• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAQAMAT DALAM TASAWUF DAN HUBUNGANNYA DENGAN PSIKOTERAPI ISLAM

2.2 MAQAMAT DAN AHWAL MENURUT PERSPEKTIF SUFI .1 Maqamat

Perbincangan dan perbahasan mengenai maqamat banyak diperkatakan oleh ahli sufi dalam karya mereka. Mereka adalah individu yang paling layak dan wajar dalam membahaskan persoalan ini secara jelas berdasarkan kepada keluasan ilmu dan pengalaman kerohanian yang dialaminya sendiri. Antara tokoh-tokoh tasawuf yang terkenal ialah seperti al-Qushayri. Beliau menyatakan maqam boleh didefinisikan sebagai suatu adab atau

203 al-Sharqawi, Hasan (1987), op.cit., hlm. 115; H. A Rivay Siregar (2000), Tasawuf dari Sufisme Klasik ke Neo-Sufisme, Pt RajaGrafindo Persada: Jakarta, hlm. 113-114.

204

Al-Qushayri (2003), al-Risalah al-Qushayriyyah, ed „Abd al-Halim Mahmud, Kaherah: Dar al-Khayr, hlm. 132; Lihat juga al-Sharqawi (1987), op.cit., hlm. 115.

90

makhluk yang dicapai oleh seseorang hamba melalui usaha gigih yang dilakukannya di peringkat-peringkat perjalanannya. Maka maqam seseorang itu ialah dimana tempat dia berada ketika itu dengan berusaha gigih dalam bermujahadah untuknya206. Al-Qushayri turut menjelaskan perpindahan dari satu maqam ke maqam seterusnya, seseorang itu perlu menyempurnakan hukum-hukum maqam tersebut207. Al-Hujwiri pula menyatakan maqam merujuk kepada “keberadaan” seseorang di jalan Allah S.W.T. dan dipenuhi oleh

kewajipan atau usaha yang berkaitan dengan maqam itu disertakan dengan penjagaan sehingga mencapai kesempurnaan208.

Menurut al-Jurjani pula, maqamat ialah apabila suatu keadaan atau pengalaman rohaniah, tingkah laku dan kesusahan atau bebanan yang sebati di dalam hati sehingga ianya menjadi kekal, malah sehingga sifat-sifat tersebut menjadi darah daging209. Manakala al-Suhrawardi pula menerangkan maqam sebagai satu kedudukan atau tingkatan jalan yang ditempuhi oleh penempuh jalan sufi, menjadi tempat berdiri baginya dan ia tetap210. Hal ini sama seperti yang dinyatakan oleh Hujjat al-Islam Imam al-Ghazali bahawa maqam adalah perjalanan-perjalanan rohani yang ditempuhi oleh seseorang yang menempuh jalan Allah S.W.T. Individu tersebut terpaksa menempuh satu maqam ke satu maqam yang lain, dalam satu tempoh masa tertentu melalui proses mujahadah kepada Allah S.W.T. Beliau juga membahaskan persoalan ini dalam kitab Ihya‟ „Ulum al-Din. Beliau menjelaskan bahawa

206

Al-Qushayri (2003), op.cit., hlm. 131; Lihat juga terjemahan al-Qushayri (1999), Risalah Qusyairiyah, (terj) Lukman Hakim, Surabaya: Risalah Gusti, hlm. 23.

207 Al-Qushayri (2003), op.cit., hlm. 131-132.

208 Al-Hujwiri (2000), Kasyful Mahjub: The Revelation of The Reiled” Nicholson, Reynold A. (terj), England: Gibb Memorial Trust, hlm. 182; Lihat juga al-Hujwiri (1992), Kasyful Mahjub: Risalah Persia Tertua Tentang Tasawuf, Suwardjo Muthary dan Abdul Hadi W.M (terj), Indonesia: Penerbit Mizan, hlm. 170.

209 Al-Jurjani (2000), op.cit., hlm. 224, Lihat juga Othman Napiah (2001), Ahwal dan Maqamat dalam Ilmu Tasawuf, Skudai:Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 2, Nasr, Seyyed Hossein (1999), Sufi Essays, United State: Abc International Group, Inc, hlm. 73.

91 maqamat al-din dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ma„arif (knowledge), ahwal

(states), dan a„mal (acts). Beliau memanjangkan perbahasan ini dengan menyatakan

ma„arif adalah asas kepada ahwal, kemudian daripada ahwal tersebut ia dapat

menghasilkan a„mal. Al-Ghazali mengumpamakan ma„arif seperti sepohon pokok, ahwal seperti dahan-dahan pokok dan a„mal pula diibaratkan sebagai buah211.

Manakala menurut al-Kashani pula, istilah maqam ialah sesuatu yang menyempurnakan hak-hak yang sepatutnya. Jika seseorang itu tidak memenuhi hak-hak tersebut, maka tidak akan berlaku perpindahan ke peringkat seterusnya. Beliau telah memberikan contoh jika seseorang tersebut tidak dapat mencapai tahap sifat rida dengan pemberian (qana„ah), maka individu tersebut tidak akan ke peringkat seterusnya iaitu

maqam tawakkal dan jika belum mencapai tahap tawakkal ini, tidak sah baginya ke maqam taslim dan begitulah ke peringkat-peringkat seterusnya212.

Al-Herawi juga telah menjelaskan makna maqam seperti para ulama‟ tasawuf yang lain sebagai satu tahap atau peringkat yang dilalui oleh para salik atau pejalan (al-sa‟irin) dalam perjalanan kerohanian yang mereka lalui. Walaubagaimanapun, beliau cuma menggunakan istilah “manazil213” yang membawa makna yang sama dengan konsep

maqam seperti yang disebut oleh para ulama tasawuf yang lain. Hal ini telah dijelaskan

211 Al-Ghazali (t.t), Ihya‟ „Ulum al-Din, jil. 4, Misr: Maktabat al-Tijariyah al-Kubra, hlm. 62; lihat juga Taha, Yusuf (1991), Tariq al-Sufi, Beirut: Dar al-Jil, hlm. 77.

212

Al-Kashani (1984), Istilahat al-Sufiyyah, „Abd al-Khaliq Mahmud (ed), Kaherah: Dar al-Ma„arif, hlm. 94.

213 Perkataan “manazil” adalah kata jama„ bagi perkataan “manzilah” yang bermaksud tempat atau peringkat. Lihat Wan Suhaimi Wan Abdullah (2002), op.cit, hlm. 7.

92

oleh Wan Suhaimi dalam artikel beliau yang bertajuk konsep „Manazil Sufi „Abdullah Al-Ansari Al-Herawi‟.214.

Tokoh Tasawuf dari Nishapur, al-Tusi telah menjelaskan maqamat sebagai suatu kedudukan atau tingkatan seorang hamba di hadapan Allah S.W.T. yang diperolehi melalui pengabdian (ibadah), kesungguhan melawan hawa nafsu dan juga melawan penyakit hati (mujahadah), latihan-latihan spiritual (riyadah) dan menumpukan segenap jiwa raga sepenuhnya kepada Allah S.W.T.215. Beliau memetik firman Allah S.W.T. dalam surah Ibrahim yang menjelaskan situasi maqam ini:

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di

negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu”

(Surah Ibrahim 14: 14)

Sementara, Ibn„Arabi dalam kitabnya al-Futuhat al-Makkiyyah menyatakan bahawa

istilah maqamat dan juga ahwal ada pada setiap amal, samada ia berbentuk jasmani seperti solat, puasa, zakat dan juga yang berbentuk rohani seperti rida, sabr shukr dan sebagainya. Beliau berpendapat, segala sesuatu yang pertama kali ciptaanNya telah ditentukan

maqamnya. Kemudian ketika diturunkan ke dunia, telah ditempatkan pada tempat yang

berbeza-beza. Jika seseorang individu itu berada di tempat yang rendah, Allah S.W.T. telah

214

Lihat Wan Suhaimi Wan Abdullah (2002), op.cit, hlm. 7.

215 Al-Tusi (378H), op.cit., hlm. 46, lihat juga terj, Wasmukan dan Samson Rahman (2002), al-Luma‟, Rujukan Lengkap Ilmu Tasawuf, Surabaya: Risalah Gusti, hlm. 87.

93

memberikan bimbingan dan petunjuk agar berusaha untuk mendapatkan tempat yang lebih baik dengan cara memperbanyakkan amalan216.

Ibn Qayyim turut memberi penerangan tentang maqamat ini. Beliau menyatakan bahawa maqamat terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama ialah yaqazah (kesedaran). Pada tahap ini, seorang sufi akan sentiasa melakukan semua kewajipan agama dan sentiasa mengingati Allah S.W.T. di samping membersihkan hatinya dari segala noda dosa. Manakala tahap yang kedua pula ialah tafkir (berfikir), yang akan membawa seorang sufi itu mencapai kejayaan dalam perjalanannya. Tahap terakhir ialah mushahadah (penyaksian) atau basirah. Pada tahap ini, jiwa seseorang sufi itu dipenuhi nur dan dengan

nur tersebut mereka dapat melihat haqiqah (realiti yang benar). Untuk mencapai tahap

tersebut, perlu melalui beberapa proses seperti pengosongan hati dan pembersihan hati dari segala kotoran dosa (takhalli). Kemudian hati yang bersih tadi diisi dan dihiasi dengan akhlak dan sifat yang terpuji (tahalli), seterusnya hati bersih tersebut telah bersedia menerima ma„rifah Allah S.W.T. (tajalli)217.

Najm al-Din al-Kubra dalam kitab Fawa„ihnya menyatakan maksud yang sama dengan ahli sufi lain dalam menjelaskan maksud maqam iaitu suatu kedudukan atau tingkatan spiritual dimana seseorang itu (ahli sufi) sentiasa menyiapkan dirinya pada setiap peringkat ke peringkat yang lain dalam perjalanan spiritualnya218.

216 Ibn „Arabi (t.t), Futuhat al-Makkiyyah, jil. 4, Beirut: Maktabah Dar al-Sadir, hlm. 380. Lihat juga, Azyumardi Azra (2008), Ensiklopedi Tasawuf, jil. 2, Bandung, Indonesia: Angkasa, hlm. 782.

217 Ibn Qayyim (1956), Madarij al-Salikin Bayna Manazil Iyyak Na„bud wa Iyyak Nasta‘in, jil. 1, Mesir: Dar al-Kutub, hlm. 123-124; Lihat juga terjemahan Ibn Qayyim (2008), Madarij as-Salikin: Tangga-Tangga Orang yang Berjalan Menuju Kepada Allah S.W.T., jil. 2, Arifin Ladari (terj), Selangor: Berlian Publication Sdn. Bhd, hlm. 162.

218 Al-Kubra, Najm al-Din (1957), Kitab Fawa„ih al-Jamal wa Fawatih al-Jalal, Fritz Meier (ed.), Wiesbaden, Jerman: Franz Steiner Verlag GMBH, hlm. 41.

94

Demikian pandangan tentang maqam yang dilihat dari pendapat para ahli sufi yang boleh dikatakan diterima umum oleh mereka dari aspek pengertian dan mafhumnya. Jika dilihat secara khusus, mafhum yang dibawa oleh mereka saling berkaitan dan menyatakan sesuatu yang membawa maksud yang sama, perbezaanya ialah dari sudut ungkapan atau istilah yang digunakan oleh mereka berdasarkan pengalaman kerohanian yang dilalui mereka sendiri.

2.2.2 Ahwal

Walaupun pengkajian ini lebih tertumpu kepada maqamat, pengkaji juga turut membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan ahwal kerana kedua-dua konsep ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam perjalanan kerohanian seseorang sufi.

Maqamat tidak akan wujud tanpa ahwal dan begitu juga dengan ahwal tidak akan ada tanpa maqam. Kedua-dua konsep tersebut sentiasa berhubung kait serta saling mempengaruhi

antara satu sama lain. Ia dibuktikan dengan kata-kata Ibn „Ata‟illah seperti berikut:

خاٍاقٍ ٚف ققسرىا ٍِ ها٘زلأا ِغزٗ ها٘زلاا ِغز حئارّ هاَعىا ِغز

هاضْىا

“Baiknya amal-amal perbuatan itu adalah hasil dari baiknya ahwal dan baiknya ahwal itu adalah hasil dari tepatnya maqamat yang telah ditetapkan”219

Kata-kata Ibn „Ata‟illah juga merumuskan bahawa terdapat maqamat yang tinggi jika seseorang itu merealisasikan maqam tersebut pada dirinya. Sudah tentu hasil dari

219 Ibn „Ajibah, Ahmad bin Muhammad ( 2008 ), Iqadh Hikam fi Sharh Hikam, Beirut: Dar Kitab al-„Ilmiyyah, cet. 2, hlm. 117; lihat juga al-Suhrawardi (1966), op.cit., hlm. 469.

95

praktikal maqam tersebut membuahkan sesuatu hal keadaan yang baik yang terbit dari diri seseorang. Begitu juga dengan ucapan-ucapannya220.

Oleh yang demikian, pengkaji merasakan perlu dijelaskan beberapa makna dan definisi ahwal dari perspektif ahli sufi sebagai asas dalam melihat hubungan antara

maqamat dan ahwal. Ahwal ialah sesuatu rasa atau makna yang dianugerahkan yang

muncul dalam hati seseorang sufi tanpa dibuat-buat atau diusahakan. Ia adalah kurniaan atau limpahan dari Allah S.W.T. ke atas hambaNya. Ia merupakan warisan dari amalan yang soleh yang diiringi dengan hati yang suci bersih. Ia meresap ke dalam hati di sebabkan kesucian dari berzikir221. Dalam hal ini, al-Jurjani juga menyatakan hal yang sama seperti di atas, ahwal ialah satu pengalaman rohaniah yang berlaku di dalam hati tanpa sengaja, dibuat-buat, dicari-cari, dan tanpa diusahakan. Pengalaman rohaniah ini akan hilang apabila pelbagai sifat-sifat diri yang timbul nyata, samada pengalaman rohaniah itu akan berlaku semula atau terus lenyap. Seperti rasa hebat dan gementar hati apabila mengingatkan kebesaran Allah S.W.T. dan sebagainya.222

Di sini beliau menegaskan bahawa pengalaman kerohanian tersebut kekal di dalam hati sehingga sifat-sifat tersebut menjadi sebati di dalam hati yang dikategorikan sebagai

maqam. Misalnya al-zuhd, pada peringkat permulaan ia merupakan hal bagi seseorang salik, tetapi ia berubah apabila sampai di suatu peringkat yang menjadikan zuhd itu kekal di

dalam hati sehingga kemanisannya pun telah dirasakan, maka peringkat tersebut dinamakan

220 Hawwa, Sa„id (2009), Al-Hikam, Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari (terj), Johor, Malaysia: Perniagaan Jahabersa, cet. 3, hlm. 169.

221 Al-Tusi (1960), op.cit., hlm. 46; Lihat juga al-Qushayri (2003), op.cit., hlm. 132-133.

96 maqam223. Daripada kenyataan itu juga menunjukkan secara jelas perkaitan dan perhubungan antara ahwal dan maqam dalam perjalanan seorang salik.

Ahwal adalah sesuatu yang turun atau jatuh dari Allah S.W.T. ke dalam hati

seseorang yang tidak dapat dihalang apabila ia datang dan tidak dapat menarik balik dengan usaha manusia apabila ia pergi. Ia merupakan anugerah dan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah S.W.T. kepada hambaNya yang terpilih. Seseorang yang dianugerahkan dengan

ahwal tersebut akan tenggelam serta kekal ahwal itu dalam hatinya.224

Manakala menurut Ibn „Ajibah, hal merupakan suatu gerak hati (harakat al-qalb), lintasan dan bisikan hati yang baik lawan kepada lintasan dan bisikan hati yang jahat dengan daya ketahanan bersabar dalam menghadapi kehendak dan ketentuan Allah S.W.T. Menurutnya, hati manusia mempunyai dua lintasan hati, pertamanya lintasan hati yang baik dan keduanya lintasan hati yang jahat. Jika lintasan hati yang jahat tersebut lenyap, maka yang tinggal hanya lintasan hati yang baik, lintasan yang baik itu dinamakan al-hal225.

Menurut al-Kalabadhi pula, tasawuf sendiri merupakan ilmu ahwal yang lahir dari amal yang benar. Tetapi benarnya amal itu tidak semata-mata bergantung dengan kebenaran, ini kerana seseorang itu perlu mengetahui ilmu mengenai hukum-hukum syariat dan cabang-cabangnya seperti solat, puasa, perkara-perkara fardhu, termasuk ilmu yang berkaitan dengan munakahat seperti pernikahan, talak, perkara-perkara wajib dan sunat dan sebagainya. Beliau menjelaskan lagi, setelah mendalami ilmu hukum dan syariat tersebut, seseorang itu perlu juga melengkapi dirinya dengan ilmu yang berkaitan dengan penyakit rohani yang menyentuh beberapa aspek seperti jenis penyakit rohani, latihan kerohanian,

223 Ibid., hlm. 110.

224

Nicholson, R. A. (1911), The Kasf al-Mahjub, The Oldest Persian Treatise On Sufism by „Ali b. „Uthman al-Jullabi al-Hujwiri, London: Lucaz & Co., hlm. 181.

97

pendidikan terhadap akhlak dan sebagainya. Apabila seseorang itu sudah istiqamah dalam melakukan perkara-perkara wajib, jiwa yang sihat, melazimkan jiwa dengan adab dan akhlak yang baik, jauhkan jiwa dari keduniaan dan sebagainya, dengan cara ini ma„rifah dapat dicapai sekaligus dapat merasai ahwal tersebut226

Oleh itu, ahwal merupakan suatu yang mendatang, muncul anugerah dari Allah S.W.T. kepada para salik melalui ketetapan berzikir yang diamalkan semasa mujahadah dan suluknya. Menurut Wan Suhaimi dalam artikelnya, situasi tersebut seumpama apa yang dihadapi dan dilalui oleh para pengembara dalam pengembaraannya. Ibarat musafir dalam pengembaraannya yang sering terdedah kepada pelbagai keadaan dan peristiwa yang perlu dilalui di luar kawalan dan pilihannya. Keadaan ini diumpamakan dengan apa yang dilalui oleh para salik dalam pengembaraan kerohaniannya yang sentiasa terdedah kepada perkara-perkara kerohanian yang silih berganti.227