KAEDAH ULAMA DALAM MEMAHAMI SYARAH HADIS
2.3.3 Cara Terbaik Memahami Hadis
Tahukah anda semua ilmu mempunyai cara tersendiri untuk memahaminya?
Begitu juga hadis Nabi Muhammad SAW. Malah, wajib bagi umat Islam meneliti hadis dengan cara yang sebenar supaya dapat memahaminya mengikut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya. Yusuf al-Qaradawi (1991) menggariskan lapan panduan untuk memahami hadis dengan baik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7.
Rajah 2.7: Lapan Panduan untuk Memahami Hadis dengan Baik
Mari kita pelajari kelapan-lapan panduan ini dengan lebih lanjut.
(a) Memahami Hadis Berdasarkan al-Quran
Sunah adalah penjelasan teori dan amali bagi al-Quran. Dengan itu, ia tidak sekali-kali akan bercanggah dengan al-Quran yang diterangkan itu.
Andainya ada dakwaan percanggahan antara kedua-duanya, ia mungkin berpunca daripada kebarangkalian berikut; hadis itu tidak sahih, kefahaman terhadapnya salah atau ia hanyalah sangkaan semata-mata. Contohnya, menolak kewujudan syafaat di akhirat dengan dakwaan ia bercanggah dengan al-Quran. Dengan itu, hadis sahih berkenaan syafaat ditolak.
(b) Menghimpunkan Hadis Mengikut Sesuatu Topik
Gambaran sebenar yang dikehendaki oleh hadis dapat difahami dengan baik andainya hadis berkaitan dengan sesuatu topik dikumpulkan. Selain itu, ia memudahkan perkaitan antaranya disemak dengan senang, mengkhususkan perkara yang umum menjadi lebih spesifik dan memudahkan penentuan mutlaknya.
Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Umamah al-Bahili apabila beliau melihat alat pembajak, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: „Tidaklah akan masuk (alat) ini mana-mana rumah sesuatu kaum, kecuali Allah memasukkan kehinaan.‰
Hadis ini secara zahirnya menggambarkan seolah-olah Rasulullah SAW tidak menyukai aktiviti pertanian yang boleh membawa kehinaan kepada golongan petani. Kalangan orientalis telah mengambil kesempatan daripada hadis ini untuk mencetuskan kekeliruan mengenai sikap Islam terhadap pertanian. Jelasnya, hadis ini mengundang tanda tanya. Apakah makna zahir ini yang dimaksudkan? Adakah Islam tidak suka kepada aktiviti pertanian?
Hal ini bertentangan dengan maksud hadis sahih yang lain. Orang Ansar agak maju dalam bidang pertanian, Rasulullah SAW tidak pernah memerintahkan mereka meninggalkan pekerjaan mereka itu. Bahkan hadis mengenai pertanian, pengairan dan saliran serta menghidupkan tanah yang terbiar agak banyak.
Dengan mengumpulkan hadis berkenaan dan dirujuk pula kepada ulasannya dapat diketahui maksud sebenar hadis Abu Umamah. Yang dimaksudkan adalah penglibatan yang boleh menyebabkan terabai perkara lain yang diperintahkan seperti jihad. Ada pula yang mengkhususkan kepada mereka yang berada di perbatasan dengan musuh yang menumpukan pada kerja pertanian sehingga mengabaikan latihan dan persiapan perang.
Malah, hadis Ibn Umar, riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyebut:
„Apabila kamu berpuas hati dengan bercucuk tanam dan meninggalkan jihad, Allah akan meratakan ke atas kamu kehinaan,‰ lebih menjelaskan lagi maksud sebenar hadis Abu Umamah tersebut.
(c) Menggabungkan atau Mentarjihkan Hadis yang Kelihatan Bercanggah Nas syarak pada prinsipnya tidak bertentangan antara satu dengan yang lain kerana kebenaran tidak akan bercanggah dengan kebenaran. Jika terdapat juga itu hanya pada lahirnya sahaja bukannya hakikat. Terdapat penyelesaian yang sesuai untuk memurnikan percanggahan itu. Ilmu Mukhtalaf al-Hadith ialah ilmu khusus untuk menyelesaikan kes seperti ini.
Bahkan isu Muktalaf turut berkaitan dengan ilmu Nasikh Mansukh.
Contohnya, hadis Ummu Salamah r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi yang mengharamkan wanita melihat lelaki walaupun dia seorang yang buta dengan hadis Aisyah r.a. yang dilindungi oleh Rasulullah SAW melihat Habsyi yang berlatih di masjid yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Contoh lain adalah hadis berkenaan ziarah kubur oleh wanita.
(d) Memahami Hadis Berpandukan Latar Belakang dan Tujuannya
Ada hadis Rasulullah SAW yang berkait rapat dengan isu tertentu yang berkait dengan masa dan tempat. Dengan itu, ia memerlukan kepada pengamatan yang teliti dan mendalam untuk mengelakkan kekeliruan.
Oleh itu, mengetahui asbab al-wurud bagi sesebuah hadis sangat penting kerana ia dapat membantu memahami maksud sebenar hadis berkenaan.
Hadis riwayat Muslim daripada Aisyah r.a. dan Anas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: „Kamu lebih mengetahui akan urusan dunia kami‰
boleh dijadikan contoh. Ada pihak yang menjadikan hadis ini sebagai alasan untuk melarikan diri daripada hukum Allah SWT yang berkaitan dengan ekonomi, politik, kewangan dan lain-lain dengan alasan Allah SWT membenarkannya kerana ia adalah urusan dunia dan kita lebih mengerti mengenainya.
Contoh lain adalah mengenai latar belakang hadis yang berkaitan dengan cantuman debunga jantan dan betina bagi pokok kurma yang menjelaskan maksud sebenar hadis. Ia perlu diteliti supaya kita tidak tersalah anggap sabda Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW hanya mencadangkan supaya dibiarkan sahaja proses pendebungaan berlaku sendiri dengan secara semula jadi; ini adalah pandangan Baginda SAW. Namun, pandangan tersebut bersalahan dengan praktikal yang biasa dilakukan oleh golongan Ansar, iaitu kaum yang mahir bercucuk tanam lantas menyebabkan Nabi Muhammad SAW mengeluarkan sabda tersebut.
(e) Membezakan antara Wasilah yang Berubah dengan Objektif yang Tetap Kegagalan membezakan antara dua perkara ini juga mengundang salah faham terhadap hadis. Yusuf al-Qaradawi menjadikan ubatan, pemakanan dan cara perawatan dan bijirin yang terdapat dalam Tibb al-Nabawi sebagai contoh. Menurut beliau, objektif dan roh Tibb al-Nabawi adalah untuk menjaga kesihatan insan dan keselamatan fizikalnya. Adapun wasilah ataupun cara penjagaan kesihatan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan tempat.
(f) Memisahkan antara Perkara Hakikat dengan Simbolik
Perkara ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa daripada seorang insan yang paling fasih pertuturannya, iaitu Rasulullah SAW.
Penggunaan simbolik dalam bahasa Arab juga sangat ketara. Dengan itu, hadis Rasulullah SAW tidak terkecuali dengan tamsil, perumpamaan dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: „Orang yang paling cepat menyusuli aku dalam kalangan kamu adalah yang paling panjang tangannya‰ (Riwayat Muslim).
Realitinya Ummahat al-Mukminin yang pertama meninggal dunia selepas kewafatan Rasulullah SAW ialah Sayyidah Zaynab binti Jahsy r.a. yang merupakan seorang yang sangat pemurah, dermawan dan sangat gemar berbuat kebajikan. Maka, yang dimaksudkan dengan „yang paling panjang tangannya‰ dalam hadis tersebut ialah Sayyidah Zaynab.
Begitu juga dengan hadis kudsi: „Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta...‰ golongan muktazilah telah mengecam ahli hadis kerana menyerupakan Tuhan dengan makhluk.
Pendapat mereka ini ditolak oleh Ibn Qutaybah dengan menjelaskan bahawa maksud hadis ini adalah „Sesiapa yang mendatangi-Ku dengan bersegera melakukan ketaatan, Aku mendatanginya dengan pahala lebih segera dari kedatangannya.‰
(g) Memisahkan antara yang Ghaib dengan yang Nyata
Antara ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW adalah berkaitan dengan perkara ghaib yang tidak boleh digambarkan dan tidak boleh dibandingkan dengan alam nyata sekarang. Ada yang berkaitan dengan kehidupan di alam barzakh selepas mati dan ada juga mengenai akhirat. Maka, ada dalam kalangan al-Firaq al-Islamiyyah yang menolak hadis sahih disebabkan berpegang pada logik akal. Antaranya mengenai soalan dua malaikat dalam kubur, juga nikmat dan seksaan di dalam kubur.
(h) Memastikan Maksud Sebenar Ungkapan yang Terdapat dalam Hadis
Bahasa bukanlah statik. Ia terus berkembang sejajar dengan keadaan sekelilingnya. Begitu juga perkataan dan ungkapannya. Dengan itu, ungkapan yang digunakan oleh Rasulullah SAW melalui hadisnya menggambarkan zamannya. Umat Islam harus peka tentang hal ini.
Apalagi dalam kalangan kaum yang tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Oleh itu, kita mendapati terdapat pelbagai ulasan terhadap hadis yang mengecam akan mengenakan seksaan yang berat kepada (
نورﻮﺼﳌا
) (Fauzi Deraman, 2006).Hal ini demikian kerana perkataan al-musawwirun pada zaman Nabi Muhammad SAW dikhususkan kepada pembuat patung atau berhala yang menyerupai makhluk dan kepada mereka inilah amaran keras ini ditujukan. Situasi zaman ini amat berbeza dengan kemunculan pelbagai alat yang turut dinamakan al-taswir. Pemahaman dan mendalami bahasa Arab amat diperlukan sejajar dengan peredaran masa dan kemajuan sesebuah masyarakat.
1. Nyatakan kaedah sebenar memahami hadis supaya tidak
menyeleweng daripada kehendak Rasulullah SAW.
2. Apakah asas yang mesti dimiliki oleh seseorang yang ingin berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad SAW?
SEMAK KENDIRI 2.3
Kebanyakan ulama hadis juga termasuk dalam kalangan ulama fiqah. Bincangkan situasi ini dengan menyatakan beberapa ulama yang pakar serta menjadi rujukan dalam bidang fiqah dan hadis.
Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua golongan ulama ini? Jelaskan.
AKTIVITI 2.3
Ulama hadis meletakkan kaedah yang begitu teliti untuk memastikan hadis yang sampai kepada umat Islam tersaring dan bebas daripada penyelewengan.
Pengkategorian hadis kepada sahih, hasan, daif dan sebagainya melambangkan kekuatan kaedah yang digunakan oleh ulama.
Hadis sahih adalah hadis yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung, dengan para perawi yang Âadil, dhabit, dari permulaan sanad sehinggalah ke akhirnya tanpa sebarang percanggahan dan kecacatan.
Dalam meletakkan martabat sesuatu hadis, ia melalui proses yang amat teliti dan tersusun bermula daripada pengumpulan semua turuq sehinggalah kepada kajian terperinci terhadap sanad dan matan.
Pertembungan antara pandangan ulama terhadap martabat hadis sama ada padazaman silam atau kontemporari perlulah dihormati dan diteliti dengan hati yang terbuka dan dikaji kebenarannya.
Al-Syawahid bermaksud seorang sahabat r.a. yang meriwayatkan matan hadis yang turut diriwayatkan oleh sahabat r.a. yang lain dengan lafaznya (yang sama) atau makna yang sama.
Al-MutabaÊat bermaksud seorang perawi sebuah hadis berkongsi sama dalam meriwayatkannya dengan seorang perawi yang lain, sama ada ia meriwayatkan hadis itu daripada guru yang sama ataupun guru yang lebih atas sehinggalah ke akhir sanad, dan sekurang-kurangnya perkongsian riwayat itu adalah pada sahabat yang sama.
Terdapat enam faktor kemunculan dan perkembangan syarah hadis.
Antaranya ialah bahasa, kemunculan mazhab fiqah dan persaingan ilmu.
Berinteraksi dengan hadis Nabi Muhammad SAW memerlukan kaedah yang tepat supaya tidak lari daripada landasan yang sebenar.
Ulama menggariskan cara tertentu atau panduan untuk memahami dengan baik hadis Nabi Muhammad SAW. Panduan ini mestilah dipelajari dan dipraktikkan dengan baik supaya mampu melaksanakan ajaran Islam mengikut acuan Allah SWT dan Rasul-Nya. Terdapat lapan panduan untuk memahami hadis dengan baik. Antaranya ialah memahami hadis berdasarkan al-Quran, memisahkan antara yang ghaib dengan yang nyata, memisahkan antara perkara hakikat dengan simbolik dan lain-lain.
ÂAdalah Al-Dabt Al-IÊtibar
Al-Jarh wa al-taÊdil Al-MutabaÊat Al-Syawahid Asbab al-wurud
Hakikat
Maqasid al-Islam Mukhtalaf al-hadith Nasikh Mansukh Sahih
Simbolik Wasilah
Al-ÂAni, ÂUmar ÂAbd al-ÂAziz. (2006). AdhwaÊ Âala al-manhaj al-fiqhi fi syarah al-hadith al-syarif. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kertas kerja Seminar Metodologi Tafsir al-Quran dan Syarah al-Hadith.
Al-ÂAsqalani, Ibn Hajar. (t.t.). Nuzhah al-nazar syarah nukhbah al-fikr. Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.
Al-Qaradawi, Yusuf. (1991). Al-madkhal li dirasat al-sunnah al-nabawiyyah.
Maktabah Wahbah.
Halaqah.net. (2011). Sahih Muslim bukan untuk bacaan awam. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14691.0
Haziyah Hussin et al. (2006). Kelangsungan pengajian hadis: Cabaran dan masa depan. Kolej Islam Antarabangsa Selangor.
Sabbah, Abd al-Karim IsmaÊil. (1998). Al-hadith al-sahih wa manhaj ÂulamaÊ al-Muslimin fi al-tashih. Maktabah al-Rusyd.
Yulian Purnama. (2011). IÊtibarat, mutabaÊat, syawahid dan afrad. http://kangaswad.wordpress.com/2011/02/11/itibarat-mutabaat-
syawahid-dan-afrad/
PENGENALAN
Kita telah mempelajari berkaitan dengan metodologi silam dalam memahami hadis Nabi SAW. Secara umumnya, ia adalah berkenaan ilmu yang mesti dimiliki oleh seseorang yang ingin mendalami ilmu hadis Nabi SAW. Seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, ilmu hadis juga berkembang dan ulama menyusun pelbagai kaedah, cara dan ilmu sesuai dengan kemajuan umat Islam. Munculnya pelbagai jenis karya berkaitan dengan hadis dan ilmu yang membantu memahaminya. Sebagai umat yang komited dan bersemangat untuk melaksanakan agama Islam, kita sepatutnya mengetahui dan mendalami karya tersebut dengan mempelajari metodologi penulisnya supaya dapat
Topik
3
Metode Sahih Kontemporari dalam Syarah Hadis
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan metodologi ulama hadis dalam karya mereka.
2. Mengenal pasti kitab yang membantu memahami syarah hadis yang dipelajari.
3. Menghuraikan konsep al-tarjih di sisi ulama berkaitan dengan hadis yang kelihatan bertentangan.
4. Membincangkan metodologi hadis ulama fikah dan muhaddithin. 5. Menerangkan maksud takhrij al-hadith dan kepentingannya.
HASIL PEMBELAJARAN
memudahkan kita menelaah dan mengkajinya. Oleh itu, topik ini akan membincangkan metodologi pengarang kitab hadis secara umum, metodologi kitab syarah hadis, kaedah yang digunakan apabila bertemu dengan hadis yang kelihatan secara zahirnya bercanggah antara satu sama lain. Metodologi fuqaha dan muhaddithin dalam memahami hadis serta metodologi ilmu takhrij al-hadith dalam membantu memahami hadis Nabi SAW.