Ringkasan Kefahaman
Surat Guaman / Pliding
- Suatu kenyataan formal di dalam tindakan sivil yang mengandungi:
Dakwaan fakta asasi yang hendak dibuktikan dalam mahkamah.
Pernyataan remedy yang dituntut dalam tindakan.
- Dokumen dalam Surat Pliding:
Penyata Tuntutan
Penyata Pembelaan
Tuntutan Balas
Pembelaan Tuntutan Balas
Pembelaan Tawaran
Jawapan kepada pembelaan
Penyata Tuntutan
- Penyata Tuntutan ditandatangani oleh Plaintif atau Peguam dan mempnyai butiran2 berikut:
Fakta2 sandaran kepada kausa tindakan secara ringkas dan padat dalam bentuk perenggan bernombor.
Butiran tuntutan
Relif yang dituntut
Lain-lain permohonan (Berdasarkan Seksyen 63 Akta Wilayah dan Seksyen 52.
Seksyen 63 AW
(1) Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi--
(a) suatu pernyataan yang ringkas lagi padat, dalam perenggan-perenggan yang bernombor, tentang fakta-fakta yang dijadikan sandaran oleh plaintif dan menunjukkan kausa tindakannya, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sifat khas yang atasnya plaintif mendakwa, jika ada;
(b) butir-butir tuntutan yang mencukupi;
(c) suatu pernyataan tentang relief yang dituntut; dan (d) butir-butir mengenai apa-apa permohonan lain.
(2) Jika lebih daripada satu kausa tindakan dijadikan sandaran, alasan bagi setiap satu tindakan dan relief yang dituntut berdasarkan kausa itu hendaklah dinyatakan secara berasingan.
Analisis kes
1) Samada Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan harta sepencarian dan lain-lain tuntutan dalan kes Mal 06-042/96.
(Melalui alasan perayu no. 4,5,6,7,8,9,10)
- Perayu dan Defendan tidak bermastautin di Perak semasa penceraian berlaku.
- Perintah Pengesahan penceraian telah dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Mas 1997 melalui Kes Mal Bil: 1285/1996.
- Kes induk telah difailkan lebih awal oleh Perayu pada 2 Januari 1997, sedangkan Plaintif memfailkan tuntutan pada 13 Januari 1997.
- Y.A Hakim Bicara terkhilaf dalam membuat penafsiran berhubung Sek. 54(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Perak)
- Di dalam penyata tuntutan Responden/Plaintif telah dinyatakan bahawa kedua-dua belah pihak tinggal di Kuala Lumpur.
- Keseluruhan harta-harta berupa saham adalah berada di luar negeri Perak.
Skrip Jawapan:
Analisis pertama ialah berkenaan Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak untuk mendengar dan memutuskan tuntutan harta sepencarian dan lain-lain tuntutan dalan kes Mal 06-042/96.
Di dalam kes ini, Perayu telah mengemukakan sebanyak 31 alasan rayuan dan 7 daripadanya dipersoalkan mengenai bidangkuasa MTSNP iaitu daripada alasan no.
4,5,6,7,8,9,10.
Dalam bantahan awal perayu tadi, kita dapat lihat bahawa MTSNP pada mulanya menolak dan mengatakan bahawa Mahkamah berbidangkuasa mendengar tuntutan Responden berdasarkan peruntukan Seksyen 54(1) EUUKIP.
Di dalam hujah perayu ada menyatakan bahawa Y.A Hakim terkhilaf dalam
mentafsirkan Seksyen 54(1) EUUKINP di mana YA Hakim membuat tafsiran bahawa MRSWP hanya bertindak untuk mengesahkan penceraian dan bukan memberi kebenaran bercerai dan justeri itu tidak mengikat MTSNP utk mndgr remedi2 lain yang berbangkit selepas itu. Dengan ini
Kedua, Tuntutan pengesahan penceraian telah pun dibuat terdahulu oleh Perayu pada 2 Januari 1997 di MRSWP sebelum Defendan membuat tuntutan di MTSNP iaitu pada 13 Januari 1997. Perintah Pengesahan Penceraian pun telah dikeluarkan oleh MRSWP pada 20 Mac 1997 melalui Kes Mal Bil 1285/1996. Ini bermakna kes induk telah lebih awal difailkan dan dibicarakan di WP dan bukannya di Perak. Jadi, perayu menyatakan bahawa Y.A Hakim terkhilaf dalam menyatakan Mahkamah berbidangkuasa mendengar tuntutan Responden/Plaintif.
Seterusnya, Y.A Hakim terkhilaf dan gagal mengambil kira bahawa kedua-dua pihak tidak bermastautin di Perak semasa penceraian berlaku. Y.A Hakim juga terkhilaf kerana gagal membuat penilaian terhadap bukti bahawa Responden/Plaintif tinggal di Perak semasa penceraian. Sedangkan di dalam penyata tuntutannya menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak tinggal di Kuala Lumpur.
2) Samada dibenarkan atau tidak bagi suatu pihak samada Perayu atau Responden untuk tidak hadir ke Mahkamah dan hanya mewakilkan peguamnya sahaja.
- Seksyen 121(1) Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996 Seksyen 121. Kehadiran.
(1) Mana-mana pihak boleh mengemukakan kesnya sendiri atau melalui peguam syarienya, walau bagaimanapun tiap-tiap pihak hendaklah hadir kecuali dibenarkan sebaliknya oleh Mahkamah.
(2) Orang tak upaya hendaklah hadir melalui penjaganya yang sah.
- Seksyen 122(1)(c) Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996 Seksyen 122. Ketakhadiran pihak-pihak.
(1) Apabila sesuatu tindakan dipanggil untuk pendengaran, Mahkamah boleh-
(c) jika plaintif tidak hadir, menolak tindakan itu dan mendengar serta memutuskan apa-apa tuntutan balas.
- Seksyen 212 Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996 Seksyen 212. Kos.
Tertakluk kepada Enakmen ini, Mahkamah hendaklah mengikut budi bicaranya memberikan kos dalam prosiding yang difailkan dalam Mahkamah itu walaupun ia tidak mempunyai bidang kuasa mengenai prosiding itu.
Skrip Jawapan:
Seterusnya kita pergi kepada analisis kes yang kedua berkenaan ketidakhadiran Pihak ke Mahkamah.
Di dalam fakta kes tadi ada menyebut bahawa Perayu memfailkan rayuan atas keputusan Y.A Hakim MTSNP dan Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan tersebut atas alasan ketidakhadiran Perayu ke Mahkamah dan dengan ini kes di MTSNP diteruskan.
Merujuk kepada Seksyen 121(1) Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996 telah memperuntukkan mengenai kehadiran iaitu (1) Mana-mana pihak boleh
mengemukakan kesnya sendiri atau melalui peguam syarienya, walau
bagaimanapun tiap-tiap pihak hendaklah hadir kecuali dibenarkan sebaliknya oleh Mahkamah.
Di dalam Seksyen 122 pula berkenaan ketidakhadiran pihak-pihak. Peruntukan Seksyen 122(1)(c) menyebut, Apabila sesuatu tindakan dipanggil untuk
pendengaran, Mahkamah boleh-
(c) jika plaintif tidak hadir, menolak tindakan itu dan mendengar serta memutuskan apa-apa tuntutan balas.
Kita lihat pula di dalam Seksyen 212 berkaitan kos, Tertakluk kepada Enakmen ini, Mahkamah hendaklah mengikut budi bicaranya memberikan kos dalam prosiding yang difailkan dalam Mahkamah itu walaupun ia tidak mempunyai bidang kuasa mengenai prosiding itu.
Di dalam Seksyen 121(1) tadi menyatakan tiap-tiap pihak hendaklah hadir, tetapi di dalam perbicaraan, Perayu langsung tidak hadir, samada ketika memfailkan rayuan, mahupun perbicaraan kesnya di MTSNP. Maka kita pergi ke Seksyen 122(1)(c).
Disebabkan ketidakhadiran Perayu, Mahkamah boleh mendengar serta memutuskan apa-apa tuntutan balas.
3) Samada tuntutan saman boleh disampaikan kepada Defendan sedangkan Defendan duduk di luar kawasan negeri Perak.
- Seksyen 52 Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996 Seksyen 52. Bila dibenarkan.
(1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasanya, bilamana-
(a) keseluruhan hal perkara suatu tindakan yang dibawa berhubungan dengan harta tak alih yang berada di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan;
(b) apa-apa relief yang dituntut terhadap mana-mana orang yang bermastautin atau yang bermukim atau menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan; atau
(c) tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang disampaikan kepadanya saman atau permohonan dengan sempurnanya dalam bidang kuasa Mahkamah itu, seseorang di luar bidang kuasa adalah pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau
(d) dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu dibuat bermastautin dan bermukim di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
(2) Suatu perintah yang membenarkan penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu akan dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
- Seksyen 53 Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996
Seksyen 53. Bentuk perintah.
Suatu perintah penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa hendaklah menetapkan tarikh kehadiran orang yang disampaikan saman atau permohonan itu dan dalam menetapkan tarikh tersebut Mahkamah hendaklah mengambil kira dan boleh menghendaki keterangan mengenai kemudahan komunikasi dan pengangkutan
Skrip Jawapan:
Analisis yang ketiga ialah berkaitan penyampaian tuntutan saman. Di dalam permohonan interlokutori Perayu menyatakan bahawa tindakan penyampaian saman tidak dibuat menurut aturan Seksyen 52 dan 53 Acara Mal Mahkamah
Syariah 1996, dan dengan ini hendaklah diketepikan dan diisytiharkan penyampaian saman kepada Perayu/YKT adalah tidak sah.
Merujuk kepada Seksyen 52 Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1996 dalam Bab 2 berkaitan Penyampaian di Luar Bidang Kuasa. Seksyen 52 menyebut,
(1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasanya, bilamana-
(d) dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu dibuat bermastautin dan bermukim di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
(2) Suatu perintah yang membenarkan penyampaian di luar bidang kuasa
hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu akan dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
Manakala Seksyen 53 menyebut, Suatu perintah penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa hendaklah menetapkan tarikh kehadiran orang yang disampaikan saman atau permohonan itu dan dalam menetapkan tarikh tersebut Mahkamah hendaklah mengambil kira dan boleh menghendaki keterangan mengenai kemudahan komunikasi dan pengangkutan.
4) Mendapat kebenaran Mahkamah bagi Penggantungan Pelaksanaan sementara menunggu Rayuan.
- Arahan Amalan No.10 Tahun 2002 Prosedur Rayuan Dalam Mahkamah
- Seksyen 144 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor. Penggantungan pelaksanaan sementara menanti rayuan
Pemfailan suatu notis rayuan tidaklah berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan, menggantung pelaksanaan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
- Tak semua perintah pelaksanaan boleh digantung. Kes-kes yang dikecualikan termasuklah:
Nafkah, upah menyusu, tempat tinggal, hadhanah dan serah anak yang belum mumayyiz kepada ibu.
Skrip Jawapan:
Y.A Hakim MTSNP menolak rayuan penangguhan pelaksanaan perintah yang melibatkan nafkah diri dan pembayaran wang kepada Responden dalam tempoh sebulan atas alasan ianya tidak munasabah dan sebab-sebab yang tidak mencukupi serta tidak mengemukakan alasan-alasan teristimewa bagi membolehkan perintah itu digantung.
Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perak kemudiannya telah memutuskan bahawa penggantungan perintah itu adalah dibenarkan dan rayuan diterima atas alasan sesuatu permohonan penggantungan boleh dibenarkan oleh Hakim dengan hanya mengemukakan sebab2 yang mencukupi dan bukan atas alasan-alasan teristimewa yang memerlukan beban bukti yang tinggi kepada Perayu.
Namun, penggantungan perintah tersebut tidak berlaku secara automatic apabila sebaik sahaja kes dirayu. Satu permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah terlebih dahulu sebelum penggantungan pelaksanaan perintah tersebut dibenarkan.
Selain itu, tidak semua perintah pelaksanaan boleh digantung. Dalam Arahan Amalan No.1 Tahun 2005 memperuntukkan penggantungan pelaksanaan perintah sudah memadai hanya dengan rayuan dan alasan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah. Namun tidak melibatkan kes-kes berkaitan nafkah, upah menyusu, temoat tinggsl, hadhanah, dan serah anak yang belum mumayyiz kepada ibu.