• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN LEPAS

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 77-83)

Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan

KAJIAN LEPAS

Di dalam buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2010), telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional di mana pengetua akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar di kalangan muridnya. Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional ,pengetua perlu melaksanakan tugas-tugas seperti :

1) menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus mengenai pelaksanaan kurukulum sekolah;

2) mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan ;

3) menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan di samping menyebarkan amalan tebaik pengajaran dan pembelajaran kepada gurunya di peringkat sekolah.

4) mencerap pengajaran dan pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan maklum balas pencerapan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran ;

5) menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan;

6) menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara tekal;

7) mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi meyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid;

8) mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hamper keseluruhan warga sekolah.

Kepimpinan instruksional mendapat perhatian sejak 25 tahun yang lalu bermula dengan kajian sekolah berkesan oleh Edmonds ( 1979) . Model kepimpinan instruksional telah dibangunkan sejak 1980an oleh pengkaji barat seperti Hallinger dan Murphy (1985,1987), Bossert (1988), Muphy (1990), weber(1996), Southworth(2002) dan Halinger(2000). Model

Halingger dan Murphy (1985) paling kerap digunakan dalam kajian –kajian mengenai kepimpinan instuksional. Hallinger (2011) menyatakan bahawa bermula tahun 1980 an sehingga tahun 2010, sebanyak 130 kajian telah dijalankan menggunakan model Halingger(1985).

Walau bagaimanapun, dalam realiti sebenar peranan pengetua yang kurang efektif dalam membimbing dan berkongsi matlamat dengan guru-guru menyebabkan program pengajaran yang dirancang sering tidak mencapai matlamat sekolah (Sektor Pengurusan Akademik 2009). Elemen menetapkan matlamat yang jelas dapat membantu pengetua membawa hala tuju sekolah untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran.

Kesibukan tugas membatasi usaha pengetua untuk menyempurnakan peranan sebagai pemimpin instruksional, terutamanya untuk memantau dan menyelia dan memantau kepada Guru Kanan dan Ketua Bidang (Hallinger,2005). Namun begitu, tanggungjawab pengetua dalam bidang pemantauan dan penyelian amat penting untuk memastikan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Robinson, Lloyd,Rowe,2009). Penyeliaan juga merupakan aspek terpenting untuk menilai kandungan dan kaedah pengajaran guru bertepatan dengan kehendak kurikulum (James & Balansadaran 2009).

Secara keseluruhannya daripada perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa kepimpinan instruksional ialah segala amalan tingkah laku perancangan pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi , memberi bimbingan dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan meningkatkan program-program berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat akademik sekolah yang ditetapkan.

Ini termasuklah dalam memastikan pelaksanaan sesuatu perubahan pendidikan berjaya mencapai matlamatnya di sekolah.

Apabila sesuatu perubahan diperkenalkan di sekolah seperti sistem PBS , pengetua sebagai pemimpin instruksional adalah dipertanggungjawab bagi memngimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau gagal perubahan itu begantung kepada sesebuah sekolah (Hussein,2008) . Pengetua mesti bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi kecemerlangan organisasi sekolah. Pendapat ini turut disokong oleh Azhari (2002) di mana dinyatakan pengetua adalah agen perubahan di peringkat sekolah dan sebagai agen perubahan,pengetua bertangggungjawab untuk member sokongan ,membantu membimbing dan menggalakkan guru-guru untuk mengamalkan serta melaksanakan sesuatu perubahan dan inovasi pendidikan di sekolah secara berkesan agar matlamat yang hendak dicapai terlaksana dan dapat member manfaat kepada murid-murid khasnya.

Dalam memainkan peranannya sebagai pemimpin instruksional ,pengetua perlu merangka dan menyampaikan matlamat yang hendak dicapai apabila belakunya perubahan sepeti dalam sistem PBS.Ini dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah formal dan tidak formal seperi menggunakan data keputusan peperiksaan sekolah,mendapatkan input daripada para guru, dan menjalankan penyelidikan bagi membangunkan satu set matlamat yang berfokus berkaitan perkara yang hendak dicapai dalam PBS di sekolah. Green & Cypress(2009) turut menyokong dengan menyatakan bahawa terdapat beberapa factor yang penting untuk diberi perhatian semasa melaksanakan perubahan di sekolah.

Disamping itu pengetua perlu menyediakan suatu pelan tindakan berdasarkan kepada penyelidikan di sekolah tentang perubahan yang perlu dilaksanakan serta bersedia untuk mengubah suai pelan tindakan mengikut keperluan perubahan. Seterusnya, serta bersedia untuk mengubah suai pelan tindakan mengikut keperluan perubahan.

Seterusnya, matlamat yang dibina perlulah difahami oleh guru-guru supaya para guru dapat menterjemahkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, para guru perlu dimaklumkan tentang tugas dan tanggungjawab yang jelas bagi menjalankan system PBS. Oleh itu, stuktu organisasi yang dibentuk dengan jelas tentang tugasan dan matlamat tugasan adalah penting bagi melaksanakan perubahan yang diperlukan.Ini termasuklah dengan mengadakan perbincangan dengan guru secara individu bagi mengenal pasti perkembangan prestasi pencapaian murid dalam PBS supaya dapat dijalankan program-program pemulihan dan pengukuhan bagi murid-murid yang memerlukannya. Pengetua juga pelu menggunakan keputusan prestasi pencapaian murid dalam PBS bagi menilai kemajuan terhadap matlamat sekolah sepeti yang telah ditetapkan. Makluman secara lisan dan bertulis berkaitan keputusan prestasi sekolah perlu disampaikan kepada guru-guru dan murid-murid pada masa yang ditetapkan.

Bagi mewujudkan iklim pembelajaran sekolah yang berfokus kepada PBS, pengetua instruksional perlu memainkan peranan untuk mengawal waktu pengajaran, mengekalkan ketampakan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakan pembangunan professional dan menyediakan insentif untuk pembelajaran. Di dalam melaksanakan PBS, terdapat banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid di dalam bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, bagi memastiksn tumpuan murid-murid adalah tehadap aktiviti PBS yang dijalankan di dalam bilik darjah , pengetua perlu mengawal gangguan terhadap masapengajaran dan pembelajaran seperti yang disebabkan oleh pengumuman awam, murid di panggil ke pejabat, atau gangguan aktiviti kokurikulum semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Juteru itu pengetua perlu memastikan murid-murid yang lewat atau ponteng kelas diambil tindakan akibat kehilangan masa pembelajaran supaya mereka sedar tentang kepentingan berada di dalam bilik darjah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Para guru juga pelu digalakkan untuk menggunakan masa pengajaran sepenuhnya dengan menjalankan aktiviti-aktiviti PBS dengan menggunakan kemahiran yang baru untuk menarik perhatian murid-murid. Oleh itu, pengetua harus memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional dalam melaksanakan peubahan pendidikan bagi menyediakan iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran murid. (Hallinger , 2003).

Selain daripada itu bagi mendapatkan pandangan daripada guru-guru dan murid murid berkaitan pelaksanaaan PBS , pengetua instruksional pelu meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka semasa waktu rehat atau mengadakan lawatan terus ke bilik darjah. Pengetua boleh mengambil alih bilik darjah sementara menunggu guru yang tiba lewat atau guru ganti, malah boleh mengajar murid-murid di dalam bilik darjah.

Selain itu,semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, pengetua perlu menghadiri dan mngambil bahagian dalam aktiviti tersbut bersama-sama guru dan murid-murid bagi tujuan mengekalkan ketampakan di sekolah yang mesra oleh pengetua.). Ini menunjukkan bahawa adalah penting bagi pengetua instruksional untuk sentiasa berinteraksi dengan warga sekolah supaya sikap mereka adalah positif terhadap pelaksanaan perubahan PBS dengan lancer, pengetua instuksional pelu memberikan insentif yang sesuai untuk para guru. Ini termasuklah dengan memberikan pujian kepada guru secara peribadi serta mengiktiraf prestasi cemerlang guru secara bertulis untuk didsimpan di dalam fail peribadi guru.

Guru-guru yang gigih berusaha dalam melaksanakan PBS turut diberikan penghargaan dan pengajaran dengan mewujudkan peluang kemajuan professional di atas sumbangan mereka kepada sekolah.

Disamping itu sebagai pengetua instuksional,pengetua juga perlu memberikan dorongan dan pengiktirafan kepada perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Pengetua perlu memberikan insentif kepada perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Model Kepimpinan Instruksional Hallinger &Murphy (1985)

Model kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985) telah dibangunkan oleh Philip Hallinger dan Joseph Murphy dengan menggariskan tiga dimensi utama kepimpinan instruksional iaitu (1) menetukan misi sekolah, (2) menguruskan program pengajaran , dan (3) mewujudkan iklim pembelajaran sekolah.

Terdapat sepuluh fungsi kepimpinan bagi dimensi kepimpinan instruksional di dalam model ini iaitu merangka matlamat sekolah, menyampaikan matlamat sekolah,menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid,mengawal waktu pengajaran,mengekalkan ketampakan,menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan professional dan menyediakan insentif untuk pembelajaran. Model tersebut adalah seperti Rajah 1:

Menentukan Misi sekolah Mengurankan Program Pengajaran Mewujudkan Iklim Pembelajaran sekolah Merangka matlamat sekolah Menyampai matlamat sekolah Menggalakan Pembangunan Profesional Memantau Kemajuan Murid Menyelia dan menilai Pengajaran Menyelaras Kurikulum Menyediakan Insentif Untuk Pembelajaran Menyediakan Insentif untuk Guru Mengekalkan Ketampakan Mengawal Waktu Pengajaran

Halingger dan Murphy( 1985) telah merangka tentang tiga dimensi dan sepuluh fungsi kepimpinan yang terdapat dalam model kepimpinan instruksional mereka. Dimensi petama iaitu menentukan misi sekolah yang mempunyai dua fungsi iaitu pengetua merangka matlamat sekolah serta menyampaikan matlamat sekolah. Kedua-dua fungsi ini adalah untuk memastikan pengetua bekerjasama dengan guru-guru bagi menentukan misi yang jelas dan boleh dicapai terutamnya dalam bidang akademik pelajar. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin instruksional menyampaikan matlamat sekolah dengan berkomunikasi supaya diketahui oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar. Ini dapat dilakukan dengan saluran komunikasi formal dan tidak formal seperti melalui bahan edaran, mesyuarat mingguan sekolah, perhimpunan sekolah,perbincangan dengan guru dan staf, papan kenyataan sekolah dan sebagainya.

Manakala dimensi kedua iaitu menguruskan program pengajaran di mata pengetua perlu member tumpuan pada penyelarasan dan kawalan arahan dan kurikulum.ini merangkumi tiga fungsi iaitu menyelia dan menilai pengajaran ,menyelaras kurikulum, dan memantau kemajuan murid.Bedasarkan kepada tiga fungsi yang disebutkan ,pengetua mesti melibatkan diri secara menyeluruh dalam bidang pembangunan akademik di sekolah. Dalam model ini, pembangunan akademik pelajar meupakan aspek utama yang menjadi tanggungjawab uatama pengetua. Pengetua harus melibatkan usaha besama guru dalam mengurus bidang kurikulum sekolah. Selain itu, pengetua juga perlumembuat lawatan bagi tujuan penyeliaan guru bagi menyelaraskan amalan-amalan guru dalam bilik darjah. Seterusnya ,pengetua juga perlu memantau kemajuan pelajar berdasarkan kepada keputusan analisa peperiksaan supaya program-program kemajuan akademik dapat dibuat penambahbaikan agar matlamat sekolah tercapai.

Dimensi ketiga iaitu mewujudkan iklim pembelajaran sekolah merangkumi lima fungsi iaitu mengawal waktu pengajaran , mengekalkan ketampakan, menyediakan insentif untuk guru,menggalakakan pembangunan professional, dan menyediakan insentif untuk pembelajaran . Menerusi dimensi ini, ia menyokong pendapat berkaitan sekolah yang berkesan akan mewujudkan tekanan akademik bagi memastikan tahap dan jangkaan yang tinggi pelu dicapai dengan usaha penambahbaikan yang berterusan (Hallinger ,2011) .

Pengetua juga seharusnya terlibat bersama-sama dengan guru dan murid bagi menjayakan setiap program dan aktiviti sekolah.

Pemimpin instruksional perlu memberikan galakan dan bimbingan kepada guru serta membeikan insentif kepada guru-guru dan murid-murid . Pengetua turut mempunyai tanggungjawab kepimpinan instuksional untuk menyelaraskan piawaian dan amalan sekolah berdasarkan misi dan mewujudkan sokongan terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin instuksional adalah untuk memastikan matlamat PBS yang telah dibina disebarkan kepada seluruh warga sekolah dengan cara menyampaikannya dengan berkesan secara meluas dengan pelbagai media seperti di dalammsyuarat guru,perhimpunan sekolah,perbincangan dengan furu-guru danmurid-murid serta dipamerkanmatlamat tersebut di papan kenyataan di sekitar sekolah. Ini bertepatan dengan laporan Green&Cypress(2009) dan McEwan(2002) di mana dinyatakan pengetua

juga mestilah berpengetahuan, berpengalaman dan mampu menjelaskan matlamat sekolah kepada guru-guru bagi membina kepercayaan untuk perubahan serta menghindarkan perasaan kerisauan dan ketakutan untuk melakukan perubahan di sekolah. Hubungan komunikasi perlu wujud bagi memastikan segala matlamat perubahan difahami di antara pihak pengetua, guru-guru dan murid murid.

Seterusnya, pengetua instuksional hendaklah menguruskan program pengajaran yang perlu dijalankan berdasarkan sistem PBS di sekolah. Ini termasuklah menyelia dan menilai pengajaran guru, menyelaras kurikulum dan memantau kemajuan murid. Apabila pengetua menyelia dan menilai pengajaran guru, beliau perlu memastikan keutamaan yang ditekankan oleh guru dalam bilik darjahadalah selari dengan matlamat PBS yang telah dibina. Pencerapan secara tidak formal boleh dilakukan bagi memantau proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah termasuklah menyemak buku latihan murid bagi memastikanpara guru melaksankan PBS di dalam bilik darjah. Selepas pencerapan dilakukan ,pengetua perlu memaklumkan kepda guru tentang kekuatan dan kelemahan amalan pengajaran mereka supaya amaln-amalan pengajaran guru adalah selaras dengan matlamat PBS yang hendak dicapai.

Di dalam memastikan pelaksanaaan PBS berjalan lancar, pengetua perlu bekejasama dengan semua pihak di peringkat pentadbiran di sekolah seperti penolong kanan, ketua bidang, dan ketua panitia bagi menentapkan individu yang betanggungjawab menyelaras pelaksanaan PBS di sekolah.

Malah pengetua boleh melibatkan guru pada peringkat perancangan dan pembuatan keputusan dalam melaksanakan proses perubahan di mana ini akan meningkatkan tahap kesedian perubahan ( Alas,2008) di kalangan guru di sekolah. Segala keputusan berkaitan pelaksanaan PBS perlu dibincangkan bersama pihak pentadbiran sekolah supaya pelaksanaanya adalah mencakupi objektif kurikulum sekolah dan tidak bertindih antara objektif kurikulum sekolah dengan pencapaianmurid dalam ujian sekolah. Penglibatan pengetua secara aktif juga perlu bagi menilai semula bahan-bahan yang digunakan oleh para guru semasa pelaksanaan PBS di dalam bilik darjah. Ini menunjukkkan bahawa sokongan dan bantuan daripada pengetua dapat memastikan pelaksanaan PBS dijalankan dengan lebih bekesan. Ini disokong oleh satu kajian dijalankan oleh Fullan (1991) di mana beliau mendapati pengetua berperanan sebagai pemimpin instuksional dapat melaksanakan perubahan di sekolah dengan berkesan kerana mereka mementingkan aktiviti pengajaran, membina budaya kerja bekerjasama di kalangan guru, menyediakan bantuan, memnatau kemajuan peubahan , dan menyokong guru dan melaksanakan perubahan. Adalah menjadi tanggungjawab pengetua instruksional dalam memastikan kemajuan murid-murid di sekolah dipantau dalam menjalankan PBS di dalam bilik darjah.

METADOLOGI KAJIAN

Dalam dokumen BUKU PROSIDING FINAL 28.07.2016 .pdf (Halaman 77-83)