• Tidak ada hasil yang ditemukan

Metodologi kajian merupakan bahagian yang amat penting di dalam sesebuah kajian untuk menunjukkan kekuatan kajian tersebut. Ia juga akan menjadi asas dan panduan yang

39

terperinci kepada pengkaji bermula awal kajian sehingga kepada membuat kesimpulan54. Berdasarkan metodologi yang tepat dan sempurna akan menjadikan sesebuah kajian itu mendapat hasil kesimpulan dan objektif yang disasarkan. Oleh yang demikian pemilihan bentuk metodologi yang bersesuaian dengan kajian dapat menjamin kesempurnaan hasil kajian yang bermutu dan sistematik.

Kajian ini akan menumpukan kepada perbincangan mengenai tokoh iaitu Abu Talib al-Makki dengan menganalisis pemikiran-pemikiran tasawuf yang cuba dibawa oleh beliau khususnya dalam membincangkan perjalanan kerohanian sufi, iaitu maqamat dalam kitab karangannya Qut al-Qulub. Untuk tujuan tersebut, pengkaji telah mengaplikasikan beberapa kaedah yang bersesuaian supaya ianya mampu memberikan kesimpulan terbaik dan menjawab setiap persoalan serta mencapai setiap objektif kajian ini. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah menjurus ke arah kajian perpustakaan atau library research yang menggunapakai kaedah analisis kualitatif deskriptif. Oleh itu, metodologi yang akan digunakan dalam sebahagian besar kajian ini adalah berasaskan kepada metodologi yang bersesuaian iaitu proses pengumpulan data dan menganalisis data. Analisis data bertujuan untuk mencari tema-tema khusus atau umum dari bahan-bahan sekunder berbentuk tulisan dan lisan55.

Penyelidikan perpustakaan ini ialah satu pengkajian terhadap objek penelitian yang dilakukan untuk memperolehi data-data berbentuk dokumen dan persejarahan yang terdapat

54 Hasan Asari (2003), “Pengkajian Pendidikan Islam: Sebuah Catatan Tentang Pendekatan dan Metodologi”, Analytica Islamica, jil. 5, hlm. 33.

55 Sabitha Marican (2005), Kaedah Panyelidikan Sains Sosial, Malaysia: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd, hlm. 24.

40

dalam buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal, risalah, media cetak dan sebagainya. Ia biasanya digunakan terhadap kajian yang berbentuk kualitatif seperti kajian pengkaji yang menjadikan karya Qut al-Qulub sebagai bahan kajian.

1. Metode Pengumpulan Data

Dalam proses mengumpul data melalui penelitian terhadap dokumen-dokumen seperti kamus, buku, ensiklopedia, disertasi ilmiah, kertas kerja seminar, jurnal dan artikel akan digunakan untuk memperolehi maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang tepat berkaitan latar belakang al-Makki dan pengenalan kepada kitab beliau. Pengkaji turut menggunakan aplikasi internet dan laman-laman web yang berkaitan kerana ia juga dilihat suatu cara yang amat penting sebagai gambaran keseluruhan dan untuk memperoleh maklumat secara umum.

Dalam proses pengumpulan data ini juga, pengkaji telah meneliti data-data di beberapa buah perpustakaan di Malaysia. Antaranya ialah perpustakaan di Universiti Malaya iaitu Perputakaan Utama, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam dan Perpustakaan Peringatan Za‟ba. Selain itu juga pengkaji juga mengutip data di IPTA yang berhampiran

seperti Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Dar al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Islam dan ISTAC. Pengkaji juga memanfaatkan beberapa perpustakaan awam seperti Perpustakaan Awam Islam di Pusat Islam, Kuala Lumpur dan Perpustakaan Negara.

41

Dalam tinjauan pengkaji didapati kitab Qut al-Qulub ini senang didapati di mana-mana perpustakaan. Pengkaji telah mendapatkan kitab dalam versi bahasa Arab ini dari koleksi Perpustakaan Akademi Pengajian Islam dalam bahasa Arab56. Selain itu juga, pengkaji mendapati kitab ini telah diterjemahkan kepada bahasa Indonesia57. Pengkaji akan cuba membandingkan metode yang digunakan dalam edisi penterjemahan dan pendekatan terjemahan yang tepat dalam menterjemahkan kitab Qut al-Qulub 58 dalam buku yang bertajuk Quantum Qalbu: Nutrisi untuk Hati59. Terjemahan tersebut hampir menyamai

teks asal kitab, hal ini penting bagi mengelakkan berlaku penambahan data yang dapat mengubah maksud yang ingin disampaikan oleh al-Makki.

a) Metode Historis

Metode Historis juga amat penting dalam pengkajian pengkaji untuk memperolehi data-data yang bersumberkan dari peristiwa masa lampau atau berbentuk fakta sejarah. Metode ini pengkaji aplikasikan dalam bab yang pertama ketika mengkaji mengenai latar belakang tokoh.

56 Al-Makki, Abu Talib (1990), Qut al-Qulub fi Mu„amalah al-Mahbub wa Wasf Tariq al-Murid ila Maqam Tawhid, Mesir: Matba`at Maymaniyah. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kitab Qut al-Qulub terbitan lain iaitu Al-Makki, Abu Talib (1997), Qut al-al-Qulub fi Mu„amalah al-Mahbub wa Wasf Tariq al-Murid ila Maqam al-Tawhid, Beirut: Dar al-Kitab al-„Ilmiyyah. Kitab ini boleh didapati dalam dua jilid.

57 Al-Makki, Abu Talib (2008), Quantum Qalbu: Nutrisi Untuk Hati, Indonesia: Pustaka Hidayah.

58

Untuk keterangan lanjut mengenai teori, teknik dan pendekatan terjemahan lihat Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2008), Teori dan Teknik Terjemahan, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Newmark, hlm. 41; Peter (1994), Pendekatan Penterjemahan, Zainab Ahmad & Zaiton Ab. Rahman (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan et al. (1999), Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7, Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemahan & DBP. Yaqub, Muhammad al-Baqir al-Haj (2005), Muqaddimah ila Fann al-Tarjemah, Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm. 46-54.

59 Buku ini diterjemah dengan bahasa Indonesia oleh Ija Suntana & E. Kusdian terbitan Pustaka Hidayah pada tahun 2008 di Bandung, Indonesia. Buku ini boleh didapati dalam dua jilid iaitu jilid pertama dan kedua. Pengkaji mendapati, penterjemahan yang dilakukan tidak menyeluruh kepada kesemua bab dalam kitab Qut al-Qulub. Penterjemahan terhenti pada bab maqam zuhd sahaja.

42

Metode historis ialah satu cara pengumpulan yang dilakukan dengan cara merujuk kepada fakta-fakta yang berbentuk sejarah atau kajian-kajian lampau. Ia merupakan satu proses penilaian dan analisis rakaman serta kehidupan sejarah secara kritikal60. Ia juga dapat menentukan adanya pendapat yang lebih tepat terhadap sesuatu kajian61. Metode ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai sesuatu peristiwa, perkembangan dan pengalaman yang telah berlaku untuk mengumpul serta menentukan bukti dan fakta secara sistematik dan objektif62.

Dalam skop kajian pengkaji, metode ini bertujuan untuk mendapatkan dan mengumpulkan data-data yang mempunyai nilai-nilai sejarah yang berkait dengan kajian, seperti latar belakang, sejarah hidup, masyarakat, politik, dan sejarah pendidikan pengarang kitab Qut al-Qulub iaitu al-Makki.

b) Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi ialah satu kaedah untuk mendapatkan dan mengumpul data dengan melakukan penyelidikan terhadap dokumen yang berkaitan dengan

60Gottschalk, Louis (1967), Understanding History: A Primer of Historical Method, New York: Alfred A. Knopf Inc, cet. 13, hlm. 48.

61Iman Barnadib (1982), Arti dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogjakarta: Penerbitan FIP-IKIP Yokyakarta, hlm. 52.

62 Mohd Majid Konting (1994), Kaedah Penyelidikan Pendididkan, cet. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 87.

43

permasalahan kajian. Ia berbentuk benda bertulis yang dapat memberi keterangan terhadap sesuatu63.

Untuk memperolehi data-data yang berbentuk dokumentasi ini, pengkaji telah menyaring segala maklumat serta mengutamakan karya-karya yang berautoriti dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

2. Metode Analisis Data

Dalam metode ini data-data yang diperolehi akan dinilai terlebih dahulu sebelum dianalisis untuk menjamin keaslian maklumat yang diterima. Proses tersebut perlu dijalankan melalui kaedah iaitu kaedah Induktif dan kaedah Deduktif.

i) Kaedah Induktif

Kaedah ini sebagai satu cara menganalisis data melalui pola berfikir dengan pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk mencapai data-data umum64. Biasanya metode ini bermula dengan dapatan kajian dan kemudian diolah membentuk satu teori65.

63

Iman Bernadib (1982), op.cit., hlm. 52.

64 Ibid., hlm. 52-53.

44

Dalam kajian pengkaji, ia banyak diaplikasikan dalam bahagian ketiga, iaitu semasa menganalisis pemikiran tasawuf Abu Talib al-Makki. Berdasarkan pendapat-pendapat beliau dalam karya Qut al-Qulub, pengkaji mengemukakan kesimpulan dalam pemikiran tasawuf beliau tentang

maqamat berdasarkan data-data dari kandungan kitab. Kemudian data-data

tersebut akan disusun dalam sub topik tertentu dan mengeneralisasikan pemikiran tasawuf berkenaan maqamat.

ii) Kaedah Deduktif

Kaedah ini diertikan sebagai pola berfikir dalam mencari pembuktian dengan dalil-dalil umum kepada dalil-dalil khusus. Dalam hal ini, ia adalah suatu proses membuat kesimpulan dari maklumat atau fakta yang ada darinya keadaan yang umum kepada khusus66. Ia bermula dengan kerangka teori yang umum dan seterusnya membuat pengujian ke atas pemerhatian yang spesifik. Pemerhatian ke atas pola yang diandaikan itu akan diuji, sama ada ia wujud ataupun tidak67. Metode ini banyak digunakan dalam bab yang keempat iaitu dengan pembentukan satu kaedah psikoterapi Islam atau suatu pembentukan proses psikoterapi Islam yang berteraskan kepada maqamat dari perbincangan sembilan maqamat al-Makki dalam kitabnya.

66

Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 83.

45