• Tidak ada hasil yang ditemukan

Maksudnya:

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.

(Surah Saba, 34:28) (e) Menganggap Sunah Tidak Boleh Dijadikan Sandaran Agama

Rasyid Redha berpendirian bahawa sunah bukanlah pegangan mutlak seperti al-Quran. Sekiranya sunah adalah pegangan seperti al-Quran, nescaya Rasulullah SAW tidak melarang para sahabat daripada mencatat dan menulis sunah pada zaman turunnya wahyu. Juga sudah tentu para sahabat akan mengumpul hadis dan menyebarkannya. Namun, yang berlaku adalah sebaliknya; para sahabat pada ketika itu hanya berpegang pada al-Quran (Abu Layth, 2005).

Ulasan:

Perkara yang didakwa oleh Rashid sama sekali tidak benar kerana larangan Rasulullah SAW supaya para sahabat tidak mencatat atau menulis hadis bukanlah larangan yang qatÊie. Terdapat para sahabat yang mencatat hadis Rasulullah SAW antaranya Abdullah bin ÂAmru, Abu Shah al-Yamani dan Ali. Larangan ini dibuat kerana Baginda SAW bimbang akan berlaku percampuran antara nas al-Quran dengan hadis. Sekiranya kebimbangan ini tidak berlaku, maka ketika itu ia dibolehkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

(f) Kritikan terhadap Matan dan Sanad Sunah Menghilangkan Autoritinya sebagai Sumber Agama/Kedudukannya dalam Agama

Pendukung quraniyyun berpendirian sunah tidak seperti al-Quran yang sentiasa dijaga dan dipelihara kesuciannya oleh Allah SWT. Sedangkan sunah berlaku kritikan terhadap sanad dan matannya. Keadaan ini menjadikan sunah tidak sesuai dijadikan sandaran agama kerana sandaran agama tidak boleh terdapat di dalamnya sebarang kritikan. Di samping itu, menerusi hadislah timbul pelbagai tohmahan yang mencemar kesucian agam Islam kerana ia tidak datang daripada Allah SWT bahkan rekaan manusia semata. Oleh itu, hanya al-Quranlah satu-satunya sumber agama kerana aayatnya terpelihara daripada sebarang kritikan (Abu Layth, 2005).

Ulasan:

Pendokong quraniyyun tidak faham tujuan ahli hadis melakukan kritikan terhadap sanad dan matan hadis. Mereka melakukan semua ini semata-mata untuk menjaga kesahihan hadis. Metode yang diletakkan oleh muhaddithin ini mampu membezakan antara hadis yang diterima (maqbul ) dan hadis yang ditolak (mardud) atau hadis yang direka (maudhuÊ ). Melalui kritikan terhadap sanadnya contohnya, kita dapat mengetahui perihal perawi hadis dan seterusnya dapat mengetahui darjah hadis tersebut. Metode ini amat penting kerana sunah melewati banyak peringkat sebelum ia dibukukan. Bermula dengan para sahabat yang menyampaikannya hinggalah kepada individu yang bertanggungjawab menghimpun dan membukukannya. Maka, tentu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh waktu yang begini lama dan tanpa metode kritik sanad dan matan, mustahil kita akan tahu mana hadis yang benar-benar datang daripada Rasulullah SAW dan mana yang direka.

Selain itu, golongan quraniyyun perlu akur bahawa musuh Islam khususnya orentalis akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mencari kelemahan Islam. Mereka bukan sahaja menjatuhkan martabat Islam menerusi sunah bahkan mereka juga mendakwa kezaliman Islam menerusi ayat al-Quran. Mereka menolak hudud, mendakwa ketidakadilan dalam poligami dan mentohmah kezaliman dalam pembahagian harta pusaka sedangkan semua perkara ini ditetapkan dengan jelasnya dalam al-Quran.

 Penyelewengan kontemporari dalam hadis berlaku menerusi penggunaan logik akal dan keterujaan mencari maklumat yang berlainan berbanding dengan orang lain.

 Penyelewengan hadis berlaku kerana kurang maklumat mengenai ilmu takhrij yang menyebabkan kegagalan mengenal kedudukan hadis dan juga anggapan yang salah terhadap para sahabat.

 Penyelewengan hadis berlaku kerana tidak memahami metode fiqh ahli hadis yang sekali gus menolak penghujahan hadis ahad dan berpegang pada zahir hadis semata tanpa merujuk kitab syarah.

 Penyelewengan hadis yang berlaku kerana tidak memahami metode ahli fiqh yang membawa kepada penolakan autoriti sunah sebagai sumber kedua dalam syariat Islam.

Metode fiqh ahli hadis Penyelewengan silam dan kontemporari

Syarah hadis Takhrij hadis Usul fuqaha

1. Terdapat beberapa sebab penolakan golongan quraniyyun terhadap sunnah nabawiyah. Huraikan tiga daripadanya dengan teliti.

2. Bincangkan peranan sunah sebagai sumber kedua hukum dalam syariat Islam dengan terperinci.

SEMAK KENDIRI 5.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Abd al-Latif, Abd al-Mawjud Muhammad. (1990). Al-Sunnah al-Nabawiyyah bayn duÊat al-fitnah wa adÊiyaÊ al-Âilm. Dar al-TibaÊah al-Muhammadiyyah.

Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad. (1989). DifaÊ Âan al-sunnah. Maktabah al-Sunnah.

Ajaran al-Quran menolak hadith. (2009).

http://www.sabahforum. com/forum/islam/topic12992.html

Al-ÂAsqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. (1993). Fath al-Bari bi syarh sahih al-Bukhari. Beyrut: Dar al-Fikr.

Al-Abadiyy, Muhammad Abu Layth. (2005). Ittijahat fi dirasat al-sunnah qadimuha wa hadithuha. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Al-Bakri, Zulkifli Muhammad & Al-Takiri, Mohd Khiruddin Aman Razali. (2005).

Hukum wanita menjadi imam solat. Darul Fuqaha Interprise.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah. (1987). Sahih Bukhari (Cet.3).

Tahqiq: Mustafa Dib al-Bahga. Dar Ibn Kathir.

Al-Qardawi, Yusuf. (1993). Kaif nataÊamal maÊa al-sunnah. Dar al-Fikr.

Al-Quran al-Karim.

Al-Subki, Mahmud Khattab. (t.t.). Syarah sunan Abi Daud. Dar al-Manar.

Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa (t.t.). Sunan al-Tirmizi. Tahqiq: Ahmad Muhammad Syakir et al. Dar al-Turath al-ÂArabi.

Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim al Tamimiy. (1993).

Sahih Ibn Hibban (Jil. 9. ed. ke-2). Muassasah al Risalah.

Mohd Khfidz Soroni, Haziyah Hussin, Farhah Zaidar Mohd Ramli, & Rosni Wazir.

(2006). Kelangsungan pengajian hadis: Cabaran dan masa depan. Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Antarabangsa Selangor.

Mohd Radhi Othman, Atikullah Abdullah, Mohd Asri Zainul Abidin, Jasni Sulong, Mohd Khairul Anwar Osman, Noor Shakirah Mat Akhir, &

Rokiah Awang. (2008). Warisan al-hadis: Antara teras dengan dinamika pemikiran. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Muslim ibn Hajjaj. (1992). Sahih Muslim. Dar Sahnun.

Norzulaili Mohd Ghazali, Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat, & Mohd Zohdi Mohd Amin. (2009). Gerakan pejuang hak wanita dan metodologinya dalam memahami al-Quran dan sunnah: Kajian terhadap pertubuhan

„Sisters in Islam‰. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sisters in Islam. (2005).

http://www.sistersinislam.org.my/ news.php?item.967.50

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik

6

 Syarah Hadis tentang

Akidah (Azab Kubur dan

Penyakit

Berjangkit)

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Menjelaskan maksud azab kubur.

2. Menyatakan dalil adanya azab kubur.

3. Menjelaskan pendapat golongan yang menolak adanya azab kubur.

4. Menghuraikan konsep penyakit berjangkit dan permasalahannya.

HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Topik-topik sebelum ini telah mengupas metodologi bagi memudahkan kefahaman kita terhadap hadis Rasulullah SAW. Kesemua topik yang telah dibincangkan mestilah difahami dengan mendalam supaya kita dapat menggunakannya dalam mengetahui maksud sabda Rasulullah SAW dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sekarang, marilah kita sama-sama mengambil beberapa contoh hadis Rasulullah SAW yang berkait dengan permasalahan umat masa kini dan kita mempraktikkan segala ilmu berkenaan metodologi ahli hadis di dalamnya.

Dalam topik ini, kita akan mempelajari hadis berkaitan dengan akidah yang lebih terarah kepada permasalahan azab kubur dan penyakit berjangkit.

Hal ini demikian kerana kedua-dua permasalahan tersebut mempunyai kaitan dengan keteguhan pegangan kita terhadap agama Allah SWT, sejauh mana kita menguruskan hadis yang berkaitan dan menyelesaikan permasalahan yang ada juga menggunakan dalil sama ada daripada al-Quran mahupun sunah.

Lebih-lebih lagi, apabila terdapat dalam kalangan umat Islam yang beriman mengaku sebagai hamba Allah SWT tetapi mempersoalkan kedudukan sunah dan meragui ketinggian hadis Nabi SAW.

Perkembangan teknologi maklumat yang ada menyebabkan semua orang berhak untuk menyampaikan pegangan dan kepercayaan mereka. Selidik laman web atau kata-kata yang kelihatan bercanggah dengan akidah Islam yang dikemukakan oleh orang Islam dan perhatikan hujah-hujah mereka yang boleh ditolak dengan dalil-dalil daripada hadis Nabi SAW.

AKTIVITI 6.1