• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tinjauan kajian lepas yang berkaitan dengan pemikiran yang diutarakan oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam Islam di pelbagai lapangan adalah penting untuk dilakukan kerana ia dapat memberikan sumbangan kepada khazanah keilmuan serta membentuk kerangka teori kajian. Daripada tinjauan awal pengkaji, terdapat beberapa kajian dan penulisan terdahulu yang ditulis berhubung maqamat serta tokoh iaitu Abu Talib al-Makki.

Kajian Ilmiah PhD yang bertajuk “ Evaluation of the Qut al-Qulub of al-Makki with an anotated translation of his kitab al-Tawba”. Kajian ini membincangkan tentang biodata Abu Talib al-Makki seperti latar belakang, pendidikan awal dan kehidupannya secara umum. Dalam tesis ini juga turut membincangkan mengenai isi kandungan kitab Qut

al-Qulub secara umum. Selebihnya, penulis banyak mengkaji tentang konsep tawbah yang

dibahaskan oleh Abu Talib al-Makki serta telah membuat terjemahan mengenai tajuk tersebut daripada kitab Qut al-Qulub 48. Kajian ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Daripada penelitian yang dijalankan, kajian ini berbeza dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Dalam tesis tersebut, penulis lebih menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan konsep tawbah sahaja yang dibincangkan dalam kitab karangan al-Makki manakala dalam kajian yang akan dijalankan, pengkaji lebih mengkhususkan kepada aspek-aspek

maqamat yang juga merangkumi konsep tawbah tersebut.

48 Wan Mohd Azam Bin Mohd Amin (1991), “Evaluation of the Qut al-Qulub of al-Makki with an Anotated Translation of His Kitab al-Tawba.” ( Tesis PHD, Universiti Edinburgh).

36

Penulis tesis PhD, Samia Ali Musa Nor al-Dien secara keseluruhannya telah membincangkan tentang biodata Abu Talib al-Makki secara umum. Dalam keterangan penulis mengenai biodata tokoh, hanya terdapat sedikit sahaja maklumat tentang kehidupan kerohanian Abu Talib al-Makki yang dicatatkan. Penulis banyak membincangkan tentang konsep ilmu yang dijelaskan oleh Abu Talib al-Makki dalam kitab Qut al-Qulub seperti

„ilm al-ma„rifah dan „ilm bi Allah S.W.T. Selain itu, penulis tesis juga telah membuat

terjemahan bahagian atau bab konsep ilmu daripada kitab tersebut49. Tesis ini berbeza dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji kerana ia lebih menekankan konsep ilmu berbanding konsep maqamat yang akan dihuraikan dalam bab seterusnya.

Dalam perbincangan mengenai maqamat pula, terdapat tesis yang ditulis oleh Abdul Muhaya yang bertajuk “Maqamat (stations) and Ahwal (states) According to al-Qushayri and al-Hujwiri: A Comparative Study”. Dalam tesis ini, penulis menggunakan metode perbandingan dengan membandingkan dua pandangan tokoh sufi iaitu Hujwiri dan al-Qushayri dalam membincangkan mengenai maqamat dan juga ahwal50. Penulis tesis juga

turut menyenaraikan maqamat dan ahwal yang dibincangkan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Perbincangan yang dilontarkan oleh penulis tesis mengenai maqamat dan ahwal merupakan asas utama yang juga akan dibincangkan oleh pengkaji. Tetapi perbincangan yang akan pengkaji lakukan hanya tertumpu kepada pemikiran Abu Talib al-Makki sahaja dalam menghuraikan konsep maqamatnya. Pengkaji juga akan melihat elemen-elemen psikoterapi yang terdapat dalam konsep maqamat tersebut.

49 Samia Ali Musa Nor al-Dien (1998), “Abu Talib al-Makki‟s Conception of Knowledge a Translation of the Relevant Chapter of the Author‟s Qut al-Qulub” (Tesis PhD, The International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur).

50 Abdul Muhaya (1993), “ Maqamat (Stations) and Ahwal (States) According to al-Qushayri and al-Hujwiri: A Comprative Study” ( Tesis PhD, Institute of Islamic Studies, McGill University, Montreal).

37

Wan Suhaimi Wan Abdullah dengan penulisan artikelnya berjudul “Konsep

Maqamat dan Ahwal Sufi: Suatu Penilaian” turut mengulas tentang definisi maqamat dan ahwal dari sudut bahasa, istilah dan tasawuf. Penulis juga banyak mengulas tentang ciri-ciri maqamat dan ahwal serta perbezaanya dan memetik pendapat tokoh-tokoh sufi seperti

al-Qushayri, al-Hujwiri dan ramai lagi. Di samping itu juga, penulis turut membahaskan tentang beberapa maqam sufi serta syarat perpindahan dalam perjalanan kerohanian seorang sufi51. Dalam artikel ini, perbincangan mengenai konsep ahwal dan maqamat dibincangkan secara umum dan menyentuh kepada pendapat ramai tokoh sufi yang terkemuka. Walaupun bidang kajian yang dijalankan adalah sama (mengenai maqamat) tetapi pengkaji akan memfokuskan kajian kepada seorang tokoh sahaja iaitu Abu Talib al-Makki.

Artikel yang ditulis oleh Khairunnas Rajab yang berjudul “al-Maqam dan al-Ahwal dalam tasawuf” juga menjadi panduan kepada pengkaji. Dalam artikel ini, penulis telah menghuraikan beberapa jenis maqamat dan ahwal dalam tasawuf52. Artikel ini juga tertumpu kepada pendapat ramai tokoh sufi yang terkenal dalam membincangkan mengenai

ahwal dan maqamat.

Selain itu juga, terdapat artikel yang ditulis oleh M.A.M Shukri yang bertajuk “Abu Talib al-Makki Dan Kitab Beliau Qut al-Qulub53” yang di alih bahasa oleh Zakaria Stapa dalam buku “Akidah dan Tasawuf” juga menjadi bahan serta panduan kepada pengkaji.

Artikel ini banyak membincangkan latar belakang kehidupan dan personaliti Abu Talib

51 Wan Suhaimi Wan Abdullah (1996 ), op.cit., hlm. 51-62.

52

Khairunnas Rajab (2007), “Al-Maqam dan al-Ahwal dalam tasawuf”, Jurnal Usulluddin, bil. 25, hlm. 1.

53 M.A.M Shukri (1997), “Abu Talib al-Makki Dan Kitab Beliau Qut al-Qulub”, Akidah dan Tasawuf, hlm. 127.

38

Makki serta membahaskan struktur dan bentuk kitab Qut al-Qulub dari sudut metodologinya secara umum. Artikel ini banyak membantu pengkaji dalam melengkapkan bab satu mengenai latar belakang Abu Talib al-Makki. Namun artikel ini tidak membahaskan konsep kajian pengkaji mengenai maqamat dalam kitab Qut al-Qulub tersebut.

Berdasarkan kepada tinjauan literatur awal ini, pengkaji mendapati bahawa belum terdapat satu usaha berkaitan kajian khusus dan terperinci tentang Abu Talib al-Makki yang membincangkan mengenai pemikiran tasawuf khususnya terhadap maqamat yang berdasarkan kepada karya beliau “Qut al-Qulub” secara langsung. Kajian-kajian ilmiah yang telah dihasilkan sebelumnya sebagaimana di atas lebih banyak menfokuskan kepada pemikiran Abu Talib al-Makki dalam bab lain seperti konsep ilmu dan juga perbincangan mengenai taubat.

Dalam hal ini, pengkaji merasakan satu keperluan untuk menerokai satu kajian baru yang menghuraikan secara khusus tentang pemikiran tasawuf Abu Talib al-Makki berkenaan maqamat di dalam karangannya “Qut al-Qulub” untuk disebarkan kepada masyarakat umum.