• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab_TIGA._Mendengar.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab_TIGA._Mendengar.pdf"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

Bab 3:

Bermasalah Pendengaran

Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:  Menerengkan apa itu masalah pendengaran

 Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran  Menjelaskan sebab-sebab berlakunya masalah pendengaran  Menerangkan langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak

bermasalah pendengaran

3.1 Mukadimah

3.2 Apakah masalah pendengaran? 3.3 Kesan masalah pendengaran

3.4 Tanda-tanda murid bermasalah pendengaran 3.5 Tahap-tahap masalah pendengaran

3.6 Punca masalah pendengaran 3.7 Rawatan

Ringkasan Rujukan

(2)

2 Bab ini akan membincangkan tentang kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbincangan akan dibuat mengenai klasifikasi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran

berdasarkan kebolehan dan keperluan mereka yang berbeza, kaedah-kaedah komunikasi yang digunakan dan pengaruh budaya pekak terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Adalah penting guru yang mengajar Bahasa Melayu memahami dan dapat mengesan murid-murid dalam kelas yang bermasalah pendengaran. Sering kali guru bersalah anggapan dan melabel murid-murid ini sebagai degil dan malas. Sebenarnya mereka menghadapi masalah mendengar apa yang dikatakan secara lisan oleh guru dan murid-murid lain.

Kegagalan deria pendengaran untuk berfungsi dengan sempurna membawa kepada masalah berkomunikasi yang sekaligus menjejaskan kualiti kehidupan sosial dan peribadi. Walaupun masalah pendengaran ini merupakan ancaman kepada kehidupan yang bermutu, namun kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini sering dianggap normal dan tidak ketara berbanding dengan mereka yang mengalami masalah terencat akal. Hal ini tidak benar sama sekali. Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini sebenarnya merasa terasing daripada komuniti berikutan kegagalan mereka untuk berkomunikasi dengan sempurna.

Helen Keller merupakan seorang buta dan pekak. Dalam buku autobiografinya beliau menyatakan ‘Blindness separates us from things, but deafness separates us from people’ [Menjadi buta memisahkan kita daripada objek-objek tetapi kepekaan memisahkan daripada orang lain]. Jika diberi pilihan untuk menjadi buta atau pekak, beliau rela untuk menjadi seorang yang buta kerana dengan hilangnya deria pendengaran menjadikan seseorang itu sangat terasing dan tiada manusia sepatutnya merasa terasing di dunia ini.

Menurut Cruiskshank (1975), kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila masalah itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah apabila seseorang itu tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain

3.1 Mukadimah

3.2 Apakah Masalah Mendengar?

(3)

3 Pendengaran merupakan medium yang sangat penting bagi menyalurkan input dan informasi kepada manusia. Pendengaran memungkinkan manusia menerima dan menyerap ilmu sebelum diproses oleh minda. Walaupun masih terdapat deria dan pancaindera lain seperti bau, sentuhan dan lain-lain, namun deria pendengaran lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah pendengaran ini boleh berpunca dari pelbagai sebab sama ada sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Antara punca-punca yang membawa kepada masalah pendengaran ialah jangkitan telinga yang kronik, faktor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, jangkitan virus atau bakteria dan juga proses penuaan dan tumor.

Rajah 3.1 Bahagian-Bahagian Telinga

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah dan dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing. Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Lihat Rajah 3.1).

Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan saluran suara luar.

Telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (inkus, stapes dan maleus), ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses

Gegendang Telinga Ronga Gendang

Saraf auditori Saluran Suara Luar

Koklea

Saluran Eustasia Inkus Stapes

(4)

4 maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran. Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing. Ling (1989) mengatakan bahawa pendengaran memainkan peranan penting untuk mempelajari bahasa dan halangan paling besar yang dihadapi oleh murid masalah pendengaran. Menurut Gatty (1992, tanpa pendengaran, perkembangan pertuturan mereka akan tersekat kejayaan menguasai pertuturan ialah mendengar seseorang

Masalah pendengaran menjadi penghalang besar dalam mewujudkan perhubungan yang sempurna dengan orang lain, selain mengakibatkan mereka yang mengalami masalah ini mempunyai kekurangan dalam kemahiran bahasa dan komunikasi secara lisan atau tulisan. Mereka ini kurang upaya untuk menyampaikan apa yang difikirkan atau yang ingin diperkatakan serta sukar memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Mereka kelihatan kurang memberi perhatian dalam kelas, selalu berkhayal, buitr-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal, kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang, duduk terlalu dekat dengan radio atau televisyen, tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi, tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur serta sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.

Secara asasnya masalah pendengaran ini membawa kepada kesan-kesan sampingan yang lain iaitu terhadap penguasaan bahasa dan komunikasi, pertuturan, sosial dan emosi, dan sekaligus menjejaskan pencapaian akademik. Gangguan dalam komunikasi berlaku apabila percakapan menggunakan dan mencantumkan huruf-huruf menjadi perkataan dan huruf-huruf ini dibahagikan kepada kumpulan huruf yang utama iaitu vowel dan konsonan. Penyebutan huruf konsonan menggunakan frekuensi bunyi yang melebihi 1500 Hz.

3.3 Kesan Masalah Mendengar

a) Mengapakah guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu memahani tentang masalah pendengaran?

b) Apakah bermasalah pendengaran?

(5)

5 Kegagalan untuk mendengar vowel dan konsonan menjadikan seseorang itu pekak dan sukar untuk mendengar bunyi dan apatah lagi untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain. Oleh itu kanak-kanak yang bermasalah pendengaran akan mengalami masalah bahasa reseptif dan ekspresif serta turut bermasalah dari segi penyusunan struktur ayat. Kanak-kanak ini dikenalpasti menggunakan susunan subjek dan predikat yang terbalik, istilah yang tergantung, perbendaharaan kata yang tidak meluas, dan melakukan kesalahan tatabahasa yang jelas.

Kanak-kanak ini juga mengalami kelewatan dari segi kemahiran membaca dan menulis disebabkan oleh kesukaran mendiskriminasi bunyi, sukar untuk mengikut arahan dan memahami perkataan, tidak dapat ikut pelajaran secara lisan, tidak menguasai nama dan bunyi huruf serta tidak dapat mengadunkan bunyi menjadi perkataan.

Dari segi pertuturan, kanak-kanak yang bermasalah pendengaran akan meniru gerak bibir orang sekeliling. Mereka juga berhadapan dengan masalah dari segi sebutan, gagap, suara dan masalah bahasa serta cenderung untuk bercakap dengan nada yang tinggi disebabkan oleh perubahan struktur pertuturan di mana suara gagal membentuk getaran.

Kesan sampingan masalah pendengaran juga menjejaskan kehidupan sosial dan emosi. Kanak-kanak ini menunjukkan tingkah laku yang pasif berbanding dengan rakan mereka yang normal dan lebih selesa berinteraksi dengan rakan mereka yang mengalami masalah sama. Oleh itu, adalah sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru. Ini membawa kepada konsep kendiri yang negatif dan mengakibatkan kurangnya keyakinan diri serta malu dengan ketidakupayaan yang dimiliki. Seterusnya, menganggap diri tidak pandai dan menyebabkan gagal untuk menonjolkan kekuatan yang ada pada diri sendiri dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada masyarakat.

Kesan komunikasi yang negatif, masalah pertuturan dan emosi yang tidak stabil ini memberikan kesan yang lebih teruk terhadap pencapaian akademik mereka kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan sama ada melalui bahasa lisan atau tulisan. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dari segi penguasaan bahasa dan sukar untuk memahami sesuatu bersifat abstrak.

a) Bagaimana masalah pendengaran menjejas penguasaan bahasa? b) Jelaskan dengan contoh ciri-ciri murid yang bermasalah pendengaran.

(6)

6 Bagaimana untuk memgetahui sekiranya mereka mempunyai masalah pendengaran. Kelazimamnya, seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pendengaran akan bertindak balas terhadap bunyi yang perlahan dan boleh mendengar percakapan dengan jelas (Clark, 1999) manakala kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan bertindak balas mengikut tahap keseriusan kehilangan pendengan yang mereka alami. Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran:

Kurang Memberi Perhatian – Biasanya kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak terkejut dengan bunyi yang kuat. Mereka mungkin juha tida mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi. Mereka tidak cuba meniru atau bertingkak balasa pada bunyi yang didengar semasa bayi lagi.

Sukar Mengikuti Arahan – Kanak-kanak bermasalah pendengaran sukar mengikuti arahan lisan dan sukar memahami arahan yang mudah. Mereka akan lebih kepada bertanya dan meminta supaya arahan diulang atau tidak memberi perhatian kepada arahan atau pertanyaan guru.

Kurang Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Perbincangan – Kanak-kanak bermasalah pendengaran seringkali mengelakkan diri daripda melibatkan diri dalam aktiviti perbicangan kerana mereka merasakan penglibatan dalam perbincangan secara kumpulan sia-sia sahaja.

Memperkatakan Sesuatu Diluar Topik – Disebabkan ketidakupayaan mendengar, kanak-kanak bermasalah pendengaran akan cuba memperkatakan sesuatu diluar topik perbincangan.

Suka Berangan-Angan – Kanak-kanak bermasalah pendengaran sering kali kelihatan berangan-angan dalam kelas dan kurang menumpukan perhatian terhadapa sesuatu.

Memerlukan Bantuan Daripda Rakan-Rakan - Kanak-kanak bermasalah pendengaran melengahkan penyelesaian tugasan dan meniru tingkah laku rakan sebaya kerana gagal mendengar arahan guru. Mereka lebih suka mendiaman diri kerana kesukaran memahami apa yang disampaikan atau apa yang dikatakan.

Percakapan yang Janggal - Kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul seperti kanak-kanak lain dan kadang kala sebutan mereka tidak dapat difahami. Contohnya, bunyi konsonan dalam perkataan ditinggalkan dan pertuturan mengandungi bunyi-bunyi vokal sahaja. Misalnya, ‘saya’ disebut ‘aya’.

(7)

7

Personaliti - Kanak-kanak bermasalah pendengaran seringkali dilabel sebagai kanak-kanak degil kerana tidak mendengar kata-kata guru; malas membuat tugasan atau digelar budak nakal. Oleh mereka tidak memahami arahan lisan guru, mereka lebih cenderung membuat hal mereka sendiri.

Masalah Sakit Telinga - Kanak-kanak bermasalah pendengaran kerap kali mengadu sakti telinga, sakit tekak, selsema dan cecair yang keluar daripada telinga.

Memasang Radio atau TV dengan Kuat - Kanak-kanak bermasalah pendengaran didapati memasang radio atau TV dengan kuat atau duduk berdekatan radio atau TV. Mereka juga mencondongakn kepala ke hadapan untuk dengar dengan lebih jelas.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh dikategorikan kepada beberapa tahap bergantung desible (decibel dalam Bahasa Inggeris) yang diberi singkatan ‘dB’ yang dapat dikesan. American Speech-Language Hearing Association (2012) telah mengkategorikan kanak-kanak memahami pertuturan kepada enam peringkat (Lihat Jadual 4.).

DARJAH KATEGORI TAHAP PENDENGARAN PENAMPATAN

> 26 dB Normal Boleh mendengar Sekolah biasa

27-40 dB Sedikit Boleh mendengar bunyi vokal tetapi mungkin tidak menyedari beberapa bunyi konsonan.

Sekolah biasa dengan menggunakan alat bantu mengajar.

3.5 Tahap-Tahap Pendengaran

a) Jelaskan tanda-tanda murid bermasalah pendengaran. b) Mengapakah murid-muruf bermasalah pembelajaran

c) Mengapakah murid bermasalah pendengaran sukan berkhayalan?

d) Mengapakah murid bermasalah pendengaran enggan terlibat dengan perbincangan kumpulan kecil?

(8)

8 41-55 dB Ringan atau

sederhana

Dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang kuat sahaja . Boleh dengan pertuturan pada jarak 3-5 kaki.

Perlu perhatian sekolah biasa dengan alat bantu mendengar yang ada guru khas. Di tempat

56-70 dB Sederhana teruk

Tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dalam perbualan biasa

Di tempatkan di sekolah bercantum/ kelas khas

71-90 dB Teruk Tidak dapat mendengar bunyi-bunyi pertuturan

Di tempat di sekolah bercantum/ kelas khas

91 dB ke atas

Sangat teruk Tidak dapat mendengar langsung bunyi-bunyi pertuturan atau lain-lain.

Menghadapi masalah

kerencatan bahasa. Kesukaran bahasa dan tidak dapat beri perhatian sepenuhnya.

RINGAN

 antara 27-40 decibel (dB)

 masih boleh memahami perbualan orang yang berbual dengannya alami kesulitan dengar bunyi yang perlahan dan jauh memerlukan terapi pertuturan

SEDERHANA

 antara 41-55 dB

 boleh mendengar bunyi setakat 1-1.5 meter daripadanya masih boleh memahami perbualan sukar melibatkan diri dalam perbincangan berkumpulan perlukan alat bantuan pendengaran dan terapi pertuturan

SEDERHANA TERUK

 antara 56-70 dB

 memerlukan alat bantuan pendengaran dan latihan pendengaran memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi orang yang ingin berkomunikasi perlu bercakap dengan nada yang kuat pertuturan tidak sempurna ~ pendengaran agak terhad

TERUK

 antara 71-90 dB

 dapat dengar bunyi yang kuat antara 0-30.5 sentimeter daripadanya dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja hadapi masalah dalam pertuturan memerlukan pendidikan yang khas, alat bantu dengar serta latihan pertuturan dan komunikasi

(9)

9 SANGAT TERUK

 90 dB keatas

 sukar mendengar perlu alat bantuan pendengaran dan terapi pertuturan penguasaan bahasa dan pertuturan yang teruk

Keperluan penting: pakar perubatan, pakar pendidikan, pakar bidang dalam menentukan peringkat dan tahap perkembangan dan pemerolehan bahasa. Jika kecacatan berlaku pada peringkat sebelum pemerolehan bahasa, individu itu pasti tidak dapat berbahasa dan tiada kemahiran bertutur untuk komunikasi (Asiah, 2012). Intervensi awal seperti terapi pertuturan, fisioterapi, rawatan perubatan, pendidikan perlu disegerakan. Pasukan pelbagai disiplin seperti pakar ENT, audiologist, jurupulih pertuturan, guru bahasa isyarat guru pendidikan khas, dll perlu bekerjasama untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran untuk mereka ini. Pihak lain seperti ibu bapa, ahli keluarga, dan ahli dalam komuniti juga perlu dilibatkan dalam membantu mereka ini.

Adalah penting untuk guru mengetahui jenis masalah pendengaran yang mungkin dihadapi murid, kerana ia akan membantu guru membantu mereka. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Hearing Loss Association of American (2102) mencadangkan TIGA jenis masalah pendengaran umum; iaitu masalah:

KONDUKTIF: Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah.

Punca:

o Ketiadaan lubang telinga (atresia)

3.6 Jenis dan Punca Masalah Pendengaran

a) Apakah ciri-ciri murid yang bermasalah pendengaran sederhana? b) Nyatakan ciri-ciri murid yang bermasalah pendengara ‘teruk?

(10)

10

o Cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia/anotia)

o Sumbatan tahi telinga di salur telinga

o Alergi

o Cecair dalam telinga tengah

o Jangkitan kuman pada salur telinga

o Gegendang telinga bocor/pecah

Rawatan: Sebahagian maslah pendengaran konduktif dapat dirawat melalui kaedah ubatan atau pembedahan. Maka ia diklasifikasikan sebagai masalh pendenganran sementara.

SARAF-SENSORI (Sensorineural): Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat gangguan atau jangkitan berlaku pada pada bahagian telinga dalam, tempat di mana koklea (sensori) dan saraf pendengaran berada (neural). Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui ujian pendengaran dan MRI.

Punca:

o Trauma pada kepala

o Pendedahan kepada bunyi kuat

o Serangan virus

o Tumour

o Keturunan / genetik

Rawatan: Bukan semua masalah saraf dapat dirawat dengan kaedah ubatan atau pembedahan.

CAMPURAN (Konduktif + Saraf): Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kedua-dua jenis masalah pendengaran seperti di atas. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran jenis saraf dalam masa yang sama mempunyai mampatan tahi telinga adalah dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran jenis campuran. Kaedah perawatan bergantung kepada punca masalah dan bahagian yang menghadapi masalah tersebut.

a) Bincangkan perbazaan antara maslah ‘konduktif’ dan masalah ‘saraf sensori.

(11)

11 Di antara rawatan yang biasa digunakan bagi mengatasai masalah hilang pendengaran ialah: Alat bantu dengar

Alat ini berfungsi untuk membesarkan atau menggandakan bunyi supaya mudah dikesan ole telinga dalam. Semakin teruk hilang pendengaran, semakin besarlah gandaan bunyi diperlukan.

Terdapat beberapa jenis bentuk alat bantu dengar, di antaranya ialah:

 Alat bantu dengar di belakang - Alat ini terdiri daripada bekas plastik yang dipakai di belakang telinga beserta dengan alat bantu dengar di dalam telinga luar.

 Alat bantu dengar terbuka - Alat ini dipakai keseluruhannya di belakang telinga, dengan hanya tiub halus disambungkan ke dalam salur telinga.

 Alat bantu dengar dalam telinga - Alat ini dipakai keseluruhannya di dalam telinga.

 Alat bantu salur telinga - Alat ini dipasang di dalam salur telinga.

Implan koklear (telinga dalam)

Implan koklear ini dibuat jika sel rambut di telinga dalam (koklear) telah rosak teruk. Implan (penanaman) ini dilakukan dalam koklear, di mana mikrofon luaran serta pemproses ucapan akan menghantar isyarat bunyi ke alat yang ditanam di bawah kulit. Implan koklear ini menghantar impuls terus ke saraf auditori, yang akan membawa isyarat ke otak.

Implan koklear ini boleh digunakan sebagai salah satu rawatan bagi orang yang hilang pendengaran, dari umur bayi hingga dewasa.

Implan telinga tengah

Rawatan ini boleh meningkatkan bunyi yang dihantar ke telinga dalam. Alat ini ditanam di dalam telinga tengah iaitu di osikel (3 tulang kecil dalam telinga) bagi menggandakan/membesarkan isyarat bunyi dan menghantarnya dari gegendang telinga ke telinga dalam. Implan ini juga merupakan alternatif bagi mereka tidak mahu memakai alat bantu dengar yang nampak di luar telinga atau bagi mereka yang tidak boleh memakai alat bantu di luar atas sebab-sebab tertentu seperti alergi, dsb.

Alat bantu tulang penghantar

Bagi mereka yang mengalami hilang sebelah pendengaran, implan alat bantu dengar ini boleh ditanam di dalam tulang di sebelah yang bermasalah bagi membolehkan kedua-dua telinga mendengar.

(12)

12 Implan pangkal otak auditori (ABI)

Alat bantu dengar ini ditanam terus di atas permukaan otak. Kaedah ini jarang digunakan melainkan jika saraf koklear tidak lagi berfungsi.

a) Apakah implan koklear?

(13)

13

RINGKASAN

 Kegagalan deria pendengaran untuk berfungsi dengan sempurna membawa kepada masalah berkomunikasi yang sekaligus menjejaskan kualiti kehidupan sosial dan peribadi.

 Pendengaran memungkinkan manusia menerima dan menyerap ilmu sebelum diproses oleh minda.

 Kegagalan untuk mendengar vowel dan konsonan menjadikan seseorang itu pekak dan sukar untuk mendengar bunyi dan apatah lagi untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain.

 Kanak-kanak bermasalah pendengaran sukar mengikuti arahan lisan dan sukar memahami arahan yang mudah.

 Kanak-kanak bermasalah pendengaran melengahkan penyelesaian tugasan dan meniru tingkah laku rakan sebaya kerana gagal mendengar arahan guru.

 Kanak-kanak bermasalah pendengaran kerap kali mengadu sakti telinga, sakit tekak, selsema dan cecair yang keluar daripada telinga.

 Sederhana - boleh mendengar bunyi setakat 1-1.5 meter daripadanya masih boleh memahami perbualan sukar melibatkan diri dalam perbincangan berkumpulan perlukan alat bantuan pendengaran dan terapi pertuturan.

 Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah.

 Implan koklear ini dibuat jika sel rambut di telinga dalam (koklear) telah rosak teruk.

 Alat bantu dengar berfungsi untuk membesarkan atau menggandakan bunyi supaya mudah dikesan ole telinga dalam.

(14)

14

REFERENCES

Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heward, W.L. (1996). Exceptional children: an introduction To special education (5th ed). Englewood Cliffs, N.J.: American Psychological Association.

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7thed.). Boston: Allyn and Bacon.

Marschack, M, & Lang, H. G. (2002). Educating deaf students. New York: Oxford Unversity Press.

Referensi

Dokumen terkait

being shared fairly. The goal is that students are able to pass through the critical point that has been designed that is division with remainder. Furthermore, from these

b.. Dari data tersebut, buatlah jurnal yang diperlukan oleh PT Lestari Mulya apabila : a) Uang muka dikembalikan seluruhnya. b) Uang muka dikembalikan setelah dikurangi

Oleh karena itu penelitian ini bertujuan untuk menganalisa pengaruh pengalaman kerja, independensi, dan kompetensi terhadap kualitas hasil pemeriksaan dengan

Hari ke-4 (B/L/D) Raja Ampat-Sorong Makan pagi di Hotel, kemudian tour dengan menggunakan boat mengitari sekitar dan snorkeling di sekitar Pulau Waisai Siangnya setelah makan

&ari eerapa pengertian terseut dapat disimpulkan aha leukopenia adalah suatu kondisi klinis di mana sumsum tulang memproduksi sangat sedikit sel darah  putih

Berdasarkan basil penelitian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa pembuatan aplikasi desain denah perumahan dengan teknologi augmented reality pada mobile phone

non-pemerintahan yang bertindak sebagai fasilitator dalam pengelolaan dan pengembangan kawasan Kota Lama yaitu Badan Pengelola Kawasan Kota Lama (BPK2L) Semarang

Namun demikian kateter ini diperlukan saat kateter tersumbat dan kateter tidak ingin demikian kateter ini diperlukan saat kateter tersumbat dan kateter tidak ingin diganti