• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

1.1 KEDUDUKAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong beralamat di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350

Alor Setar, Kedah. Berikut merupakan pelan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong.

TESCO

Sekolah Menengah Agama Mergong

Pejabat Pendidikan Daerah Kawasan Perumahan

Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Shahab Perdana

Kolej Universiti Insaniah

(2)

1.2 SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong terletak lebih kurang tiga kilometer dari pusat

Bandar Alor Setar. SMKM ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dengan menumpang di

Sekolah Kebangsaan Mergong. Pelajar sekolah ini bermula seramai 119 orang pelajar

Tingkatan Satu yang ditempatkan di empat bilik darjah. Seramai 9 orang guru bertugas dan

pengetua yang pertama bernama Tuan Haji Omar Abdul. Semua pelajar ini belajar di sesi

pagi.

Pada sesi 1990/91, sekolah telah memperlihatkan pertambahan bilangan pelajar iaitu

seramai 244 orang pelajar menjadi 8 kelas dan masih mampu belajar di sesi pagi. Menjelang

sesi persekolahan 1991/92 bilangan pelajar telah meningkat menjadi 345 oarang dan 26

orang guru. Keadaan ini memaksa pelajar Tingkatan Satu belajar di sesi petang.

Sehingga tahun 1993, sebanyak tiga buah bangunan digunakan untuk menempatkan

pelajar SMKM yang semakin bertambah. Di dalam keadaan bangunan yang terhad itu dan

sedikit pengubahsuaian, masih terdapat ruang untuk menempatkan bilik pengetua dan

pejabat, bilik guru, bilik pusat sumber, bilik ERT, bengkel kemahiran hidup dan makmal

sains.

Keadaan yang serba kekurangan dengan ruang yang terhad serta menumpang di

sekolah rendah menyebabkan pelajar dan guru tertunggu-tunggu bangunan baru sekolah ini.

Pada bulan Ogos 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong telah berpindah ke

bangunan baru di Jalan Sultanah Sambungan. Bangunan baru ini mempunyai kawasan

(3)

itu terdapat 1 blok makmal sains tulen, 1 blok bengkel kemahiran hidup, 1 blok bengkel

teknologi kejuruteraan, 1 blok bengkel pertanian, pejabat, pusat sumber sekolah dan kantin.

Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada bekas pelajar Sekolah Kebangsaan

Suka Menanti, Sekolah Kebangsaan Mergong 2, Sekolah Kebangsaan Sulaiman Sidik dan

sedikit daripada Sekolah Kebangsaan Mergong 1. Sehingga kini, bilangan pelajar telah

meningkat kepada 1300 orang dan guru seramai 90 orang. Mulai tahun 2000 sesi

persekolahan terbahagi kepada 2 sesi iaitu pelajar Tingkatan 1 dan 2 belajar di sebelah

petang manakala pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 belajar di sebelah pagi. Walau bagaimanapun,

sesi persekolahan telah ditukar semula ke sesi pagi bagi semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5.

(4)

1.2.1 TAFSIRAN LOGO SEKOLAH

Warna dan Takrif

Warna Merah

Melambangkan keberanian menghadapi cabaran, keyakinan terhadap kemampuan

diri serta semangat yang gigih untuk mencuba dengan bersungguh-sungguh dalam

bidang akademik dan kokurikulum.

Warna Kuning

Melambangkan kemuliaan diri, nama, maruah serta prestasi baik sekolah yang

sentiasa dipelihara.

Warna Putih

Melambangkan keiklhlasan, kemurnian hati dan budi pekerti yang baik akan sentiasa

diamalkan dan dipelihara.

Warna Biru

Kepaduan menjana cita-cita sekolah menuju ke arah kecemerlangan.

Struktur, Komposisi dan Takrif

OBOR

Melambangkan kejayaan di dalam bidang akademik

Tahun 1989

Tahun sekolah ini ditubuhkan

Relang Gelung

Kecergasan dan usaha ke arah kecemerlangan dalam bidang sukan, permainan dan

(5)

5

Bunga Padi

Negeri Kedah sebagai Jelapang Padi

Gear

Kepentingan dan kemajuan bidang teknologi, bilangan guru yang pertama ketika

sekolah ditubuhkan (9 orang).

1.2.2 LAGU SEKOLAH

Berusaha kita berusaha menuju kejayaan

Ke arah kecemerlangan itulah harapan

Berakhlak serta berbudi

Amalan kita sentiasa murni

Seiring kita menuju

Wawasan hidup yang maju

Kedaulatan dijunjung

Usaha guru disanjung

Kamilah para pelajar

Sekolah Menengah Mergong

Berjuang tetap berjuang Ke Arah Kecemerlangan

Berusaha kita berusaha menuju kejayaan

Ke arah kecemerlangan itulah harapan

Berakhlak serta berbudi

Amalan kita sentiasa murni

Seiring kita menuju

Wawasan hidup yang maju

Kedaulatan dijunjung

Usaha guru disanjung

Kamilah para pelajar

Sekolah Menengah Mergong

Berjuang tetap berjuang

Menuntut ilmu dan kejujuran

Bersama kita berbakti

(6)

1.2.3 PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Mergong dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Memastikan semua pelajar memulakan proses pembelajaran pada hari pertama

persekolahan.

2. Memastikan agihan tugas guru menepati keperluan matlamat pendidikan serta

memuaskan semua pihak.

3. Berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang selesa dan sesuai untuk

pembelajaran.

4. Memastikan matlamat/ data dapat disalurkan kepada pelanggan dengan lengkap,

cekap, cepat dan terkini.

5. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut jadual

waktu yang ditetapkan dengan lancar serta dapat memenuhi kehendak pelajar,

masyarakat dan negara.

6. Mewujudkan tenaga pelajar yang beriltizam, berdedikasi, berdisiplin,

bertanggungjawab dan produktif serta dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan

sepanjang masa.

7. Memastikan bahawa pelajar-pelajar yang tamat perekolahan peringkat menengah

mendapat pendidikan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.

8. Memastikan pejabat sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak

pelanggan dengan:

 Memberi layanan kaunter yang mesra dan segera

(7)

9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang

membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan

kecemerlangan akdemik dan kokurikulum SMK Mergong.

1.3 FALSAFAH SEKOLAH

Bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan untuk berkembang maju dari segi intelek,

jasmani, emosi dan rohani jika mereka diberi peluang mengembangkan bakat, minat,

kemahiran mengikut kebolehan masing-masing secara terancang ke arah melahirkan pelajar

yang berilmu, berdisiplin, berhemah tinggi dan berakhlak mulia bagi menghadapi cabaran

hidup dewasa nanti.

1.4 VISI DAN MISI SEKOLAH

1.4.1 VISI SEKOLAH

„SMK MERGONG SENTIASA CEMERLANG‟

1.4.2 MISI SEKOLAH

1. Mempraktikkan pengurusan yang berkualiti dan telus.

2. Mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dari segi kualiti dan

kuantiti.

3. Memperkembang potensi pelajar dalam bidang kokurikulum.

4. Memantapkan budaya sekolah yang kondusif dan selamat.

(8)

1.4.3 MOTO SEKOLAH

“BERILMU BERBAKTI”

1.5 STRUKTUR PENTADBIRAN SEKOLAH

Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong diketuai oleh pengetua sekolah iaitu

Tn. Hj. Pazil Bin Hj. Jaafar. Antara bidang tugas pengetua adalah sebagai pentadbir am,

penyelia sekolah, murid dan kakitangan serta pengurus kewangan sekolah. Namun

tugas-tugas beliau dibantu oleh guru-guru penolong kanan dan kerani sekolah.

Pentadbir selepas pengetua adalah guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). Guru

PKP SMKM ialah Pn. Yasmin Bt Abdullah. Antara bidang tugas guru PKP adalah

bertanggungjawab kepada pentadbiran am di sekolah. Beliau juga akan memantau

perkembangan staf-staf dari segi tatatertib, kursus dalaman yang akan dihadiri, majlis yang

akan diadakan di sekolah serta permuafakatan antara staf-staf di sekolah. Dari segi

kurikulum pula, beliau merupakan guru kanan atau ketua panitia matapelajaran serta akan

menguruskan jadual waktu peperiksaan sekolah serta membantu, merancang dan menyelaras

hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan

susulan. Beliau juga akan menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual

waktu ganti bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu.

Seterusnya adalah guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu En.

Shabudin Bin Ali. Antara bidang tugas guru Penolong Kanan HEM ialah membantu

pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya

(9)

kebajikan pelajar seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), biasiswa dan bantuan

kewangan berjalan dengan lancar. Penolong Kanan HEM juga akan memastikan kelancaran

kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan

baik. Selain itu, beliau akan mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran

murid di sekolah dan menyemak semua buku kedatangan harian pelajar serta memastikan

bahawa butirannya adalah dikemaskini.

Beliau akan memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah

dikuatkuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar dan beliau akan bertindak sebagai

guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan

pengawas. Beliau juga bertanggung-jawab dalam menyelenggara dan membuat

perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari

golongan yang kurang berada serta menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan

bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.

En. Saridan Bin Abdul Hamid adalah selaku guru Penolong Kanan Kokurikulum

SMKM. Antara tugas beliau sebagai guru kokurikulum ialah membantu, merancang,

melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan. Beliau juga akan merancang

takwim sukan dan permainan sekolah serta mengurus pemilihan peserta dalam acara sukan

dan permainan sekolah. Beliau juga akan mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang

kokurikulum serta mengawal dan menilai setiap kegiatan supaya mencapai matlamatnya.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum juga bertanggungjawab dalam menentukan langkah

keselamatan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan disekolah, menyelaras

(10)

peralatan dan kemudahan kokurikulum dan akhir sekali memastikan rekod-rekod dan data

kokurikulum diselenggara dengan baik.

Pentadbiran seterusnya adalah guru-guru kanan yang mengetuai pelbagai bidang

termasuklah bidang bahasa yang mana ia diketuai oleh Pn. Mafizah Bt Mat Akhir, Guru

Kanan Sains dan Matematik, Pn. Hjh. Zakiah Bt Kasim, Guru Kanan Kemanusiaan, Pn.

Noor Hashimah Bt Ismail, Guru Kanan Teknik & Vokasional, Pn. Norlela Bt Harun dan

Guru Penyelaras Bestari, En. Shamsul Badri Bin Ishak.

Di samping itu, pentadbiran sekolah ini juga disokong oleh pelbagai jawatankuasa

seperti jawatankuasa kewangan sekolah, jawatankuasa aset sekolah, jawatankuasa

kurikulum, jawatankuasa latihan dalam perkhidmatan, jawatankuasa pusat sumber,

(11)

Berikut adalah rajah yang menunjukkan struktur pentadbiran SMK Mergong:

PENGETUA

PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM

PENOLONG KANAN

PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN

HEM

GURU KANAN BAHASA GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL GURU KANAN SAINS

& MATEMATIK GURU KANAN KEMANUSIAAN

KETUA

PANITIA

KETUA

PANITIA

KETUA

PANITIA

KETUA

PANITIA

(12)

1.6 BUDAYA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong mempunyai budaya sekolah yang agak

berbeza berbanding sekolah-sekolah menengah yang lain. Melalui pemerhatian yang

dijalankan, didapati para guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas yang

diberikan. Melalui contoh yang ditunjukkan oleh Tuan Pengetua sendiri, seperti datang awal

ke sekolah sebelum pelajar-pelajar berhimpun, boleh dijadikan sebagai role model yang

terbaik untuk menjadi ikutan para guru sekolah. Setiap pagi Ahad, seperti biasa para guru

dan pelajar akan berhimpun bersama-sama di kawasan tapak perhimpunan, manakala pada

hari Isnin dan seterusnya, para guru turut berhimpun tetapi secara berasingan dengan

pelajar.

Di sini saya mendapati, warga pentadbiran sekolah mempunyai budaya ingin

menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Hal ini kerana, pada setiap pagi Isnin

hingga Khamis iaitu tepat jam 7.30 pagi, para guru bersama Pengetua akan berhimpun

berhampiran dengan bangunan bilik guru. Setiap pagi, terdapat seorang guru yang akan

bertugas dan menyediakan sedikit tazkirah pagi selama 10 minit sebagai renungan bersama.

Melalui ruang yang disediakan ini, para guru dapat menambahkan maklumat serta ilmu

pengetahuan di mana dapat dijadikan sebagai ikutan oleh semua warga SMKM.

(13)

2.0 LAPORAN PEMANTAUAN P & P

2.1 PENYEDIAAN BUKU RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan Pengajaran Tahunan disediakan berdasarkan kepada sukatan pelajaran, huraian

sukatan pelajaran iaitu merangkumi sepanjang tahun persekolahan dan dapat diterjemahkan

ke dalam rancangan pengajaran harian serta diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi

murid.

Penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) di dalam buku rekod pengajaran dan

pembelajaran (P&P) sebelum memulakan proses P&P adalah menjadi tanggungjawab

kepada setiap guru. Hal ini kerana RPH dilihat mampu membantu guru merancang segala

aktiviti, bahan bantu mengajar (BBM) dan objektif bagi pengajaran yang akan dijalankan

agar menjadi lebih teratur dan berkesan.

Sepanjang tempoh 3 minggu berada di SMK Mergong (SMKM), saya telah

diletakkan di bawah bimbingan seorang guru matapelajaran Kemahiran Hidup iaitu Cikgu

Chong. Beliau mempunyai pengalaman mengajar subjek ini selama 20 tahun. Saya telah

meminjam buku RPH beliau dan melihat setiap RPH yang dibuat sepanjang bulan Januari

dan Februari. Saya dapati RPH yang beliau buat adalah ringkas dan amat berbeza

berbanding RPH yang saya pelajari dalam subjek Kaedah Mengajar KHB yang mana setiap

RPH mestilah mempunyai langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

(14)

2.1.1 OBJEKTIF/ HASIL PEMBELAJARAN

RPH juga perlu mempunyai objektif yang ingin dicapai serta hasil pembelajaran. RPH yang

beliau buat adalah berbeza kerana hanya mencatatkan beberapa objektif pengajaran.

Lampiran 3: Contoh Buku RPH

2.1.2 LANGKAH DAN AKTIVITI

Terdapat beberapa aktiviti yang dinyatakan di dalam buku RPH beliau, tetapi

langkah-langkah bagi melaksanakan aktiviti tersebut tidak dinyatakan bersama. Semasa melakukan

pemerhatian di dalam kelas pula, beliau banyak melakukan aktiviti seperti menyoal para

pelajar.

2.1.3 BBM/ MAKMAL

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau adalah seperti papan tulis dan buku teks.

Semasa menggunakan bengkel, beliau menggunakan pelbagai BBM seperti alatan untuk

(15)

2.2 PENYAMPAIAN DAN PENGELOLAAN

Dalam komponen kedua ini, saya telah turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Cikgu Chong di dalam kelas untuk melihat dan belajar bagaimana proses pengajaran dan

pengajaran (P&P) yang dilakukan oleh beliau dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di mana proses P&P ini dijalankan di dalam kelas bersama pelajar-pelajar

Tingkatan 2 Bestari dan 2 Bijak. Berikut adalah penyampaian dan pengelolaan yang

dilaksanakan oleh Cikgu Chong:

2.2.1 SET INDUKSI

Guru memulakan kelas dengan mengambil kedatangan pelajar. Guru menanyakan khabar

pelajar dan meminta pelajar mengingat kembali pelajaran lepas dengan mengemukakan

beberapa soalan kepada pelajar. Guru hanya menggunakan papan tulis dan buku teks

sebagai BBM secara ringkas semasa proses induksi.

2.2.2 PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN

Guru banyak menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar. Hal ini kerana guru banyak

melaksanakan aktiviti yang memerlukan penglibatan pelajar secara menyeluruh. Pendekatan

berpusatkan pelajar dapat mendorong pemahaman pelajar terhadap penggunaan kemahiran

pemikiran yang kritis serta menggalakkan pelajar belajar secara kolaboratif dengan pelajar

yang lain. Guru menggunakan kaedah tunjuk cara dengan menerangkan isi pengajaran di

papan tulis. Manakala teknik pengajaran pula, guru menggunakan teknik penyoalan. Teknik

ini digunakan bagi menguji pengetahuan serta kefahaman pelajar. Selain itu, ia dapat

menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran. Teknik

(16)

apabila guru mengajukan soalan terlebih dahulu, kemudian berhenti sekejap untuk memberi

masa kepada pelajar untuk berfikir dan diikuti dengan menyebut nama pelajar supaya

menjawab soalan.

2.2.3 PERKEMBANGAN DAN PENILAIAN

Setelah memberi penerangan kepada para pelajar, Cikgu Chong membuat penilaian bagi

menentukan sama ada para pelajar memahami apa yang telah dipelajari. Penilaian yang

dilakukan oleh beliau adalah menyoal pelajar secara lisan.

2.2.4 PENGURUSAN KELAS

Guru menggunakan suara yang kuat dan jelas sehingga keseluruhan isi kelas dapat

mendengar suara beliau. Guru dapat mengawal keadaan kelas dengan baik selama satu atau

dua waktu pengajarannya. Walaupun terdapat beberapa gangguan daripada beberapa orang

pelajar, guru mampu untuk mengawal kelas dengan baik.

2.2.5 PENUTUP

Setelah selesai melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru membuat penutup

kognitif dan juga penutup sosial. Guru telah membuat rumusan dengan menghuraikan

semula perkara-perkara utama yang telah dipelajari pada hari tersebut. Selain itu, guru juga

turut memberikan kata-kata nasihat dan ulasan mengenai prestasi mereka di dalam kelas.

Kemahiran penutup yang dikuasai oleh guru ini dilihat dapat menjadikan proses P&P lebih

berkesan di mana pelajar-pelajar dapat membuat rumusan terhadap fakta-fakta penting yang

(17)

2.3 KEPERIBADIAN GURU

Sepanjang tiga minggu berada di SMKM, saya telah diletakkan di bawah bimbingan

Cikgu Chong. Pada hari pertama saya menemui Cikgu Chong, beliau adalah seorang

beperwatakan menarik, seorang yang baik dan mempunyai pengalaman yang begitu lama

dalam dunia pendidikan. Beliau juga merupakan seorang guru yang peramah dan tidak

pernah kedekut untuk berkongsi ilmu tentang dunia perguruan yang pernah dilaluinya.

Beliau juga merupakan guru disiplin sekolah.

Pada pandangan saya, Cikgu Chong adalah seorang yang sentiasa yakin dan

bersungguh-sungguh dalam apa jua yang beliau lakukan. Apa yang saya perhatikan, Cikgu

Chong mempunyai ilmu yang luas dan sangat mahir terhadap setiap topik yang diajar

menjadikan pelajar berasa yakin dengan setiap apa yang diajar oleh guru mereka. Beliau

mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap penguasaan matapelajaran yang diajarnya.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

Keperihatinan beliau yang tinggi terhadap para pelajar juga menjadikan pelajar

sangat selesa untuk belajar dengan beliau. Beliau akan bertindak tegas terhadap pelajarnya

sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap penerangan beliau. Kesimpulannya,

Cikgu Chong merupakan seorang guru yang sangat berketrampilan dan

bersungguh-sungguh untuk mendidik anak bangsa berjaya hingga ke menara gading serta menjadi orang

(18)

3.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PANITIA

3.1 STRUKTUR ORGANISASI PANITIA

Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu diletakkan di bawah panitia teknik dan vokasional. Di

bawah panitia ini juga diletakkan mata pelajaran perdagangan, prinsip akaun dan ekonomi

asas. Panitia ini diselaraskan oleh Pn. Norlela Bt Harun iaitu selaku guru kanan teknik dan

vokasional. Mengikut struktur organisasi panitia ini, ia dipengerusikan oleh Tn. Hj. Pazil

Bin Hj. Jaafar iaitu pengetua SMKM kemudian Pn. Yasmin Bt Abdullah sebagai timbalan

pengerusi yang juga merangkap penolong kanan pentadbiran SMKM. Seterusnya ia

diselaraskan oleh Pn. Hjh. Nora‟ini Bt Mohd Noor selaku ketua panitia yang mana beliau juga merupakan guru subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Berikut merupakan senarai

ketua panitia mata pelajaran bagi tahun 2010:

BIL MATA PELAJARAN KETUA PANITIA

1 Bahasa Melayu En. Zamri B. Abd Rashid

2 Bahasa Inggeris Pn. Zuriyati Bt Ariffin

3 Sains En. Abdul Shomad B. Jaafar

4 Matematik Pn. Hjh Noraini Bt Yahaya

5 Geografi Pn. Jaiton @ Jaitom Bt Maliasan

6 Sejarah Pn. Law Siew Chin

7 Perdagangan/ Prinsip Akaun Pn. Rafidah Bt Mustafa

8 Pendidikan Islam/ Tasawur Islam Ust. Naimah Bt Abu Bakar

9 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan En. Abdul Razak B. Abu Bakar

(19)

11 Pendidikan Seni Visual Pn. Siti Nor Hamidah Bt Hashim

12 Kemahiran Hidup Pn. Hjh Nora‟ini Bt Mohd Noor

13 Teknologi Maklumat Pn. Noraini Bt Ya

14 Produksi Multimedia En. Adi Lokman B. Saad

15 Sains Sukan En. Azmi B. Hj Hassan

16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pn. Manirah Bt Othman

3.2 PERANAN/ FALSAFAH/ MISI/ VISI/ MATLAMAT/ OBJEKTIF PANITIA

3.2.1 VISI PANITIA

“KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SENTIASA CEMERLANG”

3.2.2 MISI PANITIA

 Mempraktikkan pengurusan sekolah berkualiti dan telus.

 Mempertingkatkan profesionalisme guru bagi melaksanakan aktiviti kurikulum mata pelajaran dengan cekap dan mahir demi mencapai objektif

pendidikan.

 Memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

 Memantapkan disiplin dan sahsiah pelajar.

 Mewujudkan budaya sekolah yang kondusif dan selamat.

 Memperkasa permuafakatan dan hubungan harmoni dengan “Stake Holder”.

 Memberi kesedaran kepada guru-guru betapa pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan masa kini dan akan datang.

(20)

3.2.3 OBJEKTIF

 Mencapai kelulusan 100% dalam peperiksaan PMR.

 Menambahkan kualiti “A” bagi setiap elektif.

 Meninggikan GPS Kemahiran Hidup ke tahap yang lebih baik berbanding tahun lalu.

 Meningkatkan kualiti guru dengan P&P yang berkesan.

 Menambahkan minat pelajar dalam bidang kemahiran.

3.3 PERANAN/ TUGAS KETUA GURU PANITIA

Berikut adalah senarai tugas ketua panitia bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu:

1. Bertindak sebagai Pengerusi Panitia Mata Pelajaran.

2. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.

3. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran.

4. Bertanggungjawab menyelaraskan Rancangan Pelajaran Mingguan, Bulanan dan

Penggal bagi semua tingkatan.

5. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan, skim pemberian markah dan

pemeriksaan kertas jawapan.

6. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan

dan memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari masa ke semasa.

7. Menentukan jenis buku yang perlu dibeli untuk perpustakaan atau rujukan guru.

8. Mengkaji jenis buku-buku contoh yang dikirimkan oleh penerbit dan menentukan

(21)

9. Membantu Pengetua memeriksa/ menyemak kerja murid-murid dalam mata

pelajaran berkenaan.

10.Membaca dan mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dalaman sebelum ditaipkan

ke atas stensil.

11.Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru mata pelajaran yang berkenaan secara

berkala untuk membincangkan sebarang masalah yang berkaitan dengan mata

pelajaran.

12.Menyelenggara kerja-kerja amali bagi peperiksaan (dan memberi markah jika perlu)

seperti yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan.

13.Menentukan persediaan dan penggunaan alat bantu mengajar serta kaedah-kaedah

pengajaran pembelajaran yang kemaskini.

14.Merekod dan menyimpan alat-alat bantuan mengajar.

15.Menjaga bilik sumber mata pelajaran (jika ada).

16.Mengendali kursus dalaman untuk guru-guru mata pelajaraan.

17.Menjalankan semua arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

3.4 PERANAN/ TUGAS GURU-GURU PANITIA

Berikut adalah senarai tugas guru-guru panitia bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu:

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan

sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang berkenaan.

2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan

(22)

dicapai iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di

akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan

kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap

untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian dan melaksanakan

pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.

5. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku

latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/

menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/ wakilnya pada masa yang

dikehendaki.

6. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan

soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan

melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

9. Menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan/

Jabatan Pendidikan dan PPD.

10.Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel/ bilik ERT/ Sains pertanian

serta mengawasi penggunaan peralatan.

11.Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada

yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/ Jabatan Pendidikan Negeri/ PPD.

(23)

12.Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar mata

pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan

pembelajaran.

13.Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan

pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

14.Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,

memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.

Bertanggungjawab dlaam menambahkan alat bantuan mengajar bagi

memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

15.Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

16. Membantu menguruskan bank soalan.

17.Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.

(24)

3.5 MESYUARAT PANITIA

Sesebuah panitia seharusnya mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali

setahun. Panitia ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada bulan Januari yang

lalu. Berikut adalah minit mesyuarat bagi Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu SMKM.

MINIT MESYUARAT

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG

KALI PERTAMA 2010

HARI : KHAMIS

TARIKH : 21 JANUARI 2010

MASA : 2.05 PETANG

TEMPAT : BILIK ERT

Kehadiran:

1. Pn. Norlela bt. Harun - (GK Teknik dan Vokasional) 2. Pn. Nora‟ini bt. Mohamad Nor – ERT - Ketua Panitia 3. Pn. Aziah bt. Mohd Ali - ERT

4. En. Ong Kian Teong – SPN 5. En. Hayazi b Yusof – SPN 6. En. Chong Chon Hee – PK 7. Pn Asmawati bt. Mat Taib – PK 8. Pn. Danzila bt. Saidin - TK

Tidak Hazir:

1. En. Samsudin b. Saruai – M/C 2. Pn. Fatimah bt. Ahmad – M/C

MINIT MESYUARAT:

2.1. Ucapan Aluan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir ke mesyuarat pertama tahun 2010.

(25)

2.2. Perlantikan Setiausaha

Cadangan dibuat oleh En hayazi b. Yusof Disokong oleh En. Ong Kian Teong

Melantik Pn Aziah bt. Mohd Ali sebagai setiausaha untuk tahun 2010.

2.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

Dicadangkan oleh: En Chong Chon Hee Disokong oleh : Pn Aziah bt. Mohd Ali

2.4 Perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

2.5 Post Mortem PMR 2009

2.5.1 Setiap guru dibekalkan salinan keputusan PMR 2009. Di bawah adalah keputusan penuh yang diperolehi untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu:

Bil Mata Pelajaran A B C D E TH % Lulus 2009 % Lulus 2008 Beza + /_ 1 Kemahiran Hidup Pilihan 1 8 22 22 18 5 0 93.33 95.35 -2.02 2 Kemahiran Hidup Pilihan 2 50 23 27 6 2 0 98.15 94.07 4.08 3 Kemahiran Hidup Pilihan 3 3 27 29 14 5 0 93.59 100 -6.41 4 Kemahiran Hidup Pilihan 4 24 6 1 0 0 0 100 100 0.00

(26)

2.5.2 Daripada analisakeputusan di atas, kita dapati keputusan digred E berkurangan

Walaupun % keputusan KHB 1 dan KHB 3 merosot .

2.5.3 Untuk di tahun 2010, panitia KHB mensasarkan kesemua pilihan akan mencapai 100% keputusannya.

ANTARA KEKUATAN PENCAPAIAN:

a. Pebanyakkan latihan ulangkaji setiap tajuk. b. Menjawab soalan PMR sebenar

c. Teknik menjawab soalan dari Guru Pakar KHB

d. Alat Bantu Mengajar amat penting, kerana soalan-soalan berdasarkan alat yang sebenar yang pelajar dapat lihat dan mempraktikkan dalam bengkel. e. Teknik guru mengajar juga penting, agar dapat menarik minat pelajar

dalam mata pelajaran KHB.

ANTARA KELEMAHAN PENCAPAIAN:

a. Matapelajaran KHB adalah satu matapelajaran yang mempunyai Kerja kursus, setiap pelajar yang dikehendaki membuat Modul 1, Modul 2, Modul 3 dan Modul 4 sepanjang Ting 1, Ting 2 dan Ting 3. Permasalahannya markah-markah ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan PMR sekiranya pelajar ini tidak hazir pada waktu peperiksaan PMR. Ini akan melibatkan % mata pelajaran tersebut.

b. Ada di kalangan pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik, menyebabkan prestasi kelulusan mereka kurang memuaskan.

c. Pelajar-pelajar kurang menguasai teknik menjawab soalan terutama soalan yang berkaitan Perdagangan dan Keusahawanan.

d. Pelajar dari kelas Pendidikan Khas antara punca pelajaran KHB tidak dapat mencapai 100%.

(27)

2.6 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) 2.6.1 Persediaan Buku Rekod:

Kelas/ Tingkatan Masa: Hari: Waktu: Tajuk: Objektif: Aktiviti: Refleksi:

Nilai: (jika perlu)

2.6.2 Rancangan Pengajaran Tahunan:

Setiap Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah ;

- berbentuk landscape dan

- mempunyai ruangan :

MINGGU TAJUK HASIL

PEMBELAJARAN

ARAS AKTIVITI CATATAN / TAKWIM

Guru diminta menghantar satu set untuk simpanan fail dan satu set lagi diserahkan kepada Penolong Kanan Kurikulum.

2.6.3 Pencerapan:

a. Untuk Guru Cemerlang akan dicerap oelh Tuan Pengetua.

b. Guru diminta menyemak Jadual pencerapan dan semakan buku yang telah pun dibekalkan oleh pihak pengurusan sekolah,

2.6.4 Buku Rekod hendaklah dihantar pada tiap-tiap minggu (Khamis) kepada Guru kanan berkenaan yang telah ditetapkan.

2.6.5 Peringatan : Laporan PKB akan dihantar pada tiap-tiap bulan oleh pihak sekolah.

(28)

2.7. Anggaran Belanjawan 2010

2.7.1 Memandangakan Wang Perkapita tahun ini berkurangan, guru-guru hendakalh merancangkan mengikut kadar keewangan yang di tetapkan.

2.7.2 Seperti biasa setiap barang yang hendaklah dibeli mestilah mendapat persetujuan daripada ketua Panitia dan di kehendaki mengisi borang Pra Order yang dluluskan oleh Ketua Panitia dan di sahkan oleh Guru Kanan dan Tuan Pengetua.

2.7.3 Kurangkan bahan photostate dari kedai luar, gunakan mesin di sekolah, pesanan dari Ketua Kerani Sekolah.

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

2.8. Headcount 2010

2.8.1 Headcount ditetapkan seperti di bawah:

Tingkatan Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3 Pilihan 4

Tingkatan 2 Tingkatan 3 En. Samsudin Pn. Danzila Pn. Nora‟ini Pn. Fatimah En. Hayazi En. Ong Pn. Asmawati En. Chong

2.8.2 Guru-guru diberi tempoh seminggu selepas bermesyuarat, serahkan pada Ketua Panitia untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Kurilkulum.

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

2.9 Pentaksiran Kerja Kursus 2010

2.9.1 Kerja kursus boleh dimulakan seperti tahun- tahun yang lepas.

2.9.2 Disiapkan seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

(29)

2.10 Perancangan 2010

2.10.1 Menaik taraf bengkel agar kelihatan bersih, kemas dan ceria.

2.10.2 Mengadakan kursus bagi tajuk-tajuk yang kurang mahir seperti Elektronik dan Motor

Tindakan: Guru Kanan, Ketua Panitia dan Semua Guru KHB

2.11. Hal-hal lain

Antara maklumat yang diedarkan kepada semua guru KHB:

2.11.1 Guru telah dibekalkan dengan borang selidik untuk membeli barang-barang bengkel yang berkurangan.

2.11.2 Jadual agihan kelas 2010, ada sedikit perubahan, di mana kelas Tingkatan 1 Dedikasi dan 1 Atlit bagi pelajar perempuan sahaja mengambil KHB Pilihan Perdagangan.

2.11.3 Jadual Penggubal soalan bulanan dan peperiksaan Penggal.

2.11.4 Contoh Borang Headcount HC1, HC2 dan HC3

2.11.5 Program bersama Pusat Sumber Sekolah

2.11.6 Minggu Teknik & Vokasional dalam bulan Jun 2010

2.11.7 Sekolah telah menyediakan laman web (www.smkm.net). Kalau ada apa-apa bahan serahkan kepada cikgu Adi Logman, Cikgu Chong dan Cikgu Alia.

2.11.8 Ucapan dari Guru Kanan Teknik & Vokasional

a. 55 slide yang ditunjukkan Tuan Pengetua

b. Setiap guru yang mengajar mesti ada matlamatnya dan P & P mestilah cemerlang

c. Laporan daripada Lembaga Nazir – kualiti guru sederhana dalam P & P d. Peringatan: Setiap markah kerja kursus hendaklah ditandatangani oleh Guru

Kanan dan disimpan di bilik Guru Kanan untuk memudahkan urusan, sekiranya ada pemindahan pelajar.

e. Kemas kini buku stok KH untuk penyemakan Pegawai Stok.

(30)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………. ……… (PN. AZIAH BT. MOHD. ALI) (PN. NORLELA BT. HARUN) Setiausaha Panitia KHB, Guru Kanan Teknik & Vokasional,

SMK Mergong SMK Mergong

s.k. 1. Tuan Pengetua

2. Penolong Kanan Kurikulum 3. Guru Kanan Teknik & Vokasional 4. Fail Panitia KHB

(31)

3.6 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

BIL STRATEGI

TARIKH PELAKSANAAN

TINDAKAN TUGASAN SUMBER

1. Mengenalpasti kumpulan pelajar

cemerlang, baik dan galus. Januari - April Ahli Panitia Ahli Panitia

2.

Menyediakan bengkel dan makmal dengan peralatan dan bahan yang mencukupi untuk kegunaan guru dan pelajar.

Sepanjang tahun Ahli Panitia Ahli Panitia

3.

Mendedahkan pelajar dengan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul, tepat dan lengkap.

Setiap bulan Penyelia

Menghubungi guru cemerlang dan penggubal soalan  Guru cemerlang  Pelajar kelas peperiksaan  Dewan  Siaraya  Laptop / LCD 4.

Menyediakan bahan – bahan rujukan yang boleh digunakan oleh setiap guru dan pelajar.

Sepanjang tahun Ahli Panitia Ahli Panitia Pusat Sumber sekolah

(32)

5. Menyediakan set soalan-soalan tahun

lepas Sepanjang tahun Ahli Panitia Ahli Panitia Fotostat

6. Graf Prestasi Diri Pelajar Setiap kali selepas

peperiksaan Guru dan pelajar Ahli Panitia

7. Kelas Bimbingan Selepas waktu

persekolahan Guru Soalan-soalan

8. Latihan topikal setiap tajuk Januari-Oktober Guru

9. Menyediakan pelan tindakan pada

setiap tahun Sepanjang tahun Ahli Panitia

10.

Program rakan sebaya – pelajar yang pandai akan membimbing pelajar yang lemah

(33)

3.7 PENYELIAAN/ PENCERAPAN

PENCERAP BIL NAMA GURU BULAN

Guru Kanan Teknik

& Vokasional 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Pn. Hjh Noraini Md Nor Pn. Noraini Bt Ya

Pn. Hjh Aziah Bt Mohd Ali

Pn. Hjh Fatimah Bt Ahmad

Pn Masuri Bt Hasan

Pn Asmawati Bt Mat Taib

En. Adi Lukman Bin Saad

En. Ong Kian Teong

En. Chong Chon Hee

En. Hayazi Bin Yusof

Pn. Chek Suzlina Bt Hashim

Pn. Rozihana Bt Omar Januari Februari Mac April Mei Mei Jun Julai Ogos Ogos September September

(34)

3.8 PEPERIKSAAN/ UJIAN

Akiviti Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sept Okt Nov

Ujian bulanan / / /

Latihan Topikal / / / / / / / / / /

Peperiksaan Penggal / /

Teknik Menjawab Soalan /

Kelas Bimbingan / / / / / /

Graf Prestasi Pelajar / / / /

Peperiksaan Percubaan PMR 2010

/

(35)

3.9 PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA BIL BUTIRAN BAKI 2009 ANGGARAN 2010 JUMLAH BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH TEMPOH PELAKSANAAN BAKI 1 2 3 RBT ELEKTRONIK 1844.65 23166 25010.65 TERAS TING 1 – 310 pelajar TING 2 – 310 pelajar TING 3 – 310 pelajar TERAS ELEKTRONIK T3 – 310 pelajar ELEKTIF TING 2 – 70 pelajar TING 3 – 75 pelajar 1953 2449 3069 2635 525 862.5 Jan – Oktober Jan – Oktober Jan – Mei Jan – Mei Jan – Oktober Jan – Mei

(36)

4 5 6 7 ERT JAHITAN PERKEBUNAN Hal-hal lain 1. Bahan masakan 2. Alatan jahitan 3. Fabrik ting 1 dan 2

Tuala tangan – 310 pelajar

1. Pokok, baja dan benih 2. Membaiki dan menyimpan tapak semaian 1. Menyenggara bengkel 2. Alatan tangan 3. Cat, syelek, berus 4. Bahan elektrik- bateri, wayar dll 2500 1000 2000 310 500 2500 1000 500 1000 500 Jan – Oktober Jan – Oktober Jan – Oktober JUMLAH 23303.50 1707.15

(37)

3.10 PERALATAN DAN KEMUDAHAN PANITIA

Berikut merupakan gambar peralatan dan kemudahan yang terdapat di bengkel masakan dan

(38)

3.11 SISTEM FAIL PANITIA

Segala dokumen dan fail panitia bagi Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu disimpan dan

dikekaskinikan di bilik guru kanan.

Lampiran 4: Gambar Sistem Pemfailan

FAIL MAKLUMAT Fail (01) Mesyuarat - Minit mesyuarat KHB 2008 - 2010 Fail (02) Surat Menyurat - Surat menyurat 2005 - 2010 Fail (03) Maklumat Guru

- Semua maklumat guru panitia KHB

Fail (04)

Dokumen Panitia

- Rancangan Tahunan Ting. 1 – 3 - Sukatan Pelajaran Ting. 1 – 3 -Perancangan Strategik Panitia - Program Panitia

Fail (05) Koleksi Soalan

- Koleksi kertas soalan PMR bagi mata pelajaran KHB

Fail (06) Post Mortem

- Analisa keputusan pertengahan tahun 2005 - Analisa keputusan PMR 2005 - 2009

(39)

3.12 STOK DAN INVENTORI PANITIA

Stok dan inventori bagi setiap panitia akan direkodkan dalam buku seperti buku Daftar

Pergerakan Harta Modal dan Inventori dan buku Daftar Stok Bekalan Pejabat.

Lampiran 5: Gambar Buku Inventori

(40)

3.13 PRESTASI PANITIA

KHB ( PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN )

TAHUN JUMLAH PELAJAR GRED % GPMP A B C D E PMR 2006 61 51 9 1 100 1.18 PMR 2007 64 56 6 2 100 1.16 PMR 2008 30 30 100 1.00 PMR 2009 31 24 6 1 100 1.26 PMR 2010 64 50 14 100 0 20 40 60 80 100 120 PMR 2006 PMR 2007 PMR 2008 PMR 2009 PMR 2010

Graf Pelunjuran KHB ( Perdagangan &

Keusahawanan )

PMR 2006 PMR 2007 PMR 2008 PMR 2009 PMR 2010

(41)

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya ikuti

sepanjang tempoh melakukan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) ini sedikit sebanyak

telah memberi pengalaman kepada saya tentang situasi yang bakal saya hadapi apabila

bergelar seorang guru pada suatu hari nanti. Saya telah mempelajari banyak perkara semasa

berada di sekolah antaranya, bagaimana cara untuk mengawal keadaan di dalam kelas dan

bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan di dalam

kelas.

Sepanjang tempoh ROS selama dua minggu ini juga, saya telah diberi peluang oleh

pihak sekolah untuk masuk ke kelas sebagai guru ganti bagi guru yang tidak hadir. Ia

merupakan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Hal ini kerana, saya dapat

mengenali para pelajar dengan berkenalan dengan mereka serta melakukan aktiviti seperti

kuiz bersama dengan pelajar. Semasa melaksanakan minggu ROS juga, saya telah diberi

peluang sebagai salah seorang guru fasilitator untuk mengendalikan program kaunseling

bersama pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Lima.

Di samping itu juga, sekolah telah menganjurkan beberapa aktiviti seperti „Larian Merentas Bandaraya‟ dan juga „Temasya Balapan dan Padang‟. Melalui aktiviti tersebut, saya telah mendapat pelbagai pengalaman dengan memegang beberapa tugas untuk

dilaksanakan. Sebagai kesimpulannya, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang

tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan

(42)

Lampiran 7: Gambar Program Kaunseling

Referensi

Dokumen terkait

Kondisi pemukiman kampung Menteng yang sangat padat, mengakibatkan koridor gang di lingkungan pemukiman dimanfaatkan bukan hanya sebagai area sirkulasi melainkan

Dari grafik di atas terlihat bahwa semakin tinggi temperatur refrigeran yang masuk ke dalam pipa evaporator maka panjang yang dibutuhkan untuk mendinginkan air

4 Dalam penciptaan karya ini perancang karya menggunakan pendekatan naratif sebagai inti dari jalannya cerita, pada bagian awal akan dijelaskan mengenai sejarah dari

Stimuli iklan capres 2014 di televisi Indonesia telah dilihat informan penelitian dari anggota De Photograph Surabaya di beberapa stasiun yang berbeda seperti di RCTI, Trans TV,

Atas dasar penelitian dan pemeriksaan lanjutan secara seksama terhadap berkas yang diterima Mahkamah Pelayaran dalam Berita Acara Pemeriksaan Pendahuluan (BAPP)

Pertimbangan dalam penggunaan jenis penelitian ini dikarenakan obyek kajian yang diteliti menitikberatkan pada hal yang diamati dalam sektor kehidupan bermasyarakat, dalam

Novelet Softcover Rahmat Cijulang 2001 Novelet Softcover Rahmat Cijulang 2001 Novelet Softcover Rahmat Cijulang 2001 Novelet Softcover Rahmat Cijulang 2001 Novelet Softcover

Para PNS lingkungan Kecamatan dan Kelurahan wajib apel pagi setiap hari senin di Halaman Kantor Kecamatan Kebayoran Baru, dan akan diberikan teguran kepada yang tidak ikut apel