Dalam pendefinisian tajuk, pengkaji akan mendefinisikan secara umum dan ringkas sahaja istilah-istilah utama memandangkan pengkaji akan membincangkan istilah tersebut dalam bab yang khusus. Pengkaji akan mendefinisikan beberapa istilah penting iaitu:
Psikoterapi: Psikoterapi ialah satu metode rawatan alam fikiran atau rawatan
gangguan mental atau psikis melalui kaedah psikologi35. Dalam ilmu psikologi, psikoterapi ialah suatu metode atau proses interaksi dengan klien bagi mengurangkan faktor-faktor yang mengganggu demi untuk mendapatkan kehidupan yang lebih tenang dan damai tanpa
35 Abdul Mujib dan Jusuf Mudzakir (2002), Nuansa-nuansa Psikologi Islam, Jakarta: PT RajaGrafindo Persada, hlm. 207. Lihat juga Mohamed Sharif bin Mustafa, Roslee Ahmad dan Jmaluddin Ramli, “ Kesihatan Mental Rakyat Malaysia Masa Kini: Suatu Pendekatan Kaunseling Berdasarkan Nilai-Nilai Islam” dalam Persidangan Kaunseling Universiti Malaya, 28 dan 29 November 2005, Fakulti Pendidikan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, hlm. 153.
31
menggunakan ubat-ubatan klinikal36. Psikoterapi ini muncul akibat dari fenomena dan bentuk psikologi manusia yang bermasalah bagi memulihkan gangguan psikologi yang memberi impak kepada ketenangan manusia umumnya37. Ia juga bertujuan bagi melahirkan satu kesedaran baru dengan menggunakan tekad dan akal seseorang bagi menjanakan satu perubahan38.
Oleh itu, pengetahuan mengenai psikoterapi sangat berguna untuk membantu pesakit dalam mengenal dirinya, mengetahui sumber-sumber psikopatologi39 dan memberi perspektif yang positif mengenai masa depan pesakit dan kehidupan jiwanya. Selain itu juga, ia dapat membantu pesakit agar menentukan praktikal terapinya sama ada berunsur terapi barat ataupun terapi yang berunsurkan elemen-elemen Islam40. Hal ini, pengkaji akan memperincikannya dalam bab dua.
Maqamat: Perkataan maqamat merupakan jama„ kepada perkataan maqam dalam
Bahasa Arab yang memberi beberapa maksud. Antaranya bermaksud „tempat berdiri‟ seperti Maqam Ibrahim. Selain itu ia juga membawa maksud „kedudukan‟ atau „darjat‟ seperti yang diungkapkan oleh kebanyakan orang Arab “ia seorang yang mempunyai
36 Benjamin, B. Lahey (1998), Psychology and Introduction, New York: Mc Graw Hill, hlm. 496.
37 Gross, L. M. (1978), The Psychological Society, New York: Random House, hlm. 113.
38
Othman Mohamed (2000), Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling, Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, hlm. 65.
39 Psikopatologi: Psikopatologi ialah kajian mengenai fungsi mental dengan merujuk kepada punca penyakit mental. Rujuk Evans, Chris (1978), Psychology: A Dictionary of The Mind, Brain and Behaviour, London: Arrow Books Ltd, hlm. 291.
40 Mahmud, Muhammad Mahmud (1984), „Ilm al-Nafs al-Ma‟asir fi Daw„i al-Islam, Jeddah: Dar al-Shuruq, hlm. 403.
32 maqam (dhu maqam) dalam kalangan kaumnya”. Perkataan maqam juga beerti „sempena‟
atau „kesesuaian‟ (munasabah)41 .
Manakala maqam menurut istilah pula adalah lebih terfokus kepada aspek spiritual iaitu sebagai „perhentian-perhentian spiritual‟. Perhentian ini merupakan asas utama dalam memanifestasikan kesempurnaan insani dan setiap perhentian tersebut mesti ditempuhi oleh setiap ahli sufi atau salik dalam menempuh perjalanan menuju Allah S.W.T. dan merupakan hasil (al-mukasib) yang diperolehi melalui kesungguhan dalam bermujahadah42.
Maqamat turut diistilahkan sebagai „satu perjalanan yang sukar dan panjang dengan
melakukan pelbagai latihan amalan secara konsisten samada amalan lahiriah atau batiniah dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. semata-mata melalui bentuk maqamat yang tertentu‟43.
Selain itu juga, pengkaji akan membawa definisi yang dibuat oleh beberapa ahli sufi yang terkenal antaranya ialah Abu Qasim ibn Hawazin ibn „Abd Malik ibn Talhah al-Qushayri. Beliau menjelaskan istilah maqam dalam al-Risalahnya bermaksud „suatu adab atau akhlak yang dicapai oleh seseorang hamba melalui usaha gigih yang dilakukannya diperingkat-peringkat yang dilalui. Oleh yang demikian, maqam seseorang itu ialah tempat di mana ia berada ketika itu dan berusaha bermujahadah untukNya. Beliau menjelaskan lagi bahawa seseorang itu tidak boleh berpindah dari suatu maqam ke maqam yang lain sebelum
41 Majma‟ al-Lughat al-„Arabiyyah (1972), Al-Mu„jam al-Wasit, Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah, hlm. 768; Lihat juga Wan Suhaimi Wan Abdullah (1999), “Konsep Maqamat dan Ahwal Sufi: Suatu Penilaian”, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 10, edisi Disember 1999, hlm. 52.
42
Wan Suhaimi Wan Abdullah (1999), op.cit., hlm. 52.
43 H.A Rivay Siregar (2000), Tasawuf dari Sufisme Klasik ke Neo-Sufisme, Jakarta: PT RajaGrafindo Persada, hlm. 113-114.
33
ia menyempurnakan hukum-hukum maqam tersebut44. Seterusnya al-Qushayri menjelaskan:
“Seseorang itu tidak layak menduduki mana-mana maqam melainkan dengan shuhudnya sendiri bahawa Allah S.W.T. telah pun meletakkannya pada maqam tersebut45.
Manakala al-Tusi pula menterjemahkan maqam sebagai “apabila seorang hamba itu berada di hadapan Allah S.W.T dan melakukan pelbagai ibadah, bermujahadah, riyadah dan melakukan pemusatan diri kepada Allah S.W.T.” 46. Beliau merujuk kepada ayat Allah S.W.T. iaitu:
Maksudnya:“Dan demi sesungguhnya! kami akan tempatkan kamu di
negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu”
(Surah Ibrahim:14:14)
Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa istilah maqamat merujuk kepada peringkat-peringkat bagi perjalanan kerohanian atau peringkat spiritual seorang individu untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. Dalam masa yang sama maqam ini juga dapat
44 Wan Suhaimi Wan Abdullah (1999), op.cit., hlm. 53.
45 Al-Qushayri, Abu al-Qasim (2003), Risalah al-Qushayriyyah, Beirut: Dar al-Khayr, hlm. 132; Lihat juga, Puteh Ishak (1993), Ibn Taimiyyah Sejarah Hidup dan Tasawwuf, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 294.
34
memberi ketenangan dan kebahagiaan jiwa kerana seseorang itu kembali kepada fitrahnya dalam mencapai ma„rifah.
Qut al-Qulub: Qut al-Qulub ialah kitab karangan Abu Talib al-Makki dikatakan
antara karya yang terawal dalam bidang kesufian47. Jika tajuk ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu ia bermaksud “Makanan kepada Hati” atau dalam bahasa Inggeris “ The
Food of Hearts”. Kitab ini mengandungi 48 bab kesemuanya, terdapat bab yang
membincangkan konsep asas ibadah kepada umat Islam seperti zikir, solat, wirid, solat sunat, dan lain-lain lagi. Selain itu, kitab ini juga membincangkan mengenai jalan-jalan kerohanian (maqamat) seperti muhasabah, muraqabah dan lain-lain. Terdapat juga bab yang membincangkan tentang konsep ilmu, Iman dan Islam, dosa-dosa besar, serta mengenai halal dan syubahat.
Justeru, dapat disimpulkan di sini, kajian yang dijalankan oleh pengkaji secara khususnya adalah untuk menganalisis konsep maqamat yang diutarakan oleh al-Makki dalam karyanya Qut al-Qulub dalam usaha untuk membangunkan satu kaedah psikoterapi Islam bagi pembangunan spiritual insan.
47
Smith, Margaret (1950), Mystics of Islam: Transslations From The Arabic And Persian, Together With A Short Account Of The Brief Biographical Notes On Each Sufi Writer, London: Luzac & Company LTD, hlm. 46.
35