• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAQAMAT DALAM TASAWUF DAN HUBUNGANNYA DENGAN PSIKOTERAPI ISLAM

2.3 CIRI-CIRI AHWAL DAN MAQAMAT

Daripada definisi yang dibawa dan dijelaskan oleh pengkaji sebelum ini, maqamat secara ringkasnya ialah satu perjalanan kerohanian yang sukar dan mencabar yang perlu ditempuhi oleh seseorang dalam mencapai matlamat kerohaniannya, manakala ahwal pula sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. ke dalam hati seseorang yang tidak boleh diusahakan atau menolak seperti tenang, sedih, lapang dan sebagainya. Kedua-dua elemen ini saling memerlukan dan berkaitan dalam perjalanan seseorang sufi untuk menempuhi perjalanan kerohaniannya. Kedua-dua elemen ini juga mempunyai beberapa ciri-ciri yang

226 Al-Kalabadhi, Abu Bakr (1969), Al-Ta„arruf li Madhhab Ahl al-Tasawwuf, Mahmud Amin al-Nawawi (ed.), Kaherah: al-Kuliyyah al-Azhariyyah, hlm. 104-105.

227 Wan Suhaimi Wan Abdullah (1999), op.cit., hlm. 54; lihat juga „Abd Fattah Barakat (1989), Fi al-Tasawwuf wa al-Akhlaq Dirasat wa Nusus, Kaherah: „Alam al-Fikr, hlm. 144.

98

tersendiri. Hal ini turut menjadi perbahasan di kalangan para ulama’ serta tokoh-tokoh sufi. Oleh yang demikian, pengkaji akan cuba untuk menyenaraikan dan menjelaskan ciri-ciri kedua konsep tersebut dan kemudiannya mengemukakan beberapa aspek perbezaan di antara keduanya.

2.3.1 Ciri-ciri dan Perbezaan Maqamat dan Ahwal

Perbahasan ciri-ciri utama dalam perbincangan ahwal dan maqamat ini ialah mengenai cara bagaimana sesuatu maqam dan hal itu dapat dicapai atau dimiliki samada melalui jalan usaha dan ikhtiar atau melalui kurniaan dan anugerah. Jika ditelusuri definisi yang telah dibahaskan oleh pengkaji sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa maqam itu dapat dicapai melalui jalan usaha (muktasab) dan mujahadah. Manakala hal pula sebaliknya yang merupakan satu anugerah atau kurniaan (mawhibah) dan ia tidak boleh diusahakan. Dalam hal ini al-Suhrawardi menyebut:

“Hal adalah anugerah (mawhab) dan maqam adalah perolehan (kasb)228

Al-Hujwiri pula menjelaskan maqam umpama jalan seorang dan tempat seseorang itu berada semasa melakukan mujahadahnya. Peringkat yang dilaluinya berdasarkan kepada daya usaha yang dilakukan. Manakala hal pula adalah suatu kurniaan, kemuliaan dan kerahmatan Allah S.W.T. yang mengiringi setiap maqam229 dan ia tiada kaitan dengan

mujahadah atau usaha yang dilakukan oleh seseorang itu. Menurut beliau lagi, maqam

dikategorikan sebagai amalan atau praktikal dan ianya boleh diusahakan (al-makasib). Hal

228 „al-Suhrawardi (1966), op.cit., hlm. 470; lihat juga al-Tusi (378H), op.cit., hlm. 46.

99

pula adalah kategori kelebihan atau kemuliaan afdal) dalam bentuk pemberian

(al-mawahib)230.

Perbincangan ini juga turut dihujahkan oleh Basyuni dalam artikel Wan Suhaimi mengenai persoalan apakah maqam dan hal adalah muktasabah ataupun mawhibah. Menurut beliau, dalam hal ini aspek bahasa Arab dan pegertian atau fahaman ahli sufi perlu diambil kira. Pada tafsiran beliau mengenai maqam, perkataan ini berasal dari aqama yang bererti “berada (di suatu tempat)” yang membawa maksud satu daya usaha yang

dilaksanakan oleh seseorang dan ia melazimi perbuatan tersebut. Manakala hal pula ditafsirkan oleh beliau sebagai halla (menepati) yang bermaksud suatu yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada seseorang tanpa ikhtiar dan usaha darinya (hamba)231.

Seterusnya perbincangan ciri-ciri maqam dan hal yang menyentuh aspek, adakah ianya kekal atau berubah-ubah? Ini kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama‟ sufi dalam membahaskan hal ini. Ada yang mengatakan bahawa hal itu kekal dan

ada pula yang menyatakan jika ianya kekal dan tidak berterusan, sebenarnya ia adalah satu lintasan sahaja (lawa‟ih) yang belum mencapai tahap ahwal. Ini dijelaskan oleh al-Qushayri sebagai, jika sesuatu sifat atau keadaan itu berada dalam bentuk tetap dan kemudian berubah-ubah, situasi ini boleh dikategorikan sebagai hal232.

230 Al-Hujwiri (1974), Kashf al-Mahjub, Is‟ad al-Hadi Qandil (terj), jil. 2, Kaherah: Majlis al-A„la li al-Shu „un al-Islamiyyah, hlm. 409.

231 Lihat artikel, Wan Suhaimi Wan Abdullah (1999), op.cit., hlm: 55.

100

Terdapat juga pandangan lain yang menyatakan bahawa hal tidak kekal atau berterusan. “Ahwal adalah seperti kilat, sekiranya ia kekal ia adalah bisikan jiwa (hadith

nafs)”. Begitulah ungkapan dari al-Junayd yang membawa maksud ahwal itu seperti

namanya, sebagaimana ia menepati pada hati tanpa diduga dan akan hilang serta merta233.

Al-Qushayri turut menerima secara terbuka pendapat lain yang menyatakan bahawa

ahwal itu kekal. Beliau menjelaskan, terdapat juga sesuatu “makna” yakni ahwal itu

bertukar menjadi maqam bagi seseorang dan ia beriltizam pada dirinya. Akan tetapi, ahwal yang bertukar kepada maqam tadi turut diringi dengan ahwal yang lain, ia merupakan

ahwal yang mendatang, tidak kekal berterusan atas ahwal yang kekal dan bertukar menjadi maqam tadi. Ahwal yang mendatang ini, akan sentiasa berpindah ke ahwal seterusnya yang

lebih tinggi dan lebih unik234.

Pendapat ini juga telah disokong oleh al-Suhrawardi yang menyatakan sesuatu hal itu dinamakan hal kerana sifanya yang sentiasa berubah-ubah. Manakala maqam pula dinamakan maqam disebabkan sifatnya yang tetap dan kekal, akan tetapi terdapat juga hal tertentu yang boleh bertukar menjadi maqam235. Pendapat ini berbeza dengan apa yang telah dibincangkan oleh Ibn „Arabi dalam kitab al-Futuhat al-Makkiyyah yang menyatakan

bahawa maqamat itu tidak kekal bahkan persoalan ini perlu kepada perincian yang lebih mendalam. Ini kerana hakikat maqamat bukanlah satu sahaja, tetapi ia berbeza-beza. Namun Ibn „Arabi masih tetap menerima dan menyatakan bahawa tiada perselisihan

233

Lihat artikel Wan Suhaimi Wan Abdullah (1999), op.cit., hlm: 56; Al-Suhrawardi (1966), op.cit., hlm. 471.

234 Al-Qushayri (2003), op.cit., hlm. 132- 133.

101

pandangan di kalangan sufi bahawa maqamat adalah tetap dan tidak berganjak (ghayr za‟il) sepertimana terdapatnya perbezaan pandangan mengenai hal236.

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang telah dikemukakan iaitu unsur usaha dan kurnia dan unsur tetap dan berubah, ternyata mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Perbezaan ini adalah perbezaan yang diterima umum iaitu maqam merupakan satu peringkat yang lebih bersifat kekal atau tetap dan ia dapat dicapai dengan adanya usaha dan

mujahadah. Hal pula suatu keadaan yang mendatang dan ianya boleh berubah. Hal

bersumberkan dari anugerah yang dicampakkan ke dalam hati seseorang dari Allah S.W.T. dan tiada daya usaha manusia untuk menarik dan menolak keadaan itu237.