Headline Jawi puas ha� pematuhan pusat penyembelihan Language Malay
Media Title Harian Metro Sec�on/Page No Mutakhir
Date 28 Februari 2021 Journalist Yusmizal Dolah Aling
Source Suratkhabar Remarks Halal
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.
Jawi puas hati pematuhan pusat penyembelihan
MyMetro Mutakhir
Pegawai dan anggota Bahagian Penyelidikan Jawi yang menjalankan pemantauan di pusat penyembelihan.
FOTO ihsan Jawi Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan pemantauan berjadual kepada penyembelih yang diberikan kebenaran bagi memastikan setiap aspek berkaitan dipatuhi.
Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, setakat ini tiada isu berbangkit membabitkan penyembelih di Wilayah Persekutuan dan pihaknya berpuas hati dengan pematuhan standard halal yang dipraktikkan.
Katanya, pihaknya menerusi Bahagian Penyelidikan juga akan menjalankan pemeriksaan kilat di 29 premis bagi memastikan segala prosedur dipatuhi.
"Dalam pemantauan malam kelmarin, pegawai kita daripada Cawangan Pengurusan Halal memeriksa tujuh premis sembelihan yang baru memohon Surat Kebenaran Menyembelih di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
"Pusat sembelihan adalah di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), manakala kebenaran menyembelih adalah di bawah Jawi.
"Kita tidak akan berkompromi dengan isu halal dan pemeriksaan rutin akan terus diadakan dari semasa ke semasa," katanya kepada Harian Metro.
Mohd Ajib berkata, dalam pemantauan yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 4.20 pagi itu, enam pegawai dan kakitangan melakukan pemantauan di Segambut, Damansara, Pudu, Batu Caves dan Kepong.
Headline Jawi puas ha� pematuhan pusat penyembelihan Language Malay
Media Title Harian Metro Sec�on/Page No Mutakhir
Date 28 Februari 2021 Journalist Yusmizal Dolah Aling
Source Suratkhabar Remarks Halal
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.
Katanya, antara yang diberi perhatian termasuklah pengetahuan hukum oleh penyembelih, bacaan yang betul dan prosedur menyembelih.
Menurutnya, ia diadakan setiap bulan dan tumpuan turut diberikan kepada permohonan kebenaran menyembelih yang baharu.
"Setakat ini kita berpuas hati. Jadi kita akan terus pastikan mereka mematuhi peraturan demi kebaikan bersama," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2021