Kuppan Anandan. (2010). Pengaruh efikasi kendiri dan kolektif guru terhadap hubungan antara kepemimpinan transformasi sekolah dengan komitmen kualiti pengajaran. Tesis Ph. D, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Linda Lambert. (1998). Building leadership capacity in school, association for supervision and curriculum development. Virginia, USA.

Nir, A. E. (2002). School -based managment and its effect on teacher commitment. Internation Journal of Leadership in Education, Vol 5 (4), 323-341.

Rallis S. F. & Highsmith, M. C. (1986). The myth of the great principal,. Questions at school managment and instructional leadership. Phi Delta Kappan,68(40), 300-304.

Sergiovanni Thomas, J. (1995). The principalship: A reflective practice percective. Boston: Allyn and Bacon.

Singh, K, & Billingsley, B. S. (1998). Professional support and effects on teacher's commitment.Journal of Educational Reserch, Vol. 94(4), 229-239.

Wohlstetter, P.& Sebring P.B. (2003). Management school-based management in the United States.Arnott M.A & Raab C.D (ed). The Governance of Schooling: Comparative Studies of Devolved. London: Routledge.

PENGARUH KEPIMPINAN LESTARI TERHADAP TINGKAH LAKU INOVATIF

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 101-106)