• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN DI ANTARA FAKTOR SITUASI PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DENGAN TAHAP PERHUBUNGAN

PERKAHWINAN : SATU KAJIAN DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT DAERAH DAN KONTINJEN KUCHING.

Nurul Iza Binti Zakaria

Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian 2006

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

(2)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : Hubungan Di Antara Faktor Situasi Pengurusan Kewangan Keluarga Dengan Tahap Perhubungan Perkahwinan : Satu Kajian Di Kalangan Anggota Polis Di Ibu Pejabat Daerah Dan Kontingen Kuching.

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2007

saya NURUL IZA BINTI ZAKARIA

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. ** sila tandakan (  )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

___________________________ ______________________________

(NURUL IZA BINTI ZAKARIA) (PUAN FATAHYAH YAHYA)

Alamat Tetap:

Kampung Pamah Kulat Ulu Dong 2760, Raub Pahang Darul Makmur

Tarikh : ______________________ Tarikh: _____________________________

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(3)

i

HUBUNGAN DI ANTARA FAKTOR SITUASI PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DENGAN TAHAP PERHUBUNGAN PERKAHWINAN : SATU KAJIAN DI KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT DAERAH DAN KONTINJEN KUCHING.

NURUL IZA BINTI ZAKARIA

Projek ini merupakan satu keperluan untuk Program Kaunseling

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

(4)

Projek bertajuk “Hubungan Di Antara Situasi Pengurusan Kewangan Keluarga Dengan Tahap Perhubungan Perkahwinan : Satu kajian Di Kalangan Anggota Polis Di Ibu Pejabat Daerah Dan Kontinjen Kuching. Kajian ini telah disediakan oleh Nurul Iza Binti Zakaria dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

Diterima untuk diperiksa oleh

...

Puan Fatahyah Binti Yahya

Tarikh:

...

(5)

iii

PENGHARGAAN ميح رل ا نمحرل ا لله ا مسب رب و لله ا ةمح ر و مكيلع م لاسل ا ﺎﮐ

هت

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi dengan izinnya dan redha-Nya saya dapat menyiapkan projek tahun akhir ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Cabaran dan ujian yang datang mematangkan serta menguatkan saya dari aspek fizikal dan mental.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Fatahyah Yahya iaitu penyelia bagi projek tahun akhir saya kerana telah memberi tunjuk ajar, nasihat serta sokongan sehingga saya dapat menyiapkan projek ini. Ucapan pengahargaan ini juga ditujukan untuk Cik Nur Fatihah Binti Md Yusoff di atas tunjuk ajarnya, semua pensyarah kaunseling yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam projek tahun akhir ini.

Selain itu juga, sekalung penghargaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching kerana telah membenarkan saya untuk menjalankan kajian di organisasi mereka.Kerjasama dan komitmen yang baik diperolehi daripada pihak polis membantu serta memudahkan proses pengumpulan data.

Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada orang yang paling penting dalam hidup saya iaitu ayahanda dan bonda yang tidak jemu-jemu memberi dorongan serta semangat dan bantuan dari segi kewangan bagi menyudahkan projek ini dan tidak lupa juga buat abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan anak saudara yang di sayangi. Sesungguhnya kehadiran kalian semua amat bermakna, memberi cahaya dan menyinari hidup ini ketika diuji dengan pelbagai ujian Allah s.w.t.

Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Jasa dan budi kalian akan di kenang untuk selamanya.Semoga kalian semua sentiansa diberkati dan dilindungi oleh Allah s.w.t.Segala kelebihan dan kekuatan yang ada di dalam projek ini datangnya daripada Allah s.w.t.Manakala segala kekurangan serta kelemahan datangnya daripada diri saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih

(6)

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan iii

Jadual Kandungan iv

Senarai Jadual vii

Senarai Rajah x

Abstrak xiv

Abstract iv

1. BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Kerangka Konseptual 8

1.5 Hipotesis Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Definisi Istilah 11

1.8 Limitasi Kajian 14

1.9 Kesimpulan 15

2. BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 16

2.1 Sorotan Literatur 17

2.2 Pendekatan Teori 2.2.1 Teori Maslow…… 28

2.2.2 Teori Hoppock 32

2.3 Kesimpulan 34

3. BAB 3 REKA BENTUK KAJIAN 3.0 Pengenalan 35

3.1 Reka Bentuk kajian 35

3.2 Alat kajian 3.2.1 Bahagian A : Demografi Responden 36

3.2.2 Bahagian B : Situasi pengurusan kewangan keluarga 36

3.2.3 Bahagian C :Tahap Perhubungan Perkahwinan 37

3.3 Kebolehpercayaan Instrumen 38

3.3.1 Family Assessment Measure Version 111 (Dyadic Relationship Scale) 38

3.32 Family Economic Strain Scale 39

3.3 Prosedur Kajian 40

3.3.1 Lokasi kajian 40

3.3.2 Populasi Kajian 40

3.3.3 Persampelan 41

3.4 Responden Kajian 42

(7)

v

3.5 Teknik pengumpulan data 42

3.6 Teknik Penganalisaan Data 43

3.8 Rumusan penganalisaan data 45

3.9 Kesimpulan 48

4. BAB 4 PENGANALISAAN DATA DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 49

4.1 Taburan Demografi Responden 50

4.1.1 Jantina 50

4.1.2 Umur 51

4.1.3 Etnik 52

4.1.4 Bilangan Anak 53

4.1.5 Tempoh Perkahwinan 54

4.1.6 Pendapatan 55

4.1.7 Tempoh Perkhidmatan 56

4.1.8 Latar Belakang Pendidikan 57

4.1.9 Latar Belakang Kerja Pasangan 58

4.1.10 Perbandingan taburan antara faktor jantina dengan faktor situasi pengurusan kewangan keluarga. 58

4.2 Dapatan Hipotesis 59

4.2.1 Hubungan antara faktor situasipengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuching. 59

4.2.2 Hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu umur dengan tahap perhubungan perkahwinan. 61

4.2.3 Hubungan antara faktor pendapatan dengan tahap perhubungan perkahwinan. 63

4.2.4 Hubungan antara faktor bilangan anak dengan tahap perhubungan perkahwinan. 65

4.2.5 Hubungan antara faktor tempoh perkahwinan dengan tahap perhubungan perkahwinan. 67

4.2.6 Hubungan antara faktor tempoh perkhidmatan dengan tahap perhubungan perkahwinan 68

4.2.7 Rumusan keputusan ujian korelasi Pearson ’r’bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi terpilih (umur, pendapatan, bilangan anak, tempoh perkahwinan & tempoh perkhidmatan) dengan tahap perhubungan perkahwinan. 70

4.2.8 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian tugasan. 72

4.2.9 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan. 74

4.2.10 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan komunikasi. 76

4.2.11 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan ekspresi berkesan. 78

4.2.12 Hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan penglibatan. 80

(8)

4.2.13 Hubungan antara faktor situasi pengurusan

kewangan keluarga dengan kawalan. 81 4.2.14 Hubungan antara faktor situasi pengurusan

kewangan keluarga dengan norma dan nilai. 83 4.2.15 Rumusan keputusan ujian korelasi Spearmen ’rho’

bagi mengkaji hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan( pencapaian tugasan, pencapaian peranan,komunikasi, ekpresi berkesan, penglibatan, kawalan dan norma dan nilai ) 85

4.3 Kesimpulan 88

5. BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 89

5.1 Rumusan kajian 91

5.2 Cadangan

5.2.1 Anggota Polis 94

5.2.2 Bidang Kaunseling 96

5.2.3 Pengkaji akan datang 98

5.3 Kesimpulan 100

BIBLIOGRAFI 101

LAMPIRAN

(9)

vii

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1

Skala Likert lima skor 37 Jadual 3.2

Skala Likert empat skor 38

Jadual 3.3

Ramalan Skor Bagi Dyadic Relationship Scale 39 Jadual 3.4

Tafsiran Pekali Korelasi Pearson’s 45 Jadual 3.5

RumusanPenganalisaan Data 45 Jadual 4.1

Taburan responden mengikut jantina 50

Jadual 4.2

Taburan responden mengikut umur 51 Jadual 4.3

Taburan responden mengikut etnik 52 Jadual 4.4

Taburan responden mengikut bilangan anak 53

Jadual 4.5

Taburan responden mengikut tempoh perkahwinan 54 Jadual 4.6

Taburan responden mengikut pendapatan 55

Jadual 4.7

Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 56 Jadual 4.8

Taburan responden mengikut latar belakang pendidikan 57 Jadual 4.9

Taburan responden mengikut latar belakang kerja pasangan 58 Jadual 4.10

Taburan antara faktor jantina dengan faktor pengurusan

kewangan keluarga 58

(10)

Jadual 4.11

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan antara pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis

di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontingen Kuching. 60 Jadual 4.12

Keputusan ujian korelasi Pearson “r” bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi umur terpilih dengan tahap perhubungan

perkahwinan. 62

Jadual 4.13

Keputusan ujian korelasi Pearson “r” bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi pendapatan terpilih dengan tahap perhubungan

perkahwinan. 63

Jadual 4.14

Keputusan ujian korelasi Pearson “r” bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi bilangan anak terpilih dengan tahap perhubungan

perkahwinan. 65

Jadual 4.15

Keputusan ujian korelasi Pearson “r” bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi tempoh perkahwinan terpilih dengan tahap

perhubungan perkahwinan. 67

Jadual 4.16

Keputusan ujian korelasi Pearson “r” bagi mengkaji hubungan antara faktor demografi tempoh perkhidmatan terpilih dengan

tahap perhubungan perkahwinan. 69

Jadual 4.17

Rumusan keputusan ujian korelasi Pearson “r” bagi mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih (umur, pendapatan, bilangan anak, tempoh perkahwinan & tempoh perkhidmatan) dengan tahap

perhubungan perkahwinan. 70

Jadual 4.18

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian

tugasan. 73

Jadual 4.19

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan. 74 Jadual 4.20

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan

antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan komunikasi. 76

(11)

ix Jadual 4.21

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan ekpresi

berkesan. 78

Jadual 4.22

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan

antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan penglibatan. 80 Jadual 4.23

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan

antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan kawalan. 82 Jadual 4.24

Keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan

antara faktor pengurusan kewangan keluarga dengan norma dan nilai. 84 Jadual 4.25

Rumusan keputusan ujian korelasi Spearmen “rho” bagi mengkaji hubungan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan (pencapaian tugasan, pencapaian peranan, komunikasi, ekpresi berkesan, penglibatan,

kawalan dan norma & nilai) 85

(12)

SENARAI RAJAH

Rajah 1

Kerangka Konsepsual Kajian 8

Rajah 2

Hierarki Keperluan Maslow 28

(13)

xi ABSTRAK

Hubungan Di Antara Situasi Pengurusan Kewangan Keluarga Dengan Tahap Perhubungan Perkahwinan: Satu Kajian Kes Di Kalangan Anggota Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching.

Nurul Iza Binti Zakaria

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan dikalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching. Melalui kajian ini juga dapat melihat perkaitan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan, perkaitan antara faktor demografi terpilih iaitu umur, pendapatan, bilangan anak, tempoh perkahwinan dan tempoh perkhidmatan dengan tahap perhubungan perkahwinan, perkaitan antara faktor situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan, pencapaian tugasan, komunikasi, ekpresi berkesan, penglibatan, kawalan serta norma dan nilai. Kajian ini melibatkan 55 orang anggota polis iaitu 31 orang responden lelaki dan 24 orang responden perempuan. Kaedah penganalisaan data yang digunakan ialah kaedah taburan deskriptif untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi faktor demografi.

Manakala pekali korelasi Pearson dan Spearmen telah digunakan untuk menguji hipotesis yang telah dibentuk. Hasil analisis korelasi menunjukkan faktor situasi pengurusan kewangan keluarga tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap perhubungan perkahwinan. Hanya faktor demografi terpilih iaitu bilangan anak sahaja yang mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap perhubungan perkahwinan. Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan kepada anggota polis, bidang kaunseling dan pengkaji pada masa akan datang untuk perhatian. Di samping itu, cadangan kepada penkaji akan datang agar dapat memperluaskan sampel, memfokuskan perkaitan daripada sudut faktor-faktor lain yang berkaitan dengan isu ini.

(14)

Abstract

The relation between Situation of Family Financial Management and Level of marital Relationship: Interest Study at Police Officers in the Police Distinct

Headquarters and Contingent Police Headquarters in Kuching Nurul Iza binti Zakaria

The purpose of this research is to study the relation between family financial management situation and marital relationship level among police officers in the Distinct Headquarters and Contingent Police Headquarters in Kuching. This study find out the relation between family financial management situation factors with marital relationship level, relation between selected demographic factors such as age, income, number of children, marital duration, service duration with marital relationship level, relation between factor of family financial management situation with role achievement, task achievement, communication, effective expression, involvement, control as well as norm and values. This study included 55 police members, 31 were men respondent and 24 were women respondent. A descriptive statistic method was used to get the frequency and percentage for the demographic factors while the Pearson and Spearman correlation was used to test the hypothesis of this research. The result of the correlation analysis showed that factors of family financial management situation did not have significant relation with marital relationship level. Only selected demographic factors that is number of children, showed a significant relation with marital relationship level. The researcher recommended some suggestion to police officers, counseling professionals and future researchers for their future attention. Besides that, the suggestion to future researchers is to get more samples and to focus on other factors that might be related to this issue.

(15)

1 BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan secara khusus mengenai kajian ini termasuklah latar belakang, penyataan masalah, objektif, kerangka konseptual, hipotesis, kepentingan, definisi dan limitasi kajian.

(16)

1.1 Latar Belakang Kajian

Peningkatan ekonomi negara akhir-akhir ini amat memberansangkan selaras dengan itu keadaan sosial ekonomi masyarakat turut meningkat. Ekoran daripada itu, bagi individu yang sudah mempunyai keluarga memerlukan tahap kewangan yang kukuh atau stabil untuk memenuhi keperluan isi rumah mereka. Mereka mengalami perubahan komitmen selain daripada komitmen dengan kerjaya berbanding semasa masih belum berkeluarga. Faktor kewangan yang stabil bergantung kepada pencapaian kerjaya seseorang individu tersebut. Pengurusan kewangan keluarga juga merupakan satu elemen penting untuk mencapai kepuasan dalam perkahwinan. Ramai orang berpendapat ‘wang’ merupakan satu ‘perantara’

(mean) untuk memperoleh keselesaan dan keselamatan hidup, kebahagian dan kesejahteraan dan juga untuk memperoleh makanan dan tempat perlindungan dalam menjalani kehidupan (Barjoyai & Mohd. Fairuz, 1996).

Jelaslah di sini bahawa kedudukan kewangan yang stabil mempengaruhi kepuasan perhubungan sesebuah perkahwinan. Keluarga yang berkualiti akan diperolehi apabila isi rumah mencapai kepuasan yang tinggi terhadap apa yang dimiliki daripada keluarga mereka. Oleh itu sesebuah keluarga itu seharusnya bijak merancang sumber kewangan agar keluarganya tidak menghadapi sebarang masalah. Keluarga yang menghadapi masalah kewangan ialah apabila tidak tahu ke mana wang dibelanjakan, tidak pasti berapa banyak hutang, bil-bil tertunggak,

(17)

3

mengambil pinjaman baru tuntuk membayar hutang lama serta menggunakan simpanan untuk keperluan harian serta tidak berpeluang langsung untuk menyimpan. Semua petunjuk yang telah disenaraikan bukanlah sesuatu yang asing bagi keluarga dan ia bukan bermakna keluarga yang berhadapan dengan situasi ini mempunyai pendapatan rendah tetapi ianya menunjukkan kewangan keluarga tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Di samping itu, situasi pengurusan kewangan yang baik juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau situasi yang tidak diduga selain membentuk displin diri dan sikap tanggungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

1.2 Penyataan masalah

Setiap manusia mempunyai kemahuan, keinginan atau naluri yang tertentu.

Umpamanya setiap manusia berhajat kepada perkahwinan kerana sesebuah perkahwinan bukan sahaja akan melanjutkan keturunan dan membentuk sebuah rumah tangga, bahkan juga akan dapat memberikan ketenangan dan kematangan fikiran, memberikan pengalaman, kedamaian jiwa dan perasaan hati dan tempat bermesra, di samping boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara dua keluarga, melahirkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan seterusnya menyuburkan semangat untuk terus menghadapi cabaran-cabaran hidup. Allah

(18)

Subhanahu Wataala berfirman di dalam surah Arr-Ruum ayat 21 bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum Lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan- Nya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Menurut Islam, perkahwinan merupakan sunnah. ibadah dan perjalanan baginda Rasulullah S.A.W.

melalui perkahwinan, akan dapat mengelakkan dari keruntuhan akhlak, menjaga diri dari tercebur ke lembah kehinaan dan dosa dengan itu akan memelihara iman, akhlak dan islamnya serta dapat menyempurnakan tuntutan agama.

Dalam setiap budaya, perkahwinan merupakan perkara asas atau satu kemestian bagi melahirkan generasi pewaris. Dengan kata lain, samada seseorang individu itu yahudi mahupun nasrani mereka digalakkan untuk berkahwin. Apabila seseorang itu telah berkahwin berlakulah penyesuaian terhadap kehidupan berkeluarga yang mana banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk mendapat kepuasan dalam sesebuah perkahwinan. Seseorang yang hendak mendirikan rumah tangga atau berkahwin perlulah mempunyai kemampuan yang sempurna, umpamanya sanggup mengeluarkan perbelanjaan, berupaya menangung nafkah isteri dan anak-anak. Maka jika perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan

(19)

5

dengan sempurna, pastilah kehidupan rumah tangga akan terjamin seterusnya akan berdaya menjalani arus kebahagiaan, aman damai dan hidup berkekalan.

Kajian menunjukkan 50% daripada 15,000 pasangan yang berkahwin tidak memperolehi kegembiraan daripada perkahwinan mereka kecuali pasangan yang mendapat terapi yang bagus (Olson.d, Universiti Minnesota). Kajian ini dipersetujui oleh (Strean, 1985); 30% perkahwinan ialah “empty shells” iaitu kurang kasih sayang, kurang komunikasi antara pasangan dan kurang kegembiraan atau kebahagian.

Merujuk kepada laporan National Vital Statistik mengenai kelahiran, perkahwinan, penceraian dan kematian data sementara pada tahun 1998 menunjukkan secara keseluruhan nya terdapat 90,000 penceraian berlaku dalam setiap bulan di Amerika Syarikat dan angka ini menunjukkan beberapa tanda perubahan.. Oleh itu kajian ini akan mengkaji tentang situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis di Kuching, Sarawak.

(20)

1.3: Objektif Kajian

Terdapat 2 jenis objektif kajian iaitu objektif umum dan objektif khusus.

Objektif umum :

1) Mengkaji hubungan di antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching.

Objketif khusus :

1) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu umur dengan tahap perhubungan perkahwinan.

2) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu pendapatan dengan tahap perhubungan perkahwinan.

3) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu bilangan anak dengan tahap perhubungan perkahwinan.

4) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkahwinan dengan tahap perhubungan perkahwinan.

5) Mengenalpasti hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkhidmatan dengan tahap perhubungan perkahwinan.

6) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian tugasan.

(21)

7

7) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan.

8) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan komunikasi.

9) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan ekpresi berkesan.

10) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan penglibatan.

11) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan kawalan.

12) Mengenalpasti hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan norma dan nilai.

(22)

1.4 Kerangka Konseptual

Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar

Rajah 1 : Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual ini dibentuk bagi mengenalpasti faktor pengurusan kewangan keluarga dalam tahap perhubungan perkahwinan di kalangan anggota polis, Ibu pejabat polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuching Sarawak.

Dalam kerangka konseptual ini dinyatakan faktor demografi terpilih, iaitu umur, pendapatan, bilangan anak, tempoh perkahwinan dan tempoh perkhidmatan.

Faktor Demografi

 Umur

 Pendapatan

 Bilangan anak

 Tempoh perkhidmatan

 Tempoh perkahwinan

Situasi Pengurusan Kewangan Keluarga

Tahap

Perhubungan Perkahwinan

 Pencapaian tugasan

 Pencapaian peranan

 Komunikasi

 Ekspresi berkesan

 Penglibatan

 Kawalan

 Norma & nilai

(23)

9 1.5 Hipotesis kajian

Melalui objektif kajian beberapa hipotesis kajian dapat dibentuk. Terdapat sepuluh hipotesis kajian yang dapat dikenal pasti iaitu:

Ho 1: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubugan perkahwinan di kalangan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching.

Ho 2: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu umur dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 3: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu pendapatan tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 4: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu bilangan anak dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 5: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkahwinan dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 6: Tiada hubungan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkhidmatan dengan tahap perhubungan perkahwinan.

Ho 7: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian tugasan.

Ho 8: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan pencapaian peranan.

(24)

Ho 9: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan komunikasi.

Ho 10: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan ekspresi berkesan .

Ho 11: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan penglibatan.

Ho 12: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan kawalan

Ho 13: Tiada hubungan antara situasi pengurusan kewangan keluarga dengan norma dan nilai.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberi banyak implikasi kepada beberapa aspek iaitu kepada pengkaji, anggota polis itu sendiri dan bidang kaunseling.

Implikasi kepada pengkaji ialah melalui kajian ini pengkaji dapat memperolehi maklumat baru berkaitan dengan situasi pengurusan kewangan keluarga dengan tahap perhubungan perkahwinan. Kajian ini juga dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada para pengkaji lain bagi menjalankan kajian pada masa-masa akan datang terutama sekali berkaitan dengan bidang kekeluargaan.

Gambar

Rajah 1 : Kerangka Konseptual

Referensi

Dokumen terkait

Apakah terdapat hubungkait antara faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat

Projek bertajuk 'Perkaitan Antara Tema MinaI Kerjaya dengan Penyesuaian Kerjaya Pekerja di Dalam Bidang Perh otelan, Satu Tinjauan Oi Hotel Merdeka Palace Sarawak' telah

Masalah peribadi yang dikaji ialah masalah kesihatan, kewangan, keluarga, kerohanian dan tekanan manakala masalah pekerjaan ialah masalah kerja, kerjaya, hubungan interpersonal

Projek bertajuk 'Hubungan Antara Faktor Pertautan Dan Faktor Penentangan Dengan Persepsi Klien Terhadap Kaunselor' telah disediakan oleh Najidah bind Yahaya dan telah

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji peranan keadilan prosedur yang bertindak sebagai mediator dalam perhubungan antara amalan penilaian prestasi dan kepuasan

Manakala faktor masalah organisasi yang terpilih ialah persekitaran kerja hubungan di dalam organisasi dan sistem ganjaran gaji, pampasan dan faedah 1.6 Kepentingan Kajian Kajian

viii Rajah 17 Kesan Pusing Ganti Kerja kepada Organisasi 90 Rajah 18 Hubungan antara perancangan pusing ganti kerja dengan faktor 91 individu, persekitaran fizikal tempat kerja

Justeru itu, berdasarkan kepada faktor-faktor tekanan kerja yang telah dinyatakan tadi, maka di dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji lima faktor tekanan yang mempengaruhi prestasi