• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIRI WACANA ATMA - eHebahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "SIRI WACANA ATMA - eHebahan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SIRI WACANA ATMA

SENI SILAT MELAYU: FALSAFAH, ILMU DAN AMALAN SENI SILAT KEGAYUNGAN SRI SUKMA SAKTI

25 November 2017 (Sabtu) 9.30 pagi – 12.30 pagi Dewan Persidangan Crim, UKM

Sinopsis

Seni Silat Melayu adalah salah satu perlambangan Akal Budi Melayu yang di dalamnya mencerminkan falsafah, pemikiran, perlakuan, emosi dan gaya hidup orang Melayu di Nusantara.

Seni Silat Melayu mempunyai asas ilmunya yang tersendiri digabungkan dalam lima aspek iaitu fizikal, mental, emosi, spiritual dan sosial yang perlu diselami dan dikupas secara ilmiah agar ilmu Seni Silat Melayu dapat dihargai dan menjadi relevan sepanjang zaman. Kelompangan dalam dokumentasi Seni Silat Melayu menyukarkan para penyelidik dan peminat silat menjalankan penyelidikan mengenai seni Silat Melayu.

Wacana ini bertujuan memberi ruang kepada Persatuan Seni Silat Kegayungan Sri Sukma Sakti Malaysia (KESUMA), untuk berkongsi maklumat dan ilmu mengenai falsafah, sejarah, sumbangan KESUMA dalam dunia akademik dan pembangunan modal insan warga Malaysia serta berbincang secara ilmiah mengenai seni dalam pergerakan silat yang dimanifestasikan melalui bunga silat, buah silat, dan pelbagai teknik dalam mengelak, menepis, menangkis, mengunci, mematah, dan melumpuhkan musuh. Wacana ini juga akan memfokus kepada aspek akhlak dan produktiviti pesilat dalam proses pembangunan modal insan dan jati diri negara bangsa.

Antara tajuk yang akan dibincangkan ialah falsafah KESUMA, sejarah KESUMA, adab-adab berguru, penamat silat, sintuk dan limau, ibu gelanggang dan gelanggang pusat, tafsir logo dan silibus silat KESUMA.

Wacana ATMA Seni Silat Melayu ini akan dijalankan secara bersiri selama 3 tahun dan menjemput sebanyak mungkin organisasi Silat di Malaysia, disusuli dengan organisasi Silat dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thai yang merupakan Rumpun Melayu di atas pentas Sunda.

Adalah diharapkan keberhasilan wacana ini akan dapat dijelmakan dalam bentuk dokumentasi yang terdiri daripada teks, foto, audio dan video yang akan dimuatkan dalam pangkalan data di dalam Portal Pengajian Alam yang boleh dicapai di malaycivilization.com.my untuk tujuan rujukan dan aktiviti penyelidikan sebagaimana yang digariskan dalam perancangan strategi ATMA yang beriltizam menjadi pusat rujukan tersohor dalam pengajian Alam Melayu di dunia ini.

(2)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM, Bangi

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: 603 8921 5280 Faks: 603 8925 4698

Emel: [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

Wacana anarkisme dalam lirik lagu luka bernegara karya Cupumanik merupakan sebuah wacana yang terdapat didalam teks yang menggambarkan akan rasa kekecewaan serta

Fokus perhatian Sara Mills adalah wacana feminisme, yakni bagaimana perempuan ditampilkan dalam teks, baik dalam cerpen, gambar, foto, maupun media. Selanjutnya digunakan

Masalah yang akan dijawab melalui penelitian ini adalah “Bagaimana kualitas instrumen pendeteksi pemahaman wacana siswa yang dikembangkan?” Tujuan yang ingin dicapai

salah satunya adalah melalui reka bentuk pembelajaran berasaskan web kerana ia menggabungkan teknologi multimedia yang terdiri daripada teks, animasi , video, grafik, audio

Pada tahap ini dilakukan kompilasi data seperti data spasial berupa peta, data citra satelit maupun data non spasial seperti narasi/teks, video, audio, foto, dan lain sebagainya

BERITA ( news ) adalah laporan peristiwa, yakni tulisan (teks), foto, grafis, audio, atau video yang berisi informasi tentang sebuah peristiwa, meliputi apa yang terjadi ( what

IStudio atau Icon Studio adalah usaha jasa dokumentasi dalam bentuk foto maupun video, dengan menggunakan konsep paket-paket event yang akan ditawarkan untuk mempermudah

Berikut akan diuraikan satu persatu elemen wacana van Dijk tersebut: Tabel 1 Tingkatan Teks Menurut van Dijk STRUKTUR WACANA HAL YANG DIAMATI ELEMEN Struktur Makro Tematik Topik