• Tidak ada hasil yang ditemukan

77 Aspek kajian

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 77-81)

1. Kebijaksanaan dan kepintaran

Cth: En. Muhammad seorang yang pintar dalam menjalankan rancangannya sehingga tindakan-tindakan negatif yang dilakukan tidak dapat dikesan.

2. Keagamaan – solat jumaat wajib 3. Keberanian

Cth: Kemat Jerangkung berani mempertahankan pendapatnya 4. Mengenang budi

Cth: Sudin merakamkan ucapan terima kasih kepada Mat Akil dan rakan-rakannya kerana membantu.

Bab 21

Golongan pemuda sedang sibuk memasak bagi jamuan sempena majlis penerangan YB tentang penyertaan penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. Mat Akil menyampaikan maklumat kepada Sudin tentang ada pihak-pihak tertentu yang telah datang memujuk penduduk Kampung Pulai supaya menjual tanah mereka. Namun semuanya dapat diatasinya. Majlis itu turut dihadiri oleh En. Muhammad , selepas YB berucap ringkas majlis diteruskan dengan ucapan En. Muhammad, beliau berjanji akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka yang tidak memiliki tanah dan menumpang di tanah keluarganya. Sudin kesal dengan tindakan En. Muhammad yang tidak menjelaskan tentang SLLT. En.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Berlaku pertengkaran di antara penduduk yang memiliki tanah dengan penduduk yang tidak ada tanah.

2. Mat Akil dan rakan-rakanya mulai terlibat secara langsung dalam projek SLLT.

3. Penduduk Kampung Pulai tidak mengetahui muslihat sebenar disebalik perpindahan mereka ke rancangan FELDA yang diuruskan oleh YB.

4. Sudin sedar penduduk Kampung Pulai sudah dapat dimenangi dan Mat Akil masih belum berubah sepenuhnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

78

Muhammad mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan penduduk kampong termasuklah Mat Akil.

Aspek kajian:

1. Keagaman – Solat jumaat wajib kepada semua orang lelaki yang telah akil baligh

Cth: Surau Kampung Pulai ada ketikanya tidak dapat mengadakan solat Jumaat kerana tidak cukup 40 orang makmun yang hadir, imam Saad terpaksa mengimamkan solat zohor sahaja.

2. Kerjasama – Kebiasaannya jika ada kenduri kendara masyarakat kampung akan saling bekerjasama untuk menjayakannya.

Cth: Semasa majlis penerangan ke rancangan Felda , pemuda-pemuda kampung sibuk menguruskan kerja masak-memasak di sabak dan menguruskan balai tempat berjamu.

3. Keramahan dan kemesraan boleh mengeratkan hubungan silaturahim

Cth: Keramahan dan kemesraan En. Muhammad mendapat pujian dan memudahkan penduduk Kampung Pulai mendekatinya.

4. Simpati- En. Muhammad amat bersimpati dengan nasib penduduk kampung Pulai yang masih lagi miskin beliau berazam membantu mereka dengan menempatkan mereka di rancangan Felda.

79

5. Hormat-menghormati – Penduduk kampung Pulai menghormati Datuk Indera Mahmud dan En. Muhammad sebagai pihak yang telah banyak membantu mereka .

Bab 22

En. Muhammad tidak memahami tindakan Datuk Tan yang tidak mahu bekerjasama dengan syarikat orang putih. Disamping mahu 2 jawatan penting dalam SLLT.Bagi En. Muhammad ia akan menjanjikan pulangan yang cepat tanpa risiko. En. Muhammad kini mulai yakin penduduk Kampung Pulai telah dimenanginya , ini berdasarkan sambutan ketika majlis yang diadakaqn sebelumnya. Persoalan yang kini timbul ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua yang mereka ini tidak layak untuk menyertai rancangan FELDA. Mereka pula adalah golongan penting dan berpengaruh. En. Muhammad berharap agar YB dapat menyelesaikannya . Antara rangkanya Imam Saad akan dilantik menjadi imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan pula akan mengantikan abangnya sebagai penghulu. En. Muhammad seterusny memaklumkan kepada Cik Puan Tipah tentang surat Rahim yang diterimanya.

Aspek kajian: 1. Politik

Peranan dan tanggungjawab wakil rakyat ialah untuk membela nasib rakyat dalam kawasan yang diwakilinya.

Cth: YB Muhd. Yusof bersungguh-sungguh dalam menjayakan rancangan penempatan penduduk kampung Pulai ke rancangan Felda kerana rasa bertanggungjawab mengubah cara hidup mereka yang masih miskin.

2. Pengaruh orang tua yang berjawatan dan disegani kerana agamanya. Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En.Muhammad yang mahu menggunakan khidmat syarikat asing tidak dipersetujui oleh Datuk Tan. 2. En. Muhammad mulai yakin hati penduduk kampong Pulai sudah dapat dimenanginya.

3. Kebimbangan yang mungkin akan menyulitkan keadaan ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua dan mereka berpengaruh- beliau berusaha mengatasinya dengan harapan Imam Saad akan dilantik sebagai Imam di Pekan Tialang dan Tuk Empat Dahlan sebagai penghulu.

80

Golongan tua terutama yang berjawatan dan berimam mempunyai pengaruh dan kedudukan yang dihormati di kampung.

Cth: En. Muhammad sering berfikir tentang golongan tua ini yang boleh menjadi penghalang kepada kejayaan cita-citanya , antara mereka ini ialah Tuk Empat Dahlan yang memgang jawatan sebagai ketua kampung, Imam Saad imam di Kampung Pulai serta P.Salim .

3.Strategi Perniagaan dan perdagangan

Perniagaan dan perdagangan yang berjaya tidak boleh melibatkan sebarang sentiman atau emosi.

Cth: En. Muhammad menolak unsur-unsur sentimen dan emosi dalam urus niaganya sehingga dia pernah menolak kontrak peniaga-peniaga kecil semasa dia berkhidmat dengan syarikat Inggeris.

Bab 23

Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya menyelesaikan masalah hutang-hutangnya. Ini kerana dia sudah pun ada idea untuk menyelesaikannya . Apa yang dimintanya bantuan untuk diperkenalkan dengan Pengurus Syarikat Kewangan. Sudin telah berjanji untuk membantunya tetapi bukan apa yang dicadangkan oleh Sani. Sudin sebaliknya menawarkan kerja kepada Sani sebagai wakil wakil rakyat – Ini kerana Sudin ingin menggunakan situasi sani bagi membantu En. Muhammad menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Imam Saad. En. Muhammad mahu Sudin menggunakan situasi itu untuk memerangkap Sani tanpa disedarinya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya yang terdesak untuk menyelesaikan hutang-hutangnya.

2.Sudin mengesan yang masalah Sani dapat dieksploitasi untuk kepentingan rancangan En. Muhammad.

3. Sudin telah memaklumkan kepada En. Muhammad akan peluang tersebut dan dia minta Sudin mengurusinya dan beri apa yang diminta oleh Sani supaya dia tidak mengsyaki nya.

81

Dalam dokumen Modul STPM naskah guru (3).docx (Halaman 77-81)