• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

AMBILAN KEDUA UniMAP SATUKAN PASANGAN KEMBAR

Pauh Putra, 20 Sept – Sepasang kembar akhirnya dapat menarik lafaz lega kerana mereka dapat mengikuti pengajian yang sama iaitu bidang Pembuatan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) .

Ini berikutan sebelum ini kakak kembar itu, Noratiqah Mohd Izer berjaya mendapat tempat di universiti kejuruteraan berkenaan pada ambilan pertama 28 Ogos lalu manakala adik kembarnya, Norafiqah baharu mendaftar di UniMAP, kelmarin.

Noratiqah berkata sejak kecil mereka tidak pernah berenggang malah mengikuti pengajian yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) di Politeknik Seberang Perai sebelum ini.

Katanya, situasi berkenaan pada awalnya membuatkan mereka berasa sedih kerana terpaksa berenggang tetapi akhirnya berasa amat gembira apabila Norafiqah berjaya mendapat tempat di UniMAP dalam bidang yang sama bagi ambilan kedua.

“Ibu dan ayah menggalakkan adik membuat rayuan untuk mendapatkan tempat di UniMAP, Alhamdulillah adik berjaya juga mendapat tawaran dalam bidang yang sama,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Anak kepada pesara tentera dan guru itu memberitahu bahawa keadaan itu membuatkan mereka bersemangat mengikuti kuliah di UniMAP dan berharap dapat segera menyesuaikan diri berjauhan dari keluarga.

(2)

UKK Media Page 2

“Kami berasal dari Pulau Pinang, jadi tidak menjadi masalah ketika masih belajar di Politeknik Seberang Perai kerana tidak jauh dari rumah, justeru apabila berjauhan di Perlis ini kami lebih selesa jika dapat bersama-sama lagi mengikuti kuliah di sini,” katanya.

Terdahulu Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata bagi ambilan kedua, UniMAP menerima 393 pelajar baharu yang mendaftar program Ijazah Sarjana Muda sidang akademik 2018/2019 manakala ambilan pertama yang lalu universiti itu menerima 2,198 pelajar baharu.

Menurutnya, UniMAP mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan berharap pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta mengikuti kuliah dengan selesa.

“Di UniMAP, pelbagai kemudahan kita sediakan malah 100 peratus pelajar menginap di kolej kediaman tanpa perlu ibu bapa risau mengenai rumah sewa dan pengangkutan,” kata beliau.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA COEUAS UniMAP RAIH TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN PARCEL DRON Putrajaya, 8 Mac – Pasukan penyelidik Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa

KENYATAAN MEDIA DUA PRODUK INOVASI UniMAP RAIH ANUGERAH PLATINUM DI POLAND Poland, 12 Oktober – Dua penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau CEGeoGTech

BAHAGIAN MEDIA, UKK KENYATAAN MEDIA MENGHAFAL Pi - TIGA PELAJAR SEKOLAH PERLIS, 10 TERBAIK DUNIA ARAU, 6 Mei – Tiga pelajar dari sekolah menengah di negeri ini bakal tersenarai

KENYATAAN MEDIA 1 November 2017 SEMINAR INDUSTRIAL 4.0 PAUH PUTRA- Pemahaman masyarakat terhadap Gelombang Revolusi Industri Keempat 4.0 yang melewati dunia global kini masih di

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 22 Sept 2016 UniMAP OPEN WOODBALL CHAMPIONSHIP BEGINS TODAY Pauh Putra, 22 Sept – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP Open Woodball

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA MAPUM SANTUNI ASNAF BERSAMA TUANKU CANSELOR UniMAP Kangar , 3 Ogos – Seramai 30 ahli mesyuarat Majlis Perumahan Universiti- universiti Awam MAPUM

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA KKTAG JUARA PERPADUAN FESTKOL 2018 Pauh Putra, 23 April – Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani KKTAG Universiti Malaysia Perlis UniMAP dinobatkan

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Community Donated 7,388 Blood Bags Since 2010 Pauh Putra, 16 May – Universiti Malaysia Perlis UniMAP which has been organising blood