METODOLOGI AHLI HADIS DALAM MEMBICARAKAN HUKUM
7.3.2 Metodologi Ahli Hadis dalam Membicarakan Hukum
Peranan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran jelas menunjukkan betapa pentingnya hadis dalam memahami hukum syariat Islam.
Dalam memahami dan berhujah dengan hadis, ahli hadis telah meletakkan kaedah dan huraian dalam memahami hadis Rasulullah SAW. Ahli hadis membina asas fiqh mereka berdasarkan kepada kaedah yang diambil daripada al-Quran, hadis sahih dan perjalanan salafussoleh.
Walaupun Al-Quran merupakan sumber tertinggi dalam Islam, namun tidak semua ayatnya dapat difahami tanpa penjelasan Rasulullah SAW. Imam Abu Hanifah berkata: „Kalaulah tidak kerana sunah tiada seorang pun dalam kalangan kita yang memahami al-Quran.‰ Malah, ibadat utama seperti solat, zakat, puasa dan haji tidak dapat dikerjakan tanpa panduan daripada Rasulullah SAW. Al-Quran merupakan asas sedang hadis adalah penjelas.
Al-Quran adalah teori sedangkan hadis adalah pelaksanaan amali daripada Rasulullah SAW terhadap apa-apa yang terdapat dalam al-Quran itu.
Al-Quran memerintahkan supaya didirikan solat tetapi tidak dinyatakan bilangan rakaat, waktu solat, malah cara solat itu sendiri tidak dinyatakan.
Menurut Ibn Taimiyyah, ahli hadis menjadikan al-Quran dan sunah sebagai asas pegangan dan keyakinan mereka. Mereka tidak mempertahankan sesuatu perkataan jika tidak bertepatan dengan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW (Ibn Taimiyyah, 1998). Yang berikut adalah antara metodologi utama ahli hadis dalam membicarakan hukum:
(a) Hukum Syarak Diambil daripada Hadis Sahih dan Tidak Harus Diambil daripada Hadis Daif
Sebelum sesuatu hadis difahami, dihuraikan dan dikaji maksudnya, hadis perlu dipastikan kesahihan dan kekuatannya terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana hadis Rasulullah SAW tidak seumpama ayat al-Quran yang diturunkan secara mutawatir atau secara keseluruhannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Menurut Ibn Taimiyyah, hukum dalam syariat tidak boleh didasarkan kepada hadis yang daif, yang tidak sahih dan juga tidak hasan (Ibn Taimiyyah, 1998). Menurut al-Ansari pula dalam kitabnya (Fath al-Baqi fi Syarah Alfiyah al-Iraqi ) orang yang ingin berhujah dengan sesuatu hadis yang terdapat dalam al-Sunan atau al-Musnad, jika mempunyai kelayakan mengenal dan membezakan hadis yang hendak dijadikan hujah itu dengan hadis lain, perlu melihat terlebih dahulu kepada persambungan sanad hadis tersebut dan asas perawinya. Jika tidak mampu, sebaliknya menemui seseorang tokoh ulama yang menghukumkannya sebagai sahih atau hasan, bolehlah bertaklid kepada ulama itu. Jika tidak menemui sebarang tokoh ulama yang boleh berbuat demikian, tidak boleh berhujah dengan hadis tersebut.
(b) Tidak Ada Perbezaan dari Segi Ketidakharusan Beramal dengan Hadis Daif dalam Perkara FadaÊil al-AÊmal atau Bukan FadaÊil al-AÊmal
Hukum taklifi tidak boleh dibina melainkan berdasarkan dalil yang sahih (wajib, haram, makruh, sunat dan harus). Hukum sunat adalah di antara hukum taklifi. Sesuatu amalan sunat tidak boleh dihukumkan sunat melainkan berdasarkan dalil yang sahih seperti perkara fadaÊil al-aÊmal. Perkara fadaÊil al-aÊmal ini wajib disabitkan dengan dalil yang sahih. Generasi salafussoleh terdahulu tidak membezakan antara hadis yang terdapat dalam perkara fadaÊil al-aÊmal dengan hadis yang terdapat dalam urusan agama yang lain. Mereka membahaskan tentang kethabitan sanad hadis dan beramal dengan yang sahih daripadanya.
Imam Ahmad dan sesetengah imam yang lain ada menyatakan: „Jika kami riwayatkan hadis yang berkaitan dengan perkara hukum hakam, halal dan haram, kami mengambil sikap ketat dan apabila kami riwayatkan hadis yang berkaitan dengan perkara fadaÊil al-aÊmal, pahala dan balasan, kami mengambil sikap longgar.‰
Bagi menjawabnya, Basri Ibrahim (2011) menjelaskan bahawa maksud
„kami mengambil sikap longgar‰ ialah longgar dalam meriwayatkan hadis tersebut, dan bukannya longgar dalam beramal dengan hadis daif dalam perkara fadaÊil al-aÊmal.
(c) Wajib Memahami Dalil Sebagaimana yang Difahami oleh Salafussoleh
Golongan salafussoleh ialah golongan yang telah dijelaskan tentang kesucian mereka oleh berbagai dalil, antaranya ialah hadis Rasulullah SAW:
„Sebaik-baik manusia adalah yang berada pada kurunku, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang mengikuti mereka‰ (hadis riwayat Imam al-Bukhari).
Wajib ke atas setiap Muslim mengikut jejak langkah mereka dalam memahami al-Quran dan sunah kerana mereka adalah golongan manusia yang paling alim dan paling faham tentang kandungan nas syarak.
Sesiapa yang mencanggahi para sahabat dan tabiin, mereka ialah orang yang sesat sekalipun seorang yang memiliki banyak ilmu.
(d) Wajib Berpegang pada Zahir Dalil dan Tidak Berpegang pada Takwilannya Selagi Tidak Ada Dalil yang Menunjukkan Makna Lain
Ahli hadis ialah golongan yang berpegang dengan zahir dalil dan mereka tidak mentakwilkan mahupun mengeluarkan zahir dalil daripada pengertian zahirnya kecuali dengan sesuatu dalil yang membuktikan kesahihan takwilan tersebut. Imam Syafii pernah menyatakan:
„Jika harus diubah kefahaman terhadap makna hadis daripada zahir kepada makna batin yang mungkin terkandung di dalamnya, sudah tentu kebanyakan hadis mengandungi pelbagai makna. Dengan itu, tidak ada seorang pun yang berpegang pada sesuatu makna boleh berhujah bagi melawan orang yang berpegang pada makna yang lain daripada yang dipegangnya. Namun, kebenarannya hanya satu sahaja, iaitu keperluan berpegang pada makna yang zahir dan umum kecuali terdapat dalil daripada Rasulullah SAW yang menunjukkan makna lain daripada itu.‰
(e) Beristidlal dengan Hukum yang Terdapat dalam Sesuatu Kisah Tidak Khusus kepada Kisah itu Sahaja, Sebaliknya Melibatkan Orang Lain
Berlaku sesuatu peristiwa kepada sesetengah sahabat Rasulullah SAW dan dalam peristiwa tersebut terkandung sesuatu hukum. Hukum tersebut tidak khusus kepada sahabat yang terlibat sahaja, bahkan umum dan syumul merangkumi semua orang.
Kesimpulannya, sebagaimana yang telah anda pelajari, hadis dan fikah ialah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada seorang mujtahid. Apabila seorang mujtahid mendapati sesuatu hadis, maka hadis tersebut bukan sekadar dihafaz olehnya, bahkan hadis tersebut akan diistinbatkan hukum-hakam daripadanya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
CONTOH HURAIAN KONSEP IBADAT DALAM KITAB FIQH
Bagi membahaskan konsep ibadat dalam kitab fiqh, anda akan diberikan satu contoh kitab fiqh untuk dikaji. Kitab tersebut adalah al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Untuk makluman anda, kitab al-MajmuÊ Syarh al-Muhazzab ini adalah antara rujukan utama fiqh mazhab Syafii.
Imam Nawawi juga sangat terkenal dalam ilmu hadis, beliau ialah pengarang kitab Syarah Hhadis Imam Muslim, al-Minhaj.
Hakikatnya, ulama fiqh dan ahli hadis menggunakan pendekatan yang sama ketika mensyarahkan konsep ibadat dalam kitab mereka. Sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini, ibadat merupakan salah satu cabang ilmu fiqh.
Dalam mengupas konsep ibadat, fuqaha dan ahli hadis telah membahagikan ibadat kepada beberapa topik kecil seperti bersuci (taharah), solat, jenazah, zakat, puasa, haji dan sebagainya.
Manakala dalam bab taharah contoh,nya terdapat pecahan lain yang lebih khusus seperti bab air, bersuci daripada najis dan peralatan, siwak, wuduk, menyapu khuf, perkara yang membatalkan wuduk, mandi wajib dan sebagainya (lihat Rajah 7.1). Mari kita lihat perbahasan konsep ibadat dalam kitab al-MajmuÊSyarh al-Muhazzab karangan Imam Nawawi.
7.4
Berpandukan topik berikut, kumpulan anda dikehendaki membawa kitab al-MajmuÊ Syarh Al-Muhazzab karangan Imam Nawawi dan kitab Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari bagi tujuan perbandingan syarah konsep ibadat dalam kitab fiqh dan hadis. Sila pilih bab tayammum dalam kedua-dua kitab tersebut dan bandingkan metodologi mereka berdua dalam syarah hadis topik tayammum.
AKTIVITI 7.3
Rajah 7.1: Contoh Syarah Hadis tentang Perkara yang Membatalkan Wuduk
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Imam Nawawi merupakan seorang tokoh ulama besar yang tidak asing lagi dalam bidang fiqh dan hadis. Beliau salah seorang ulama besar mazhab al-Syafii. Terdapat pelbagai kitab karangan beliau yang menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh dan hadis, antaranya:
al-MajmuÊ Syarh al-Muhadzdzab (
بﺬﻬﳌا حﺮﺷ عﻮﻤﻟﻤﺠا
); Minhaj al-Thalibin (
ﻲﻌﻓﺎﺸﻟا مﺎﻣﻹا ﻪﻘﻓ ﰲ ﲔﺘﻔﳌا ةﺪﻤﻋو ﲔﺒﻟﺎﻄﻟا جﺎﻬﻨﻣ
); Tahdzib al-Asma (
ءﺎﲰﻷا ﺐﻳﺬ
); Taqrib al-Taisir (
ﺮﻳﺬﻨﻟا ﲑﺸﺒﻟا ﻦﻨﺳ ﺔﻓﺮﻌﳌ ﲑﺴﻴﺘﻟاو ﺐﻳﺮﻘﺘﻟا
); al-ArbaÊin an-Nawawiyah (
ﺔﻳوﻮﻨﻟا ﲔﻌﺑرﻷا
); and Syarh Shahih Muslim (