• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS DATA (DAPATAN KAJIAN) Perbincangan Hasil kajian

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 87-94)

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

ANALISIS DATA (DAPATAN KAJIAN) Perbincangan Hasil kajian

Penyelidik telah menggunakan satu set borang “cross case” yang direka bentuk bagi memudahkan satu analisi secara mendalam dan menyeluruh boleh dilakukan.Berikut adalah hasil dapatan melalui boring “cross case”.

Apakah inisiatif perubahan (inovasi) yang dilakukan di sekolah ?

Pentadbir menyatakan beliau melakukan pelbagai usaha dalam bentuk perubahan.Ini dapat dilihat melalui sedutan temu bual yang dijalankan.

Oleh yang demikian hasil rumusan telah mendapati bahawa terdapat usaha yang dijalankan oleh pihak dalam menjalankan dasar baru yang telah dibuat bagi memastikan dasar ini dapat dibudaya dalam kalangan guru dan murid sekolah tetapi masih ada pihak atau murid yang tidak mengetahuinya.

Melalui penyelidikan yang dijalankan ,penyelidik mendapati kerana terdapat masih ada sebahagian murid yang kurang faham atau tidak mengetahui tentang usaha –usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.Kenapa perkara ini berlaku?.Penemuan kajian mendapati ada usaha yang dilakukan tetapi masih ada lagi murid yang tidak mencapai keseluruhannya .Hakikat ini jelas kita lihat melalui temu bual bersama –sama dengan seorang murid perempuan yang menyatakan tidak mengetahui ada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah.

Oleh yang demikian kepimpinan pengetua dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju SPPK tidak menyimpang dari tujuan asalnya (Yusof &Mohd Musa 2011). Pengetua sebagai pemimpin pelaksanaan PBS di sekolah perlu memahami sedalam-dalamnya konsep, prinsip dan prosedur pelaksanaannya. Pengetua perlu menyokong dan membantu guru-guru dari semua aspek pelaksanaan PBS serta menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tidak kira sekolah tersebut terletak di Bandar atau Luar Bandar maupun faktor jantina guru.

Memandangkan pihak pentadbiran merupakan pemangkin dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi, adalah timbul isu-isu bahawa pentadbir terlalu mementingkan pencapaian supaya dapat melepasi KPI, meningkatkan gred purata sekolah GPS , gred purata mata pelajaran GPMP dan ranking sekolah di sesebuah daerah ataupun di negeri. Juga, Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah juga menyimbang faktor kepada pentadbir di sekolah lebih mementingkan pencapaian murid daripada penguasaan murid.

Sebagai rumusan dapatlah kita katakan bahawa pihak pentadbir telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan sesuatu dasar baru itu dapat dilaksankan dengan berkesan.Namun begitu masih terdapat juga sebahagian kecil murid yang tidak mengetahuinya berkemungkinan murid ini tidak mendapat input yang tepat atau kurang ambil peduli terhadap sesuatu dasar baru yang hendaklah dilaksanakan.Oleh itu pihak sekolah perlu lebih giat lagi menjalankan pelbagai usaha bagi menarik minat murid dan dapat disebarluaskan maklumat tersebut.

Apakah kepentingan atau kepeluan inisiatif perubahan (inovasi) di peringkat sekolah? Pihak pentadbir telah menyatakan bahawa perubahan inovasi memang perlu diadakan untuk mengikuti arus perubahan semasa. Penyelidik mendapati hasil daripada temu bual ini kesemua responden iaitu pengetua,guru dan murid telah memberikan jawapan yang sama iaitu mereka telah bersetuju bahawa sesuatu perubahan itu amat perlu bagi memastikan sistem pendidikan kita setanding denga negara lain terutama dalam Pentaksiran berasaskan Sekolah dan dapat dilaksanakan serta dijalankan dengan baik disemua peringkat sekolah. Ha ini dapat kita lihat melalui kajian yang telah dijalankan oleh (Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah 2009).

Bagaimanakah kaedah sesuatu inisiatif perubahan (inovasi) dilaksanakan di peringkat sekolah?

Penyelidik telah mendapati kesemua responden telah bersetuju menyatakan bahawa ada dilakukan kaedah pelaksanaannya terhadap PBS di sekolah.Ini dapat kita buktikan melalui temu bual bersama-sama dengan,pengetua.Hasil daripada sesi temu bual ini penyelidik mendapati bahawa pihak sekolah terutama pengetua telah membuat perancangan yang rapi dalam melaksanakan PBS di sekolah.

Tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin instuksional adalah untuk memastikan matlamat PBS yang telah dibina disebarkan kepada seluruh warga sekolah dengan cara menyampaikannya dengan berkesan secara meluas dengan pelbagai media seperti di dalam mesyuarat guru,perhimpunan sekolah,perbincangan dengan furu-guru danmurid- murid serta dipamerkanmatlamat tersebut di papan kenyataan di sekitar sekolah. Ini bertepatan dengan laporan Green&Cypress(2009) dan McEwan(2002) di mana dinyatakan pengetua juga mestilah berpengetahuan, berpengalaman dan mampu menjelaskan matlamat sekolah kepada guru-guru bagi membina kepercayaan untuk perubahan serta menghindarkan perasaan kerisauan dan ketakutan untuk melakukan perubahan di sekolah. Hubungan komunikasi perlu wujud bagi memastikan segala matlamat perubahan difahami di antara pihak pengetua, guru-guru dan murid murid. Sehubungan dengan itu, para guru perlu dimaklumkan tentang tugas dan tanggungjawab yang jelas bagi menjalankan sistem PBS. Oleh itu, stuktur organisasi yang dibentuk dengan jelas tentang tugasan dan matlamat tugasan adalah penting bagi melaksanakan perubahan yang diperlukan.

Bagaimana keberkesanan pelaksanaan inisiatif perubahan (inovasi) contohnya Pentaksiran berasaskan Sekolah di peringkat sekolah?

Data analisi juga mendapati bahawa kesemua responden bersetuju bahawa perubahan seperti PBS membawa kebaikan kepada mereka terutama dalam sistem pendidikan kita. Bedasarkan analisis temu bual bersama empat orang responden ini dapatlah disimpulkan bahawa PBS mempunyai kebaikannya.ini dibuktikan apabila keempat-empat responden memberikan jawapan yang positif terhadap pelaksanaan PBS .

Mereka bersetuju bahawa PBS mempunyai kebaikan seperti PBS seiring dengan hasrat Negara untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia, memberi kebebasan dengan autonomi kepada guru untuk menilai dan mentaksir murid mengikut tahap kesediaan dan kemampuan murid kerana guru lebih mengenali murid, menjimatkan kos kerana tiada keperluan mencetak soalan peperiksaan dan PBS. PBS juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kita lihat juga di dalam menggalakkan pembangunan professional guru, pengetua perlu pastikan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADP) yang dihadiri oleh guru adalah selari dengan matlamat yang hendak dicapai di dalam PBS di sekolah.

Sokongan dan galakan yang kuat perlu diberikan kepada guru-guru untuk menggunakan kemahiran baru yang diperoleh daripada kursus LADP yang dihadiri apabila mengendalikan PBS di dalam bilik darjah. Pengetua perlu mengetuai dan mengahadiri kursus LADP yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran PBS yang dianjurkan di sekolah bagi mendapatkan penyertaan guru-guru. Ini adalah penting supaya guru-guru dapat berbincang dan berkongsi idea atau maklumat semasa kursus LADP dijalankan bersama pengetua. Hussein (2008) merumuskan pengetua instruksional yang menyokong perubahan disekolah akan menyediakan maklumat dan latihan bagi meningkatkan kreativiti dan motivasi para guru. Ini turut disokong oleh kenyataan bahawa pengetua instruksional perlu memberikan sokongan serta mnyediakan peluang perkembangan professional kepada guru-guru agar mereka lebih bersedia dengan kemahiran yang diperlukan seterusnya akan mewujudkan komitmen untuk melaksanakan perubahan yang diperlukandi sekolah (Hallinger , 2003; Hallinger &Heck 1998).

Apakah terdapat kekangan/halangan yang dihadapi dalam meneruskan Pentaksiran Berasaskan sekolah di peringkat sekolah?

Penemuan kajian mendapati terdapat kekangan atau halangan dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah. Melalui keempat-empat responden yang telah ditemu bual, penyelidik melihat semua responden bersetuju memang ada kekangan dan halangan apabila sesuatu perubahan atau dasar yang akan dilaksankan.

Oleh itu jelaslah bahawa memang ada halangan dan kekangan yang timbul dalam melaksanaan PBS ini diperingkat sekolah. Apapun yang penting adalah kepimpinan instruksional pengetua menjadi tonggak utama dalam memacu dan memimpin organisasi kearah yang lebih cemerlang. Ini jelas kita melalui pendapat( Hallinger,2005) yang menyatakan bahawa kesibukan tugas membatasi usaha pengetua untuk menyempurnakan peranan sebagai pemimpin instruksional, terutamanya untuk memantau dan mnyelia dan memantau kepada Guru Kanan dan Ketua Bidang .Namun begitu, tanggungjawab pengetua dalam bidang pemantauan dan penyelian amat penting untuk memastikan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Robinson, Lloyd,Rowe,2009). Penyeliaan juga

merupakan aspek terpenting untuk menilai kandungan dan kaedah pengajaran guru bertepatan dengan kehendak kurikulum (James & Balansadaran 2009).

Dalam memainkan peranannya sebagai pemimpin instruksional, pengetua perlu merangka dan menyampaikan matlamat yang hendak dicapai apabila belakunya perubahan sepeti dalam system PBS.Ini dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah formal dan tidak formal seperi menggunakan data keputusan peperiksaan sekolah,mendapatkan input daripada para guru, dan menjalankan penyelidikan bagi membangunkan satu set matlamat yang berfokus berkaitan perkara yang hendak dicapai dalam PBS di sekolah.

Green & Cypress(2009) turut menyokong dengan menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang penting untuk diberi perhatian semasa melaksanakan perubahan di sekolah. Ini termasuk pengetua perlu menyediakan suatu pelan tindakan berdasarkan kepada penyelidikan di sekolah tentang perubahan yang perlu dilaksanakan serta bersedia untuk mengubah suai pelan tindakan mengikut keperluan perubahan.

Apakah pertimbangan etika yang digunakan dalam inisiatif perubahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (inovasi) di sekolah?

Kebanyakan responden bersetuju bahawa perlu ada etika dalam melaksanakan perubahan PBS di peringkat sekolah.Ini penting bagi memastikan sesuatu perubahan dapat dilaksankan dengan lebih berjaya dan telus.Melalui dapatan kita melihat kesemua responden bersetuju perlu ada etika dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah.Ini penting supaya PBS dapat dilaksankan dengan telus dan berjaya.Sebagi contoh pengetua boleh memberikan motivasi kepada guru dan pelajar. Sebagai pengetua instuksional , pengetua juga perlu memberikan dorongan dan pengiktirafan kepada perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

Pengetua perlu memberikan insentif kepada perkembangan pembelajaran murid- murid di sekolah. Pengetua perlu memberikan insentif kepada pembelajaran murid-murid dengan mengiktiraf murid-murid yang menunjukkan hasil kerja yang cemelang dan tingkah laku yang terpuji dalam melaksanakan PBS dengan memaklumkannya semasa perhimpunan sekolah serta menyampaikan sijil pencapaian atau sijilpenghargaan kepada mereka sebagai tanda galakan dan sebagai contoh kepada murid-muid yang lain. Selain itu,murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi atau pencapaian cemerlang dalam PBS boleh juga dipanggil ke pejabat untuk diberikan kata-kata penghargaan daripada pengetua secara peribadi.

Malah ibubapa murid-murid juga perlu dihubungi bagi memaklumkan tentang peningkatan pencapaian atau sumbangan mereka dalam menjalankan PBS di dalam bilik darjah.

Hussein (2008) merumuskan pengetua instruksional yang menyokong perubahan disekolah akan menyediakan maklumat dan latihan bagi meningkatkan kreativiti dan motivasi para guru. Ini turut disokong oleh kenyataan bahawa pengetua instruksional perlu memberikan sokongan serta mnyediakan peluang perkembangan professional kepada guru-guru agar mereka lebih bersedia dengan kemahiran yang diperlukan seterusnya akan mewujudkan komitmen untuk melaksanakan perubahan yang diperlukandi sekolah (Hallinger , 2003; Hallinger &Heck 1998).Akhirnya, pengetua instruksional juga perlu

menyokong kuat guru-guru dalam mengiktiraf sumbangan dan kejayaan murid-murid semasa pelaksanaan PBS di dalam bilik darjah.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, hasil kajian ini telah berjaya menjawab kesemua persoalan kajian iaitu pada keseluruhan..Berdasarkan analisis temu bual pelaksanaan PBS memang terdapat ada usaha tetapi ada sesetengah pihak yang mengetahuinya secara menyeluruh .Berdasarkan analisis temu bual besama empat orang responden pula mendapati mereka bersetuju bahawa PBS perlu perubahan kerana mempunyai kepentingan , pelaksaanan dijalankan dengan memberikan kursus serta terdapat usaha kebaikan seperti PBS seiring hasrat Negara untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia, memberi kebebasan dan autonomi kepada guru s untuk menilai dan mentaksir murid mengikut tahap kesediaan dan kemampuan murid kerana guru lebih mengenali murid, menjimatkan kos kerana tiada keperluan mencetak soalan peperiksaan dan PBS tidak memberi tekanan kepada pihak sekolah untuk mengekalkan prestasi sekolah dan bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain. Namun, mereka sependapat menyatakan antara kelemahan utama PBS adalah masih ramai guru yang tidak tahu tentang pelaksanaan PBS secara menyeluruh. Kecairanmaklumat berkaitan PBS tidak berlaku dengan baik. Ini menyebabkan guru bersikap tidak adil kerana mengejar sukatan pelajaran mata pelajaran sains menyebabkan guru sains sukar melaksanakan PBS . Mereka mencadangkan pihak KPM/LPM/JPN/PPD perlu berikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan PBS supaya ada penjaminan kualiti. Pihak-pihak ini disarankan sentiasa memastikan kecairan maklumat berkaitan PBS sampai terus kepada guru. Perlu ada latihan ,kursus ,pemantauan, sokongan yang berterusan sama ada dari segi perancangan mahupun proses pelaksanaan.

Maka oleh yang demikian kepimpinan instruksional pengetua dilihat sebagai kepimpinan yang memberi kesan yang positif dalam menyediakan guru-guru ke arah melaksanakan perubahan (Hallinger, 2003; Hallinge &Tanriogen,2009). Pengetua yang berkesan adalah proaktif, terutamya berkaitan dengan pengajaran dan kepentingan murid- murid serta bertindak sebagai pemimpin instruksional (Leithwood & Montgomery, 1982). Keupayaan pemimpin sekolah yang mempu melaksanakan perubahan di sekolah turut menjadi petunjuk yang membezakan antara sekolah yang berjaya dengan sekolah yang sebaliknya (Tuan Roslina, 2008). Dengan system pendidikan yang berkembang dan berubah , peranan yang dijangka daripada pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional telah menjadi semakin kompleks. Pengetua sekolah pelu sedar bahawa mereka harus berubah dahulu bagi melaksanakan transformasi di sekolah dan mnunjukkan sokongan terhadap perubahan ini. Sebarang perubahan pendidikan yang dilaksanakan mempunyai kesan terhadap perubahan tersebut. Oleh itu, pengetua instruksional sebagai agen perubahan mesti menguasai kecekapan –kecekapan baru yang diperlukan bagi melaksanakan perubahan tersebut . Proces ini melibatkan amalan seperti mengetepikan amalan amalan lama dan dalam masa yang sama menguasai kemahiran0kemahiran baru dan mengamalkannya.

RUJUKAN

Alas ,R.(2008).The Impact of Work-Related Values on the Readiness to Change in Estonian Organizations.Journal of Busines Ethics,86(2),113-124.

Alimuddin Mat Dom.(2010).Ciri-ciri Pengetua yang Outstanding .Pendidik.Widad Publicatoins.Selangor.Bil 73.

Azahari,J.(2002).Persepsi Guru terhadap Peranan Pengetua sebagai Agen Perubahan :Satu Kajian Di Sebuah Sekolah di Jasin,Melaka.Laporan Penyelidikan Sarjana,Universiti Malaya.

Blasé,J & Blasé J.(2002).Teacher “Perception of Principals”Instructional Leadership and Implication.Leadership and Policy in School ,1 (3),256-264.

Burn R.B (1995).”Introduction to research Methods” Melbourne Longman.

Fullan,M.(2007).The Jossey-Bass reader on Educational Leadership.( 2nd ed).Second Edition.San Francsico: John Wiley & Son Inc..

Fullan,M.(2007),The new Meaning of Educational Change,new York:Teacher College Press- Hallinger ,P.(2003).Leading Educational Change: Reflections on the Practice of

Instrucational and Transformational Leadership.Cambridge journal Of Educational,33(3),329-352.

Hallinger ,P.(2011).A Review of Three Decades Of Doctoral Studies Using the Principal Instrucational Magagement Rating Scale: A Lens on Methodological Progress in Educational Leadership.Educational Administration Quarterly,47(2),271-306 Hallinger,P.& Heck.R.H.(1998).Exploring the principal’s Contribution to School

Effectiveness:1980-1985: School Effectiveness and School Improvement,9(2),157- 191.

Hallinger,P.(2005).Instrucational Leadership and the School Principal: A passing Fancy That Refuses To Fade Away.Leadership and Policy in School Journal.4.1-20. Hussein M.(2008).Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.Edisi kedua.kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jamelaa B.A.(2012).Amalan Kepimpinan Instruksional Dan Sikap Terhadap perubahan Dalam KalanganPengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang.Tesis

Dr.Fal.UniversitiKebangsaan Malaysia.

James dan Balasandran,(2009:25).Kepimpinan Intrusksional satu Panduan pratikal.PTS Profesional Publication-

Merriem S.B (1998).”Qualitative Research and Case Study Application in Education ( 2nd ed) San Francisco: Jossey –Base.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ( Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).(2013).Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020.(2012).Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010.(2010).Putrajaya:Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti .

PENGARUH KAPASITI KEPIMPINAN GURU TERHADAP KOMITMEN KUALITI

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 87-94)