• Tidak ada hasil yang ditemukan

LATAR BELAKANG ABU TALIB AL-MAKKI DALAM BIDANG ILMU TASAWUF

1.2 LATARBELAKANG PENDIDIKAN .1 Guru-guru al-Makki

1.2.2 Kehidupan al-Makki di Basrah

Setelah sekian lama menuntut ilmu di Mekah, tiba masanya beliau berhijrah ke daerah yang penting di Timur Tengah iaitu Basrah dan Baghdad. Tidak banyak maklumat yang pengkaji perolehi mengenai kehidupan al-Makki di Basrah tetapi mendapati bahawa ajaran tasawuf yang al-Makki pelajari dan kembangkan ialah Tasawuf Salafiyah yang diambil dari gurunya iaitu al-Hasan bin Salim al-Basri di wilayah Iraq89. Ajaran tasawuf ini berkembang dengan meluas dan mencatatkan ramai pengikut terutama di kalangan masyarakat Basrah yang dikenali sebagai Sunni Maliki90. Ia bersumberkan dari seorang tokoh sufi yang terkenal iaitu Sahl ibn „Abd Allah al-Tustari (m. 282H/ 896M) yang dikenali sebagai Salimiyyah. Al-Makki telah menyertai aliran ini semasa hidup di Basrah sebelum beliau berhijrah ke Bahgdad91, malah menjadi pengganti sebagai ketua aliran tersebut selepas kematian Abu „Abd Allah Muhammad b. Salim92.

i) Pengenalan Aliran Salimiyyah

Oleh kerana aliran ini berkaitan dengan kehidupan al-Makki di Basrah, pengkaji merasakan aliran ini perlu diperkenalkan secara ringkas.

Aliran Salimiyyah merupakan satu aliran mutakallimun yang bergantung kepada kerohanian. Aliran ini dimulakan oleh golongan Maliki Sunni di Basrah pada abad ketiga dan keempat Hijrah93. Ia diasaskan oleh Abu Muhammad Sahl b. „Abd Allah b. Yunus al-Tustari yang dilahirkan di Tustar pada sekitar 200H/ 815M dan merupakan seorang tokoh 89Baldick (1989), op.cit., hlm. 56. 90Bowering (1980), op.cit., hlm. 66. 91 Ibid., hlm. 25. 92 Ibid., hlm. 26.

93 Massignon, Louis (1982), The Passion of al-Hallaj Mystic and Martyr of Islam, jil. 2, United Kingdom: Princeton University Press, hlm. 130.

56

pemikir yang terkenal di selatan barat Iran, dan kemudiannya di selatan Iraq94. Beliau sangat terkenal dengan kewarakan dan hidup dalam kesufian95 dan beliau mempunyai doktrin kesufian yang tersendiri96. Al-Tustari mempelajari ilmu tasawuf dengan Sufyan al-Thawri (m. 161H/ 778M) dan juga sempat bertemu dengan Dhu al-Nun (m. 246H/ 861M).

Beliau meninggal dunia pada bulan Muharram 283H/ 896M di Basrah pada usia 80 tahun97. Beliau pernah menulis sebuah tafsir al-Qur‟an dan mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap perkembangan teori tasawuf dan sufi melalui muridnya iaitu Ibn Salim yang menjadi penerus kepada aliran Salimiyyah98. `

Al-Tustari banyak menghasilkan karya antaranya ialah kitab Lata‟if al-Qisas, kitab

Risalah fi al-Huruf, Risalah al-Manhiyat, Risalah fi al-Hikam wa al-Tasawwuf, Kitab Tafsir Qur‟an Karim, Kitab Mu„aradah wa Radd „ala Ahl Firaq wa Ahl al-Da„awa fi al-Ahwal, Kitab al-Sharh wa al-Bayan lima Askal min Kalam Sahl dan

94 Baldick (1989), op.cit., hlm. 37.

95 Massignon (1982), op.cit., hlm. 130.

96 Diantara doktrin al-Tustari mengenai konsep al-yaqin. Beliau membahagikan al-yaqin kepada tiga bahagian iaitu, pertama nur al-yaqin, keduanya „ilm al-yaqin, dan ketiga „ayn al-yaqin. Konsep al-yaqin yang diberikan oleh Tustari berbeza dengan kebanyakan sufi yang juga menggariskan al-yaqin kepada tiga bahagian iaitu, „ilm al-yaqin, „ayn al-yaqin dan haqq al-yaqin. Dalam hal ini, Tustari telah membincangkan serta menghubungkan ketiga-tiga konsep tersebut dengan mukashafa seperti, Allah S.W.T. telah berwawancara dengan Nabi Musa di Bukit Sinai, mu‟ayanah, seperti Allah S.W.T. menunjukkan kekuasaanNya kepada Nabi Ibrahim seperti dalam surah al-Baqarah, ayat 260 yang bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah S.W.T. berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah S.W.T. berfirman: "(Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”, dan mushahadah. Selain membahaskan pembahagian al-yaqin, beliau juga turut membincangkan tentang kejadian Nur Muhammad adalah yang pertama diciptakan sebelum makhluk lain. Beliau menjelaskan lagi bahawa Adam diciptakan dari Nur Muhammad tersebut. Lihat Baldick (1989), op.cit., hlm. 38-39.

97Al-Jami, Mawlana Nur al-Din „Abd al-Rahman (2003), Nafahat al-Uns Min Hadarat al-Quds, Muhammad Adib (tahqiq), jil. 1, Beirut: Dar al-Kitab al-„Ilmiyyah, hlm. 102. Lihat juga al-Jami, Mawlana Abu al-Barakat „Abd al-Rahman (1989), Nafahat al-Uns Min Hadarat al-Quds, Kamran As„ad Irsyady (terj)(2003), Pancaran Ilahi Kaum Sufi: Maulana Abd al-Rahman Jami, Yogyakarta: Penerbit Pustaka Sufi, hlm. 98.

98Arberry, A.J.(1966), Muslim Saints and Mystics, London: Routledge & Kegan Paul, hlm.153; Azyumardi Azra (2008), op.cit., jil. 3, hlm. 1048.

57

sebagainya. Menurut Bowering, kitab Risalah fi al-Hikam wa al-Tasawwuf diambil dari

Risalah al-Qushayriyyah karya Abu al-Qasim „Abd al-Karim b. Hawazin al-Qushayri99.

Setelah kematian al-Tustari, aliran ini diteruskan oleh Abu „Abd Allah Muhammad b. Salim (m. 297H/ 909M) sebagai ketua dalam aliran ini100 dan telah menetap selama 60 tahun di Basrah101. Beliau dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Tustari dan terdapat sumber yang diceritakan oleh ahli sufi, keakraban mereka seperti kawan dan murid102. Ibn Salim merupakan sufi yang masyhur pada ketika itu. Beliau meninggal dunia pada 297H/ 909M. Kemudian anaknya Abu al-Hasan Ahmad (m. 350H/ 960M) telah mewarisi kepimpinan aliran Salimiyyah103. Beliau terkenal di kalangan murid al-Tustari dengan ilmu Tafsir pada abad yang keempat dan kesepuluh Hijrah104. Kemudiannya beliau diganti oleh Ibn al-Jalal, Abu Talib al-Makki dan diakhiri oleh Ibn Jahdam105.

Aliran ini menimbulkan banyak percanggahan pendapat di kalangan ahli kalam, fuqaha‟ dan kaum sufi sendiri. Terdapat sesetengah doktrin yang dibawa oleh aliran ini yang ditolak oleh kebanyakan sarjana, terutama ajaran yang berkaitan dengan “Tuhan boleh dilihat di akhirat”, dimana mereka mendakwa bahawa Tuhan dapat dilihat dalam

bentuk dan rupa manusia dan binatang106. Antara ahli sufi yang bercanggah pendapat

99Bowering (1980), op.cit., hlm. 11.

100 Schimmel, Annemarie (2008), Mystical Dimensions of Islam, Kuala Lumpur: Islamic Trust, hlm. 56.

101

Kamran As„ad Irsyady (2003), op.cit., hlm. 232.

102 Bowering (1980), op.cit., hlm. 85-91.

103Watt, W. Montgomery (1973), The Formative Period of Islamic Thought, Edinburgh: Edinburgh University Press, hlm. 263.

104

Bowering (1980), op.cit., hlm. 134.

105Massignon (1982), op.cit., jil. 1, hlm. 71. Lihat juga Bowering (1980), op.cit., hlm. 26.

58

mengenai doktrin-doktrin yang kemukakan oleh aliran Salimiyyah ialah Ibn Khafif107 dan juga pengikut mazhab Hanbali108. Ibn Khafif mempunyai pendapat yang berbeza dengan aliran Salimiyyah mengenai Tuhan. Beliau menyatakan bahawa seseorang manusia itu tidak mampu untuk mencapai ma„rifah Allah S.W.T. kecuali melalui ibadah dan Tuhan tidak dapat dilihat di dunia ini109. Selain itu, beliau turut berpandangan bahawa manusia tidak dapat lari dari menghambakan diri kepada Allah S.W.T. tetapi manusia boleh berusaha untuk sentiasa mengawal hawa nafsunya110.