• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sangat Tinggi 0.90<

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 167-174)

Pembelajaran Abad Ke-

Sangat Tinggi 0.90&lt;

Tinggi 0.89-0.70 Sederhana 0.69-0.30 Rendah 0.30> ___________________________________________________________

Jadual 2 : Senarai Panel Pakar Analisis Persetujuan Tema Data Kualitatif

________________________________________________________________________Bi l Nama Wakil Jawatan dan Kelayakan Kepakaran Tahap

(Cohen Kappa) _________________________________________________________________________ ___ Pakar A Fakulti Sains Pensyarah Kanan, Pendidikan Islam 0.94

Kemanusian Ketua Jabatan (UPSI)

1. Pakar B Fakulti Pensyarah Kanan Pengukuran

Pendidikan Pendidikan 0.92 (UM)

2. Pakar C Jemaah Nazir Pegawai Jemaah Nazir Pemantauan guru Pendidikan Islam

10 tahun 0.92

________________________________________________________________________

Sumber : Borang persetujuan pakar Pendidikan Islam terhadap tema kualitatif 2012

Berdasarkan jadual 2 seramai tiga orang pakar kualitatif dalam bidang Pendidikan Islam telah dilantik untuk menjadi interater terhadap tema yang dibina. Hasil daripada penilaian pakar ini menunjukkan pembinaan tema yang dilakukan oleh pengkaji mencapai tahap pengukuran Cohen Kappa pada tahap melebihi 0.9. Pencapaian tahap persetujuan yang sangat tinggi mengikut penilaian Cohen Kappa ini adalah merupakan bukti terbaik bagi menentukan kebolehpercayaan yang tinggi bagi data kajian.

DAPATAN KAJIAN

Fokus utama yang menjadi perbincangan artikel ini merujuk kepada objektif yang mendasari

kajian iaitu “ Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam sekolah rendah berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ”. Hasil dapatan kajian yang diperoleh menjelaskan berkenaan amalan penggunaan BBM di kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Penanda data yang ditunjukkan pada jadual 3 hingga jadual 8 merupakan dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan majority amalan penggunaan BBM GCPI berdasarkan KBAT daripada 12 jenis BBM yang biasa dan digunakan oleh GCPI. Berdasarkan jadual-jadual tersebut, pola BBM dalam PdP dipersetujui oleh majoriti daripada bilangan GCPI dari S1 hingga S8 dari jenis kertas edaran dan modul, buku teks, komputer dan LCD, kertas mahjong, buku rujukan dan gambar. Daripada enam BBM tersebut, hanya tiga BBM yang ada digunakan oleh hampir semua GCPI iaitu kertas edaran dan modul, buku teks, komputer dan LCD

Bahan bantu mengajar (BBM) kertas edaran dan modul lebih menjadi keutamaan kepada semua GCPI di S1 – S8 kerana mereka mengendalikan kelas yang terlibat dengan peperiksaan. Hal ini kerana semua GCPI mempunyai BBM tersebut yang akan diagihkan

kepada pelajar melalui latih tubi dan pembelajaran kendiri . Justeru, pengkaji menggabungkan kedua-dua BBM dalam satu bahagian

Jadual 3 : Penandaan data bagi BBM kertas edaran dan Modul

________________________________________________________________________ Sek GCPI PI P2 GI G2 P/GPK ________________________________________________________________________ S1 x x x - x x S2 x x x x x - S3 x x x - - - S4 x - x - - - S5 x - x - - - S6 x x x x x - S7 x x x x x - S8 x x x x - - _________________________________________________________________________ ___

Keterangan : ‘x’ bermakna mewakili data. Sek – Sekolah, GCPI – Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P1-Pelajar 1, P2-Pelajar 2, G1-Guru 1, G2 – Guru 2, P/GPK – Pengetua atau Guru Penolong Kanan.

Melalui data utama temu bual yang dilakukan, pengkaji hanya mendapati GCPI S2 dan S3 yang menyatakan penggunaan buku teks semasa PdP. Selebihnya dibuktikan melalui temubual dengan PI GCPI kecuali PIS3 dan PIS8. Melalui jadual 4 yang ditunjukkan di bawah tidak menunjukkan bukti bahawa GCPI8 menggunakan buku teks dalam PdP. Tetapi berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap PdP GCPI 8 menunjukkan beliau menggunakan buku teks sebagai BBM walaupun tidak dapat dibuktikan melalui data temu bual. (OS8, 257)

Jadual 4 : Penandaan data bagi BBM buku teks ________________________________________________________________________ Sek GCPI PI P2 GI G2 P/GPK ________________________________________________________________________ S1 - x - - - - S2 x x x - x - S3 x - - - - - S4 - x - - x - S5 - x x - - - S6 - x - - - - S7 - x - - - - S8 - - - - - - ________________________________________________________________________

Keterangan : ‘x’ bermakna mewakili data. Sek – Sekolah, GCPI – Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P1-Pelajar 1, P2-Pelajar 2, G1-Guru 1, G2 – Guru 2, P/GPK – Pengetua atau Guru Penolong Kanan

Melalui penggunaan komputer dan LCD pula hanya GCPI di S1,S5,S7 dan S8 yang menggunakan dalam PdP mereka. Tetapi pengkaji kurang bersetuju dengan penggunaan BBM tersebut di sekolah ini walaupun GCPI, rakan GCPI dan para pelajar mereka telah mengakuinya. Namun pada pandangan pengkaji berdasarkan data dan pemerhatian bahawa penggunaan BBM ini amat jarang digunakan. Apa yang dilihat oleh pengkaji di sekolah ini bahawa sememangnya GCPI ini mempunyai kemahiran tetapi tidak digunakan dalam PdP. BBM ini hanya digunakan untuk penyediaan modul, pencarian data di internet dan program sekolah. Sebagai bukti GCPI17 (174) ada menjelaskan

(GCPI ; PP/BBM/KDLCD) “ Kelas saya comel sikit itu saya ada guna peralatan laptop ini,

kalau tak ada itu saya akan buat kumpulan sahajalah, bagi kertas mahjong, minta diorang buat persembahan dekat depan, secara tidak langsung nak latih diorang berani bercakap

Petikan ini menjelaskan bahawa beliau mengakui tidak menggunakan komputer dan LCD di dalam kelas yang tidak mempunyai kelengkapan melainkan kelas-kelas yang khusus untuk pelajar yang tahap pencapaian yang terbaik (G2S7, 476). Namun begitu, penggunaan BBM ini di S2, S3, S4 dan S6 sememangnya digunakan secara meluas

Jadual 5 : Penandaan data bagi BBM komputer dan LCD ________________________________________________________________________ Sek GCPI PI P2 GI G2 P/GPK ________________________________________________________________________ S1 - - - - x - S2 - x x x x x S3 x x - - - - S4 x x x x x - S5 - - - - - - S6 x - x x - - S7 x x x - x - S8 - - - x x - ________________________________________________________________________

Keterangan : ‘x’ bermakna mewakili data. Sek – Sekolah, GCPI – Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P1-Pelajar 1, P2-Pelajar 2, G1-Guru 1, G2 – Guru 2, P/GPK – Pengetua atau Guru Penolong Kanan

Bagi BBM kertas mahjong, sebahagian besar GCPI di S1-S8 menggunakannya dalam PdP mereka kecuali GCPI di S5. Berdasarkan data utama temu bual hanya GCPI S3, S4. S6 dan S7 yang menyatakan penggunaannya disokong pula dengan data temu bual PI, P2, G1 dan G2 GCPI tersebut. Penggunaan kertas mahjong berkait rapat dengan kaedah pembentangan pelajar melainkan GCPI12 yang tidak menggunakan kaedah tersebut. Oleh itu GCPI 3 – GCPI 8 menggunakan kertas mahjog sebagai BBM para pelajar mereka. Sebagai contoh P2S3 (312) berkata (GCPI : PP/BBM/KRTSMJG)

“ Masih lagi menggunakan pendekatan lama, kertas mahjong”

Melalui data utama temu bual yang dilakukan, pengkaji mendapati hanya GCPI S2 dan S3 yang menyatakan penggunaan buku teks semasa PdP. Selebihnya dibuktikan melalui temu bual dengan P1 GCPI kecuali P1 S3 dan P1 S8. Melalui jadual 6 yang ditunjukkan di bawah tidak menunjukkan bukti bahawa GCPI 8 menggunakan buku teks dalam PdP. Tetapi melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap PdP GCPI 8 menunjukkan beliau menggunakan buku teks sebagai BBM walaupun tidak dapat dibuktikan melalui data utama temu bual

Jadual 6 : Penandaan data bagi BBM kertas Mahjong ________________________________________________________________________ Sek GCPI PI P2 GI G2 P/GPK ________________________________________________________________________ S1 - - - - S2 - - - - S3 x - x - - - S4 x x x - - - S5 x - x - - - S6 - - - - S7 x x x - - - S8 x x x - - - ________________________________________________________________________

Keterangan : ‘x’ bermakna mewakili data. Sek – Sekolah, GCPI – Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P1-Pelajar 1, P2-Pelajar 2, G1-Guru 1, G2 – Guru 2, P/GPK – Pengetua atau Guru Penolong Kanan

Selain kertas mahjong, mengikut data bahawa buku rujukan juga digunakan oleh sebahagian besar GCPI di S1-S8 kecuali GCPI 1, GCPI 6 dan GCPI 8. Sebagai contoh G2S4 (86) menjelaskan tentang GCPI4 yang mempunyai koleksi penggunaan buku rujukan dalam kata-kata beliau

(GCPI: PP/BBM/BKRJKN) “ untuk Pdp ke? Memanglah lengkap semua dia buat itu. Rekod

dia pun kalau tengok senarai buku rujukan pun dah banyak kan. Bukan buku teks sahaja, buku rujukan pun banyak”

Jadual 7 : Penandaan data bagi BBM buku rujukan ________________________________________________________________________ Sek GCPI PI P2 GI G2 P/GPK ________________________________________________________________________ S1 - - - - S2 - x x - - - S3 - x - - - - S4 x x x - x - S5 - - x - - - S6 - - - - S7 - - x - - - S8 - - - - ________________________________________________________________________

Keterangan : ‘x’ bermakna mewakili data. Sek – Sekolah, GCPI – Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P1-Pelajar 1, P2-Pelajar 2, G1-Guru 1, G2 – Guru 2, P/GPK – Pengetua atau Guru Penolong Kanan

BBM terakhir yang digunakan oleh kebanyakan GCPI S1-S8 adalah penggunaan gambar sama ada potongan gambar dan slaid gambar yang ditunjukkan dalam power point.

Namun begitu, mengikut data GCPI3, GCPI5 dan GCPI8 tidak menggunakan BBM ini dalam PdP mereka. Tentang penggunaan gambar ini, GCPI4 (208) ada menjelaskan

(GCPI:PP/BBM/GMBR). “ . selalunya lah akak akan kumpulkan tajuk-tajuk ini di dalam komputer, ada gambar dan tunjuk. Kalau tak silap tingkatan enam dan tengok dah, mungkin diorang sudah beritahu dah tengok janin-janin apa semua tu. Jadi satu-satu tajuk tu kaitkan dengan isu-isu semasa masa kini, pengalaman diluar kelas ni yang berlaku kepada masyarakat kita supaya dia lebih faham. Itu sahajalah. Jadi gambar-gambar itu dah menjadi budaya kerja kak daripada dulu ada simpan keratan- keratan suratkhabar daripada dulu sampai sekarang daripada KISAS. Kita tidak akan buang suratkhabar itu, melainkan kita dah tengok contoh folio tu

Jadual 8 : Penandaan data bagi BBM gambar ________________________________________________________________________ Sek GCPI PI P2 GI G2 P/GPK ________________________________________________________________________ S1 x - - - - - S2 x - - - - - S3 - - - - S4 x x - - - - S5 - - - - S6 x - - - - - S7 x - - - - - S8 - - - - ________________________________________________________________________

Keterangan : ‘x’ bermakna mewakili data. Sek – Sekolah, GCPI – Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P1-Pelajar 1, P2-Pelajar 2, G1-Guru 1, G2 – Guru 2, P/GPK – Pengetua atau Guru Penolong Kanan

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 167-174)