• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

SEJARAH

PENDIDIKAN

ISLAM I

NOTA RUJUKAN BAGI

PERINGKAT DIPLOMA

BAGI PEMBELAJARAN:

PENDIDIKAN ISLAM PADA

ZAMAN KHULAFA’UR

RASHIDIN DAN OBJEKTIF

PENDIDIKAN

(2)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

PENGENALAN RINGKAS MENGENAI PENDIDIKAN ISLAM PADA

ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Sistem pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah berkembang

dengan baik. Ia memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan

yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pada zaman baginda, negara Islam berkembang meliputi Semenanjung

Tanah Arab. Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan

pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman Khulafa'

al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar Madinah dan

Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat di Mesir

(Mahayudin 1993).

OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA’

AL-RASYIDIN

Menurut Zawawi (1984), objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah

s.a.w. ialah untuk membentuk sahsiah Islamiyah yang tulen yang dapat bangun

berjuang bagi menegakkan Islam agama Allah yang suci. Manakala kandungan

pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah

s.w.t.

Beliau menjelaskan lagi, dalam masa yang sama, para Khulafa’ al-Rasyidin,

sahabat Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah

s.a.w., menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda

dengan mengikut segala acuan yang telah dirintis baginda semasa hidupnya.

Perkara ini dapat dilihat melalui proses perlantikan Khalifah al-Rasyidin ketiga,

selepas kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab, iaitu semasa dalam memilih

antara dua orang calon khalifah iaitu Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib,

Abdul Rahman bin Auf diamanahkan untuk mengendalikannya. Selepas beliau

meminta pandangan dan pendapat daripada pihak-pihak tertentu seperti sahabat

(3)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

karib nabi dan ketua-ketua kabilah. Hasil tinjauan tersebut didapati ada yang

menyokong Uthman dan ada juga yang menyokong Ali.

Akhirnya Abdul Rahman bin Auf pergi sendiri bertanya kepada Saidina Ali,

katanya, ‘Jika sekiranya engkau dilantik menjadi khalifah, adakah engkau

sanggup melaksanakan kesemua ajaran al-Quran dan Hadis, serta mengikut

jejak dua orang khalifah sebelum kamu?’ Jawab Ali, ‘Aku harap aku boleh

melakukannya di atas kadar kebolehan dan kemampuanku.’ Kemudian Abdul

Rahman bin Auf pergi berjumpa pula Saidina Uthman dan mengemukakan

pertanyaan yang serupa. Lantas Saidina Uthman bin Affan menjawab dengan

jawapan yang pendek dan tegas, ‘Ia, aku sanggup.’ Dengan ketegasan dan

kesungguhan yang ditunjukkan oleh Uthman itu, maka Abdul Rahman bin Auf

terus melantik Uthman bin Affan sebagai khalifah yang baru (Mahayudin Yahaya

& Ahmad Jelani Halimi 1993).

Ini bererti, menjadi prasyarat sebelum seseorang yang menjadi calon

Khalifah Islam ialah melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta

meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Khalifah sebelum

mereka. Oleh sebab itu, objektif pengajaran Pendidikan Islam di zaman Khulafa’

al-Rasyidin juga sama dengan objektif pengajaran di zaman Rasulullah s.a.w.

iaitu membentuk sahsiah Islamiyah yang tulen untuk menegakkan Islam sebagai

agama Allah yang suci.

Keseimbangan antara ketiga-tiga aspek itu (roh, akal dan jasmani)

merupakan sifat insan saleh. Keseimbangan itu akan melahirkan insan yang

sempurna sifat kemanusiaannya, melahirkan keseimbangan dari segi

keimanan kepada alam yang wujud dan alam yang ghaib. Keseimbangan itu juga

akan melahirkan keseimbangan dalam kehidupan sama ada dari segi

politik, ekonomi, kemasyarakatan dan semua kegiatan hidupnya.

ISI KANDUNGAN DAN SUKATAN PELAJARAN

Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu

(4)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

dari Allah (Quran). Walau bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin, isi kandungan pelajaran pendidikan Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu.

Selain ilmu Al-Quran dan Sunnah (hadith), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang berkaitan ilmu Islam ialah tafsir Al-Quran, Tauhid, Fiqh, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah.

Khalifah Umar menggalakkan umat Islam belajar Bahasa Arab, penghasilan sajak dan syair yang berunsur pendidikan. Mata pelajaran yang belum ada di zaman Khulafa’ al-Rasyidin ialah ilmu hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan perubatan kerana ia hanya wujud di zaman Umaiyah (Suffian Abdul Rahman 1983).

SUMBER PENDIDIKAN ISLAM

Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan:

Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: “Dengan apa engkau berhukum?” Jawabnya “dengan kitab Allah?” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam Al-Quran)? Jawab Muaz : Dengan sunnah Rasulullah s.a.w,” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga menjumpainya? Jawab Muaz: “ Aku berijtihad dengan pendapatku.” Maka rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: “ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah (Riwayat al-Tarmizi)

(5)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

Berdasarkan hadis tersebut, penulis melihat sumber pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. menggunakan Al-Quran, Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini dapat kita lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf Al-Quran kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan Al-Quran.

Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a.

1. INSTITUSI MASJID

Masjid adalah tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Masjid didirikan di setiap wilayah yang ditakluki sebagai pusat pendidikan dan tempat ibadah muslim (Abdullah Ishak 1995 & Hassan Langgulung 1996).

Masjid juga memainkan peranan penting dalam pembentukan perpaduan ummah. Ini diakui oleh Al Buti (1997) yang berpendapat masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian (immunity) dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, akidah dan peradabannya.

Peranan masjid diperluaskan lagi dimana pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, masjid berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan di samping fungsi-fungsi lain seperti pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam, pusat kegiatan sosial, tempat perisytiharan, tempat keadilan dah kehakiman, penggerak Baitul Mal negara serta tempat para musafir bermalam (Mohd Mokhtar 2003).

(6)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

Penggunaan masjid sebagai institusi pendidikan selain daripada tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ibadah khusus adalah bersesuaian dengan inspirasi akhlaq dan kemasyarakatan umat Islam. Seiring dengan tersebarnya agama Islam dan perluasan wilayahnya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, institusi masjid juga berkembang pesat sebagai pusat pendidikan (Nasruddin Yunos & Mohamad Taha 2003)

Tampak jelas bahawa pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan peranan penting sebagai institusi peribadatan, pendidikan, sosial, penghakiman dan pelbagai aktiviti yang memberikan kemudahan kepada umat Islam. Melalui amalan pengibadatan dan pendidikan yang dijalakan di masjid, ramai cendiakawan Islam dan ulama telah dapat dilahirkan. Ini bersesuaian dengan pandangan Haron Din (2007) yang berpendapat masjid menjadi insitusi pengajian yang melahirkan cerdik pandai Islam dalam setiap bidang kehidupan dan tempat menyemai dan menyuburkan iman.

2. INSTITUSI SUFFAH

Menurut Shalaby (1976), Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina bersambung dengan masjid. Institusi Suffah berperanan sebagai sebuah sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara sistematik dan teratur. Antara masjid yang mempunyai institusi Suffah ialah Masjid Nabawi di Madinah.

Pandangan Shalaby ini disokong oleh Abdullah Ishak (1995) yang berpendapat al-Suffah dapat dianggap sebagai sekolah atau madrasah berbentuk formal yang terulung dalam pendidikan Islam.

3. INSTITUSI KUTTAB

Menurut Shalaby (1976) dan Rosnani Hashim (1988), orang-orang Arab telah menubuhkan Institusi Kuttab sejak sebelum kedatangan Islam lagi dengan tujuan sebagai pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah iaitu kemahiran asas seperti membaca dan menulis. Biasanya kuttab ini dibina bersampingan dengan masjid atau surau. Kebanyakkan guru yang mengajar di institusi Kuttab mengajar secara sukarela. Walau bagaimanapun, institusi tersebut tidak mendapat perhatian masyarakat Jahiliyah Arab dengan bilangan pelajar lebih kurang 17 orang.

(7)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kuttab lebih berfungsi sebagai institusi pendidikan sampingan bagi masjid setelah di dapati masjid terlalu ramai pelajar. Kanak-kanak dan orang yang baru masuk Islam diajar di institusi tersebut. Pada waktu pagi, kanak-kanak membaca dan menghafaz Al-Quran. Manakala pada waktu tengahari mereka belajar menulis, belajar solat , bahasa dan sastera Arab. Pelajaran yang diajar pada peringkat kuttab ialah belajar membaca dan menulis, membaca Al-Quran dan menghafalnya serta belajar asas agama islam seperti cara berwuduk, sembahyang, puasa dan sebagainya (Mahayudin 2005).

GOLONGAN PENDIDIK PADA ZAMN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Guru yang mengajar Pendidikan Islam di zaman khulafa’ al-Rasyidin merupakan guru-guru yang pakar mengikut bidang masing-masing. Umar sendiri mengajar ilmu hadith di Masjid Madinah dan menggalakkan dan membenarkan hanya orang yang pandai dan berkebolehan untuk mengajar hadith bagi mengelakkan bercampur antara hadith yang tulen dengan hadith palsu (Suffian Abdul Rahman 1983).

Tugas muallim atau guru yang dilantik ialah untuk membimbing pelajar membaca, menulis dan memahami isi Al-Quran. Para muallim tersebut diberi ganjaran. Umar juga telah melantik golongan pakar dalam bidang Al-Quran seperti pengkaji hadith dan perundangan Islam (Mohd Rashad 2006). Ulama dan muballigh dihantar ke seluruh wilayah kekuasaan Islam seperti Abdullah bin Mas’ud ke Kufah (Shibli 1981).

KESIMPULAN

Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin merupakan kesinambungan agenda pendidikan yang telah diletak acuannya oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Pendidikan Islam pada zaman Khulafa’ al Rasyidin dilaksanakan mengikut kredibiliti dan kebijaksanaan pemerintah ketika itu.

(8)

SPI1 | IZSRA | 2012-2013

Sumber pendidikan yang menjadi rujukan utama pemerintahan, kekal berteraskan Al-Quran dan Sunnah serta Ijtihad para sahabat. Sumber-sumber ini menjadi paksi kepada usaha memartabatkan pendidikan Islam. Keempat-empat tokoh sahabat yang ulung ini telah berjaya memartabatkan pendidikan di landasan yang cukup tinggi dan unggul di dalam pemerintahan masing-masing. Kesinambungan kejayaan mereka telah berkembang pesat dan berlanjutan sehingga ke hari ini.

Pendidikan di zaman Khulafa’ al-Rasyidin dijalankan secara sistematik dan teratur, mempunyai objektif, isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan yang tersendiri. Pergolakan politik yang terjadi di zaman tersebut tidak menjejaskan perkembangan ilmu dan pendidikan Islam. Bahkan menjadikan pendidikan Islam semakin mantap kerana setiap masalah yang timbul dapat diatasi dengan sempurna dan jayanya. Ini menjadikan pendidikan Islam semakin matang setelah mengharungi cabaran yang dilalui.

Aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan telah merintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu dan pendidikan yang memberi sumbangan yang cukup besar dan bernilai kepada umat Islam. Sehubungan dengan itu setiap ummah perlu menjadikan acuan pendidikan dan aktiviti pendidikan yang telah diletak asasnya oleh khulafa’ al Rasyidin ini sebagai contoh dan model ikutan bagi menjadikan kita sebagai umat yang cemerlang.

Referensi

Dokumen terkait

Sequence Diagram yang dilakukan oleh admin dalam mengelola data maskapai dapat dilihat pada gambar berikut

Semoga karya tulis ilmiah yang berjudul “Gambaran Pengetahuan Pendaki Gunung tentang Acute Mountain Sickness (AMS) pada Mahasiswa Universitas Sumatera Utara (USU)”

Penelitian selanjutnya perlu dilakukan penelitian lebih lanjut tentang kesesuaian pengukuran tekanan darah dengan menggunakan tensimeter air raksa dan tensimeter

EVALUASI UNJUK KERJA KANAL PENGATUR DAYA PADA PENGOPERASIAN REAKTOR TERAS 78 RSG-GAS. Pengendalian operasi reaktor RSG-GAS digunakan suatu kanal pengatur daya. Kanal pengatur

Secara khusus modul ini ditujukan bagi aktivis PATBM di tingkat provinsi, kabupaten/kota dan desa/ kalurahan yang akan menfasilitasi kegiatan PATBM. Modul aktivis ini dibuat

– Riset pada model ini menun(ukkan secara konsisten )ah.a manusia yang memiliki )er)agai level kemampuan dan mengamati )er)agai macam hal+ merevisi perkiraan a.al mereka pada

a) Potensi bahaya: kontaminasi bakteri patogen karena kurangnya sanitasi dan higiene. b) Potensi cacat mutu: kerusakan fisik karena kesalahan penanganan. c) Tujuan:

Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan