PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN ILMU AL-SYAWAHID DAN AL-MUTABA’AT
2.2.4 Kepentingan al-Syawahid dan al-Mutaba’at
Menunjukkan tambahan (ziyadah) dalam sanad
Dalam kitab al-RadhaÊ (susuan), Imam Muslim meriwayatkan daripada Sufyan al-Thauri, daripada Muhammad bin Abi Bakar, daripada Abdul Malik bin Abi Bakar bin Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam, daripada bapanya, daripada Umi Salamah bahawa Nabi Muhammad SAW apabila mengahwininya menetap bersama selama tiga hari. Hadis ini bersambung (muttasil ) dari awal hingga ke akhirnya.
Setelah hadis ini, Imam Muslim lalu meriwayatkan daripada Malik, daripada Abdullah bin Abi Bakar, daripada Abdul Malik bin Abi Bakar, daripada Abu Bakar bin Abd al-Rahman, daripada Nabi Muhammad SAW. Hadis ini mursal sebab ia tidak menyebutkan sahabat yang menghubungkan antara Abu Bakar bin Abd al-Rahman dengan Nabi Muhammad SAW. Riwayat ini disokong oleh riwayat Sulaiman bin Bilal, daripada Abd al-Rahman bin Humaid, daripada Abdul Malik bin Abu Bakar yang meriwayatkannya secara mursal seperti riwayat Malik.
Hal ini menunjukkan adanya perbezaan dalam sanad hadis ini, adakah ia muttasil atau mursal. Kenyataan Imam Muslim mendahulukan hadis Sufyan yang muttasil menunjukkan bahawa beliau memilih untuk mensahihkan hadis ini dan menerima sanad Sufyan sebagai ziyadah thiqat (penambahan oleh perawi thiqah). Beliau lalu menyokongnya dengan riwayat Abd al-Rahman bin Ziyad, daripada Abu Bakar bin Abd al-Rahman, daripada Umi Salamah pada akhir bab.
Menunjukkan kesalahan perawi dalam sanad
Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim pada Muqaddimah sahihnya, daripada Muaz al-ÂAnbari dan Ibn Mahdi, kedua-duanya daripada SyuÊbah, daripada Khubaib bin Abd al-Rahman, daripada Hafs bin ÂAsim, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: „Cukuplah seseorang berdusta, jika dia menceritakan semua yang dia dengar.‰ Hadis ini mursal sebab Hafs bin ÂAsim bukan seorang sahabat, beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.
Imam Muslim lalu meriwayatkan setelahnya, hadis daripada ÂAli bin Hafs, daripada SyuÊbah, dengan sanad dan matan seperti tadi, kemudian beliau berkata: daripada Hafs bin ÂAsim, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi Muhammad SAW. Maka, ÂAli bin Hafs menyebutkan dalam sanad hadis ini nama Abu Hurairah, sementara murid-murid SyuÊbah yang lain tidak menyebutkannya.
Imam Muslim mengisyaratkan bahawa tambahan ini lemah dan tertolak dengan meletakkan hadis mursal riwayat MuÊaz dan Ibn Mahdi sebelum hadis ÂAli bin Hafs. Hadis ini adalah mursal menurut Imam Muslim.
Menunjukkan kesalahan perawi dalam menyebut nama
Pada awal kitab al-Talaq, Imam Muslim menyebutkan pelbagai hadis berkaitan dengan kisah Ibn Umar r.a. yang menceraikan isterinya dalam keadaan haid, lalu Rasulullah SAW memerintahkannya untuk merujuk isterinya kembali. Pada akhir bab, beliau menyebutkan hadis Hajaj bin Muhammad, daripada Ibn Juraij, daripada Abu al-Zubair, bahawa beliau mendengar Abd al-Rahman bin Ayman Maula ÂAzzah bertanya kepada Ibn Umar: „Apakah pendapatmu jika seseorang menceraikan isterinya dalam keadaan haid?‰ Ibn ÂUmar menjawab: ...
Imam Muslim menyebutkan setelah sebuah riwayat daripada Abd al-Razzaq, daripada Ibn Juraij, Abu Al-Zubair memberitahuku bahawa beliau mendengar Abd al-Rahman bin Ayman Maula ÂUrwah bertanya kepada Ibn ÂUmar...
Imam Muslim berkata: Beliau keliru dengan mengatakan: Maula ÂUrwah, sebenarnya ialah Maula ÂAzzah.‰
Menunjukkan kekeliruan perawi dalam matan hadis
Dalam kitab Solat al-Musafirin wa Qasruha, Imam Muslim meriwayatkan hadis Malik bin Anas, daripada Abu al-Zubair, daripada Said bin Jubair, daripada Ibn ÂAbbas: „Rasulullah SAW pernah menjamakkan solat zuhur dan asar, maghrib dan isyak, bukan kerana takut dan musafir.‰
Ia sanad yang paling kuat bagi hadis ini kerana diriwayatkan oleh tokoh fiqah dan hadis dari Madinah. Terutamanya Imam Malik disokong oleh Zuhair bin MuÊawiyah yang meriwayatkan hadis ini daripada Abu al-Zubair dengan sanad dan lafaz yang sama.
Beberapa hadis selepasnya, Imam Muslim meriwayatkan daripada Sulaiman al-AÊmasy, daripada Habib bin Abi Thabit, daripada Said bin Jubair, daripada Ibn Abbas dengan lafaz yang sama.
Namun, beliau berkata pada akhirnya „bukan kerana takut dan hujan.‰
Imam Muslim sengaja menyebutkan riwayat ini untuk menunjukkan kekeliruan yang terdapat dalam matan. Sepatutnya adalah: „bukan kerana takut dan musafir‰ seperti riwayat Malik dan Zuhair. Perkara tersebut dijelaskan oleh tokoh besar ahli hadis dalam kalangan ulama terdahulu seperti Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi dan Ibn Abd al-Bar. Pendapat ini lebih kuat jika dibandingkan dengan penilaian tokoh terkemudian seperti Ibn Taymiah dan Syeikh al-Albani yang mensahihkan riwayat Habib bin Abi Thabit ini.
Menjelaskan tambahan kata dalam hadis
Imam Muslim meriwayatkan daripada sanad Malik, daripada NafiÊ, daripada Ibn ÂUmar bahawa beliau menceraikan isterinya dalam keadaan haid pada zaman Nabi Muhammad SAW. Umar bin al-Khattab menceritakan perkara itu kepada Nabi Muhammad SAW. Maka, Baginda SAW bersabda: „Perintahkan dia untuk merujuknya, lalu membiarkannya hingga suci (daripada haid), lalu haid lagi hingga suci. Setelah itu, jika dia berkehendak, bolehlah dia menahannya. Atau jika dia berkehendak, bolehlah dia menceraikannya. Itulah idah yang Allah perintahkan untuk menceraikan isteri padanya.‰
Setelah hadis ini, Imam Muslim membawakan riwayat al-Laith, daripada Nafi, daripada Ibn ÂUmar: bahawa beliau menceraikan isterinya yang sedang haid dengan talak satu. Riwayat ini membawa tambahan lafaz yang tidak terdapat dalam riwayat Malik. Dan orang yang meriwayatkan tambahan ini seseorang yang layak dipercayai, iaitu Imam al-Laith bin Saad, maka tambahan ini boleh diterima sebagai ziyadah thiqat. Berkata Imam Muslim: „Al-Laith memperelok hadis ini dengan ucapannya: talak satu.‰
1. Huraikan maksud al-syawahid dan al-mutabaÊat dari sudut
bahasa dan istilah.
2. Kaji dan nyatakan contoh bagi al-syawahid dan al-mubabaÊat dalam kitab Sunan Abu Daud.
3. Nyatakan kepentingan al-iÊtibar dalam menentukan keabsahan hadis.
SEMAK KENDIRI 2.2
Kepelbagaian riwayat bagi sesuatu hadis memiliki kelebihan yang tersendiri. Ia tidak hanya berguna untuk memastikan kekuatan hadis tersebut tetapi juga mampu untuk menerangkan perkataan yang tidak jelas, nama perawi dan sebagainya.
Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai keperluan mengkaji kepelbagaian riwayat sesuatu hadis bagi tujuan memahami isi kandungan hadis tersebut.
AKTIVITI 2.2