• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOC Bahagian 7:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "DOC Bahagian 7:"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

BIDANG 7: PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM

7.1 MEKANISME PEMANTAUAN DAN SEMAKAN PROGRAM Maklumat Berkenaan Standard Asas

7.1.1 Jelaskan bagaimana jabatan menilai program ini.

Program menilainya dengan dua cara, iaitu melalui Penilaian Dalaman dan Penilaian Luaran. Penilaian dalaman dijalankan pada dua peringkat iaitu peringkat kualiti dan peringkat pelajar. Penilaian kualiti dijalankan dari masa ke semasa di mana audit pengawasan kualiti menyemak Program dengan melihat fail-fail kursus bagi Program Komunikasi Media. Audit swa- akreditasi juga dijalankan bagi memastikan kurikulum Program Komunikasi Media yang dinyatakan dalam dokumen selaras dengan amalan kakitangan akademik dan pentadbiran. Penilaian dalaman juga dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar tahun akhir dan graduan selepas menamatkan pengajian mereka.

Program di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi sering dipantau, disemak dan dinilai. Kegiatan ini mencakupi proses memantau, menyemak dan menilai struktur program di samping kemajuan prestasi dan kebolehpasaran pelajar. Dalam hubungan ini, pusat pengajian sentiasa mendapatkan maklum balas dari pelajar dan pihak berkepentingan berkenaan proses pengajaran dan pembelajaran melalui soal selidik dan borang penilaian yang dijalankan setiap akhir semester. Maklum balas ini memberi input kepada pusat pengajian untuk menambah baik tahap pengajaran dan pembelajaran

Di peringkat Pusat Pengajian, satu Jawatankuasa Penasihat Pusat yang dianggotai oleh beberapa tokoh akademik tanah air telah dibentuk bagi memberi pandangan terhadap kurikulum yang ada dan memberi maklum balas bagi memantapkan kurikulum tersebut.

Proses merancang dan menilai kursus program bermula dengan mengambil kira keperluan visi dan misi universiti yang disesuaikan dengan keperluan negara dan tuntutan ilmu. Proses ini melibatkan aktiviti semakan dan penilaian yang dilakukan oleh jawatankuasa semakan akademik, penilai luar dan penasihat. Bagi tujuan penilaian program, ianya dibahagikan kepada dua iaitu Penilaian Dalaman dan Penilaian Luaran. Penilaian Dalaman dijalankan melalui borang soal-selidik yang diedarkan kepada graduan dan pelajar tahun akhir. Pandangan dan input daripada majikan, pelajar, alumni dan ibu bapa pelajar juga diambil kira.

Selain itu, penilaian program juga dibuat melalui usaha berikut:

(2)

iii. Penubuhan jawatankuasa pemantapan kurikulum pusat

iv. Maklum balas daripada bekas pelajar dan pihak majikan industri melalui program latihan industri dan trace study.

Di samping itu, penilai luar dan peringkat antarabangsa dari industri dan universiti luar negara dilantik untuk memastikan program pengajian sejajar atau setara dengan perkembangan semasa ilmu komunikasi di peringkat antarabangsa.

Penilaian program dan semakan kurikulum bagi program prasiswazah yang ditawarkan oleh program dilakukan mengikut prosedur tertentu yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan program yang ditawarkan memenuhi kualiti dan standard yang tinggi. Setelah itu Pusat Pengajian akan memastikan perlaksanaan perubahan kurikulum.

Jawatankuasa kurikulum bagi menilai keberkesanan program menggunakan rangka semak dengan indikator berikut:

Ya Skor pelajar dalam peperiksaan bertulis Ya Penilaian kursus oleh pelajar

Ya Penilaian prestasi tentang kemahiran dan keupayaan pelajar Ya Kemajuan pelajar dan kadar pengijazahan

Ya Laporan pemeriksa luar

Ya Lokasi amali graduan (Contohnya desa, bandar, swasta, kerajaan, pers, persendirian)

Ya Peluang akademik/kerjaya penyelidikan siswazah. Jenis amalan yang dipilih oleh siswazah.

Penilaian luar termasuk oleh penilai antarabangsa telah dilakukan sejak tertubuhnya Program ini dan ia dilakukan setiap tiga hingga lima tahun sekalia berdasarkan kepada keperluan. Program ini telah melantik penilai luar untuk memastikan pengajian di Program ini sejajar atau setara dengan perkembangan mutakhir ilmu Komunikasi Media di peringkat antarabangsa.

Masalah kurikulum yang dikenalpasti akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Pusat Pengajian. Hasil mesyuarat akan diambil tindakan seterusnya. Setelah itu Pusat Pengajian akan memastikan pelaksanaan perubahan kurikulum berjalan seperti mana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.

Selain itu, Fakulti juga menilai Program ini melalui maklum balas dari para pensyarah untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan. Pensyarah juga boleh menganggotai sebarang jawatankuasa seperti jawatankuasa penerbitan, hal ehwal pelajar, persidangan, penyelidikan dan infrastruktur.

Jawatankuasa tersebut membincang perkara yang berkait dengan isu-isu yang relevan. Keputusan dan cadangan yang dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa dimajukan seterusnya ke peringkat Fakulti.

Pusat Pengajian membentuk Jawatankuasa Siswazah Pusat bagi membantu Pengerusi Pusat Pengajian untuk menguruskan proses penilaian Program Komunikasi Media sekurang-kurangnya 3 tahun sekali.

Penilaian bermula dengan input daripada pihak berkepentingan dan

(3)

dibincang dalam Mesyuarat Pusat. Keputusan mesyuarat dibawa kepada mesyuarat di peringkat lebih tinggi sehingga akhirnya diluluskan oleh Senat Universiti.

7.1.2 Bagaimanakah prestasi dan kemajuan pelajar dianalisis dalam hubungannya dengan objektif program?

Program Komunikasi Media direkabentuk bertujuan untuk mencapai objektif program pembelajaran (OPP) berikut:

Objektif pembelajaran (OPP) Program Komunikasi Media adalah untuk menghasilkan graduan yang:

OPP1: mempunyai asas ilmu yang cukup untuk menjadi pengamal media dan komunikasi yang berketrampilan

OPP2: bersikap profesional dan beretika terhadap kewajipannya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat

OPP3: memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang komunikasi media dan pada masa yang sama, mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

OPP4: berkemampuan menyesuaikan diri dalam suasana kerja tempatan, antarabangsa dan/atau global

OPP5: mampu memimpin organisasi berdasarkan ilmu dan pembelajaran dalam bidang komunikasi media

OPP6: berdaya saing dan berkeusahawanan dalam bidang komunikasi media.

Prestasi pelajar yang dinilai berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran program (OP) boleh dirujuk melalui Buku Panduan Prasiswazah dan proforma kursus. Kaedah penilaian setiap kursus diperincikan dalam setiap proforma kursus.

Untuk memastikan bahawa setiap pelajar yang mengikuti kursus-kursus program telah memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang dinyatakan dalam objektif program dan hasil pembelajaran, proses penilaian pencapaian pelajar dinilai sepanjang kursus melalui tutorial, kuiz, pembentangan dan tugasan individu atau berkumpulan.

Bagi memantau kemajuan dan prestasi pelajar, setiap program menyediakan proforma kursus sebagai penanda aras. Proforma kursus disediakan dan disahkan dua (2) minggu sebelum kemasukan pelajar.

Proforma kursus dilengkapi dengan matlamat kursus, hasil pembelajaran, jadual kuliah dan tutoran, serta topik mingguan bagi memastikan pelajar dan pensyarah faham apa yang dikehendaki oleh setiap kursus.

(4)

pembelajaran yang terkandung dalam proforma.

Di samping itu, sebanyak tiga (3) mesyuarat kursus program dijalankan setiap semester untuk mendapat maklum balas dari pensyarah yang mengajar. Pensyarah boleh melaporkan mengenai prestasi dan masalah yang berkaitan dengan pelajar untuk tindakan ketua program atau pusat pengajian.

Kaedah penilaian yang dijalankan oleh Program Komunikasi Media adalah berdasarkan kepada beberapa aktiviti yang dikendalikan sepanjang tempoh pengajian pelajar yang merangkumi kursus yang ditawarkan, kerja makmal, kerja lapangan, latihan ilmiah, latihan industri dan lawatan.

Kepelbagaian aktiviti tersebut mempunyai hubungan kepada pencapaian PO seperti yang ditunjukkan dalam berikut.

Penilaian Pelajar daripada Pelbagai Dimensi

Aktiviti Kaedah Penilaian

1. Kursus: Kuliah dan Tutorial

Pembentangan kerja kursus, tutorial, soal-jawab ketika kuliah, laporan/esei, kuiz, peperiksaan.

2. Projek/esei

berkumpulan Pemerhatian ketika di lapangan, laporan kerja lapangan

3. Latihan Ilmiah Penilaian hasil akhir latihan ilmiah 4. Lawatan/field work Pemerhatian ketika sesi dialog,

laporan

5. Kajian kes Pemerhatian ketika sesi pembentang, laporan

Proses pengukuran program akan melibatkan pemberian markah dan gred kepada pelajar berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka dalam semua aktiviti yang dilaksanakan. Pemberian markah dan gred tersebut boleh dilakukan menggunakan beberapa cara seperti di bawah:

i. Pemberian nilai gred pada setiap semester untuk kerja kursus dan penilaian lain yang diadakan di sepanjang semester dan peperiksaan akhir semester.

ii. Pemberian nilai gred untuk sesuatu kursus yang ditawarkan oleh program selain daripada kursus-kursus tanpa peperiksaan akhir semester adalah dengan cara penilaian berasaskan kerja kursus dan/atau peperiksaan pertengahan semester (30–70 peratus) dan peperiksaan akhir semester (70-30 peratus).

iii. Gred dan nilai gred yang diberikan kepada sesuatu kursus seperti mana yang telah ditetapkan.

7.1.3 Huraikan proses, tatacara dan mekanisme pemantauan dan penyemakan kurikulum.

Program Komunikasi Media menjalankan penilaian pengajaran kursus- kursus yang ditawarkan. Penilaian kursus dinilai berdasarkan persepsi pelajar Program Komunikasi Media berdasarkan tiga kategori iaitu

(5)

pengendalian kursus, kandungan kursus dan prasarana dan peralatan.

Semua rekod penilaian disimpan oleh tenaga pengajar. Pada akhir setiap semester mesyuarat penyelarasan markah akan diadakan untuk memastikan bahawa kaedah penilaian telah dilaksanakan dengan betul.

Pengawasan kurikulum dilakukan oleh Fakulti melalui mekanisme dan jawatankuasa berikut:

i. Mesyuarat Fakulti

ii. Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian iii. Mesyuarat Pusat Pengajian

iv. Jawatankuasa Pengajian Prasiswazah v. Jawatankuasa Pemeriksa Prasiswazah vi. Jawatankuasa Pengajian Siswazah vii. Jawatankuasa Pemeriksa Siswazah viii. Jawatankuasa Penaksiran Soalan

ix. Kumpulan bidang tujahan/kursus/kelompok sub-bidang x. Bengkel pemantapan program

Penilaian program dan semakan kurikulum bagi Program Komunikasi Media dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tindakan ini memastikan Program Komunikasi Media yang ditawarkan memenuhi kualiti dan piawaian yang tinggi. Maklum balas daripada pelbagai sumber disemak oleh jawatankuasa yang sesuai.

7.1.4 Huraikan hubungan antara proses pemantauan dan penyemakan kurikulum dan pencapaian hasil pembelajaran program.

Pemantauan dan semakan kurikulum yang berkala akan memastikan pencapaian hasil pembelajaran program. Contohnya, melalui pemantauan, jika berlaku perubahan dalam isu-isu semasa politik, kandungan rangka kursus yang berkaitan akan diubah dan pelajar akan mengikuti kursus tersebut berdasarkan kandungan baru kursus. Program ini dirangka untuk menghasilkan graduan yang profesional seperti mana yang terkandung di dalam Hasil Pembelajaran Program (OP).

Proses pemantauan dan penyemakan mempunyai hubungan yang amat penting dengan pencapaian hasil pembelajaran program. Dari penyediaan dan pemantauan proforma kursus dan perlaksanaan kurikulum sehinggalah penilaian format iaitu peperiksaan akhir, proses yang dilaksanakan mengikut prosedur yang diperincikan mengikut kehendak ISO. Hasil rumusan peperiksaan yang telah diselaraskan kemudian digunakan semula untuk memberi input kepada proses pemantauan dan penyemakan kurikulum. Proses yang berbentuk circular ini digambarkan oleh rajah di bawah.

(6)

Rajah 7.1 Hubungan proses pemantauan, penyemakan kurikulum dan Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Program (OP) Sarjana Komunikasi Media adalah seperti berikut:

i. berkebolehan menguasai dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan asas dalam komunikasi media;

ii. mempunyai kemahiran teknikal, praktikal dan profesional yang mendalam dalam komunikasi media;

iii. berkebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah, merekabentuk dan menjalankan kajian, serta menganalisis dan menginterpretasi fenomena kajian secara kritis dalam bidang komunikasi media;

iv. berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif sebagai individu dan dalam kumpulan;

v. mempunyai tanggung jawab sosial dan kesedaran persekitaran bagi pembangunan lestari;

vi. mempunyai asas mantap untuk mengurus maklumat dan mempunyai jangkaan terhadap keperluan untuk menjalani pembelajaran berterusan melalui penggunaan teknologi mutakhir;

vii. berkebolehan untuk mengurus dan berdayausahawan;

viii. memahami tanggungjawab dan etika sebagai seorang pengamal komunikasi media yang profesional dalam aspek sosial, budaya, nilai moral dan/atau keagamaan; dan

Penyemakan Kurikulum

Hasil Pembelajaran Proses

Pemantauan

(7)

ix. berkemampuan untuk menjadi ketua atau pengurus mahupun seorang ahli kumpulan yang efektif.

Prosedur dan pemantauan yang terlibat di dalam penyemakan kurikulum ini mempunyai yang hubungan yang rapat dengan Hasil Pembelajaran Program (OP) kerana pemantauan dan semakan ini dilakukan oleh pakar dan jawatankuasa yang berkaliber dan berkelayakan dalam bidang:

i. OP disediakan dan disemak secara dalaman oleh Program Komunikasi Media melalui pelbagai mekanisme yang dirancang oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan Akademik (JPPA) Universiti dan Fakulti.

ii. OP digubal oleh kakitangan akademik Program serta dibantu oleh Jawatankuasa Penasihat Program.

iii. OP yang dibentuk adalah berasaskan Manual Jaminan Kualiti Jabatan Pengajian Tinggi dan Kerangka Kelayakan Malaysia yang disesuaikan dengan PEO.

7.1.5 Huraikan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi memanfaatkan maklum balas dari penyemakan program untuk pembangunan program tersebut.

Apabila mendapat maklum balas tentang penyemakan Program dari para penilai, pihak Universiti akan mengarahkan Program untuk menambahbaik kandungan setiap kursus, menyemak hasil pembelajaran kursus, menambahbaik tahap taksonomi Bloom, meningkatkan mekanisme penilaian Program serta membentuk kursus-kursus program yang relevan dengan tuntutan terkini. Maklum balas yang diterima ini perlu melalui beberapa peringkat perbincangan sebelum sampai kepada peringkat pengesahan dan pelaksanaan secara menyeluruh.

Penilaian program dilakukan melalui kajian susulan (trace study) yang dilakukan di peringkat Universiti semasa pelajar menghadiri konvokesyen dan juga melalui alumni Universiti. Melalui kajian ini, Fakulti memperoleh maklumat tentang kesesuaian program untuk tujuan pekerjaan mengikut pandangan pelajar diserahkan kepada fakulti untuk membuat penilaian.

Maklumat untuk tujuan penilaian program diperoleh daripada pihak dalaman dan luaran. Kaedah pengumpulannya melalui sistem maklumat, soal-selidik, perbincangan dalam mesyuarat dan sebagainya. Pencapaian keseluruhan pelajar diperoleh daripada Sistem Maklumat Pelajar (SMP).

Soal-selidik yang berbeza digunakan untuk mendapatkan penilaian pelajar terhadap pengendalian program, penilaian organisasi latihan industri terhadap pelajar, dan maklum balas organisasi luar. Maklum balas daripada pensyarah dan perbandingan dengan program pihak luar pula didapati melalui perbincangan dalam mesyuarat.

(8)

7.1.6 Huraikan struktur dan kaedah kerja jawatankuasa penyemakan program.

Kaedah penyemakan Program dibuat dengan beberapa kaedah berikut:

i. Penubuhan jawatankuasa pemantapan kurikulum Pusat.

ii. Pemantauan kualiti oleh JPPA peringkat Fakulti.

iii. Pelantikan panel penilai daripada industri dan organisasi luar.

iv. Maklum balas daripada bekas pelajar dan pihak majikan melalui trace study.

Kaedah kerja Jawatankuasa Penyemakan Program adalah seperti berikut.

Pertama, komen pelajar dan alumni, majikan, jawatankuasa pengajian dan penilai luar akan dibawa ke mesyuarat Pusat Pengajian. Kedua, keputusan yang dibuat di peringkat Pusat Pengajian akan dibawa ke Jawatankuasa Semakan Kurikulum. Jawatankuasa Penyemakan Kurikulum akan melakukan tugas yang diberi berdasarkan data yang dikumpul melalui komen pihak yang berkepentingan. Analisis data dan hasil kajian di bawa ke mesyuarat Pusat Pengajian semula untuk mendapat pengesahan.

Maklumat yang disahkan dibawa ke Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Akademik (JPPA) di bahagian fakulti. Kemudian, ianya dibawa ke peringkat Mesyuarat Fakulti. Apabila pengesahan di mesyuarat fakulti didapati, ianya dibawa ke JPPA peringkat universiti. Apabila ianya diterima, ia dibawa ke peringkat Senat Universiti. Perlaksanaan akan dibuat jika ianya diterima di peringkat Senat. Namun demikian, jika ianya ditolak, proses akan dimulakan di peringkat mesyuarat Pusat Pengajian.

7.1.7 Huraikan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam perjanjian kerjasama.

Pihak yang terlibat dalam perjanjian kerjasama mempunyai tanggungjawab tertentu yang perlu dilaksanakan sebagai sebahagian sumbangan mereka kepada Program Komunikasi Media. Antara tanggungjawab yang diwujudkan adalah termasuk menyumbang buah fikiran dan berkongsi kepakaran penyelidikan dan pengajaran melalui maklum balas dan pandangan yang diberikan dalam membantu meningkatkan kualiti Program Komunikasi Media di Pusat Pengajian.

Dari masa ke semasa, maklum balas pihak berkepentingan luar diperlukan dan akan dibincang di peringkat Pusat Pengajian. Sekiranya terdapat keperluan untuk mewujudkan program baru melalui input dari perjanjian kerjasama, proses pembentukan program akan dilaksanakan seperti mana Rajah berikut.

Tolak

Kurikulum Baru Disediakan oleh Jawatankuasa Pengajian

Peringkat Program

(9)

Terima

Terima

Terima

Rajah 7.2 Proses Pembentukan Program

Tanggungjawab lain pihak yang terlibat dalam perjanjian kerjasama ini adalah untuk bekerjasama bagi melakukan penyelidikan, persidangan dan penerbitan bersama, juga untuk bersetuju dengan program pertukaran pelajar dan pensyarah bagi meningkatkan lagi pengalaman pelajar dan pensyarah di universiti masing-masing.

Terima

Terima Cadangan Kurikulum dibentangkan di

Pusat Pengajian

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan

dan Pembangunan Akademik Fakulti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Fakulti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan

dan Pembangunan Akademik Universiti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Mesyuarat Senat Universiti

Cadangan Program/ Kurikulum di bawa ke Lembaga Pengarah Univeriti

Terima

Program/ Kurikulum Baru dihantar ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk

kelulusan akhir Tolak

Tolak

Tolak

Tolak

Tolak

Tolak

Tolak

(10)

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

7.1.8 Bagaimanakah proses semakan kendiri membantu mengenal pasti kelemahan dan seterusnya menambah baik program?

Proses semakan kendiri adalah amat penting bagi fakulti dan pusat pengajian mengawasi kebolehpercayaan dan konsistensi serta kesahihan penilaian sepanjang masa. Ini berkait rapat dengan kehendak fakulti yang mahukan agar semakan dalaman yang berbentuk kendiri sentiasa dikawal selia dengan baik. Soal selidik mengenai mutu pengajaran, infrastruktur dan prasarana, serta kompetensi pengajar dijalankan dalam kalangan pelajar pada setiap akhir semester melalui atas talian.

Masalah kurikulum yang dikenal pasti akan dibincangkan di dalam mesyuarat pusat pengajian. Masalah yang khusus berkaitan kandungan kurikulum atau kurikulum kursus baru akan dibincangkan di dalam mesyuarat kelompok bidang berkaitan. Hasil mesyuarat akan dikemukakan dalam mesyuarat pusat pengajian dan fakulti untuk tindakan seterusnya. Setelah itu Pusat Pengajian akan memastikan perlaksanaan perubahan kurikulum.

Jawatan kuasa di peringkat program dan pusat ditubuhkan untuk menyemak dan menyelaras keputusan peperiksaan. Pusat pengajian memantau keseluruhan keputusan penyelarasan ini. Statistik tentang prestasi pelajar yang dikutip untuk dianalisis adalah:

a. keputusan peperiksaan semester (PNGS) b. keputusan peperiksaan keseluruhan (PNGK) c. kemajuan pelajar dan kadar pengijazahan

Analisis tentang prestasi PNGS dan PNGK setiap pelajar dibincangkan dalam mesyuarat Program. Kemajuan pelajar dan kadar pengijazahan dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pemeriksa Prasiswazah fakulti.

Hasil perbincangan tentang prestasi pelajar digunakan sebagai input bagi penambahbaikan program. Pada dasarnya, parameter yang digunakan ialah PNGS, PNGK dan taburan gred bagi kursus-kursus yang berkaitan.

PNGK pelajar digunakan sebagai syarat untuk menentukan bilangan unit maksimum yang pelajar boleh mendaftar pada semester berikutnya.

Pelajar yang mempunyai PNGK kurang dari 2.5 akan dipantau.

Bagi mempelbagaikan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, para pensyarah menggunakan teknologi pengajaran dan pembelajaran melalui sistem pembelajaran atas talian atau e-learning yang dikenali sebagai i-Folio. Sistem ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat kursus, kandungan kursus, memuat-turun nota tambahan, serta mengikuti diskusi atas talian. Pengumuman berkenaan kursus juga boleh dibuat oleh pensyarah melalui sistem ini. Tenaga pengajar mendapatkan hasil penilaian pelajar dan maklum balas kualitatif pelajar melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb) pada akhir setiap semester bagi setiap kursus yang diajar.

Borang Peringatan Tidak Hadir Kuliah digunakan bagi ketidakhadiran

(11)

pelajar secara kolektif untuk tutoran dan kuliah melebihi 3 kali tanpa sebab yang boleh diterima. Jumlah maksimum penghantaran borang setiap pelajar bagi satu kursus ialah dua kali. Jika kedatangan masih tidak memuaskan, pelajar dilarang dari menduduki peperiksaan akhir.

Pemantauan melalui ISO diadakan bagi membolehkan penilaian prestasi terhadap kursus, kurikulum, peperiksaan, dan prasarana pendidikan.

Penambahbaikan dibuat berdasarkan maklum balas laporan ISO.

Pelajar tahun dua dan tahun akhir mengikuti latihan amali dalaman dan latihan industri luaran. Bagi latihan Amali dalaman, pemantauan dan penilaian dilakukan secara berterusan melalui laporan mingguan individu dan laporan akhir individu. Bagi latihan industri luaran, pemantauan dilakukan melalui penyeliaan oleh pensyarah dan majikan. Penilaian dilakukan menggunakan borang prestasi, buku log, laporan akhir dan laporan majikan.

Pemantauan dari pihak alumni dilakukan melalui jemputan khas mengikut kursus dan program seperti ceramah, taklimat industri dan jamuan tahunan pusat pengajian. Penilaian dibuat melalui borang yang disediakan oleh pusat pengajian.

7.1.9 Huraikan mekanisme yang digunakan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi dalam memantau prestasi siswazah.

Bagaimanakah mekanisme ini membawa kesan kepada proses penyemakan kurikulum?

Mekanisme yang diguna pakai oleh Pemberi Pendidikan Tinggi untuk memantau prestasi siswazah adalah bersepadu dan konsisten kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap proses penyemakan kurikulum.

Sepanjang semester berjalan penilaian untuk setiap pelajar dibuat oleh pensyarah yang mengajar dan dipantau oleh Ketua Program. Di peringkat Fakulti pula pengesahan dan pemantauan penilaian ini dibuat melalui Jawatankuasa Pemeriksa di setiap akhir semester.

Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Program bagi memantau prestasi pelajarnya. Selepas pendaftaran pada Semester Pertama pelajar berada di Program, setiap pelajar akan diberi seorang mentor untuk membantu mereka dalam menyesuaikan diri dari segi persediaan akademik dan sosial di universiti. Data statistik yang dikumpulkan hasil daripada proses pembelajaran pelajar sepanjang semester akan disemak pada akhir semester semasa Mesyuarat Lembaga Pemeriksaan peringkat Fakulti diadakan. Data tersebut akan diberi kepada Ketua Program untuk proses pemantauan di peringkat Pusat melalui proses yang sedia ada seperti melalui sistem mentor-mentee. Di peringkat Fakulti pula, hasil pencapaian akademik semua pelajar akan disenaraikan mengikut pencapaian PNGK masing-masing.

Dari segi pencapaian dalam Hasil Pendidikan Program (OPP) dan Hasil Pembelajaran Program (OP), prestasi pelajar dipantau melalui laporan

(12)

digunakan sebagai syarat untuk menentukan bilangan unit maksimum yang pelajar boleh mendaftar pada semester berikutnya. Pelajar yang mendapat PNGS atau PNGK kurang dari 2.0 akan dipantau. Hasil penilaian semua ukuran prestasi pelajar akan dibawa ke Mesyuarat Pusat Pengajian untuk proses semakan kurikulum dan penambahbaikan program. Laporan menyeluruh akan diberikan dengan menggunakan carta, graf dan statistik untuk melihat taburan pencapaian pelajar setiap tahun. Pelajar yang rendah tahap pencapaiannya akan dipanggil untuk menyertai bengkel- bengkel kecemerlangan.

Di pihak Fakulti pula, beberapa rancangan pemantapan pelajar dilaksanakan berasaskan keperluan semasa. Di antaranya adalah:

i. Meneruskan pelaksanaan pemantauan pelajar di bawah rancangan 5P supaya jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang akan meningkat.

ii. Meneruskan pelaksanaan pemantauan dan pemulihan pelajar lemah.

iii. Menjadikan projek penyelidikan Fakulti sebagai bahan dalam kerja kursus.

7.2 PENGLIBATAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Maklumat Berkenaan Standard Asas

7.2.1 Pihak berkepentingan manakah yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan program? Huraikan bentuk penglibatan pihak berkepentingan ini.

Terdapat pelbagai pihak yang berkepentingan dalam Program Komunikasi Media yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan Program.

Senarai pihak berkepentingan ini adalah seperti di Jadual berikut:

Kaedah Penglibatan Pihak Berkepentingan Pihak berkepentingan Kaedah Penglibatan Bakal majikan graduan Kajian pasaran, latihan ilmiah

Rakan organisasi Mencadangkan kaedah dan teknik yang sesuai dilaksanakan secara praktikal Kakitangan akademik Secara langsung

Kementerian Pendidikan

Tinggi Kawalan kualiti, laporan kepada Kementeriaan

Penaja pelajar Soal selidik

Pelajar Soal selidik, komen lisan

Institusi penyelidikan Penyelidikan dan perundingan Masyarakat umum Soal selidik

(13)

Pentadbir UKM Secara langsung kepada Pusat Pembangunan Akademik

Penglibatan mereka dalam perkembangan program berada dalam tahap yang tinggi terutamanya dalam mendapatkan pengiktirafan, maklum balas kajian pasaran dan prestasi siswazah Fakulti. Mekanisme formal adalah melalui:

i. Soal Selidik Dan Dapatan Kajian ii. Kajian Penilaian Kendiri

iii. Maklum Balas Penilai Luar iv. Maklum Balas Majikan v. Saranan Pembaikan

Mekanisme tidak formal pula adalah melalui:

i. Liputan Media

ii. Temu Bual Tidak Formal

Pelajar juga diminta untuk melakukan penilaian terhadap kursus yang diambil oleh mereka pada setiap semester sebelum mereka dibenarkan untuk mendaftar bagi kursus lain dalam semester berikutnya. Pelajar melakukan penilaian atas talian dan penilaian tersebut meliputi berbagai aspek pengajaran, kandungan kursus dan prasarana. Tenaga pengajar boleh mendapatkan hasil penilaian pelajar dan maklum balas kualitatif melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb) pada akhir setiap semester bagi setiap kursus yang diajar.

Data statistik yang dikumpulkan hasil daripada proses pembelajaran pelajar sepanjang semester akan disemak pada akhir semester semasa Mesyuarat Lembaga Pemeriksaan peringkat fakulti. Di peringkat fakulti pula hasil pencapaian akademik semua pelajar akan disenaraikan mengikut pencapaian PNKG masing-masing. Mereka yang kadar pencapaiannya rendah akan dipanggil untuk menyertai bengkel-bengkel kecemerlangan dan khidmat kaunseling jika perlu.

Secara khusus, pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses pemantauan dan penyemakan program ialah:

i. Pelajar: menilai program secara tidak langsung melalui penilaian kursus dan pengajaran pada setiap semester (melalui laman Sistem Penilaian Pengajaran Kursus).

ii. Majikan dan bakal majikan: Majikan menilai program secara tidak langsung melalui penilaian mereka terhadap prestasi graduan dalam kerjaya. Bakal majikan menilai program melalui maklum balas yang diberi daripada latihan penyelidikan pelajar di organisasi masing-masing.

iii. Kerajaan: menilai program secara umumnya melalui

(14)

iv. Agensi-agensi kerajaan (seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Penerangan Malaysia, PDRM, dan lain-lain) – menilai Program Komunikasi Media melalui penerimaan graduan sebagai kakitangan mereka dan menghantar kakitangan mereka untuk mengikuti program di UKM.

v. Industri dan pihak berkaitan: menilai Program Komunikasi Media dengan penerimaan pelajar sebagai pelatih mereka, graduan sebagai kakitangan mereka dan menghantar kakitangan mereka untuk mengikuti program di UKM.

vi. Masyarakat umum: menterjemahkan penilaian mereka terhadap Program melalui pelbagai cara (antaranya melalui pilihan untuk memasuki Program) dan pengiktirafan diberi kepada program secara khusus daripada MQA.

7.2.2 Jelaskan bagaimana pandangan pihak berkepentingan ini dipertimbangkan.

Pandangan pihak berkepentingan dipertimbangkan melalui beberapa cara. Antaranya, sekiranya komen dan pandangan pihak berkepentingan relevan kepada keperluan penambahbaikan program, maka ia akan dibawa dalam Mesyuarat Pusat Pengajian untuk semakan dan perbincangan. Selepas itu, maklumat tersebut akan dibincang dalam bengkel-bengkel semakan dan penambahbaikan Program untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan.

Maklum balas disalur kepada jawatankuasa bertanggungjawab untuk perkembangan Program. Hasil perbincangan tentang prestasi pelajar digunakan sebagai input bagi penambahbaikan program. Proses merancang dan menilai kursus Program bermula dengan mengambil kira keperluan visi dan misi universiti yang disesuaikan dengan keperluan negara dan tuntutan ilmu. Proses ini melibatkan aktiviti semakan dan penilaian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Semakan Akademik, penilai luar dan penasihat. Di samping itu, pandangan dan input daripada majikan, pelajar, alumni dan ibu bapa pelajar juga diambil kira.

Hubungan yang wujud antara FSSK dengan pihak berkepentingan adalah selaras dengan misi dan objektif Pusat Pengajian, Fakulti dan Universiti dari segi perancangan dan pelaksanaan program pendidikan, penyediaan sumber, kemudahan pengajaran dan kakitangan. Beberapa kerjasama secara langsung telah diwujudkan bagi memberi peluang kakitangan menjalankan penyelidikan, meningkatkan aktiviti profesionalisme, dan melaksanakan urusan pengajaran yang relevan. Pentadbir FSSK bertanggungjawab secara langsung dalam memantau hubungan dengan semua pihak berkepentingan di Pusat Pengajian, Fakulti dan Universiti bagi memastikan semua tindakan adalah selaras dengan keperluan semasa negara.

Kajian jaminan kualiti kepada pihak berkepentingan (pelajar, ibubapa dan majikan) juga dilakukan untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap rekabentuk kurikulum, kandungan kurikulum, etika dan

(15)

kemanusiaan, pengurusan program, hubungan luar dengan pihak berkepentingan, kaedah penilaian dan, hubungkait penilaian dan pembelajaran. Secara keseluruhan, pihak berkepentingan memberi persetujuan yang amat baik terhadap program-program yang ditawarkan oleh Fakulti.

Berdasarkan persepsi dan pandangan yang diberikan oleh pihak berkepentingan luar, Program akan bertindak untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dengan mengadakan mesyuarat dan bengkel bagi memantapkan lagi kurikulum yang ada.

Bengkel dan mesyuarat yang telah diadakan oleh Program, Pusat Pengajian dan Fakulti untuk mempertimbangkan pandangan pihak berkepentingan luar telah pun dijelaskan sebelum ini.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

7.2.3 Jelaskan bagaimana jabatan menyampaikan hasil penilaian program kepada pihak berkepentingan dan bagaimana pandangan mereka terhadap laporan berkenaan dipertimbangkan untuk pembangunan masa depan program.

Pada setiap sesi akademik, hasil penilaian Program seperti maklumat prestasi pelajar akan disampaikan kepada pihak berkepentingan. Ini dilakukan menerusi pertemuan semasa lawatan badan–badan NGO dan ahli politik ke Program, mesyuarat dengan penilai Program dari dalam mahupun luar negara, dan menerusi pertemuan dengan majikan dan bakal majikan.

Maklum balas yang diberikan oleh pihak berkepentingan daripada sesi perbincangan tersebut akan dipertimbangkan untuk tindakan selanjutnya oleh Pusat Pengajian, Fakulti dan universiti.

Pandangan pihak berkepentingan dipertimbangkan untuk pembangunan masa depan Program apabila pandangan tersebut boleh membantu: (i) Program untuk terus kekal mendapat pengiktirafan di dalam dan di luar negara, (ii) menjadikan graduan UKM berdaya saing di peringkat kebangsaan dan global, (iii) memastikan bakal graduan mencapai ciri kritikal yang perlu ada pada seorang siswazah, (iv) membaiki aspek teknikal Program seperti kandungan kursus, dan (v) meningkatkan kepakaran intelektual ahli Program seperti berinovasi, kreatif, mampu berkomunikasi dengan efektif, semangat kerja berkumpulan, dan berkepimpinan.

7.2.4 Jelaskan bagaimana maklum balas yang diperoleh daripada pihak berkepentingan diterima pakai dalam penyemakan program.

(16)

majikan dan bekas pelajar diterima pakai dalam penyemakan Program dengan cara berikut:

i. menggubal rangka kursus baru untuk dimasukkan dalam senarai kursus Program.

ii. menambahbaik kandungan kursus sedia ada.

iii. menambahbaik kaedah pengajaran dengan mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar (student centered learning).

iv. menyediakan peluang lebih luas untuk mobiliti pelajar – seperti peluang membuat latihan di luar negara atau pertukaran pelajar.

7.2.5 Bagaimanakah badan-badan dan persatuan-persatuan profesional dilibatkan dalam pemantauan dan penyemakan program?

Program Komunikasi Media tidak melibatkan badan-badan dan persatuan- persatuan profesional dalam pemantauan dan penyemakan Program. Ini kerana lulusan Komunikasi Media tidaklah perlu berdaftar dengan mana- mana badan profesional yang ada di negara seperti Bar Council dan MMA.

Jika ada pun badan luar yang banyak berhubung dengan Program, ia adalah agensi-agensi kerajaan, parti-parti politik atau NGO. Ini kerana badan-badan ini mahu mendapatkan kepakaran Program bagi menjadi perunding, penasihat media, penulis modul dan penceramah tentang isu- isu komunikasi dan pentadbiran semasa kepada kakitangan mereka.

Referensi

Dokumen terkait

Antara perkara yang disentuh di dalam bab ini adalah maklum balas dari edaran soal selidik dan latar belakang responden, analisis tahap kemajuan dan keberkesanan pelaksanaan

Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat dan borang maklum balas dalam tempoh 7 hari kepada semua ahli mesyuarat.. Menyedia dan mengumpulkan maklum balas

Antara jenis maklum balas yang paling biasa digunakan ialah maklum balas positif dan negatif, maklum balas jenis menilai dan tanpa penilaian ,maklum balas lisan dan tidak lisan.

Setelah mengikuti modul, guru-guru diedarkan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian dan kerelevanan modul-modul yang dibangunkan serta persepsi guru

Kajian Kajian ini mengadaptasi borang soal selidik Schwartz dan Drager (2008) untuk mengkaji latihan ini mengadaptasi borang soal selidik Schwartz dan Drager (2008)

Dalam penyelidikan ini, soal selidik berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran konvensional (tanpa aplikasi mobil) dan kaedah pengajaran selepas

Soal selidik tersebut akan diedarkan kepada 700 responden iaitu pelajar baru yang mendaftar pada sesi jun 2017.Borang soal selidik kajian ini mengandungi 4 konstruk iaitu bahagian A

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diubahsuai berdasarkan soal selidik Zhang 2012 yang berkaitan dengan tinjauan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pengajaran TPR