132
MENELUSURI KEPIMPINAN WARGANEGARA GLOKAL YANG BERMORAL DALAM PERSEKITARAN VUCA
Shasitharan Raman Kutty, PhD Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai Bandar Enstek
Negeri Sembilan
PENGENALAN
Rumi, seorang ahli falsafah yang terkenal pada abad ke-13 pernah menyebut "you think of yourself as a citizen of the universe".
Pandangan Rumi, jika dilihat dalam konteks kini mempunyai erti kata yang sangat mendalam.
Saban hari, kita menyaksikan warganegara yang mempamerkan tingkahlaku yang pelbagai ragam. Ada warganegara yang patriotik dan cinta kepada pembentukan negara bangsa. Manakala segelintir warganegara lagi mempamerkan fiil seakan usaha melahirkan negara bangsa masih jauh lagi. Usaha pembentukan negara bangsa ini berkait rapat dengan warganegara yang bukan sahaja bertanggungjawab dan tidak hanya melihat dirinya sendiri tetapi memainkan peranan warganegara glokal (Sim & Chow, 2019).
Setiap warganegara perlu bersifat glokal yakni memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara global dan lokal. Mereka perlu tahu dan arif tentang nilai-nilai bersama yang telah dipupuk dalam negara mereka sejak dahulu lagi. Nilai-nilai perpaduan, kasih-sayang, menghormati budaya setempat, prihatin atau bertanggungjawab telah diajar sejak dari kecil lagi agar mereka menjadi warganegara lokal
133
yang memacu pertumbuhan sosial negara. Pertumbuhan sosial negara, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran masih terus menjadi agenda yang perlu diberikan perhatian serius.
Pada masa yang sama mereka juga perlu memahami persekitaran global agar mereka dapat bersaing dan mengukuhkan diri mereka dalam menghadapi persaingan di peringkat antarabangsa (Lee, Chang, Choi, Kim, & Zeidler, 2012). Persekitaran global merupakan unsur luaran yang mungkin sukar untuk didekati tetapi berpengaruh dalam menentukan kehidupan kita. Pemahaman tentang persekitaran global ini merupakan asas kepada seseorang warganegara untuk bertindak dalam sebarang situasi. Situasi yang berlaku di negara luar mempunyai kesan terhadap diri kita kerana kita adalah warganegara glokal.
Justeru itu, warganegara glokal perlu menghormati dan menghargai kepelbagaian masyarakat dunia, memahami bagaimana dunia berfungsi, mementingkan nilai-nilai keadilan dan melibatkan diri dalam platform tempatan dan antarabangsa (Lickona, 1996). Pendekatan ini penting bagi menyahut peranan warganegara glokal agar dunia ini harmoni untuk dihuni.
Menyedari realiti ini, setiap warganegara glokal perlu senantiasa melihat konteks lokal dan global dalam menjadikan dunia ini selamat untuk didiami.
PERSEKITARAN VUCA
Namun, dunia kita hidup pada masa sekarang tidak semudah yang disangka. Persekitaran lokal dan global semakin mencabar dan mendesak. Seorang futuris, Gerd Leonhard menggambarkan dunia VUCA yang kita hidup pada masa sekarang merupakan pusat kepada segala macam gangguan. Gangguan tersebut boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Teknologi, seperti yang digambarkan oleh Leonhard menjadi gangguan kepada kehidupan manusia. Gangguan ini
134
merupakan satu daripada norma persekitaran VUCA (Mack, Khare, Krämer, & Burgartz, 2015).
Secara umumnya, VUCA adalah akronim kepada Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity yang boleh digunakan untuk menggambarkan persekitaran dan situasi kita hidup sebagai ahli masyarakat. Volatility (kerapuhan), Uncertainty (ketidakpastian), Complexity (kompleks) dan Ambiguity (samar-samar) merupakan keadaan yang berlaku pada masa ini. Manusia hidup dalam persekitaran dunia yang rapuh, tidak pasti tentang masa hadapan mereka. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan tidak terurus. Ramai ahli masyarakat yang samar-samar tentang apa yang akan berlaku.
Terma VUCA sebenarnya telah diperkenalkan oleh Kolej Tentera Amerika Syarikat ini pada tahun 1987. Terma ini memberi gambaran bahawa dunia kita hidup dalam abad ke-21 penuh dengan kerapuhan.
Rapuh kerana perubahan yang pantas berlaku hampir setiap masa akibat daripada momentum perkembangan teknologi dan perubahan lain yang tidak dapat diramalkan. Teknologi telah menjadikan kehidupan warganegara global berubah 360 darjah. Penggunaan media sosial sebagai wahana komunikasi sudah tidak dapat dielakkan lagi(Harari, 2018) .
Warganegara global juga berhadapan dengan ketidakpastian dan penuh dengan tekaan. Sebagai contohnya pendemik COVID-19 yang berlaku telah menjadikan ahli masyarakat hidup dalam ketidakpastian tentang apa yang bakal berlaku kepada kehidupan manusia. Pasca Covid mengubah kehidupan ahli masyarakat. Maka, kesedaran yang jitu dan mampan perlu dalam kalangan warganegara glokal untuk menghadapi tempias ketidakpastian ini. Warganegara glokal harus bersedia untuk menerima ketidakpastian sebagai unsur yang mendasari kehidupan mereka.
135
Di samping itu juga, warganegara glokal juga terikat dengan permasalahan yang kompleks. Banyak permasalahan yang menjadi rumit akibat daripada tekanan pelbagai faktor. Ini menjadikan suasana persekitaran organisasi atau masyarakat menjadi tidak terurus.
Warganegara glokal juga mudah terkeliru dengan tekanan pelbagai faktor ini.
Percambahan maklumat dan fakta mengenai sesuatu perkara sudah melambak dan definisi sesuatu perkara menjadi sukar untuk dirungkai (Harari, 2017). Data-data dan maklumat yang terperinci diperlukan untuk membuat keputusan yang kecil.
Wargenagara glokal juga terpaksa menerima hakikat bahawa mereka hidup dalam situasi bersifat ambiguity (samar-samar). Ini bermaksud warganegara glokal samar-samar tentang sesuatu definisi elemen kehidupan. Tafsiran tentang sesuatu perkara sudah jauh melewati realiti, malah ada usaha untuk melihat definisi sesuatu elemen kehidupan dalam kerangka yang berbeza. Adakalanya tafsiran ini menjadikan sesuatu perkara menjadi rumit, dan tidak kurang ada yang terkeliru serta kusut-masai dengan apa yang berlaku.
Seperti perumpamaan ‘the devil is in the details’, setiap perkara memerlukan penelitian dan lebih banyak masa diperlukan untuk merungkai sesuatu permasalahan yang kecil. Setiap perkara kecil pun mempunyai maksud besar sekiranya dikaji secara teliti.
Persekitaran sebegini sebenarnya lebih banyak mengundang masalah. Warganegara glokal yang mempunyai maklumat dan fakta yang kecil dan terbatas berkemungkinan membuat persepsi berdasarkan andaian dan tafsiran yang terbatas. Andaian dan tafsiran yang terbatas tentang sesuatu aspek kehidupan akan menjadikan proses mencari kebenaran menjadi sukar dan menjadi (Thiele, 1996).
Justeru warganegara glokal perlu peka terhadap kesahihan sesuatu maklumat. Tidak harus dinafikan kepekaan terhadap fakta dan maklumat yang sahih, tepat dan pantas akan menjadi cabaran kepada warganegara global.
136
Di samping itu juga, setiap warganegara glokal perlu melihat cabaran- cabaran yang terbit daripada budaya dan tradisi yang berlainan memandangkan persekitaran dunia sendiri sudah bersifat global.
Pendidikan boleh berfungsi sebagai alat memacu minda warganegara.
Era milineum ini menyaksikan corak pendidikan sebagai satu bentuk penerokaan kendiri setiap warganegara. Pendidikan bukan lagi bersifat pemindahan pengetahuan dalam kalangan pelajar. Teknologi sama ada intervensi atau adaptasi telah digunakan secara meluas, cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat pendidikan. Jurang dalam pendidikan sentiasa dirapatkan menerusi teknologi menerusi sistem aliran maklumat semasa. Metodologi komunikasi menerusi gabungan pelbagai intervensi teknologi seperti media sosial juga digunakan dalam pendidikan agar ekosistem pendidikan sentiasa terpelihara.
Mack et al. (2015) yang membicarakan tentang persekitaran VUCA mendapati bahawa dunia VUCA adalah dunia teknologi kerana teknologi akan digunakan untuk menyelesaikan masalah kemanusiaan. Namun hala tuju yang sebenar harus datang daripada kepimpinan pendidikan agar warganegara yang bermoral dapat dihasilkan.
KEPIMPINAN WARGANEGARA GLOKAL YANG BERMORAL Kepimpinan merupakan kegiatan untuk mempengaruhi sekelompok manusia untuk mencapai tujuan tertentu. Maclean (2017) menyatakan bahawa kepimpinan sebagai satu seni untuk mempengaruhi kelompok manusia tertentu agar mereka menyumbang kepada orang lain dalam masa yang ditetapkan. Moral pula merujuk kepada perlakuan untuk menentukan baik atau salah, benar atau tidak benar, wajar atau tidak wajar; atau patut atau tidak patut.
Sebagai seorang guru, tugas memimpin siswa guru untuk menjadi seorang warganegara glokal yang bermoral dalam persekitaran VUCA sememangnya mencabar. Selain mempunyai kefahaman yang
137
jelas tentang aspek moral, amalan guru yang bermoral juga sentiasa menjadi perhatian. Jelas bahawa tugas guru sebagai pembentuk warganegara glokal yang bermoral begitu penting.
Seorang warganegara glokal yang bermoral arif tentang bagaimana hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum. Mereka hidup bersama dengan kaum-kaum yang berbeza seperti kaum Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan, Melanau dan sebagainya. Walaupun terdapat perbezaan antara kepercayaan dan pendapat, warganegara yang bermoral perlu mempunyai ada komitmen bersama untuk mencari dan memajukan demi kebaikan bersama.
Warganegara glokal yang bermoral pula akan belajar cara hidup dengan aman dan adil, di samping menghadapi kepentingan dan nilai yang bertentangan. Warganegara glokal yang patuh kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia juga adalah warganegara yang bermoral. Sekian lama, dogma warganegara bermoral ialah warganegara yang patuh kepada prinsip dan amalan dalam kerangka warganegara Malaysia. Sebagai pendidik, amalan ini telah lama diterapkan dalam kalangan pelajar.
World Economic Forum telah mencadangkan agar warganegara glokal menghayati prinsip belajar sepanjang masa sebagai menyahut cabaran VUCA (Mack et al., 2015). Kini, wargenegara yang bermoral juga ialah warganegara yang boleh belajar sepanjang masa (learning agility) (World Bank, 2018). Setiap warganegara perlu tahu apa yang perlu dilakukan ketika pada setiap masa mereka berhadapan dengan situasi yang tidak menentu. Forum yang sama juga telah merumuskan learnibility sebagai aset utama yang perlu ada dalam diri setiap individu untuk terus menangkis cabaran dunia. Warganegara yang bermoral perlu menggunakan maklumat dan data yang ada untuk terus memakmurkan dunia. Maklumat dan data perlu diteroka agar warganegara glokal dapat mencari pengetahuan dan kemahiran baharu.
138
Warganegara Glokal
Di samping itu. warganegara glokal perlu mempunyai sifat belongingness (kekitaan) dan learnability. Warganegara glokal yang bermoral boleh berkongsi maklumat dan pengetahuan yang diperoleh sepantas kilat. Ini sesuai nilai warganegara glokal yang bemoral iaitu
‘Sharing is Caring’ (Lough & Mcbride, 2014).
Proses belajar mungkin sesuatu yang getir tetapi warganegara glokal yang bertanggungjawab perlu menggunakan teknologi agar maklumat palsu tidak tersebar. Usaha harus diambil oleh warganegara untuk tebarkan kebaikan menerusi perkongsian gambar, video dan fakta yang telah dipastikan kesahihah.
Amalan berkongsi berita palsu tidak akan membantu mewujudkan persekitaran kemanusiaan, sebaliknya akan menjadikan setiap orang hidup dalam keadaan yang tertekan. Elemen kemanusiaan ditekankan dalam kalangan warganegara glokal. Aset paling berharga kini adalah yang menjadikan siswa guru (Huttunen, 2012) sebagai seorang manusia yang hidup dalam persekitaran VUCA.
WARGANEGARA
GLOKAL
139 KESIMPULAN
Warganegara glokal yang bermoral perlu bersandarkan sifat belongingness dan learnability dalam terus berhadapan dengan persekitaran VUCA. Persekitaran VUCA akan terus menjadi cabaran yang hebat dalam kita menempuh hari-hari yang mendatang. Cabaran VUCA jika tidak ditangani secara pantas akan terus melenyapkan intipati asas warganegara. Sebagai pendidik kita harus terus menelurusi kepimpinan sebagai seorang guru untuk menangkis cabaran VUCA dalam membentuk warganegara glokal yang menyumbang kepada negara.
RUJUKAN
Harari, Yuval Noah. (2017). Dataism is our new god. New Perspectives Quarterly, 34(2), 36–43.
Harari, Yuval Noaḥ. (2018). 21 Lessons for the 21st Century. Spiegel
& Grau, Jonathan Cape.
Huttunen, R. (2012). Hegelians Axel Honneth and Robert Williams on the Development of Human Morality. Studies in Philosophy and Education, 31(4), 339–355. https://doi.org/10.1007/s11217-011- 9278-z
Lee, H., Chang, H., Choi, K., Kim, S.-W. W., & Zeidler, D. L. (2012).
Developing Character and Values for Global Citizens: Analysis of pre-service science teachers’ moral reasoning on socioscientific issues. International Journal of Science
Education, 34(6), 925–953.
https://doi.org/10.1080/09500693.2011.625505
Lickona, T. (1996). Eleven Principles of Effective Character Education. Journal of Moral Education, 25(1), 93–100.
https://doi.org/10.1080/0305724960250110
140
Lough, B. J., & Mcbride, A. M. (2014). Navigating the boundaries of active global citizenship. Transactions of the Institute of British
Geographers, 39(3), 457–469.
https://doi.org/10.1111/tran.12035
Mack, O., Khare, A., Krämer, A., & Burgartz, T. (2015). Managing in a VUCA world. Managing in a VUCA World. Springer: London Maclean, R. (2017). Life in Schools and Classrooms Past, Present and
Future. Education in the Asia-Pacific Region: Issues, Concerns and Prospects Volume 38, 690. https://doi.org/10.1007/978-981- 10-3654-5
Sim, J. B. Y., & Chow, L. T. (2019). Confucian thinking in Singapore’s citizenship education. Journal of Moral Education, 48(4), 465–
482.
Thiele, L. P. (1996). Nietzsche: The ethics of an immoralist. Journal of the History of the Behavioral Sciences (Vol. 32).
https://doi.org/10.1002/(sici)1520-6696(199607)32:3<244::aid- jhbs7>3.0.co;2-u
World Bank. (2018). Learning To Realize Education’s Promise. World Development Report (Vol. 26). https://doi.org/10.1016/S0305- 750X(98)90001-8