• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ada beberapa jawapan yang diutarakan oleh para ulama dan ilmuwan semasa berhubung bagaimana mentawfiqkan antara hadis yang bercanggah ini, antaranya:

(a) Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar al-ÂAsqalani menyatakan bahawa penafian jangkitan bermakna sesuatu itu tidak berlaku secara semula jadi, iaitu dengan sendiri sebagaimana yang dipercayai oleh orang jahiliah, tanpa menyandarkannya kepada kehendak Allah SWT. Rasulullah SAW dengan itu ingin membasmi pemikiran atau pegangan seperti itu dengan menegaskan bahawa Allah SWT yang menjadikan penyakit dan penyembuh. Adapun larangan daripada mendekati orang sakit itu pula bertujuan menyatakan bahawa itu adalah sebahagian daripada cara Allah SWT menjadikan atau mencipta sesuatu penyakit.

(b) Imam Ibn Hajar al-ÂAsqalani dan al-Tabari mengatakan bahawa sememangnya tiada jangkitan kerana Rasulullah SAW pernah menyatakannya dalam sebuah riwayat yang lain bahawa: „Sesuatu itu tidak menjangkit yang lain.‰ Dikuatkan lagi dengan sebuah hadis lain yang Rasulullah SAW menyangkal dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa seekor unta yang berpenyakit kulit akan mengakibatkan unta-unta lain terlibat sama apabila bercampur. Sabda Baginda SAW: „Yang pertama itu berjangkit dari unta yang mana?‰ Rasulullah SAW menegaskan Tawfiq adalah kaedah dan proses menyelesaikan percanggahan antara hadis.

bahawa Allah SWT lah yang menjadikan unta-unta itu terkena penyakit (bukan hasil jangkitan mana-mana unta). Sebagaimana Dialah yang menjadikan unta yang pertama itu sakit. Adapun suruhan Baginda SAW untuk menjauhi pesakit kusta, itu sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Hal ini supaya orang Islam terhindar daripada sebarang bentuk akidah yang salah dengan menganggap bahawa penyakit itu datang daripada jangkitan dan bukan daripada Allah SWT. Lalu mereka semua berdosa dengan kepercayaan seperti itu. Maka, awal-awal lagi perlu dijauhi daripada penyakit berjangkit seperti kusta.

(c) Al-Baqillani dan Ibn Battal berpendapat bahawa secara umumnya memang tiada jangkitan tetapi terdapat penyakit tertentu yang memang berlaku jangkitan. Sebab itulah Rasulullah SAW melarang daripada mendekati para pesakit kusta. Jadi, boleh ditafsirkan maksud Rasulullah SAW dengan penafian itu, bahawa tiada jangkitan dalam penyakit kecuali penyakit tertentu seperti kusta dan seumpamanya.

(d) Ada juga yang mengatakan bahawa sememangnya tiada jangkitan dan Rasulullah SAW suruh menjauhkan diri daripada pesakit kusta itu sebenarnya adalah kerana menjaga perasaan mereka. Kalau mereka melihat orang yang sihat dan sempurna tubuh badannya, akan bertambahlah lagi derita di hati mereka apabila memandang nasib diri mereka yang tidak sihat dan tidak sempurna tubuh badan.

Ada juga yang mentawfiqkan dengan mengatakan arah cakap yang ditujukan oleh Rasulullah SAW berbeza-beza.

ىوﺪﻋ ﻻ

ditujukan kepada orang yang kuat keyakinan dan tawakalnya yang dia boleh mengelak diri daripada terjerumus ke arah kepercayaan adanya jangkitan dan orang ini boleh makan dan minum bersama pesakit kusta. Manakala hadis yang menyuruh lari daripada pesakit kusta pula, ditujukan kepada orang yang lemah keyakinannya yang tidak berdaya mengelak diri daripada terpalit dengan kepercayaan adanya jangkitan. Maka, terpaksalah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyuruh dia menjauhkan diri daripada pesakit kusta (Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan & Zulkifli Mohd, 2007).

 Akidah ialah perkara penting yang mesti dikuasai oleh semua orang.

Walaupun begitu, tidak semua orang layak untuk membicarakan suatu permasalahan yang rumit dalam akidah tanpa ilmu yang kukuh kerana boleh mengakibatkannya terpesong daripada landasan agama Islam yang sebenar.

 Hari akhirat merupakan suatu yang hak dan pasti, ia akan berlaku setelah semua makhluk Allah SWT melalui peringkat yang telah ditetapkan oleh-Nya.

 Alam kubur adalah tempat persinggahan setiap hamba Allah SWT yang meninggal dunia. Dia akan mendapat nikmat di dalamnya atau mendapat azab atas segala kesalahannya.

 Ayat al-Quran, hadis Nabi SAW, ijmak ulama dan kata-kata para ulama mensabitkan kewujudan azab kubur dan ia tidak boleh dinafikan dengan hanya menggunakan akal fikiran yang sempit.

 Orang yang menolak azab kubur adalah seorang yang hanya berpegang pada logik akal serta tidak mengetahui metodologi ulama dalam berurusan dengan semua dalil atau sumber hukum agama Islam.

 Hadis berkaitan dengan penyakit berjangkit, secara zahirnya adalah bertentangan antara satu dengan yang lain, maka setiap Muslim perlu mempraktikkan metodologi ulama Islam dalam berhadapan dengannya.

 Para ulama telah pun menyelesaikan permasalahan penyakit berjangkit dengan mengemukakan pandangan mereka, kita bolehlah merujuk semua pandangan tersebut dan dikukuhkan dengan kajian semasa mengenainya.

1. Huraikan cara berhadapan dengan hadis-hadis yang kelihatan bertentangan secara zahirnya.

2. Selesaikan masalah yang berkaitan dengan penyakit berjangkit mengikut pandangan ulama silam.

3. Senaraikan hadis-hadis yang berkaitan dengan kewujudan penyakit berjangkit.

SEMAK KENDIRI 6.2

Alam barzakh Al-Tawfiq Azab kubur Hadis Ahad Kusta

Logik akal Mutawatir Nikmat kubur Penyakit berjangkit Tempat persinggahan

Abu Daud, Sulayman bin al-AsyÊath. (1974). Sunan Abi Daud. Dar al-Kitab al-ÂArabi.

Alam barzakh dan azab kubur. (2009).

http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/09/alam-barzakh-dan-azab- kubur.html

Al-Bukhari, Muhammad bin IsmaÊil al-JuÊfi. (1978). Al-JamiÊ al-sahih al-Mukhtasar. Dar Ibn Kathir.

Al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid. (2000). JamiÊ al-bayan fi taÊwil ay al-Quran. Muassasah al-Risalah.

Al-Tirmizi, Muhammad bin ÂIsa. (t.t.) JamiÊ al-Tirmizi. Dar IhyaÊ al-Turath al-ÂArabi.

Dr Rohaizan Baru, Ahmad Fauzi Hasan, & Zulkifli Mohd. (2007). Kertas kerja Seminar Warisan Nabawi. Hadith-hadith kontradiksi dalam konteks kontemporari: Penyelesaian Tawfiq satu pilihan. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Ibn al-Athir, Majd al-Din Abu al-SaÊadat al-Mubarak bin Muhammad al-Jazari.

(2001). Al-Nihayah fi gharib al-hadith wa al-Athar, Tahqiq: Al-Sheikh Khalil MaÊmun Syiha. Dar al-MaÊrifah.

Ibn Kathir, IsmaÊil bin ÂUmar bin Kathir. (1999). Tafsir al-Quran al-ÂAzim. Dar Tayyibah.

Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. (1994). Sahih Muslim. Dar al-Jayl.

PENGENALAN

Perkembangan undang-undang Islam berkembang selepas hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dengan terbentuknya Piagam Madinah. Setiap permasalahan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW diselesaikan sama ada melalui perkhabaran wahyu daripada Allah SWT ataupun ijtihad daripada Rasulullah SAW di bawah ilmu serta pengawasan dan pemerhatian Allah SWT. Pada zaman para sahabat pula, mereka masih melaksanakan dasar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dengan meletakkan penyelesaian berdasarkan al-Quran, sunah dan ijtihad.

Walaupun pada ketika itu tiada kaedah atau metode yang tersusun sebagaimana hari ini seperti ilmu usul fiqh, namun hakikatnya para sahabat menggunakan jalan dan kaedah yang sama. Hal ini demikian kerana ilmu usul fiqh secara teorinya masih belum tersusun pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat, namun ia telah diamalkan oleh para sahabat secara praktikalnya. Sebagaimana dalam kisah Muaz Jabal, ketika diperintahkan oleh Rasulullah SAW pergi ke Yaman.

Topik

7

 Syarah Hadis tentang

Konsep Ibadat

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Menjelaskan pengertian fuqaha dan ahli hadis serta metode mereka.

2. Menghuraikan metode fuqaha dan ahli hadis dalam istinbat hukum.

3. Menerangkan sebab ikhtilaf fuqaha dalam memahami hukum bagi sesebuah hadis.

HASIL PEMBELAJARAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: „Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan?‰

Muaz menjawab: „Saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah.‰

Nabi bertanya lagi, „Sekiranya kamu tidak mendapati dalam Kitab Allah?„

Jawab Muaz: ‰Saya akan memutuskan berdasarkan sunah.„ Tanya Nabi lagi:

„Sekiranya engkau tidak menemui dalam sunah?„ Muaz menjawab: ‰Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut.‰ Nabi pun menepuk dada sambil bersabda: „Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah SAW ke arah sesuatu yang diredainya‰

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Maka, dalam topik ini anda akan mempelajari kaedah mengistinbatkan hukum-hakam berdasarkan metodologi fuqaha dan ahli hadis yang berkaitan dengan konsep ibadat daripada hadis Rasulullah SAW. Selamat meneruskan pembacaan anda!

FUQAHA DAN AHLI HADIS