• Tidak ada hasil yang ditemukan

jabatan pengairan dan saliran malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "jabatan pengairan dan saliran malaysia"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN PERTANIAN

(Ministry of Agriculture)

JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA

http://agrolink.moa.my/did Telefon: 03-26175000/26175661 Faks: 03-2694 8169 Email: [email protected]

Ruj. Tuan :

Semua Pengarah Bahagian

(Your Ref.)

Semua Pengarah JPS Negeri

Ruj. Kami : (Our Ref.)

Semua Jurutera Projek

Tarikh :

( 27 ) dlm. PPS10/4/2 BUB Jld. 4 7 Februari 2003

Tuan,

SURAT EDARAN JPS

- PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

--- Dengan hormatnya perkara di atas dan Surat Pekeliling JPT.CUB.Bil 1/1990 bertarikh 14 November 1990 berkenaan ‘Perakuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor’adalah dirujuk.

2. Surat Pekeliling tersebut telah menggariskan tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila Kontraktor melakukan beberapa kemungkiran terhadap kontrak.

Mengikut amalan biasa, apabila terdapat kemungkiran terhadap kontrak Wakil Pegawai Penguasa/ Pegawai Penguasa (PP) akan mengeluarkan Surat Amaran. Surat Amaran boleh dikeluarkan sekurang-kurangnya dua kali dengan tempoh 14 hari pada setiap satu amaran (format Surat Amaran boleh menggunakan format seperti di Lampiran I).

Sekiranya kemungkiran masih diulangi selepas surat-surat amaran dikeluarkan, Pegawai Penguasa akan membuat laporan dan cadangan kepada Pegawai Yang Diberi Kuasa (PYDK) untuk menamatkan pengambilan kerja Kontraktor tersebut.

3. Sekiranya PYDK berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan tersebut, menurut peraturan yang ditetapkan, beliau akan mengarahkan PP untuk mengeluarkan “NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN KONTRAKTOR” bagi tempoh lanjutan 14 hari lagi.

Kegagalan Kontraktor untuk mengambil tindakan dalam tempoh yang diberikan itu akan mengakibatkan PYDK mengeluarkan “NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR”.

1/6

(2)

4. Semua amalan dan peraturan di atas hendaklah diteruskan dengan sedikit pindaan kepada tajuk-tajuk notis bagi mencerminkan maksud sebenar notis-notis tersebut. Tajuk- tajuk notis adalah dengan ini dipinda selaras dengan Syarat-syarat Kontrak seperti berikut:

(i) “NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN KONTRAKTOR”

dipinda kepada:

“NOTIS KEMUNGKIRAN KONTRAKTOR”

(sila rujuk format Notis seperti di Lampiran 1)

(ii) “NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR”

dipinda kepada:

“PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR”

(sila rujuk format Notis seperti di Lampiran II)

5. Sehubungan itu, format Notis sebagaimana lampiran yang disertakan hendaklah digunakan.

6. Sila buat pindaan/pembatalan kepada Surat Pekeliling JPT.CUB.Bil 1/1990 untuk perkara-perkara berikut:-

i) Sila pinda tajuk-tajuk Notis di para 1.02, para 2.2 (d) dan para 2.2 (f) untuk mengikut format seperti yang dinyatakan di para 4 Surat Edaran ini.

ii) Sila batalkan keseluruhan para 2.1 (a) dan gantikan dengan:-

“(a) Gagal mengemukakan Polisi-polisi Insurans”.

iii) Sila batalkan keseluruhan “Appendix 1’dan ‘Appendix II’.

Sekian,terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘TRANSFORMASI PERTANIAN MELALUI TEKNOLOGI’

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ IR. HJ. KEIZRUL BIN ABDULLAH) Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.

s.k.: Timbalan Ketua Pengarah I

Jurukur Bahan/Pembantu Teknik Ukur Bahan Negeri & Projek Juruukur Bahan Ibu Pejabat

HA/circulars/penamatan

2/6

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

(3)

Lampiran I KERAJAAN ………

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

AMARAN NO. ... / NOTIS KEMUNGKIRAN KONTRAKTOR

Rujukan ……… Pejabat ….……….………....

....………..

……….…….

………..

Tarikh ... ………..

Kepada ……….

………..

………..

………...

(Kontraktor)

Berdaftar dengan PKK dalam Kelas “………”

Kontrak Untuk ………...…………..

………...…

Kontrak No. ………. Harga Kontrak: RM ………...

Tarikh Milik Tapak Bina:………. Tarikh Siap Kerja ………

Adalah didapati bahawa tuan telah

*(i) tanpa sebab yang munasabah menggantung perjalanan Kerja

*(ii) gagal meneruskan Kerja dengan mengikut aturan dan tekunnya.

*(iii) gagal melaksanakan Kerja mengikut Kontrak atau berulangkali cuai menunaikan obligasi tuan dibawah kontrak.

*(iv)

mungkir atau berulangkali cuai mematuhi notis bertulis daripada P.P. untuk menukar dan mengganti apa-apa *kerja yang cacat/bahan/barang-barang yang tidak sesuai.

*(v) tidak mematuhi peruntukan-peruntukan Fasal 27(a) dan (d) Syarat-syarat Kontrak mengenai sub-sewa dan penyerahanhak faedah.

#*(vi) ………..

2. Dengan ini *Surat Amaran/Notis adalah diberikan bahawa sekiranya tuan masih meneruskan kemungkiran tuan selama 14 hari selepas penerimaan *Surat Amaran/Notis ini atau pada bila-bila masa selepas ini mengulangi kemungkiran tersebut, pengambilan kerja tuan di bawah kontrak ini akan ditamatkan sejajar dengan Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak. Tuan adalah diingatkan iaitu sekiranya pengambilan kerja tuan ditamatkan kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51(c) Syarat-syarat Kontrak dan segala perbelanjaan berlebihan yang terlibat hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh tuan.

………..…..

Pegawai Penguasa

* potong yang tidak berkenaan.

# perkara-perkara lain yang berkaitan

3/6

(4)

s.k. - Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ibu Pejabat J.P.S.,

Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur.

# - Pengarah,

Bahagian __________________, Ibu Pejabat JPS

# - Pengarah Ukur Bahan, Ibu Pejabat JPS

+ - Pengarah Pengairan dan Saliran, } Sila beritahu Pejabat ini samada Negeri ____________________ } Kontraktor mematuhi kehendak

} perenggan dua (2) di atas dalam + - Jurutera Projek } tempoh 14 hari dari tarikh tuan

Negeri ___________________ } menerima surat ini.

- Pusat Khidmat Kontraktor.

Negeri ____________________

- Pengurus,

Bank/Syarikat Kewangan Berlesen/Syarikat Insurans________________

(Jaminan No. : _________________________ ada kaitan).

Catatan:

# Bagi projek-projek bernilai RM 1.0 Juta ke bawah, sila batalkan.

+ Batalkan yang mana tidak berkenaan

4/6

(5)

Lampiran II KERAJAAN ………

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Rujukan ……… Pejabat ..………….………...

.……….…...….

…………..………

Tarikh ...………

Kepada ……….

………..

………..

(Kontraktor)

Berdaftar dengan PKK dalam Kelas “………”

Kontrak Untuk ………...………..

………...………...….

Kontrak No. ………. Harga Kontrak: RM ...……...…………...….

Tarikh Milik Tapak Bina:………. Tarikh Siap Kerja : ..………...………...

Adalah didapati bahawa

* tuan masih #meneruskan/mengulangi kemungkiran dalam menunaikan obligasi tuan di bawah kontrak sebagaimana surat kami ... bertarikh ...…..

* gagal memulakan kerja dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh milik tapak.

** ...

Maka sejajar dengan Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak, pengambilan kerja tuan adalah dengan ini DITAMATKAN.

2. Tuan hendaklah dengan serta-merta memberhentikan semua pekerjaan di tempat kerja, memindahkan kakitangan dan pekerja dari Tapk Bina dan menyerahkan pemilikan Tapak Bina itu dengan meninggalkan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-barang dan bahan takpasang di Tapak Bina.

3. Kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51(c) Syarat-syarat Kontrak dan tuan adalah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul akibat dari penamatan pengambilan kerja tuan.

………..…..

Pegawai Yang Dinamakan Dalam Kontrak

* / # potong yang tidak berkenaan.

** jika kontraktor terlibat dengan Fasal 51(b)(ii)-(v) isikan sewajarnya

5/6

(6)

s.k. - Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ibu Pejabat J.P.S.,

Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur.

# - Pengarah,

Bahagian __________________, Ibu Pejabat JPS

# - Pengarah Ukur Bahan, Ibu Pejabat JPS

+ - Pengarah Pengairan dan Saliran } Sila ambil tindakan dengan segera untuk

Negeri ___________________ } mempelawa tender semula } ATAU

} Sila ambil tindakan untuk

mendapatkan

+ - Jurutera Projek ____________ } wang cagaran daripada penggerenti Bank/

Negeri ____________________ } Syarikat Kewangan Berlesen/Insurans

} ATAU

} Sila ambil tindakan untuk menuntut balik

} segala perbelanjaan tambahan daripada

} Kontraktor sejajar dengan Fasal 51(c) } Syarat-syarat Kontrak.

- Pusat Khidmat Kontraktor.

………..

- Pengurus,

Bank/Syarikat Kewangan Berlesen/Syarikat Insurans________________

(Jaminan No. : _________________________ ada kaitan).

Catatan:

# Bagi projek-projek bernilai RM 1.0 Juta ke bawah, sila batalkan.

+ Batalkan yang mana tidak berkenaan

6/6

Referensi

Dokumen terkait

6.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Sebutharga ini. 6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk

3.2 Kerja – Kerja Pengorekan (Dissilting) Kolam 2 dengan mengorek, mengeluarkan tanah, pasir, kelodak dan segala halangan serta membina semula slope kolam dengan

Penemuan Audit 1 Penemuan Audit 1 Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti SPK yang dibangunkan oleh JPS – Malaysia – BSAH adalah merangkumi Manual Kualiti, Kualiti Polisi dan Objektif,

STRENGTHS - Menggunakan bateri - Mudah untuk dibawa dan disimpan WEAKNESSES - Tidak kalis air hujan - Sensitif dengan bunyi ketukan dan tepukan OPPORTUNITIES - Boleh digunakan

..E/Surat arahan kpjps//Surat Edaran iii Projek Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRE Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 3/04/2009 menetapkan supaya pemberitahuan mengenai

Semua petender adalah dinasihatkan supaya menggunakan senarai semakan ini bagi menyemak tender mereka sebelum perkara yang perlu diambil Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab

Untuk menyelaraskan dan memperbaiki sistem pentadbiran kontrak khususnya berhubung dengan pengawalan ke atas Anggaran Jabatan mengenai sesuatu tender peraturan-peraturan berikut

CABARAN INOVASI RIVER RIDERS - BAMPILE Perbandingan BAMPILE dan Cerucuk Bakau BAMPILE Cerucuk Bakau Bekalan buluh mudah didapati Sumber terhad Kaedah ini tidak memerlukan kos