MAQAMAT DALAM TASAWUF DAN HUBUNGANNYA DENGAN PSIKOTERAPI ISLAM
2.4 TINGKATAN MAQAMAT
Seterusnya pengkaji akan menyatakan bilangan dan tingkatan maqam yang juga mempunyai perselisihan dan pertentangan mengenai bilangan, dan tertibnya di kalangan para sufi. Namun perbahasan ini hanya membincangkan tingkatan dan tertib maqamat sahaja, tidak membincangkan mengenai tertib hal atau tingkatan hal. Ini kerana, hal merupakan anugerah dan kurniaan Allah S.W.T. yang tertakluk kepada kehendakNya untuk meletakkan sesuatu hal itu ke dalam hati hambaNya.
236
Antaranya ialah, beliau menyatakan bahawa terdapat maqamat yang diperoleh dengan syarat, jika gugur syarat tersebut, maka maqam tersebut akan berganjak. Contohnya maqam wara„, yang mana ia tidak akan tercapai melainkan dengan dua perkara iaitu dengan menjauhi „perkara yang diharamkan‟ (al-mahzur) dan juga perkara „shubhah‟ (al-mutashabih). Jika salah satu atau kedua-dua syarat tersebut tidak dilaksanakan, maka seseorang itu masih tidak memperolah maqam wara„. Oleh yang demikian jika seseorang itu telah memperoleh maqam wara„ setelah dia memenuhi syarat-syarat tersebut, maka dia masih tetap pada maqam tersebut selagimana syarat itu masih dipenuhi. Begitu juga maqam khawf, raja‟ dan tajrid yang merupakan qat„ al-asbab yang merupakan zahir maqam tawakkal bagi umum. Terdapat juga maqamat yang kekal sehingga berlakunya kematian dan kemudian akan berganjak sepertimana maqam tawbah dan „penunaian tuntutan syarak‟ (mura„ah al-shar„). Lihat Ibn „Arabi (t.t), op.cit .hlm. 380.
102
2.4.1 Syarat Perpindahan Maqam
Terdapat dua pendapat yang berbeza iaitu mengenai syarat perpindahan maqam ini, pertamanya mengatakan bahawa seseorang tidak harus berpindah atau melepasi ke suatu
maqam yang lain selagi mana ke semua hukum-hukum yang berkaitan dengan sesuatu maqam sebelumnya itu tidak dipenuhi. Manakala pandangan seterusnya menyatakan maqam seseorang itu tidak sempurna kecuali setelah ia berpindah ke maqam yang
seterusnya dan ke maqam yang lebih tinggi. Keadaan tersebut dapat menilai maqamnya yang sebelum itu dan sekaligus dapat membaiki dan memperkemaskannya238.
Dalam hal ini, al-Herawi mendokong pandangan kedua. Beliau telah menukilkan pandangan al-Junayd dalam bukunya Manazil al-Sa‟irin mengenai perjalanan para salik itu kadang‟ dipindahkan dari satu hal ke suatu hal yang lebih tinggi dan „kadang-kadang‟ ianya tetap pada satu tahap bertujuan untuk membaiki tahap sebelumnya239
.
Apa yang dapat disimpulkan ialah, agak sukar untuk menentukan pandangan yang paling tepat dalam perbahasan ini, fakta berbentuk teori tanpa amali dan praktikal adalah tidak mencukupi. Mereka (para sufi) berhujah berdasarkan pengalaman dan latihan kerohanian yang mereka rasai dan lalui yang berlainan antara satu sama lain240. Di sini Wan
238 Al-Suhrawardi (1966), op.cit., hlm. 472.
239 Hal ini menurut al-Kashani, tetapnya seorang salik pada suatu tahap demi melihat dan membetulkan tahap yang sebelumnya, adalah harus bagi pandangan Junayd, bukannya wajib seperti yang dinyatakan oleh al-Herawi. Menurut al- Kashani lagi, beliau sependapat dengan al-Herawi iaitu mendokong pandangan yang kedua. Beliau berpendapat, jika seseorang salik itu berada di tahap yang tertentu biasanya mereka terikat dengan tahap maqam yang mereka duduki tersebut. Keadaan ini akan menjadikan seseorang salik itu tidak mampu dan menilainya dari luar dan jika ia berpindah ke suatu tahap yang lebih tinggi, pasti ia dapat melihat dan menilai maqamnya dahulu dengan lebih jelas sekaligus dapat mengenalpasti kedudukan mereka yang sebenar. Wan Suhaimi Wan Abdullah (2002), op.cit., hlm. 8.
103
Suhaimi telah menyimpulkan bahawa seseorang salik itu tidak harus berpindah dari suatu
maqam ke suatu maqam yang lain sehingga seseorang itu melengkapkan pencapaian maqamnya241.
2.4.2 Bilangan, Tingkatan dan Susunan Maqam
Dalam hal ini, ahli-ahli sufi berselisih pendapat dan setiap daripada mereka telah mengemukakan susunan tertentu bagi maqam berdasarkan pengalaman masing-masing. Hal ini juga turut dikatakan oleh Ibn Qayyim:
“Terdapat banyak ikhtilaf (perselisihan) dalam kalangan para sufi mengenai bilangan dan susunan maqamat, setiap mereka mengemukakan pendapat masing-masing berkaitan maqam dan hal. Mereka juga bercanggah tentang sesetengah peringkat perjalanan, adakah ianya ahwal?242”
Pandangan yang pelbagai dalam persoalan bilangan maqamat dan ahwal yang telah dikemukakan oleh para ulama‟ tentang mencapai suatu tahap terdapat jurang perbezaannya
yang luas. Jika dilihat dari pandangan mereka, setiap daripada mereka mengemukakan susunan dan tertibnya yang tertentu. Menurut al-Tusi, beliau menghitung maqam yang perlu ditempuhi oleh seseorang salik sebanyak tujuh maqam mengikut tertibnya iaitu
tawbah, wara„, zuhd, faqir, sabr, tawakkal dan rida243, manakala Abu Talib al-Makki telah membahagikan maqamat kepada sembilan maqam serta mengikut tertib dari maqam
tawbah, sabr, shukr, raja‟, khawf, zuhd244, tawakkal, rida dan mahabbah245. Terdapat juga
241 Ibid..
242 Ibn Qayyim, „Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr (2001), Madarij al-Salikin Bayn Manazil Iyyak Na„bud wa Iyyak Nasta’in, jil.1, Beirut: Dar Ihya‟ al- Turath al-„Arabi, hlm. 110.
243 Al-Tusi (378H), op.cit. ,hlm. 47-57
104
para sufi yang membahagikan maqamat ini kepada lebih dari seratus lima puluh maqam seperti Ibn Sab‟in246
dan ada juga yang mencampuradukkan antara maqam dan juga
halseperti al-Suhrawardi247 .
Antara faktor berlakunya perselisihan ini di antaranya ialah perbezaan tanggapan dan pemikiran di kalangan mazhab-mazhab dan tarekat mengenai persoalan ini. Mereka hanya bersepakat dari sudut gambaran umum sahaja. Malahan faktor kekeliruan dalam menafsirkan diantara suatu maqam dengan maqam yang lain dari suatu sudut, dan juga yang terdapat antara suatu maqam dengan hal dari aspek yang lain pula menjadi penyumbang kepada percanggahan pendapat ini248.
Namun begitu, Ibn Qayyim telah mengemukakan pendapat yang mengharmonikan keadaan ini. Menurut beliau, tidak terdapat susunan yang menyeluruh dan tetap bagi seseorang salik. Oleh yang demikian, wajar sekiranya ahli-ahli sufi membicarakan atau membincangkan mengenai maqamat itu secara umum sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tasawuf yang terdahulu249.
Seterusnya para sufi turut bercanggah dan berselisih pendapat mengenai tertib
maqamat dan ahwal yang digariskan oleh setiap sufi. Ini disebabkan setiap para sufi
245 Ibid., jil. 2, hlm. 3-63.
246 Abd al-Fattah Ahmad al-Fawi (2001), Akidah dan Suluk dalam Tasawuf: Antara Keaslian dan Penyelewengan, Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari (terj), Johor: Jahabersa, hlm. 174.
247
Ibid..
248 Wan Suhaimi Wan Abdullah (1999), op.cit., hlm. 59.
105
berpendapat tertib dan susunan maqam dan hal adalah bergantung kepada apa yang telah dilakukan oleh seorang salik itu dalam perjalanan kerohaniannya bertunjangkan bakat dan keupayaan mereka. Ia juga disebabkan perbezaan kaedah suluk di antara seseorang guru atau di antara satu tarekat dengan tarekat yang lain250.
Tercetusnya perbezaan ini adalah disebabkan susunan dan pengalaman kerohanian yang dilalui oleh para salik adalah berlainan dan berbeza di antara satu sama lain. Pengalaman kerohanian mereka juga yang membezakan tinggi dan rendahnya sesuatu
maqam dan hal yang dilaluinya dan ianya tidak terhad kepada satu susunan dan tertib
sahaja. Oleh kerana pengalaman yang berbeza, ketinggian sesuatu maqam dan hal tersebut bergantung kepada individu salik tersebut berdasarkan apa yang dilakukan dan dianugerahkan kepadanya.